Modal lari ketakutan dari negara ni

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah kata, tahun lepas negara kita menerima pelaburan sebanyak US$1.38 bilion (RM4.40 bilion) ja. Pelaburan yang cabut lari dari negara ni pula sebesar US$8.04 bilion.

Ketidakseimbangan dalam skala sedemikian, katanya, menunjukkan berlakunya aliran modal keluar (atau cabut lari ketakutan) dari negara ini dan bukan semata-mata pelaburan ke luar negara.

Mat Salon kata capital flight. Mengapa modal cabut lari ketakutan dari negara ini?

Adakah kerana ahli-ahli politik yang berkuasa buncit dan boroi perut depa di atas sistem yang diasaskan dengan pembohongan dan pencurian?

Baca apa kata Ku Li dalam Malaysian Insider hari ni.
Read On 1 comments

Khir Toyo tentu tergelak sampai terguling-guling

Kalau anda rasa boring ujung minggu ni dan kalau anda rasa nak tergelak puas-puas sampai terguling-guling, sila baca "MACC chief: I'll quit if big fish are let off" (Bagi yang lebih selesa baca versi BN, sila baca "Ketua SPRM sedia letak jawatan jika ada aduan tidak siasat").

Hello, Scorpene. Nampak tak kering gusi kau! Ah, kalaulah kita berpeluang melihat Datin Seri Rosmah Mansor mengilai sampai terkentut-kentut kerana membaca berita itu.
Read On 1 comments

MCA pula rasa ditipu kerajaan

Khamis lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik menghadapi tuduhan menipu kerajaan.

Bekas Presiden MCA itu didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Hari ini, orang MCA pula kelihatan merasa tertipu dengan pertuduhan terhadap Dr Ling itu. Ca baca petikan dari liputan FMT hari ini bertajuk "Ling’s woes a tremendous setback for MCA":
Beberapa anggota parti (MCA) yang tahu mengenai amalan membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan masih ragu-ragu (terhadap tuduhan bahawa Dr Ling menipu kerajaan) kerana apa sahaja keputusan dibuat secara kolektif, dibantu oleh pakar-pakar yang bertindak sebagai penasihat.
Seronok juga baca ulasan dalam Malaysiakini hari ni:
It so happens that the present new regime finds Ling dispensable and 'useful' in their uncanny scheme to project a 'clean government' before they call for a new election (lihat "Ling fits the bill in Najib's plan").
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nak toya kita kononnya kerajaan dia kerajaan bersih? Hanya si gila dan si bangang yang mempercayainya.

Najib sendiri dilihat tak bersih. Siapa boleh lupa pembunuhan Altantuya Shaariibuu? Siapa lupa kes pembelian Sukhoi dan Scorpene? Adakah merudumnya pelaburan asing ke negara ini sehingga 81 peratus tidak ada kaitan langsung dengan persepsi bahawa Najib tidak dipandang bersih? Isteri Najib sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor, dia tu dipandang bersih ka?

Mari kita lihat berapa banyak orang gila dan orang bangang mempertahankan Najib!
Read On 7 comments

Kalau benar Tun Ling menipu, siapa bodoh?

Jika anda dah baca pendedahan Malaysia Today hari ini yang bertajuk "Did Liong Sik cheat the Cabinet or did the Cabinet cheat Malaysians?", apa kesimpulan anda?

Jika dokumen yang didedahkan itu memang dokumen kabinet (saya tak ingat kerajaan mendakwa dokumen itu palsu), ia seolah-olah kabinet memberitahu Tun Dr Ling Liong Sik (jika benar dia menipu) macam ni:
Waa! Lu tipu kita orang aa! Ambik lagi ni duit! Ambik! Banyak ni!
Jika dokumen yang didedahkan itu memang dokumen kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada dalam kabinet pada masa cadangan dalam dokumen itu dipersetujui.

Rasa-rasa, depa dua orang tu cerdik ka?

Kalaulah anda rasa depa tak cerdik, adakah Malaysia diperintah orang-orang bodoh?

Atau, kesemuanya tak bodoh, kita, rakyat yang memilih mereka, yang bodoh?




Read On 12 comments

Eric Chia in the making?

