Sedap!! Klik gambar di atas!

Duta Iran: Kes klasik foot in the mouth?

Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi dipetik oleh Umno Online sebagai berkata: "Umno adalah parti Islam..." (lihat mStar Online semalam "Duta Besar Iran iktiraf Umno parti Islam").

Saya harap beliau disalah petik. Tetapi jika benar beliau berkata begitu, ia benar-benar kes klasik foot in the mouth. میشه تکرار کنید ؟

Kalaulah benar dia kata gitu dan kalau dia dari jenis pemalas dan tak buat homework, saya nak bagi tau Mamat tu bahawa tok ayah utama Umno kini, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, Umno sudah jadi parti perasuah. Beliau juga menulis bahawa Umno busuk hingga ke ususnya.

Ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya serta berpresidenkan orang yang menghina undang-undang Islam (kalau tak nak buat pun, janganlah hina dan bikin blasphemy macam Salman Rushdie), tiba-tiba diiktiraf oleh seorang Mamat Iran sebagai parti Islam - kalau benar dia kata gitu.

Kalau benar Mamat tu kata gitu, hebat. Tak tahulah mana yang hebat. Parti perasuah yang hebat kerana duduk tak duduk jadi parti Islam atau Mamat Iran tu yang hebat kerana mempunyai kuasa luar biasa dan boleh mensucikan parti perasuah yang busuk hingga ke usus dalam sekelip mata dan menjadikannya parti Islam.

Mamat tu diplomat. Diplomat mestilah bersifat diplomatik dalam kata bicaranya. Tetapi, kalau nak berdiplomasi pun, janganlah sampai senang-senang memberikan predikat Islam sana-sini. Islam bukan mak bapak kita punya.

Saya juga terfikir, mungkin Mamat tu nak bermujamalah dengan Umno yang menjadi parti yang memerintah dalam negara ini. Mungkin dia berharap selepas ini orang-orang Syiah seperti saya tidak lagi diburu seperti binatang oleh alat perkakas Umno seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mungkin. Saya tak tahu apa niat dia.

Tetapi kalaulah begitu, hebatnya. Yang diburu seperti binatang kena bermurah hati dan tabur-tabur predikat Islam sana-sini. Selepas itu tak diburu lagi malah dipuja, disanjung. Wow, mudahnya!

Kerana saya tak jadi ahli parti mana pun, bayangkan selepas ini saya berebut-rebut nak join Umno kerana diiktiraf sebagai parti Islam oleh duta Iran. Kalaulah jadi begitu, wow hebatnya!

Sambil memegang kad keahlian parti Yazid l.'a., saya meratapi kesyahidan Imam Husain 'a.s.!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. BIASA LA MEDIA HAPRAK SEKUTU UMNO@APCO KALU TAK SOKONG & BODEK NAK KATA APA LAGI ! MEMANG KAMJAT MEDIA DEPA NI SEMUA!

  2. Hahaha panas lagi nampaknya Pak Bakar.

    Hang nak risau apa, bukannya mamat tu kata UMNO parti Mu'min? Memang banyak bezanya mu'min dan muslim ni tapi sekurang-kurangnya otak Syiah Iran masih lagi betul berbanding sesetengah orang PAS yang duk seronok panggil UMNO kafir.

    Rasuah tak ada kena mengena dengan akidahlah, takkan tu pun hang tak tau? Orang fasiq masih tetap orang Islam walau dia kaki fitnah orang sekalipun?

    Lainlah kalau dia panggil orang lain kafir sedangkan mereka tidak. Bukan apa, hukum kafir tu sendiri jatuh ke pemanggil secara automatik?

    Lagipun, mamat tu dah diterangkan pasal UMNO dan perjuangan UMNO sebelum dia komen. Sama macam hangla Pak Bakar, ditunjuk seperenggan perlembagaan PAS pun hang dah percaya PAS tu Islam walau semua benda yang dibuat bercanggah.

    p/s: Takkan dia foot in the mouth kot? Dia orang yg belajar lebih tinggi ilmu Syiahnya berbanding hang yang pengikut taklik tu.

