
Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.
Dirasakan berkaitan:
PAS gesa Umno henti 'perdaya' Raja Melayu (Harakahdaily 29/12/10)
Syatan Sudah Memenuhi Diri Manusia (Mohd Sayuti Omar 30/12/10)
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.
2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?
3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?
4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama? (lihat "Mohon maaf, Ustaz Nasharudin")
5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?
6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?
7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?
8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan?
Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.
Dirasakan berkaitan:
PAS gesa Umno henti 'perdaya' Raja Melayu (Harakahdaily 29/12/10)
Syatan Sudah Memenuhi Diri Manusia (Mohd Sayuti Omar 30/12/10)











Cantik? Klik 






pak bakaq ..
1. kerja giler
2. Umno sah dah tenat
3.PR kena lebih bersedia untuk PRU 13 ...ambil pemimpin jgn sembrono jer !!!
pada tajuk "sebak-dadaku-melihat-akan-gambar-ini" dalam blog siyasahsyariyah, saya komen:
"alhamdulillah. ini adalah tindakan untuk melembutkan tgna terhadap umno. umno akan guna apa cara sekalipun demi kesinambungan hayatnya. bukankah tgna amat lantang menentang kerjasama dengan umno? semoga andaian saya ini tidak benar melainkan keikhlasan di pihak paklah. dan tgna tidak berganjak dari pendiriannya.
wallahu'alam."
link di sini:
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2010/12/sebak-dadaku-melihat-akan-gambar-ini.htm
sekiranya benar berlaku “pertemuan penting” itu, saya bersyukur ke hadrat Allah swt doa saya, “semoga tgna tidak berganjak dari pendiriannya” dimakbulkan Allah apabila tgna “mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini”
sekiranya benar berlaku “pertemuan penting” itu, apakah pula alasan yang akan diberikan oleh tg presiden dan timbalan presiden pas? masih mahu guna hujah "dipersetujui majlis syura" dan "wala'"?
“tuan guru bukan pas”, yang dikatakan oleh orang nombor 2 pas tidak sedikit pun menyentuh hati kecil ahli2 pas sehingga mengakibatkan 'kecelakaan' ini menimpa pas!
“Pertemuan itu atas inisiatif pihak bukan politik dan bukan juga Ngo.” – mso. menarik pendedahan dari mso ini. gamaknya, persiapan krismas 2010 berlaku di london dengan krismas disambut sehari lebih awal di kuala lumpur, sekiranya benar pertemuan berlaku! mungkin merasmikan kelab pas di manchester itu sekadar muslihat untuk bertahaluf dengan 'pihak' yang dimaksudkan oleh mso bagi mempersiapkan sambutan awal krismas di kuala lumpur.
ahli2 pas yang saya hormati, mari kita sama2 hayati ungkapan di bawah:
“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.
lihat di sini:
http://notamerah.wordpress.com/2010/12/18/jom-ramai-ramai-kita-bunuh-dr-mujahid-bakar-buku-menuju-pas-baru/#comments
lapangkan dada, tenangkan fikiran, jawapan kepada kecelaruan dalam pas bermula dengan ‘belawok’ oleh ‘ulama kita’! tak perlulah bersusah payah nak lakukan solat jajat/istikharah, semuanya telah ditunjuk dengan jelas oleh Allah swt.
jangan terperanjat dengan tindakan selanjutnya - menggugurkan mereka2 yang tidak sebulu dengan mereka dari pencalonan pru 13!
wallahu'alam.
Celaka besar kalau cerita tu betul. Setahu aku, TGNA diarahkan doktor untuk berehat dan tidak berjalan jauh sebab sakit belakang. Tup2 kena tipu ngan orang perpaduang.
FB YB Abd Fatah pon dok cerita pasal tu siap dengan AMARAN KERAS jangan buat kerja gelap dengan UPCO.
Laknat Allah kepada siapa yang khianat!
salam pak bakaq,
oo.. ini rupanya 'perkhabaran baik'.. tak habih habih lagi puak puak perpaduang nih.. aku ingat dah melingkup tobat lahom dah...
aukauk88.
Macham sialan betul la... Pak Bakaq.. gua pon dah dapat info dari perawi yang sohih nih....
TGNA apa pendapat tuan guru mengenai ini?
Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.
Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.
aku berdoa kepada Allah supaya agenda nak menyatukan UMNO dan PAS atas dasar semua ahli UMNO masuk PAS berjaya lah hendaknya Pak Bakaq.... selagi agendanya PAS masuk UMNO aku tentanglah...TGHA dan Nasha janganlah hampakan harapan ahli lagi...kalau tak lepaih ni kempen je lah orang macam Husam untuk jadi Presiden PAS.
blower
Kenapa benci sangat kat UMNO...UMNO tak salah yang salah adalah pemimpin...Jika PAS diperintah oleh kaum Munafik..maka wajib ditentang PAS...yang perlu diperangi adalah individu bukannya Parti,,,adakah kita akan ketawa gembira bila UMNO jatuh dan DAP laknatuallah berkuasa...adakah kerana UMNO musuh politik kita walaupun seagama maka kita rela musuh politik seagama jatuh dan diangkat laknatuallah DAP....