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "Skandal PKFZ: Ling Liong Sik didakwa menipu" (lihat juga berita versi Bahasa Inggeris Malaysiakini "PKFZ scandal: Ex-transport minister Ling charged" dan berita Malaysian Insider "Liong Sik hadapi tuduhan berkaitan skandal PKFZ" dan "Ling charged over PKFZ"). Saya pun tertanya-tanya, adakah Tun Dr Ling Liong Sik akan menjadi Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam in the making?

Menjelang pilihan raya 2004 lalu, Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat macam sungguh-sungguh memerangi rasuah. Rakyat lalu terpedaya. Selepas itu, kita semua tahu apa terjadi. Dalam blog ini pun banyak tulis.

Bagi yang rajin menjenguk blog penjilat-penjilat Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas ini anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka meratib-ratib entah apa-apa dengan merujuk kepada pendakwaan itu. Macam bagus sangat.

Ah, di mana keadilan untuk Altantuya Shaariibuu? Liong Sik tak reti tanya ka soalan tu?

Berkaitan:
Did Liong Sik cheat the Cabinet or did the Cabinet cheat Malaysians? (Malaysia Today 30/7/10)
Read On 10 comments

Bila adik Najib terlampau sangat nak berlagak pandai

Masa bersembang di Restoran Thaqwa masa dia datang Kuala Lumpur dalam pukul 9.30 malam Selasa lalu, Haji Mahfuz Omar kata:
Selepas ini, adik Najib (Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd - CIMB Group -, Datuk Seri Nazir Razak) akan kata, bila orang tak nak simpan duit dalam CIMB atau orang tak nak urusniaga dengan CIMB, tu bukanlah petanda negatif kepada aktiviti pertumbuhan perniagaan CIMB.
Sebelum ini, adik Najib tu kata, penyusutan aliran pelaburan langsung asing (FDI) bukanlah merupakan petanda negatif kepada aktiviti pertumbuhan ekonomi negara (lihat Utusan Malaysia 27/7/10 "Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik").

Nampak sungguh bodoh bila terlampau sangat nak berlagak pandai.

Saya teringat apa yang Mahfuz kata bila tengok Harakah Daily hari ini siarkan berita bertajuk "FDI: Mustapa tidak bertanggungjawab, hina rakyat".
Read On 6 comments

Berani ka Dr Hassan bertindak sorang-sorang?

Bila Tan Sri Tajuddin Ramli dituduh merembat duit MAS, seorang tokoh korporat bertanya, "Berani ka dia buat sorang-sorang? Siapa di belakang dia?"

Dan, bila Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, saya selalu bertanya dalam perbualan dengan kawan-kawan, "Berani ka Hassan Ali bertindak sorang-sorang?"

Tetapi, saya tak pernah tanya dalam blog ini.

Hari ini, bila Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Harussani dedah ada bertemu pemimpin PAS selain Hasan Ali", saya nak tanya la dalam blog ini: "Berani ka Dr Hassan bertindak sorang-sorang?"

Tu sajalah yang saya nak tanya.
Read On 15 comments

Episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin Dr Hassan dan Harussani

Pengikut tegar Datuk Dr Hassan Mohamed Ali tak nak saman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno yang melibatkan pemimpin kesayangannya itu. Beliau juga menyangka atau memaksa dirinya menyangka bahawa semuanya telah selesai dengan penjelasan Dr Hassan (lihat Malaysiakini hari ini "PAS Selangor: Tak perlu saman Harussani" dan Malaysiakini semalam "Hasan Ali diminta saman Harussani").

Mengapa tak nak saman?

Perlu diambilkira bahawa Harussani dah berusaha melakukan damage control selepas menyatakan takkan dia sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin PAS dan Umno untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu (lihat Utusan Malaysia 21/7/10, "Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani").

Cuba kita lihat betapa bersungguh-sungguhnya Harussani melakukan damage control:
"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS" (lihat Malaysian Insider semalam "Harussani: 'Ya, Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik'").
Harussani telah melakukan pengorbanan yang besar sehingga sanggup membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataannya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 21/7/10.

Beliau sanggup membuat kenyataan yang dengan jelas menunjukkan salah satu dari kenyataannya adalah kenyataan bohong. Kalau kenyataan dalam Malaysian Insider 25/7/10 itu tak bohong , ia bermakna kenyataan dalam Utusan Malaysia 21/7/10 adalah bohong. Kalau kenyataan dalam dalam Utusan Malaysia 21/7/10 tak bohong, ia bermakna kenyataan damage control dalam Malaysian Insider 25/7/10 itu adalah pembohongan - bohong atas darat atau bohong hidup-hidup!

