Dalam posting bertajuk "Pakatan Rakyat Selangor buat kelakar", saya dah tulis betapa hebatnya akal sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan nampaknya termasuk para pemimpin mereka. Dalam posting itu, saya tanya, "Awat depa ingat sultan Selangor akan lembut hati kat depa dan tidak lagi kelihatan memihak kepada Umno dengan adanya banner warna kuning tu?"
Hari ini, selepas solat Jumaat, puak-puak tu mengulangi lagi kebijaksanaan akal mereka. Barangkali selepas ini, setiap kali selepas Jumaat, kita akan dapat menonton lagi pertunjukan percuma PR itu.
Selepas mereka menyembah satu-satunya Al-Mulk di seluruh alam (Al-Mulk maknanya Pemilik Kerajaan atau Raja) dan tidak ada raja lain selain Dia, Raja yang menitahkan kita supaya menyembah Dia sahaja dan menolak taghut habis-habisan (ani'buduLlah, wajtanibut-taghut); mereka siksa pula kaki mereka untuk menyelanak ke istana.
Dalam berita bertajuk "Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB" (dalam BI "100 march to pledge loyalty to S'gor sultan, MB"), Malaysiakini hari ini melaporkan:
Selepas ini tentulah sultan Selangor dan raja-raja Melayu akan bersimpati dan berbelas kasihan kepada PR dan dengan saksamanya tidak lagi kelihatan memihak kepada Umno. Hebat sungguh orang PR berpolitik!
Saya tak naklah kata itu semua adalah pertunjukan bangsat Pakatan Rakyat menjadi pak yet khurafat. Tak baik kata gitu. Kalau saya kata gitu, bukan saja orang PR marah, orang Umno pun marah.
Melihat pertunjukan itu, saya tertanya-tanya adakah dan bilakah agong akan mengeluarkan "perintah diraja" supaya orang-orang Melayu dalam Umno, PAS dan PKR bersatu "demi kepentingan Melayu dan Islam"? Pada masa itu, adakah kita akan lihat drama berkejar-kejar para pemimpin Umno, PAS dan PKR mematuhi "titah diraja"? Mungkinkah pada masa itu wilayah kekuasaan Allah, ayat al-Quran dan hadith akan ditundukkan supaya sesuai dengan "titah diraja"? Adakah pada masa itu nas akan dipulas-pulas supaya mengekori "titah diraja"?
Sekali-sekali fikir, biarlah orang-orang Melayu di dalam Umno, PAS dan PKR bersatu kononnya "demi kepentingan Melayu dan Islam". Elok juga mereka bersatu setelah berganding bahu menjadi pak yet khurafat. Biar melingkup cepat sikit bangsa Melayu dengan perpaduan itu.
Dah melingkup setengah mampoih menjadi pak yet khufarat, harap-harap selepas itu mereka akan sedar diri dan merangkak-rangkak menuju wilayah kekuasaan satu-satunya Raja, Allah s.w.t. atau Al-Mulk. Harap-harap selepas itu mereka sedar bahawa hanya Allah dan ketinggian ilmu serta kemahiran sahaja yang boleh menjamin survival Melayu.
Bersatulah segera orang-orang Melayu! Dan dengan persatuan itu, melingkup cepatlah sikit agar kamu segera sedar bahawa survival kamu hanya boleh dijaga dan dipelihara oleh Raja Yang Maha Esa sahaja (gambar-gambar ihsan Malaysiakini - dengan memohon maaf).