UMNO tidak suci...PAS juga tidak suci...yang baik dari UMNO kita puji..yang buruk kita tentang..,tetapi bab saudara seagama perlu diletakkan melebihi bab politik...mengapa dengan Lim KIT siang dan Karpal yg terang-terang menentang ISLAM boleh kita bersama...tetapi saudara seislam kita tentang dengan benci..hingga melampaui persaudaraan Islam...adakah jelas pemimpin UMNO akan masuk neraka dan Pemimpin PAS akan masuk syurga?? Adakah Nabi Muhammad S.A.W meletakkan keutamaan mennegakkan kerajaan Islam melampaui keutamaan persaudaraan islam....adakah Nabi Muhammad SAW bersubahat dengan kafir laknatuallah atau Munafik hanya kerana Nabi hendak menjadi pemerintah....
Insaflah..bak UMNO atau PAS...yang untung hanya MCA,MIC,Gerakan dan DAP Laknatuallah serta MUnafik PKR....UMNO dan PAS tergadai segala perjuangan demi mengejar undi-undi Si Munafik dan kafir...adakah dengan menumbangkan kerajaan UMNO maka perjuangan PAS akan tercapai....Jangan harap...tak percaya..cuba tanya secara jujur dan minta pemimpin PAS bersumpah atas nama Allah yang mereka percaya bahawa dengan menjatuhkan UMKNO maka pemerintahan Islam atau perjuangan PAS akan tercapai...yang pasti perjuangan kafir DAP dan munafik PKR akan tercapai....PAS jadi arang UMNO jadi abu...
Tapi kerana kita terlalu membenci UMNO..maka mata hati kita tertutup...biar kalah tapi tak mengadai perinsip...dari menang sekadar untuk diperkudakan...
Tapi sekiranya PAS mengetuai PKR dan tegas mengatakan kepada DAP bahawa jika DAP tak bersetuju dengang penubuhan Negara ISlam maka DAP boleh keluar dari PR...tapi ANwar setuju ke menubuhkan Negara Islam..tak pernah dengar pun..yang dok dengar ANwar nak jadi PM....
Bersatulah umat islam atas nama Allah bukan atas kepentingan politik...jika dulu barang siapa yang bersama atau mengambil bukan islam sebagai pemimpin maka kafirlah meraka..maka macam mana sekarang boleh tukar pulak...adakah hukum Allah telah berubah...Adakah kita menghukum mengikut selera politik....dulu UMNO minum arak haram..kini PAS minum arak halal pulak kah....???
UMNO/MCA/MIC haram kafir...tapi PAS/DAP/PKR..halal dan dirahmati Allah kah??????
Itulah jadinya bila depa dah makan cengkeram (deposit).
Sepatutnya depa dah sedaq bila muktamar di Ipoh putuskan takdak langsung kerjasama
dengan Umno.
Hai! Bilalah puak puak ustad tu nak sedaq.
UMNO dulu kini dan selamanya tidak boleh dipercayai.Kini gelombang rakyat tidak dapat dihalang.Lihat Soharto,lihat Marcos semuanya tidak dapat menyekat rakyat.
Anon 5:44,
Pegi mamposlah ngan umno. Tak ade gunanya berpadu dgn umno. Bile dah rase nak mampus..baru nak berpadu. Kalau betul nak jaga kepentingan kononnya sesama bangsa dan agama , mengapa royalti minyak tidak diberi?? apakah kelantan itu rakyatnya 20% melayu 80% bukan melayu?? Mengapa selama 20 tahun kelantan diperintah oleh "kononnya sesama bangsa dan agama" kerajaan kelantan dihina sebegitu rupa, peruntukan tidak diberi kepada kerajaan yg mendapat mandat rakyat tetapi disalurkan kepda JPP?? Lupakah betapa pemimpin2 umno mengelarkan Kelantan negeri miskin , ketinggalan dan sebagainya??
Sedarkah anon 5:44 hanya kini bile UMNO rase nak mampus, baru cara jln utk berpaduan demi agama bangsa. PAS tak lupa dengan pengalaman dulu ketika bersama dgn umno. Tapi bile umno dah kembali kuat , PAS ditentang macam kucing kurap.
Itu baru kelantan. Tak masuk Terengganu lagi. Bile PAS mendapat mandat rakyat utk perintah terenggganu pd. thn. 99 , UMNO terus menukar wang royalti kepada wang ehsan .
Jadi tak payahlah nak berpadu dgn UMNO. sekarang mereka rase nak mampus..sebab itu mereka cuba nak berpadu..apabila mereka kembali kuat , PAS akan diperlakukan seperti dahulu.
UMNO hari ini sudah busuk sampai ke usus. Tidak ade ubat untuk mengubatinya .
