Sedap!! Klik gambar di atas!

"Kaset lawan kaset la!"

"Kaset lawan kaset la! Ni kaset lawan tangkap," demikian lebih kurang ungkapan dalam salah satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar saya lupakan. Ketika itu, ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa. Kaset-kaset ceramah PAS, terutama ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, larisnya mengalahkan goreng pisang panas.

Ketika itulah juga semakin kasar tindakan pihak berkuasa terhadap ceramah-ceramah PAS dan penjual-penjual kaset ceramah PAS. Beberapa aktivis penting ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suami dipisahkan dari isteri. Ayah dipisahkan dari anak-anak. ISA bermaharajalela membuli mangsa yang tak berdaya seperti syaitan kelaparan.

Ustaz Fadzil tidak henti-henti mengecam tindakan barbaric itu. Beliau mencabar Umno supaya hujjah dilawan dengan hujjah. Bukan dilawan dengan kuasa dan kekerasan. Sebab itulah antara lain beliau kata "kaset lawan kaset la". Malangnya, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu mengiyhtiharkan debat Umno dan PAS tak jadi. Mungkin kerana anak bulan tak kelihatan.

Kalau tak silap, Almarhum juga pernah kata, PAS buat kaset, Umno pun buat kaset, tengok kaset siapa yang laku.

Semalam, khabarnya AdukaTaruna telah dikeronyok berdekatan rumah Datuk Seri Abdul Hadi di Rusila (lihat "Siapa aduka bukan isu,isunya bagaimana dia dilayan oleh TGHH dan Jemaah Rusila", "Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna!!" dan "Kes Aduka Taruna : Kredibiliti Presiden PAS Tercalar"). Sebelum itu, Aduka dilaporkan mengekori Datuk Seri Abdul Hadi sehingga ke halaman rumah Presiden PAS itu dan memberikan tekanan kepada beliau dengan soalan-soalan mengenai kerajaan perpaduan (unity government atau UG).

Selepas ini, pelbagai versi akan bermunculan. Ada yang membela Datuk Seri Abdul Hadi. Dan sudah tentu ada pula yang membela AdukaTaruna. Sebaik-baik penghakiman ialah penghakiman Qadhi Rabbul-Jalil nanti. Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Silat lidah dan kuntau bahasa tiada gunanya pada masa itu.

Cerita dari AdukaTaruna sendiri:
Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaAllah

Berkaitan:
'Penyokong' Hadi didakwa 'belasah' penulis blog (Malaysiakini 10/1/11)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kahkahkahkah...yg pergi meyondol mcm babi sapa suruh. islam mana ajar?dh janji pukul 3.belum kul3 dia dah serbu terimalah padah weh,,,kahkahkha

  2. aduka taruna tu memang budak gelojoh. Emosinya over.

  3. Salaam Bang Bakaq,

    Hang tak siar ka kenyataan ex-maid menteri habaq dia tak dirogol menteri?

  4. Bhai Pak Bakaq,

    Boleh baca kronologinya disini. http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2011/01/kronologi-peristiwa-aduka-taruna-di.html

  5. Salam bakaq, gue rasa patut mamat sekor ni kena tahan dari memganggu TGHH. sapa dia yg tanya direct dgn TGHH..sebab soalan dia tu tanya org lain pun bolih jawab..lagipun selama ni dia ,,dah kata otak tghh tak sebagus otak dia..kira dah ok,,90-100 org pukul dia ..and dia cuma cedera...aku ingat udah mampus..and muka dah tak serupa org dah..dah pengawal tghh and tghh tak mau jumpa..balik ajelah..atau buat ajelah mogok lapr ke depan pejabat pas atau depan rmh tghh..ni bawa rakaman buat apa?? sebab ada niat tak baguslah tu...

    aku mau citer sikit..dekat tempat anak aku ngaji..ngaji pondok aje..tok syeh tempat anak aku ngaji ni..org kata pandangan tembus...ada satu pelajar dari negara jiran..selalu duduk belakang aje..bila sholat jemaah..tapi hari tu..dia buang tebiat.mau sholat belakang tok syeh..so, sebelum mau sholat tok syeh kata..org yg kotor and buat maksiat sila sholat d belakang dekat mamat pelajar negara jiran ni..semua jemaah heran..kenapa tok syeh kata gitu dkat mamat ni..selepas tu..para pelajarpun buat siasatan kenapa tok syeh kata gitu..rupanye..mamat ni..nampak bagus aje..tapi d belakang org buat perkara tak elok...

