Menteri rasuah cerminan masyarakat kita, kita yang pilih

Bagai biasa, setiap petang Sabtu TV3 menayangkan filem Hindi. Saya dah tak berapa minat. Lantaran itu, saya terus dengan kerja saya.

Entah berapa lama selepas filem itu ditayangkan, tiba-tiba anak saya memanggil, "abah, best ni, abah. Lawan rasuah ni!"

Pun saya tak peduli. Biasalah cerita Hindi menayangkan kisah lawan polis, lawan menteri. Di India, negara itu mengamalkan demokrasi. Mereka boleh buat filem-filem macam tu. Di Malaysia ni, jangan harap la penerbit filem boleh buat filem macam tu. Di Malaysia, demokrasi kudung.

"abah, ni dia orang nak buat macam Bhagat Singh ni, abah. Best ni, abah!"

Saya lalu tertarik nak tengok. Dah dekat nak habis. Kecuali Amir Khan, saya tak tahu nama pembawa watak-watak utama filem itu.

Ceritanya ialah sekumpulan pelajar universiti yang mendapat inspirasi dari perjuangan Bhagat Singh. Nak jadi cerita, rakan baik mereka terbunuh dalam kemalangan udara. Bagai biasa, kerajaan dan menteri berkaitan menuduh rakan mereka yang memandu pesawat berkenaan yang menyebabkan kemalangan itu. Padahal, pesawat itu hakikatnya adalah keranda terbang akibat rasuah si menteri pertahanan.

Pelajar-pelajar universiti tersebut lalu mengambil tindalan berani membunuh menteri rasuah itu. Bukan itu sahaja, mereka kemudiannya menawan stesen radio untuk mengumumkan tindakan mereka membunuh menteri itu. Saksikan bahagian-bahagian akhirnya di bahagian 17, bahagian 18 dan bahagian 19. Inspirational!

Sambil itu, jangan lupa negara kita berada pada kedudukan terburuk Indeks Prestasi Rasuah (CPI) sejak 2001. 4.4 mata adalah yang terburuk bagi Malaysia dalam CPI.

Oleh kerana filem itu adalah mengenai rasuah menteri pertahanan, jangan lupa juga pelbagai tuduhan rasuah dalam pelbagai urusniaga Kementerian Pertahanan negara ini, sebahagian besarnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Walaupun tidak mudah untuk dibuktikan, tidak mudah juga bagi Najib dan macai-macainya hendak menafikannya tanpa sebarang keraguan lagi.

Jangan lupa juga bahawa Umno disebut sudah menjadi parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak kata parti lain bagus sangat. Semuanya bukan sahaja berpenyakit malah sedang menternak penyakit. Tetapi, Umnolah yang paling buruk hingga Dr Mahathir sendiri mengakui Umno sudah busuk hingga ke usus atau rotten to the core (image courtesy of The Bollywood Fan).
Read On 18 comments

Tak payahlah guna raja untuk menang pilihan raya

Saya sangat gembira dengan berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Pengelola: Tiada program Sultan Kelantan di Galas" (imej di sebelah ihsan Malaysiakini). Saya gembira kerana saya meluat habis dengan perbuatan guna raja untuk kepentingan parti politik. Sambil tidak menafikan raja juga ada kecenderungan politik, parti politik meminta mandat dari rakyat. Apa kena mengena dengan sokongan raja?

Cukuplah Umno yang menggunakan istana sebagai kubu terakhirnya apabila kalah dan tidak memerintah dalam sesuatu negeri. Parti-parti lain tak payahlah buat kerja bodoh tu.

Saya berkata demikian kerana di Kedah, ada dakwaan bahawa Exco tertentu ditugaskan main golf dengan sultan sebagai kerja rasmi. Setahu saya, Sultan Kedah tahu bidang tugasnya. Di samping Sultan Terengganu yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah adalah salah seorang dari tiga raja yang masih ada perasaan hormat di hati saya terhadap mereka - setakat ini. Oleh kerana Sultan Kedah tak pernah melampaui bidang tugasnya, tak payahlah nak bodek lebih-lebih sampai main golf dengan dia pun jadi tugas rasmi.

Saya teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu, "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) tak main golf pun semua raja takut kat dia".

Sebagai parti yang menawarkan alternatif kepada Umno, tugas PAS ialah membuktikan kepada rakyat bahawa ia lebih baik dari Umno. Berkempenlah dengan cara yang meyakinkan rakyat bahawa Umno mempunyai penyakit yang lebih buruk dari PAS - walaupun sama-sama berpenyakit. Dengan cara itu, rakyat boleh memilih mana satu mudharat yang lebih ringan di antara PAS dan Umno.

Pandangan saya secara peribadi, PAS adalah mudharat yang lebih ringan dari Umno. Umno ni, seperti yang ditulis oleh Dr Mahathir sendiri, dah busuk hingga ke usus (rotten to the core atau dah buruk habis).

Antara yang menarik hati saya hari ini:
Timbalan Presiden PKR: Zaid dahului (Eureka 29/10/10)
Halt PKR election 2010 immediately (Eureka 29/10/10)
Gambar PRK Galas (Khalid Abdul Samad 29/10/10)
A reply to Tun Mahathir's atrocious blog post (Bloggers Report 29/10/10)
Umno Farid pandai main fitnah - LGE (Nik Hassan Azmi 29/10/10)
Adakah SPRM dikekang melalui tangan ghaib? (CPI 29/10/10)
The Realmild Story: Umno the owner? (Din Merican 29/10/10)
Ahmadinejad Main Futsal (Faisal Tehrani 29/10/10)
Malaysia’s culture of political and social oppression (Nurul Izzah Anwar 29/10/10)
Lagi peneroka saman Felda (Selamatkan Pahang 29/10/10)
Empat cara kuburkan kuasa Umno (Briged MP Segambut 29/10/10)
Rosmah guna duit Permata anjur Sidang Wanita Pertama? (Dr Abdul Wahab Arbain 29/10/10)
Read On 4 comments

DAP adalah nyawa berharga Umno untuk terus merembat hak rakyat

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan Malaysia berada pada paras terburuk sejak 2001. Belum pernah negara ini dapat 4.4 mata. Untuk makluman, 0 mata diberikan kepada yang paling rasuah manakala 10 mata diberikan kepada yang paling tidak rasuah. Memanglah, apa yang berlaku itu tidak menghairankan kerana negara ini diperintah oleh Umno. Umno pula sudah jadi parti perasuah, kata bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, kerajaan Umno sikit pun tak bimbang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala kata perkara itu tidak perlu dilihat sebagai perkembangan negatif.

Dan insya Allah, perkara itu tak akan jadi kudis kepada Umno. Umno akan tetap selamat. Umno boleh buat apa sahaja, mentedarah rasuah, jadi dalang hab jalang, pelingkup masa depan ekonomi negara melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), tibai duit rakyat untuk puaskan nafsu termasuk ubahsuai mahligai Perdana Menteri sehingga RM65 juta - anda boleh senaraikan panjang-panjang segala buruk kelaku Umno.

Umno boleh buat apa sahaja, Umno boleh tipu orang-orang Melayu sepuas-puas nafsunya, Umno boleh bunuh orang-orang Melayu Islam seperti yang dilakukannya di Memali, buatlah apa sahaja, ia akan terus berkuasa kerana nyawa berharganya sentiasa ada. DAP sentiasa ada untuk menyambung kebuasan kuasa Umno.

Apabila orang-orang Melayu tiba-tiba jadi sedar diri dan mahu melawan Umno, parti itu akan cepat-cepat memberi amaran, "jangan lawan kami, nanti DAP akan perintah! Habis orang-orang Melayu!"

DAP sentiasa menjadi alasan yang sangat convenient dan tersedia kepada Umno. Orang Melayu pula dengan manja merelakan diri mereka diperbodohkan Umno. Sebab itulah ada pemimpin Umno yang berani menyatakan mereka tidak perlu lagi undi orang-orang Cina dan India. Umno terlalu yakin bahawa ia telah berjaya memperbodohkan kira-kira 70 peratus orang Melayu untuk menyambung kesedapannya merembat harta rakyat.

Walaupun paling banyak DAP akan mendapat kira-kira 40 kerusi sahaja, parti itu tetap dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu. Seolah-olah semua orang Melayu dalam negara ini akan sua tengkuk untuk diperkudakan oleh DAP jika ia menang kira-kira 40 kerusi tersebut.

Ketika dewa sembahan jiwa 'asabiyyah orang-orang Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kian galak menggadaikan maruah dan hak negara kepada Singapura yang dikuasai PAP, sampai bilakah orang-orang Melayu mahu membiarkan Umno yang menjadi pak yet dan boneka PAP di negara ini menjadikan DAP sebagai nyawa berharganya untuk meneruskan kuasa jahat dan merembat apa sahaja yang boleh dirembat dalam negara ini?
Read On 20 comments

Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?