Soal percubaannya nak melakukan damage control itu nampak macam tikus nak memperbaiki labu, itu tak penting.

Yang penting untuk dilihat ialah episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin (menjadi penolong bagi sebagian yang lain). Harussani sedang berusaha sedaya upaya agar kerjaya politik Dr Hassan dalam PAS tidak tergugat. Memang Harussani adalah kawan yang baik kepada Dr Hassan dan sanggup berkorban untuk kepentingan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Bila Dr Hassan enggan menyaman Harussani, ia sebenarnya an act of gratitude - Dr Hassan membalas ihsan Mufti Perak itu kepadanya.

Ia memang episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang sukar dilupakan.

Berkaitan:
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong - Nik Aziz
Utusan Malaysia (26/7/10): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian (Untuk penjelasan mengenai berita ini, sila klik di sini).
Read On 15 comments

Bila beruk memperbaiki bunga

Seorang kawan baik berkata, "Sekawan beruk pun tak boleh memperbaiki bunga, takkanlah dua ekor beruk boleh memperbaikinya".

Tiada komen. Sekadar melaporkan.

Berita menarik semalam:
Harussani: 'Ya, Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik' (Malaysian Insider 25/7/10)
Read On 11 comments

Dia tak tau orang tak bodoh

Untuk berlaku adil, saya siarkan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas":
Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.

Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.
Sebelum itu, dalam berita bertajuk "Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani", Utusan Malaysia 21/7/10 melaporkan:
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Menurut Mufti Perak itu, semasa kunjungan kedua-dua pihak yang disertai pemimpin berjawatan tinggi kedua-dua parti yang berlaku 'dalam sebulan dua ini' itu, beliau telah diminta untuk menjadi wakil supaya usaha penyatuan itu dapat dijayakan.

''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.

''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.

''Depa nak tuduh saya berbohong, itu depa punya pasal, saya tak nak masuk neraka (jika tidak mengusahakan soal penyatuan dan perpaduan umat Islam ini)," katanya.
Sekarang timbul tanda tanya besar. Dr Hassan kata, pertemuan beliau dengan Harussani diatur bagi membolehkan beliau meninjau ilmu dan pengalaman mufti itu secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Harussani pula berkata, beliau pernah didatangi pemimpin PAS dan Umno untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Siapa cakap benar? Harussani atau Dr Hassan? Siapa cakap bohong? Dr Hassan atau Harussani?

Adakah kenyataan Dr Hassan di atas secara tersirat menyatakan Harussani berbohong?

Sekarang zaman IT. Semua komunikasi dapat dilakukan dengan begitu pantas. Mengapa terlalu lambat penjelasan Dr Hassan? Adakah kenyataan itu merupakan idea terbaik beliau dan penyokong-penyokongnya setelah lama berfikir dan "retak kepala" atau memerah otak?

Dr Hassan kata pertemuan tersebut adalah untuk meninjau ilmu dan pengalaman Harussani secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Katakan kita percaya kepada dakwaan pakar motivasi itu yang menghakis kepercayaan saya kepada puak-puak motivasi sejak beliau menyertai PAS dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya.

Katakan Dr Hassan cakap betul. Persoalannya, mengapa Harussani? Apa lebihnya Harussani berbanding Mufti Selangor? Adakah terlalu miskin ilmu dan pengalaman amali Mufti Selangor dalam soal mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu?

Jika Dr Hassan benar-benar mahu meninjau ilmu dan pengalaman secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu, adakah beliau juga membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain? Tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas beliau berjumpa Harussani.

Jika Dr Hassan tidak membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain, mengapa tinjauan dari Harussani sahaja?

Jika beliau meninjau dari Harussani sahaja, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani? Adakah beliau terlalu jahil politik dan tidak tahu bahawa Harussani adalah orang yang tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana perbuatannya yang menjadi pak yet terlampau Umno selepas pilihan raya 8/3/08 yang lalu?

Banyak lagi yang boleh ditanya. Cukup la yang tu dulu.