    Utk AT...yg nampak bagus d blog dia..sebab dia aje yg betul..blog gua ..gua punya pasallah mau citer apa..sebab..klo bgi pun citer negatif yg keloar..bagi jumpa pun citer negatif juga yg keluar..

    Gua mau kata dekat dia padan muka ajelah

  6. Kalau hang Bakaq tak ada dalam kejadian lebih baik tak buat ulasan. Lagi pun cerita baru sebalah pihak.

    Itu nasihat orang yang pernah bersama hang!

  7. Ketika kejadian itu berlaku, Hj Hadi tak ada di Rusila. Dia ada di Manchester.

  8. Ada orang cerita Masjid Rusila dah pun ditukar namanya kepada Masjid Kampung Dusun kerana disitulah bersarangnya samseng2 Kampung Dusun yang orang kata diketuai oleh orang dengan suara yang tinggi berkata “tak boleh.. tak bolehlah!”

  9. BatuApi @ FireStone, malaysiandotcom, Sebal....GELABAH BETUL GENG2 YANG SUPPORT TGHH NI. Cuba nak tegak benang basah ya...ha ha ha...takut orang cakap hangpa tak ada "TELOK"...terutamanya BatuApi @ FireStone yang PONDAN tu.

    GENG2 BLOGGER PONDAN YANG SUPPORT TGHH NI ingat otak kami yang kat KL ni bodoh, bangang dan wallaq membabi buta macam hampa yang kat Terrengganu tu ke...PORAH

    Sorry beb, kami ANTI sapa saja yang MENIPU MACAM DAJJAL (deception macam Dajjal)... tak kisah le dia tu pemimpin ke, ustaz ke, ulama ke, raja ke, sultan ke, cik gu ke, blogger ke, pengikut ke....sapa saja yang macam Hadis ni cakap.
    Sebab kami tak mahu jadi : "maka dia bukan dari kalanganku (SAW) dan aku (SAW) bukan dari kalangannya".
    Apa! hangpa ingat TGHH besuk nak selamat kan hampa ka kat PADANG MAHSYAR nanti???

    Hadith daripada Kaab bin ‘Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda:
    إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

    “Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]

  10. Mohd Khairul Anwar,
    Macam mana pulak yang ni:

    MIGRANT CARE AKUI LAPORAN KES ROGOL AMAH MENTERI?
    Labels: SATIRA POLITIK

    NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.

    Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.

    "Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.

    "Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.

    Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.

    Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.

    "Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.

    "Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka. Berita berkaitan dari media Indonesia:
    Mantan Menteri Malaysia Tak Akan Diadili
    Pemerintah Tak Bisa Tindaklanjuti Kasus Perkosaan RB, TKI di Malaysia
    Migrant Care Tidak Takut Digugat Pemerintah Malaysia

    Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/migrant-care-akui-laporan-kes-rogol.html#ixzz1AQWEOnzc

  11. http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/01/surat-pembodohan-dari-rubingah.html

    Surat Pembodohan Dari Rubingah.
    Sabtu, Januari 08, 2011

    Jika ada sesiapa nak buat penghantaran surat menyurat Malaysia-Indonesia bolehlah gunakan khidmat umnoapco. Dijamin cepat dan pantas... "nextday delivery" hahahaha....

    Lu orang baca jelah surat dari Rubingah ini, buatlah andaian masing2 berkaitan tarikh surat di tulis dan sampai ke tangan blogger umnoapco. Sedangkan Rais Yatim pun ambik masa 2 minggu nak buat penafian....

    oopppsss.... 2 minggu mengambil masa untuk penafian... gua boleh terbang ulang alik Malaysia-Indonesia berapa kali haaaa.....???? kowtim beb.... ada duit semua boleh jadi beb....


    Berbalik pada surat tadi.... gua bersangka baik jelah, Rubingah tulis pada 07/01/2011 dan terus faks atau email pada blogger umnoapco untuk dijadikan bukti pertahankan Menteri diorang... Indonesia kan bertaraf negara maju... di kawasan pendalaman Banjarnegara pun ada talian internet dan telepon, tak macam Malaysia yang mengaku negara maju tapi kat kawasan pendalaman.... line telepon pun takda.... kah..kah..kah....

