
Awal hari ini saya menerima sms berikut (saya tak edit langsung):
Awal pagi tadi beberapa kawan dah cula siapa akan menang jika dibuat undi sulit dalam mesyuarat PAS Pusat. Dari culaan mereka, 16 akan mengundi menyokong Tok Guru Presiden walau apa pun kehendak beliau, 13 orang akan mengundi menolak sebarang kerjasama dengan Umno manakala empat lagi disifatkan undi ragu.
Saya tak tahu adakah culaan mereka tepat atau tidak. Tetapi jika culaan mereka tepat, Tok Guru Presiden lebih berpeluang untuk mendapat sokongan majoriti dalam mesyuarat PAS Pusat berbanding puak yang tak nak sama sekali berkerjasama dengan Umno.
Tengah hari tadi pula, apabila disiarkan berita Harakahdaily bertajuk "Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz" yang memetik Tok Guru Nik Aziz berkata "Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana", seorang aktivis terkenal PAS tergelak besar.
"Bila tak bagi buat andaian, lagi la orang nak buat andaian," katanya sambil tergelak sakan.
Saya teringat cerita lawak seorang kawan yang kini menetap di luar negara. Dia cerita, satu hari ada la sorang Mamat tanam duit di belakang rumahnya. Oleh kerana dia takut orang curi duitnya, dia buat papan tanda besar-besar betul-betul di atas tempat tanam duit tu. Pada papan tanda itu dia tulis: "Di sini tak ada duit!" (Gambar di atas ihsan Harakahdaily)
Dato Mustafa Ali dan Haji Hadi jumpa Tok Guru Nik Aziz di Jkr 10 jam 1.00 hari ini hendak bincang persiapan penyelerasan jawapan dalam mesyuarat Pas Pusat minggu depanSaya tak tahu sama ada Tok Guru Presiden dan Cik Gu Pa gelabah atau tidak. Mana saya tahu apa yang ada dalam hati orang. Tetapi saya rasa mereka boleh buat congak dan kiraan supaya mereka tak la risau sangat.
Awal pagi tadi beberapa kawan dah cula siapa akan menang jika dibuat undi sulit dalam mesyuarat PAS Pusat. Dari culaan mereka, 16 akan mengundi menyokong Tok Guru Presiden walau apa pun kehendak beliau, 13 orang akan mengundi menolak sebarang kerjasama dengan Umno manakala empat lagi disifatkan undi ragu.
Saya tak tahu adakah culaan mereka tepat atau tidak. Tetapi jika culaan mereka tepat, Tok Guru Presiden lebih berpeluang untuk mendapat sokongan majoriti dalam mesyuarat PAS Pusat berbanding puak yang tak nak sama sekali berkerjasama dengan Umno.
Tengah hari tadi pula, apabila disiarkan berita Harakahdaily bertajuk "Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz" yang memetik Tok Guru Nik Aziz berkata "Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana", seorang aktivis terkenal PAS tergelak besar."Bila tak bagi buat andaian, lagi la orang nak buat andaian," katanya sambil tergelak sakan.
Saya teringat cerita lawak seorang kawan yang kini menetap di luar negara. Dia cerita, satu hari ada la sorang Mamat tanam duit di belakang rumahnya. Oleh kerana dia takut orang curi duitnya, dia buat papan tanda besar-besar betul-betul di atas tempat tanam duit tu. Pada papan tanda itu dia tulis: "Di sini tak ada duit!" (Gambar di atas ihsan Harakahdaily)










Cantik? Klik 






Yang bekeras tak nak perpaduan PAS dan UMNo sebenarya ialah golongan PKR dalam PAS. Dulu mereka cuba jatuhkan Ustaz Nasha melalui perebutan jawatan Timbalan presiden.
Jangan lupa ahli biasa PAS yang mewakili suara majoriti PAS pilih Ustaz Nasha. Tanpa ulama tiadalah PAS. Tanpa ulama hanya tinggal ular mamak.
Layak ke Penipu dan Pembohong memimpin parti politik berdasar Islam?
knp nak sangat PAS join UMNO , knp bukan UMNO yg join PAS..
kalau laa JV PAS-UMNO di terjadi , habislah harapan melayu dan rakyat malaysia nak bebas dr penjajahan UMNO .
