Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?
An army spokesman said the activists refused an order not to go to Gaza with their boats laden with humanitarian aid and instead dock at the Israeli port of Ashdod.Kenyataan seperti di atas amat kerap kita dengar selepas sesuatu peristiwa yang menimbulkan kemarahan umum. Saya harap saya tidak bersalah kerana saya tiba-tiba teringat berita Bernama di bawah yang disiarkan mStar Online 26/4/10:
The army says its troops were attacked by the activists with axes, knives and firearms.
At least four Israeli marines were injured, said a spokeswoman, including one who was shot when his gun was snatched by an activist (Baca sepenuhnya dalam BBC hari ini "Reporters' log: Gaza flotilla").
Tembak remaja: Empat peronda polis ditukar serta-mertaBerkaitan:
SHAH ALAM: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kesemua mereka ditukarkan ke desk duty sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.
Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.
Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.
Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.
"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun," katanya.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.- BERNAMA
Apco diterajui musuh-musuh Islam
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.
Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.
Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.
Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.
Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.
Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.
Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.
Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.
Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.
Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
MB: Kedah tidak akan luluskan premis judi sukanBerita Asal
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Kerajaan Kedah mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.
Kedah menjadi kerajaan negeri pertama Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian sebelum Pulau Pinang dan Selangor.
Selepas Kedah, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.
“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Azizan berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.
Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.
“Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Azizan ketika parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengambil langkah membantah tindakan kerajaan pusat memberi lesen kepada judi sukan.
Sambil membantah keputusan kerajaan pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula bulan depan, Azizan berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.
Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.
Sebaliknya, tindakan kerajaan pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.
Azizan berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.
Katanya, kerajaan Kedah yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.
MB: Selangor tidak akan luluskan premis judi sukan
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.
Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.
Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.
“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Khalid berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.
Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.
“Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Khalid ketika parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengambil langkah membantah tindakan kerajaan pusat memberi lesen kepada judi sukan.
Sambil membantah keputusan kerajaan pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula bulan depan, Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.
Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.
Sebaliknya, tindakan kerajaan pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.
Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.
Katanya, kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.
Keluhan Aktivis Amal
Masa susah, masa belum menang, Unit Amal atau nama baru Jabatan Amal yang menjadi balaci, menjadi kuda, menjadi perisai kepada semua orang yang perlukan perkhidmatan Unit Amal berselindungkan dibawah nama khidmat masyarakat dengan selogan Amal kerana Allah. Ada yang pecah kepala kena belasah dengan FRU, masuk lokap, bermandikan hujan asid, hujan panas dan dihujani pujian bila bejaya, padahal hujan itu sekatika sahaja.
Apabila sudah menang, sudah mengecapi kemewahan, sudah ada kereta dua, rumah dua, bini dua dan sekarang ini hendak menduakan Unit Amal atau Jabatan Amal. Sudah ada suara hendak menubuhkan NGO’s seperti Unit Amal, padahal parti sahabat dalam PR sedang belajar dari Unit Amal cara menguruskan organasasi . Tak salah nak tubuh NGO’s apa pun tapi pandanglah apa yang ada, atau pandanglah ke dalam dahulu. Betapa susahnya kendak menubuhkan, menguruskan dan menjaga kebajikan aktivis-aktivis tersebut.
Aktivis Amal ini sedia berkhidmat di kala susah atau senang, pagi petang, siang malam, ribut taufan, hujan banjir, tanah runtuh, gerak gempa . Apabila ada kejadian ini tanpa segan silu Unit Amal akan hulur tangan untuk tolong apa yang patut walaupun dengan tangan kosong. Tetapi ada siapa yang tanya poket kamu ada isi, mai dengan apa, tidok kat mana, bawa alat apa nak tolong, kalau ada pun dua tiga kerat saja. Unit amal pasai makan tidok tak kisah sangat, tetapi kebajikan mereka dan keluarga mereka harus diperhatikan. Bukan senang nak menguruskan Unit Amal dan Kebajikan Unit Amal itu sendiri.