Kain rentang kata, "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Kain rentang juga menyiarkan keratan laporan akhbar tentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Amat menarik apabila kain rentang itu bercakap dengan bahasa yang sama yang dicakapkan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan pilihan raya umum 2008 hakikatnya adalah hasil pengkhianatan Umno ke atas orang-orang Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

"Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Fine.

Saya juga ingin bertanya, kenapa berkawan dan sokong MCA yang membantah hukum hudud? MCA tidak harbi?

Lebih dari itu, kenapa junjung dan ampu sakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin? Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Najib kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"?

Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 Najib juga kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu"?

Kenapa sokong Umno sedangkan Perdana Menteri dari Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"? Amaran itu masih belum ditarik balik oleh kerajaan Umno hingga sekarang.

Saya tak marah MCA membantah hudud. Mereka bukan orang Islam. Tetapi, mengapa yang mengaku Islam menolak hudud? Kalau tak nak hudud PAS, mana hudud Umno?

PAS cakap saja nak buat hudud, tapi tak buat pun? Kurang-kurang pun PAS tak hina hukum Islam seperti Najib, si Presiden Umno yang menghina undang-undang Islam.
Read On 27 comments

Syurga rasuah antara gemerlapan Patpong Malaysia

Malaysia menyinar lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Kali ini, pencapaian paling hebat sepanjang sejarah dengan 4.4 mata (lihat FMT hari ini "Corruption index score down the chute"). Yang paling korup dapat kosong mata. Yang paling tidak korup dapat 10 mata. Dengan 4.4 mata yang diperolehi oleh Malaysia, ia bukan sahaja pencapaian terbaik negara yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) ini sejak CPI diperkenalkan, malah ia mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai syurga rasuah.

Bravo!

Saya teringat perbualan dengan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim ketika bertemu beliau waktu minum-minum selepas pertemuan penulis-penulis pro-pembangkang dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) satu masa dulu. Beliau pada masa itu adalah Naib Pengerusi Suhakam.

Satu sifat orang tua-tua ialah depa suka bersembang cerita-cerita lama. Banyak sejarah hidupnya yang diceritakan kepada kami yang ternganga-nganga seronok dan minat sangat dengan cerita-ceritanya. Antara yang diceritakannya ialah pengalamannya menerajui Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada tahun 1967, Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR yang pertama.

Harun menceritakan, waktu beliau menjadi Ketua Pengarah BPR, sebelum tindakan diambil ke atas orang-orang besar, beliau biasanya memberitahu terlebih dahulu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Harun mengajuk kata-kata Tunku kepadanya ketika bercerita kepada kami, "Hang tunggu aku aku pi luaq negeri dulu".

Bila kami tanya kenapa Tunku kata begitu, Harun beritahu, "Dia tak nak nanti isteri orang besar yang nak diambil tindakan itu datang mengadu dan menangis-nangis kat dia. Tu sebab dia suruh tunggu dia pergi oversea dulu".

Itu dulu.

Sekarang, boleh jadi apa yang ditulis oleh Terence Fernandez dalam tulisan "Will our graft busters go the distance?" (komen-komen di sini) boleh menerangkan banyak perkara:
Last Thursday, the courts in Shah Alam and Kajang were all abuzz that there would be more VIPs reined in over the PKFZ fiasco and another case in Selangor. But reporters were left disappointed when no one turned up.

What went down for sure, according to our sources, is that frantic phone calls and horse-trading were the order of the day.

There is no evidence to show that the perpetrators will be let off. But what is certain is that the phone calls bought a little time. For what one is unsure. It is perhaps, as some speculate, to destroy evidence or to effect a plea bargain to give up bigger fish.
Kepada saya, rakyat mesti diyakinkan, selagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen dan terus berada di bawah telunjuk Perdana Menteri, tak kira dari parti mana pun, selagi itulah rasuah bermaharajalela. Tak payah terkejutlah kalau Malaysia terus memperbaiki kedudukannya dalam CPI. Lepas ini mungkin 3.3 pula. Maklumlah, 4.4 dah capai.

Dan, tak payah nak terkejutlah kalau selepas ini rasuah betina juga semakin menjadi-jadi. Maklumlah, di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), kehidupan malam di negara ini akan lebih bergemerlapan dan akan lebih meransang sehebat Patpong (lihat Malaysiakini hari ini "ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina". Imej di atas ihsan Malaysiakini).
Read On 8 comments

Ku Li tawarkan yang busuk dan jijik kepada orang Galas

Masa mula-mula baca berita Malaysian Insider bertajuk 12/10/10 "Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", ada terlintas dalam hati saya nak tulis bahawa Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan parti yang dia rasa susah dah nak diperbaiki kepada para pengundi dalam pilihan raya kecil Galas. Ia tak ubah seperti mempelawa orang Galas makan nasi yang bukan sahaja dah berkulat, tetapi dah busuk berulat. Saya sebut busuk berulat sebab teringat Tun Dr Mahathir Mohamad tulis dalam blog dia bahawa Umno dah busuk hingga ke usus.

Antara lain, reform dimaknakan sebagai a change for the better, an improvement, correction of evils, abuses, or errors. Maksudnya berubah ke arah yang lebih baik, memperbaiki, melakukan pembetulan ke atas kedurjanaan, penyalahgunaan atau kesalahan.

Kenyataan Razaleigh tersebut dengan sendirinya memberi gambaran bahawa Umno sudah sampai ke peringkat dah terlalu susah nak diubah ke arah yang lebih baik atau tidak boleh diperbaiki. Kedurjanaan, penyalahgunaan kuasa dan kesalahan Umno sudah ke peringkat tidak boleh diperbetulkan lagi. Beyond repair.

Razaleigh juga menyatakan Umno dipandang jijik, korup, angkuh, elitis, mengamalkan kronisme dan menyalahgunakan kuasa. Para pemimpin Umno bukan setakat menyalahgunakan kuasa terhadap kita, rakyat, malah ke atas sesama sendiri pun kuasa disalahgunakan. Cerita di sebalik liputan muka depan Malay Mail di bawah mungkin salah satu contohnya.

Berkaitan:
MPs want MCMC to clarify (Datuk Ahirudin Attan 25/10/10)

Read On 2 comments

Petisyen mansuhkan menara bagak 100 tingkat

Anda sudah tandatangani petisyen menuntut dimansuhkan cadangan membina menara bagak 100 tingkat di kawsan berdekatan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur? Kalau belum, sila tandatangani di sini.

Hari ini, memang mereka kata kosnya adalah RM5 bilion. Tetapi bagai biasa, kosnya dijangka mencanak hingga RM10 bilion. Macam-macamlah alasan depa nak merembat duit Permodalan Nasional Berhad (PNB). Konon duit rakyat yang melabur tak akan diusik sikit pun. Boleh percaya ka?

Anda tahu tak, kalau melalui tender terbuka, kos membuat sebuah politeknik ialah kira-kira RM100 juta manakala kos untuk membuat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula kira-kira RM36 juta. Maknanya dengan RM5 bilion itu atau boleh buat 50 politeknik atau kira-kira 142 MRSM untuk kepentingan rakyat. Tolong bagi tau orang Galas mengenai perkara ini.

Persoalannya, kenapa mereka gian sangat nak rembat sebanyak-banyak duit rakyat dengan bertopengkan pelbagai projek bagak atau projek mega? Ingatlah, kalau berhutang pun, rakyat juga yang kena tanggung termasuk anak cucu kita yang tak tau apa-apa.
Read On 23 comments

Masa depan Melayu bukan di tangan proksi Rosmah!

Jaga-jaga! Jangan dok buat tak tentu hala! Umno tengah dok rasa dia kuat sangat ni. Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pun dok rasa ucapan penggulungan proksi Datin Seri Rosmah Mansor selaku presiden parti membangkitkan semangat Umno. Wow!

Jangan cari fasal, orang-orang Umno yang baru balik dari perhimpunan agung mereka tu macam-macam budak-budak belasan tahun yang baru keluar panggung wayang selepas tengok cerita Bruce Lee. Dek kerana menonton cerita Bruce Lee dengan penuh perasaan, budak-budak tu keluar panggung wayang dengan membajet diri mereka penuh macho, penuh gagah sebab depa dok perasan depa pun kuat macam Bruce Lee jugak. Tu dia!

Begitulah juga orang-orang Umno yang baru keluar dari dewan perhimpunan depa tu.

Yang nak tergelaknya ialah apabila proksi Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak repair balik ucapan dia semasa menyampaikan ucapan dasar dalam ucapan penggulungannya tadi. Kenyataan beliau dalam ucapan dasar itu dengan sendirinya membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk menghambat Umno dari terus merembat harta negara untuk kepentingan sendiri dengan menyalahgunakan kuasa yang kian menyebabkan ia mabuk dan gila.

Kerana terlajak cakap, proksi Rosmah mungkin kena hentam di belakang tabir oleh-orang Umno bila dia kata hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan. Dalam ucapan penggulungannya tadi, proksi Rosmah jadi histeria dalam usahanya nak repair kenyataannya dalam ucapan dasarnya Khamis lalu.

