Sedap!! Klik gambar di atas!

"Nak bincang dengan Najib macam mana?"

Tiadalah apa-apa yang saya nak komen mengenai apa yang didakwa sebagai majlis makan malam dengan Agong baru-baru ini seperti yang saya bangkitkan dalam posting "TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?", "Mohon maaf, Ustaz Nasharudin", "Teruskan menonton drama...", "Di sini tak ada duit!" dan "Adakah Agong mencarut?"

Hanya untuk rekod, saya tulis kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kenyataan Tok Guru Abdul Hadi Awang di bawah ini.

Dalam berita Harakahdaily 3/1/11 (saya ulangi, Harakahdaily) bertajuk "Ada perkara dibincang dengan PM", Tok Guru Nik Aziz dipetik sebagai berkata:
"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa"
Dalam rakaman sidang akhbar di bawah, terdengar jelas Tok Guru Abdul Hadi berkata:
"Agong, majlis Agong nak bincang dengan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) macam mana? Majlis dengan tuanku, jangan dok jolok-jolok ni, jangan. Jangan seretkan istana dengan politik"

"...makan malam la, kita bercakap, berbual biasalah dengan tuanku"
So, Malaysian Insider, do you still stand by your reports "'Allah' debate sank latest Umno, PAS talks" and "Debat kalimah 'Allah' tenggelam pertemuan 24 Dis Umno, PAS"?

Berkaitan:
Public confidence in political parties dips

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Selagi TGNA tak perjelas apa sebenar dibincang dengan PM maka selagi itulah penghormatan banyak pihak terhadap TGNA akan terus merudum. Bila TGNA dah kata ada benda dibincang dengan PM maka TGNA tak boleh berundur lagi, lest he will be perceived as backtracking, trying to hide anything or even lying.

  2. Sahlah kini bahawa Tuan Guru Hadi Awang adalah pembohong yang tak layak dan perlu diturunkan dari jadi Presiden PAS dalam muktamar tahunan akan datang.

  3. Aku nak tulis juga, pasal tok guru terketar-ketar dan berkata "Sebab itu saya ikut teks"
    Bukan apa takut ada yang ter"celaka"
    Hang dapat dapat maklumat terbaru daripada Wan jo?
    Dia juga akan sama lingkup dengan boss FBnya.
    Kita diajar jangan buat kepada orang
    Sampai satu masa Allah pasti buat kepada kita!

  4. Kacau ni, bila ulamak(?) dah cakap berbelit-belit.

  5. Aku tengok hampa yg tulis ni....ada syak wasangka yang bukan2.
    Kan TGNA & THHA dah kata mereka dijemput dan meraikan sultan. Biasala la bila dah duduk semeja mesti ada sembang2....cakap2. Takkan nak jadi kera duku yg monyak aja...diam membisu. Apa kejadahnya macam tu.

    Hampa ni pernah ka duduk maka meja bulat ramai2?

  6. puak2 celaka ug,munafik lebih dari yahudi...

  7. Sokong penuh cadangn Mat Jen 8.00.Hadi Wang(Pelawok) sudah kehilangan wibawa memimpin sebuah harakah Islamiah.Segala "onar"(pinjam perkataan Bakar Chik)yang berlaku dalam PAS dewasa ini berpunca dari beliau.Hadi Awang senang ditunggang oleh Stopa Ali.Batu Api kata(diatas) TGNA baca kenyataan bertulis terketar-ketar.Siapa yang sediakan kenyataan bertulis tu? Untuk memastikan TGNA membaca kenyataan bertulis tu,perkataan demi perkataan, 2 orang pelawok mengiringkan TGNA dikiri dan kanan.Yang bijak meneliti dan faham "body language" akan melihat TGNA seolah-olah tertekan dan terasak,manakala yang 2 orang dikiri dan kanannya,kelihatan tak relax dan cemas,khuatir TGNA akan bercakap terkeluar dari teks yang telah mereka sediakan.Insyaallah,TGNA bukan senang hendak dimanupulasi,sedikit masa lagi bom jangka akan meletup jua.Insyaallah.

  8. Kebelakangan ini ada cerita projek langgar kumpulan UG. Boleh Pak bakaaq cerita sikit siapa yang bakal calun menentang Hadi dan kumpulan UG. Bagilah sikit maklumat, Siapa yang bakal dicalunkan menentand Hadi dan Nasha. tak sabar-sabar nak dengar ini. Ini cerita macam PASaman dahulu. Boleh tanya Mat Sabu dan Mahfuz(kedua-dua ini kebetulanan nama pelik) apa berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa purnama dahulu.

  9. Pak Bakar;
    Kata P.Ramlee dlm filem Madu Tiga: "Biar pandai berbohong, biar pandai temberang...."


    Ibrahim Mohd Raja
    Mantan YDP PAS Kaw. Batu
    Wilayah Persekutuan K.Lumpur

  10. TGNA telah di brainwash oleh TGHA & Che'gu Mustapa Ali... TGNA pun dah pandai cakap berbelit2.. macam mana orang nak percaya?

  11. VIDEO DIATAS MENGAMBARKAN:

    PENIPU2...SEDANG MENIPU DI DEPAN ALLAH.

    Pemimpin2 Umno menipu orang2 melayu terang-terangan.
    Pemimpin2 PAS menipu orang2 melayu secara sembunyi-sembunyian.

    PAS = UMNO.

    MELAYU = YAHUDI...BAHKAN LEBIH TERUK LAGI...SEBAB MELAYU MEMBAWA AL'QURAN

  12. I.

    ini pc tgna untuk menjelaskan berkenaan pertemuan yang melibatkan agong. jelas.

    yang presiden dan setiausaha agong turut melibatkan diri, kenapa? tak jelas.

    “nak soal, soal dato presiden” - tgna. tgna bukan tak biasa dengan pc ni. kenapa tgna tolak kepada presiden? tak jelas.

    “jangan dok jolok2 ni” – presiden. perhatikan diri tgna.
    “majlis tu lah majlis tu” – presiden. perhatikan diri tgna.
    “jangan adakan benda yang tak ada” – presiden. perhatikan diri tgna.
    (perhatikan diri tgna semasa presiden menjawab soalan2 pemberita. beliau dan Allah sahaja yang tahu apa yang sedang beliau fikirkan).

    “wasalaam” – tgna sambil tersenyum… senyum yang membawa seribu makna.