Cerita baru bersifat andaian.....tetapi fitnah telah bertaburan dipelosok alam.
Sebab itu aku masih ragu dengan 'syiah'.
dalam banyak2 sebab ulama2 hadith seperti Al-bukhari, Yahya maiin Al-Madini An-nasaaai ibnu Hibban dll menolak sesebuah hadith adalah apabila terdapat dalam senarai periwayat hadith tersebut mereka yang dituduh (sekurang2nya) terlibat dengan syiah. Pak Bakaq ni bukan dituduh tapi sahih syiah, so jaga2 la berita daripada beliau ni. jaga jaga ja....ga
Jangan percaya pada sesiapa sehinggalah TGNA sendiri kluar statement.
Benar apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Yahya Osman "Ulamak dalam PAS pelawok(pembohong)".Isu UG ni,pada TGHA sekejap tutup,sekejap buka.Sudah 3 kali muktamar,menekankan PAS terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat menentang UMNO/BN.Kalau beginilah sikap TGHA dan Nasaruddin Mat Isa,eloklah tinggalkan sahaja PAS dan sertai UMNO,habis cerita dan jangan lupa bawa bersanma kaum-kerabat yang kepingin sangat nak tidur sebantal dengan UMNO tu.Gulungan UG ni sudah banyak "membawa onar" kepada PAS sehingga sudah 3 tahun kerja-kerja persediaan PRU ke13 terbantut,terhalang dan diketepikan.Alhamdulillah dan Syukur TGNA tetap dengan pendiriannya.
Kejarlah ko cito2 nak jd menteri,tpm tu..sampaikan masalah sosial berlambak2 sbb alim ulamak dok sibuk mimpi siang malam nak jd bapak menter,mb atau setidak2 pengerusi mana2 GLC..MasyaAllah..Tok soh dok baloh la weh..tuhan turun bala x kiro PAS ko UMNO..dua2 mampos baham tanah belako kalu lagu ni..tunggulah janji2 Allah SWT
anon 8 kata:
"tetapi bab saudara seagama perlu diletakkan melebihi bab politik". saya setuju sangat2. masalahnya, perpaduan ini bak haliintar membelah bumi selepas mac 2008 ia itu selepas umno tewas di 5 negeri dan kurang 2per3 majoriti di parlimen. perpaduan yang sat tutup sat buka bermula selepas itu. dengan pertemuan yang mso sifatkan sebagai "pertemuan penting" yang diharap sangat olehnya berjaya mendedahkan kepada kita bahawa perpaduang tidak ditutup.
pertemuan yang mso sifatkan sebagai "pertemuan penting" yang diharap sangat olehnya berjaya, tidak boleh berlaku tanpa sebarang perbincangan awal oleh pihak2 yang semua sedia maklum siapa. ia menggambarkan bahawa perpaduang ni benda hidup dan tidak pernah mati. ia sejenis virus yang tidak ada penawar dan lebih bahaya dari H1N1. ia dikenali sebagai H1N2. dan pembawa virus ini tidak lain tidak bukan yang menentang '16 september' dan lantang dengan "melayu tetap majoriti dari 222 kerusi parlimen" semasa seminar 'pas ganti umno' peringkat terengganu yang baru berlalu. ia diikuti oleh sokongan pemuda (ahmad sabki) kepada 'ketuanan melayu' dalam satu forum yang pemuda pas anjur. tajuk yang dipilih itu sendiri sudah tidak betul kerana ia mempunyai unsur2 menghebah2kan perjuangan umno melalui perkasa.
amat malang ada kepimpinan pas memilih untuk bersubahat dengan pengkhianat bangsa seperti yang disebut tgna "bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini". pemimpin jenis apakah ini, tidak malu untuk bersekongkol dengan penjenayah semua jenis! ada benarnya kata penarik beca dalam satu artikelnya "menerima ajaran sesat dari pengarah task force 2010"!
kalau 'ulama kita' dah pandai 'belawok' tu, tak peliklah dengan apa yang berlaku.
wallahu'alam.
apa salahnya bergabung untuk kebaikan umat islam
Dibawah Kilauan Pedang (no 13)
PARA SYI’AH PEWARIS SABDA NABI saw DALAM KUMPULAN HADIS SUNNI
Aku rasa dah cukup sabaq dah. Tak henti-henti puak perpaduang ni buat onar. Ustaz Hadi dan Ustaz Nasha perlu diturunkan segera jika kita tak mau tengok PAS berpecah. Bodoh betui. Jika pun dijemput oleh Agung, bila TGNA keluaq tu sama-samalah keluaq.
Soalan aku: Ustaz Hadi dan Nasha keluaq dak lepas Tok Guru keluaq?
