Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?
Sebagai satu contoh toleransi yang RasuluLlah s.'a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam sirah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.Bagai yang dikatakan, kalaulah Umno ada masa tu, dah tentu teruk Nabi yang suci dihentam dan dididebik oleh Umno.
Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan "Da'auhum! (biarkan mereka)".
RasuluLlah s.'a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi!! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi "Religious Minority from Shariah’s Perspective") - baca selanjutnya dalam posting Mohamed Hanipa Maidin bertajuk "Umno berpesta fitnah di bulan barakah".
Oleh kerana Hishammuddin orang Johor dan wakil rakyat di negeri itu, beliau boleh bertanya kepada Datuk Lim Si Cheng misalnya. Lim ialah bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kulai. Dalam pilihan 8/3/06 lalu, entah apa sebabnya, beliau tidak lagi menjadi calon BN kuota MCA.Apa yang membimbangkan Perdana Menteri dan usaha reformasinya ialah apabila rakyat mempersenda-sendakan akronim-akronim yang diperkenalkannya dan ada di antara mereka yang menggelarkan NKRA sebagai "Najib Kerja, Rosmah Arah" - yang jelas merujuk kepada isteri Najib yang terlalu menonjol, Datin Seri Rosmah Mansor.Wow! Dah ke seluruh dunia nampaknya "Najib Kerja, Rosmah Arah". Itulah agaknya "glocalisation" - kelaku di peringkat lokal, kesannya melarat ke peringkat global. Tentu akan jadi market talk.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pula menyatakan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais")."Menurut sejarah, semasa RasuluLlah s.'a.w. di Madinah, RasuluLlah tidak menolak kunjungan golongan Yahudi dan Nasrani menemui baginda, walaupun baginda berada dalam Masjid Madinah. Mereka yang datang itu sama ada meminta penjelasan, mohon keadilan atau urusan pentadbiran dan lain-lain. Difahamkan dari peristiwa tersebut, tidaklah menjadi halangan dalam Islam membenarkan pertemuan dalam masjid dengan tujuan yang baik selain dari Masjid Al-Haram, di Makkah Almukorramah" (lihat Malaysiakini hari ini "Scholars: Islam doesn't bar non-Muslims from suraus, mosques").
"Untuk mengelakkan berlaku sebarang fitnah di kalangan ahli qaryah, saya berpandangan adalah wajar kiranya majlis yang dihadiri pemimpin bukan Islam dibuat di perkarangan masjid sahaja. Kiranya majlis diadakan dalam masjid, maka pemimpin bukan Islam bolehlah melantik wakilnya di kalangan orang Islam untuk menyampaikan ucapan dan sebagainya di dalam masjid".Mufti Selangor tidak memfatwakan haram bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Beliau memberikan pandangan "untuk mengelakkan berlaku sebarang fitnah di kalangan ahli qaryah, saya berpandangan adalah wajar kiranya majlis yang dihadiri pemimpin bukan Islam dibuat di perkarangan masjid sahaja".
...penduduk Taif dibenarkan oleh Nabi s.'a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.Imam mazhab kebanyakan orang Melayu di negara ini, Imam Syafie pula berkata:
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.'a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid. Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Saya teringat satu ja, jika benarlah apa yang diriwayatkan mengenai RasuluLlah s.'a.w.w. yang suci itu, bayangkan kalau Umno ada masa tu.ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Hudud bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna: batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududuLlah (baca selanjutnya di sini)

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau" dan "'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah".
Rakyat oi, ni kami dah bagi duit raya ni, jangan lawan kami, jangan tak undi kami pasai kami tak habis lagi tibai duit hampa.