Malangnya, walaupun jenuh memutarkan lidahnya, usaha proksi Rosmah nak repair ucapannya sebelum itu langsung tidak meyakinkan. Dia tak boleh buat apa-apa lagi dah. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa Umno tidak relevan malah tidak diperlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu.

Apa perlunya Umno jika hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan? Tak perlu, tak perlu, tak perlu! Sudahlah, tak perlu lagi Umno menjadi timbunan sampah yang menghalang usaha memerdekakan orang-orang Melayu dari cengkaman para pemimpin parti perasuah itu.

Umno mesti dihambat oleh rakyat dari tampuk kuasa kerana parti itu sudah ke peringkat beyond repair. Hakikat bahawa parti perasuah itu tak boleh diperbaiki lagi awal-awal telah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam berita bertajuk "Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", Malaysian Insider 12/10/10 melaporkan:
Tengku Razaleigh Hamzah yesterday shot down any chances of Umno reforming itself during its upcoming annual general assembly, amid his sudden popularity within the party recently.
Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan apa-apa perubahan besar pada perhimpunan agung Umno kali ini, Razaleigh dengan jelas memberikan undi tak percayanya apabila berkata:
"Ia akan sama sahaja. Akan ada perbahasan dan disusuli dengan gelak ketawa. Saya tidak melihat akan ada apa-apa kelainan".
Kalau Umno pun tak boleh direformasi atau dilakukan perbaikan oleh Najib, tidak ada jaminan langsung proksi Rosmah itu boleh mentransformasikan negara ini.

Orang-orang Melayu makin hari makin ramai yang meluat sangat dah melihat proksi Rosmah di tampuk kuasa. Masa depan orang-orang Melayu bukan di tangan Najib dan Umno yang nampak sangat menjadi proksi Rosmah terutama dalam Belanjawan 2011 yang dibentang baru-baru ini. Dengan memanfaatkan apa yang dah terkunci kemas dalam perlembagaan, masa depan orang-orang Melayu di tangan Allah s.w.t.

Bukan Umno, sama sekali bukan, tetapi keimanan yang tinggi kepada Allah dan tahap keilmuan serta kemahiran yang tinggi yang boleh meneguhkan langkah orang-orang Melayu di masa hadapan sekaligus mengangkat harkat dan martabat mereka.

Memang, hilang sokongan Melayu yang diperbodohkan, hilanglah Umno! Hancur Umno!

Berkaitan:
Penindasan terhadap orang-orang Melayu di PWTC (Aduka Taruna 24/10/10)
Amanat Presiden 2010- whats new pussycat, whoa, whoa, whoa (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 23/10/10)
Adakah CIA dan AS juga akan pertahan Putrajaya untuk Umno-BN? (Misai Merah 23/10/10)
Only Umno can protect Malay rights, says Najib (Malaysian Insider 23/10/10)
Ringkasnya, tutup cerita Perlembagaan, UMNO pertahan kuasa (Merdeka Review 23/10/10)
Umno has failed the poor Malays (Malaysiakini 24/10/10)
An inconvenient truth: Meritocracy scares the poor (Malaysiakini 24/10/10)
Umno assembly sticks to Malay agenda over 1 Malaysia (Malaysian Insider 24/10/10)
2011 sama penting buat Najib, antara PRU-13 dan pemilihan Umno (Malaysian Insider 24/10/10)

Read On 20 comments

Ulama yang lebih hina dari taik babi

Tau dak ulama mana yang lebih jijik dari taik babi? Ia adalah ulama jahat yang memutarbelitkan hukum agama atau memutarbelitkan fakta dengan tujuan untuk memperbodohkan masyarakat demi kepentingan jahat tuan yang mempecacaikannya. Saya maksudkan semua ulama yang melakukan kejahatan sedemikian atau seumpamanya - tak kira dari parti mana pun. Bila mereka melakukan perbuatan yang disebutkan itu, mereka lebih jijik dari tahi babi. Kalaulah kiranya berlaku mana-mana ulama PAS menghalalkan rasuah dan dimurnikan pula rasuah itu dengan nama infak di jalan Allah s.w.t. demi kepentingan perjuangan Islam (contohnya membeli pejabat parti), ulama itu juga lebih jijik dari taik babi. Malah lebih jijik lagi sebab dia bercakap tentang memperjuangkan Islam.

Anda bayangkanlah sendiri betapa jijiknya tahi babi sedangkan babi itu sendiri pun diklasifikasikan dalam hukum agama sebagai najis mughallazah.

Ketika mempertahankan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam Festival Busana Islam (IFF), itu Fathul Bari Mat Jahya kata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu isteri Perdana Menteri itu tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya (lihat Malaysiakini hari ini "IFF: Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang").

Logik akal kontot yang dia gunakan bukan sahaja menyesatkan dirinya yang mungkin dah jauh tersesat malah boleh menyesatkan orang lain juga. Adakah apabila perbuatan menghina Islam dianjurkan, penganjur sahaja yang salah? Penaung kepada penganjuran kejahatan menghina Islam itu tak salah sepenuhnya? Menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya?!! Punya nak jadi pecacai Umno, fakta pun diputarbelitkan.

Saya teringat apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Berkaitan:
Festival Busana Muslim: Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang (Free Malaysia Today 23/10/10)
Isu fesyen: Ulama muda sertai Umno Jun lalu pertahan isteri Najib (Malaysian Insider 23/10/10)
Komentar terhadap Fathul Bari (Al-Bakistani 24/10/10)
Read On 38 comments

Hak Melayu terjamin tanpa Umno, hak Rosmah yang tak terkunci kemas

Dalam ucapan dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bertentangan dengan jerit pekik pak yet-pak yetnya di dalam Umno dan Perkasa, apa yang tersirat dengan begitu terang dan jelas dalam ucapan Najib itu ialah hakikat bahawa Umno tidak lagi relevan dan tak diperlukan sama sekali untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu. Sebab itulah Presiden Umno itu kata, "sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung".

Ucapan Najib itu dengan sendirinya menjelaskan kepada kita bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno kini hakikatnya bukanlah hak-hak istimewa orang Melayu yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya hak istimewa Umno. Hak istimewa Umno tidak terkunci kemas dan sebab itulah parti itu mesti menjadi ganas untuk mempertahankannya.

Antara hak istimewa Umno ialah hak Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi Perdana Menteri de facto ketika Najib dilihat tidak lebih dari de jure Prime Minister sahaja, hak untuk menjadi parti perasuah, hak untuk membantai kekayaan negara termasuk melalui projek-projek yang tiris sana-sini, hak untuk menyalahgunakan kuasa, hak untuk merampas tanah rezab Melayu sehingga tinggal 1.7 hektar sahaja dalam laporan 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar ketika negara mencapai kemerdekaan, hak untuk mencantas-cantas dan mengkudungkan kuasa politik Melayu seperti yang dilakukannya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, hak untuk merentap bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, hak untuk merembat saham Bumiputera, hak para pemimpin Umno untuk membina istana mewah demi istana mewah untuk diri mereka, hak para pemimpin Umno untuk meneruskan hobi memperbanyakkan koleksi kereta mewah dan pelbagai hak rakyat yang dirampas secara kurang ajar oleh Umno.

Kesemua hak Umno itu tidak terkunci kemas dan sebab itulah Najib menyalak macam orang gila:
Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Tak payah cakap besarlah, Najib. Sejarah di mana-mana pun membuktikan apabila bangkit kuasa rakyat, para pemimpin yang jahat awal-awal lagi cabut lari ke luar negara membawa harta kekayaan yang mereka rompak. Yang tinggal ternganga-nganga ialah pak yet-pak yet mereka yang tak serik-serik ditipu.

Tok sah cakap banyaklah Najib, puak mana yang banyak membawa lari wang ke luar negara sekarang melalui sistem hawala yang sebahagian besarnya dikuasai Mamak-Mamak money changer? Capital flight yang dikatakan mencanak sampai RM11 bilion itu duit siapa yang dibawa keluar sebenarnya?

Pak yet-pak yet Umno tau ka?

Read On 9 comments

Najib mengisyaratkan pertumpahan darah?

Dalam liputan bertajuk "Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan" yang menyiarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Malaysiakini hari ini memetik:
Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Saya teringat tindakan Dewan Rakyat yang menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila menolak soalan mengenai pembelian senjata dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara yang dikaitkan dengan Pemuda Umno.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan menghalalkan pembelian berjuta-juta senapang dan berpuluh-puluh ribu pistol, senapang submarine dan stand granite dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos dan butir-butir sepenuhnya serta hubungannya dengan latihan separa tentera Pemuda Umno.

Bagi Lim, jawapan bagi soalan tersebut adalah sangat penting.

"Ini adalah sangat mustahak oleh kerana sama ada benar muncul satu para military outfit dan disokong oleh kerajaan atau Mindef (Kementerian Pertahanan) secara tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang.

"Parlimen patut tahu supaya semua perkara boleh diambil perhatian," katanya.