Budak Meluat
anon 18,
baikkah islam bawah umno sesudah melebihi 5 dekad? ya, kalau berlaku penggabungan, segala urusan agama akan diserahkan kepada pas, manakala urusan dunia tugas umno. sama macam british buat dulu. untuk pastikan melayu boleh dicucuk hidung, agama serah pada raja, pentadbiran, gjaga hasil mahsul negara hak british. pembesar2 melayu yang terdiri di kalangan mereka yang hampir dengan istana ada ganjaran. rakyat? kais pagi makan pagi. jangan diganggu budaya hidup dia, ustaz2 pas boleh turun kampung tenangkan melayu. macam sekarang la, macam ulama umno punya keja. tu lah yang aku nampak. islam tidak akan perkasa dengan gabungan pas-umno! ada nas atau hadis yang berkata begitu?
wallahu'alam.
kalau dah susah takyah la gabung dgn umno cuma aku harap parti2 politik melayu dan islam jangan rugikan melayu dan islam, masing kena sanggah antara satu sama lain dan kalu bangsa kafir kalut2 dua2 pakat pertahan walau dgn cara berbeza.tu tujuan berpolitik tapi la ni terbalik semua parti melayu kalu nak berkuasa je biar mampuih pi la islam, melayu rugi depa peduli apa, camni hancur kita pak bakaq lain la syiah boleh pi iran.
Dimana keutamaan Rasulallah....Menguatkan dan merapatkan persaudaran Islam atau mengejar menjadi Pemerintah Kerajaan..?? Kita amat membenci dan marah kepada UMNO kerana kononnya dulu UMno tikam belakang PAS, Kononnya UMNO terdesak...(siapa yg sekarang pemerintah...kenapa pemerintah perlu terdesak)Kita meluangkan kononnya perjuangkan Islam, cara hidup RasulAllah...tapi itu hanya menjadi selogan bukan cara kita berpolitik...kita amalkan politik membenci melampau,sampai meragui keimanan sesorang dari parti lain,kita percayakan fitnah dan khabar dari munafik dan fasik...adakah kafir berkawan dengan kita kerana menyokong perjuangan Islam??Tapi kita berkawan dengan kafir kerana NIAT kita nak menjatuhkan UMNO bukannya nak MENEGAKKAN ISLAM....kita bersama dengan kafir dan munafik dengan satu niat yang sama..untuk menjatuhkan parti saudara seislam..Telah terang-terang dinyatakan bahawa PAS berkawan dengan DAP laknatuallah dan PKR Munafik hanya kerana nak MENJATUHKAN UMNO..BUKAN KERANA NAK MENEGAKKAN KALIMAH DAN UNDANG-UNDANG ALLAH.
Apadah jadi dengan perjuangan menegakkan Islam....Kalau pengasas PAS dan pemimpin PAS dulu tergila-gila nak jadi menteri dan lama dah..Pemimpin PAS dulu berkawan dengan Laknatuallah DAP...tapi pemimpin dulu berjuang dengan perinsip biar tak jadi kerajaan tapi perinsip dan perjuangan tidak digadaikan...biar dapat menyampaikan ayat-ayat Allah dari membiarkan Kafir mempergunakan ayat-ayat Allah...
Adakah pernah kita dengan MCA/gerakan/DAP begitu membenci sesama sendiri...bahkan bab kaum mereka/agama mereka...MCA/gerakan/DAP bersatu bergabung suara.....Tetapi kita kononnya pengamal ajaran suci dan lengkap dari Allah rela mengkafirkan saudara seagama sendiri dan lebih rela berpecah belah dari bersatu padu...Adakah ini ajaran ALlah adakah ini cara hidup Islam...Adakah ini tuntutan Islam...???Apabila ada suara kearah perpaduan...maka perlbagai usaha mengagalkan dilakukan dari usaha menjayakan...adakah kita mendapat pahala kerana mengagalkan persaudaraan islam dan berdosa jika menjayakan persaudaran islam??
Fikir dengan hati terbuka....tak kira UMNO atau PAS....jangan bermusuh melebihi adap dan susila....dalam politik biar lawan sampai habis..tetapi bab perpaduan dan keutamaan agama kita bersatu padu...seumpama dikala berjemaah....Adakah ketika mati nanti malaikat akan tanya kita dari parti politik mana??
hangpa tak ingat kaaa, dulu udah gabung lepas tu depa terajang pas keluaq.
ni nak gabung plak.Bodoh,Banggang,Bahlul laa sapa yg dok nak bergabung tuuu.
Kami pengundi atas pagaq ni,meluat sangat kat umno sebab depa yg merosakkan bangsa melayu,jati diri,akhlak dan ekonomi umat melayu dalam negara.
Aku tak pernah mengiktiraf presiden & timb pres pas sbg ulama walau berserban sebesar bakul sekali pun. Atau mungkin mereka ini sama spesis dgn 40 ulama yg masuk umno tu. Aku minta haji hadi turunlah secara terhormat sebelum rakyat makin benci pada kamu. Kamu perlu sedar bahawa kamu tiada ketokohan langsung utk memimpin. Biar ahli pas nak kata apa pun aku tak kisah. Aku berpandangan sebagai rakyat. Aku bukan syiah atau apa pun yg kamu semua nak cakap. Yg aku tahu aku dilahirkan sebagai Islam di mana mak bapak aku pun Islam. Tak perlu mendabik dada mengatakan aku sunni atau aku syiah kalau perangai tak serupa Islam. Najib pun mengaku sbg sunni tapi elok ke perangai dia?