    2.

    "pasal tok guru terketar-ketar dan berkata "Sebab itu saya ikut teks"
    Bukan apa takut ada yang ter"celaka"
    Kita diajar jangan buat kepada orang
    Sampai satu masa Allah pasti buat kepada kita!"

    "terketar-ketar", kalau pertama kali tgna buat pc, boleh diterima. selama ini tgna berhadapan dengan pemberita steady je. "terketar-ketar" tentu bersebab. hanya beliau dan Allah sahaja yang tahu kenapa. mungkin presiden tahu. setiausaha agong tahu. pertama kali setiausha agong membisu semasa pc. mungkin dia sedar ini pc tgna. kenapa tgna tolak kepada presiden? itu yang mahal.

    insya' Allah, apa yang dibuat kepada tgna, pasti Allah akan buat kepada "kita"!

  13. Habis, perkataan celaka dah makan diri, mungkin blogger anti UG yang di labelkan celaka itu lebih benar dari TGNA sendiri. TGNA juga manusia yang tidak maksum namun allah cepat menunjukkan kebenaran nya.

  14. UBN dah berjaya mencalar kreadibiliti TGNA dan membuat penyokong PAS & PR mula hilang kepercayaan kepada TGNA...kerana sesungguhnya selama ini kita tahu TGNA la satu-satunya batu penghalang untuk talian hayat terakhir UMNO iaitu UG.....TGNA perlukan sokongan semua.....

  15. ada pemimpin2 PAS yg dah penat berjuang,,,,,,najib/umno dah offer ,,,,,ambil saja lah

  16. Mustahil seorang ulama haraki seperti Hadi sanggup menipu lagi ...

    Nabi SAW ada bersabda:
    إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

    “Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]
    -------------------------------
    Oleh Zainulfaqar Yaacob

    Seorang Exco Pemuda PAS hari ini menghubungi saya lalu menegaskan bahawa apa yang dituliskan oleh Pak Bakaq aka Penarik Beca berjudul TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS? semalam adalah tidak benar.

    Beliau tidak percaya khabar wujudnya “Perjanjian Pangkor III” antara pemimpin tertentu PAS dan Umno pada 23 Disember lalu atas nama ‘perpaduan Melayu’.

    “(Isu) ‘Kerajaan Perpaduan’ dah lama tutup buku. Takkan Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) nak tipu kita (ahli-ahli PAS) semua. Dia (Hadi) ulama, ulama tidak mungkin menipu atau mengkhianati tahalluf siyasi (muafakat politik dengan DAP dan PKR atas nama) Pakatan Rakyat,” ujarnya kepada saya.

    Yang menarik tersebut, Penarik beca tidak lagi dituduh sebagai “penipu” atau “batu api” yang cuba merobohkan batu-bata al-wala’ (kesetiaan daripada ahli-ahli PAS) dan ast-thiqah (kepercayaan kepada pemimpin) yang kian menjadi “candu politik” dalam PAS belakangan ini.

    Berbeza dengan kondisi sebelum ini apabila Pak Bakaq buat pertama kali mendedahkan “Perjanjian Pangkor” kedua pada Mac dua tahun yang lalu.

    “Apa yang orang tak kata pada bekas aktivis PAS itu? Penipu? Babi? Syiah? dan macam-macam lagi”

    Akhirnya Hadi sendiri mengaku ada pertemuan dalam gelap antara beberapa pemimpin ‘Kerajaan Perpaduan’ dengan pemimpin Umno yang nyata zalim.

    ........... Sebentar tadi saya ada menghubung seorang pimpinan PAS Pusat bertanya hal “Perjanjian Pangkor III” ini. Inisiatif itu selepas saya sendiri membaca blog Penarik beca dan facebook Abdul Fattah Haron, pemimpin PAS Kelantan.

    “Pemimpin PAS yang terbabit bukan sahaja Ustaz Hadi dan Nasharuddin, malah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik (Mursyidul Am PAS) sendiri. Nik Aziz datang kerana istana (DYMM YDA Tuanku Mizan Zainal Abidin) panggil tanpa diberitahu sebab (dijemput ke Istana Terengganu).

    “Tok Guru terkejut kerana Ustaz Hadi, Nasharuddin, Najib dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno) ada dalam pertemuan tersebut.

    “Muhyiddin kata: PAS dan Umno perlu ketepikan faham politik, perlu bersatu mempertahankan kepentingan Melayu.”

    “Tok Guru kata (respons) : Yang banyak tangkap dan bunuh ulama adalah Umno. Yang banyak lawan Islam pun Umno.“

    “Tok Guru kemudiannya keluar (meninggalkan majlis itu). Tuanku Sultan pun keluar (meninggalkan majlis itu). Yang tinggal, hanya Ustaz Hadi, Nasharuddin, Najib dan Muhyiddin,” ujar beliau sambil mencadangkan mana-mana ‘wartawan badwi’ desak Hadi dan Nasruddin memberi respons bertanggungjawab dalam masa terdekat.
    BERSAMBUNG... http://alhusseyn51.blogspot.com/

  17. bakaq,hang memang batu api 1 malaysia.TGNA dan TGHA adalah ulamak sunni.janganlah kerana berlainan mazhab,hang dok tabur racun.

  18. Ya Allah selamatkanlah PAS daripada anasir Syiah yang suka mengadu domba.. Mengaku cintakan Ahlul Bait tapi perangai... hmmm... sambunglah sendiri..

  19. Penarik beca,

    Dalam politik memang perlukan persepsi. Tanpa persepsi pengaruh tidak kuat dan populariti tidak meningkat.

    Pertemuan antara Nik Aziz dengan Agong yang ditemani oleh PM adalah satu kisah yang boleh menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi. Semua orang bersikap 'busybody' ingin tahu apa yang mereka bualkan dan apa pula yang dibincangkan.

    Orang melayu selalu takutkan anak-anak mereka bahawa dalam gelap ada 'hantu'. Dan orang tua pula selalu takutkan ahli parti bahawa berbincang dalam gelap 'jadi hantu'.

    Tapi Nik Aziz bertemu PM disaksikan oleh Agong berbincang dalam bilik yang terang cuma bahasa perbualannya tidak kedengaran. Oleh kerana itu kita anggap Nik Aziz tidak jadi hantu dalam parti tapi tetap jadi Menteri Besar Kelantan yang dihormati.