Tindakan Dewan Rakyat menolak soalan itu menimbulkan persoalan adakah penolakan itu berpunca dari keengganan Najib menjawabnya. Jika benar Perdana Menteri enggan menjawabnya, ia menimbulkan tanda tanya mengapa beliau enggan menjawabnya.

Jika soalan yang dikemukakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu tidak benar dan tidak mempunyai asas sama sekali, tidak ada sebab mengapa soalan itu patut ditolak. Tindakan itu juga dengan sendirinya menimbulkan kecurigaan terhadap Perdana Menteri yang dilihat enggan bersikap telus untuk menjawab soalan tersebut.

Berkaitan:
Hidup Umno! Hidup Melayu! Lama-lama orang Melayu jadi 'kayu' (Misai Merah 21/10/10)
Read On 20 comments

Kalau tak reti-reti, jangan mimpilah nak ke Putrajaya

Di bawah ini, saya petik salah satu komen di bawah posting bertajuk "Umno-PAS: Divided we stand, united we fall". Saya juga email komen tersebut kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Saya harap anda juga tolong kirimkan komen di bawah kepada para pemimpin PR yang anda kenal:
Bukan sahaja Melayu Umno kat kampung dah mula merungut, orang biasa terutama peniaga-peniaga kecil dan sederhana, dah lama merasakan peritnya ekonomi negara akibat kenaikan minyak dan barang-barang keperluan hari-hari. Kesengsaraan dan penderitaan rakyat inilah sewajarnya dibela oleh Pakatan Rakyat untuk memenangi hati dan minda pengundi. Dengan pengumuman Belanjawan Bangunan 100 tingkat tu, dengan tidak adanya bonus bagi kaki tangan awam dan dengan borosnya Rosmah berbelanja - semua ini boleh dijadikan bahan untuk membuka mata dan hati pengundi.

Malangnya bahan-bahan bernilai ini tidak dimanafaatkan oleh Pakatan Rakyat sebaliknya buat kerja-kerja yang tak berfaedah - Pemimpin PKR sibuk berperang untuk jawatan tinggi, Geng UG dalam PAS masih nak tidur sebantal dengan Umno, Karpal dalam DAP tak sudah-sudah dengan Anti-Islamnya walau pun pemimpin-pemimpin muda DAP lebih liberal dan tenang - semua kerja-kerja penghalang ni, menjadikan Pakatan Rakyat hilang focus dan tumpuan untuk ke Putrajaya. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat: Rasa dan dengarlah denyutan nadi dan hati rakyat, selalulah turun padang, pengundi tu adalah pelanggan hampa, mereka raja. Jika hampa masih tak faham ni, jangan mimpilah nak ke Putrajaya.
Read On 10 comments

Umno-PAS: Divided we stand, united we fall

Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita bertajuk "Khairy: Tak mungkin, lupakan saja perpaduan Melayu Umno-PAS". Sebagai rakyat yang benci kepada usaha perpaduan yang objektif perdananya hanyalah untuk memastikan Umno terus melekat di tampuk kuasa, kata-kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) itu tidaklah menghantar kelegaan ke dalam hati saya.

Semua orang tahu KJ adalah sasaran kebencian sebahagian besar ahli dan penyokong Umno. Rasanya, tidaklah melampau kalau saya katakan KJ lebih mereka benci dari Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook.

KJ dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dituduh sebagai pemusnah Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa sahaja bala bencana yang terhempas ke atas kepala batu Umno, hanya Abdullah dan KJ sahaja yang salah. Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri tak salah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak salah, semua tak salah. Hanya Abdullah dan KJ sahaja yang salah, mungkin kerana semua anggota kabinet di zaman Abdullah hanya menjadi patung berhala sahaja untuk disembah oleh sentimen 'asabiyyah (menarik untuk dibaca posting Aspan Alias 19/10/10 "Siapa PM sebelum Pak Lah?")

Sebab itu, anggap sajalah kata-kata KJ hakikatnya adalah cakap-cakap tak laku.

Kepada saya, orang-orang Melayu tidaklah berpecah dalam semua perkara. Kecuali mereka yang tak waras dan tak rasional, Melayu yang tak nak Umno macam saya masih boleh minum sama-sama di restoran Mamak dengan Melayu Umno pekat yang darahnya cap keris (yang benci sangat kat saya dan tak nak minum dengan saya ialah segelintir Melayu PAS kerana saya selalu mengkritik pemimpin-pemimpin parti itu. Takkan nak minum dengan blogger celaka, fasiq, kafir dan Yahudi).

Sekadar menyebut beberapa perkara, Melayu masih boleh berkenduri-kendara bersama-sama, solat berjemaah bersama-sama, meraikan hari raya bersama-sama, menunaikan fardhu kifayah mengkebumikan jenazah bersama-sama, menziarahi yang sakit tak kira parti apa pun (walaupun saya tak ziarah, saya hantar SMS kepada Datuk Ibrahim Ali mendoakan beliau sihat), hentam Amerika Syarikat, sokong rakyat Palestin yang dijajah Zionis - Melayu masih bersama dan berpadu dalam banyak perkara.

Tetapi, dalam soal nak bersatu supaya Umno terus melekat di puncak kuasa - yang tu pi mampoih la! Kita berpisah habis-habisan dalam bab tu. Bab tu, saya lebih selesa berpegang kepada kata-kata Presiden Amerika yang ketiga, Thomas Jefferson dalam soal kebebasan beragama, "divided we stand, united we fall" (lihat suratnya di atas dan klik untuk besarkan).

Walau bagaimanapun, saya yakin jeritan-jeritan fasal perpaduan Melayu akan tetap terlolong-lolong dan melengking bagai anjing selagi masih wujud Melayu tak nak Umno - tak kiralah sama ada mereka Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP atau Melayu macam saya yang benci sangat kepada sikap 'asabiyyah orang-orang Melayu kepada pemimpin mereka tak kira parti apa pun (dalam PAS versi 'asabiyyah sebahagian ahli dan penyokongnya dihiaskan dengan istilah thiqah dan wala').

Jerit-pekik perpaduan Melayu yang matlamatnya untuk memastikan Umno memerintah sampai kiamat hanya akan berhenti apabila:

1. Majoriti besar orang Cina dan sebahagian orang India kembali menyokong Umno dan BN, contohnya seperti yang mereka lakukan dalam pilihan raya umum 1999 di mana mereka berjasa amat besar menyelamatkan kekuasaan Umno dan BN. Bila Cina dan India dah pakat-pakat sokong Umno dan BN, pada masa itu nilai PAS jauh lebih rendah dari nilai anjing kepala buruk di sisi Umno. Mungkin juga orang-orang PAS akan dibunuh lagi seperti yang berlaku di Memali dan Lubok Merbau, di mana mereka mereka dibunuh walaupun pada masa itu PAS tidak pun berkerjasama dengan DAP.

2. Seperti yang sebelum ini dilakukan oleh PBS (yang dimaki hamun dan diberitakan setiap hari sebagai pendakyah Kristian ketika ia menentang BN), DAP yang kini mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Cina duduk tak duduk menyertai BN kononnya "demi kepentingan pengundi-pengundi berbangsa Cina". Bila DAP menyertai BN, Umno yang kini menjadi pak yet atau boneka kerajaan PAP Singapura (apa yang boleh diserah kepada kerajaan PAP itu semuanya Umno nak serah) berpusing lebih dari 360 darjah dan terus memartabatkan DAP sebagai angel - walaupun kini ia dijadikan hantu yang mengancam Melayu. Bila DAP menyertai BN membawa majoriti orang-orang Cina yang menyokongnya dan menjadi pelacur Umno bersama-sama MCA dan Gerakan serta MIC yang menjadi pengemis Umno, tidak ada lagilah ulama PAS yang berkata "saya akan panggil Majlis Syura" untuk membincangkan "aspek yang amat merunsingkan saya dan orang-orang yang berfikir macam saya berfikir, iaitu, senario politik di tanah air sekarang ini, atau lebih senang, senario politik selepas pilihanraya 2008."

Maklumlah, DAP tidak lagi bahaya!

Berkaitan:
Kepentingan Melayu mana yang dijaga? (Dr Jeyakumar Devaraj 20/10/10)
Read On 12 comments

Orang PAS bodoh dan bacul sangatkah menghadapi DAP?

Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Tunggu tumbukan BN di PRU-13, Ku Nan beri Pakatan amaran".

Saya rasa, Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tak payahlah cakap nak tumbuk pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 nanti. Kalau betul SMS yang saya terima pada jam 11.29 malam tadi, anggota-anggota kelab pencinta Umno hakikatnya tak henti-henti menumbuk PAS dari dalam parti itu sendiri.

