Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?

Gambar ihsan Pahang DailyAbdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.Hello, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari parti mana? Dia Perdana Menteri mewakili kerajaan mana?
Apco diterajui musuh-musuh Islam
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.
Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.
Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.
Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.
Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.
Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.
Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.
Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.
Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.
Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.Saya teringat kata-kata bekas Bendahari PAS, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman kepada saya lama dahulu, kalau tak silap awal 90-an dulu. Dia kata, "kalau Tok Guru dengan keluarga dia (terus) hidup sederhana, takkan menang Umno di Kelantan tu. Itu kekuatan kita".
Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui "kesemua" rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.Portal berita itu seterusnya melaporkan:
Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.
"Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini," kata Najib yang juga Presiden Umno.Saya tak pi dengar dan saya tak tahu bagaimana Najib bersumpah di di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Tetapi sebelum ini, memang benar, dia dah bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu. Dia kata:
Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008. Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.
"Saya tak kenal dia,jangan tuduh," kata Najib lagi.
"Satu pembohongan besar dan dahsyat," kata beliau.
Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.
"Dengan nama Allah, WaLlahi, WabiLlahi, WataLlahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia".Perempuan Mongolia mana? Nama apa?











Saya memohon kepada anda yang akan mengundi di Hulu Selangor esok termasuk pengundi hantu yang dieksport ke Hulu Selangor (kalau ada), ingatlah, sebelum mengundi Barisan Nasional (BN), ingat Apco Worldwide yang menjadi tempat memohon petunjuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya.Berkaitan:
Ingat Apco, ingatlah bahawa Apco itu dimiliki dan dikuasai Yahudi Zionis yang memerintah dunia secara proksi.
Lebih penting lagi, ingatlah darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah yang menjadi mangsa pembunuhan dan penyiksaan kejam Yahudi Zionis termasuk mereka yang kini menjadi tuan peneraju di dalam Apco yang menjadi tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk. Dulu orang-orang itu berada di dalam Shin Bet atau polis rahsia Israel yang membunuh dan menyiksa rakyat Palestin.
Ingatlah, jika hati menyokong Yahudi Zionis serta mereka yang memohon petunjuk Yahudi Zionis, duduk saja tak buat apa pun berdosa. Bayangkan betapa besarnya kemurkaan Allah s.w.t. jika anda memberi undi kepada gerombolan yang memohon petunjuk Yahudi Zionis Israel!
Sebelum undi BN, ingat darah dan air mata rakyat Palestin!
Apco diterajui musuh-musuh Islam
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.
Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.
Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.
Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.
Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.
Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.
Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.
Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.
Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.
Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Dua exco Perak bebas tuduhan rasuah
IPOH (Bernama 23/4/10): Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59 dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.
Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.
Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.
Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata keputusan dibuat kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie.
Katanya, semua tertuduh dengan ini dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Mengikut pertuduhan, Jamaluddin bersama Usaili dituduh meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada Mohamad Imran Abdullah pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Tingkat 1, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini.
Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan membantu Mohamad Imran mendapatkan projek yang dicadangkan untuk dibangunkan di tanah seluas 36 hektar di pusat bandar Seri Iskandar.
Usaili juga menghadapi empat pertuduhan lain antaranya didakwa meminta RM5,000 daripada Mohamad Imran untuk Jamaluddin pada pukul 5 petang, 12 Ogos 2008 di Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya di sini.
Dia juga dituduh meminta RM5,000 lagi daripada Mohamad Imran untuk Mohd. Osman pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Mohd Osman menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM5,000 daripada Mohamad Imran pada pukul 7.15 malam, 16 Ogos 2008 di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Zul Hassan, 48, pula menghadapi pertuduhan menerima suapan seks daripada Mohamad Imran pada pukul 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa yang merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tertuduh-tertuduh pula diwakili oleh peguam-peguam bela, Surjan Singh, Abdul Roni Abdul Rahman, M. Saravanan dan Mohd. Asri Othman.
Seorang lagi yang yang dituduh bersama mereka iaitu juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ruslan Sahat meninggal dunia tahun lepas.