Dimana UMNO berkuasa , disitu Melayu Merana
Semua pemimpin Tertinggi Pas bertanggungjawab atas amanah rakyat dan hak Allah.
Yang menyokong pun ada amanah yg dipikul.
Yang menentang pun ada amanah yg dipikul.
Yang berkecuali pun ada amanah yg dipikul.
Minta ampun, Takut-takut semuanya tak beramanah.
Ala kulihal semuanya pasti ke alam barzakh. Perjalanan atas Titian Sirat yg akan menentukan samada mereka ini terjun ke dalam Neraka Jahannam atau Siratul Mustaqim.
JAHANE HABIS KERANA MU SUMO !
UN Observer berkata…
Ucapan Terima Kasih kepada TG Pres dan Timb Pres PAS diatas segala bakti yang dicurahkan selama ini. Tindakan untuk tidak mempertahan jawatan pada Muktamar akan datang memberikan gambaran PAS sebuah parti yang amat matang dan kepimpinan memahami situasi semasa dalam era yang pantas dan terbuka dunia tanpa sempadan kini. Jemaah akan tetap mengenang kepimpinan besar ini sepertimana pemimpin pemimpin terdahalu yang banyak berjasa kepada parti. Kepada Pres dan Timb Pres yang baru dan bakal di pilih, jemaah berharap dapat meneruskan dan memenuhi tuntutan semasa dan rakyat secara umum di Malaysia. Parti PAS terus maju jaya.
Agak-agak dalam msyt AJK pusat pernah dak ada yang kena arah keluar mesyuarat macam Speaker Dewan selalu buat. Mana la tau kut-kut nak kena ada majoriti 2/3. Hahahaha
~ Cenangau
lol,, tetibe UMNO pandai tanzhim PAS plak kah kah kah ....macam gampang jer. sudala, kami tak bodohla macam paklah. alahai. kenape la umno ni naktipu tapi kantoi, tolonglah tipu sampai orang betul2 tertipu.
selagi pemimpin pas golongan ahli sunni, selagi itulah ditentang oleh puak syiah dalam pas.
yang berkeras sgt nak berpadu PAS dgn UMNO adalah puak2 Umno dan suku-sakat Umno dlm PAS. Pelik, tergila2 sungguh. Nak jadi menteri kot..
Suara majoriti PAS?
Jgn lupa, jumlah undi MatSabu dan Husam Musa lebih dari undi Nasha..
huh..tak abis2 lagi isu panas ni..... dulu saya sebagai rakyat jelata memang tak setuju isu UG ni... tapi bile di semak, dikaji dan dihalusi, ternyata survival kita bergantung kepada perkara ini...
Mesti Baca! : Umat Islam Yang Lemau : Bende Kecik Pun Nak Bising-Bising
anon 1 :
"Yang BEKERAS tak nak perpaduan PAS dan UMNo sebenarya ialah golongan PKR dalam PAS. Dulu mereka cuba jatuhkan Ustaz Nasha melalui perebutan jawatan Timbalan presiden."
hohoho.. anon 1, jangan risau... kalau jadi perpaduan pas-umno.. rakyat yang menyokong aspirasi pakatan rakyat(PAS-PKR-DAP) akan BEKERAS tak nak PAS!... dan pada masa tu, ulama PAS buleh BEKERAS dengan ulama UMNO lah..
aukauk88.
Yahudi bergabung dengan Iblis / Lucifer dalam "perpaduan Freemason & Iluminiti". ereka.
Melayu bergabung dengan Iblis / Lucifer dalam "perpaduan UG PAS & UMNO".
SO SAMA JE,...MELAYU = YAHUDI = IBLIS / LUCIFER
anon 1 yg binggai.
3 penjuru,kalau campur undi husam dan mat sabu.ust nasa bungkus.suara majority apa?
inilah hasilnya apabila kepentingan politik diletakkan di hadapan daripada kepentingan Islam... dalam berpolitik kita harus meletakkan Islam dihadapan barulah kepentingan parti atau peribadi atau darjat... biarlah Islam yang menjadi penentu bukannya parti politik... lihatlah perjuangan Rasul dan para sahabat yang setia dengan baginda.... Ingatlah kita semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan... teringat dengan kata-kata saidina Ali: "kalau aku tidak melihat bahawa POLITIK JAHAT itu adalah SALAH sudah pasti aku akan menjadi seorang politikus yang paling hebat berbanding dengan *********".... Wahai para *alim* PAS contohilah Rasulullah dan saidina Ali dalam berpolitik. Malulah kita jikalau berpakaian seperti pakaian anbiya' tapi politik kita adalah politik peribadi, syaitani dll.... dalam berpolitik haruslah mengamalkan "politik Ilahi" dan bukannya "politik syaitani"...
FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!!!!!!
anon satu,hang syok dengan umno hang pi masuk umno sekali denagn presiden,t.presiden, su agong, jangn hampa buat sampah dalam pas:BADWI PAS
Salam Bakaq,
Kira tutup kes lah pasal UG ni..TGNA and TGHH udah buat penjelasan..dah,,AGong panggil datang utk makan malam,,,p ajelah...tentulah dlm makan malam ada bincang hal penting...klo tak buat apa panggil PAS and UMNO makan malam..Pak Lah cuma mau jadi org baik aje..utk kebaikan org MELAYUUUUUUUUU,,,walaupun isteri dia bukan melayu...
Nak Buat macamana dah Agong Panggil..klo d tolak..derhaka pulak..sebab dua Tok Guru bukan macam ulamak dulu-dulu..Raja terpaksa jumpa depa..Ulamat sekarang..panjang perhitungan politik nye..
Mana tau lepas ni...Kelantan dpt royalty minyak direct and dpt apa-apalah..
utk rakyat kelnatan juga kan..
Pak Bakar;
Atas semangat hadith Nabi SAW "Agama Itu Nasehat" suka saya nyatakan: Wahai Jeneral-jeneral Tua, bercakap benarlah......kami yang menetap di KL ini paling lama pun minggu depan insya Allah akan dapat berita sebenar mengenai pertemuan di Istana Terengganu tu.
Satu lagi Pak Bakar, saya bersyukur kepada Allah kerana tidak telan pil "Walak" dan "Thiqah" secara menkhinzir buta.......syukur padaMu Ya Allah.
Ibrahim Mohd Raja
Mantan YDP PAS Kawasan Batu
Wilayah Persekutuan K.Lumpur
Entahlah aku makin tak percaya kat pemimpin2 PAS(lebih lagi yang dari Terengganu).
masa nak "buat keja" dulu tak rujuk pung pada tgna. hari ini, terpaksa dua orang wakil dari terengganu jumpa tgna supaya jaga nama baik istana terengganu. kenyataan tgna sekadar menyebut "termasuk" tghh. nama nasha hilang langsung. tak fair tok guru! ni mesti kenyataan itu disediakan di jalan raja laut. kalau nasha tak ada tgna kena sebut, nasha tak ada! bukan susah.
lepas ni lagi banyak andaian yang akan timbul. kalau setakat makan kenapa pemimpin parti bukan melayu tak ada? "termasuk" tghh, kan beliau berada di london pada masa tu? oh, mungkin silap orang la, yang kat london tu nasha kot? nasha lari ke london kerana tgna suruh dia kelaur pas, kah kah kah
pertama kali dalam gambar yang disairkan harakah daily, stopa nampak monyot... a picture tells a thousand words.
Mantan YDP ,
dah kena terajang lah tu.sebab tu marah sangat dengan perjumpaan dan sokong apa yang bakaq gila ni tulis.
sekarang dia marah bila TGNA buat kenyataan yang tak selari dengan apa yang dia tembak.
hampa ni jenis buta mata dan buta hati.pergaduhan umat Islam dari dulu hingga sekarang pasai ada maklok macam hampa.
berdendam,dengki .so apa beza antara hampa dengan umno.
awat hampa sure Islam dan UMNO pula kapiak.
Pak Bakaq..
Kadangkala penglihatan itu tidak dinilaikan dengan mata kepala,mata hati dan mata mata.
Mursyidul Am,Presiden,Tim.Presiden dan lain lain ada agenda tersendiri.Tetapi agenda rakyat hanyalah satu iaitu biarlah kamu kelihatan bersih untuk dilihat sebagai pemimpin jamaah dan partai Islam.
Rakyat hanya ada satu mata sahaja,rakyat bawahan akan terus menilai setiap tindakan pemimpin.Jika pemimpin cakap tak serupa bikin,alamat bye byelah alamatnya.