Mereka sedang giat menabur paku di atas jalan yang hendak dilalui rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno dan BN.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang didakwa dalam SMS itu. Mungkin bohong hidup-hidup. Tetapi untuk tujuan berwaspada (atau puak-puak yang haraki sakan sebut sebagai hazar), saya rasa bertanggungjawab menyiarkan kandungan SMS itu (saya tak edit sikit pun):
Salam. Pd 8.10.10 harun din hadir usrah 'doktrin' di rumah hasan ali. Yg terlibat dlm usrah adalah graduan master dan phd. Dlm usrah tsb, dia dakwa bahaya dap, dan ada cdgn supaya pas keluar pr dan menyendiri.
Saya harap apa yang didakwa dalam SMS itu tak benar. Jika benar, ia membuktikan anak-anak murid taksub kepada bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar masih lagi ligat dengan agenda mereka untuk mempertahankan pemerintahan Umno dan BN.

Kita tidak lupa sama sekali bagaimana idea mengenai kerajaan perpaduan disodok-sodokkan kepada kita. Tujuan muktamadnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan Umno dan BN terus berada di tampuk pemerintahan - tak kisahlah walaupun berkongsi dengan parti-parti yang selama ini menentangnya. Yang penting, Umno BN tetap melekat di tampuk pemerintahan.

Jika benar dakwaan dalam SMS itu, mengapa saya kata mereka sebenar berkhidmat untuk kepentingan Umno BN? Sifirnya amat mudah. Jika puak yang menentang Umno dan BN dipecah-pecahkan, yang akhirnya jadi pemenang dalam pilihan raya ialah Umno dan BN. Pada masa yang sama, puak yang membantu Umno BN di dalam pembangkang tidak boleh dituduh menjadi pecacai atau pak yet Umno BN. Mereka boleh kata, "Kamu tak nampakkah kami pun menentang Umno BN? Kami juga berhabis masa dan tenaga menentang Umno BN!"

Mereka ingat mereka licik. Tetapi, belang pengkhianatan mereka terhadap aspirasi rakyat yang mahu menamatkan kekejaman Umno BN amat mudah dilihat oleh hati yang tidak buta.

Malas nak cakap banyak dan saya ingin tanya, di antara DAP dan Umno, siapakah yang lebih mengancam orang-orang Melayu?
1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanta tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasah?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terjahat mereka terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya?

4. DAPkah yang kendurikan gitu-gitu sahaja RM50 bilion saham Bumiputera? Itu belum lagi kira market capitalisationnya.

5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang?

6. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

7. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan Lubok Merbau? (Kalau DAP yang jadi alasan, ketika orang-orang Melayu Islam itu dibunuh, mereka tidak pula berkawan dengan DAP pada masa itu)
Umno dengan bantuan penjilat-penjilatnya dalam kelab pencinta Umno di dalam PAS telah berjaya menjadikan DAP hantu yang ditakuti oleh orang-orang Melayu. Mereka sengaja mengetepikan hakikat bahawa paling tinggi pun DAP hanya boleh menang 40 kerusi sahaja dari 222 kerusi Parlimen.

Katakanlah Umno dan penjilat-penjilatnya dalam Kelab Pencinta Umno di dalam PAS berjaya menghalang DAP memenangi kesemua kerusi itu, adakah PAS atau Umno yang akan menang? Bukankah kalau bukan DAP yang menang, MCA atau Gerakan atau MIClah yang menang?

Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan? Tidak cukupkah pelbagai khabar yang kita dengar tentang Tan Sri Dr Fong Chan Onn ketika beliau menerajui Kementerian Sumber Manusia? Menteri-menteri Umno sendiri yang mengadu kepada beberapa wakil rakyat PAS. Cukuplah dua contoh itu.

Puak-puak yang tak henti-henti bubuh paku di atas jalan rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno BN dari tampuk kuasa selalu mendakwa 40 Ahli Parlimen DAP itu akan berkuasa ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Semua Ahli Parlimen PR yang lain akan jadi boneka 40 Ahli Parlimen DAP itu.

Awatnya? Hampa bodoh sangatkah sampai boleh dijadikan lembu kerbau DAP? Itu satu. Kedua, kalau dah memang hampa bodoh sangat-sangat, adakah bodoh sangat-sangat hampa tu boleh dipagari dan disembunyikan dengan mengambil tindakan menyendiri dan keluar dari PR? Kalau memang dah bodoh terlampau, tak duduk dalam PR pun DAP boleh jadikan kerbau lembu dia.

Saya teringat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang terkenal sakan dengan rungutan-rungutan kononnya dipinggirkan oleh DAP dan PKR, termasuk khabarnya merungut dalam mesyuarat-mesyuarat dan pertemuan-pertemuan PAS (saya dengar rakaman rungutannya dalam salah satu pertemuan PAS). Kalau benar perkara itu berlaku, ia dengan terang dan jelas menunjukkan Dr Hassan sendiri yang tidak cekap dan tidak cerdik (saya tak nak la kata bodoh, takut nanti menggelejat dan histeria pula penyokong-penyokong dia).

Orang cekap dan cerdik tak mudah untuk dipinggirkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Teresa Kok atau Ronnie Liu, kalau benar perkara itu berlaku. Orang cerdik biasanya sangat cekap untuk position diri dia walaupun dalam mesyuarat yang hostile terhadapnya - kalau benar PKR dan DAP bersikap hostile terhadap Dr Hassan.

Persoalannya, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, mengapa ulama yang sering melaung-laungkan kalimah Ummatan Wasatan itu tidak mengemukakan pilihan yang lebih bersifat wasatiyyah? Wasatiyyah bukan bererti menyerah kalah.

Kalau takut sangat 40 Ahli Parlimen DAP (katakan DAP menang 40 kerusi) menjadikan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain sebagai kerbau lembu mereka, mengapa tak jalankan usaha-usaha untuk mempersiapkan PAS dengan bakal-bakal calon yang cerdik dan cekap dan tak mungkin mampu dipinggirkan atau dijadikan kerbau lembu DAP?

Atau, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, adakah ulama itu sebenarnya memberikan undi tak percaya kepada kemampuan dan ketegasan calon-calon yang bakal dikemukakan oleh PAS dalam pilihan raya umum nanti? Awatnya, PAS nak calonkan mereka yang bodoh-bodoh dan bangang-bangang ka?

Atau, adakah orang-orang PAS bodoh dan bacul sangat nak hadapi DAP atau PKR?
Read On 50 comments

PR dah sedia hadapi pilihan raya umum?

Berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13" melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.

Ramai yang tak terkejut. Dan selepas ini, saya rasa ramai juga yang tak terkejut jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan beberapa projek gila seperti Warisan Merdeka yang saya rasa akan jadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia - sama seperti kerajaan menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kesekian kalinya sebelum ini.

Selepas itu, dalam gendang pilihan raya mereka, pak yet-pak yet Najib dan Umno akan menyalak sampai terkeluar anak rengkung dan mendakwa "inilah kerajaan yang pro-rakyat".

Bila Umno dan Barisan Nasional (BN) menang lagi pilihan raya dan terus memerintah, GST pun akan dihempuk atas kepala kita, subsidi akan direntap dengan lebih bengis, harga barang akan mengamuk sakan, tugu-tugu rasuah mencanak-canak naik untuk dijadikan pusat-pusat penternakan jin dan tambahlah sendiri apa lagi agenda mereka untuk menyembelih rakyat.

Memang, dalam menghadapi pilihan raya, saya tidak nampak walau satu parti pun yang tidak berpenyakit dalam negara ini. Semua parti ada penyakit masing-masing. Tetapi, saya yakin rakyat yang waras dan berakal tidak akan pilih parti yang sah-sah tidak boleh diubati lagi, iaitu Umno dan BN.

Masalahnya, saya melihat apa yang orang dakwa pernah berlaku di Terengganu dulu sedang berulang semula kini kepada hampir semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara. Di Terengganu, orang mendakwa kemenangan 1999 menyebabkan orang-orang PAS kelihatan begitu asyik maksyuk dan tak habis-habis menikmati bulan madu hinggalah ke tahun 2004. Akhirnya, bila penyakit gila Pak Lah melanda rakyat Malaysia, PAS dihambat dari kekuasaan oleh undi rakyat Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Memang boleh menjerit-jerit fasal pengundi hantu dan apa saja yang mahu dijeritkan. Yang tak boleh diubah lagi ialah hakikat bahawa PAS kalah di Terengganu dan sesetengah pihak mendakwa perkara itu berlaku kerana orang-orang PAS Terengganu ber"honey moon" tak habis-habis sampai 2004. Tak perlu diceritakan tentang dakwaan imej "gong" para pemimpin PAS di Terengganu. Tidak semestinya dakwaan-dakwaan itu benar, tetapi ia tetap berlegar-legar hingga kini dan kenyataan yang ada di hadapan kita ialah PAS kalah di Terengganu.

Ambil satu contoh sikap honey moon tak habis orang-orang PR kini - kesemua parti kecuali DAP tidak memperlihatkan kesungguhan mendaftarkan pengundi-pengundi baru (dalam PAS, saya dengar hanya satu negeri yang bersungguh-sungguh buat kerja tu). Umno dok pulun sakan.

