Sedap!! Klik gambar di atas!

Membabi-buta kerana Najib dan Anwar

Wikileaks mendedahkan pegawai-pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim "masuk perangkap seks" (lihat Malaysiakini 12/12/10 "Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY"). Wikileaks juga mendedahkan bahawa pegawai-pegawai perisikan Singapura percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada pilihan melainkan terus berkuasa untuk mengelakkan pendakwaan ke atas dirinya berikutan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Bagi mereka, nasib politik Najib terus dihantui oleh skandal pembunuhan itu. Najib juga digambarkan sebagai oportunis yang tak ragu-ragu serta sanggup menjadi lalang (lihat The Age 12/12/10 "Top Singapore officials trash the neighbours").

Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.

Di pihak Anwar, mahkamah kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan beliau terlibat dalam salah laku seks. Di pihak Najib pula, terlalu ramai yang mendakwa bahawa mereka melihat dengan amat jelas bahawa proses pendakwaan negara ini berusaha bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk tidak mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tahniah, Datuk Seri. Beruntung sungguh Datuk Seri.

Apa yang nyata, orang hadapan atau front man di kedua-dua pihak, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dilihat terpalit dengan skandal. Mereka mungkin bersih, tetapi ramai yang tidak melihat mereka bersih.

Tetapi bagi saya, yang lebih tidak bersih ialah orang-orang yang 'asabiyyah dengan kedua-dua pemimpin itu yang membela mereka membabi-buta. Beberapa pengunjung dalam blog ini selalu menyifatkan saya menuduh Najib membabi-buta.

Najib tak terlibat dengan kes Altantuya, kata mereka. Najib tak sapu duit dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene. Najib bersih sebersih-bersihnya dari apa jua yang dituduh kepadanya. Macam la mereka maha mengetahui seperti Allah s.w.t. Mereka tidak sedar bahawa mereka juga membela Najib membabi-buta.

Setakat yang terbaik yang saya dapat ingat, saya tidak tuduh. Saya hanya membangkitkan persoalan. Membangkitkan persoalan bukan menuduh. Kalau persoalan dijawab dengan baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan, tentulah saya akan melihat Najib bersih. Setakat ini, saya belum mendengar jawapan seperti itu.

Saya membaca jawapan Najib di Parlimen, di dalam ucapan terbukanya dan saya juga membaca ayat-ayat mirip pembelaan dari isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar di atas) serta pembelaan berapi-api dan gila-gila pak yet-pak yet mereka. Semuanya menambahkan persoalan dan pertanyaan. Saya tidak boleh memaksa hati saya supaya jangan ada rasa tak percaya. Tak upaya saya.

Dalam masa yang sama, saya juga tertanya-tanya, mengapa Anwar dan PKR (lihat Malaysiakini 12/12/10 "PKR terkejut 'konspirasi' Singapura terhadap Anwar") tidak memberi jawapan yang lebih baik dari jawapan Najib, Rosmah dan pak yet-pak yet mereka ketika membela Perdana Menteri yang dilihat penuh baggage itu? Adakah Anwar dan PKR tak tahu bahawa Najib tidak dipandang bersih kerana kegagalan teruk beliau, isterinya serta pak-pakyet mereka memberikan jawapan yang baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan?




Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. sikap assobiyah di kalangan pengikut/penyokong itulah yang harus dikikis. tapi itulah budaya politik Malaysia - ramai yang malas berfikir dan berusaha, hanya bergantung nasib dan menumpang 'kejayaan' pemimpin-pemimpin, tak kira peliwat, pembunuh dan/atau perasuah yang memperalatkan dan membodohkan mereka.

  2. PAS keluarlah dari Pakatan Rakyat. Kalah pilihanraya pun tak apa tapi jangan bersengkongkol dengan sesiapa sehingga tersasar dari perjuangan asal.Datuk Mustapha PAS kata dalam Malaysian Insider, penubuhan negara islam bukan satu isu Pakatan Rakyat, seperti suara Dr.Dzulkifli Ahamd PAS KUala Selangor. Apa nak jadi PAS?

    Tak nak masuk BN pun tak apa, tetapi harus berhati-hati kerana PKR dan DAP hanya akan menghancurkan PAS.Pemimpin PAS sayang kat Anwar dan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, tetapi adakah begitu juga perasaan penyokong PAS? Yang duk bising kalangan ahli PAS menyokong Pakatan Rakyat itu ialah yang aktif politik tapi yang lain terutamanya yang bukan ahli bagaimana? PAS sekarang dah bertukar dari perjuangan agama kepada lebih bersifat nasionalis ala DAP-PKR. Sama-sama asabiyah .

  3. bodoh punya tua kutuk

    anak sendiri dah kena cabut nyawa tak insaf-insaf lagi

    takkan insaf masa anak hang mati ja kot bakaq?

    insaf la bakaq sebelum hang kena bakaq dengan api neraka

  4. assalamualaikum...
    minta tolong sahabat link kn blog ini
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

  5. Buat Anon3 11.27.00 am.
    Apa yang pak bakaq kata kat hang sampai hang jadi macam org yg kurang siuman. Tak boleh ke penyokong tegar UMNO atau wakil yg dihantar UMNO untuk membaca blog dari kalangan mereka2 yang ada sedikit ilmu bagi memberi imej yg baik buat parti UMNO. Kesian aku tengok, bukan setakat pembaca blok, yg tak suka baca lansung, atau yg memang tak jenis tak suka baca apa-apa, bila bersembang dikedai2 kopi, macam bebudak tadika. Geleng kepala. Nak nyampok pun kawan2 sekampong, nanti malu la pulak dia. Dalam banyak bab dia ok, tapi tang bercakap dan berpendapat, mak oii, kesian gila. Lebih kurang anon3 la. Bila nak pangkah tak reti, nak berbahas malas brfikir, maka hasilnya juga macam anon3. Kesian kali ke 2. Mad Baling.