Itu cerita masa belum menang, masa naik proton saga model lama, naik van c 20 ramai-ramai pi dengar ceramah. La ni pakat naik Mercedez, Harrier, Honda CRV, dah tak pandang lagi Proton buatan Malaysia.
Depa tak pandang lagi kebelakang, masa belum menang dan mewah. Tak pandang lagi Aktivis yang dok usung dia masuk lecah, masuk ayaq acaq, rayu undi untuk menang.
La ni kumpulan aktivis ini kena cari makan sendiri untuk menguruskan kumpulannya, cari sendiri untuk menjaga kebajikan ahlinya sendiri. Cari duit sendiri untuk tambang pi mahkamah, cari duit sendiri pi mengurut pinggang bekas kena tendang dengan FRU. La ni kummpulan tersebut terpaksa buat funfair, cara baru untuk cari duit, jual beli besi buruk dan anjurlah majlis makan malam. Memang semuanya baik, beramal kerana Allah.
Bila buat majlis tersebut, mintalah sedikit sumbangan dengan cara terhormatnya menjemput hadir, bersurat, berkupon, jual meja dan sebagainya. Tetapi malangnya sifat manusia, macam-maccam helah diterima. Sibuklah, tarikh tak sesuai, tak ada masa, ada luar negeri, kat Langkawi ye pun. Yang paling menyedihkan jawapan diterima, ye ke ada majlis, bila hantar surat, tak terima pun, lambat sangat, nanti p.a tengok ada ka terima, cara kamu tak protokol la. Zaman canggih mana surat hilang dan tak sampai, kalau posmen cari tak jumpa dia pulang balik. Mereka ini tak pandang belakang, lupa slogan negara berkebajikan, dan kebajikan ahli-ahli yang perlu diutamakan.
1. Pasukan khas PKR raih sokongan Melayu (Malaysiakini 29/5/10)Memang, Malaysia berbilang kaum. Perlu ada keseimbangan. Tetapi, strike a balance tidak bermakna menakut-nakutkan atau menghalau sokongan mana-mana pihak.
2. Anwar janji jawatan TPM untuk DAP (Utusan Malaysia 29/5/10)
"Pakatan Rakyat governments have the authority to stop all gambling outlets, not just sports betting, that is the real meaning of having good intentions".Tetapi bagi saya, kurang-kurang pun Cina DAP di Penang tu dah haramkan salah satu judi celaka. OK la, tak pa la, Cina tu main politik. Yang hampa bangsa Umno luluskan lesen judi bola sepak tu main apa pulak? Main taik Cina Vincent Tan tu?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Timbalan Menteri, Balik Pulau sedikit. Saya tidak pandai sangat dari segi ekonomi ini, judi pun saya tidak pandai, kita orang Islam tidak bolehlah. [Ketawa] Timbalan Menteri saya hendak tanya sedikit, kerana inilah sahajalah kepakaran yang saya ada. Dari aspek Perlembagaannya, memang setakat hari ini cukai-cukai tersebut yang dibenarkan seperti dikatakan cukai dibenarkan di bawah undangundang, tetapi memandangkan jumlah yang dikatakan tadi besar dan kalau ikut peruntukan Perlembagaan fasal 97, kalau saya boleh kongsi dan Timbalan Menteri boleh bantu kita di sini.
"Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Undang-undang Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan," maksudnya kutip macam mana pun perlu disatukan.
Soalan saya dan mohon penjelasan, memandangkan jumlah ini besar, mungkin melibatkan sumber yang haram, judi ini jelas haramnya. Jadi bagaimana dari segi aspek pengurusan itu? Di mana diletakkan?
Kalau ikut perlembagaan ini, kita tidak perlulah kata secular Perlembagaan, kerana itu isu lain. Akan tetapi, kalau ikut tuntutannya mesti disatukan, adakah sehingga hari ini, jumlah yang besar itu, kesemuanya disatukan ke dalam satu dan itu akan menyambung kepada persoalan Yang Berhormat Machang tadi, malah tidak dipastikan pula di dalam kerajaan kita, tiada kod kan?