    Hari ini berapa haribulan yeaaa...???? sedangkan surat tersebut dah bertebaran dalam blog sejak semalam... hahaha...., kalau menggunakan faks sudah tentu multisetem tersebut juga berwarna hitam, mungkin mereka mengunakan email agaknya....

    Apalah bangangnya sukarelawan Migrant Care bersusah payah menjejaki Rubingah hingga ke pendalaman sedangkan puak2 umnoapco punyalah advance... senang bangat jer... boleh dapatkan surat dari Rubingah tak sampai sehari punya kerja dah settle.... hahaha.....

    So... layan jelah kebodohan yang cuba di pentaskan oleh puak2 tu....., dah nasib rakyat Malaysia selalu diperbodohkan... terima jelah... dengan gelak ketawa sambil guling2.... hahahaha....

    Peneroka Felda pun dah cerdik bhai..... dah boleh buat andaian macam mana kes yang melibatkan orang2 atasan nih di tutup serapat-rapatnya, baca jelah andaian Peneroka Felda di sini.

    Segala apa yang berlaku dalam Malaysia SerbaBoleh Land ini tiada yang mustahil...., sedangkan Tivoli Villa yang belum siap di bina pun Anwar Ibrahim boleh liwat Azizan dalam salah sebuah bilik di situ. Inikan pula hanya sekeping kertas.... apa ada hal beb....

    Sedangkan Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri pun diorang boleh langgar semacam jer.... inikan pula hanya sekeping kertas yang tak bernilai apa-apa pun.... Malaysia Serba Boleh Land....

    Yang pasti dan penting sekali ialah.... "Hentikan Pembodohan Ini" menjelang PRU-13 nanti.

  12. Senang2 pukul orang, dalam kawasan masjid pulak tu. Macamana nak menang PRU13 kalau macam ini caranya. Bodoh punya samseng MASJID KPG DUSUN. Padan ler tak mampu nak tawan Trangganu.

  13. PAS=UMNO, samseng2 banyak....apa beza dia? dua2 penyamun, beza satu kuasa besaq, satu kuasa kecik lagi (kalau besaq sama ja)...dan ada pengikut2 fanatik yg bodoh x tentu hala...cap keris and cap bulan ni dua2 xleh pakai!!!

  14. Inilah kita..Ilmu yg kita belajar selalunya jadi mainan hawa nafsu. Bagaimana kita mengharapkan yg bukan Islam mengikut langkah dan harapan kita.Kita ashik berlumba didalam beradu domba. Yg sesatnya kita,Yg salah nya kita, Yg pastinya Hisab Allah nanti terlalu tepat . Tidak takut kah pada Neraka Allah.

  15. bakaq oii...kau takpayah nak bela budak sesat tu..budak takdak adat dan kurang ajar.

  16. bhai..takpayah kau nak popular blog hang,dok abik cerita budak nakal tu.aku kenal sangat dia ni..cerita aje lebih2.elok juga kena belasah.kah..kah.kah..kah.hang tak tak dia ke?berapa hari tak berak...simpan bukti.kah..kah..kah.cerita lawak ari ni.

  17. Hadi awang tu PENIPU BESAR. Tak payahlah nak tegakkan benang basah lagi. Kalau dah mula menipu dlm UG1 dia dah mula gian menipu seterusnya. Penyokong2 bodoh dia pun sama cuba nak spin kepala org lain. Aku rasa PAS akan hancur musnah tapi buka oleh umno. PAS akan dimusnahkan oleh pemimpin2 bodoh spt hadi awang, nasya dan pengikut2 taksub mereka. Aku harap pemimpin2 PAS yg lebih bijak ambil alih kepimpinan seberapa segera dari 2 ekor yg konon2 ulama yg bodoh tu sebelum PAS dimusnahkan. Sayangkan PAS atau nak jaga 2 ekor makhluk perosak tu? Ubah sebelum parah. Asal ada UG maka akan adalah 2 ekor makhluk perosak tu... HAMPEH.

  18. Budak aduka tu memang kurang ajar.Lain kali ingat ingatlah sikit.Kerana pulut santan
    binasa,kerana mulut badan binasa.