Cop, cop. Satu ja lagi. Soalan terakhir. Prasangka dan agenda jahat? Orang ja yang berprasangka jahat dan ada agenda jahat? Diri sendiri baik semuanya?

Tanpa kaitan dengan cerita Dr Hassan di atas, saya teringat kisah seorang pemimpin yang tak henti-henti berbohong kepada pengikutnya kerana beliau sentiasa yakin bahawa orang ramai dan para pengikutnya juga bodoh dan bangang sepertinya.

Dia tak tau orang tak bodoh.


Read On 37 comments

Nak biar Najib terus merapu atau gerak rakyat tuntut dia undur?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa perabih duit rakyat sampai RM50,000 kerana nak masuk surat khabar Amerika Syarikat. Punyalah tak laku.

Patut la pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia merudum ke paras paling ciput dan corot. Tu pun ada muka lagi nak cakap fasal Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Agak-agak yang mana Najib patut buat?

1. Terus merapu fasal Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

2. Undur.
Read On 17 comments

Mengesan punca rasuah

Berita 1

Rasuah rugikan negara RM10b

Berita Harian (23/7/10): Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.

“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Berita 2

Dr M: There are corrupt leaders in Najib's Cabinet

Malaysian Mirror (9/7/10): This comes from someone who has been hit umpteen times with accusations of cronyism, nepotism and being a dictator: “There are corrupted leaders in Umno and the current administration.”

Dr Mahathir Mohamad did not mince words when he gauged the first 100 days of the country and Umno under the leadership of Najib Abdul Razak.

He doubts that Najib is fighting corruption effectively.

“Sorry to say that. But, it doesn’t look like he is (fighting corruption),” Dr Mahathir told reporters recently at the Perdana Leadership Foundation during a meeting with the Malaysia-Singapore Vintage Car Register, a club for vintage car owners (Baca sepenuhnya di sini).

Berita 3

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Malaysiakini (10/7/09): Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif"...

...Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib (Baca sepenuhnya di sini).

Posting 1

Pemilihan Majlis Tertinggi Umno

Blog Tun Dr Mahathir Mohamad (21/3/09): Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri (Baca sepenuhnya di sini).

Posting 2

Government Losing Control (GLC)

Blog Syed Akbar Ali (20/7/10): Now there are more corrupt people. Everywhere. The other day I saw an sms that said, “Oracle says Boss said in a private meeting that Najib is worse than Badawi”. I think you can guess who Oracle is (he predicted the five states loss) and so you know who is Boss too. This is a very bad sign. I hope we can meet the Boss soon (Baca sepenuhnya di sini).

Antara kesan rasuah ialah:

FDI Malaysia pada paras terendah

Malaysiakini (23/7/10): Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005 (Baca sepenuhnya di sini).
Read On 7 comments

Siapa Taek Jho Low PAS yang berpoya-poya dengan selebriti Umno?

Apa yang anda nampak bila baca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-PAS"? Saya nampak tidak ada penafian bahawa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali adalah orang yang berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti.

Langsung tak ada penafian. Ca baca petikan berita di bawah:
Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Barangkali sudah tak boleh dinafikan lagi. Kawan-kawan yang berada di PNB Darby Park dah lama bercerita malah ada yang ambil gambar. Tukang komen yang bernama Hussin dah beberapa kali membayangkan dia dah tengok gambar tu.
Read On 19 comments

Laman pro-Umno dakwa "Hassan Ali yang sebenarnya bertemu Harussani bincang perpaduan Melayu"

Laman pro-Umno dakwa "Hassan Ali yang sebenarnya bertemu Harussani bincang perpaduan Melayu". Mana aku tau. Pi la baca Malaysia-instinct.com (sila klik).

Ada orang kata jumpa di PNB Darby Park. Mana aku tau. Saya tengah tunggu gambar.

Kalau benar dakwaan Malaysia-insticnt tu, harap-harap depa boleh jumpa sekali lagi untuk bincang mengenai perpaduan Melayu menentang kenaikan harga barang a.k.a. BN. Itu lebih berfaedah kepada rakyat terutama yang miskin macam saya.

Berkaitan:
Price hikes can make a country sick (FMT 22/7/10)
No PAS street protest on fuel price hike (FMT 16/7/10)
Read On 25 comments

Kita semua duit bertimbun macam Taek Jho Low

Di kedai kopi, selalu saya dengar orang kata, "Isu perpaduan Umno-PAS ni saja-saja dia orang main untuk alih isu kenaikan harga barang". Banyak kali saya dengar.