Berbalik kpr presiden & timb presiden pas, eloklah turun skrg sebelum kamu merosakkan pas lebih teruk lagi. Kamu sering mendakwa kamu ulama pewaris nabi dalam masa yg sama kamu mengutuk ulamak umno sbg setan bisu. Tapi skrg kamu semua ingin menjilat umno. Sebelum rakyat hilang hormat pd ulama pas maka eloklah kamu semua turun. Terus terang cakap tak perlu berlapik bahawa RAKYAT BENCI KAMU. Hanya ahli pas yg hardcore saja yg TERPAKSA WALAK pd kamu walaupun hati mereka memberontak tak suka umno. Full stop...
Pak Bakar, bila pimpinan rancang sesuatu atau buat sesuatu, bukan untuk dispeculate atau difitnah. Bila keputusan diambil, baru kita kritik kat mana yg tak kena. Nampaknya kifarah Allah terhadap anda dgn kematian anak tidak memberi kesan sedikitpun kepada anda. Bertaubatlah sebelum anda sendiri dipanggil.
Kalau betul apa yang diberitakan sungguh malang. Penyokong dan ahli biasa UMNO dan PAS yang sangat-sangat hendakkan perpaduan tetatpi pemimpin terus hidup dalam perbalahan. Pemimpin mahu PAS bersama DAP tetapi penyokong dan ahli biasa PAS hendak PAS bersama UMNO. PAS semakin lari dari asa-asas perpaduan Islam. Kenapa jadi begini? Mungkin tanda-tanda akhir zaman. Pemimpin bermusuhan kerana politik, kejar keredhaan Allah atau kejar duniawi?
Anon 26, kematian telah tertulis utk setiap insan yg bernyawa. Tak perlu diungkit. Anak kamu dan anak saya juga mungkin boleh mati bila2 masa saja. Allah telah tetapkan tarikh kematian seseorang itu sejak masih di dalam perut ibu lagi. Kalau kamu org umno saya tak kisah dgn kata2 kamu sbb umno itu meLAYU. Islam umno hanya ada pd surat beranak saja. Tapi kalau kamu org pas berkata begini semata2 kerana WALAK pd ketua kamu yg tak berapa bijak tu maka kamu adalah seorang pendukung Islam yg sungguh malang tidak berpijak di bumi nyata. Jgn buat malu sunni yg malaysia bangga2kan selama ni kalau bercakap tak guna otak.
Anon 8.00(30/12),
" bila pimpinan rancang sesuatu..." fahamlah sikit adat dan peraturan berparti atau berjemaah,pemimpin tak boleh sewenang-wenangnya buat "perjumpaan dalam gelap" ikut sesuka hati tanpa merujuk kepada jemaah atau sekurang-kurangnya kepada PAS Pusat.Majlis Tertinggi PAS iaitu Muktamar,sudah 3 kali,menekankan PAS berjuang bersama Pakatan Rakyat.Jangan pandai sangat sebut soal "kifarah Allah" kerana wala membabi buta.Cuba jelaskan pulak apa hukumnya orang yang berbohong kepada jemaah yang juga dikenali oleh orang Kelantan dan Trengganu "pelawok".
Jarum APCO terakhir adalah meracun Pas dari dalam..
Biar timbul 2 kumpulan diantara pro Hj Hadi dan pro Tg Nik Aziz.Perancangan ini sudah diatur seawal Pas dan PR menyambut kemenangan di 5 negeri pada pru12.
Spekulator umno yang telah didedahkan oleh MSO,Pak Bakaq,Tulang Besi,siyasah syariyah dan beberapa blogger ternama langsung tidak diendahkan oleh AJK Pas Pusat.
Teriakan para blogger tidak dihiraukan oleh sebahagian pemimpin atasan Pas.Tetapi disebelah PKR dan DAP masalah ini diteliti dengan serius kerana mereka memfokuskan Pas sebagai Big Brother dalam PR.
Pemimpin utama Pas perlu ingat ,jangan sampai pengundi atas pagar akan melompat ke tempat lain pula pada pru13 nanti.
Warning sudah diberikan pada PRK Bagan Pinang dan Galas.
anon 26,
(1) "bila pimpinan rancang sesuatu atau buat sesuatu, bukan untuk dispeculate atau difitnah."
muktamar pas ke 55 telah memutuskan - memperkasakan pakatan rakyat. muktamar pas ke 56 sekali lagi memutuskan - perkasa pakatan rakyat. kenapa keputusan muktamar ke 55 perlu diulang pada muktamar ke 56? kerana tindakan kepimpinan songsang dari keputusan muktamar ke 55. selepas muktamar ke 57, kesongsangan masih berterusan. spekulasikah rancangan dan perbuatan pemimpin yang masih menunjukkan sikap bertindak tidak selari dengan apa yang parti putuskan? masih boleh diyakinikah mereka2 ini?
