Melainkan PAS berkerjasama dengan Umno, PAS adalah parti pembangkang. PAS juga bertanding pilihan raya. PAS memerlukan undi. Undi siapa yang lebih mudah diperolehi PAS? Undi rakyat yang membenci Umno atau undi rakyat yang taat dan setia kepada Umno?
Congak mudah, undi rakyat yang membenci Umnolah yang lebih mudah diperolehi oleh PAS. Persoalannya, mengapa beberapa pemimpin PAS kelihatan lebih mesra Umno? Adakah mereka yakin habis-habisan dengan cakap-cakap orang Umno kononnya mereka tak kisah terima PAS? Kononnya, yang mereka tak boleh terima ialah PKR dan DAP.
Ketika orang-orang Umno membunuh orang-orang PAS di Lubok Merbau dan Memali, adakah pada masa itu PAS berkawan dengan DAP? Adakah pada masa Umno kuat itu, perpaduan Melayu Islam tidak penting sehingga orang-orang PAS dibunuh gitu-gitu sahaja?
Saya membangkitkan tentang rakyat yang membenci Umno kerana kenyataan akhbar Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz hari ini nampak sangat tidak berminat langsung hendak menjaga perasaan rakyat yang membenci Umno (lihat "Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap"). Kenyataan yang kononnya kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu amat tidak meyakinkan malah menyakitkan hati rakyat yang membenci Umno.
Adakah PAS tidak perlu lagi undi rakyat yang membenci Umno?
Diceritakan bahawa ada orang tertentu "who tried damn hard to come out with a tailored answer to pacify PAS members, supporters and voters". Malangnya, kata cerita itu lagi, "ia tidak kelihatan seperti jawapan pemimpin politik bertaraf dunia, hatta bertaraf nasional pun tidak".
Saya rasa, rakyat yang pernah mengundi PAS perlu membangkitkan beberapa perkara:
Dalam kenyataan yang kelihatan telus dan jujur yang keluar dari mulutnya sendiri semalam, Tok Guru Nik Aziz mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tok Guru kata: "Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa" (Mana satu betul? Hari ini, dalam berita bertajuk "'Pertemuan dengan Agong, Najib tiada kaitan politik'", Malaysiakini memetik kata-kata "Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu" dan "Majlis tu adalah majlis Yang di-Pertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?". Lihat kata-kata Presiden PAS di sini)
Hari ini, bagai yang dijangka oleh ramai pihak apabila bertebaran sms yang saya salin dibawah, keluarlah kenyataan bahawa "Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap". Adakah Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap untuk bertemu Perdana Menteri kerana "ada perkara (untuk) dibincang dengan PM"? Maklumlah, "mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa".
Perkara apa? Adakah ia tidak melibatkan langsung kepentingan kami, rakyat biasa? Jika melibatkan kepentingan kami sebagai rakyat, mengapa pula "sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap"?
Apa yang Agong kata sehingga "sangat tidak beretika dan tidak beradab" bagi Tok Guru Nik Aziz "untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap"? Adakah raja itu memaki hamun atau adakah dia mencarut sehingga "sangat tidak beretika dan tidak beradab" bagi Tok Guru Nik Aziz "untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap"?
Dan, adakah sangat beretika dan sangat beradab apabila disembunyikan dari rakyat perkara yang melibatkan kepentingan mereka? Maklumlah, Tok Guru Nik Aziz sendiri kata "mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa". Adakah mereka bincang hal anak isteri mereka sahaja dan tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan kita sebagai rakyat?
Adakah saya berdosa besar kalau saya terasa sangat apa yang didakwa sebagai kenyataan Tok Guru Nik Aziz hari ini dalam berita Harakahdaily bertajuk "Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap" nampak begitu rakus nak memperbodohkan kita (rakyat)? Saya betul-betul teringat sms yang saya salin tanpa edit dalam posting bertajuk "Di sini tak ada duit!":

Dato Mustafa Ali dan Haji Hadi jumpa Tok Guru Nik Aziz di Jkr 10 jam 1.00 hari ini hendak bincang persiapan penyelerasan jawapan dalam mesyuarat Pas Pusat minggu depan (Gambar di atas ihsan Harakahdaily)

Cantik? Klik 

Pak Bakar,
Jeneral-jenaral Tua ni patut di tunjuk "pintu keluar".
Ibrahim Mohd Raja
Mantan YDP PAS Kawasan Batu
Wilayah Persekutuan K.Lumpur.
bang ooi...
Hidup ini jangan terlalu banyak persoalan yang timbul, ikutlah fitrah biasa kalau itu yang telah ditakdirkan olehnya, pasrah aje, jangan di kaji yang belakang tu, sebab lama-lama nanti kita ini akan di istilah cerdik tapi bodoh....