  19. Bakaq, aku sokong TGHH lagi..
    Kurang-kurangnya TGHH dia hati-hati dgn puak geng main belakang...tak mcm TGNA...

  20. boring aku dgr citer aduka x teruna nie...tgk muka dia pn mcm b`masalah jer..baik aku layan bik mama montok lg beshh..

  21. Saya sarankan masyarakat membaca politcal novel bertajuk ANIMAL FARM http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm karya saterawan Inggeris terkenal, George Orwell.
    George Orwell menulis dalam novel beliau 'Animal Farm', berkenaan binatang di sebuah ladang memberontak, yang mulanya diketuai oleh seekor babi yang bijak. Babi yang bijak tersebut, selaku ketua, berjaya berkempen dan mendapat persetujaan hiwan2 lain dan kemudian bersatu melawan tuan mereka (manusia). Namun, malangnya babi yang bijak tersebut mati tertembak semasa proses pemberontakan.
    Kemudian, setelah menghalau tuan mereka dan membentuk kerajaan binatang, babi2 lain mengambil alih tampuk kepimpinan dan mewajibkan spesies lain untuk taat kepada pemerintahan babi - kerana kononnya babi serba tahu dan serba bijak di samping memanipulasikan IKON kemerdekaan mereka (babi bijak yang mati ditembak).
    Binatang lain diHaramkan untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat, pendek kata binatang lain diWAJIBkan ke atas mereka PRINSIP WALA' oleh BABI-BABI itu. Babi memerintah dengan mewujudkan majlis mesyuarat sesama babi (seperti majlis SYURA) dan binatang lain WAJIB WALA'/PATUH kepada keputusan Majlis SYURA Babi.
    Kemudian Babi-babi menjadi tamak dan berperangai seperti manusia, mereka mula tinggal di dalam rumah bekas tuan mereka, kemudiannya mereka bekerja-sama dengan seorang manusia yang tamak untuk mendapatkan bekalan wiski dan makanan2 manusia. Babi memaksa haiwan2 bekerja, menjual telur ayam, menjual susu pada manusia demi untuk memuaskan nafsu mereka.
    Dan akhirnya kerajaan binatang pun musnah akibat polisi2 jahanam yang dibuat oleh MAJLIS SYURA mereka dan akibat WALA' yang melampau oleh binatang lain.

  22. Saya sarankan masyarakat membaca politcal novel bertajuk ANIMAL FARM http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm karya saterawan Inggeris terkenal, George Orwell.
    George Orwell menulis dalam novel beliau 'Animal Farm', berkenaan binatang di sebuah ladang memberontak, yang mulanya diketuai oleh seekor babi yang bijak. Babi yang bijak tersebut, selaku ketua, berjaya berkempen dan mendapat persetujaan hiwan2 lain dan kemudian bersatu melawan tuan mereka (manusia). Namun, malangnya babi yang bijak tersebut mati tertembak semasa proses pemberontakan.
    Kemudian, setelah menghalau tuan mereka dan membentuk kerajaan binatang, babi2 lain mengambil alih tampuk kepimpinan dan mewajibkan spesies lain untuk taat kepada pemerintahan babi - kerana kononnya babi serba tahu dan serba bijak di samping memanipulasikan IKON kemerdekaan mereka (babi bijak yang mati ditembak).
    Binatang lain diHaramkan untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat, pendek kata binatang lain diWAJIBkan ke atas mereka PRINSIP WALA' oleh BABI-BABI itu. Babi memerintah dengan mewujudkan majlis mesyuarat sesama babi (seperti majlis SYURA) dan binatang lain WAJIB WALA'/PATUH.
    Kemudian Babi-babi menjadi tamak dan berperangai seperti manusia, mereka mula tinggal di dalam rumah bekas tuan mereka, kemudiannya mereka bekerja-sama dengan seorang manusia yang tamak untuk mendapatkan bekalan wiski dan makanan2 manusia. Babi memaksa haiwan2 bekerja, menjual telur ayam, menjual susu pada manusia demi untuk memuaskan nafsu mereka.
    Dan akhirnya kerajaan binatang pun musnah akibat polisi2 jahanam yang dibuat oleh MAJLIS SYURA mereka dan akibat WALA' yang melampau oleh binatang lain.