Mahkamah dipenuhi oleh keluarga dan juga penyokong tertuduh.
Ketika ditemui di luar mahkamah, kesemua tertuduh bersyukur dengan keputusan mahkamah.
Osman yang menahan sebak ketika bercakap dengan pemberita turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sabar menanti "pembebasan" beliau.
Seramai 31 orang saksi termasuk seorang wartawan akhbar telah dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berkenaan.
Sementara itu, Jamaluddin berkata keputusan itu membuktikan sistem kehakiman negara "hidup" dan sekali gus menolak sebarang andaian kes itu berunsur penganiayaan dan sebagainya.
Abdul Razak dibantu Ahmad Sazilee Mohd Khairy dan Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Mohd Shahrullah Khan berkata SPRM akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Habuan seks: Zul Hassan dipecat
IPOH (Utusan Malaysia 29/09/2008): Kerajaan negeri Perak hari ini memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan (gambar) yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar berkata, arahan melucutkan jawatan Zul yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.
‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
‘‘Di samping itu individu yang menawarkan habuan seks itu akan didakwa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan India Muslim Perak di sini hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut akta dan enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka.
‘‘Kita juga akan mengesyorkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menerima ataupun menawarkan habuan seks dan rasuah.
‘‘Mereka tidak lagi layak untuk menjadi ahli majlis di bawah kerajaan pakatan pembangkang dan kita mahu dia meletakkan jawatan secepat mungkin,” ujar beliau.
Mohammad Nizar berkata, tindakan itu juga merupakan amaran untuk semua ahli majlis yang membuat kesalahan sedemikian dengan kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk bertindak.
Bertentangan
‘‘Jika mereka sanggup melakukan perbuatan yang bertentangan dengan adat kesopanan dan kesusilaan, mereka tidak lagi layak untuk mewakili kerajaan pakatan pembangkang dalam mana-mana jawatan sama ada majlis bandaran atau majlis daerah di Perak,” tegas beliau.
Pada 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini.
Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ‘‘Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”
Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.
‘‘Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Zul.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini mendesak kerajaan negeri itu memecat kedua-dua Exco yang kini menghadapi dakwaan di mahkamah berhubung skandal rasuah membabitkan sebuah projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.
Ketua Pemuda UMNO, Zainol Fadzi Paharudin berkata, kedua-dua mereka perlu diambil tindakan seperti yang dilakukan terhadap Zul Hassan.
Katanya, jika kedua-dua Exco berkenaan tidak dipecat ia bertentangan dengan prinsip perjuangan kerajaan pakatan pembangkang itu.
‘‘Kenapa ada perbezaan dalam siasatan membabitkan dua Exco berkenaan setelah Zul Hassan dipecat hari ini,” katanya di sini hari ini.

"Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that".Hari ini, dalam berita bertajuk "Muhyiddin defends Kamalanathan’s kiss" (komen-komen di sini) portal berita yang sama memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata:
"I did not ask him to kiss my hand but he did it because he understands... not just with me but to other elderly people as well"Kepada saya, suka hati tambi itulah nak cium ke, tak cium ke tangan orang yang nak diampu bodeknya. Lantak dialah. Itu bukan isu.









Malaysian Prime Minister Najib Razak agreed in talks with US President Barack Obama Monday that the global community should send a "clear signal" to Iran over its controversial nuclear program.Dalam perkembangan berkaitan, berita AFP bertajuk "Malaysia warns Iran after cutting off gasoline supplies" yang disiarkan NST 16/4/10 lalu antara lain melaporkan:
The United States is leading an effort to toughen sanctions within weeks on Iran over its nuclear program, which the United States and allies say is aimed at producing weapons, a charge Tehran denies.
Obama and Najib met ahead of the start of a landmark 47-nation summit in Washington Monday aimed at depriving terror groups of nuclear weapons, among other objectives.
"The President and the Prime Minister agreed on the importance of Iran strictly abiding by its obligations under the international nuclear non-proliferation regime," a White House statement said.