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").Itu kata-kata kurang ajar. Nak aku carut-carut. Walaupun banyak perkara dalam Sikhisme yang saya tak boleh terima (kalau Karpal ada agama la), saya tak pernah kata apa-apa. Itu soal kepercayaan orang. Ia sangat sensitif dan saya tak boleh dan, insya Allah, tak akan celupar tak tentu hala.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.Saya tadi tulis fasal hak kami orang Islam untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya". Katakanlah kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz itu tidak berbentuk penjelasan atau penerangan. Tetapi sekurang-kurangnya itu pernyataan tentang keinginan beliau sebagai orang Islam.
Pak Bakaq, walaupun dalam CPF takdak halangan untuk kempen, tapi ini soal strategi dan awlawiyat. Timing tu kena tengok....kita tau niat TGNA betul, konteks dia cakap pun betul tapi dalam keadaan jebon2 media yang kebuloq nak manipulate kita hati2.....Semenjak dua menjak ni, saya dah menyampah sangat dengan perkataan strategi dan awlawiyat. Bagi saya, those words have been severely abused.
Dulu, Umno takutkan orang bukan Islam kononnya kalau kasi itu PAS perintah nanti awak punya .... kena potong. Kita bagi penerangan, walaupun ceramah kita selalu kena ganggu. Kita suruh mereka pergi Kelantan, ada ka kena potong? Akhirnya kempen Umno itu tak laku lagi.Bagi saya, tu la strategi. Kena gunakan ruang dan peluang yang ada untuk kempen, memberi penerangan dan penjelasan. Tu pasai aku marah bila ada percubaan nak menyekat hak untuk berkempen, memberi penerangan dan penjelasan tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".
Lepas itu, Umno gunakan pula hudud untuk takutkan orang-orang bukan Islam. Kita ceramah, buat majlis penerangan untuk orang-orang bukan Islam. Ramai dah yang tak takut. Hudud tak ada kena-mengena dengan mereka.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.Menteri Besar Kelantan kata kerajaan negeri pimpinannya berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas. Berjaya tak berjaya tak tau lagi, tetapi pihaknya sedang berusaha.
Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Kedua, kerajaan pusat akan bertindak jika Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 itu dilaksanakan. Dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Ogos 1994, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.Dr Mahathir memberi amaran sedemikian atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Setakat ini, kerajaan pusat belum pernah dilaporkan menarik balik amaran itu.
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.Ketiga, baru kempen ja, jenis-jenis seperti Karpal Singh dah histeria sakan. Lihatlah kenyataan kurang ajarnya:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").Bagi saya, kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz seperti yang saya petik di atas tu baru peringkat berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang yang diyakininya - tak kira la hudud ka, apa menatang pun. Biasa la orang berkempen dan cuba meyakinkan orang lain tentang apa yang dia yakini. Wah! Nak kempen pun tak boleh. Dah menggelejat sakan dengan kata-kata yang sangat kurang ajar.
Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll. In other words, he is well connected and have many strings to pull as well as muscles to flex...

...terpulang kepada Perdana Menteri, parti tentu nasib saya
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudah 43 tahun aktif dalam politik, termasuk 29 tahun menerajui kerajaan negeri, semalam menyatakan kesediaannya untuk berundur jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Ramai yang mengatakan saya sudah tidak diperlukan lagi. Jika benar saya tidak diperlukan lagi, maka saya sedia berundur, katanya ketika ditanya apakah beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, yang perlu diadakan sebelum Julai tahun depan. Abdul Taib yang ditemui selepas majlis penyampaian zakat dan biasiswa Amanah Rakyat Berhad (ARB) di pejabatnya di sini, bagaimanapun berkata, biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menentukan nasibnya pada pilihan raya negeri ke-10 nanti.
"Saya sendiri tidak tahu nasib saya, terpulang kepada Perdana Menteri. Terpulang kepada parti menentukan sama ada saya akan bertanding atau tidak. Jika tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.
Terdahulu, Abdul Taib menerima zakat perniagaan sebanyak RM10,000 untuk diagihkan kepada anak yatim daripada Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.
