TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama? (lihat "Mohon maaf, Ustaz Nasharudin")

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.

Dirasakan berkaitan:
PAS gesa Umno henti 'perdaya' Raja Melayu (Harakahdaily 29/12/10)
Syatan Sudah Memenuhi Diri Manusia (Mohd Sayuti Omar 30/12/10)

Read On 53 comments

Mahfuz Omar letak jawatan

Pukul 6.36 tadi, saya terima sms di bawah. Saya salin semula tanpa edit:
Salam pak bakaq, ada berita yang diperbincangkan di kalangan komuniti kontraktor. Khabarnya IJM Bhd dapat kontrak drpd Kedah Sato Sdn Bhd (Kedah GLC) untuk projek Kolej Universiti Insaniah berjumlah lebih kurang RM180++ juta. Katanya BOD meeting diadakan pada hari Ahad (27/12/10) di KL Hilton & LA keluar pada hari yang sama. Khabarnya juga, IJM Bhd tidak participate dalam tender tetapi dianugerahkan juga projek ini! Minta pak bakaq tolong check, adakah perkara seperti ini boleh berlaku di bawah pentadbiran seorang ulamak?! Tq.
Selepas itu, saya call Mat Korporat itu. Saya kemudiannya diberitahu bahawa Haji Mahfuz Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

Walaupun saya boleh call Mahfuz untuk mengesahkan perkara itu, saya malaslah. Tak dak guna pun. Kalau hampa nak sahkan perkara itu, hampa pi tanya dia sendirilah. Lagu mana dia nak bersilat lidah nak cover Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato itu, itu dia punya fasal.

Saya sejak beberapa bulan lalu berkempen supaya kita berfikir sebagai rakyat. Berfikir untuk anak cucu kita yang akan tinggal dalam negara ini. Mana lagi depa nak pi. Kalau kaya pun, belum tentu depa nak migrate.

Saya berkempen supaya kita berfikir sebagai rakyat. Bukan sebagai penyokong mana-mana parti. Amat merbahaya kalau berfikir sebagai penyokong mana-mana parti. Takut nanti kalau orang parti lain buat, kita bantai. Kalau parti yang kita sokong buat, kita pi jadi lawyer tak berbayar untuk parti yang kita sokong. Membela perbuatan yang tidak betul. Membantu gang kita melakukan kezaliman. Itu 'asabiyyah namanya - membantu saudaramu atas kezaliman.

Amalan yang tidak betul boleh berlaku. Kita tak patut berdiam diri jika rakyat yang menjadi mangsa. Saya bagi contoh. Katakanlah di sebuah negeri antah-berantah. Negeri malang itu pula dipaksa menanggung biawak hidup, iaitu syarikat pembekal air yang tak puas-puas menjadi lintah darat dan mencekik darah rakyat dengan mengenakan bayaran yang tinggi untuk perkhidmatannya.

Tiba-tiba, lintah darat itu dilaporkan telah menghulurkan berjuta ringgit kepada ahli politik tertentu untuk menerbitkan akhbar yang diambilalih oleh puak ahli politik itu. Persoalannya adakah lintah darat itu baik sangat dan duduk tak duduk nak bersedekah kepada ahli politik itu menerbitkan akhbar yang diambilalih juak-juaknya? Adakah sumbangan itu bukan rasuah?

Syarikat pembekal air itu cekik darah rakyat dengan penuh nafsu dan penuh kejam dan ia pula tak disenangi oleh rakyat dan kerajaan negeri antah-berantah itu. Mengapa ia sanggup jolok ahli politik tersebut yang berada dalam kerajaan negeri antah-berantah itu dengan duit begitu banyak?

Ah, ahli politik duit berterabur. Rakyat menggelupur!
Read On 24 comments

Najibcomics dipandang hampeh

Sudah lama seorang pembaca blog ini menghantar email yang saya siarkan di bawah. Tapi oleh kerana macam-macam fasal termasuk yang tak fasal-fasal, saya terlupa menyiarkannya. Mohon maaf, Ustaz!

Setakat malam ni, ada 72 komen di bawah berita berkaitan. Banyak yang menarik. Sila klik link di bawah.
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.The enclosed article from the Malaysian Insider refers.

2.From April 2009 until now we have been exposed to KPI,NKRA,GTP,ETP etc.etc.Millions have been spent on consultants - APCO,Mackenzie,BCg etc.And now we have Bank of America Merill Lynch telling the whole world and US that Najibnomics doesn't work......

3.I do not know the Prime Minister personally,neither do I have access to him thus I ask you to tell our dear PM that NAJIBNOMICS DOESN'T WORK ! Please tell him Pak Bakaq, that what this country need is Institutional Reforms.Institutional Reforms on the Judiciary,Parliamentary and the Executive branch.Supremacy of Parliament must be brought back in order to safeguard the rakyat interest.An independant and fear only GOD judiciary will bring back the confidence of the rakyat and the foreign investors that under the Malaysian sun, it is rule of law NOT law of the ruled.A professional civil service with an Ombudsman overseer is the blueprint for a competent administration and management of the country. And in order to secure the future, we need to hammer out an education system that educate, that free people from fear of man to fear of GOD, an education system that is relevant in the in the 21st Century and that is world class - that produce world champion NOT 'jaguh kampong'.

