Sedap!! Klik gambar di atas!

Siapa khianati bangsa?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:
"Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat" (lihat Malaysiakini hari ini "PM: Pihak tuduh Felda bankrap pengkhianat bangsa").
Mengapa "jangan sebut"? Felda bukan syarikat milik peribadi. Malah, kalau saya ada syarikat sekalipun, saya terpaksa bersikap telus tentang jumlah aset saya, sekurang-kurangnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Adakah Perdana Menteri bersetuju supaya "jangan sebut"? Kalau dia tak setuju, mengapa dia nyatakan perkara itu dalam ucapan terbuka sehingga memberi gambaran bahawa dia menyokong tindakan "jangan sebut" itu. Kalau dia setuju, adakah dia tak sedar bahawa Felda adalah perbadanan awam? Felda mesti telus. There is no such thing as "jangan sebut".

Dan, tak bersikap telus bukankah lebih mengkhianati bangsa?

Saya percaya, pihak yang yakin dan mempunyai bukti, termasuk bukti yang telah diterima oleh mahkamah, bahawa para peneroka Felda ditipu dan ditindas akan meneruskan perjuangan mereka.

Bagi saya, kenyataan Najib menambahkan lagi ketidakyakinan saya kepada beliau dan Umno Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya. Sebab itulah semalam, apabila saya terlihat tajuk muka depan Berita Harian, "Perang rasuah positif", saya tidak percaya.

Boleh jadi orang bertaraf rendah, miskin dan jongos seperti saya ramai yang diambil tindakan (memang saya miskin sehinggakan apabila anak saya, Muhammad Sadiq, 16, kembali ke sisi Allah s.w.t. Sabtu lalu, ada kawan-kawan yang berkata "Apa nak jadi dengan bakaq [maksudnya, macam mana saya nak uruskan pengkebumian anak saya]? Dia tu tinggal Allah dan Rasul ja [maksudnya tak dak duit]" . AlhamduliLlah, Allah mendorong ramai yang sudi memberi ihsan).

Boleh jadi juga orang yang hendak dimodelkan bagi menayang-nayangkan kononnya kerajaan sunguh-sungguh melawan rasuah, seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, didakwa di mahkamah.

Tetapi, bagaimana dengan kes-kes lain? Apabila bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendapat projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion di zaman Najib menjadi menterinya, adalah ia merupakan transaksi yang telus dan bersih? Di Dewan Rakyat, ketika perkara itu didedahkan, puak backbencher BN hanya sekadar menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan perkara yang sama ketika ia berkuasa. Tidak ada seorang pun yang Ahli Parlimen BN yang tampil membela Najib dari sebarang amalan buruk.

Kita lalu tertanya-tanya, adakah asal kepala Umno ja, mesti buruk kelaku?

Baru-baru ini, saya mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS dahulu. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga mengakibatkan MAS rugi besar sehingga lebih dari RM8 bilion? Siapa di belakang dia?

Saya sebut dua contoh ja. Banyak lagi kes besar yang lain. PKFZ, pembelian Sukhoi dan Scorpene, pembantaian Wang Ihsan, senaraikanlah sendiri.

Sebab itulah saya tak percaya propaganda haprak kononnya perang ke atas rasuah dan penyelewengan kian positif. Adakah saya tak percaya kerana yang kononnya berperang itu Umno BN? Tidak. Bukan kerana itu. Bukan sama sekali. Kalau PAS atau parti lain yang buat, adakah saya percaya? Juga tidak. Tidak sama sekali.

Parti mana pun yang memerintah, selagi tak dilakukan institutional reforms ke atas kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan-badan seumpamanya, saya tak percaya. Selagi badan-badan yang dah lunyai sakan disalahgunakan tidak diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen, parti mana memerintah pun saya tak percaya.

Marilah kita bercakap tentang kepentingan rakyat dan kepentingan anak cucu kita yang akan tinggal dalam negara ini. Tak payahlah nak cerita mana-mana parti macam bagus sangat. Semuanya, terutama Umno BN, adalah mudharat kepada rakyat. Kalau terpaksa memilih, kita hanya boleh memilih mudharat yang kita yakin paling ringan. Setakat itu ja pilihan yang ada.

Berkaitan:
Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa (Malaysiakini 10/12/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saudara Penarik Beca,

    Saya tak faham la perangai saudara, mesti ada je yg tak kena. Sentiasa bersikap buruk sangka. Najib cakap begini salah, begitu salah. Felda tipu peneroka ..? Sudah lah dengan propaganda BASI tu..! Hanya peneroka yang malas & gagal saja yang akan mengatakan Felda menipu..! Yang rajin & bekerja keras tidak akan kata begitu kerana ramai rakan-rakan saya yang berjaya datang dari Felda dan mereka berterima kasih dengan Felda yang telah memberikan peluang ekonomi yang luas kepada mereka utk berjaya..!

  2. Betul tue Pak Bakaq... susah orang nak percaya nih...

    Lagi satue... harap tak terlambat untuk mengucapkan takziah atas pemergian anakanda tercinta... Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa beliau dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh...

  3. Welcome back pak bakaq...

  4. Kalau peneroka yg saman Felda kerana menuduh Felda menipu itu gagal dan malas, kenapa kes mereka menang di mahkamah?

  5. Salam pak bakaq,
    Wikileaks dedahkan bahawa Singapore kata pemerintah(UMNO/BN) incompetant.
    Insaf lah wahai Melayu2 yang UMNO dan undi UMNO.!!!

    Saya tompang menagis atas kehilangan anak Pak Bakaq.
    Saya juga menangis mengenangkan incompetantnya pemerintah UMNO/BN dan mereka2 yang undi UMNO/BN.!!!

    Ayoh kita gulingkan sahaja UMNO/BN.!!!

  6. aku setuju, kalau para peneroka dah berjaya membuktikan penipuan pihak pengurusan FELDA dalam mahkamah, apalagi lagi alasan yang nak diberikan untuk meneruskan kerja kerja songlap-menyonglap wang para peneroka tu..........

    jangan jadi macam JKKK kg kubangtaik ni, hari hari hidu bau taik dah tak tau nak bezakan yang mana wangi yang mana bau taik!!!

  7. Pak Bakaq,
    Saya turut bersimpati dan mengucapkan takziah atas pemergian anakanda tersayang saudara. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

  8. pergh....rindunya gua pd tulisan pak bakaq..
    welcome back Sir!

  9. bukan Felda yang salah.... yang menguruskan felda yang tak tahan tengok duit banyak yang patutnya peneroka terima... dah orang kita apa yang dapat tu ... itulah aje... hak lain yang orang kebas tu macamana? kalau tahu nak halalkan satu hal... kalau tak tahu?... kena tipu?

  10. pergi jahanam sama umno ....budak sentul..umno hampes...

  11. Salam Bang Bakaq,

    Takziah kepada tuan dan keluarga atas pemergian anakanda yang tersayang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dari Allah swt.

  12. tajuk tak betul la la pak bakaq soal bangsa bukan dasar perjuang kita perjuang kita adalah islam hang ni tu pun tak faham2 camna kita nak menang berjuang kalau kita tak faham apa yg nak kita jerit2kan. hang aku nak habaq ni kalau kalut nak perjuangkan bangsa pi joint umno.

  13. Najib tu main2 ja nak perang rasuah.

  14. Sekali dinamakan MANUSIA.....siapa yang tak suka kepada wang ringgit?????????. Kalau siapa yang tidak sukakan kepada Wang Ringgit dia tu adalah.........bukan manusia. Tak payah lah kita nak mengata orang... lihat diri sendiri.... baru lah kita cerita mengenai orang lain.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008