    Kalaulah pertemuan Nik Aziz dengan PM berbincang pasal UG, adakah ahli PAS bersetuju untuk bersama dengan UMNO sedangkan kita semua tahu perpaduan itu sebenarnya bukan bersatu tetapi perpecahan...?

    Kita tidak fikir ahli PAS sebodoh ahli UMNO Baru.... hanya mengikut saja kata pemimpin mereka. Pemimpin ke hulu mereka kehulu. Pemimpin ke hilir mereka ikut ke hilir sebagai tanda wala' tanpa menilai baik buruknya tindakan pemimpin mereka terhadap agama bangsa dan negara.

    Jangan leka dengan pekara yang remah ini, sila tumpukan perhatian pada pilihanraya kecil DUN Tenang, Johor.

  20. Sah TGHA Stopa Ali dan NaZZA berada bersama sama,PM,TPM,Pak Lah sebelum TGNA tiba mereka telah berbincang sesuatu sebelum Agong datang.Persefahaman sulit telah di capai antara mereka atas Nama Melayu tanpa pengetahuan TGNA.saya pun ada hubungi orang tertentu secara indirect dengan TGNA.TGNA tidak tahu apa apa yang di bincangkan sebelum beliau tiba.Mengunakan Tuanku hanyalah sebagai pelindung bagi megurangkan risiko politik dan Agong sebagai escape route yang selamat.Mereka cuba untuk melibatkan TGNA bersama supaya Ahli Pas di bawah tak mengammok sekiranya perkara ini ter bongkar.Perangkap yang di pasang terhadap TGNA telah makan tuan..kan Agong bersama itu lah alasan yang telah di gunakan bagi mengelakkan persepsi nagatif terhadap tindakan mereka.Sebab itu TGHA terpaksa desak TGNA buat PC dengan text yang telah di siapkan bagi mengawal damage control yang telah mereka cipta.Perangkap sudah makan tuan.Celaka lah kamu wahai orang TGHA.Nazza,Stopa Ali dan Hasan Ali.Nampaknya peristiwa datok Asri di jatuhkan dalam Pas akan berulang.Perkara ini ada hubong kait dengan Hasan Ali juga dan ber kait dengan perlantikan SU selangor yang baru ini.I can see the game this group are playing a veru dangerous game nak hancur kan PR.Pas akan hilang banyak kerusi di Selangor apa bila pengundi cina hilang keyakinan pada pas maka UMNO menang.Hasrat rakyat untuk ubahkankuasa di Pusat tidak akan tercapai mana kala Selangor dapat di rampas semula oleh BN.Semuanya ini telah di rancang dengan teliti agar pemimpin politik yang korup dalam UMNO dan Pas akan memnegang kuasa di beberapa buah negeri semuanya atas nama Melayu.Oleh itu Projek Langar TGHA,Naza,Hasan Ali terpaksalah kita teruskan,Revolusi dalam Pas perlu di lakukan.Kita rela PAS kalah tapi Islam menang.Islam tidak pernah melanggar perjanjian dengan siapa pun walaupun perjan jian dengan bukan Islam.Tapi pemimpin Pas yang tertentu nak ajar kita mnengkinati Islam dengan cara mengkianati Perjanjian.Harap fikir dan baca sejarah.

  21. Pada mulanya saya amat benci membaca penulisan Pak bakaq sebab saya rasa penuh dengan fitnah dan dengki...tapi setelah saya kaji secara mendalam setiap tuduhan dan segala perkara yang di luah kan maka saya telah melihat rasionalitinya malah semakin hari semakin jelas kebenaranya atas apa yang di tulis.Dan saya rasa Pak Bakaq ni iklas orang nya.Saya mula merasa yakin bahawa Pak Bakaq adalah orang yang di beri hidayah oleh tuhan becakap benar walau pun ianya akan mengancam dirinya sendiri.Orang yang ada prinsip perjuangan yang jelas "meyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran walau pun ianya melibatkan parti yang beliau sokong.Puak yang menentang beliau munkin belum di beri hidayah kot.

  22. APA DAH JADI NI....BALIK ANAK ANAK SMUA DAH NAK MAGHRIB NI..JGAN DENGAR SEMBANG POLITIK KEDAI KOPI TAK ADA HAKIM TAKA ADA SAKSI..SEMBANG DIKEDAI KOPI..KESIAN HARAKI ISLAMIAH WAL AHLUS SUNNAH TAK PERNAH NAIK DARJAH...DUNIA DH NAK KIAMAT HANGPA MASIH DOK CARI FORMULA//////??????????