Adakah dengan hanya satu jemputan 'makan malam' bersama pemimpin Umno sudah boleh merubah hati pemimpin Pas.Saya rasa tidak.
Aku setuju dengan Ustaz Ibrahim Mohd Raja, kengkadang depa ni pegang walak dan thiqah ni membaboon buta aje, walak sangat sampai yang salah pun nak ikut mana blehhhh..Mamposlah kalau nak gabung ngan Umno...jangan harap kami ni ahli-ahli PAS nak ikut....hancur Umno
Golongan DAJJAL (Wahabi) bergabung dengan FREEMASON.....
pengkhianat...Betrayer...pengkhianat...Betrayer....
relex brother, jangan kalut! cool!,
TG Nik Aziz di jemput mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agong, sebagai seorang rakyat yang taat dan setia, jemputan KDYMM Yang DiPertuan Agong tersebut dijunjung dan ditunaikan dengan penuh keikhlasan.
Masalah timbul apabila orang yang menyampaikan jemputan tersebut adalah bekas PM Tun Abdullah Badawi.
Adakah menjadi suatu kesalahan apabila seorang MB menunaikan jemputan KDYMM Yang DiPertuan Agong yang disampaikan oleh seorang pesara kerajaan.
Kemudian masalah kedua timbul, apabila majlis tersebut dihadiri oleh PM dan TPM.
Sebagai seorang tetamu, TG. MB Kelantan tidak berhak untuk menghalang tuan rumah menjemput seseorang yang ingin dijemput. Amat tidak beradab jika tetamu mengarah tuan rumah mengikut kehendak yang diingini, apa lagi tuan rumah tersebut adalah Kebawah DYMM Tuanku.
Timbul pula masalah yang ketiga, apakah perkara yang dibincangkan dalam majlis tersebut?.
Sebenarnya persoalan ini bukan masalah, kerana majlis santapan bersama KDYMM Yang DiPertuan Agong bukan majlis politik. Berbual semasa makan tidak boleh mengubah dasar dalam kerajaan dan parti. Perubahan dasar dalam PAS, hanya akan berlaku melalui Majlis Syura atau keputusan ahli parti.
Masalah keempat timbul, perbincangan pada masa itu berkisar mengenai perpaduan orang melayu di Malaysia.
Ini bukan masalah, kerana perbincangan mengenai perpaduan sesama manusia bukan merupakan suatu kesalahan atau dosa. Jika perbincangan mengenai perpaduan orang melayu berlaku dalam majlis tersebut. Ini adalah suatu pertemuan yang tepat, kerana orang melayu atau mana-mana mesti bersatu padu. Dimana penyatuan dan perpaduan lebih senang berlaku, jika perbincangan diadakan diperingkat tertinggi.
Timbul masalah kelima, apabila majlis tersebut berbincang mengenai penyatuan@perpaduan antara PAS dengan UMNO.
Kah kah kah! semua ini adalah sangkaan sahaja. Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menghadiri majlis tersebut bukan atas dasar beliau merupakan Mursyid Am atau Presiden Pas. Majlis Syura dan ahli parti tidak pernah memberi kebenaran kepada kedua-dua Tuan Guru ini untuk berbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO. Jika kedua-duanya melanggar amanat parti, ahli parti berhak untuk membuang jawatan yang diberikan oleh parti kepada mereka.
Namun segala-segalanya terdedah dan terbuka bila Mursyid am Pas TGNA yang diiringi oleh TGHH membuat kenyataan yang telus.
Timbul lagi masalah, apakah sebenarnya yang diperbincangkan dan kami hendak mengetahuinya.
Ini tidak masalah, mendedahkan butiran pertemuan kepada umum boleh menyelesaikan masalah, namun kadang-kadang butiran pertemuan mesti dirahsiakan untuk menghindari masalah yang parah.
Parti PAS tidak merupakan parti yang mengkhianati persahabatan dan ikatan penjanjian, namun jika kami dikhinati kami akan bangkit melawan.
Imam Khomeini membahagikan politik kepada tiga bahagian:
1. Politik Dunia
2. Politik Syaitan
3. Politik Tuhan (Ilahi).
Politik pertama, masyarakat dibawa kepada keuntungan duniawi dan material sahaja.
Politik kedua, manusia diarahkan ke tujuan yang bersifat kekuasaan dan masyarakat diajak untuk selalu haus dan dahaga akan kekuasaan dan jawatan.