(2) "Bila keputusan diambil, baru kita kritik kat mana yg tak kena."
keputusan telah dibuat pada muktamar ke 55 dan diulang di muktamar ke 56. kita tidak kritik dengan keputusan itu. yang dikritik tindakan songsang dari keputusan itu. tindakan yang dibuat bertentangan dengan konsensus dua muktamar. apabila bertindak di luar keputusan yang telah dipersetujui, memang banyak yang tak kena!
keputusan muktamar ke 55 terpaksa diperakukan pada muktamar ke 56 kerana menyedari penolakkan majoriti ahli terhadap kerja buat mereka yang dimulakan dengan 'pertemuan dalam gelap' yang tidak ada siapa pun mengaku. alih2 paklah kata dah 3 kali bertemu.
“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu).” - Ustaz Yahya.
ucapan di atas memperkuatkan lagi kenapa kritikan terhadap mereka perlu dilakukan. ulama 'belawok' bukan satu perkara remeh yang boleh dipejamkan mata. 'belawok' itu dengan sendirinya telah menggugurkan kelayakan seseorang sebagai pemimpin. pas selalu memeprlekankan umno kerana pemimpin yang bermasalah degil untuk meletakkan jawatn dan menjadikan pemimpin jepun sebagai contoh. nah, sekarang giliran ulama 'belawok' mengikuti contoh pemimpin jepun!
saya petik:
Thursday, July 22, 2010
Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?
Apa kata Timbalan Presiden PAS;
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.
link di sini:
http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/07/adakah-pas-dilihat-jahat-jika-menolak.html
artikel ini diterbitkan pada julai 2010. saya tidak pasti bila ucapan "tok guru bukan pas" ini dibuat (saya memang lama hilang minat dengan "tok guru bukan pas" ni).
sekiranya pada julai 2010, ia mengambil masa 2 tahun selepas muktamar ke 55 untuk "tok guru bukan pas" 'memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru." masa terbuang kerana yang difokaskan ialah kerja2 'mendekati' umno yang sentiasa terkini! sekiranya benar episod 24 disember 2010, ia mempastikan keterkiniannya. pertemuan dalam gelap adalah tahap permulaannya. kerajaan perpaduan kedua. persetujuan tgna tahap ketiga. tahap akhir sudah tentunya perlaksanaan.
tahap ke tiga, yang diharap sangat berjaya kerana pengelibatan orang terbesar negara sudah kantoi. tidak sedikit tgna mengecewakan mereka.
tindakan "tok guru bukan pas" selama 2 tahun tidak mencerminkan ucapan beliau seperti di atas.
“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu).” - ustaz yahya osman. inilah gambaran di mana pas berada bagi mendepani pru13 dan muktamar ke 58 (2011)!
tgna telah pun menyatakan bahawa muktamar tersebut tidak akan ditangguh walaupun dalam keadaan menghadapi pru13. angka 13 ini tidak akan menyenangkan banyak pihak. muktamar pas ke 58, dicampur 5 dengan 8 jadi 13!
wallahu'alam.
Nasha ni dah kerap sangat berbohong. Aku tak percaya langsung kat dia ni ......
puak pas ni gla babi dah.
Islam berpecah terok di zaman muawiyah ini kan pulak PAS alahhhhai.Mari kita hukum mere mereka ini pada muktamar tahun depan ,Hadi Awang,Naza,Stopa Ali,Hasan Ali ,Azizan Razak just Fu""k off you are too much
kepada semua yg bukan ahli PAS kat sini...ataupun ahli PAS tapi tak pegi muktamar...ketahuilah bahawa keputusan muktamar di IPOH, Shah Alam dan KB dulu menegaskan akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat DAN DAN DAN DAN DAN meneruskan sebarang usaha engagement dgn mana2 pihak untuk kebaikan Islam.
Amaran kapada ahli-ahli PAS,
Rakyat semua maklum UBN dipimpin olih pemimpin yang dah masuk suku maka otak dia dah tinggal tiga-suku.
Ahli-ahli PAS jangan terpesong mengekalkan pemimpin-pemimpin yang jugak tergila-gila nak masuk suku sejak kebelakangn ini...kalau dibiarkan maka PAS juga akan jadi parti
yang dipimpin olih pemimpin berotak tiga-suku.Lakukan lah perubahan dalam PAS sebelum
bercita-cita untuk melakukan perubahan dalam pemerintahan negara yg tercinta ini.
Pakmat dah tak tahan sangat dah tinggal dalam negara kubangtaik ni, jangan lah pemimpin-pemimpin PAS yang diberi amanah pada hari ini nak mengheret PAS terjun sekali lagi dalam Kubangtaik UBN.Seperti kata Penarikbeca, aku juga golongan miskin yg
tak berduit untuk bawa anak cucu lari keluar dari negara ini walaumacamana busuk sekalipun kerja-kerja khianat yang dilakukan olih pemimpin-pemimpin ber-otak tigs-suku tu...