  23. TUAN GURU TUAN GURU PUNYA HAL ..ANAK ANAK MURID JADI TOK GARU TOK GARU..PENING

  24. Syiah mengadu domba!!!!

  25. Apa kena mengena dengan syiah pulak ni..yang nak buat dajal ialah puak puak kononnya Ulamak sunni bepegang pada Al kuran dan hadis.Hadis mana ayat Al kuran yang mana satu membenarkan Haji Hadi menipu pada para Jemaah sendiri.Rakyat sudah bijak membaca saikoloji pemimpin.Nampak sangat dalam Vedio tu semuanya di atur untuk TGNA berucap text di sediakan dan di apit kemas oleh Hadi dan Stopa Ali.Tok guru pun berucap macam tak selalunya.Nak cover balik puak UG ni yang telah gagal memerangkap Tok guru.Apabila perangkap tak menjadi maka puak UG ni gunakan TGNA untuk berselindung masa nak perangkap TGNA guna Agong bila gagal dan terperankap guna tok guru alih alih alih Haji Hadi ,Stopa Ali dan Naza selamat Tok guru pulak di lihat jahat bijak bijak ...nilah di katakan politik Dajal akhir Zaman..perlu di ingat pada semua pimpinan PAS dalam muktamar Agong pada 2009 telah di istiharkan bahawa PAS menolak UG ini bermakna keputusan Syura yang teramai yang harus semua pimpinan PAS hormati dan laksanakan.Kenapa masih ada pemimpin Pas hendak mengkianati Ahli nya sendiri.Apakah Haji Hadi dah tolak Alkuran dan hadis sampai sangup nak mengkianati perjanjian dengan kawan.Saya rasa elok lah Haji Hadi stopa Ali Hasan ali ,Nazaruddin letak jawatan cara ter hormat sebelum keadaan menjadi semakin buruk atau sebelum kamu di malukan dan di jatuhkan dalam muktamar agong nanti.Kami rasakan keadaan dah cukup parah oleh sebab tiga empat kerat Pimpinan PAS nak puaskan Nafsu habuan dan jawatan sangup mengadaikan prinsip PAS dan matlamat jemaah dan kehendak rakyat keseluruhan yang mahu mengubah kerajaan pusat.Belum apa lagi dah nak buat kianat pada Ahli apa tah lagi bila Pegang Kuasa nanti lagi terok lah jawapnya yang jadi mangsa adalah rakyat dan ahli Pas yang iklas berjuang.Apakah Islam tertegak dengan cara yang mudah seperti UG ni atau Islam tertegak dengan Dakwah yang dimulakan dengan aklak yang mulia sepertimana yang di tunjukan Nabi kita sebelum di angkat menjadi Rasul .Nabi kita tidak pernah mengajar kita mengkianati perjanjian,Nabi kita tidak pernah merancang pembelotan terhadap ,kawan mau pun berkawan dengan bukan Islam sebab kesetian pada perjanjian merupakan satu aklak yang mulia yang di tuntut Islam dan merupakan ciri utama dalam melaksankan dakwah lain lah kalau pihak sebelah sana yang yang mengkianati perjanjian terlebih dahulu.Ini tidak!! maka sesungguhnya celaka lah mana mana Pimpinan PAS yang masih tersirat hendak melaksanakan UG ni.pekataan paling layak pada stopa Ali dan Nazzarudin anak Mad isa @ Hasan Ali itu ialah Celaka lah kamu.

  26. NIK AZIZ DAH JOINT KELAB IMAM MUDA DAN ULAMAK UMNO/BN
    INGAT ALLAH MELIHAT APA YANG KITA BUAT, KALI INI...RAKYAT AKAN MENOLAK PAS JIKA PAS
    MASIH BERBICARA BERBELIT BELIT . SAYA MULA CURIGA DENGAN NIK AZIZ DULU SAYA SELALU MEMANDANG TINGGI KEPADA NIK AZIZ ?????

  27. Anon 25.
    nilah di katakan politik Dajal akhir Zaman..

    "SIMPATI YANG AMAT"
    ..... DUNIA DH NAK KIAMAT HANGPA MASIH DOK CARI FORMULA//////??????????

    BENAR,kita sekarang berada di Zaman Dajjal Laknatullah..."Zaman Deception" ZAMAN PENIPUAN dalam segala hal...dari bab Kenegaraan, politik, ekonomi, ilmu, kemasyarakatan, undang2 & peraturan, kekeluargaan, sain teknology, kesihatan...hatta AGAMA

    Nabi SAW ada bersabda:
    إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

    “Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]

  28. Dalam hal ini Nik Aziz tidak mencelarukan Ahli PAS atau Rakyat Malaysia itu sendiri sebab dari Aklak Nik Aziz jelas berpegang perjuangan Islam yang sejati tetapi Pihak UG dalam Pas dan Umno lah cuba nak celarukan Nik Aziz mereka tahu perjuangan Nik Azik untuk keberkatan bukan untuk kecelakaan.Yang berbelit tu adalah orang yang cuba belitkan Nik Aziz ia itu puak UG Pas tetapi yang terbelit akhirnya Puak UG juga.Yang akan akan ketawa berdekah dekah adalah UMNO bila lihat gelagat Pemimpin PAS yang tak Bersatu dalam banyak hal khususnya isu semasa apa tah lagi Isu Melayu ni sebab pimpinan PAS ni banyak sangat kitab yang mereka baca banyak sangat hukum dan fatwa yang berubah rubah.Mereka nampak dengan jelas kelemahan pimpinan PAS serban besak bakul mengaji sampai bertan tan tan kitab sana sini namun kelemahan tetap ada dan syaitan tak pernah tidor tak perlu jemput syatan tetap bantu 24 jam.Mudah saja persepsi jelas lagi nyata pemimpin PAS ada yang mudah di beli ,di perdaya dan di belitkan janji habuan masuuuk!!sudah memadai.Membuka ruang PALSU macam UG untuk memerangkap pimpinan pAS yang mempuyai kuasa amatlah mudah sebab kelemahan sudah terserlah.Umpama musuh dah kenal selok belok pAS kat mana kurup dan kat mana panau dalam kain pun mereka tahu.Kerja UMNO jadi mudah cari penawar ubat Kurap dan Panau bagi pimpinan PAS yang berpenyakit sudah tentu mereka akan berterimakasih di samping tawaran habuan megeliourkan pula .Mana bisa di tolak pak !!!...tawarannya lumayan sekali..terlalu susah mahu tolak..kan rugi kalau tolak takut nanti orang lain yang kebas dan duduk kerusi empok di putra jaya. !!gigit jari lah kita.Waduh ini kan Bakso istimewa (Pinjam Kata Kata Indon)Kalau Bakso itu di campur dengan tahi cicak pun bisa makan Pak pokoknya enak!! ---bersambong