4.Do you think PR have what it takes ..........? (saya sengaja tak jawab soalan ni - bakaq a.k.a. ~penarik beca)

Berita berkaitan:
NEM fails to excite global investors

(Malaysian Insider) December 16, 2010

KUALA LUMPUR, Dec 16 — The Najib administration’s New Economic Model (NEM) has failed to excite investors, with Bank of America Merrill Lynch maintaining this week its call to shed investments in Malaysia.

Despite the government’s high hopes on the NEM, the investment bank this month continued to rate Malaysia as a “big underweight” in emerging markets.

An underweight call is a recommendation to investors to reduce their investments in a particular security, asset class or, in this case, a country.

Malaysia managed to trim its underweight rating from over 50 per cent in November to 46 per cent this month but still only managed to come in second-last among the 15 countries studied by the investment bank.

This is despite the fact that emerging markets continue to be the equity region of choice for investors worldwide, with investments persisting at historically high levels.

Investors have so far greeted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s highly anticipated NEM with disinterest, owing to lack of detailed policies, timelines and the apparent rollback of ambitious Bumiputera quota reforms detailed in the first half of the year.

The bold recommendations set out in the first part of the NEM to boost competitiveness by reducing quotas appear to have been sidelined in the second part launched recently.

Observers attribute this to stiff resistance from Malay rights groups concerned that such moves will erode the community’s interests.

Economists and political analysts have also criticised the NEM for its lack of innovative thinking and timidness, which they said does little to dispel lingering investor skepticism.

Malaysia also remains unattractive to Asia Pacific investors, with Merrill Lynch increasing its underweight rating four-fold for the country from November.

Topping the Asia Pacific list were strongly overweight Taiwan, Hong Kong, South Korea and China, with Singapore coming in fifth despite its downgrade to neutral.

Making up the rest of the underweight club were Southeast Asian nations Thailand, the Philippines and Indonesia, along with New Zealand, Australia and India.

Nonetheless, Malaysia looks set to end the year as the fourth fastest growing emerging market after China, India and Turkey, and is expected to remain number four in 2011.

Developed markets, which bore the brunt of the financial crisis, will continue to contract, with the possible exception of sluggish growth in Europe. Emerging markets, on the other hand, face the risk of overheating next year and increased likelihood of “policy mistakes” in the form of insufficient or excessive money tightening.

Merrill Lynch expects the ringgit’s outperformance this year to fade due to a likely 50 basis point interest rate hike over the next 12 months by Bank Negara Malaysia, in response to increasing private investment in the economy.

Slow implementation of the Economic Transformation Programme (ETP) due to political resistance and the low priority of fiscal consolidation were cited as possible risk factors to the national currency.

Also of concern were “some small risk” that Umno may lose more seats in the next general election — expected to take place next year — as well as higher inflation due to rising food and fuel prices.

The government embarked on a second wave of subsidy cuts earlier this month, which saw RON95, diesel and LPG prices go up by five sen per unit and sugar price increase by 20 sen per kg.

The price hikes are expected to put upward pressure on inflation, which Merrill Lynch predicts will rise from 1.8 per cent this year to 2.8 per cent next year, before dropping slightly to 2.5 per cent in 2012.

Malaysia’s real GDP growth is also expected to drop to 5.2 per cent in 2011 and 5.4 per cent in 2012 from the expected 7.2 per cent expansion this year, putting at risk the 6 per cent annual growth needed to propel the nation to high-income status by 2020.
Read On 13 comments

Apa salahnya diburu? Saya seperti binatang

Hampir 10 hari saya tak update blog ini. Tak ada posting baru. Bukan apa, saya kepenatan. Terpaksa saya akui, pemergian anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq (2/1/1994 - 4/12/2010) ke pangkuan Allah s.w.t. yang sangat dia harapkan keampunan, belas kasihan dan kasih sayang-Nya, amat memenatkan saya. Penat kerana amat menderita. Terasa sungguh hati saya amat merana.

اللهم صل على محمد وآل محمد


Ya Allah
tiada bandingannya
betapa amat lemah dan amat tidak berdayanya
anak saya Muhammad Sadiq
berhadapan dengan ke'adilan-Mu
tolonglah, ya Allah, ya Ghafur, ya Rahim, ya 'Afuwwun-Karim
tolonglah ampuni anak saya
tolonglah kasihani kekasih hati saya, Muhammad Sadiq

Wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
tolonglah maqbulkan doa yang setiap hari saya ratapkan
tolonglah, ya Allah
tolonglah ampuni anak saya
tolonglah kasihani kekasih hati saya, Muhammad Sadiq

SubahanaKa ya Allah
Ta'alaiTa ya Rahman
Ajirna minan-nar, ya Mujir!!

Tak cukup dengan kepenatan kerana amat merananya saya setelah perginya Muhammad Sadiq, penat pula berlari dan memanjat-manjat. Saya gemuk. Umur pula melebihi separuh abad. Bila terpaksa berlari ketakutan dan terpaksa memanjat-manjat pula dalam keadaan takut, terasa sungguh penatnya.

Anda mungkin membaca laporan Berita Harian 17/12/10 di bawah tajuk "Pukul badan guna rantai sucikan dosa" (lihat salinannya di bawah) tentang berpuluh Syi'ah 'Ali yang "melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)".