    -Malaymind-

  3. waaaaaaaaaa...gue pun berebut mau cari and isi borang umno weeehhhhhh...memang celaka punya duta...klo betul apa yg dia kata....sebab lepas ni..geng ahlul bait sri gombak ..kena joint geng ahlul bait tmn melawati yg siang menagis dekat Najib eeee..and kena tarik saman..dekat Kusrin lah sebab udah satu bendera..and kena berlatih nagis dekat najib pulak lah...tapi malam tetap sama nagis....

    Walaubagaimanapun yg paling Celakoooo...adalah..pengerusi Felda yg Baru.....

    Sapa-sapa tahu berapa harga satu hidangan yg PM makan masa d tenang??

  4. Malaymind

    Tqvm kerana komen yg saya suka baca. Yg dilaporkan ialah parti Islam. Kalau dia sebut parti Muslim, tak ada kes. Memang kita boleh kata Umno parti orang-orang Islam sebab majoriti ahli Umno ialah orang-orang Islam. Saya mohon perlindungan Allah mengkafirkan orang2 Islam. Mampoih pi la dia parti apa pun. Kalau dia Muslim, Muslim la. Saya tak akan kafirkan.

    Fasal perlembagaan PAS, bagi saya tak ada pilihan melainkan sokong fasal 3, 4 dan 5 perlembagaan itu. Sokong fasal2 itu ja. Takat tu ja. Sama ada PAS buat sungguh atau tak fasal2 tu, itu urusan depa.

    Urusan saya ialah sokong benda yg baik - macam fasal yg kata seruan PAS ialah Allahu Akbar, takkan tak sokong. Sama ada betul atau tidak orang PAS menghayati seruan itu, itu depa punya fasal. Kita takat sokong seruan Allahu Akbar ja.

    Sama juga macam saya sokong dan sanjung sungguh2 tindakan Dr Mahathir kudungkan imuniti raja-raja. Saya takat sokong perbuatan mengkudungkan imuniti raja-raja tu ja. Apa niat Dr Mahathir dan apa plan within a plan within a plan dia mengkudungkan imuniti raja-raja tu, itu saya tak campur dan itu dia punya fasal.

  5. Pak Bakaq,
    Saya sokong kalau umno nak jadi parti Islam. Saya setuju kalau mamat tu kata umno parti Islam. Tapi, umno kenalah berusaha keras untuk jadi parti Islam, pasai mamat tu dah kata macam tu. Penyokong, pendukung, serta pecacai yang seangkatan dengannya pun kenalah ada IslamicMind, bukan Malaymind, dan bukan juga main-main. Yang dok adalah la ni nampaknya semuanya 'main-main'. Main sana, main sini...tak puas-puas nak 'main'...ada hati pulak nak ngaku Islamik. Orang Islam kena berusaha untuk menjaga ajaran Islam dengan sungguh-sungguh. Jangan 'main-main'.

  6. Malaymind!

    Memang la bab rasuah tu tak masuk bab aqidah tapi bab "menghina undang-undang Islam" tu termasuk kut. Cuba tengok apa batas-batas iman dan kufur dalam buku Mustika Hadis terbitan JAKIM dengan kata pengantar oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri.

    Cenangau

  7. Pak Bakaq

    Mamat Duta Iran itu berfikiran positive berharapkan ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka mereka yang menyembah UMNO nun. Moga ALLAH SWT cucuri rahmat ke atas mangsa mangsa tipu daya mainan Syaitan di bumi Malaysia yea.

    Oleh itu, sesiapa merasa diri dirasuk Syaitan, maka bertaubatlah sesungguhnya Liang Lahat senantiasa menanti temannya.

  8. Pas dah maju setapak lagi menuju ke arah Negara Berkebajikan. Arak di utamakan "Beer For All' Takebeer.

  9. Parti Umno ka PAS ka kalau dah Melayu Isle memang ramai dah jadi perasuah. Kalau tidak kenapa depa nak pergi Jeddah, bawak anak bini, menantu pun nak pakai duit busuk tu.

  10. Salam Pak Bakaq,

    Entry ni kira hot jugak, sebab duta Iran iktiraf umno.

    Duta Iran tak payahlah nak sebut dia iktiraf PAS. PAS dia kenai lama dah,lagi pun PKR dan PAS memang dah ada kerjasama dengan parti Musaleleh Iran.

