Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah Najib bodoh terlampau?

Dalam posting bertajuk "Najibcomics dipandang hampeh", saya siarkan email pembaca blog ini mengenai rating Merrill Lynch terhadap Malaysia.

Malaymind yang saya hormati komen-komennya (walaupun ada juga komen-komennya yang menyebabkan saya naik penin dengan logiknya) kata Merrill Lynch sebenarnya menolong (polisi-polisi ekonomi) Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia bagi publisiti kat Najib, kata Mamat tu.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Investors shun Malaysia as emerging market outlook cools" (komen-komen di sini), Merrill Lynch tolong dan bagi publisiti lagi kat Najib:
Bank of America Merrill Lynch said in a note this week that Malaysia remained a “big underweight” for investors in emerging markets, with its underweight rating increasing from 46 per cent in December to 55 per cent in the first month of 2011.

An underweight call is a recommendation for investors to reduce their investments in a particular security, asset class or, in this case, country.
Apa khabar para pengundi di Tenang? Berbanggalah dengan Perdana Menteri kita.

Sambil itu, sedap pula baca tulisan Hussein Abdul Hamid mengenai isu debat Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia kata:
Why should our Prime Minister put himself remotely into a situation where he will be asked awkward questions that he must answer even when he cannot? Where he has to explain economic policies that he does not understand? Justify policies that he knows he can implement without public scrutiny?
Saya teringat kata-kata salah seorang dari "Daim boys" kepada saya. Mamat tu, kalau pasal belasah kebodohan "Anwar boys" (masa Anwar jadi orang besar dalam kerajaan dulu) dan dengan Anwar sekali, memang lazat sungguh mendengarnya. Sedap gila. Mamat tu beritahu saya, "Anwar tu tak reti apa sangat pun fasal ekonomi. Betul (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata".

Persoalannya, jika "Anwar tu tak reti apa sangat pun fasal ekonomi", adakah Najib bodoh terlampau sehingga tak berani nak debik-debik Anwar dalam debat terbuka? Para pengundi Tenang, berbanggalah dengan Perdana Menteri kita!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mana ada PM dalam dunia nak debat dengan pemimpin yang lemah. PKR itu parti pakai tongkat. tak ada PAS(nik Aziz) dan tak ada DAP(keluarga Lim), maka PKR tak boleh berdiri. Jadi Najib tentu tak mahu berdebat dengan Parti yang pemilihan kepemimpinan pun dipertikaikan kebanyakan ahlinya sendiri.

    Pemimpin2 PKR seorang demi seorang dah keluar PKR. Buat apa nak berdebat dengan Anwar. suruhlah Anwar berdebat dengan Zul,Zaid atau yang lain2 bekas PKR. Buktikan Anwar itu pemimpin yang diterima oleh barisan kepimpinan dan ahli PKR dahulu sebelum nak jadi jaguh untuk seluruh Malaysia.

    Pak Bakaq, orang dah mula tak yakin dengan PKR sekarang ini. Sikit hari giliran PAS pula. PKR mungkin dah susah nak diselamatkan tetapi PAS masih ada peluang sekiranya berusaha buat sesuatu.

  2. Salam, Bakaq, aku peninlah baca hang punya new issue pasal PM ni..aku tak faham..

    Tapi, aku ingat PM Najib ni..lagi buat tak faham..sebab Anwar tengah pening lani...klo..debat dgn dia terus demam...so, PM jadi org baiklah..mengelak anwar dari demam dgn tak mau debat dgn anwar....Tapi gue tengok..Emilda Marcos Malaysia bertambah cun lah...maka tu kena selalu p middle east...supaya tok Arab..terbiliak mata....

  3. memang bodoh pun

  4. mohon link /banner exchange
    http://wicararumi.blogspot.com

  5. Salam Pak Bakaq dan semua tetamu ~penarik beca.

    Jika dah Najib perasan Anwar tu lemah, kenapa tak pukul mati saja.

    Inilah peluang terbaik Najib untuk jahanamkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

    Tetapi jangan kita lupa kata pepatah melayu,kecil jangan disangka anak,besar jangan disangka bapak.