Tak habis lagi sampai saat ini kepenatan "melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat". Sadaqa Berita Harian! Betapa benarnya Berita Harian!

Bukan senang menjadi orang yang disesatkan dan dikafirkan oleh begitu ramai orang dari dahulu, kini dan di masa akan datang. Saya tahu saya disesatkan dan dikafirkan. Antara lain, saya baca edisi Bahasa Melayu buku Ihsan Ilahi Zahir dan saya baca edisi Bahasa Melayu (kulit kuning) buku tulisan tokoh Ikhwan Muslimnin, Sa'id Hawwa yang bertajuk "al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-‘Aqaid wa syuzuz fi al-Mawaqif" (Khomeinism: Pelik Dalam Akidah dan Pendirian). Banyak lagi buku lain seperti itu yang saya baca. Buku-buku itu diedarkan percuma.

Bukan senang juga menjadi orang dari puak yang disebut oleh Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi yang "jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara".

Khusrin juga menyatakan orang seperti saya menyifatkan "darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh."

Anda boleh dengar sendiri kenyataan Khusrin yang dirakam oleh Harian Metro di sini termasuk kenyataan bahawa orang seperti saya mengajak orang lain menjadi Syi'ah 'Ali dengan mengumpan kahwin mut'ah, tidak mewajibkan haji, menjama'kan solat Subh, mendewa-dewakan Imam 'Ali 'a.s. dan ikut suka dialah kerana dia Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Sadaqa Khusrin. Dia adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Tentu dia 'alim. Takkan pula si jahil murakkab dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Saya ulangi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Saya pula si jahil yang sedar bahawa saya jahil. Lebih dari itu, jutaan orang dari dulu sampai sekarang dan akan datang menyesat dan mengkafirkan saya. Takkan orang seperti saya yang disesat dan dikafirkan boleh menjawab Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor!

Apa saya nak jawab. Kedudukan saya lebih rendah dari kafir Kitabi. Lelaki Islam boleh mengahwini perempuan-perempuan Yahudi dan Kristian. Sah nikah mereka. Tetapi menurut Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, "perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf".

Apa yang mampu saya lakukan hanyalah memohon kepada Allah agar saya dibawa bersemuka dengan Khusrin, Dr Hassan, Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Ihsan Ilahi, Sa'id Hawwa dan sesiapa sahaja yang mengkafirkan dan menyesatkan saya di hadapan-Nya di Hari Perhitungan nanti. Biarlah Allah yang membuat keputusan di antara kami. Setakat itu sahaja kemampuan saya.

Mereka 'alim. Tentu mereka berani bertanggungjawab dengan dakwaan mereka. Malah kerana 'alimnya mereka, tentulah mereka yakin apa yang mereka nyatakan itu adalah jihad yang besar. Saya pula jahat dan jahil. Allah Maha Mengetahui betapa takutnya saya kepada-Nya. Tetapi, apa daya saya dan apa lagi pilihan saya selain memohon seperti yang saya pohonkan itu.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ (Al-A'raaf : 89)

Selepas di buru penguatkuasa Jais pada malam itu, sukar ditolak kemungkinan saya dan orang-orang seperti saya akan diburu lagi seperti binatang. Meskipun demikian, saya tidak sedikit pun merasa sedih.

Apa nak sedihnya? Apa salahnya saya diburu? Saya Syi'ah. Saya seperti binatang.

(Saya tak tulis sebelum ini, sebab saya takut mak saya yang sangat uzur akan merasa amat malu kerana menantunya seperti binatang, disesatkan dan dikafirkan. Saya juga takut kakak-kakak saya, kesemua adik-adik saya di kedua-dua belah pihak serta keluarga mereka merasa amat malu kerana saya seperti binatang, disesatkan dan dikafirkan. Tetapi oleh kerana muka saya sudah tersebar dalam YouTube, tiada lagi pilihan saya. Saya mohon maaf kepada mereka.)

Berita-berita berkaitan:
Pukul badan guna rantai sucikan dosa

(Berita Harian 17/12/10) GOMBAK: Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

Penyelewengan lain dilakukan kumpulan ajaran sesat itu ialah menziarahi kubur Saidina Husain sebagai ganjaran ke syurga, menghina isteri-isteri Nabi SAW serta mengharuskan sembahyang jamak pada bila-bila masa.

Petang semalam, lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini, bagi perintah jaminan sementara pendakwa syarie menyiapkan kertas siasatan.

Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan mereka dijamin RM2,000 seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan lelaki Iran menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta tidak dibenarkan ke luar negeri sehingga tarikh sebutan akan datang.

Saiful kemudian menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, mempertikaikan arahan pihak berkuasa agama yang dinyatakan dan diberikan melalui fatwa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, berkata ciri-ciri kesalahan kumpulan itu termasuk Imam adalah maksum, kemunculan Imam Mahadi bersama orang mati untuk memberi keadilan, menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan dengan menambah dalam Syahadah serta menghalalkan dan mengamalkan nikah mutaah (perkahwinan kontrak).

Katanya, kumpulan itu dikenal pasti dua tahun lalu dan dikategorikan sebagai serius kerana mereka menyebarkan fahaman Syiah secara sembunyi dan menggunakan pelajar Malaysia yang belajar di republik itu dengan menawarkan biasiswa serta memberi hadiah berupa buku.

