Sedap!! Klik gambar di atas!

Cukupkah menuduh pembantah azan busuk perut?

Sampai hari ini pun saya gagal melaksanakan apa yang menjadi harapan Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang sangat saya kasihi. Dari lisan keluarganya yang suci, saya difahamkan bahawa Nabi inginkan umat yang menjadi perhiasan baginya.

Senang cerita, kalau saya buat kelaku elok-elok dan berakhlaq seperti yang dihasratkan oleh Nabi, saya menjadi perhiasan baginya. Malangnya, kelaku saya tak elok. Sungguh-sungguh, saya memohon ampun kepada RasuluLlah dan keluarganya.

Kalau saya berbohong pun dan mendakwa kelaku saya elok, Allah s.w.t. Maha Mengetahui saya berbohong. Tak ada gunanya.

Siang tadi, saya membaca berita bertajuk "Bakar patung bantah peguam minta perlahan azan". Allah jua Yang Maha Mengetahui sama ada mereka yang membakar patung itu menjadi perhiasan bagi Nabi atau tidak. Itu saya tak nak campur. Itu urusan Allah. Tetapi yang sahih, mereka berusaha dengan cara mereka sendiri untuk mempertahankan syi'ar Islam.

Saya juga tidak melihat tunjuk perasaan mereka begitu sarat dengan sentimen politik yang tajam. Saya percaya, rata-rata yang memprotes itu adalah penyokong-penyokong tegar Umno. Yang mereka kecam ialah seorang peguam ahli MCA. Mereka berlawan sesama mereka.

Terlepas dari persoalan mereka berlawan sesama sendiri, saya hanya ingin membangkitkan persoalan yang tak berani saya bangkitkan sebelum ini. Takut dikafirkan.

Allah mengurniakan Islam kepada kita sebagai rahmat seluruh alam. Antara tugas besar orang Islam ialah untuk memperlihatkan Islam sebagai rahmat seluruh alam. Orang-orang Arab ada berkata, "lisanul-hal afsah mil-lisanil-maqal". Lebih kurang makna dia, apa yang dilakukan lebih fasih berbicara dari apa yang diucapkan. Yang dibikin lebih fasih berbicara dari apa yang dicakapkan. Cakap tak serupa bikin tak guna. Setakat cakap, saya pun pandai. Buat belum tentu.

Persoalannya, adakah perbuatan kita memperihalkan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam?

Begitu juga azan. Dengan salam ta'zim kepada sahabat Nabi, Bilal r.'a., azan sepatutnya menghantar sesuatu yang syahdu ke dalam hati manusia, tak kira bangsa apa atau agama apa. Ia tak sepatutnya menjadikan manusia memberontak dan radang.

Kita banyak membaca cerita mereka yang tidak beragama Islam akhirnya memeluk Islam kerana sentuhan azan. Bila orang membantah azan melalui pembesar suara yang terlalu kuat, adakah cukup kalau kita setakat menuduh hati mereka keras dan perut mereka busuk sahaja?

Saya hanya melontarkan persoalan. Kalau persoalan ini menyebabkan saya dituduh sebagai musuh Islam, saya hanya berserah diri kepada Allah sahaja. Saya tak reti nak lawan pihak yang menuduh.

Berkaitan:
October 1987 revisited (Malaysia Today 15/1/11)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Penulis masih lagi tdak sedar. Mengaku Islam. Cukup dengan sifat tawaduk. Lepas tue masih lagi nak hentam orang Islam lain. Mash ada lagi sifat benci pada orang UMNO. Tu la....Asyik sangat nak berpolitik. Buat Blog nak cari pengaruh. Pas tue guna Islam. Tunjuk sifat tawaduk tahap gaban. Semua boleh nampak. Sendiri jer tak nampak.