Tu dia aih! Depa dera kaki depa sejauh empat kilometer untuk meracau-racau dengan istilah daulat tuanku demi menyatakan sokongan dan taat setia kepada sultan Selangor. Fuiyo!!Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.
Selepas ini tentulah sultan Selangor dan raja-raja Melayu akan bersimpati dan berbelas kasihan kepada PR dan dengan saksamanya tidak lagi kelihatan memihak kepada Umno. Hebat sungguh orang PR berpolitik!
Saya tak naklah kata itu semua adalah pertunjukan bangsat Pakatan Rakyat menjadi pak yet khurafat. Tak baik kata gitu. Kalau saya kata gitu, bukan saja orang PR marah, orang Umno pun marah.
Melihat pertunjukan itu, saya tertanya-tanya adakah dan bilakah agong akan mengeluarkan "perintah diraja" supaya orang-orang Melayu dalam Umno, PAS dan PKR bersatu "demi kepentingan Melayu dan Islam"? Pada masa itu, adakah kita akan lihat drama berkejar-kejar para pemimpin Umno, PAS dan PKR mematuhi "titah diraja"? Mungkinkah pada masa itu wilayah kekuasaan Allah, ayat al-Quran dan hadith akan ditundukkan supaya sesuai dengan "titah diraja"? Adakah pada masa itu nas akan dipulas-pulas supaya mengekori "titah diraja"?
Sekali-sekali fikir, biarlah orang-orang Melayu di dalam Umno, PAS dan PKR bersatu kononnya "demi kepentingan Melayu dan Islam". Elok juga mereka bersatu setelah berganding bahu menjadi pak yet khurafat. Biar melingkup cepat sikit bangsa Melayu dengan perpaduan itu.
Dah melingkup setengah mampoih menjadi pak yet khufarat, harap-harap selepas itu mereka akan sedar diri dan merangkak-rangkak menuju wilayah kekuasaan satu-satunya Raja, Allah s.w.t. atau Al-Mulk. Harap-harap selepas itu mereka sedar bahawa hanya Allah dan ketinggian ilmu serta kemahiran sahaja yang boleh menjamin survival Melayu.
Bersatulah segera orang-orang Melayu! Dan dengan persatuan itu, melingkup cepatlah sikit agar kamu segera sedar bahawa survival kamu hanya boleh dijaga dan dipelihara oleh Raja Yang Maha Esa sahaja (gambar-gambar ihsan Malaysiakini - dengan memohon maaf).

Cantik? Klik 

hang bedal khalid samad no!!!
Kadang kadang aku terfikir juga..kalau melayu bersatu di bawah islam.Islam meyuruh kita menyembah Allah dan taat dengan Perentahnya.Mana satu yang melayu akan sembah Allah atau sultan dan Raja????Islam tak pernah ajar umatnya meyembah manusia.Taat tu adalah pada pemimpin tapi sembah tu aku dah keliru dan aku mula takut...Perentah Allah dan Perentah Sultan mana satu yang wajib di taat dan mana satu yang wajib di sembah.Silap sembah jadi syrik.Adakah Sultan dan Raja itu Maksum..aku dah keliru ni tolong jelaskan sat...maklumlah aku ni mualaf
100 orang jer...buang masa betui
Apa beza PERPADUAN dgn PERPADUANG?
orang melayu kena berhijrah, dari budaya korupsi malas kerja ke budaya kerja kuat dan menyembah ALLAH SWT yang memberi rezeki hidup dan mati. eloklah berhijrah sebelum orang melayu hijrah dari alam dunia ke alam akhirat sebabnya Toonship ke, Latokship ke semuanya take masok ke kubur.
Pak Bakaq,
Ayat Quran dan Hadith mana pulak yg Pak Bakaq guna utk tolak perpaduan org2 sesama Islam?
Saya pelik bila org yg mengaku sembah Allah dan ikut kata Nabi ni marah2 bila geng PAS & UMNO berbincang. Pelik bila org2 ni suka dua2 parti ni bermusuh, maki sama sendiri, tuduh itu ini, dan doakan yg bukan2 sesama sendiri.
Saya sokong apa2 saja kerja yg buat orang Islam dari 3 kelompok jadi satu. Dan saya harap org2 yg suka tengok org yg sama syahadah ini berpecah 3, dibuka hati utk bantu jadikan org Islam ni satu.
Sudahlah kita ni lemah, suka pulak jadi tiga yg bercerai berai.
biru- btol ape yg penulis kata....kebanyak owg melayu skrg lebih pentingkan kuassa sultan dr kuasa allah..serius aku bkn bdk baek...aku p club pny owng..n kat situ aku nmpak kaum kerabat sultan ygh owg melayu sembah sedang bergumbira...WTF..n yg aku btol2 xpuas ati,2 sume duit rakyat...duit cukai..
seriusly im a republican..aku lebih suka TANAH MELAYU ni menjadi negara republic..
oh lupa nk bgtaw...AKU MELAYU...MELAYU TULEN...tp bukan MELAYU BODOH nk sembah2 owg yg xsepatutnya kita sembah.....