“Malah, apabila ada pembesar Iran melawat negara ini, mereka mengadakan kempen dan penerangan berhubung fahaman itu sebelum membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi tempatan untuk menyebarkan fahaman mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau menyifatkan tangkapan kelmarin adalah yang terbesar dalam sejarah JAIS dan tidak menolak kemungkinan orang ramai berminat menyertai ajaran itu kerana membenarkan perkahwinan mutaah yang menjurus kepada perkhidmatan seks.

Muhammad Khusrin berkata, daripada 200 yang ditahan, 128 masih berada dalam tahanan, manakala selebihnya kanak-kanak dan remaja dibebaskan.

200 pengikut Syiah ditahan

(Utusan Malaysia 17/12/10) KUALA LUMPUR 16 Dis: Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.

"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.

Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.

"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.

"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.

Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.

Ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia

(Berita Harian 18/12/10) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan.

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.

"Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.

"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW.

JAIS pantau dua lagi kumpulan Syiah

(Utusan Malaysia 18/12/10) KUALA LUMPUR 17 Dis. - Selepas menyerbu kegiatan satu ajaran sesat Syiah tegar di Batu Caves kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau dua lagi kumpulan ajaran berkenaan di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

"Kita percaya ada lagi kumpulan ajaran sesat itu khususnya di Selangor. JAIS juga menyiasat di negeri-negeri lain seperti Kedah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kumpulan ajaran sesat Syiah yang ditumpaskan itu, menurutnya, JAIS sedang mengesan pengikutnya di negeri-negeri lain.

"Situasi itu amat membimbangkan kita memandangkan kegiatan ajaran sesat tersebut turut berlaku di beberapa negeri lain.

"Pelbagai tindakan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan ajaran sesat tersebut daripada terus berkembang," katanya.

Katanya, kumpulan yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu merupakan kumpulan pertama ditahan oleh JAIS.

"Bagaimanapun dikhuatiri masih ramai lagi pengikutnya bergiat aktif menyebarkan ajaran itu. Ada juga daripada mereka merupakan warga asing iaitu Myanmar dan Indonesia.

"Mereka pada mulanya terdiri daripada jumlah pengikut yang kecil dan berkembang sehingga membentuk pelbagai kumpulan dari pelbagai negeri," ujarnya lagi.

Muhammed Khusrin memberitahu, kumpulan itu juga mempunyai kaitan dengan ajaran sesat dari luar negara.

"Ini berdasarkan penahanan seorang lelaki warga Iran yang menyampaikan khutbah kepada kumpulan tersebut," katanya lagi.

Mengulas perkembangan siasatan kes itu, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik premis yang dijadikan lokasi bagi kegiatan kumpulan tersebut.

"Semakan akan dibuat di pejabat tanah dan Majlis Perbandaran Selayang bagi menyiasat status tanah dan bangunan tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan polis sekiranya terdapat kes jenayah yang membabitkan kumpulan tersebut.

Kelmarin, kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara ditumpaskan berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu, dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kerajaan pantau ajaran Syiah

(Utusan Malaysia 18/12/10) KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.

Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.

"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.

"Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu markas ajaran Syiah tegar yang dikesan bergerak aktif dalam negara sejak akhir-akhir ini.

Dalam serbuan itu, JAIS telah menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran Syiah itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor semalam.

Tambah Jamil Khir, buat masa ini kerajaan masih belum dapat memastikan betapa seriusnya penyebaran ajaran Syiah di negara ini tetapi satu langkah pemantauan telah diambil untuk memastikan ajaran itu tidak terus disebarkan.

"Kita masih tidak dapat pastikan tahap seriusnya ajaran itu tetapi kita akan menghentikan secepat mungkin sebelum ia menjadi semakin menular di kalangan umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, orang ramai perlu mengelakkan diri daripada mengikuti ajaran Syiah kerana ia bertentangan dengan ajaran mazhab yang dipegang oleh majoriti umat Islam di Malaysia.

"Dari dahulu negara kita berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah dan sesetengah ajaran yang diamalkan oleh pengikut Syiah sangat bertentangan dengan kita.

"Contohnya setiap 10 Muharam pengikut Syiah akan meraikannya dengan mencederakan diri sendiri sampai ada yang mati semata-mata untuk mendapat mati syahid dan jelas ini bertentangan dengan syariat Islam," jelasnya.

Syiah tidak ancam negara

(Utusan Malaysia 20/12/10) KUALA LUMPUR 19 Dis: Kewujudan ajaran Syiah tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara memandangkan tiada kegiatan militan dilakukan oleh kumpulan yang mengamalnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan yang dilakukan pasukan keselamatan mendapati fahaman Syiah yang dibawa tidak mempunyai unsur keganasan.

Berikutan itu, kata beliau tidak timbul isu ajaran Syiah akan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Bagi kegiatan ajaran Syiah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melakukan pemantauan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya akan pantau jika wujud kegiatan militan.

"Bukan sahaja Syiah tetapi kita turut memantau kumpulan-kumpulan daripada agama lain jika terlibat dengan aktiviti militan atau keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ulang tahun kawasan selamat di daerah Ampang Jaya serta merasmikan Program Cegah Jenayah Bersama Menteri Dalam Negeri di Taman Perindustrian Hata di Ampang di sini hari ini.