Yang nak tergelaknya, pemimpin-pemimpin PAS lebih banyak bercakap tentang umpan beracun Umno itu dari soal kenaikan harga barang. Siap tulis dalam blog.

Ca pi baca berita Malaysiakini semalam bertajuk "CPI naik 1.7%, tertinggi tahun ini". Baca yang ni:
Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+ 2.0 peratus)...

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan signifikan pada tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan (+7.2 peratus ), sayur-sayuran (+5.6 peratus), daging (+ 2.4 peratus), buah-buahan (+ 1.6 peratus), ikan dan makanan laut (+ 1.4 peratus) dan beras, roti dan bijirin lain (+0.8 peratus).
Tak kisah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dah kata kenaikan harga barang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Memanglah Najib tak sebut kenaikan harga barang. Dia sebut penyelarasan subsidi. La... jangan tak tau, penyelarasan subsidi adalah nama manja atau nama timang-timangan kepada kenaikan harga barang.

Najib guna nama manja. Kita guna nama sebenar - harga barang naik.

Ah, apa nak kisah harga barang naik. Kan kita semua duit bertimbun-timbun macam Taek Jho Low!

Berkaitan:
Low Taek Jho, Paris Hilton, Rosmah & RM 11 billion (Nathaniel Tan 21/7/10)
Taek Jho Low jutawan Malaysia bersama selebriti Paris Hilton (Kosmo! 20/7/10)
Ke mana pergi subsidi kami (Dr Mohd Asri Zainul Abidin 20/7/10)
Penyelarasan subsidi, langkah berani untuk masa depan - Najib (Utusan Malaysia 16/7/10)
Paris Hilton poses in purple for Parisian photoshoot (OK! 16/7/10)

Read On 4 comments

He needs a brain transplant?

Seorang tokoh korporat menghantar SMS berikut kepada saya:
Ketua Pemuda PAS needs a brain transplant.
Saya tiada komen. Hanya melaporkan.

Berkaitan:
Umno, PAS perlu pelan damai (Utusan Malaysia 21/7/10)
Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat (Harakahdaily 21/7/10)
Pelan damai untuk Umno dan PAS (Nasrudin Hassan 15/7/10)
Read On 12 comments

"Tali Allah" itu apa sebenarnya?

Walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kata dia tak bohong (lihat berita Malaysian Insider hari ini "Dialog Umno-PAS: Saya tak berbohong, kata Mufti Perak"), saya diberitahu oleh sumber dalaman PAS bahawa dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub dan Haji Mahfuz Omar tetap bertegas menyifatkan Harussani berbohong dan membikin fitnah.

Harussani sebelum ini menyatakan bahawa ada pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini hari ini melalui berita bertajuk "Menteri: Ajak PAS bersama usaha berterusan" melaporkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu merupakan "usaha berterusan" dan pintu rundingan untuk perpaduan umat Islam kepada parti masih lagi terbuka.

"Kita bercakap perpaduan umah dan perpaduan umat Islam," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran berkaitan kewajipan bersatu padu pada "tali Allah".

"Saya nak ajak (PAS), mari duduk sama. Kita bukti ayat ini yang turun kepada kita. Kita dok letak syarat, sampai bila perpaduan tak akan selesai. Kita duduk bincang dulu," katanya dalam satu sidang media di Univerisiti Malaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata, "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".

Adakah "tali Allah" bermakna bergelumang dengan "parti perasuah"? Begitu juga, tidakkah berpegang kepada "tali Allah" itu bermakna ia mesti bersih dari pelantak-pelantak balak di Kelantan?

Saya yakin, kalimah "tali Allah" itu perlu ditakrif dan diperjelaskan terlebih dahulu.
Read On 19 comments

Ramai dah tahu siapa agen kepentingan Umno dalam PAS

Seorang wartawan memberitahu saya bahawa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria enggan memberitahu siapa agen kepentingan Umno dalam PAS yang bertemu dengannya membincangkan perpaduan Melayu (sila klik perkataan Umno tadi). Wartawan itu memberitahu, Harussani sekadar berkata agen itu adalah pemimpin tertinggi PAS. Harussani yang kini merupakan pejuang terbilang Umno juga menafikan bahawa agen kepentingan Umno itu ada bercakap tentang perselingkuhan politik Umno dan PAS. Bagaimanapun beliau menyifatkan agen kepentingan Umno dalam PAS itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perpaduan Melayu.