Selain itu, ketika Umno berjaya memperdayakan orang-orang Melayu dengan perkauman sempit Melayu, sehingga kini kita tak dengar PR tampil dengan battle cry yang memikat imaginasi rakyat (capture the rakyat's imagination). Bila ada battle cry, ia bukan sahaja boleh membangkitkan rakyat malah boleh membentuk pemikiran mereka. Lihat saja kesan yang dibawa oleh tema Muktamar PAS 1984 "Menggempur Pemikiran 'Asabiyyah". Sampai ke hari ini tetap terasa kesannya.

Dalam menghadapi pilihan raya, kalau pun hendak dianggap ada slogan PAS yang paling memikat ialah apa yang kita lihat dan gunakan dalam tahun 1999 - "Dulu Umno sekarang PAS". Itu pun bukan strategis PAS yang reka. Hamdan Syarikat An-Nahli yang reka slogan itu untuk sticker yang dikeluarkannya. Lepas itu, bukan sahaja peniaga-peniaga lain tiru slogan itu, pemimpin PAS pun tiru dan boleh diangap jadi battle cry.

Tahun 2008, PR menang di banyak tempat bukan kerana depa bagus sangat atau kerana rakyat suka sangat kat depa. Depa menang kerana kami, rakyat, benci sangat-sangat kat Umno dan BN. Masalahnya, sampai bila PR nak bergantung nasib kepada kebencian kami terhadap Umno dan BN semata-mata?
Read On 12 comments

Kalau nak kata kempen Chegu Bard pun, ikut sukalah

Saya tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Saya tak berani nak kempen untuk dia. Namun, yang saya tertarik ialah apabila beliau menekankan:
Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak (lihat FMT 15/10/10 "Saya calon bebas dari tajaan sesiapa – Chegu Bard").
Saya juga membaca laporan beberapa media yang menggambarkan bahawa Chegu Bard bukanlah pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim, jauh lagi menjadi pak yet Azmin Ali. Mendengar pelbagai cerita tentang stail kepimpinan Anwar sejak saya menjadi ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi, saya yakin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sepatutnya dipimpin oleh orang yang tidak menjadi pak yet Anwar, jauh lagi menjadi pak yet Azmin atau tak henti-henti menerima wang belanja dari Azmin.

Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.

Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
...walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.

Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.

"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun".
Tetapi, saya berharap Chegu Bard akan membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Memang demokrasi, boleh menyatakan sokongan dan boleh berarak tetapi semua itu menunjukkan bahawa sungguhpun mendapat pencalonan tinggi, Azmin tidak akan membiarkan seinci ruangan untuk pencabarnya terus mencabarnya. Terus Azmin Ali melobi untuk jawatan. Sekarang dikatakan Shamsul Iskandar adalah wakil dia dalam pemuda. Mesej yang nampak ialah Badrul Hisham sepatutnya dikalahkan.

Ditanya lagi kepada salah seorang penyokong reformasi, ada satu jawapan yang paling nampak menarik. Katanya, biarkan PKR rasa apa yang mereka kutuk dulu, tidak lama lagi akan ada diktator, sama seperti tuduhan mereka terhadap Tun Mahahtir tapi nanti kita ada Azmin Ali.

Sempat juga saya berjumpa salah seorang penyokong Badrul Hisham Shahrin. Saya bertanya, CheguBard kan boleh buat “banner” dan ada ramai penyokong untuk berarak menunjukkan kekuatan kepada Azmin Ali, kenapa tidak buat? Jawapan yang diberi adalah seperti berikut, Bard kata ini adalah pencalonan dalam parti, tak perlu tunjuk force, kalau berjuang menentang Umno dan BN barulah kita all out. Chegu Bard, menurutnya lagi tidak mahu terpengaruh dengan cara politiking dalam PKR yang ada. Itu cara Umno.

Melihat senario ini saya amat percaya, percaturan Azmin Ali adalah untuk menolak Badrul Hisham yang tidak sehaluan dengan cara politik Azmin Ali. Azmin dikatakan mencaturkan kekalahan mereka yang tidak menyokong beliau tetapi arus menolak Azmin Ali semakin tinggi. Namun kekuatan asas termasuk kewangan dan kedudukan Azmin nampaknya akan menjadikan dirinya peneraju PKR dan seperti kata seorang pejuang reformasi – akan lahir satu lagi Dr Mahathir dalam PKR – Azmin Ali.
Berkaitan:
Kemana hilangnya “Generasi Reformasi?”
(Mat Saman Kati 18/10/10)
Sam diarah oleh Azmin untuk menentang kebangkitan Chegu Bard (Edyes 18/10/10)
Read On 9 comments

Mengapa rakyat dipaksa lawan Azmin dulu sebelum lawan Umno?

Mula-mula, dalam sorotan Malaysiakini bertajuk "Two cheers for Jeffery Kitingan", pagi tadi saya baca Terence Netto tulis seperti berikut:
Another episode, not exactly relevant but indicative of where power really resides, had to do with a meeting last Thursday of PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, Zaid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar and a representative of Selangor MB Khalid Ibrahim.

The meeting resolved that Nurul would go for the deputy president's post while Zaid and Khalid would withdraw from the contest. The consensus was to be confirmed by 5pm, the following day.

But when two of the attendees were incommunicado at the appointed time of confirmation, all bets were off and Zaid the following day accepted nominations for the post, Khalid withdrew and Nurul lowered her sights to contending for party veep.
Saya tak menolak kemungkinan apa yang ditulis itu benar. Tapi, saya malas nak beri perhatian sangat. Lepas tu, dalam sorotan The Star bertajuk "Anwar puts his foot down", saya baca pula Joceline Tan tulis seperti berikut:
PKR politician Datuk Zaid Ibrahim has always had this polished and casual chic kind of look. But the past few days have found him looking harassed and rather out of sorts, as though the world is slowly crumbling around his ears.

He cannot be blamed because he was almost “played out” by three ladies in a private home in Taman Tun Dr Ismail on Thursday.

During the meeting, the three ladies managed to elicit three promises from him: one, he would not contest the PKR No. 1 post; two, he would pull out from the No. 2 post; three, he would instead go for a vice-president post.

The three ladies were none other than PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, her daughter Nurul Izzah Anwar and political secretary to the Selangor Mentri Besar, Faekah Husin, whose petite frame belies her political cables in the party.

Zaid agreed to the proposals because he was told that Tan Sri Khalid Ibrahim would also quit the race and that Wan Azizah would persuade the other candidate Mustaffa Kamil Ayob to withdraw.

The idea was to pave the way for a face-off between Nurul Izzah and Azmin Ali. Both mother and daughter have very personal feelings about Azmin and they evidently felt that this would be the moment to take him on.

On Friday, Zaid and Nurul Izzah met again to discuss a joint press conference on Saturday where he would withdraw and she would confirm her candidacy. His only condition was that she should not quit midway.

But the press conference never took place, the three women went incommunicado, calls were not returned and SMSes went unanswered.

Zaid must have felt as if he was in one of those weird twilight zone movies – did the meeting actually take place or had he imagined all of it?

Well, it was definitely for real and when things went all silent on the other side, he dashed off e-mails to all those who had attended, confirming the discussion. Only Nurul Izzah acknowledged the e-mail.

Zaid was totally cheesed off and has since confirmed he is in the race against Azmin and Mustaffa. Khalid is staying out whereas Nurul is going for the vice-president post.

Datuk Seri Anwar Ibrahim apparently blew his top and put his foot down on the deal, despite the fact that his wife is his party president and his daughter is an MP in her own right.
Meskipun begitu, saya malas nak percaya lagi. Saya hubungi beberapa orang yang dekat dengan PKR dan Khalid. Mereka mengakui pertemuan dan persetujuan bersama yang ditulis dalam Malaysiakini dan The Star itu memang benar-benar berlaku.

Joceline ada memberi ulasan dari sudut pandangnya yang tersendiri. Saya tak nak ulas. Saya hanya tertanya-tanya. Saya kongsikan sebahagiannya di sini:
1. Setelah mencapai persetujuan dengan Zaid supaya hanya Nurul sahaja yang menentang Azmin Ali dalam pertandingan sebagai Timbalan Presiden PKR, mengapakah Dr Wan Azizah, Nurul dan Faekah yang dikatakan menjadi wakil Khalid dalam pertemuan itu memutuskan semua perhubungan dengan Zaid? Adakah mereka menerima tekanan?

2. Mengapa mereka kelihatan begitu takut dihubungi oleh Zaid yang kelihatan berusaha untuk memastikan persetujuan tersebut terlaksana? Siapa menakut-nakutkan mereka?

3. Kepentingan siapakah yang menghalang perlaksanaan persetujuan itu? Adakah ia kepentingan PKR? Adakah ia kepentingan rakyat yang mahukan perubahan politik yang bermakna dalam negara ini?