Hishammuddin memberitahu, walaupun tiada unsur militan dibawa ajaran Syiah namun pihaknya akan tetap melakukan pemantauan supaya kumpulan yang mengamalkannya tidak menjadi ekstremis.

Beliau menambah, selain itu KDN juga akan meneruskan kerjasama dengan Iran, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura untuk bertukar maklumat mengenai aktiviti militan yang dilakukan oleh kumpulan ajaran Syiah.

Sementara itu, pada majlis tersebut Hishammuddin turut mengumumkan indeks jenayah jalanan bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang menurun sebanyak 39.69 peratus.

Selain itu menurutnya, indeks jenayah jalan bagi Balai Polis Ampang yang merupakan lokasi panas turut menurun sebanyak 47 peratus.

Beliau berkata, penurunan kadar indeks jenayah itu adalah kesan daripada kerjasama yang wujud anta polis dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan pangkat.

"Ini menunjukkan gagasan 1 Malaysia yang diilham Perdana Menteri telah berkesan sehingga ia dapat menurunkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana yang harmoni di sekitar Ampang.

"Kerjasama seperti ini boleh dijadikan contoh untuk dibawa ke 49 kawasan panas lain di seluruh negara," katanya yang menerima sorakan gemuruh daripada penduduk ketika mengumumkan penurunan indeks jenayah itu.

Isu Syiah: Semua bebas anuti apa jua fahaman, kata Suhakam

(Malaysian Insider 21/12/10) KUALA LUMPUR: Suhakam mengesahkan empat individu yang mengadakan pertemuan semalam adalah antara 200 pengikut Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu dengan menegaskan, semua orang sama ada rakyat tempatan ataupun asing mempunyai hak untuk menganuti apa jua fahaman.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah berkata pertemuan itu adalah untuk mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung penahanan mereka.

Beliau juga berkata, satu memorandum akan dihantar oleh empat individu itu kepada Suhakam dalam tempoh terdekat.

“Saya telah dimaklumkan mengenai pertemuan mereka dengan pegawai kami. Pertemuan itu bagi mendapatkan nasihat berkaitan penangkapan oleh Jais. Datang tanya jika ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh pihak Suhakam dan dapatkan nasihat.

“Mereka akan ada tindakan susulan dengan menghantar memorandum kepada kami, namun itu masih belum pasti,” kata Muhammad Sha’ani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Muhammad Sha’ani, pihaknya akan menjalankan siasatan dan kajian berhubung perkara itu sebelum membuat keputusan.

Beliau juga menjelaskan prinsip hak asasi manusia setiap individu bebas dan mempunyai hak untuk menganuti apa sahaja fahaman.

“Kami masih membuat kajian. Tetapi prinsip hak asasi manusia semua ada hak untuk anuti apa jua fahaman. Amalan itu juga sah di beberapa negara, maka perkara itu perlu diambil kira.

“Tidak mudah untuk membuat sebarang keputusan mahupun tindakan. Ini kerana tindakan itu hanya tertakluk kepada warganegara bukan kepada warga asing.

“Jadi bagi kami buat siasatan dan kajian dulu sebelum apa-apa keputusan dibuat dalam perkara ini,” katanya.

Pertemuan yang diadakan sekitar 2 petang dan berlarutan kira-kira satu setengah jam semalam diketuai Mohd Haidar Mohd Hashim, namun enggan memberikan sebarang komen berhubung pertemuan itu.

Jais menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada Khamis lepas.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, kesemua pengikut sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.

Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.Kumpulan yang ditahan itu menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh. Dua ketua kumpulan itu telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan dibebaskan dengan ikat jamin. Manakala pengikut lain pula turut dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

JAIS cadang wujudkan pusat tahanan ajaran sesat

(Malaysiakini 23/12/10): Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencadangkan supaya pusat tahanan ajaran sesat diwujudkan di negara ini.

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid berkata, pihaknya bimbang ajaran sesat akan disebarkan golongan ini sekiranya ditempatkan bersama banduan yang lain.

"Mereka (pengikut ajaran sesat) sepatutnya diasingkan dan tidak berkongsi sel dengan banduan yang lain kerana kita bimbang golongan ini akan mempengaruhi akidah mereka (banduan) kelak.

"Biarlah mereka ditempatkan bersama-sama dengan mereka (pengikut) sahaja," katanya kepada Malaysiakini di ibu pejabatnya, petang tadi.

Menurut Mohamad Rais, antara kumpulan yang didapati sesat setakat ini adalah penganut Syiah.

Mengulas lanjut, Rais berkata, dengan adanya pusat tahanan ini akan menjadi pusat pemulihan bagi mereka dan tidak payah JAIS hendak menghantar mereka ke penjara.

Kelam kabut

“Kalau tidak ada pusat pemulihan ini, kita (JAIS) menghadapi situasi dalam dilema, kalau nak ikut ada seorang pemimpin ajaran sesat pernah dibawa ke pusat tahanan jel, kita jadi kelam kabut.

“Kita bimbang beliau akan menyebarkan ajaran sesat kepada banduan lain dan sehingga kini kita tidak tahu di mana beliau berada,” katanya merujuk kepada pemimpin ajaran sesat Kahar.