  2. Salam,
    Pak Bakaq,

    These guys don't know how to discuss maturely. Skit2 marah2, skit2 ugut and esok keluar kenyataan masuk ISA, etc. That's how they portrat Islam - siapa tak setuju patut dibelasah... Apa daa... Harap PAS takes the initiative to organize an explanatory session to discuss with the non-Muslims. Da'wah bil-hikmah...

    Wassalam

  3. Ala Pak Bakaq, saya ini kalu setakat bebudak Pas sebaya-baya saya tu nak antar-antar msg kata suruh saya taubat, nak kata-kata saya kafir, boleh jalanlah. Pedulilah sama mereka, mau tunggu mereka walk Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim punya big talk nak mengganti English Common Law, bila Pak Bakaq, bila? A talk can only be walked by those yang ada opportunity and opportunity only comes with purchasing power. Saya ini kerani cabuk jah, saya pengikut sistem, bukan pengubal sistem, kalau sistem tak digubal diubah dulu, dan si kerani mengikut sistem kafir, wajarkah intelek-intelek PAS ini dah gian hantar massage suruh saya taubat. Rangka, cipta sedia kertas cadangan alternatif kepada sistem/dasar kafir ini dulu, tunjuk kat mass kalau mass rejek buat lagi sampai mass bule terima.

    Hini baru peluk Karpal, karpal kata tak moh, terus tukar statement dari Islam kepada kebajikan ada saya kisah dengan massage taubat dan kafir pelapis-pelapis muda mereka? Boleh jalanlah. Bukan nak kurang ajar atau mengajar cuma nak bagi tau kenapa kafir PAS dah tak ada power.

    Oh yes, orang kata kita jangan tengok sapa orang tu, tapi tengok apa yang dia cakap. Dia suruh taubat, saya memang ucap terima kasih kerana mengingatkan saya dan la ni alhamdulillah memang tiap-tiap hari istigfar sebab ialah takut mampus masa tengah bergelumang sibuk membantu menjalankan sistem Undang-undang kafir lahanat celaka ni kan. Jadi memang suka dan syukurlah kalau dapat msg suruh taubat lagi. jadi kita tak lupa minta ampun sama tuhan sebab lemah dan tak ada kekuatan nak mengubah apa-apa yang patut diubah.

  4. maknenya kita diplomasi la sikit....yg sedang2 saja volume amp nya...lagi pun kita dah semakin moden. kalau nak bangun subuh boleh set alarm pada jam atau handphone...pendapat je...tak semestinya saya menyokong tindakan bakar itu ataupun tidak menyokong. saya jahil...

  5. Pak Bakaq kena kaji berapa jauh rumah Cina MCA itu dari Masjid. Rumah orang Melayu dekat Masjid lagi dengar kuat. Ada yang betul-betul sebelah pagar.

    Yang sebenarnya kalau kafir tetap kafir. Dalam AlQuran diecritakan bagaimana kaum kafir serupa macam tututp telinga bila dengar ayat AlQuran. Petunjuk dah datang kepada mereka tetapi mereka engkar=== hati, pendengaran dan penglihatan mereka tertutup. Kalau lama-lama selalu dengar azan, manatahu InsyaAllah, terbuka hai mereka menerima petunjuk.

    Kita tunggu apa kata Tok Guru Nik Aziz. Kalau betul orang UMNO yang mmbantah Cina MCA itu walupun dalam BN, sungguh mulia hati orang UMNO itu mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan agama lebih tinggi dari perjuangan parti.

    Orang PAS kalau nak tentang UMNO dibawah bendera Pakatan, sanggup berkumpul beribu-ribu di Masjid Negara ,sanggup mengharungi sekatan polis dan lain-lain. Sanggup mempertahankan pemimpin DAP berkaitan agama. Tetapi yang ini orang PAS dah tak bersuara. PAS sungguh mendukacitakan. Perjuangan agama atau perjuangan peribadi? Orang PAS dah banyak terikut-ikut perangai rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Kembalilah kepada perjuangan sebenar berlandaskan AlQuran dan Hadith.