4. Ketika Nurul dilihat sangat berkemampuan untuk mengetepikan Azmin dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden PKR, jika benar berlaku tindakan memaksa, mengugut dan menakut-nakutkan beliau serta ibunya, adakah semua itu berlaku kerana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak boleh dihalang lagi kemenangannya? Adakah kerana dianggap sia-sia sahaja percubaan untuk menghalang kemenangannya seperti percubaan terdesak yang dilakukan untuk menghalang kemenangan Chegu Bard sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan sehingga Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa dan diheboh-hebohkan telah dipaksa membuat u turn oleh Azmin yang didakwa oleh beberapa penyokong tegar PKR sebagai paymasternya?

4. Mengapa Nurul tidak dibenarkan menghalang keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Timbalan Presiden PKR? Adakah tindakan itu merupakan tindakan yang pro-rakyat?

5. Jika benar persetujuan dalam pertemuan yang diinisiatifkan oleh Dr Wan Azizah dan Nurul itu dihalang serta menghadapi intimidation, adakah ia selaras dengan kenyataan Anwar yang menyatakan "biarlah beliau sendiri yang menentukan" (lihat Malaysiakini 14/10/10 "Timbalan PKR: Jangan perlekeh kemampuan Izzah")?

6. Jika benar tuduhan dan dakwaan bahawa Azmin memperalatkan Anwar untuk menghalang persetujuan dalam pertemuan yang diinisiatifkan oleh Dr Wan Azizah dan Nurul itu, mengapa Azmin terlalu berkuasa di dalam PKR? Benarkah dakwaan bahawa Azminlah yang sebenarnya paling berkuasa dalam PKR sehingga menggelisahkan Dr Wan Azizah dan anak-anaknya?

7. Mengapakah rakyat yang mahukan perubahan politik bermakna di dalam negara ini dibebankan dengan tugas untuk berlawan dengan Azmin terlebih dahulu sebelum berlawan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN)? Mengapa rakyat yang inginkan perubahan politik bermakna di negara ini diperlakukan sebegitu rupa? Sedangkan, ia sama sekali tidak adil kepada mereka ketika mereka merisikokan diri mereka berlawan dengan Umno dan BN.
Berkaitan:
Azmin sure to win with Anwar’s backing (Malaysian Insider 18/10/10)
Read On 22 comments

Pemilihan PKR: Khalid tawar hati kerana Anwar?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini kelihatan bersungguh-sungguh menawarkan dirinya untuk menjadi Timbalan Presiden PKR akhirnya menarik diri. Bukan setakat itu sahaja, beliau malah tidak menawarkan dirinya untuk bertanding apa-apa jawatan pun (lihat berita Malaysiakini 16/10/10 "Timbalan: Pertandingan 3 penjuru - Azmin, Zaid, Mus").

Apa yang menarik, ketika mengumumkan hasratnya dahulu, Khalid kelihatan disokong oleh kedua-dua puak sosialis dan Islamis. Saya kenal beberapa orang dari mereka dan saya menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang menarik.

Berita Malaysian Insider 16/10/10 bertajuk "Three-cornered fight for PKR’s No 2, Azizah wins unopposed" melaporkan:
Another favourite to contest the deputy president post Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim decided to pull out last night after discussion with senior party leaders.
Di belakang tabir, puak-puak sosialis dan Islamis yang sebelum ini kelihatan dah mula nak bersungguh-sungguh berkempen untuk Khalid mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor itu menarik diri kerana tak tahan dengan asakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dikatakan membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri memegang apa-apa jawatan apabila dia gagal menjawab soalan berbisa Anwar kepadanya. Khalid dikatakan hilang minat apabila Anwar didakwa menghenyak dirinya dengan soalan berikut:
"You nak bertanding (sebagai) timbalan, apa sumbangan you kepada parti?!!"
Read On 16 comments

Pusat penternakan jin dalam Belanjawan 2011

"Najib ni dah gila aku rasa".

Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.

Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.

"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.

Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".

Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!

Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...

Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.

Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia.

Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu.


Berkaitan:
PM's residence gets RM65 mil facelift (Malaysiakini 15/10/10)
Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat (Malaysiakini 15/10/10)
Budget 2011: Spend baby spend! (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 15/10/10)
Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat? (Reme Ahmad 15/10/10)
Burgeoning budget, mega-projects not a panacea (Malaysiakini 15/10/10)
Najib's Budget fails to impress entrepreneur (Malaysiakini 16/10/10)
And the verdict is… (Malaysian Insider 16/10/10)
Mega tower: It's Mahathirism all over again (Malaysiakini 16/10/10)
When Things Go Bang! (Hawkeye 16/10/10)
Kita jangan jadi 'Melayu Seluar Dalam' (Misai Merah 16/10/10)
Budget 2011: Operating Expenditure Explodes Again (Tony Pua 17/10/10)
A budget for big boys and civil servants (FMT 17/10/10)
'100-floors of wasted money' (FMT 17/10/10)
Excuse me, I have $$$ vertigo! (Masterwordsmith 17/10/10)
2011 budget fails to prop up NEM, ETP (Malaysiakini 18/10/10)
MIER disappointed by aspects of Budget 2011 (Malaysiakini 19/10/10)
In Budget, questions over reform commitment (Malaysian Insider 19/10/10)
The 2011 Budget (Syed Akbar Ali 19/10/10)
Najib and his Budget (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 19/10/10)
Mega-tower plan faces online backlash (FMT 19/10/10)
Read On 19 comments

PKR dan politik cap ayam (2)

Bagai dijangka, Azmin Ali pun menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari segi demokrasi, Azmin mempunyai hak yang tak boleh dipertikaikan untuk menawarkan dirinya. Dan, saya juga mempunyai hak dari segi demokrasi untuk merasa bimbang dan kecewa.

Memang, saya bukan ahli PKR. Orang boleh kata, saya sepatutnya tidak masuk campur urusan rumah tangga parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Kalau menggunakan cara berhujah seperti itu, orang juga boleh kata saya tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga PAS, Umno, DAP, mana-mana parti sekalipun. Memang, selalu saya ditempelak secara bergurau oleh orang-orang PAS termasuk beberapa pemimpinnya, "hang tok sah dok cakap banyaklah, bakaq. Hang tu bukannya ahli PAS pun".

Dari satu satu segi, memang betul saya tak patut masuk campur urusan rumah tangga mana-mana parti pun sebab saya tak jadi ahli mana-mana parti pun.

Tetapi, semua parti politik menawarkan diri untuk menjadi pemerintah negara ini, sama ada di dalam satu barisan atau di dalam satu pakatan. Bila depa jadi pemerintah, apa jua yang berlaku dalam parti-parti itu akhirnya akan terkena kepala kami, rakyat. Selain itu, mereka juga mencorakkan iklim politik negara ini. Apa jua iklim yang mereka corakkan, kesannya bukan takat kena kat depa ja. Kami, rakyat, pun akan kena juga.

Sebab itulah, sebagai rakyat, saya tulis tentang buruk kelaku semua parti. Bukan setakat saya dan keluarga saya kini, keturunan saya pun akan tinggal di negara ini. Takkan nak buat perangai lembu kenyang, buat tak tau ja bila ahli politik buat kelaku. Sedangkan buruk kelaku depa akan memberi kesan langsung kepada negara ini. Ah, lembu kenyang pun mengibas-ngibaskan ekornya menghalau lalat dan langau.

Dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Khalid, Nurul pull out of PKR's No 2 race", Azmin dipetik berkata:
I will work with honour and responsibility to until we reach Putrajaya.
Masya Allah! Bagi saya, reaching Putrajaya with Azmin is definitely the rakyat's nightmare.

Saya masih berkongsi pandangan dengan seorang aktivis Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan "Baik orang PKR pakar-pakat bagi jawatan tu kat (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo ja!" daripada memilih Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR.

Awat hang tak suka sangat Azmin tu, bakaq? Tak perlulah saya jadi histeria bantai Azmin. Cukuplah saya kata bahawa antara yang saya tidak puas hati ialah kelakunya yang berlagak bagak macam depalah bos besar sehingga melemparkan perkataan "jangan kurang ajar" kepada beberapa pemimpin PAS. Ketika beberapa pemimpin PAS berbeza pendirian dan menyatakan pandangan dan pendirian berbeza mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka disergah dengan kata-kata "jangan kurang ajar". Untuk mengetahui latar belakangnya, sila baca surat saya kepada Malaysiakini (18/7/06) "Apa hak Anwar marah pemimpin PAS?"

Kalau kawan-kawan yang boleh kita kata dalam satu rank pun (walaupun berlainan parti) dia boleh berlagak bagak lagu tu, apa jaminan dia boleh menyantuni kutu-kutu cikai macam aku ni?! Nanti sat, aku bukan suruh orang hormat kutu macam aku ni. Aku pun tak gila nak suruh orang buat lagu tu. But, please dont tell me to absorb such a pompous display of character.