Abdul Taib turut menyampaikan biasiswa kepada tiga pelajar tajaan ARB ke program khas Pengajian Ulum Islamiah dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Kaherah, dengan setiap pelajar menerima tajaan bernilai RM80,000. Tiga pelajar berkenaan ialah Mohammad Z|ubair Mustafa; Faliq Asraf Jafri dan Nadira Hamapei, ketiga-tiganya berusia 18 tahun.
Abdul Taib pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di bawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1967 ketika berusia 31 tahun dan selepas itu dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.
Di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970. Pada 1972, beliau dilantik Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981. Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama pada 1980.
Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya.
Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri, menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub. Beliau juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).
Mengulas isu lain, Abdul Taib berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah kalah teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006.
"Selama ini saya sudah banyak membantu SUPP, sama ada mereka mahu menerimanya atau tidak, ia perkara lain. Saya sudah memberikan analisis dan nasihat mengenai masalah mereka sebelum ini.
"Kini terpulang kepada mereka. Jika saya melakukan lebih dari itu, ada di kalangan pemimpin SUPP akan mengkritik saya kerana mencampuri hal ehwal dalaman parti itu," katanya sambil menambah SUPP sebenarnya lebih perlu membantu diri mereka sendiri, bukannya mengharapkan bantuan dari luar dalam memulihkan kekuatan parti berkenaan.
Kegagalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih belum membuat laporan polis berhubung penemuan kamera perakam video hampir dua minggu lalu, membuktikan Menteri Besar Selangor itu cuba mengalih isu yang dihadapi kerajaan negeri.Tidak menghairankan liputan Utusan itu. Memanglah depa akan buat liputan yang macam tu. Kalau tidak, tidaklah Utusan namanya.
Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Abdul Khalid cuba mengalih pandangan rakyat daripada isu curi pasir yang berleluasa dan masalah dalaman parti itu yang semakin teruk.
Dakwa beliau, Abdul Khalid seperti memberi ‘bola tanggung’ dengan membayangkan wujudnya pihak ketiga iaitu niat jahat parti lawan bagi melemahkan pentadbirannya sebagai Menteri Besar berkaliber.
Tegas beliau, sekiranya Abdul Khalid ikhlas menuntut kebenaran, sepatutnya beliau perlu menyerahkan perakam itu kepada polis untuk disiasat dengan terperinci dan mencari siapa dalang.
“Biarlah polis siasat kerana Abdul Khalid bukannya penyiasat persendirian, kenapa takut sangat. Mungkin beliau tahu perakam itu mengandungi rakaman pertemuan dan perbualan sulitnya yang tidak mahu sesekali didedahkan kepada umum.
“Atau langsung tiada apa-apa di dalamnya, sekadar untuk mengalih isu, ia mungkin boleh dilihat daripada tindakan Abdul Khalid yang memegang perakam itu dengan tangannya yang sudah pasti akan memusnahkan cap jari dalang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
The November polls will see PKR members voting directly to elect their leaders. Nominations are set to start at the middle of next month.Saya teringat kata-kata seorang pemimpin PAS yang menyatakan beliau tak takut menghadapi apa tuduhan sekalipun. "Katalah apa pun, PAS sesat, alat DAP, semua tu ana tak bimbang. Mudah sangat nak jawab. Tapi kalau orang kata PAS pun sama macam Umno, itu ana tak boleh nak jawab".
“It is in preparation for the polls that we see certain leaders embarking in 'killing off' the chances of their potential rivals,” said a party insider.
The insider believed that even the spy camera found hidden in Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim's office last week could be the work of these people.
“There is talk that Khalid wants to contest for one of the top posts. The camera could be put there to spy on which grassroots leaders he was meeting and what he was planning,” he added.
Likewise, the party's Johor chief Chua Jui Meng could also have been a victim of internal sabotage when banners of him and the Sultan of Johor appeared in Batu Pahat last week. The banners proclaimed Chua as the next Johor menteri besar.