    Cuma umno merasa 'teruja' bila duta Iran iktiraf parti depa.Umpama orang naik kereta,makan minum,tidur free of charge.Just say ' you are very good' friends of mine.

  11. Iran akui PAS tidak konsisten martabatkan Islam sebab PAS mengunakan Islam sebagai agenda politik, tertubuh pun selepas pemimpin mereka gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO pada tahun 1955.

  12. mudahnya nk tipu pk bakaq,.

    letak jer logo HALAL kat beer,. dia akan togok sakan sbb dia yakin kt logo,.xyah penin2 pikiaq

  13. Anom 12

    Betul2! Sebab itulah bila pemimpin Umno kata Malaysia negara Islam, pk bakaq sokong Umno mcm gila sampai sekarang. Patutlah dia kempen gila2 utk Umno setiap kali pilehan raya. Najib tu khalifah, kan pk bakaq?

  14. Apa daa Mamat Iran ni bodoh betul le.!!!
    Parti PAS pun belum Islam lagisebab maseh guna duit dan Bank dan ekonomi riba.!!!

    Iran pun belum Negara Islam, kalau maseh guna duit,Bank dan ekonomi riba.!!!
    Cuma label sahaja Islam.!!!
    Mari bicara ekonomi Islam/Islamnomiks di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  15. pak bakaq, politik dalam politik dalam politik memang memeningkan kepala...insya allah selepas nin umno lebih terbuka bila berdepan dgn isu sunni-shiah

  16. Duta iran cakap UMNO parti Islam (sudah tentu mamat-mamat yang jumpa duta tu kata UMNO parti orang Melayu-Islam). Kalau mamat-mamat UMNO mengaku mereka parti orang Islam ..habis tu duta Iran nak cakap apa? UMNO parti kafir..munafiq??

  17. Salam,
    Dah jadi syiah kena bijaksanalah beb..kena fikir panjannnnnnnnnnnnnnng...bukak le balik kitab-kitab sejarah...macam mana Nabi buat perjanjian Hudaibiyyah...bukan saja mereka ni kafir dan zalim tapi tak nak iktiraf Nabi pun nabi terima...Macam mana Imam Hasan as...Imam Ali as buat perjanjian dan Tahkim dengan Muawiyah...UMNO-UMNO yang jumpa duta nak duta Iran tu cakap mereka parti Islam...mereka buat perkara yang nak tinggikan syiar Islam (agaknya?). Sebagai duta diplomatik dan berfikiran panjanggggggggggggg....dan tidak berfikir macam PAS atau UMNO..tentulah cakap apa yang UMNO tu nak dia cakap...jangan buat kenyataan yang akan merosakkan hubungan jangka panjang antara negara dan negara...banyak kepentingan umat Islam hatta syiah yang dia perlu jaga..
    Malaysia pun negara OIC (negara umat Islam).
    Akhirnya syiah tak menjadi...wahabi tak jadi...Khawarij pulak yang jadi...

  18. Salam,
    Dah jadi syiah kena bijaksanalah beb..kena fikir panjannnnnnnnnnnnnnng...bukak le balik kitab-kitab sejarah...macam mana Nabi buat perjanjian Hudaibiyyah...bukan saja mereka ni kafir dan zalim tapi tak nak iktiraf Nabi pun nabi terima...Macam mana Imam Hasan as...Imam Ali as buat perjanjian dan Tahkim dengan Muawiyah...UMNO-UMNO yang jumpa duta nak duta Iran tu cakap mereka parti Islam...mereka buat perkara yang nak tinggikan syiar Islam (agaknya?). Sebagai duta diplomatik dan berfikiran panjanggggggggggggg....dan tidak berfikir macam PAS atau UMNO..tentulah cakap apa yang UMNO tu nak dia cakap...jangan buat kenyataan yang akan merosakkan hubungan jangka panjang antara negara dan negara...banyak kepentingan umat Islam hatta syiah yang dia perlu jaga..
    Malaysia pun negara OIC (negara umat Islam).
    Akhirnya syiah tak menjadi...wahabi tak jadi...Khawarij pulak yang jadi...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008