  23. yang peliknya, jemaah rusila tidak mengambil peluang untuk 'membetulkan' sikap aduka. cara yang ditunjukkan tidak selari dengan peranan masjid rusila. ia sama dengan tidakan kepimpinan yang bertindak tidak selari dengan keputusan muktamar "memperkasakan pakatan rakyat". bagaimana bapak ketam berjalan begitulah anak2nya.

  24. Hairan seharainnya,
    Banyak blogger-blogger tiga suku di bumi ini.
    Sedang aku berusaha menarik minat anak muda kepada PAS, kamu pula berfikir bagaimana cara hendak membuang TGHH dan Ust. Nasa daripada PAS.
    Sedang aku berusaha memberi gambaran bahawa PAS parti berakhlak, kamu pula mahu PAS kelihatan sebagai sebuah Parti yang penuh dengan sampah sarap melalui kerendahan peribadi TG. Haji Hadi dan Ust. Nasa.
    Sedang aku berpeluh untuk mengulingkan UMNO, kamu dengan senang berpendapat bahawa bergabung dengan UMNO dapat menyelamatkan agama dan bangsa melayu.
    Sedang rela aku tidak sentuh pangkat dan ganjaran demi maruah PAS, kamu atas nama PAS bercita-cita dan berharap ingin mendapat tender dan jawatan menteri dengan berpaduWang dengan UMNO.
    Adakah aku gila atau kamu yang gila?.
    Adakah aku munafik atau kamu yang munafik?.
    Adakah aku sepatutnya dicampak ke neraka, atau kamu yang sepatutnya dicampakakan ke neraka?.
    Hairan!
    Hairan!
    Kenapa aku tidak dijadikan tegas seperti al-Khatab dan lemah lembut seperti Umar bin Ab. Aziz.
    TGNA mesti ditutkan dengan TGHH, TGNA di kiri TGHH di kanan, TGNA di meja TGHH di kerusi. TGNA gula TGHH manisnya, TGNA senyum TGHH bibir, TGNA bola TGHH anginnya.
    Gila apakah kamu semua?. Hendak dipisahkan kiri dgn kanan, meja dengan kerusi, gula dengan manis, senyum dengan bibir, bola dengan angin.

  25. MORAL of the story in this posting........ PAS nampaknya dalam krisisi..

    Nanti akan wujudlah kerajaan BABI II.... bukan wala ? .. mereka juga juag menubuh SURA yang seakan-akan sewaktu BABI I.... akhirnya mereka jadi diktator juga.

    Tengok bahasa mereka berhujahpunsudah teruk.... mempunyai ciri-ciri AMARAH

    Pi mai pimai dok tang tu ... tang komen no satu??


    PAS entahlah --- PAS pun 99% Melayu .... IQ majoriti bawah 45% (kat U daptalh gred D+ ? habis-habis gred C

  26. tsunami pasti turun,mmmmmmmaaa

  27. Yang kamu galak gatal nak langgar Hj Hadi tu sebab apa ? Cara kau tu tak kena. Nama Rancangan yang awak buat pun bunyi macam ganas. Padan muka awak.Bila dah kena dok salahkan orang lain, awak buat tak betul awak tak sedar. Kalau aku ada dekat dengan peristiwa itu tempoh hari nescaya aku katok sampai pengsan.

  28. adoi.... sakit kepala betul lah baca komen-komen kat sini. sebenarnya dah janji dengan diri sendiri supaya tak payah layan lagilah kisah hadi dan misi UG nya. bukan apa takut tersalah menuduh orang yang bertaraf ulama ni tak bagus.. nanti dapat dosa free je. satu lagi takut nak buat pengharapan PRU 13 nanti pakatan rakyat menang. kalu tak menang mesti kecewa yang amat. Tapi melihat senario yang berlaku.. nampak gaya geng-geng UG masih lagi meneruskan usaha mereka tapi kali ini dengan lebih berhati-hati... Nasha pasti tak nak dikutuk 2x tu yang bergerak belakang tabir. masa aktif dalam TKO dulu selalu jugak aku dituduh org PKR dalam PAS.. walaupun aku tak pernah mengundi PKR. last skali aku sendiri yang boikot TKO, sebab orang kuat TKO mengatakan TKO ni milik PAS ganu.. so sape-sape yang tak setuju ngan PAS ganu tak payahlah join TKO.

    kesimpulannya sebagai rakyat biasa yang bukan kroni UMNO dan juga bukan presiden Parti Islam Semalaysia.. tanggung sajelah segala kenaikkan barang buat kesekian kalinya. kroni UMNO tak perlu risau sebab selepas PRU 13, mereka masih boleh dapat projek yang menguntungkan dan presiden dan timbalan presiden PAS pun masih boleh melancong ke London tanpa rasa bersalah.