  6. Wikileaks: Brought to you by the CIA.

    Salam to all,
    Kerajaan New World Order (NWO) yang di dalangi oleh gerakkan Illuminati Dajjal akan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menipu (deception) manusia di dunia ini. Wikileaks adalah salah satu daripada cara2 "deception" Illuminati Dajjal. So,amat penting untuk orang ramai mengetahui rancangan2 jahat NWO, supaya kita tidak TELAN BULAT2 berita2 dari Wikileaks, Mainstream Media (MSM) dan juga berita2 dari kerajaan2 yang bersubahat dan menyokong Dajjal untuk membentuk sebuah kerajaan baru "NWO" di dunia ini. 2011>2020 adalah tahun2 yang penting utuk kerajaan baru "NWO".

    PLEASE VIEW THE VIDEOS BELOW "TO SEE THE BIG PICTURE".TQ

    VIDEO
    Wikileaks: Brought to you by the CIA
    http://www.brasschecktv.com/page/988.html

    VIDEO
    Is WikiLeaks A CIA Operation? 1/3
    http://www.youtube.com/watch?v=brGAgrxscOg&feature=relate

    Is WikiLeaks A CIA Operation? 2/3
    http://www.youtube.com/watch?v=IAcR8bqVnIk&feature=related

    Is WikiLeaks A CIA Operation? 3/3
    http://www.youtube.com/watch?v=YDrDWQda00o&feature=related

    If We Lose our Internet Freedoms Because of Wikileaks, You Should At Least Know Why
    http://globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=22371

    Wikileaks - A Big, Dangerous US Government Con Job
    http://www.rense.com/general92/lks.htm

    SINGAPORE...HA HA HA..."ARE ONE OF THEM"...JUST LIKE THEIR BIG BROTHER (USA).. MEMBERS OF "THE SATANIC ILLUMINATI NWO / NEW WORLD ORDER".

  7. Akhir zaman.........fitnah merajalela.....org awam spt kita x tau yg mana betul dan yg mana fitnah..........
    hanye dgn berpegang kpd huklum islam.......seseorang itu tidak bersalah sehingga di buktikn bersalah di mahkamah.........
    persoalan nye bagaimana yg di katakan "mahkamah".......???????

  8. anon#3,

    jemputlah tinggal di kg.kubangtaik kami (kubu kuat UBN) sebab kat sini semua dah jadi gila macam engkau,hari-hari cium taik UBN sampai dah tak tahu nak bezakan yg mana bau taik yang mana bau minyak wangi.

  9. Iran lebih mengetahui siapa Wikileaks.Aku percaya Abang Jad tu.

  10. pergi mampos la umno....budak sentul

  11. Buat apa nak tinggal dekat Kg. Kubang Taik. Selalu nya depa pi cari lubang taik, banyak yang dah terperangkap. Termasuk yang berahi.

  12. melayu main politik ,gaduh sana sini sama melayu,kerja gaji ciput je,tak de kerja jadik cikgu KPLI,JQAF,DPLI,cina dan india juga untung,semua yang dituntut semua dpt.dikelantan penagih dadah makin ramai ,jenayah ragut,rompak,hiv aids berleluasa tu dibawah tok guru,di tempat lain kl contohnya mmmm ank melayu 2kali 5 dengan di kelantan merempit,meragut ,dadah dan ,hiv aid,maksiat haprak.mana wakil melayu...wakil india mic timbalan menteri dpt juga jadikan briekfiled maju untuk orang india.wakil cina MCA s/u parlimen kem wilayah jadikan petaling street untuk cina....melayu di manaa...semua nganga...

  13. Najib sudah bersumpah. Anwar enggan bersumpah. Bersumpah atau tidak bukan bukti seseorang itu bersalah atau tidak. Tetapi dengan bersumpah, seseorang pemimpin itu berani membuat pengakuan akan tuduhan terhadapnya.

    Mudah sahaja, adakah berdosa, ya ADAKAH BERDOSA sekiranya Anwar melakukan sumpah laknat demi menyatakan kebenaran?


    Sudah terang lagi bersuloh. Pak Bakaq tak pernah bersumpah kah seumor hidup?


    Cuba bayangkan senario terbalik, iaitu Anwar sudah bersumpah tetapi Najib enggan bersumpah hingga ke hari ini. Saya sudah dapat menjangka bagaimana Pak Bakaq dan penyokong2 Anwar akan berkokok siang malam.

  14. Membabi-buta kerana Najib dan Anwar?

    Tidak perlu Wikileaks atau Lee Kuan Yew lah.

    Yang penting berani bersumpah kerana benar, tidak berdosa pun bersumpah jika benar.

    Bukti pertuduhan, biar mahkamah meneruskan perbicaraan, tak perlu tunda2 atas sebab teknikal. Pak Bakaq pun nampak dalam hati dan kepala otak bahawa yang ditunda2 bukan kerana intipati kes tetapi kerana hal2 yang tiada kaitan dengan kes.

  15. http://ahmadisufi.blogspot.com/2010/12/shiites-security-threat.html

  16. Hoi Anonymous 13 Disember 11.27 am. Bodoh nak mampus punya org.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008