Tiba-tiba dengan takdir Allah, doktor di HKL menetapkan pemeriksaan kesihatan isteri saya pada 4/1/11. Saya kalau boleh memang tak nak pergi HKL. Ada kenangan yang terlalu menyiksakan di situ. Bukan kerana kakitangan HKL tak baik. Tetapi di situlah anak saya, Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) kekasih hati abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di HKLlah, Allah s.w.t. mengambil balik amanah-Nya kepada saya. Muhammad Sadiq tak ada lagi di sisi saya pada 4/12/10. Saya pula terpaksa membawa isteri saya ke HKL pada 4/1/11. Betul-betul genap sebulan. Tuhanlah Yang Maha Mengetahui betapa merananya hati kami.
Ketika isteri saya melintasi Unit Kecemasan HKL, jantungnya berdebar kencang. Segala rasa sedih menjadi semakin pedih. Di situlah kami menghantar Muhammad Sadiq kira-kira jam 4.00 pagi 12/11/10. Ketika dia di bawa dari Unit Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), jantungnya terhenti. Saya diberitahu doktor, mereka terpaksa membuat CPR (cardiopulmonary resuscitation) sehingga lima minit.
Sukar dilupakan, pada siang sebelumnya, ketika saya dan isteri menghantar kakaknya ke perhentian bas berhampiran Stadium Bukit Jalil, Muhammad Sadiq memanggil umminya. Malangnya, isteri saya tak faham apa yang hendak dinyatakan oleh Muhammad Sadiq. Saya masih ingat lagi, jam 1.42 tengah hari 11/11/10. Itulah panggilan terakhir Muhammad Sadiq.
Bila kami sampai di rumah, barulah semua orang sedar bahawa Muhammad Sadiq sakit. Sebelum itu, kami fikir dia hanya demam biasa.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya, adakah saya terlampau over sangat dengan kesedihan dan penderitaan saya? Pernah seorang kawan yang baik bertanya, "Reda dah (kesedihan)?" Saya kata, "Macam mana nak reda..."
"Anta kena redha," katanya. "(Bukan sahaja benci untuk bersikap demikian) nak fikir perkataan tak redha pun aku benci. Tapi tadi hang tanya reda dah ka? Memang tak reda".
Adakah saya over, melampau? Ya Allah, hati tidak berbohong, sebak yang berulang-ulang tak berbohong, nafas yang tersekat-sekat kerana menangisi pemergian Muhammad Sadiq tidak berbohong.
Muhammad Sadiq sudah mukallaf ketika ia pergi menemui Allah yang sangat dia harapkan keampunan dan kasih sayang-Nya. Apa lagi daya dan upaya saya melainkan mengemis keampunan dan kasih sayang Allah kepada kekasih hati abah, Muhammad Sadiq.
Tiada sama sekali daya dan upaya melainkan berazam bersungguh-sungguh untuk mengemis keampunan dan kasih sayang Allah untuk Muhammad Sadiq dan semua yang saya sayangi selagi saya masih bernyawa.
Cukuplah saya merasa sangat berdosa kepada anak saya Muhsin yang tidak bernyawa lagi ketika ia dilahirkan. Oleh kerana adik kepada Muhammad Sadiq itu tidak ada lagi ketika dilahirkan, saya sentiasa terlupa dan terlalai tentang dia. Memang selalu juga saya memohon Allah menyampaikan salam kasih sayang saya kepada Muhsin. Tetapi, yang lebih kerap ialah lupa dan lalai.
Mudah-mudahan Allah memberi peluang kepada saya untuk mencium kaki Muhsin memohon ampun kepadanya apabila abahnya yang jahat ini berpeluang bertemunya di Akhirat nanti.
Saya rasa berdosa terhadap Muhsin. Yang ada pada saya ialah sikap oportunis. Pernah saya bertanya Ayatullah Jaafar Hadi adakah anak kita yang meninggal ketika masih kecil menjadi tiket untuk kita ke syurga? Dengan lembut beliau menjawab, "tiket hanya diberikan kepada yang layak". Terus saya terdiam mengenangkan kejahatan saya.