  29. Salam Bakaq,

    Aku minggu lalu p makan siang d warung selera melayu dekat restoren takwa..dekat tempat hang and geng hand d tangkap olih JAIS..Kira sedap giler gue makan siang bersama teman -teman..gue bila baca comment di atas ni..ramai yg..kurang adap..maybe tak belajar adap..and pondan sebab pakai tara nama..and ambil rujukan dari penulis and pendapat orintalis..and depa aje lah yg betul..and Pemimpin PAS salah belaka..klo dulu masa mula gue kenal dgn PAS..ada utz yg ceramah aje terus UMNO Kafir..tapi puak utz jenis ni semua dah masuk umno..kemudian ada geng yg semua kena ikut usrah..Tapi geng ni last sekali ada yg masuk umno duluaan and ada yg terus istikamah dgn PAS..aku ingat yg bagi comment seperti tarak nama no 8 n arnab ni..geng terbaru..dlm PAS..and semoga geng ni akan pecahkan rekod utk buat pengumuman keluar PAS and joint parti ZAID atau tubuh parti baru..aje...sebab gue rasa mereka ni..tak belajar ilmu siasah..sebab bukan semua perkara pemimpin kena citer dekat umum..ada citer kena KIV ..tu baru siasah atau berpolitik..bukan lurus bendul ...ada citer kena cakap dlm usrah n ada kena cakap dlm mesyuarat and ada benda kena cakap depan umum.

    Lagi pun..gue rasa puak ni bukan beri sumbang pun utk perjuang PAS..cuma merosakan perjuangan aje..sebab mereka ni,,satu level dgn bloger umno..

    sebab tarak ada cadangan berguna dari puak ni...cuma kutuk pimpinan an ddrop pimpinan punya kredibility aje kerja mereka.


    so, gue sokong 100% apa yg dua TG buat..gue tak sangka buruk..baik belaka..

  30. Pres PAS TGHH tidak mempamirkan kewibaan sebagai pemimpin besar tetapi setakat macam Ketua JKKK sahaja layaknya. Tak kan budak muda AT tu pun tak boleh selesaikan dgn bijaksana, macam mana nak lawan pemimpin politik dari BN ini. Cukupkah dengan sikap dan tindakan yang telah dipamirkan. Mohon dari allah dijauhkan kepimpinan seperti ini menerajui Malaysia.

  31. Haji Hadi memberitahu mesyuarat Jawatabkuasa PAS Pusat hari ini bahawa dia tak tahu Aduka dipukul.....

  32. Umno ada I.S.A.

    Pas ada Rusila

    2 x 5, 5 x 2....

  33. Kalau bersekongkol dengan geng kilang kunyit??? Tak mau langgar??

  34. hahaha...takdak sorang pun cuba nak amik isi yang pak bakaq tulis. paka bakaq amik apa yang arwah ustaz fadhil noor sebut, "kaset lawan kaset. hujah lawan hujah. penumbuk lawan penumbuk"

    sebagai ketua parti islam, takkan la tak boleh nak luangkan 5 minit walaupun kita ni betul2 sibuk. 5 minit yang TGHH luangkan, akan dapat selesaikan masalah. dan adukataruna pun akan puas hati kalu jawapan yang diberikan tu merungkaikan masalah.

    ni, amik sikap taknak menjawab. adukataruna bukan bawak penumbuk nak tumbuk tuan guru. dia bawak soalan. jadinya, tuan guru sediakan la jawapan.

    macam yang disebut la, "kaset lawan kaset". maksudnya tuan-tuan, "hujah lawan hujah la." sekian.