  29. Demikianlah peluang,ruang dan gelangan pentas sandiwara politik yang di pamirkan untuk tontonan Rakyat yang akan megundi dalam PRU 13 nanti. dan habuan berpecah belah juga bakal terjadi yang untung UMNO. Pemimpin PAS ni akan terus berceramah di samping melihat pemimpin UMNO ketawa riang.Dasar kemana !perinsip Islam kemana malah buat kianat pada perjanjian dengan kawan dan ahli sendiri pun bisa yang setia pun mereka sangup buat dajal justru mengkianati sesama pimpinan atas mereka pun mereka sangup.Umpama suami Isteri yang beikral sumpah setia tapi bila suami keluar pintu depan senyap senyap isteri buka pintu belakang.Datang si mamat bangla terus masuk pintu belakang balun Isteri yang kononnya setia.Dah balun kot depan kot belakang pun dia balun sekali.Apa nak hairan dengan Stopa Ali,Nazzarudin,juga Hasan Ali mereka dah mewah apa rugi pada mereka kalau Pas kalah terok.TGHA boleh cari ayat Alkuran dan Hadis untuk benarkan tindakan mereka.Yang halal jadi haram yang haram jadi Halal jadi harus jadi makruh.Pada Ahli di seru kena walak pada pimpinan tapi bila pimpinan sendiri tak walak pada pimpinan yang lebih atas darinya maka itu di katakan setratiji macam macam istilah bahasa Arab di gunakan pokonya sampai ahli naik keliru .Pada pimpinan semua boleh !! pada ahli yang persoal akan di hukum kianat,fitnah tak walak tidak ada tiqah .Proses pecah perentah sedang berjalan berjalan matlamtnya mudah di lihat UMNO/BN terus berkuasa dengan PAS megorbankan kehendak Ahli melalui habuan yang dijanjikan dapat di perolehi oleh beberapa pimpinan PAS...Terserlah kelemahan Pemimpin PAS musuh yang di tentang selama 50 tahun lebih pabila musuh sandarkan sikit dengan Isu Melayu dan Chop mohor Istana maka cair lah mereka .Seolah olah Islam itu ugama yang lemah boleh di lembutkan dengan fahamam Asobiah dan tunduk pada Istana.Ajaran apakah ini????yang di perjuangkan PAS.Habuan juga yang boleh mencairkan mereka .Umpama UMNO menunjukan jalan dekat untuk menikmati habuan sebab selama ini jalan jauh yang di gunakan oleh pAS 50 tahu lebih tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan jawatan,pangkat serta kuasa.Hadi Awang dan Stopa Ali dah semakin tua berjuang cukup lama hasilnya yang mereka nampak sekarang ialah ketakutan habuan yang mereka citakan di kebas orang lain .Takut jawatn PM atau TPM dan MB selangor terlepas sebab tiba saja Nik Aziz ke majlis yang di sangkakan jumputan Raja bertukar menjadi kejutan besar bada beliau rupa luka dalaman PAS yang di balut sebelum ini kononnya semboh rupanya ada pihak telah merungkainya dan ditaruhnya racun yang lebih bisa.

    Manusia merancang Allah tentukan.Maka puak yang terbelit cuba nak buka belitan yang memelitkan mereka semakin kusut.Maka di gunakan Nik Aziz untuk buka Belitkan yang terbelit.Marah lah si tukang pembelit maka Adukataruna jadi mangsa di Rusila...Tidak kah Semua Ahli Pas nampak dengan jelas Apa yang belaku!!!!!!!BESIH KAN PARTI KITA dengan segera sebelum kehacuran menjelang tiba.

  30. http://www.malaysiawaves.com/2011/01/anak-tok-guru-ditawar-kontrak-lebuhraya.html
    AGENDA PERPADUANG SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEJAYAAN.

    Dengan seorang anak Tok Guru sedang giat berkempen kepada orang tuanya, dan menantu Tok Guru sedang dalam penyiasatan SPRM, maka kita boleh faham betapa sukarnya Tok Guru Nik Aziz mahu meneruskan penentangan beliau kepada agenda Perpaduang ini.

    Kalau kita lihat, hampir keseluruhan Majlis Syura Ulama PAS menyokong agenda UG ini. Malahan, di dalam Majlis Syura, hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang menentang agenda ini. Timbalan Mursyidul Am pula adalah penyokong tegar agenda UG ini dan tidak segan silu menyatakan sokongan beliau.

    Dalam Dewan Harian PAS pula, Presiden dan Timbalan Presiden adalah juga penyokong tegar agenda ini. Dan antara ketiga-tiga Naib PResiden mungkin hanya seorang sahaja yang benar-benar anti UG. SU Agung pula jelas sokongan beliau kepada UG. Mungkin BEndahari sahaja yang anti UG dan KEtua Penerangan tidak pernah dilihat sebagai anti UG.

    DAlam AJK PAS Pusat pula, saya yakin 50% adalah penyokong UG dan 30% yang lain adalah berkecuali. Kalau ada yang anti UG cuma 20% sahaja.

    Pesuruhjaya2 Negeri boleh dikatana kesemuanya pro UG seperti Pesuruhjaya Negeri Sembilan dan ADUN tunggal PAS di Negeri Sembilan.

    Maka, apabila Tok Guru berjaya dilembutkan tiada lagi halangan membawa PAS menubuhkan kerajaan campurang bersama UMNO dan Barisan Nasional.

    UMNO menggunakan taktik lembut dan keras. Lembut melalui anak Tok Guru yang bakal diberikan kontrak berjumlah Ratusan Juta. Keras melalui pendakwaan ke atas menantu Tok Guru, Arifahmi.

    Saya meminta semua ahli2 PAS supaya bersabar dan tunggu sahaja pengisytiharan Presiden bahawa PAS telah meninggalkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan campuran bersama UMNO dan Barisan Nasional.

    Sekian.

    Tulang Besi

  31. I.

    Berdasarkan kepada rentetan peristiwa yang tercatat dari segi ucapan serta tindakan pimpinan pas dan umno termasuk pendirian TGNA yang jelas berkaitan “kerajaan perpaduan” , sangat tidak cerdik untuk mengatakan bahawa kehadiran TGNA di Istana Terengganu adalah untuk berbincang pasal UG.Tatapi ia sangat munasabah untuk mengatakan kehadiran TGNA itu ada kaitan dengan “kerajaan perpaduan”.

    Bagi penaja (bukan politik dan bukan juga NGO) serta peserta2 UG, halangan terbesar yang mereka terpaksa hadapi ialah TGNA yang lantang menolak gagasan UG. Peluang terakhir yang munasabah difikirkan mampu merubah TGNA bagi tujuan hasrat tercapai adalah melalui istana. UG berputik dari “pertemuan dalam gelap” yang berlaku semasa Pak Lah. TGNA telah menyatakan pendirian beliau menolak UG se awal itu. Ini bermakna pengelibatan Pak Lah sendiri tidak berjaya mencairkan pendirian TGNA.

    Isu UG ini terpaksa dibincang di muktamar pas ke 55 yang akhirnya diputuskan pas akan terus “memperkasakan pakatan rakyat”.Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak bernoktah di situ sahaja tetapi di sambung dengan “dan terus berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno”. Frasa “dan terus berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno” membayangkan bahawa hasrat untuk perbincangan dengan umno masih wujud. Frasa ini sudah memadai dengan “berbincang dengan sesiapa sahaja” tanpa menambah “termasuk umno”. Keperluan menambah “termasuk umno”dilihat sebagai satu usaha untuk menanamkan di dalam kepala ahli2 pas bahawa berbincang dengan umno tidak menjadi kesalahan walaupun ia mendatangkan mudarat kepada Pas. Ia adalah ‘tiket’ bagi meneruskan perbincangan yang belum berkesudahan.