Pada saat ini, tiadalah saya berdaya upaya melainkan merayu-rayu kepada Allah dengan hanya bermodalkan harapan dan bersenjatakan tangisan. Bohong pun apa faedahnya kerana Allah Maha Mengetahui, saya jahat. Orang jahat tangannya kosong. Yang ada hanya harapan dan tangisan. Saya berharap sangat Allah mengasihani saya kerana orang jahat lebih memerlukan Allah berbanding hamba-hamba-Nya yang baik, walaupun sama-sama memerlukan.
Kepada Muhammad Sadiq, mak dan pak saya, abah isteri saya, keluarga saya, mu'minin mu'minat, muslimin muslimat, tidaklah saya berani berjanji. Hanya yang berani saya katakan bahawa, selagi hayat dikandung badan, saya teringin sungguh untuk sentiasa menemani mereka dengan do'a dan sedekah (setakat kemampuan saya).
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Ya Allah
wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
saya merayu kepada-Mu
renggangkanlah tanah dari samping jasad anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq
kasihanilah keterasingannya
temanilah kesendiriannya
hiburkanlah kegelisahannya
tenangkanlah ketakutannya
limpahkanlah kepadanya keredhaan-Mu
tolonglah anugerahkan kepadanya
salah satu dari rahmat-Mu, ya Allah
yang dengannya dia merasa cukup
dari (mengharapkan) kasih sayang kepada selain-Mu
serta gabungkanlah dia bersama-sama orang-orang yang dicintainya
bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad, ya Allah

Cantik? Klik 

Sebak hati saya baca, Pak Bakaq... Percayalah, Allah maha mengetahui, maha memahami dan maha pengampon... Redha lah, allahyarham dah kembali ke pangkuanNya... Dia masih muda ketika dijemput pulang... Insya'Allah dosanya tak banyak... Kita doakan dia selamat di sana, Amin Rabial'amin.... Dan Ya Allah, kau kesihanilah Pak Bakaq... Kau tenangkanlah hatinya yg kesedihan ini... Kau gantikanlah dengan yg lebih sempurna, kerana Kau Maha Pencipta, tiada yg mustahil bagiMu... Amin, amin, amin Rabialamin...
Semoga Allah memberikan kesabaran kepada tuan, isteri dan keluarga.... Teringat saya dlm hadis daripada Imam Jaafar Sodiq yang mana beliau berkata kepada seorang lelaki yang telah kehilangan anaknya: "Wahai fulan, kenapa engkau tidak sabar dalam menghadapi musibah yang kecil ini dan engkau lupa akan musibah besar! Dan jikalau engkau lebih bersedia untuk menghadapi tempat yang anak engkau pergi sesungguhnya engkau akan bersabar atas pemergiannya. Musibah yang besar adalah di saat engkau pergi ke tempat tersebut tanpa persediaan dan bekalan daripada musibah pemergian anakmu"....
Insyaallah, semoga kita semua mempersiapkan diri kita untuk membawa bekalan yang cukup di dalam perjalanan di alam tersebut....
dan pada hadis yang lain Imam Jaafar Sodiq berkata : "Di saat kematian seseorang, Allah akan mengutuskan malaikat untuk menenangkan ahli keluarga yang paling sedih dengan cara meletakkan tangannya di dada orang tersebut kerana jikalau tidak sedemikian maka dunia ini akan jadi padang yang gersang".
Tuan dan isteri adalah seorang ayah dan ibu yang cukup kuat untuk menghadapi segala musibah ini dan jadikanlah kata-kata Zainab kubra: "Aku tidak melihat (musibah ini) melainkan keindahan" sebagai satu motivasi untuk menjadi Hamba Allah yang sentiasa taat kepadaNYA... ungkapan tersebut diucap di saat Zainab menghadapi musuh kandanya yang syahid di Padang Gersang Karbala...
Bermunajatlah dan berbicaralah dengan Tuhanmu kerana Tuhanmu pasti akan mendengar munajat tuan dan isteri....
Semoga dalam munajat tuan dan isteri janganlah lupa untuk mendoakan rakan2 yang sedang giat mempertahankan maruah Ahlul Bait dan juga kepada semua mukminin dan mukminat.....
Semoga tuan dan isteri sentiasa akan mendapat ketenangan jiwa....INSYAALLAH...
Sedih sungguh...tumpah air mata saya pak bakaq..sabarlah.