Lawan Tetap Lawan...Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!
aku lagi tak pecaya kat penarik beca
Ah..tak ada bab lain le tu.....mesti le beb otak assobiyah ketuannan/kuasaan Melayu le yang kononnya di perjuangkan oleh "penipu-penipu" dari kedua-dua belah pihak dalam tiap2 pertemuan gelap mereka (ug-pas & umno)..tak kisah le dimana pun perjumpaan nya. Ramai geng ni ...kat Kedah pun ada...tanya le MB Kedah...ha ha...YB Mahfuz tahu le cerita nya.
Betul le species Melayu ni....BODOH dan GILA DUNIA, suka bersubahat dengan iblis (dan kuncu2 nya...salah satunya Umno, yang akhirnya akan menghancurkan Melayu secara TOTAL). Alasan bila ditanya kenapa bersubahat dgn Umno...jawapan bodoh nya..."strategy kelangsungan kuasa politik Melayu". Ha ha ha....ingat kan islam di dahulu kan, rupa2 nya MELAYU yang di utamakan. BETUL KE MELAYU=ISLAM...RASANYA RAGU2 LE.
ini memang kerja syiah untuk memecahbalahkan ahli sunnah.
kepada semua yg beri komen tu..janganlah percaya khabar yg dibawa oleh orang syiah...tunggulah kenyataan TGNA.
Fatah dan MSO pun shiah juga ke?
hancur PAS hancur....dah cacamerba buat hukum sesuke hati ikut selera ulama serban tajam
kembalilah kepangkal jalan seperti PAS yg sebelumnya bergabung dengan DAP kapir harbi.
SELAMA NI YANG KITA LAWAN TENTANG SIANG MALAM ADALAH UMNO. 12,2012 TAK LAMA LAGI SAMA2LAH BERJUANG MENGHADAPI HARI 'DOOMSDAY' 2012. CARILAH DAN SIAP SEDIALAH DENGAN BAHTERA PENYELAMAT SEBAGAIMANA NABI NOH MENYEDIAKAN BAHTERA UNTUK MENYELAMATKAN MAKHLUK DARI BANJIR DUNIA.
Bila abg Haji amat-amati, mmg sejak dahulu lg PAS dan UMNO saling urat-mengurat utk berumahtangga. Ada kalanya berunding di dlm gelap, ada kala di dlm cerah. Buat masa la ni, pernikahan antara UMNO, MCA, MIC dll masih lg sah, manakala pernikahan antara PAS, PKR dan DAP juga masih sah. Kedua-dua golongan ini mengamalkan nikah campur mengikut prinsip PANCA SILA seperti yg diamalkan di Indonesia. "Enti nikah dgn ana saja dan ana tak paksa enti masuk Islam asalkan kita harmoni. Kalau enti xpuas hati ttg Islam, jgn jerit2 di luar rumah. Enti masuk ke dlm rumah, ana akan jelaskan." Itu pd teorinya saja. Semenjak dua menjak PAS kawin campur dgn non-Muslim,nada slogan penubuhan negara Islam tidak garang lg seperti dulu. Kalau dulu sblm zaman lahir PR, pemimpin2 PAS hidup dlm keadaan kekurangan, tp kini stlh lahir anak mereka iaitu PR, kini segalanya berubah. Masing2 bergaji. Sebagai MP, ADUN ataupun dua dlm satu. Nak berdemo pun dah lemah lutut takut nanti kalau sabit kesalahan, silap2 jawatan MP/ADUN melayang.Gaji pun terbang. Kalau dulu pak2 kiyai PAS sering menyanyi-nyanyikan hukum 'haram mengangkat org kafir sebagai pemimpin', misalnya kita haram pangkah calon bkn Islam. Tup2, kini dah senyap sepi. Dulu pakai Qurang mane? Le ni pakai Qurang mane pulak? Kesiang pade ahli2 yg ikhlas berjuang tanpa mengharapkan balasang di dunia. Ikutlah jejak positif Ustaz Naka'i bin Hj.Ahmad yg dgn gentleman pergi meninggalkan PAS berseorangan. Kalau nak terjun lubuk, terjunlah sorang2. Jgn ajak kami. Kami dah tau nilai yg mana ulama' yg mana ular dlm semak.