Lebih baik Pak bakar tanya Fatah Harun.Warna baju yg dipakai semasa perjumpaan tu pun
dia tahu.Bab lain tentu lebih tahu lagi.Kan tahun ni tahun pemilihan Pas disemua peringkat.
hang punya pasailah bakaq hoi.ini blog hang.hang nak merapu ka,hang terasa ka,hang punya pasal.tapi yang aku pasti adik beradik hang semua ahli PAS,tak ada pun seorang ahli umno.kalau ada pun depa ni bukan lagi sedara hang,pasai hang nampak buang sungguh depa ni.
satu aku nak kata kat hang,depa yang sama dengan hang ni bukan PAS yang dok ada sekarang,kerana PAS yang ada sekarang membenar penyatuan bersama PKR dan DAP.
PAS ada sekarang bergerak pada kenyataan tetapi PAS hang pula PAS yang Islam seseorang jika dia ahli PAS
TGNA takkan jual agama untuk kepentingan politik, jadi kalau dia hadir dalam majlis tu kalau ada APCO sekalipun dia mampu mempermainkan mereka balik. Begitu juga TGHA, cuma beliau ni dikelilingi orang-orang yang mesra UMNO yang kadang-kadang merosakkan pendapat dan pandangannya. So berhati-hati dengan golongan mesra UMNO yang menjadi jin pendamping yang cuba merosakkan PAS dari dalam. Ingatlah sejarah Sarekat Islam Indonesia yang musnah disebabkan wujud pemecah belah yang menyusup masuk sebagai ahli dan pemimpin mereka.
Hang nak tau apa Agong mungkin kata?
Agong: Aku tak kisah apa strategi korang, tapi JANGAN gadaikan Islam dan Melayu.
Najib: OK
TGNA: OK
Yang Pak Yetnya adalah yang tak setuju kenyataan Agong tu.
-Malaymind-
Salam.
Buatlah macam mana pun dendam kesumat tak hilang dari jiwa org2 pas hangit...Org UMNO boleh give and take dalam banyak perkara, tapi org pas????? aku tak faham la... kalau org UMNO tak pandai ugama dan org pas semua ustaz, kenapa tak nak ikut ajaran Nabi (SAW). Kenapa sifat benci, dendam dan irihati tak habis2..... Memali ka,, Maunnah ka...tak habis2 salahkan UMNO. Nik Aziz jumpa Agong pun hampa nak dengki dengan dia.. macamna aku nak pecaya dekat pas kalu org mcam ni pun masih ada....
sandiwara lagi....
aduih.. nabi kita dulu ada dok buat kelaku macam ni ka dalam memerintah kerajaan?.. emm.. patutlah pas dok jadi pembangkang lebih 50 tahun dah.. otak besaq sudu.. opss.. wala' dan tiqah pak bakaq.. wala' dan tiqah..
aukauk88.
Salam. A very well thought and simple analysis on the current situation. Persoalan lain yang boleh dibangkitkan - bukankah Muktamar sebagai kuasa tertinggi Pas yang melangakaui Majlis Syura dalam perkara-perkara dasar, sudah tetapkan tiada UG dan tiada rundingan kerjasama dengan Umno? Bukankah TGNA sudah marah gila kpd Tim Presiden dan sindir Presiden dalam banyak kes-kes UG? Now, kenapa TGNA blh jumpa PM dan TPM di hadapan Agong, bukan dalam gelap, dalam Majlis Santapan DiRaja pulak tu yang diiiringi lampu terang benderang, I'm sure! Kenapa statement TGNA dibuat selepas Presiden dan SUA jumpa TGNA, kenapa tidak immediately selepas TGNA jumpa Agong, PM dan TPM? Kenapa TGNA, dalam adab berjemaah, tak beritahu pimpinan Pas yang lain sebelum hebahkan kepada media? TGNA berkendak dalam gelap dengan Umno??? Wassalam. Rakyat Marhaen
Salam Pak Bakaq, Wartawan patut tanya najib sama, baru dapat kita kaji selidik dengan tepat. Siapa berdrama? Siapa berselengkoh. Perbincangan dalam kelambu boleh terlerai tak lama lagi, jangan risau.Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir. Tak payah dok ribut-ribut. Kalau demi perpaduan orang melayu siapa pun ikut..tetapi nak joint dengan UMNO kerajaan UG...malang sikit.
Pak Bakaq.... ini adalah silat politik. TGNA kan orang politik, mestilah ada tahap2 silat politik yang dia keluarkan. Kalau lambak sekali gus tak suspense lah. TGNA kena tengok dulu "apa buah" puak disebalik sana nak main. Sabar dulu Bakaq!!!Ini permainan yang menarik ni. Kita nak tengoklah siapa yang terlondeh lepas ni.... sebab banyak pihak yang terlibat, Strategi mesti betul "do not under estimate the other sides". Kita tahu siapa kontrol Harakah.. "harakah is not working for TGNA wholeheartedly". Salam hormat dari DON 4672.
PEKARA YANG DIBINCANGKAN DEKAT ISTANA TERENGGANU...