Tidaklah menghairankan kalau Harussani enggan mendedahkan nama agen kepentingan Umno dalam PAS itu. Kalau dia dedahkan, akan terancamlah kedudukan politik agen itu , sama ada sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau Pesuruhjaya PAS negeri. Jika dia tidak lagi berada dalam kepimpinan tertinggi PAS, jatuhlah harga politiknya di sisi Umno. Harussani mungkin diberitahu supaya tidak membuka mulut untuk mengelakkan kemungkinan buruk itu.

Dalam posting bertajuk "Assalamu'alaikum PAS, setakat penafian orang tak pakai dah", seorang tukang komen (nombor 8) menghantar komen berikut:
Pak Bakar

Orang sekampong dah tahu siapa yang dimaksudkan olej Mufti Umno tu. Ada bukti gambar dan tarikhnya. Dimana mereka berjumpa dan sebagainya. Saja nak cakap berliku-liku untuk konfiuskan jemaah. Pokoknya orang yang dimaksudkan itu tak berani tampil kehadapan takut namanya diterajang dalam PRU 13 nanti. Saya sokong nama beliau ditimbulkan oleh Pak Bakar sendiri kerana Pak Bakar sendiri sedia maklum dan dimaklumkan dan Hamba Allah itu yang memberitahu saya.
Yang boleh saya katakan hanyalah, kalau siapa-siapa ada bagi gambar nanti, saya akan siarkan.
Read On 13 comments

Assalamu'alaikum PAS, setakat penafian orang tak pakai dah

Dalam berita bertajuk "Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS", Malaysian Insider hari ini melaporkan:
PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.

Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.

“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu.
Saya nampak beban kini di atas bahu PAS. Parti itu perlu membuktikan bahawa ia bukan pengkhianat undi, mandat dan kepercayaan rakyat. Sebahagian besar rakyat undi PAS kerana berdegar-degar para pemimpin dan tukang kempen parti itu cakap nak lawan Umno. Kalau selepas dapat beberapa kerat kerusi, parti itu main dalam gelap pula dengan Umno selepas berdentum-dentam meyakinkan rakyat bahawa depa nak lawan Umno, itu pembohong dan pengkhianat namanya.

Untuk membuktikan ia tak bohong dan tak khianat dan jika benar Harussani kaki fitnah dan pembohong bila dia mendakwa ada orang PAS yang minta dia jadi orang tengah untuk bersekongkol dengan Umno, PAS sebagai parti yang bermaruah dan tidak membohongi serta mengkhianati undi, mandat dan kepercayaan rakyat mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani.

Ini soal maruah dan integriti PAS. Setakat kenyataan penafian orang tak pakai dah.
Read On 11 comments

Kita undi pembangkang sebab kita benci sangat Umno

Dalam berita bertajuk "Sec-gen: PAS sticking with Pakatan... at least until GE13", Malaysiakini 16 Julai melaporkan:
But Mustafa side-stepped questions on PAS' allegiance to Pakatan after the 13th general election, saying that it is not something they can predict.

"We don't know what will happen after the general election. We will say we stay but some other parties may go... At this point of time, we are with the Pakatan," he said.

When pressed for further comments on PAS' status post-general elections, he said "only Allah knows".
Saya dah berminggu-minggu tak tengok Internet. Baru tadi baca berita di atas. Memanglah, sebelum pilihan raya 8/3/08 lalu pun, hanya Allah dan beberapa orang sahaja yang tahu tentang perselingkuhan politik dalam gelap antara PAS dan Umno. Sebelum pilihan raya 8/3/08 tu, rakyat yakin PASlah yang paling boleh dipercayai sehinggalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui beberapa kali bertemu secara sulit dengan para pemimpin PAS (bukan senang nak melupakan parti Islam buat kerja mungkar yang mengkhianati undi, mandat dan kepercayaan rakyat).

Kenyataan Datuk Mustapha Ali di atas menguatkan lagi semangat untuk bertindak sebagai rakyat. Kita buat sebagai rakyat. Kerja untuk kepentingan sendiri. Kerja untuk kepentingan anak cucu yang nak duduk di mana lagi kalau bukan di dalam negara ini.