Habis, hang sokong sapa, bakaq? Sambil tidak melupakan bahawa saya bukan ahli PKR dan tak boleh mengundi pun, demi mencari yang boleh diharapkan sikit untuk kepentingan anak cucu saya dan generasi akan datang negara ini, saya dah nyatakan siapa saya sokong dalam posting bertajuk "PKR dan politik cap ayam". Malangnya, intense horse-trading sudahpun berlaku.
Read On 3 comments

Amok takut tak masuk syurga?!

Mak aih! Semua pakat-pakat melukiskan gambaran yang bercahaya-cahaya ketika Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nak mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd dari Khazanah Nasional Berhad. Sedap baca bila ditulis seorang Mamat dari OSK bernama Jeremy Goh kata, "EPF taking over PLUS would make it easier for Malaysian citizens to accept toll hikes" (lihat AsiaOne hari ni "Malaysia state funds to buy out PLUS-report")

Akhbar MCA, The Star pula macam tak sabar-sabar nak menghantar khabar tentang kemungkinan kadar tol yang lebih rendah (lihat The Star hari ini "Lower toll rates ahead?")

Saya lebih tertarik pandangan Tony Pua:
"I'm of the view that this will be a case of robbing Peter to pay Paul.

“You are sucking from the people with an unfair toll concession contract” to pay out the dividends.

"If that's the way, government might as well create more highways, give them unfair contracts, let EPF manage them and then EPF can give good returns to people" (lihat Malaysian Insider 14/10/10 "EPF’s proposed Plus takeover like ‘robbing Peter to pay Paul’, says Pua").
Saya bukan reti ekonomi. Memang sungguh-sungguh tak reti. Tetapi, saya tahu bahawa PLUS bukan sekadar lembu kenyang. Ia malah cash cow (baca The Star 15/10/10 "PLUS is a cash-generating firm that offers high dividends"). Begitu hebatnya PLUS sampai orang mendakwa Tun Daim Zainuddin meleleh-leleh air liurnya untuk meratahnya. Ingat lagi tawaran ala-ala hebat Asas Serba Sdn Bhd (jangan tak baca The Star 4/5/10 "Some analysts sceptical over Asas Serba's toll highway acquisition proposal")?

Saya yang tak reti ekonomi ini juga tiba-tiba teringat fantasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertaruhkan sebahagian besar harapannya kepada pelaburan langsung domestik (DDI). Bila sebut DDI, yang terus saya teringat ialah keinginan nak membelasah membantai harta KWSP antara lainnya.

Hari ini, dalam ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2011, KWSP mungkin diumumkan akan mengambilalih PLUS yang menjadi mesin buat duit tunai (bukan sekadar buat duit, tapi cash money). Kenapalah agaknya saya melihat suatu jalinan menghentam duit di dalam kependekan-kependekan atau akronim ETP, KWSP dan PLUS? (pemerintahan Najib memang kaya dengan macam-macam akronim)

Saya tak reti ekonomi. Tapi dah saya ternampak jalinan hentam duit tu, nak buat lagu mana!

Saya juga duduk terasa Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar macam takut tak masuk syurga apabila dalam posting bertajuk "Around our country this past week-2", Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz memetik beliau berkata:
That the public should also keep in mind that the cash generating Plus highway concessionaire is "owned by everyone" by virtue of its ownership under Khazanah.

"There is the status quo option that everyone should consider," said Azman. "Plus is a national asset that is well managed."

He said that the decision “shouldn’t take too long” and said that it wasn’t Khazanah’s decision alone but it would involve the government which was mindful of the need to moderate the affordability of toll rates.
Dalam berita Malaysian Insider 5/10/10 "Khazanah mulls Syed Mokhtar’s offer for UEM", Azman juga dipetik berkata:
“Those who put in the bid, are they good managers?” (lihat juga Utusan Malaysia 6/10/10 "UEM: Tidak semudahnya diterima")
Read On 7 comments

Pakatan Rakyat, mari melompat-lompat kegembiraan

Anda penyokong Pakatan Rakyat (PR)? Anda down hari ini? Anda nak rasa seronok seperti lembu di sebelah tu? Anda nak melompat-lompat kegembiraan? Baca posting terbaru Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Melayu pun boleh bersetuju untuk tidak bersetuju". Anda boleh bergembira sakan sampai berguling-guling depan anak bini apabila dia kata:
Tanpa kerlipan mata pun, sabahat saya menyatakan Umno akan kalah. Umno akan hanya dapat Perlis, Johor, Melaka dan Pahang. Umno dan BN akan hilang banyak kerusi parlimen.
Siapa sahabat Ariff itu? Ni dia:
Dia mempunyai banyak cerita dan maklumat yang menarik. Banyak pula telahan politiknya yang tepat. Tahun 2008, dia telah memberitahu Daim Zainudin bahawa BN akan kalah teruk dalam 4 buah negeri. Telahan itu jadi betul.
Wow! Bukan calang-calang orang sahabat Ariff tu. Tu dia! Anda boleh bergencok ronggeng penuh gumbira.

Saya tak nak. Saya masih nak menghentam dan membedal para pemimpin PAS supaya bersungguh-sungguh meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa dengan menukar kerajaan. Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan Haji Mohammad Nizar Jamaludin ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dahulu.

Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa akhlaq Islam mereka bukan setakat pakai kopiah putih, menutup aurat, tak main judi, tak berzina, tak minum arak, tak menganga depan konsert Adam Lambert (depan konsert Mawi pun tak manis tok lebai menganga), tak hisap rokok dan jenis-jenis yang lagu tu. Tetapi, akhlaq Islam mereka juga memberi keutamaan tertinggi kepada tidak sesah rasuah, tidak melantak balak, tidak menjadi kuli kroni, tidak berlagak bagak, tidak menyebat harta rakyat terbanyak untuk kepentingan parti (kononnya parti pun orang ramai juga), tak buat claim palsu dan lain-lain buruk kelaku - ringkasnya sentiasa berusaha untuk menjauhkan diri dari sebarang kemungkaran politik dan ekonomi serta berpegang kepada pendirian bahawa itulah tuntutan utama akhlaq Islam.

Saya juga ingin berusaha setakat termampu supaya orang-orang Melayu sentiasa bersedia menukar-nukar kerajaan. Saya tidak suruh depa jadi pak yet PAS, PKR atau DAP. Yang saya maksudkan ialah tukar-tukar kerajaan seperti yang dibuat oleh orang-orang Amerika atau England dan rakyat negara-negara lain yang terbukti lebih berakal mahal.

Saya ingin berusaha meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa. Saya bukan Allah s.w.t. yang boleh menjamin. Tetapi insya Allah, Melayu tak akan rugi apa-apa. Insya Allah tahqiqan (confirm) bukan insya Allah ta'liqan (tak confirm). Ada yang boleh ditulis untuk tatapan umum. Ada yang terpaksa cakap mulut ja. Tetapi yang pasti, orang-orang Melayu tidak akan rugi apa-apa jika Umno Barisan Nasional (BN) dihambat dari tampuk kekuasaan.

Saya nak lihat berlakunya apa yang saya tak yakin akan dibuat atau mahu dibuat oleh Umno. Pagi tadi, bila membaca tulisan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar bertajuk "Adversarial system: Blessing or blight?" (The Star hari ini), saya tertarik dengan frasa-frasa berikut:
"I admire the British aristocracy because it provides a focus for social stability. I admire its system of diplomacy because it has refined the art of persuasion to near perfection. And I admire the British system of justice because the independence and incorruptibility of its judges is the surest guarantee of true democracy".
Saya yakin teramat yakin, apa yang terkandung dalam frasa-frasa di atas tidak diminati, tidak dikehendaki malah ditentang oleh para pemimpin Umno dulu, kini dan cukuplah setakat ini!

Langkah pertama dalam kristalisasi amalan demokrasi orang-orang Melayu ialah menghambat Umno dulu. Bila Umno sudah tiada di puncak kuasa, orang-orang Melayu mestilah dipujuk supaya tidak menjadi pak yet kepada mana-mana parti, tidak kira parti pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalaulah, dengan izin dan pertolongan Allah, Umno sudah tiada di puncak kuasa, kerja saya tetap tidak berubah, iaitu menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana parti yang mengambil alih kuasa. Saya memohon sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar saya tidak menyelanak-menyelanak seperti anjing lapar jika kawan-kawan saya di dalam PR ditaqdirkan Allah mengambil alih tampuk kuasa. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar saya tak menyetan di sekeliling mereka yang berkuasa untuk menagih kesenangan dan kekayaan. Saya tak boleh cakap besar. Tetapi, saya merayu sungguh-sungguh kepada satu-satunya pergantungan harapan saya, Allah yang kita kasihi.

Saya merayu sungguh-sungguh agar Allah tetapkan pendirian saya yang hanya berminat nak jadi blogger yang menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk PAS. Peduli apa kalau saya dikafir dan diyahudikan oleh puak-puak 'asabiyyah yang hakikatnya adalah penagih-penagih candu masyarakat bernama thiqah dan wala'.

Saya dah pun jenuh dikafir dan diyahudikan oleh mereka.
Read On 14 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008