‘Allah’ debate sank latest Umno, PAS talks.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/allah-debate-sank-latest-umno-pas-talks/
KUALA LUMPUR, Jan 5 — Umno and PAS leaders had to end their “Malay unity talks” at the Istana Terengganu here last Christmas Eve after debate centred on non-Muslims using the word “Allah” to describe their god, a dispute which remains before the Malaysian courts.
The Malaysian Insider understands that an Umno leader at the talks spoke about the need for Malay unity as he said non-Malays were seen to be taking advantage of a split between Umno and PAS to ask for greater concessions including the right to use the word “Allah”, in what was seen as a reference to the Catholic Church’s lawsuit to use the word in its Bahasa Malaysia publication.
However, sources said PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat defended non-Muslims and objected to that conjecture, giving a short history lesson to point out that even Prophet Muhammad’s father, Abdullah, had worshipped Allah although he was not a Muslim.
The Umno leaders at the meeting were Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin and former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“The talk ended then when the King asked to be excused and Nik Aziz then took the opportunity to excuse himself too, saying he had a sore back,” a source familiar with the talks told The Malaysian Insider. Continue...
Pak Bakaq terlebih meracau dah ni ...
Perjumpaan tu adalah untuk Agong tanya Nik Ajis, bila perut Najib nak pecah. kata Nik Ajis jurucakap Tuhan mintak pecah perut. Bila lagi perut Najib nak pecah?
nampak gaya tuba umno mengena lagi ... jika diperandai-andaikan dan diperbesar-besarkan perkara ini Pas jugak yang luka kerana termakan racun yang ditubakan oleh umno ini, jadi sabar-sabarlah para ahli-ahli serta penyokong-penyokong Pas untuk mendapatkan penawar kepada racun ini ... jika tidak ketemu juga penawar bagi racun yang dituba itu maka alamatnya bergelimpanganlah mati yang akan diketawai oleh Umno sehingga berguling-guling sukahati ...
Celaka kau Bakaq Haq.. Dah jadi MUNAFIK dah ka.. Dah la kena tangkap sbb Syiah di Gombak. Kaulah yang Hadis Rasulullah kata tu.. Menyebarkan berita palsu.. Golongan MUNAFIK.
penarik beca, aku org PAS biasa. aku rasa engko ni tak reti nak baik sangka dan yakin dgn tindakan kedua dua tok guru. Betullah kata syaidina Ali, bila org pertikaikan dia ketika dia dilantik jadi Amirul mukminin : "Zaman Nabi SAW, Zaman Umar R.A, Zaman Osman,rakyat adalah org seperti aku, tapi zaman aku org macam kamu". Aku doakan, anak anak engko nanti akan jadi macam engko, selalu pertikai apa engko buat.
anom 13 ...you are right ...
anom 17.... demo di lihat bodoh dan baboon,, boo beri comment yg dilihat kurang cerdik macam orang tadika kg pinang sebatang....
Pak Bakaq..satu sifat syirik kpd Allah bila kita tak mengkafirkan org kafir harbi macam DAP. Jd Pak Bakaq dlm golongan inikah? Org yg benci UMNO dan undi PAS spt kata Pak Bakaq adalah org2 DAP(Kafir Harbi). Jd syg org DAP lagi dari org Islam UMNO?? Lainlah kalau Pak Bakaq rasa org UMNO kafir..Wallahualam..
Hang nak tau apa Agong mungkin kata?
Agong: Aku tak kisah apa strategi korang, tapi JANGAN gadaikan Islam dan Melayu.
Najib: OK
TGNA: Islam ok.
Yang Pak Yetnya adalah Malaymind
NAK TAHU APA CITE MASA DINNER TU?? TGK BLOG TUKAR TIUB....TO IBRAHIM RAJA...HANG MMG LAYAK JADI MANTAN JE...PIKIR PENDEK SGT....HIDUP TG NIK AZIZ!!!!
Agong nak dengar pandangan pemimipin islam berkenaan gan issue Allah drpd TGNA dan PM serta lain2 senior leader DPM,PakLah,TGHA. dlm satu majlis tak rasmi di istana TganuKL.Penarikbeca-bloger n kita semua jgan prejudies. UMNO-org PAS tak benci tapi ahli umno baik Pas baik yg tak berilmu di benci Allah,Pas pun kena solat,umno yg solat juga kena benci gan kemungkaran macam orang alim n mukmin yg beriman,Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami ..ex istana officer.takbir....
bertaubatlah wahai ahli2 umno yg menyokong sekular dan pemimpin zalim. Menyokong umno tidak menjadi - kafir - tapi redha gan kemungkaran pemimpin tughut- berdosa (fasik).Tak sembahyang - tidak Kafir.Jika kata (etc)Sembahyang tak wajib - Kafir tak caya tanya TGNA/TGHA jgan tanya ????!!!!...UMNO/bukan umno - kata/rehda gan sekular fikir2 lah sendiri/tanya lah ustaz - pandangan Ulamak...