Bagaimanapun, tambahnya, butiran lanjut berhubung cadangan itu belum dapat dimaklumkan kerana ia masih di peringkat awal.

Sementara itu, mengulas perkembangan ajaran sesat di negeri itu, Penolong pengarah Perancangan dan Strategik JAIS Nasrul Hadi Rohani pula berkata kebanyakan pengikut ajaran sesat di negara ini hanya meniru dan ikut–ikutan sahaja.

Menurutnya, kebiasaannya sesetengah mereka mempunyai minat untuk mendalami ilmu agama secara mendalam dan mengkaji bersendirian.

“Tetapi akhirnya mereka berjumpa dengan silap tenaga pengajar (sesat) saluran yang salah, oleh itu kita galakkan mereka supaya belajar agama di surau dan masjid kerana tenaga pengajar diberikan tauliah oleh JAIS.

“Itu sepatutnya yang mereka cari, ini tidak mereka rasa kurang bertanya kawan dan kemudiannya kawan bertanyakan kepada kawan yang lain, itu yang jadi sesat kerana tidak merujuk kepada sumber yang betul,” katanya.

Menurutnya, cara selamat untuk masyarakat di luar sana mengatasi ajaran sesat dan terpesongnya akidah adalah kembali ke surau dan masjid.

“Kalau dahulunya trend pembelajaran di surau dan masjid hanyalah fardu ain tetapi kini lebih meluas sampai kepada siasahnya.



Read On 44 comments

Selamat jalan Tanjong Pagar

Dalam politik, kita selalu mendengar reaksi spontan. Kita juga selalu mendengar kenyataan susulan yang bertujuan untuk melakukan damage control. Kenyataan susulan biasanya dikarang dan dicermati demi mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih kacau-bilau.

Saya selalu memilih reaksi spontan. Bagi saya, dalam reaksi spontan, biasanya orang tak sempat nak mengarang kata-kata dan dalam kebanyakan kes, tak sempat nak mereka-reka pembohongan. Manusia ni lebih ramai yang tak pandai crisis management.

Dalam reaksi spontan mengenai pendedahan Wikileaks, Menteri Hal Ehwal Luar Singapura George Yeo antara lain berkata:
"There will be more coming out in the future and 'you said this about me and I said this about you' and it goes on.

"That is what certain individuals said about others. There could be a diversity of views. As I said, they probably said things about me which I may not agree with.

"But that is fine, that is to be expected. If you want to hear everything which others say behind your back, and take offence at it, you will be a very unhappy person". (lihat Malaysiakini 12/12/10 "S'pore: Leaked cable 'must not be taken out of context'").
Maknanya, menteri Singapura itu tak menafikan apa yang dibocorkan oleh Wikileaks.

Dalam kenyataan yang dikarang dan dicermati, lain pula ceritanya:
Kerajaan Singapura menafikan maklumat pendedahan WikiLeaks bahawa pegawai-pegawai republik itu pernah memberikan pandangan politik yang memperlekehkan kepimpinan Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak.

“Mengenai aduan khusus yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, dakwaan WikiLeaks (kononnya) diperkatakan oleh pegawai-pegawai Singapura tidak sepadan dengan rekod-rekod pada kami. Pertemuan yang didakwa tidak diadakan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura (lihat Malaysian Insider hari ini "WikiLeaks: Singapura nafi pegawainya perlekeh politik Malaysia" dan "Singapore denies WikiLeaks’ expose on Malaysian politics").
Kedua-dua pemimpin yang terkait dengan pendedahan Wikileaks itu pula memberi reaksi yang typical - bagai biasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas mengadakan roadshow manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun bagai biasa juga, buat bodoh.

Saya melihat kedua-duanya ada juga mencapai kejayaan dalam reaksi typical masing-masing - sama ada bertempik seluruh negara atau buat bodoh.

Apa pun, Najib kelihatan lebih beruntung apabila kenyataan Singapura dikarang dan dicermati kelihatan membelanya. Teringatlah aku pada Tanjong Pagar. Teringatlah aku pada Mas Selamat (meskipun saya sama sekali tidak menyokong pendekatan perjuangannya).

Majulah Singapura!

Berkaitan:
S'pore clarifies but does not deny Najib's Altantuya, opportunist remarks (The Straits Times 15/12/10)
Read On 4 comments

Membabi-buta kerana Najib dan Anwar

Wikileaks mendedahkan pegawai-pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim "masuk perangkap seks" (lihat Malaysiakini 12/12/10 "Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY"). Wikileaks juga mendedahkan bahawa pegawai-pegawai perisikan Singapura percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada pilihan melainkan terus berkuasa untuk mengelakkan pendakwaan ke atas dirinya berikutan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Bagi mereka, nasib politik Najib terus dihantui oleh skandal pembunuhan itu. Najib juga digambarkan sebagai oportunis yang tak ragu-ragu serta sanggup menjadi lalang (lihat The Age 12/12/10 "Top Singapore officials trash the neighbours").

Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.

Di pihak Anwar, mahkamah kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan beliau terlibat dalam salah laku seks. Di pihak Najib pula, terlalu ramai yang mendakwa bahawa mereka melihat dengan amat jelas bahawa proses pendakwaan negara ini berusaha bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk tidak mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tahniah, Datuk Seri. Beruntung sungguh Datuk Seri.

