Sejak dari dia muda di ITM sehinggalah dia tua, jarang teramat jarang saya menyokong Datuk Ibrahim Ali. Hari ini, saya terjumpa ucapannya di Dewan Rakyat pada 18/1/93. Saya jumpa dalam blog Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (mengenai Shuhaimi, lihat berita Malaysiakini hari ini "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina").
Melihat ucapan Ibrahim di Dewan Rakyat itu, saya harap saya tidak dihukum gantung kerana saya amat berterima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kerana ucapannya yang begitu pro-rakyat itu. Saya sudah lama dan sudah berulang kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginisiatifkan pindaan perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.
Dalam soal menghadapi perangai raja-raja, tidak ada mana-mana pemimpin politik Melayu yang berani seperti Dr Mahathir. Tak dapat saya lupakan betapa meluatnya saya kepada sikap beberapa pemimpin PAS ketika pindaan perlembagaan itu. Dengan Allah menjadi Saksi kepada keikhlasan hati saya, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih, Tun!
Berikut ialah ucapan Ibrahim yang saya copy and paste dari blog Shuhaimi (sila klik untuk besarkan).

Cantik? Klik 

wah-wah.. nampak gayanya perkasa@perkosa kena hukum gantung presiden dia sendiri nih.. termasuk jugalah tun m.. amacam?.. ada berani ka mau bagi statement lagi?... kui..kui..
aukauk88.
keris makan tuan!! padan muka.. tapi nak buat macamana ... jenis muka tak malu.
Dangkalnya pemikiran..tun pinda kerana ada kes raja yg zalim (saya anak johor)..saya tahu sebabnya..malangnya di selangor ni orang melayu dipergunakan oleh anak didik lee kuan yew..belum dapat memang baik..dah masak dengan trick kaum tut ni..tak percaya ..pegilah seberang tambak..melayu harus bersatu barulah mereka tak berani bersuara..tapi kalau melayu sendiri backing kaum tu..entahlah..mungkin peristiwa kiyai salleh di muar akan berulang!!
dasar binatang 2 alam..tiada pendirian
binatang 2 alam???? dalam alam ada macam2 spesis binatang.... binatang yg mana satu sesuai dgn dier nie...
k..a..t..a..k.... katak
Sultan Selangor kesal isu SUK dipolitik dan disensasikan. Gagap dan towkay Pasir kena beringat.
berpolitik biar berpada. jangan agama nak di gadai..
gagap semua orang dah kenal tetapi siapa pula towkay Pasir? Pak bakaq tolong hantar perisik dapat maklumat siapa ini towkay pasir.
Kenyataan pada 1993 itu berbeza dengan isu yang dibangkitkan Shuhaimi (menyinggung perasaan Sultan Selangor )kerana ia berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengekalkan demokrasi berparlimen di negara ini.
brahim ali: Jebat bertukat jadi Tuah? Boleh percaya ka orang macam dia nin, tak ubah macam LALANG
hahaha caiumno yg bernick anoni cuba menegak benang basah dengan mengatakan pindaan 1993 yang meragut keistimewaan raja kerana ada kes raja yang zalim, saya pun boleh kata juga tun m buat pindaan itu bukannya untuk kepentingan rakyat sangat tetapi kes zalim itu hanya alasan yang ditunggu-tunggu olehnya untuk menarik kuasa raja kerana apabila kuasa raja telah ditarik beliau boleh berbuat apa saja, buktinya tengoklah apa yang telah dilakukan tanpa ada sesiapa berani membantah sehingga beliau dengan sendirinya melucutkan jawatanmya oleh dirinya sendiri ... takde check and balance, di Malaysia ini PM boleh berbuat apa saja yang beliau mahu.
Kepada semua rakyat Malaysia - sudah 50 tahun lebih KAPAL LAYAR/PERIKATAN; UMNO/BN meniou kita. Masa mereka kuat tak ada isu ketuanan Melayu; tak ada isu membela rakyat, tapi apabila mereka lemah dan sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi, timbul macam-macam isu - ketuanan Melayulah, penderhakaan kepada raja-raja Melayulah, dan banyak lagi. Cukuplah, jangan perbodohkan rakyat lagi. Dan, rakyat pun janganlah jadi bodoh lagi. Cukuplah!
sultan,raja xperlu ada kat muka bumi allah ni