Persoalannya ialah, adakah ia disatukan di dalam consolidated fund itu, benda yang haram itu kerana sekarang ini negara berbincang mengenai halal dan sebagainya, dan saya rasa itu perlu diperjuangkan. Mohon penjelasanlah. [Ketawa]
Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan perjuangkan, tadi saya kata saya akan bawa, ya? Ini hendak suruh perjuangkan?
"Actually we do not know the reasons that are causing the Malays to be so scared of PKR"Yang tu aku geram. Sebahagian besar orang Melayu bukan sahaja tak nak PKR, Pakatan Rakyat (PR) tu sendiri depa tak nak. Takkan tak tau pasai apa. Umno dah dapat minyak urat yang sangat laris depa jual dalam pasaran politik Melayu - kuasa Melayu terancam, Cina nak ambik kuasa. Pokoknya, perkauman, perkauman, perkauman. Perkauman ni bila-bila pun boleh laku.
Fight them, Samy. I am all for you so that you can destroy MIC totally and completely. You have been taking the Indians for a jolly ride all these years and now is payback time. Good old Samy will hit back and stay on for yet another year to clean up some files.Saya rasa ayat "Fight them, Samy. I am all for you so that you can destroy MIC totally and completely" bukan untuk si Samy sorang ja. Ia juga cantik untuk ditujukan kepada ramai pemimpin lain, tak kira parti apa pun. Bak kata Orang Putih, if you know what I mean.
Malaysia mungkin boleh tersungkur seperti Greece tu sebahagian besarnya kerana subsidi atau kerana salah tadbir atau mismanagement serta penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)?Hari ini, saya rasa posting bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz boleh memberi sedikit gambaran tentang berapa sebenarnya jumlah subsidi yang sampai ke tangan rakyat. Betulkah tahun lalu setiap rakyat mendapat subsidi berjumlah RM12,900 setiap seorang? Sila baca postingnya yang bertajuk "Cutting subsidy - 1" (komen-komen di sini).
1.Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low pernah menyatakan, Malaysia mengalami kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah.Malang bagi saya, semalam saya terlepas peluang mendengar penjelasan orang korporat yang saya rasa dia reti jawab tentang persoalan saya tu. Saya ada hal lain pulak. Saya harap ada peluang kedua dan seterusnya.
2. Tun Dr Mahathir Mohamad kata, "So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people".
Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.Dalam berita bertajuk "Pulau Pinang haramkan judi bolasepak", Malaysiakini hari ini juga melaporkan:
Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.Setakat posting ini ditulis, Kedah di bawah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat belum lagi dilaporkan mengambil tindakan yang sama. Kelantan memang mengharamkan premis judi di negeri itu. Di Kedah premis judi pun tak diharamkan walaupun Menteri Besar negeri itu selepas 8/3/08 adalah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Maqasid katanya - bukan maqasid syari'ah tetapi maqasid undi.
"Kita bukan 'pak turut' untuk buat keputusan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Apa yang saya boleh katakan, kita akan kaji modul kursus BTN sebelum membuat sebarang keputusan" (lihat di sini).Saya masih ingat, dari zaman Allahyarham Ustaz Suhaimi Ahmad hinggalah ke zaman Aris Awang, Pemuda PAS Kedah sangat dihormati. La ni barangkali Pemuda PAS Kedah takut Azizan kata:
"Bila pula Dewan Pemuda PAS ada kuasa ke atas kerajaan negeri" (lihat di sini).Berkaitan:
"So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people".La ni, rakyat terpaksa tanggung. Malaysiakini juga melaporkan berita bertajuk "Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini" dan "Petrol prices could go up initial 15 sen".
"We didn't really think we would get the aid, judging from past experiences, but Kamalanathan seemed different so we gave him the benefit of the doubt. And we got duped again."
She also expressed anger at the Umno group that told them that it had “come all the way from Sungai Petani to help you and promptly left without lifting a finger”.
"All we received from BN was RM200 and that TV," she said, gesturing to a brand-new television set in the corner. "We won it in the lucky draw that was held the night before polling day. But that's not going to feed my family" (Baca selanjutnya dalam FMT hari ini "The family that BN forgot")
Meanwhile, Vell Paari also refused to apologise for his statements regarding the issues afflicting the Indian community.Mudah-mudahan Allah s.w.t. mentaqdirkan pergaduhan mereka tak menemui titik penghujung. Gaduh! Gaduh!