Apa yang nyata, orang hadapan atau front man di kedua-dua pihak, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dilihat terpalit dengan skandal. Mereka mungkin bersih, tetapi ramai yang tidak melihat mereka bersih.

Tetapi bagi saya, yang lebih tidak bersih ialah orang-orang yang 'asabiyyah dengan kedua-dua pemimpin itu yang membela mereka membabi-buta. Beberapa pengunjung dalam blog ini selalu menyifatkan saya menuduh Najib membabi-buta.

Najib tak terlibat dengan kes Altantuya, kata mereka. Najib tak sapu duit dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene. Najib bersih sebersih-bersihnya dari apa jua yang dituduh kepadanya. Macam la mereka maha mengetahui seperti Allah s.w.t. Mereka tidak sedar bahawa mereka juga membela Najib membabi-buta.

Setakat yang terbaik yang saya dapat ingat, saya tidak tuduh. Saya hanya membangkitkan persoalan. Membangkitkan persoalan bukan menuduh. Kalau persoalan dijawab dengan baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan, tentulah saya akan melihat Najib bersih. Setakat ini, saya belum mendengar jawapan seperti itu.

Saya membaca jawapan Najib di Parlimen, di dalam ucapan terbukanya dan saya juga membaca ayat-ayat mirip pembelaan dari isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar di atas) serta pembelaan berapi-api dan gila-gila pak yet-pak yet mereka. Semuanya menambahkan persoalan dan pertanyaan. Saya tidak boleh memaksa hati saya supaya jangan ada rasa tak percaya. Tak upaya saya.

Dalam masa yang sama, saya juga tertanya-tanya, mengapa Anwar dan PKR (lihat Malaysiakini 12/12/10 "PKR terkejut 'konspirasi' Singapura terhadap Anwar") tidak memberi jawapan yang lebih baik dari jawapan Najib, Rosmah dan pak yet-pak yet mereka ketika membela Perdana Menteri yang dilihat penuh baggage itu? Adakah Anwar dan PKR tak tahu bahawa Najib tidak dipandang bersih kerana kegagalan teruk beliau, isterinya serta pak-pakyet mereka memberikan jawapan yang baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan?




Read On 16 comments

Siapa khianati bangsa?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:
"Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat" (lihat Malaysiakini hari ini "PM: Pihak tuduh Felda bankrap pengkhianat bangsa").
Mengapa "jangan sebut"? Felda bukan syarikat milik peribadi. Malah, kalau saya ada syarikat sekalipun, saya terpaksa bersikap telus tentang jumlah aset saya, sekurang-kurangnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Adakah Perdana Menteri bersetuju supaya "jangan sebut"? Kalau dia tak setuju, mengapa dia nyatakan perkara itu dalam ucapan terbuka sehingga memberi gambaran bahawa dia menyokong tindakan "jangan sebut" itu. Kalau dia setuju, adakah dia tak sedar bahawa Felda adalah perbadanan awam? Felda mesti telus. There is no such thing as "jangan sebut".

Dan, tak bersikap telus bukankah lebih mengkhianati bangsa?

Saya percaya, pihak yang yakin dan mempunyai bukti, termasuk bukti yang telah diterima oleh mahkamah, bahawa para peneroka Felda ditipu dan ditindas akan meneruskan perjuangan mereka.

Bagi saya, kenyataan Najib menambahkan lagi ketidakyakinan saya kepada beliau dan Umno Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya. Sebab itulah semalam, apabila saya terlihat tajuk muka depan Berita Harian, "Perang rasuah positif", saya tidak percaya.

Boleh jadi orang bertaraf rendah, miskin dan jongos seperti saya ramai yang diambil tindakan (memang saya miskin sehinggakan apabila anak saya, Muhammad Sadiq, 16, kembali ke sisi Allah s.w.t. Sabtu lalu, ada kawan-kawan yang berkata "Apa nak jadi dengan bakaq [maksudnya, macam mana saya nak uruskan pengkebumian anak saya]? Dia tu tinggal Allah dan Rasul ja [maksudnya tak dak duit]" . AlhamduliLlah, Allah mendorong ramai yang sudi memberi ihsan).

Boleh jadi juga orang yang hendak dimodelkan bagi menayang-nayangkan kononnya kerajaan sunguh-sungguh melawan rasuah, seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, didakwa di mahkamah.

Tetapi, bagaimana dengan kes-kes lain? Apabila bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendapat projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion di zaman Najib menjadi menterinya, adalah ia merupakan transaksi yang telus dan bersih? Di Dewan Rakyat, ketika perkara itu didedahkan, puak backbencher BN hanya sekadar menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan perkara yang sama ketika ia berkuasa. Tidak ada seorang pun yang Ahli Parlimen BN yang tampil membela Najib dari sebarang amalan buruk.

Kita lalu tertanya-tanya, adakah asal kepala Umno ja, mesti buruk kelaku?

Baru-baru ini, saya mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS dahulu. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga mengakibatkan MAS rugi besar sehingga lebih dari RM8 bilion? Siapa di belakang dia?