    Keputusan menambah “termasuk umno” ini telah digambarkan oleh Presiden Pas,TG Haji Abdul Hadi sebelum Muktamar Pas ke 55, apabila beliau menyebut “…perbincangan dengan pemimpin umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.” (Lihat disini: http://pasgerik.blogspot.com/2009/04/presiden-pas-nafi-tarik-balik -kerajaan.html). Justeru “perbincangan dengan umno” diteruskan tanpa segan silu sehingga menyebabkan, pada Oktober 2009, TGNA mencadangkan supaya Muktamar Khas diadakan. Sebagaimana umum sedia maklum, Pas berjaya menepis saranan TGNA dari dapat direalisasikan.

  32. II.

    Pada Muktamar Pas ke 56, untuk kali kedua Dewan Muktamar menobatkan “memperkasakan pakatan rakyat”. Ia masih tidak bernoktah di penghujungnya kerana sekali lagi, di dalam ucapan penangguhan TG Presiden, frasa “meneruskan perbincangan dengan lain2 pihak” masih dilestarikan. Cuma kali ini perkataan “Umno” ‘digelapkan’ bertujuan untuk ‘mengelirukan’. Pintu berbincang dengan Umno dibuka seluas2nya. Mengikut Blog Merah Tinta “Pertemuan itu atas inisiatif pihak bukan politik dan bukan juga NGO” (Lihat di sini: http://msomelayu.blogspot.com/). Kemungkinan penerusan siri-siri perbincangan dengan Umno ini berlaku melalui individu / kumpulan yang sama tidak boleh dinafikan.

    Terdahullu, ketika isu “Pertemuan dalam gelap” heboh, nama Task Force 2010 yang ditubuhkan oleh mantan PM Abdullah Badawi, dikaitkan. (Rujuk: https://kickdefella.wordpress.com/category/current-affairs/page/16/). Task Force 2010 adalah organisasi “bukan politik dan bukan juga NGO”. Untuk pertemuan di istana ini, beliau adalah pembawa titah sebagaimana disebut oleh TGNA, “beliau dikunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah Yang di-Pertuan Agong meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.” Ini bukan sahaja membayangkan bahawa Pak Lah masih menaruh harapan kepada projek yang dimulakan olehnya akan membuahkan hasil yang dikehendaki sekiranya TGNA boleh diubah pendirianya terhadap UG. Malah ia turut membayangkan bahawa pemimpin Umno menerima nasihat “penganjur’ bahawa Pak Lah adalah orang yang paling sesuai untuk menyampaikan titah dari istana kepada TGNA.

    Pandangan saya adalah berdasarkan fakta. Lalu, sila patahkan hujah saya dengan fakta. Sangatlah jahat orang yang menyebut “Nak suruh TGNA kata 'Ye kami telah sepakat untuk menubuhkan kerajaan bersama BN dengan beberapa syarat yang dipersetujui bersama' nak suruh macam tu baru puas hati!!!” Lagi jahat apabila cuba melibatkan TGNA dengan “kerajaan perpaduan”. DUA kali jahat! TIGA kali jahat apabila cuba mengaitkan istana dengan UG!!! Inilah akibat dari berhujah tanpa maklumat dan ikut sedap hati.

  33. III.

    "NIK AZIZ DAH JOINT KELAB IMAM MUDA DAN ULAMAK UMNO/BN". Kenyataan ini membuktikan bahawa cita2 untuk mempalitkan TGNA dengan UG sudah membuahkan hasil yang diharapkan. Usaha untuk 'mencemarkan' TGNA telah bermula sejak lama. Ia mendadak selepas TGNA menyarankan supaya Muktamar Khas diadakan. Tembakan mula dihalakan terhadap TGNA dengan peluru2 berjenama "pengganti" dan "penasihat sesat". Peluru berjenama "pengganti" berjaya ditepis oleh TGNA tetapi jenama "penasihat sesat" berjaya mencederakan TGNA. Kejayaan peluru jenama "penasihat sesat" mengena kerana ketahanan TGNA berjaya diperlemahkan dengan "Arif" dan "Amalina".

    Ia diperkuatkan lagi apabila yang turut menghala peluru jenama “penasihat sesat” turut ditembak oleh Presiden Pas, Abdul Hadi - “Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.” – Abdul Hadi (lihat di sini: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23478:tindakan-nik-aziz-gambarkan-ikhlas-dan-jiwa-besar&catid=83:presiden&Itemid=127). Tindakan menekan TGNA yang terancang berjaya menukarkan Setpol dan setiausaha akhbar MB Kelantan itu. Setpol adalah bekas Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Pusat yang berketuakan Mustapa Ali, selaku Pengarah Pilihanraya Pas Pusat yang kini adalah Setiausaha Agong Pas. Ia tidak mengambil tempat secara rambang kerana kesudahan dari “penasihat sesat” ini, pertukaran mengambil tempat dengan orang yang rapat dengan Setiausah Agong sudah jadi orang kanan TGNA.

    Seperti yang disebutkan di atas, TGNA sudah berjaya diperlihatkan sebagai sudah terjerumus ke dalam gaung UG. Sudah tercapaikah apa yang dihajatkan. Mereka merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan ialah perancangan Allah. Pada 4 Januari 2011, TGNA berjaya diperlihatkan sudah “joint kelab imam muda dan ulamak umno/bn”. Namun, peristiwa blogger diserang di Rusila, dalam kawasan ekslusif Presiden Pas tidak sedikit mencalar Abdul Hadi sebagi seorang ulama. Tiga hari selepas TGNA cuba dikaitkan dengan UG, Abdul Hadi pula tercalar dengan ‘serangan ke atas blogger’.

    Wallahu’alam.