"Umno claims it is not involved in the campaign against my father. I am ready to apologise if I had wrongly accused them. But I would not back down on the other issues.
"You call me rude, fine. But Umno remained silent for two years on reports claiming that Umno wants my father to step down. You allowed others to use your name to undermine MIC," he told FMT.
"If they say I am rude, then imagine how the non-Malays must have felt when Perkasa chairman Ibrahim Ali unsheathed a keris on stage and said all those things," he added (baca selanjutnya dalam berita FMT semalam "MIC Youth chief: We can call them 'biadap' too").
The government has launched a campaign ahead of impending subsidy cuts, in an apparent move to persuade the public to accept the unpopular move.Hari ni, saya diberitahu tentang berita Malaysian Insider 24/5/10 yang saya terlepas pandang bertajuk "Power crunch possible by 2017 says analyst". Antara lain, berita itu melaporkan:
Petronas spent RM19.7 billion on natural gas subsidies in 2008 of which subsidies for IPPs amounted to RM13.8 billion, a 17.9 per cent increase from the previous year.Saya tertanya-tanya, adakah subsidi untuk kita, rakyat jembel, akan dipotong dan pada masa yang sama tauke-tauke IPP akan terus bersedap-sedap melantak subsidi? Saya tertanya-tanya.
Mahathir went on to claim that vote-buying has been prevalent during the party's triennial elections and accused "practically everyone" elected into the supreme council of using such means.Sebagai orang Melayu, tentulah saya banyak menyentuh dua parti yang rata-ratanya dianggotai orang Melayu - Umno dan PAS.
"So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people," he said.
Dato Seri Najib cannot afford to maintain incompetence and liabilities as Ministers in his cabinet (Baca selanjutnya dalam posting beliau bertajuk "If you agree tainted politicians should not be Minister, post this on your blog").Isi ceritanya, beberapa blogger Umno menentang ura-ura hendak melantik Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau bercakap mengenai kepentingan negara, saya rasa bantahan mereka wajib disokong. Khairy memang kelihatan lebih cerdik dan artikulatif berbanding majoriti orang Umno. Tetapi, cerdik kena kat dia. Maksudnya cerdik yang memanfaatkan kepentingannya.
"Kalau judi bukan budaya orang Cina dan judi juga bukan budaya orang India dan judi bukan budaya orang Melayu, maka judi itu budaya siapa?" limparan persoalan dari Haji Suhaimi Said, pengerusi majlis ceramah pada malam itu dan dijawab serentak oleh para hadirin: "Budaya Umno!" (baca selanjutnya di sini).Di bawah ialah pemikiran Umno yang saya copy and paste dari laman Sinar Harian. Sila lihat yang diboldkan:
Salahkan halalkan yang gagal dibasmiMenarik:
Oleh - Tan Melaka
Ramai yang tidak tahu apabila Lee Kuan Yew (LKY ) menghalalkan kasino di Singapura, generasi muda menentangnya. Tetapi LKY terpaksa membelakangkan idealisme moral dan mengutamakan dinamisme ekonomi global Singapura.
Bagaimanapun, tidaklah mudah untuk dicabut nilai moral yang disemainya di kalangan generasi baru Singapura bila beliau mengasaskan pemerintahannya sejak lebih 40 tahun dahulu.
Sama ada langkah LKY itu dalam awal tahun 60-an didorongkan oleh penilaiannya sendiri atau kerana desakan golongan kiri Singapura yang mahu membersihkan republik pulau dari gejala pengaruh Barat tidaklah dapat dipastikan tetapi terserlah sekarang bahawa LKY tidak berpegang teguh kepada prinsip asalnya.
Bagaimanapun, dalam soal ini tidak semestinya beliau bersalah kerana pragmatisme adalah amat diperlukan untuk survival politik dan negara. Umpamanya Pas yang begitu dogmatik dan fanatik telah dapat bersama dengan DAP dan PKR yang amat berbeza nilai dan fahaman dan dalam beberapa hal sanggup mengorbankan roh dan jati dirinya.