Saya sebut dua contoh ja. Banyak lagi kes besar yang lain. PKFZ, pembelian Sukhoi dan Scorpene, pembantaian Wang Ihsan, senaraikanlah sendiri.

Sebab itulah saya tak percaya propaganda haprak kononnya perang ke atas rasuah dan penyelewengan kian positif. Adakah saya tak percaya kerana yang kononnya berperang itu Umno BN? Tidak. Bukan kerana itu. Bukan sama sekali. Kalau PAS atau parti lain yang buat, adakah saya percaya? Juga tidak. Tidak sama sekali.

Parti mana pun yang memerintah, selagi tak dilakukan institutional reforms ke atas kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan-badan seumpamanya, saya tak percaya. Selagi badan-badan yang dah lunyai sakan disalahgunakan tidak diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen, parti mana memerintah pun saya tak percaya.

Marilah kita bercakap tentang kepentingan rakyat dan kepentingan anak cucu kita yang akan tinggal dalam negara ini. Tak payahlah nak cerita mana-mana parti macam bagus sangat. Semuanya, terutama Umno BN, adalah mudharat kepada rakyat. Kalau terpaksa memilih, kita hanya boleh memilih mudharat yang kita yakin paling ringan. Setakat itu ja pilihan yang ada.

Berkaitan:
Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa (Malaysiakini 10/12/10)
Read On 14 comments

Berilah saya peluang, ya Allah!

Allah s.w.t. Maha Menyaksikan, saya redha. Tak mungkin saya yang bergantung habis-habisan kepada Allah sanggup membantah taqdir-Nya Yang Maha Penyayang. Tetapi, tak dapat nak saya nafikan betapa hancur luluhnya hati saya bila anak saya yang amat saya perlukan, yang amat saya kasihi, Muhammad Sadiq bin abu bakar (2/1/1994 - 4/12/2010), akhirnya kembali ke pengakuan Allah yang amat dia perlukan, yang amat dia harapkan keampunan-Nya.

saya sayang sangat anak saya, dan saya merayu dan mengemis kepada-Mu ya Allah, ya Ghafur, ya Rahim, tolonglah ya Allah, tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Saya tahu, tak mungkin saya dapat menandingi kasih sayang Allah kepada anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Tetapi, izinkan saya terus mengemis kepada-Mu ya Ghafur, ya Rahim agar tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, Muhammad Sadiq.

Ketika Muhammad Sadiq dimasukkan ke dalam wad ICU, HKL 12/11/10 lalu, saya tahu harapan saya terlalu tipis. Doktor memberitahu saya, "he will eventually die". Tetapi hati saya terus berdegil dan yakin Allah akan mengurniakan miracle dan Muhammad Sadiq akan kembali pulih. Sepanjang waktu itu, Allah jua Yang Maha Menyaksikan, hampir setiap ketika saya merayu dan mengemis kepada Allah.

"Saya bukan lagi merayu ya Allah, tetapi dengan memohon ampun kepada-Mu ya Allah, saya menyembah-nyembah Dikau, ya Allah, agar tolonglah sembuhkan segera sakit dan penyakit anak saya, Muhammad Sadiq. Kerana banyak berdosa, saya mengaku saya takut mati, ya Allah. Tetapi saya lebih takut lagi anak saya mati. Berilah saya peluang, ya Allah. Saya ingin menghantar Muhammad Sadiq belajar tahfiz, ya Allah".

Sehari sebelum Muhammad Sadiq pergi ke pangkuan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, saya merayu kepada-Nya agar tolonglah jangan menguji saya dengan ujian yang langsung tak mampu saya tanggungi - kehilangan anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq.

Pada hari Muhammad Sadiq menghembus nafasnya yang terakhir, saya sehingga ke peringkat bersedia nyawa saya dikorbankan asalkan Muhammad Sadiq dapat terus hidup dan belajar menghafaz al-Quran. Bukan saya tidak takut menghadapi hukuman Allah Yang Maha Adil kepada saya yang jahat ini, saya takut sangat-sangat. Takut teramat takut. Tetapi demi kerana Muhammad Sadiq yang amat saya perlukan, saya bersedia nyawa saya menjadi tukar gantinya.

Saya redha Allah Yang Maha Mengetahui tidak mengabulkan rayuan saya agar diberi peluang serta dikurniakan miracle dan Muhammad Sadiq terus hidup. Tetapi lihatlah saya yang bukan lagi setakat merayu dan mengemis, tetapi menyembah-nyembah kepada-Mu ya Allah, berilah saya peluang lagi, ya Allah: Tolonglah sangat-sangat, ya Allah. Tolonglah ampuni anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq. Tolonglah sangat-sangat, ya Allah!

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'afihi, wa'fu'anhu!

Kepada semua yang membantu menyempurnakan jenazah Muhammad Sadiq, menghulurkan ihsan dan simpati, saya berharap sangat agar Allah mengurniakan kebaikan yang melimpah-limpah kepada anda semua. JazakumuLlahu khairan kathira.

Muhamad Sadiq, walaupun hati abah amat hancur dan luluh, tetapi abah redha dengan taqdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Muhammad Sadiq kekasih hati abah, maafkanlah abah!

(Jika anda rasa mual membaca rintihan saya, tolonglah maafkan saya)
Read On 109 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008