Kalau kita belasah Umno yang menjadi musuh utama rakyat, kita buat kerana kerana kepentingan kita sendiri dan anak cucu kita. Kita lawan Umno yang jahat itu kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bukan kerana kita sokong pemimpin mana-mana parti yang perangai depa lebih kurang ja dengan perangai pemimpin Umno - kalau tak sama dari satu segi, dari segi lain pula memang sama.

Saya belum tulis lagi, tetapi ke mana saja saya pergi, perbuatan merentap subsidi kepada rakyat kononnya kerana nak jaga ekonomi negara menjadi tajuk saya.

Depa yang lingkupkan ekonomi negara, subsidi kepada rakyat yang depa salahkan. Kurang ajaq sungguh Umno ni. Malangnya, kita masih terpaksa mengundi parti lain bukan kerana kita yakin parti tu baik dan berbeza dari Umno, tetapi semata-mata kerana kita terlampau benci kepada Umno - semata-mata kerana kita melihat para pemimpin Umno tak ubah seperti syaitan (saya tak tuduh, dah saya nampak macam tu, nak buat lagu mana).

Tu yang saya kata malang tu. Umno kita nampak macam syaitan, yang parti lain pula nampak sangat semakin hari semakin gian nak meniru perangai Umno.
Read On 7 comments

Lebih sesat dari babi (2)

Dalam berita bertajuk "Melayu hilang kuasa pada PRU-13?" Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya.

Ok la. Mari kita bersatupadu menuntut supaya disiasat dengan telus, without fear and favour, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kecurian enjin jet F-5E, misteri di sebalik pembelian Sukhoi dan Scorpene, pembantaian wang rakyat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), pembantaian balak di dalam semua negeri di Malaysia, kecurian pasir di negeri-negeri sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pelaburan yang menghabiskan wang rakyat oleh kerajaan pusat dan negeri-negeri, pengambilan harta rakyat seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan parti-parti politik (dengan qias kononnya bagi kepada parti politik pun untuk orang ramai juga - qias ma'al-fariq kerana mana boleh harta awam atau harta rakyat seluruhnya diberikan untuk kepentingan sejumlah kecil rakyat yang menganggotai parti tertentu), berkawan serta terpengaruh dengan Yahudi dan pelbagai isu lagi yang berlambak-lambak (hampa tambah la, aku pun tak larat nak ingat dah).

Boleh ka kita bersatu menuntut penyiasatan telus terhadap isu-isu tersebut?

Saya tak fikir ia boleh jadi kenyataan. Ramai yang tak nak isu-isu tersebut disiasat dengan telus. Penyokong pembunuhan Altantuya tentu tak nak pembunuhan itu disiasat, penyokong pembantai duit rakyat dalam pembelian Scorpene umpamanya tentu tak nak isu itu disiasat, penyokong pelantak balak dan penciluk harta rakyat untuk kepentingan parti politik juga tentu tak mahu isu itu disiasat. Semua mahu melindungi kepentingan pemimpin yang didewakan atau dima'sumkan.

Saya rasa, ajak bersatu supaya perkara-perkara tersebut disiasat without fear and favour sama seperti ajak bakaq a.k.a. ~penarik beca menyokong thiqah dan wala' kepada mufti-mufti atau ahli-ahli politik yang tidak suci dari pembohongan, nepotisme, kronisme atau berdiam diri terhadap pembantaian harta rakyat yang dilakukan oleh gang depa sendiri. Saya menentang habis-habisan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' itu.

Ajak saya bersatu untuk menyokong candu masyarakat itu tentulah kerja gila. Samalah jugak kalau ajak penyokong pembunuh Altantuya menuntut supaya isu itu disiasat dengan telus.

Bila tak nak disiasat dengan telus, maknanya yang kotor akan tetap kotor. Yang zalim tetap zalim. Kalau gitu, Harussani nak lempaq ke mana peringatan Allah di dalam ayat 113 Surah Hud, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"?

Harussani kononnya takut kehilangan kuasa Melayu? Di mana segala mulut munafiq bila kepentingan dan kuasa politik orang-orang Melayu dicincang-cincang oleh Umno dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu?

Teringat posting saya 5 Mac lalu, "Lebih sesat dari babi".

Read On 17 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008