  34. kepada yang termakan perangkap UG untuk mengenakan TGNA,kepada pencacai UG yang cuba melibatkan TGNA dengan UG, kepada mereka yang celaru fikiran, kepada ahli2 Pas yang tersangat wala', kepada cawangan2 Pas, kawasan2 Pas dan negeri2 serta dewan2 yang akan bermesyuarat bagi mencalonkan bakal pimpimpinan Pas 2011-2013, kepada bakal2 perwakilan ke Muktamar Pas ke 58, dengarlah, dengarlah, dengarlah:

    Audio: Cerita 24 Disember 2010
    di sini:http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/01/panas-cerita-24-disember-2010.html

  35. Drama pertemuan semasa mkn malam antara pemimpin2 UMNO dan parti pembangkang(PAS)dah pun berlaku di bwh lampu. Tidaklah mustahil kalau abg haji katakan pertemuan yg di dlm gelap pun pernah berlaku pd waktu yg sebelum-sebelumnya. Abg haji percaya ,ramai di antara kita yg membuat telahan bahawa intisari kpd pertemuan itu tdk lain tdk bukan semata-mata utk membincangkan perihal perpaduan Melayu. Kini, PAS telahpun bergabung dgn parti bkn Melayu DAP dan parti Melayu(Keadilan). Kalau nak dikatakan PKR itu sebuah parti Melayu tulen, abg haji rasa serba salah sbb PKR mirip spt DAP. Ahlinya terdiri drpd berbilang bangsa dan agama. Telah tercatat dlm sejarah, satu ketika dulu, PAS pernah menyertai kerajaan campuran. Ada pemimpin2 PAS yg dilantik menjadi menteri kabinet dan ada pulak yg menjadi duta. Tp kini bila abg haji survey pendapat ahli2 PAS yg fanatik, mereka menolak gagasan kerajaan perpaduan dgn UMNO dgn alasan di antaranya PAS pernah dikhianati oleh UMNO semasa menganggotai kerajaan campuran dulu. Pada pendapat abg haji, UMNO tak khianat PAS, yg khianat pada PAS adalah pemimpin2nya. Pemimpin2 UMNO dan PAS ketika kerajaan campuran dlm BN dulu banyak diantaranya dah pun meninggal dunia. Skrg pulak, UMNO dipimpin oleh generasi baru yg tak ada kena mengena dgn kesalahan pemimpin2 di masa silam. Kalau skrg PAS, DAP dan PKR tergamak tidur sekelambu dan pengikut2 PAS tak ada pun byk soal bahawa sama ada syarie ataupun tdk. Tup2 bila ada gagasan perpaduang UMNO-PAS byk pulak org yg melompat marah berbanding dgn yg setuju. Dulu semasa mahu menyertai kerajaan campuran, PAS pakai Quran yg mana? La ni pakai Quran yg mana pulak? Akhir kata penutup bicara, abg haji ingin ucapkan kpd pimpinang-pimpinang PAS yg tergedik-gedik dan kecur air liur mrk krn terliur nk jd menteri kabinet. Slmt duduk di kerusi empuk.
    Haji Rashid

  36. Aku pernah ikuti ceramah hadi awang ni yg mengatakan bahawa jika kita tonton berita TV3 maka kita kena pastikan kita mesti lebih bijak dari TV tersebut. Maka setelah aku menonton video youtube di atas maka aku dengan bijaknya membuat keputusan bahawa hadi awang adalah PENIPU BESAR dalam jamaah Islam yg sepatutnya tidak layak dipimpin olehnya. Kita boleh membaca bahasa badannya serta bahasa badan Tok Guru Niz Aziz. Boleh dikatakan dua2 tidak berkata benar. Seorang PENIPU kerana nak selamatkan diri serta utk terus memperbodohkan meLAYU dan seorang lagi tidak berkata benar kerana utk menjaga kemaluan hadi awang & the geng sbg presiden pas. Tok Guru terpaksa tidak berkata benar utk menyelamatkan pas dari dicop PENIPU oleh musuh2nya atas tindakan presiden TERBODOH yg pas pernah ada. Itu bacaan aku...

  37. Ramai ahli PAS masih tidur di buai mimpi..Tak sedar atau tak tahu atau Over Dose walak hingga ribut besar dalam perjalanan nak musnah kan Parti.Elok lah kita ambil kesempatan dalam Muktamar ini buat perbersihan seperti mana di zaman kejatuhan Asri Dulu.Jangan pandang pada Ilmu saja lihat lah pada perlaksanaan serta aklak pemimpin PAS yang tertentu semakin membawa pecah belah dalam Parti sendiri.Sudah sampai masa kita ber baiah hanya pada satu pimpinan saja ia itu Tuan Guru Nik Aziz.Yang lain ynag pro UG harus di rehatkan sementara waktu.Saya cadangkan kali ini biar calon Tim.Preseden PAS bertanding dua penjuru saja tak kira lah Husam atau Mad Sabu misti bertolak ansur.Satu jaga negeri satu jaga Pusat.Ada faham kah oooi Mad sabu dan Husam.Fikir lah baik baik demi masa depan jemaah.Selagi si budak kecik tu jadi No 2 selagi itu lah PAS berpecah belah.Jangan sampai tercalonnya tuan guru Nik aziz untuk bertanding Presiden sudah lah tapi kalu ter calon juga atas kehendak Ahli maka TG Nik Aziz harus menerima nya.Kami rela di pimpin orang yang bersih lagi teguh pimpinannya.Bukan tok guru yang dah mula nak jadi kepala samseng macam kat Rusila tu.

  38. saya bukan ahli PAS tetapi saya hairan bagaimana tuan-tuan ahli PAS kebanyakan menentang pemimpin tuan-tuan sendiri. Adakah pemimpin tuan telah menyimpang dari Islam? Jika mereka tidak menyimpang saya kuatir tuan-tuan terlebih-lebih menuduh pemimpin tuan-tuan senidri. Bagaima pula kami yang bukan ahli PAS, tentulah kami orang PAS bukanlah baik sangat seprti yang disangkakan. Ada yang mengeluarkan hadis untuk menyokong pendapatnya. Saya harap tuan-tuan buat sesuatu dengan niat kerana Allah sahaja, kalau tidak buruk perbuatan tuan-tuan semua.Ketahuilah Allah Amat Mengetahui apa yang tersirat dalam hati masing-masing. Saya hormat pemimpin PAS kerana kebanyakannya ulama tetapi sayangnya beberapa penulisn tuan-tuan sendiri mempersoalkan kepimpinan ulama sendiri.