    Najib nak kena mintak 'restu' first ladu dulu kot.

    Ataupun Najib kena pakai pampers for adult dulu sebelum fight dengan Anwar.

    http://abushahid.wordpress.com/2011/01/19/antara-demam-dan-kencing-dalam-seluar/

  6. "mana ada PM dalam dunia nak debat dengan pemimpin yang lemah"....

    lu ni bengap ke apa...???
    xder plak ak dgr org politik ni reti kesian kat org...
    lu nk ckap najib ni innocent n baek n bijak la...
    lu pk ngan oatk la sket...jgn pk pkai telor 2 bjik 2....
    ni kes ekonomi...anwar org ekonomi...najib 2 pm...dia kna jga ekonomi ngara neh..
    x payah nk kesian la...anwar tau la dia pnya keje...
    klu najib suh org laen debat 2 bkn baek...2 tnjuk dia sendiri bodoh...
    ngan lu skali pon bodo aq rase...eh sori...bkn bodo...bgap sket jer...

  7. "ni kes ekonomi...anwar org ekonomi.."


    Ya ke anwar orang ekonomi? kelakar betul.

  8. Pengomen 5:30:00pm tu pun bengap jg mcm PM sebab tu dia berhujah pun merapu-rapu.Nyesal aku baca,entah apa2 entah.

  9. Aduh Pak Bakar, terima kasihlah susah payah cari artikel pasal Lynch bagi publisiti tu lagi.

    Satu perkara dalam hal ekonomi ni Pak Bakar, kita memang takkan ada penghujungnya. Sebab tu orang kaya tak semestinya pakar ekonomi dan sebab tulah juga ramai org dapat Doktor Falsafah ekonomi sebab asyik kemuka teori baru.

    Nak analisis ekonomi ni ada dua cara- 1) Guna Data: Analisis tahun2 yg lepas then, dengan sehabis bijaksananya anggarkan yang akan datang (Guna formula etc. 2) Guna intuitive (Rasa,experience, luck etc). Biasanya kita guna dua2 cara ni sekali.

    Dalam hal underweight rating ni, Pak Bakar kena baca KESELURUHAN artikel. Memanglah result turun dari no 14 pegi 15. Memanglah dari 46% turun jadi 55%.

    Jadi kita tengoklah faktor yang Lynch cakap pulak:

    1) Secara umum, investor dari US mmg dah turun mood nak invest ke negara membangun dari 31% ke 20%. Faktor ni memang bukan dlm kawalan kita tak kiralah PAS pegang ke, Anwar pegang ke, Najib pegang ke. Jadi, apa sebab utama mood mereka turun? Sebab mereka percaya ekonomi China mungkin naik dan bakal jejaskan ekonomi negara2 membangun sekitarnya termasuklah Malaysia & India.

    2) Yang menariknya, tak ada pulak aku baca rating turun sebab adanya ETP Najibcomics?!

    Jadi, seburuk2 Najibcomics, dia cuba bangunkan ekonomi secara sistematik. Dia set dia nak growth 6% setahun, dia cerita 12NKRA (Bidang & cara) yg bantu nak jadikan 6% growth tu realiti etc. Makna kata, dia cerita mana negara nak cari duit dulu.

    Kalau Anwarcomics? Dia duk cerita macamana nak belanja duit. Dia nak hapuskan tol, nak bagi kita semua gaji 4 ribu sebulan semuanya dan etc. Kalau cerita kat orang yang ada otak, ni semua bab belanja? Habis tu, dari mana duit ni datang nak belanja? Poket atuk hang?

    (Sedangkan bagi air free kat Selangor pun dah kemaruk gila nak cari duit lain nak ganti, itu sebab janji tinggal janji je pasal elaun semua tu?)

    Sebab tu aku kata kalau setakat nak debat macamana nak belanja, biar Pak Bakar je wakil PR pun cukup? Tak yah Anwar pun tak apa.

    Habis tu macamana kita rakyat nak nilai hasil kerja Najib sekarang ni?