-Haji Rashid-
jenuh kalu gini....
umno hanya perlukan pas sekarang , kalau bergabung selesai , bn menang selesa , biarkan pkr dan dap sebab kalau pas tak digabungkan dengan umno , walau bn katakan boleh menang tapi sangat tak selesa tapi kalau bn gabung pas sama je la kita sokong bn sekarang tanpa pas , apa bezanya , pas kena kencing kaw2 je la , maka untuk menyelesaikan ini pas skrg kena ada presiden baru - pilihlah samada mahfuz , mujahid , husam , khalid samad @ abang sabu , pilih yg bukan ustaz , sebagai pemecah tradisi kerana buat masa ni kerana yang geng ustaz @ ulama lembik dan lemah , malah kadang mata duitan ...
gabungan ini untuk melayu?? , kelakar bengong korang , macamana orang yang selama ini sapu kaw2 milik semua orang melayu korang nak percaya menyelamatkan melayu, lagi menjahanamkan ada le ngok !! , bagi lapis generasi baru bina melayu balik ...
anon 36 kata:
"akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat DAN DAN DAN DAN DAN meneruskan sebarang usaha engagement dgn mana2 pihak untuk kebaikan Islam."
saya melihat kalangan yang mempertahankan “terus berbincang dengan semua pihak termasuk umno” lebih dari “memperkasakan pakatan rakyat” adalah pengikut yang tersasar dari perjuangan. saya mempersoalkan kenapa “memperkasakan pakatan rakyat” mesti ditambah dengan “dan terus berbincang dengan semua pihak termasuk umno”. bagaimana mungkin pas boleh ada dua objektif? justeru perkembangan seterusnya menunjukkan bagaimana pas bergerak untuk menghadapi pru13. dalam “memperkasakan rakyat” pas turut juga “meneruskan perbincangan dengan umno”! ke mana hala tuju pas? keadaan ini tidak sedikit mencelarukan pas serta menghakis kepercayaan rakyat yang mula diberi kepada pas. Inilah akibat yang pas terima kerana terus mengagong2kan pemimpin yang berbohong!
dan sejak bila pula pas melihat islam itu tidak baik sehingga memerlukan pas "meneruskan sebarang usaha engagement dgn mana2 pihak untuk kebaikan Islam"?
wallahu'alam
Daripada kami nak terperheluih dalam lubang Umno kali kedua, kami lebih rela terperheluih dalam lubang jub*q Anuaq Brahi..auww!!!!
*teringat aku muka happy Mat Sabu buat ceramah Al-Juburi suatu ketika dahulu....
Heran yek. Ngapa pertemuan itu bukan rundingan Umno-PAS? kalau bukan apa tujuan pertemuan tu sampai libatkan Agong dan PM dan TPM? Takkan saja-saja makan kot. Atau gian nak makan sama Agong, PM dan TPM? Huh dalam dunia IT nih, kalu nak membohong pun biar ada rasionalnya. kalu tidak kantoi.
TGHA dah nafi pertemuan tu bukan runding PAS-UMNO? Tapi dia tak bagi tahu pulak apa tujuan sebenar pertemuan itu. Takkan saja-saja. Yang datang semua orang besar-besar dan hebat=hebat. Mesti ada bincang hal yang hebat. kalau tak dijelaskan, salahkah ahli PAS yang buat persepsi, nak kata itu dan ini. Pemimpin sendiri yang cipta ruang untu orang FITNAH dia. Yang teruk imej PAS terjejas.
Oleh itu, semua AJK PAS Pusat kena beranilah bincang dalam Mesyuarat JK PAS Pusat nanti. Janganlah takut-takut, segan-segan atau malu alah dengan Presiden. Tanya terus-terang apa tujuan pertemuan itu. Siapa yang atur? Mengapa Tok Guru Nik Aziz dipasnggil saat akhir dan tak diberitahu mauduk pertemuan? Ini kena jelaskan kepada JK PAS Pusat.
Jelaskan juga beberapa pertemuan sebelum ini yang diusahakan oleh cendikiawan Melayu menara gading dgn PAS. Atas nama Melayu macam mana yang PAS nak prihatin sangat dengan Umno nih? Jelaskan juga siapa pemimpin PAS yang terlibat? Dalam satu pertemuan Nik Abduh juga dipanggil, kenapa?
gat lorong hj taib
elokla pak bakaq...lepas hang fitnah ustaz nasha senang2 ja hang mintak maaf....hang baca balik komen2 kat sini yg caci maki, hilang keyakinan la kat tok guru presiden dan timbalan presiden...
sebab tu org yg suka fitnah ni memang dajal...aku harap hang insaf!
komen2 kat atas yg turut maki hamun pres. dan timbalan tu bila pula nak mintak maaf?
Salam,
Kalau saya kata org PAS bodoh jgn marah.. tapi nampak gayanya memang macam tu. Belum apa2 dah gadoh sama sendiri. Ingat lah sikit gula dan minyak masak tak ada atau payah nak dapat. Pikir la cam ne nak bagi org senang...
Janji air 20m3 percuma di selangor amacam. Tau tak berapa ribu penghuni rumah flat belum dapat lagi. Kalau ada masalah pikir la ... kata pandai sangat. Ini tidak kelahi sama sendi.. cam ne nak perintah negara????
Oran PAS tau ke mungkir janji tu munafik?
perpaduang dgn umno adalah benda yg paling bodoh pas lakukan jika dilakukan , cukuplah dgn yg dah terjadi zaman the legend dato asri ... tapi aku rasa takkan terjadi benda tu , kalau terjadi pas confirm pecah dua , tapi takkan berlaku la perpaduang tu