  6. salam pak bakaq..

    posting yg agak sinis dan menarik...

    Kadang-kadang aku merenung sejenak mengapa dan kenapa mereka mereka ini tak bakar patung kalau lah undang-undang ISLAM di perkotak-katikkan atau bahasa dalam mudah undang ISLAM tak di pakai !!! SYARIAT tak tau entah kemana ?

    Dizaman rasulullah dan sahabat dahulu, orang-orang bukan islam tertarik dgn islam bila mereka memandang AKHLAK sahabat-sahabat,...sekarang ini pak bakaq orang-orang yg dilihat hendak membawa atau menegak kan islam ,aku tidak nampak atau tak dilihat macam sahabat ...lagi teruk ada, sibuk dengan GHANIMMAH sheikh ..kalau ada ustaz pun ustaz belawok ,pak bakaq aku tak kata semua ustaz mcm tuu ....pak bakaq rasa betul ke apa yg saya kata ni..apa pendapat sahabat yg lain

  7. sorry terkeluar topik: pak bakaq, ada cerita lagi tentang kedah sato setelah yb mahfuz omar resign?
    takkan cerita tu dimatikan oleh harakah dan malaysiakini hanya kerana kerajaan pakatan menyeleweng? tolong dedahkan ya maulan. utk kebaikan bersama.

  8. **offtopic**, maaf, posting saya yang di atas dah tak boleh delet la,

    pak bakaq, mohon exchange link http://arimi.co.cc sama ada blog penarik beca atau malaysiakita-bakaq.blogspot. dulu dah ada, tapi kadayanuniverse dah tak pakai... skrg arimi.co.cc, trimas

  9. p1 = tegah dgn perbuatan
    2 = dgn kata2
    3 = dalam hati
    yg k3 = slemah2 iman.
    tegur dgn cara berdiplomasi..baru mrk tertarik ngn islam.pamerkan akhlak baik, tp klu dah cara mcm super muper ganas...x bley nk kata apa laa... sbhanallah.

  10. Azan bolih...tak azan pun bolih...yg penting solat jgn tinggal...

  11. Bakaq, beza pas dengan umno
    1. UMNO tetap lawan tak kisah lah walaupun sesama sendiri. MCA, MIC atau Gerakan, kalau mereka menganggu gugat Islam atau orang Melayu di bumi Malaysia ini.
    2. PAS, hanya tunduk semata mata kepada DAP dan PKR yang nyata-nyata membawa dakyah jahat untuk rakyat Malaysia. Hanya kerana nak duduk kerusi empuk diputrajaya, hang taubat bakaq oi..

    Tok Ang

  12. azan tu kan panggilan utk umat isele menunaikan solat..! klu tak pakai pembesar suara mcm mana org yg leka dgn hal guniawi sedar dah masuk waktu utk solat..?!! betul lah kata rasullullah saw umat nabi akhir zaman akn bertambah bilangannya seperti buih2 putih di tengah lautan... takde makna.... tak bersatu padu menentang kemungkaran... aku tak nampak kebaikannya azan tanpa pembesar suara

  13. Chewaaahh Bakaq....Hang pun dah mula cakap macam Al-Juburi nampak..keh..keh..keh..

  14. Anon Saturday, January 15, 2011 8:10:00 PM

    Tak mampu nak siarkan komen hang. Tak boleh senang-senang nak menuduh P*k*d* syirik. Kawan saya ramai tiga line. Saya menghormati mereka dan mereka menghormati saya. Tapi saya tak pernah kaji 'aqidah mereka. Kepada Allah jua kembali segala urusan.

  15. orang minyak turkmenistan said...

    Isu Agama dan bangsa adalah nyawa bagi BN terus memerintah....ia adalah isu yg paling mudah di nyalakan....bagi sahabat2, jgn mudah termakan ngan isu ini...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008