"The two Leaders also agreed on the need for the international community to send a clear signal to Iran that while it has the right to develop peaceful uses of nuclear energy, Iran should not use this right to develop nuclear weapons capability as stated in UNSC and IAEA resolutions," the statement said.
Prime Minister Najib Razak confirmed yesterday that Malaysia has cut off gasoline supplies to Iran, warning Tehran it was close to facing new international sanctions over its controversial nuclear program.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa berita itu tak betul. Kalau tak betul, ia bermakna bohong. Tetapi, Najib tetap tidak kelihatan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap AFP. Agaknya dia nak tunggu sampai babi boleh terbang barulah nak ambil tindakan.
Najib’s announcement came three days after he held talks with US President Barack Obama, who had called for the world to move “boldly and quickly” on additional sanctions on the sidelines of a 47-nation nuclear security summit.
“It’s going to be quite inevitable that additional sanctions will be imposed in the near future unless there is some movement in the right direction by Iran,” Najib, on a US visit, told reporters in Washington.
Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian kita. Lagi pun imej kita dalam dunia, terutama dunia Islam akan tercemar.16 Disember lalu, dalam posting bertajuk "Kita sudah tukar", Dr Mahathir menulis:
Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.Banyak pengkhianatan yang berlaku selepas Apco Worldwide yang didominasi Yahudi Zionis menjadi sri guru komunikasi kepada Najib dan gerombolannya. Alangkah seronoknya Apco, dapat hampir RM77 juta duit kita (rakyat Malaysia) untuk tipu kita!
Sambil menyifatkan perubahan pusat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi didakwa PKR sebagai tidak masuk akal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan pihaknya sengaja memindahkan lokasi pengundian pengundi-pengundi berkenaan.Selepas itu pada 22/ 4/10, dalam berita bertajuk "Pindah pengundi: Angka PKR cecah 15,000, SPR kata cuma 10,000" portal berita yang sama melaporkan:
"Tidak mungkin berlaku. Kalau berlaku pun angka 13,000 adalah sesuatu yang tidak masuk akal," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Wan Ahmad mempertahankan bahawa jika pun perubahan itu berlaku ia semestinya melibatkan proses permohonan oleh pengundi-pengundi terbabit.
"SPR ataupun pegawai suruhanjaya dengan sengaja tidak boleh mengubah tempat mengundi seseorang pengundi. Ia mesti berdasarkan permohonan daripada pengundi sendiri, di mana pengundi sendiri kena muncul (hadir di kaunter) untuk membuat permohonan perubahan tempat mengundi," kata beliau lagi.
"Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan jumlah pengundi yang terlibat dalam pemindahan pusat mengundi cuma dalam lingkungan 10,000 orang tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, bilangan itu mencecah hampir 15,000 orang dan terus meningkat dari sehari ke sehari.Nampak tak? Mula-mula Wan Ahmad kata, "Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang". Lepas tu dia kata, "Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan".
"Tak benar, ia cuma kira-kira 10,000 orang," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, pengundi-pengundi berkenaan dipindahkan ke pusat pengundian yang baru diwujudkan demi keselesaan pengundi sendiri.
"Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan," kata beliau.
Setiap daerah mengundi hanya mempunyai satu pusat mengundi dan had pengundi dalam lingkungan 3,500 orang, kata Wan Ahmad.
Menyentuh isu yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertahankan angka yang pihaknya keluarkan Ahad lalu.
"Semakin hari semakin meningkat angka ini... saya pun dah berhenti daripada mengira lagi," kata beliau dengan merujuk kepada senarai bercetak yang dipegangnya.
"Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that" (Cium tangan dia? Bila saya cium tangan dia? Tunjuk kat mana saya buat gitu).CV Kamalanathan mendakwa dia mempunyai ijazah Bachelor of Mass Communication dari Edith Cowan University. Menurut Malaysia Today hari ini, tidak ada pun rekod orang yang bernama Pancanathan Kamalanathan belajar di universiti itu. Baca selanjutnya dalam Malaysia Today "A lie to cover a lie".
Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