Dalam menentang langkah kerajaan mahu memberikan lesen pertaruhan perjudian kepada Berjaya, Pas adalah ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan najis.
Dalam soal perjudian ini dari awal lagi sikap Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) adalah pragmatik. Perdana Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalannya Tun Abdul Razak lebih pragmatik dan dinamik dari LKY. Ketika LKY bersaing dengan golongan komunis di Singapura yang mementingkan moral, Singapura mengharamkan kebudayaan kuning seperti pelacuran, tarian bogel dan sebarang perjudian. Tetapi Malaysia membenarkan pembukaan Kasino di Genting Highlands dan juga melesenkan judi tikam ekor.
Dalam pengeluaran lesen Kasino Tunku telah memberikan alasan jika perjudian terus diharamkan maka akan menggalakkan lebih banyak pertaruhan haram terutamanya judi tikam ekor dan dengan melesenkannya maka perjudian haram dapat dikurangkan dan kerajaan mendapat cukainya.
Malah Tunku lebih terbuka dan lebih berani dalam menentang bantahan dari orang Islam terutama Pas yang membantah Loteri Kebajikan Masyarakat. Beliau menyatakan hasil jualan tiket loteri itu akan digunakan untuk pembinaan masjid dan surau dan beliau sanggup menanggung dosanya. Suatu seminar ulama diadakan bagi merasionalisasikan sikap orang Islam terhadap penggunaan wang loteri itu untuk kerja-kerja kebajikan.
Sebaliknya, Singapura tidak membenarkannya kerana mahu membangunkan masyarakat yang bersih berdisiplin dan tahan lasak tetapi akhirnya disiplin dikorbankan kerana survival rakyat dan negara untuk menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak bersempadan yang lebih hebat. Nilai-nilai murni diketepikan.
Generasi muda Singapura yang menjiwai falsafah asal Singapura dan doktrin LKY secara senyap-senyap membantah nilai baru LKY ini kerana mereka berpandangan perjudian mudah menjadi wabak yang berbahaya dalam masyarakat Cina yang perjudian merupakan budaya yang sebati dengan mereka.
Wartawan-wartawan Malaysia yang melawat Singapura telah dapat menciumi kegelisahan generasi muda Singapura ini. Harus diingatkan bekas Menteri Kanan Singapura mendiang Rajartanam juga tidak setuju dengan LKY dalam soal ini.
Di Malaysia langkah terbaru kerajaan memberikan lesen perjudian Piala Bola Sepak Dunia telah juga menerima bantahan terutama dari Pas yang sejak zaman Tunku lagi menentangnya tetapi tentangan PAS kali ini dilihat bersifat hipokrasi kerana jika bangsa dan maruah agama pun sanggup dijual maka apalah ertinya penentangan Pas terhadap perjudian kecuali untuk menutup mata pengikut pengikutnya yang fanatik tentang kenajisannya sekarang dan mengelirukan seluruh umat Islam di negara ini.
Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual malah, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.
Kita telah pasti bahawa perjudian haram bola sepak pastinya tidak akan dapat dihapuskan sama sekali di zaman dunia dikuasai oleh Internet ini tetapi apakah salah jika sekiranya dikuatkuasakan mekanisme yang boleh mengurangkan operasi judi haram itu. Mana yang lebih baik membenarkan dengan kawalan dengan membiarkannya bermaharajalela tanpa dilesenkan yang akan menyebabkan rakyat terdedah kepada penipuan dan penyelewengan dan menggalakkan rasuah yang lebih besar di kalangan pihak yang berkuasa; polis dan sebagainya.
Tidak melesenkannya bererti kita membiarkannya tanpa kawalan dan adalah mustahil bagi pihak polis yang terbeban dengan berbagai jenayah akan dikerahkan pula untuk menjalankan operasi judi haram.