  35. bukan tuan guru xnk jwb soalan AT tu, cume tuan guru nie ilmunye tgi brtngkat2,pndangan die bole tembus dinding klcc, so bile die tgk mamat AT ni, trus die nmpak seorang budak yg brmasalah, tu yg malas nk layan..cube kalu muke AT mcm muke najib or rosmah, mau die ajak g mkn tghari skali pas solat jumaat tue..silap2 ajak g mkn dlm istana smbil membincangkan perpaduan org melayu..or brbincang cmner nk susun kabinet kayu yg baru..rasenye la..

    -zargus-

  36. polis (umno) suka serbu ceramah pembangkang. polis suka kasari ceramah pembangkang. sekarang saya tak nampak beza antara polis dan samseng-samseng dari geng hadi awang di rusila.

    umno = polis = samseng hadi awang di rusila

    betul anon 32 kata:

    Umno ada I.S.A.

    Pas ada Rusila

    Anon 31 kata:

    Haji Hadi memberitahu mesyuarat Jawatabkuasa PAS Pusat hari ini bahawa dia tak tahu Aduka dipukul.....

    Saya kata dan saya yakin keterangan si pembohong yang dah berkali2 bohong tidak boleh diterima pakai

  37. yang si mamat sekor tu pegi langgar cam tu pun sapa pun marah.. hang datang serbu jer... klu sesapa pun rimas datang serbu jer. klu ada 10 orang macam budak tu time tu, aku tak tau apa nak jadi. klu aku kat situ pun aku sepak jer budak tu.. biar reti adab la. nak berjuang guna kepala lutu jer. main sondol jer. klu orang buat kat cikgu aku macam tu aku bagi penampak jugak kat orang macam tu. cikgu yang kita hormat tetiba ada orang buat tak tau adab ngan cikgu kita. secara logiknya... memang nak kene penampar.

  38. Tak tau la pulak aku ada ahlul-bait bangang macam hang Bakaq.
    Senang sangat kena kelentong dgn al-Jub & the gang , ditambah pula dgn puak wahabi Nik Aziz.
    TGHHadi jugak yang cekap...

  39. Kita tak tau keadaan sebenar. Mengapa Aduka (Penghina Sultan Johor) yang suka menunjuk-nunjuk kebaikan dan keISLAMan dia berbanding orang lain beria-ia nak SERANG HJ HADI? Diwar-warkan seantero dunia selama berbulan-bulan.

    Yang serang lepas Hj Hadi solat dalam keadaan tergesa-gesa, mungkin Hj Hadi sakit perut ke masa tu.

    Aku benci UG / Kerajaan Perpaduan, tapi aku lagi benci orang yang memecah-belahkan perpaduan.

    Kita takkan jumpa orang yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk menyempurnakan orang lain.

  40. Aku benci Kerajaan Perpaduan, tapi aku lagi benci orang yang cuba memecah-belahkan perpaduan. Kita kan parti islam, ada adab dan sopan. Sungguhpun berbeza pendapat dan perasaan, tapi cubalah berperangai mulia.

    Aduka Taruna (si penghina Sultan Johor), aku setuju cara kau terus direct jumpa Hj Hadi nak tanya, tapi tak boleh buat proper sikit ke? Cuba kau approach masa dia abis bagi salam. Konfem dia layan. NI masa di tengah jalan balik umah tengah hujan.

    hj Hadi aku reserve my comment sebab aku tak tau situasi dia masa tu. Entah dia tengah perut sakit memulas nak ke tandas. SIapa tau?

    KITA BUKAN ORANG YANG SEMPURNA, TAPI CUBALAH UNTUK MENYEMPURNAKAN ORANG LAIN YANG MEMERLUKAN KESEMPURNAAN.

  41. hidup Ku Li!!!

  42. Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, “Yahudi itu gurunya.” Muridnya mempersoalkan, “Bagaimana?” Jawab imam, “Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinnya ketika kencing.”

    Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.

    Untuk apa di Aduka ini cuba ‘menyakat’ TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.

    Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.

    Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.

    http://sauhdibongkar.blogspot.com/

  43. eicad,

    pru sudah hampir. inilah masanya berlumba2 dapatkan peluang untuk menonjolkan diri. "si Aduka ini memang berniat jahat." si penulis pula? kalau dia boleh lata "si Aduka ini memenga berniat jahat", orang juga boleh kata si penulis ni sedang mempopularkan dirinya untuk jadi calon... tentu dia tidak seronok kan?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008