1. Dia puji sakan kebaikan barang dia. Misalnya kalau jual ubat, semua penyakit boleh baik tak kiralah kayap, puru, lelah, barah, sakit jantung, susah nak berak....Umno dah lama dah tak boleh gunakan yang nombor satu tu. La ni, dia hanya boleh gunakan yang nombor dua dan nombor tiga - kutuk, ugut.
2. Dia kutuk kaw-kaw barang orang lain. Kalau ubat, dia akan kata ubat yang depa jual tu bukan pil tu, tu taik kambin depa jemoq bagi kerin juai kat kita.
3. Dia ugut kita. Kalau hang tak beli barang aku, hang mesti mampoih!
"Why does Anwar give so much preference to Azmin? What's happening between them? So many people have asked this question before but after what's happening in Sabah, we are also tempted to ask the same".Yang tanya tu orang-orang PKR di Sabah.
Perasuah tak perlu disolat jenazah jadi isu
(Berita Harian 22/8/10) JAKARTA: Cadangan pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) supaya pesalah rasuah tidak disembahyangkan apabila mereka meninggal dunia mendapat maklum balas negatif daripada kebanyakan cendekiawan Islam di negara itu.
Pengerusi pertubuhan Islam kedua terbesar di negara itu, Muhammadiyah, Din Syamsuddin, berkata beliau menghormati pendirian NU dalam menentang rasuah tetapi beliau tidak akan membuat saranan yang sama kepada pengikut pertubuhannya.
“Tidak kira apa kesalahan jenayah seseorang itu lakukan, jika beliau adalah seorang Islam, ia adalah tugas kita untuk menyembahyangkan dan mengebumikan mereka mengikut ajaran Islam,” katanya.
Said Aqil Siradj, ketua NU berkata, pertubuhan yang diwakilinya menyarankan bahawa mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah sejak 2002 tidak sepatutnya disembahyangkan.
“Apabila kita berdoa pada satu-satu majlis pengebumian, kita mengharapkan terbaik untuk mereka, meminta Tuhan memaafkan dosa mereka dan mengharapkan mereka mendapat tempat di syurga,” katanya.
Katanya, Nabi Muhammad pernah menolak untuk menyembahyangkan seorang daripada rakan baiknya kerana rakan terbabit mencuri harta rampasan perang.
“Pendirian kami jelas, haram bagi ulama NU untuk menyembahyangkan sesiapa yang didapati tidak membayar hutang terutama wang rakyat,” katanya.
Guru agama terkenal dan juga bekas pengerusi Muhammadiyah, Syafi’i Maarif pula menjelaskan, idea tidak melakukan solat jenazah bagi pesalah rasuah disifatkan sebagai ijtihad atau keputusan yang dibuat berdasarkan pandangan peribadi.
“Ia mungkin dilihat sebagai pencegahan (kepada kesalahan seterusnya),” kata Syafi’i. “Tetapi, melihat kepada idea ini ia akan menyebabkan orang ramai menganggap si mati adalah pesalah rasuah dan kebanyakan mereka beragama Islam.” – Agensi
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.Period.
(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.
Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).

Bila syaitan perkauman menghasut, bukan semua orang cerdik. Ramai yang langsung tak cerdik terutama yang jadi Umno atau yang sokong Umno.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.Berikut ialah jawapan Zahid di Dewan Rakyat pada 17/3/10:
“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.
"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."
Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.Apa yang saya rasa mungkin salah. Tetapi, saya dok terasa macam Zahid sengaja buat kenyataan yang begitu keras terhadap Nurul Izzah. Bila dah kena debik macam tu, tentulah Nurul Izzah akan jawab balik. Pi la baca sendiri jawapannya dalam Malaysian Insider semalam "Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia - Nurul Izzah Anwar".
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini semalam "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping")Kalau Karpal hentam Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu saya tak payah jawab. Biar Nik Aziz jawab sendiri.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