Sekarang pun tidak dapat dinafikan ada pihak berkuasa yang terlibat “menutup mata” ke atas perjudian haram dalam berbagai bagai cara. Apabila yang haram dihalalkan maka akan lebih mudah untuk dikawal selia dan pastinya akan mengurangkan yang haram sekalipun tidak dapat dihapuskan sama sekali. Apakah salah jika pun tidak dapat dihapuskan, kita dapat mengurangkan?
Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah.
Wang haram dari perjudian itu bolehlah digunakan untuk membantu masyarakat Cina terutamanya Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan benteng kebudayaan Cina. Perjudian adalah sebahagian dari budaya Cina yang sangat dicintai oleh masyarakatnya.
Bagaimanapun pencegahannya di kalangan orang Islam di negara ini mestilah dikuatkuasakan sepenuhnya tanpa tolak ansur termasuk orang atasan terutama orang berdarjat dan kebal. Tetapi jika mereka nak makan juga daging babi secara bersembunyi di tempat yang rahsia atau di luar negara, maka apalah daya pihak berkuasa.
Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.Dalam posting 21/5/10 "Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?", saya memetik pahlawan kesiangan berkata:
Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombor Ekor (Empat Digit) Magnum, Toto, Damachai dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.Buruk kelaku sungguh. Depa yang berak rata-rata, lepas tu terpekik terlolong cabar orang basuh taik depa yang berceleret sana-sini.
Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.
Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan, Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat.
"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju" (lihat berita Harakah Daily 20/5/10 bertajuk "Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi")Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong. Berita Era Pakatan 18/5/10 bertajuk "Ah long pecah masuk rumah peminjam kerana gagal bayar hutang" memetik Chong berkata:
"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".Berita Mingguan Malaysia hari ini bertajuk "Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia" melaporkan:
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.Riuh-rendah dah orang menentang judi tu, sedap mulut ja dia kata dia belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat. Kalau kita kata kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebenarnya kerajaan buta dan pekak, tentulah pak yet-pak yet depa angin satu badan. Kata buta perut lagi la depa marah.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.
"Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.
"Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.Awat lagu tu?
"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib.
...poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.Sebab itulah, menentang judi bola sepak yang dilesenkan kepada kompeni tuan agung depa Vincent Tan tu sama seperti memancung tengkuk Umno - musnahlah saluran nafasnya. Dah musnah saluran nafas, jawabnya tak bernafas lagi la.
Kenapakah pimpinan menganggap rakyat sebagai kumpulan manusia yang boleh dibohongi dan tidak payah dihormati walaupun yang menanggung kerugian itu adalah mereka yang membayar cukai.Para pemimpin politik selalu berfikir bahawa rakyat akan melupai pengkhianatan mereka. Tetapi, bagi rakyat yang waras dan tidak dilalokkan dengan 'asabiyyah kepada para pemimpin berkenaan, sekali dikhianati tak akan lupa sampai bila-bila. Sekali ditipu, tak akan lupa sampai bila-bila. Umpamanya, ketika pilihan raya menagih undi dari rakyat, termasuk yang beragama Islam, dengan janji untuk melawan Umno. Bila dapat beberapa kerusi lepas pilihan raya, berselingkuh politik pula dengan Umno di dalam gelap.
Ini semua membuatkan rakyat yang sudah mula berfikir berkeyakinan bahawa pimpinan sedang main kong kalikong dengan mereka (lihat posting beliau hari ini "Main 'kong kalikong' dengan rakyat").
Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombor Ekor (Empat Digit) Magnum, Toto, Damachai dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.Kalau judi berlesen bersepah di Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak kata apa la. Tapi adakah Pemuda PAS takut sangat kepada Datuk Seri Azizan Abdul Razak (biasanya saya tak panggil pemimpin PAS dengan gelaran istana) bila di Kedah pun judi berlesen lebih bersepah lagi?
Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.
Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan, Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat (lihat "Lesen Judi PERKASA cabar Pemuda PAS" dalam laman kumpulan yang saya tengok ramai yang sebut Perkosa itu).
Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu beliau akan bertemu pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi tekanan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berikutan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap gelagat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dalam pengendalian undi pos dalam pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu .Tadi, saya baca sekali lagi berita TV Selangor semalam bertajuk "Kit Siang: SPR jangan tuduh sebarangan". Setelah membaca berita-berita itu, timbul pertanyaaan dalam hati saya:
"Pelbagai pihak kini semakin tidak mempercayai SPR dan adalah tidak adil jika kita tidak himpunkan rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR itu dalam satu suara yang lebih padu.
"Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Bersih, tetapi saya yakin akan dapat memainkan peranan ke arah itu," kata beliau yang pernah menjadi Pengarah Himpunan Bersih 10 November 2007 lalu.
Di dalam PAS sendiri, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad memberitahu, beberapa tindakan bagi menyatukan suara rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR sedang digerakkan.
Adakah SPR hakikatnya adalah ancaman kepada demokrasi?Tentulah SPR akan menggelejat dalam segala kemarahan kalau dikatakan "ya". Sebab itulah saya hanya jawab dalam hati sendiri. Anda juga diharapkan menjawab dalam hati sendiri.
"We are not going to talk about that"Tanya fasal cubit-cubit manja yang melimpah-limpah dengan kasih sayang antara Perkasa (ada orang sebut Perkosa) dan MCA, dia jawab:
"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah".Tanya fasal kerugian gila babi Sime Darby dan adakah Tun Musa Hitam patut berundur untuk memikul tanggungjawab yang dah jadi tunggangjawab, dia kata:
"I cannot say much on that now, I need to study the situation first" (lihat berita Malaysiakini hari ini "PM's lips sealed on sports betting, Perkasa" manakalah berita dalam Bahasa Malaysia ialah "Judi, Perkasa: Najib membisu").Tak nak cakap, tak pa lah dan nak korek-korek dulu. Setakat tu ja kebolehan dia setelah melanyak hampir RM77 juta duit rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide?
1. Learn how to uphold the country's basic constitution and stop falling into DAP's trapKini, terpulanglah kepada MCA untuk bertindak berdasarkan nasihat Ibrahim itu. Takkan dia nak kata MCA mesti memberi reaksi yang racist ala-Perkasa. Dah Ibrahim buka jalan, pandai-pandailah MCA merangkak sendiri di atas jalan itu.
2. MCA should mind its language unless it wants to deprive BN of Malay votes in the next general election (lihat berita FMT hari ini "Ibrahim Ali returns Chua’s fire")


"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".Yang nak tergelaknya ialah apabila membaca posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang sambil berkata tak setuju, lantang pula ia memberi justifikasi. Dalam postingnya yang bertajuk "Judi bola: PM perlu jamin tiada orang Islam terbabit", Jalal kata:
Namun dalam masa yang sama saya juga memahami dilema kerajaan yang berhadapan dengan masalah judi haram dan kecil-kecilan sehingga sukar dikawal. Kewujudan lebih 4000 pusat judi haram di Selangor bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai, tetapi juga menyebabkan lebih banyak ”penagih judi” dan gejala sosial lain tanpa dapat dikawal.Hello Wak! Siapa PM mau jamin itu macam? Mekanisme apa yang boleh mengawal kerosakan menjangkiti orang Islam kalau perintah Allah s.w.t. yang disembah oleh orang Islam dengan angkuh dilanggar dan dihina?
Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri ini dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan orang bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.
"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah".Walaupun sudah agak kesiangan penentangannya, kita harap-harap, apabila Dr Haron menyebut bahawa menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah, tidaklah lagi ada mana-mana pihak yang tebiang nak mengkhianati amanah rakyat termasuk yang beragama Islam dengan berselingkuh di dalam gelap dengan gerombolan yang "menghalalkan perkara yang haram" dengan memakai alasan yang senipis smokescreen, iaitu "akhafud-dharurain" kononnya.
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.Takut satu hari nanti saya terlupa berita tu, saya salin sebahagiannya tanpa izin (mohon maaf) dan bubuh di sini.
Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.
"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.
Apco diterajui musuh-musuh Islam
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.
Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.
Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.
Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.
Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.
Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.
Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.
Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.
Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.
Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