    ETP/NKRA tu kan semua dah ada untuk rakyat tengok dan analisis? Report audit tahunan negara / setiap negeri pun ada kalau betul nak tgk facts and figures. Analisis la sampai muntah termasuklah negeri bawah PR tu sekali?

    Kesimpulannya, nak debat ekonomi?

    PR kena berterusan keluarkan report bertulis hentam data2 secara spesifik, bukannya nak jemput debat yang tak ada hasil dan orang tak faham.

    p/s: Aku ni bukan PM sebab tu ada masa nak tulis terangkan macam ni. Kalau aku PM, aku suruh yang cabar aku debat ekonomi tu pergi ambik kelas ekonomi, keluarkan analisis report dulu baru debat.Bukan apa, rakyat bayar gaji aku suruh naikkan ekonomi negara, bukannya suruh ajarkan orang yang bodoh jadi pandai.

    -Malaymind-

  10. Tqvm Malaymind

    Aku tak reti ekonomi, itu established fact. Hang pun tau. Tetapi aku rasa hang pun boleh agak yg aku akan kata hujah "Secara umum, investor dari US mmg dah turun mood nak invest ke negara membangun dari 31% ke 20%" adalah sesuatu yang dijangkakan.

    Tetapi, kalau negara kita ada apa yg org putih kata economical niche, aku rasa kurang-kurang pun tak turun dari 46% jadi 55%. Bertahan pun kira dah ok dah.

    Jangankan polisi ekonomi yang dikitar semula dari polisi2 lama, struktur dan portfolio kabinet pun tak disesuaikan dgn ekonomi dan market hari ini yang liar gila2, macam mana org bodo ekonomi mcm aku nak kata Najib bagus.

    Dr Mahathir pun tidak yakin Najib mampu (http://www.malaysiakini.com/news/92933). Dr Mahathir jauh lebih pandai ekonomi dari aku. Takkan aku nak berlagak lebih pandai dari Dr Mahathir dan sedap2 kata aku yakin Najib mampu.

    ETP? Aku pun belajar dari orang Umno mcm Sakmongkol atau Syed Akbar Ali. Kalau rajin pergi baca kat sini: http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/search?q=ETP

    Btw, tqvm kerana sudi buang masa ajar orang bodo mcm aku fasal ekonomi. Ada yg aku belajar dari apa yg hang tulis di atas. Tq & semoga mendapat balasan baik dari Allah.

  11. Hang jangan terasa Pak Bakar. Maksud aku ajar orang bodoh jadi pandai tu adalah Najib vs Anwar. Takkan hang expect Najib yang dibayar gaji oleh rakyat ajar Anwar? Dan kalau betullah Najib bodoh, Anwar sepatutnya keluarkan dalam report bertulis supaya semua boleh baca sendiri. Petik sekali komen pakar ekonomi luar ka apa ka. Tu baru debat intellektual org kata.

    Pendekata, Anwar perlu dapat sokongan think tank nya sendiri dalam isu ekonomi ni. Isu ekonomi ialah isu think thank Najib vs think tank Anwar. Jadi, ruang amat luas kalau nak bincang/debat.

    Pasal Mahathir, aku tau taktik dia. Dia akan cabar Najib perkara2 yang penting supaya Najib improve dan BN akhirnya dapat benefit. Pendapat buruk dia biasanya valid buat masa tu supaya org take note. Macam tu lah plan within a plan bukannya komen benda yg boleh buat BN undur ke belakang. Kalau hang nak petik hujah Mahathir dan guna sampai bila2 pun aku setuju je. Janji keadaan improve.

    Pasal hang tak nak puji Najib bagus, aku tak kisah sebab Najib cuma dapat input dari PEMANDU - Idris Jala. Jadi, aku cadangkan kalau hang nak lawan polisi ekonomi Najib, perlu dari perspektif Idris Jala.

    Kalau hang nak tahu, cuba pergi website PEMANDU. Nak masuk kerja situ pun kena CGPA 3.6. Aku cadangkan kalau PR nak lawan, hang cadanglah kat Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tu ambil cuma budak yang CGPA 3.7. Lagu tu baru betul lawan.

    Sakmongkol dan Syed tu pun rujukan yang bagus.

    -Malaymind-

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008