Politik ketiga, manusia dibawa ke tingkatan yang paling utama; bukan hanya sekadar memenuhi sudut material, akan tetapi mengisi manusia dengan nilai-nilai ilahiah dan kedekatan maknawi kepada Tuhan.
Marilah sama-sama kita FIKIR-FIKIRKAN!!!!!
Sesungguhnya Fira’un telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah; dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fira’un termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.
Dan Kami akan teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fira’un dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan. (QS. Al-Qashash: 4-6)
Imam Khomeini membahagikan politik kepada tiga bahagian:
1. Politik Dunia
2. Politik Syaitan
3. Politik Tuhan (Ilahi)
Politik pertama, masyarakat dibawa kepada keuntungan duniawi dan pemenuhan material sahaja.
Politik kedua, manusia dibawa ke tujuan yang bersifat kekuasaan dan masyarakat diajak untuk selalu haus dan dahaga akan kekuasaan dan jawatan.
Politik ketiga, manusia dibawa ke tingkatan yang paling utama; bukan hanya sekadar memenuhi sudut material sahaja, tetapi mengisi manusia dengan nilai-nilai ilahiah dan kedekatan maknawi kepada Tuhan.
Dapat diamati bagaimana politik syaitan ini tidak pernah berubah sejak zaman Fira’un hingga sekarang; iaitu melakukan pecah belah dengan cara menguatkan sebahagian pihak dan melemahkan yang lain dengan kekuasaan dan kekuatan. Bahkan untuk itu mereka sanggup melakukan kekejian bahkan sampai kepada pembunuhan bayi-bayi yang baru lahir, sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an.
Ertinya, untuk meraih dan meneruskan kekuasaan, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa membunuh jutaan orang.
Senarionya apa yang berlaku sekarang, pembantaian dan pembunuhan yang terjadi di beberapa negara adalah hal yang wajar dan lumrah dalam cita-cita orang-orang yang mengejar kekuasaan. Dan bukan hanya pada perkara di atas, peristiwa yang ketika ini sedang berlaku dan terus berkembang seperti di Sudan, Iraq, Palestin, Yaman, Afganistan dan disebahagian negara-negara Islam, adalah bukti nyata akan jahatnya cara politik syaitan ini.
Secara jujurnya, itu sebenarnya adalah disebabkan oleh satu faktor sahaja, iaitu kekhawatiran akan runtuhnya "hegemoni", kekuasaan dan pemerintahan mereka. Kekhawatiran ini sama juga yang ada pada Fira’un di saat dia merasa akan muncul seorang bayi yang akan menumbangkan kekuasaannya, hinggakan ia sanggup membunuh bayi-bayi yang baru lahir.
Dalam Tauhid disebutkan bahawa setiap manusia harus bergantung hanya kepada kekuasaan Allah, dan manusia tidak berhak mengakui kekuasaan selain kekuasaan Allah swt. Dengan demikian, slogan dan garis perjuangan yang dijalankan mereka meyakini bahawa Islam dan Allah swt adalah satu-satunya penguasa yang harus ditaati.
Politik Islam dibangun berasaskan moral dan kemanusiaan hinggakan apabila politiknya dilaksanakan ia akan selalu berhadapan dengan kebiadaban dan ketidakadilan. Politik Islam selalu memerangi penipuan, pengkhianatan, keganasan dan segala bentuk sifat-sifat buruk syaitani. Islam dengan politiknya tidak mengejar kekuasaan, kerana kekuasaan hanyalah milik Allah Swt. semata-mata. “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Islam mencintai perdamaian, iaitu perdamaian yang berasaskan keadilan dan kemanusiaan. Islam tidak hanya menghendaki manusia hidup sejahtera dan damai dari sisi material sahaja, sebab ini adalah politik dunia yang hanya mementingkan hawa nafsu.
Wassalam...
NAK TAU TAK APA BERLAKU KAT MAKAN MALAM TU??? SILA KE BLOG TUKAR TIUB...HIDUP TG NIK AZIZ
ini semua perancangan APCO....akan timbul was2 kalau ade perjumpaan jadi die masukkan jarum kat YDP Agung...jadi TGHH dan TGNA x bleh tolak....itu semua strategi UMNO dekat nak pilihanraya....hasil hasutan & komplot YAHUDI APCO