  39. haji rashid kata:

    "bila abg haji survey pendapat ahli2 PAS yg fanatik, mereka menolak gagasan kerajaan perpaduan dgn UMNO dgn alasan di antaranya PAS pernah dikhianati oleh UMNO semasa menganggotai kerajaan campuran dulu. Pada pendapat abg haji, UMNO tak khianat PAS, yg khianat pada PAS adalah pemimpin2nya. Pemimpin2 UMNO dan PAS ketika kerajaan campuran dlm BN dulu banyak diantaranya dah pun meninggal dunia. Skrg pulak, UMNO dipimpin oleh generasi baru yg tak ada kena mengena dgn kesalahan pemimpin2 di masa silam."

    haji ni short-sighted gamaknya. benar, tun razak dan hussein onn dah meninggalkan umno. pemimpin umno yang khianati pas masih hidup. dia berselindung di belakang allahyarham hussein onn. kelicikan politiknya diakui. untuk memastikan kedudukan beliau selamat, beliau hapuskan mereka2 yang dilihat boleh menggugat kedudukannya. yang pertama jadi mangsanya ialah almarhum dato harun. kemudian disingkirkan abdullah ahmad. kini dia masih cergas dalam politik. kini dia sedang menyediakan laluan untuk anaknya jadi piem. tidak ketetrlaluan jika dikatakan bahawa dia turut berperanan dalam "perpaduang" kini. "perpaduang" perlu untuk membolehkan rancangan menobatkan anaknya sebagai piem. ada nampak haji?

  40. kepada pendokong, penyokong UG, jangan, jangan bertindak tanpa maklumat.

    "I salute TG Nik Aziz.. a man of principle. Hadi can go fly kite!"

    baca di sini: http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/37277-the-christmas-eve-party-at-the-istana-terengganu#comments

    kalian bukan lagi cuba menegakkan benang basah, tetapi kalian sedang memperjuangkan kebatilan!

  41. PAS dipersimpangan

    Saya ingat cara pendakatan halus dan kebaikan DAP yg penuh tektik jangka panjang telah berjaya menguasi pemikiran pengkomen dalam blog Penarek beca ini utk memenuhi cita rasa mereka.

    Perangai hasad dengki dan dendam kesumat yg meluap-luap telah digunakan oleh kumpulan ini utk melibrisasikan PAS. Mereka tidak berfikir secara berhemah, dgn nilai akhlak yg tinggi, tidak menilai buruk dan baik dalam jangka panjang dan buruk. Semata-mata hendak menang politik.

    Mereka sentiasa mencari dan mencerca sesiapa sahaja selagi tidak mengikut idea dan nafsu serakah mereka. MerekA terlalu berpolitik dgn penuh gelisah dan siapa yg tidak ealiran dgn kehendak mereka dicap dan sumpah seranah macam-macam. Nampaknya pendakatan mereka berkerat rotan melintang patah. Apa nak jadi-jadilah. Idea-idea mereka beriar kpd pemusuhan dan tiada pun yg bernas untuk menyatukan umah.

    Kalau mereka berhujah di blod ini (bersifat anti sahaja tiada berhikmah) bila menjadi pemimpin kelak .... AKAN MENJADI DIKTATOR apabila menjadi pemerintah kelak... Semuanya mesti ideal spt kata mereka. Mereka ini hanya pandai berkata-kata..... tetapi tiada hasanah dan resional dalam cara permikiran mereka. Kalau boleh semua bow to them.

    Sekian

    PAS .... memenuhi impian serakah ???

  42. PAS dipersimpangan . umat muhamat pecah 99 golongan... Peyokong/ahli PAS nak pecah berapa?

    Saya ingat cara pendakatan halus dan kebaikan DAP yg penuh tektik jangka panjang telah berjaya menguasi pemikiran pengkomen dalam blog Penarek beca ini utk memenuhi cita rasa dan geram mereka. Habis selagi tak selari dgn idea org habis ditebas. Tiada idea-idea bernas demi umah ketengahkan.. hancurlah bila majoriti umum membaca.

    Perangai hasad dengki dan dendam kesumat yg meluap-luap telah digunakan oleh kumpulan ini utk melibrisasikan PAS. Mereka tidak berfikir secara berhemah, dgn nilai akhlak yg tinggi, tidak menilai buruk dan baik dalam jangka panjang dan buruk. Semata-mata hendak menang politik.

    Mereka sentiasa mencari dan mencerca sesiapa sahaja selagi tidak mengikut idea dan nafsu serakah mereka. MerekA terlalu berpolitik dgn penuh gelisah dan siapa yg tidak ealiran dgn kehendak mereka dicap dan sumpah seranah macam-macam. Nampaknya pendakatan mereka berkerat rotan melintang patah. Apa nak jadi-jadilah. Idea-idea mereka beriar kpd pemusuhan dan tiada pun yg bernas untuk menyatukan umah.

    Kalau mereka berhujah di blod ini (bersifat anti sahaja tiada berhikmah) bila menjadi pemimpin kelak .... AKAN MENJADI DIKTATOR apabila menjadi pemerintah kelak... Semuanya mesti ideal spt kata mereka. Mereka ini hanya pandai berkata-kata..... tetapi tiada hasanah dan resional dalam cara permikiran mereka. Kalau boleh semua bow to them.

    Sekian

    PAS .... memenuhi impian serakah ???


    Nabipun telah berkata ... diakhir zaman nanti umat ku akan terpecah kpd 99 golongan.. kalau nak katakan penyokong PAS ... tak heranlah

  43. PAS dipersimpangan . umat muhamad pecah 99 golongan... Peyokong/ahli PAS nak pecah berapa?

    Saya ingat cara pendakatan halus dan kebaikan DAP yg penuh tektik jangka panjang telah berjaya menguasi pemikiran pengkomen dalam blog Penarek beca ini utk memenuhi cita rasa dan geram mereka. Habis selagi tak selari dgn dia idea org habis ditebas. Tiada idea-idea bernas demi kebaikan umah ketengahkan.. hancurlah bila majoriti umum membaca. Meraka melihat apa yg dibuat 100% tiada cacat cela meti skor 100% dalam semua subjek peperiksaan. Mereka merasakan berada dalam pihak yg benar... huh macam ni nak jadi ketua .. DIKTATORlah nanti.

  44. MACAI2 SEMUA NAK TAHU APA JADI PADA DINNER TU LEH TGK BLOG TUKAR TIUB...LEPAS TU KORANG LEMPANG DIRI SENDIRI SEBAB BANGANG SGT....TERMASUK USTAZ NGAJAR SEKOLAH TUUU....HIDUP TGNA!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008