Sedap!! Klik gambar di atas!

Mahfuz Omar letak jawatan

Pukul 6.36 tadi, saya terima sms di bawah. Saya salin semula tanpa edit:
Salam pak bakaq, ada berita yang diperbincangkan di kalangan komuniti kontraktor. Khabarnya IJM Bhd dapat kontrak drpd Kedah Sato Sdn Bhd (Kedah GLC) untuk projek Kolej Universiti Insaniah berjumlah lebih kurang RM180++ juta. Katanya BOD meeting diadakan pada hari Ahad (27/12/10) di KL Hilton & LA keluar pada hari yang sama. Khabarnya juga, IJM Bhd tidak participate dalam tender tetapi dianugerahkan juga projek ini! Minta pak bakaq tolong check, adakah perkara seperti ini boleh berlaku di bawah pentadbiran seorang ulamak?! Tq.
Selepas itu, saya call Mat Korporat itu. Saya kemudiannya diberitahu bahawa Haji Mahfuz Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

Walaupun saya boleh call Mahfuz untuk mengesahkan perkara itu, saya malaslah. Tak dak guna pun. Kalau hampa nak sahkan perkara itu, hampa pi tanya dia sendirilah. Lagu mana dia nak bersilat lidah nak cover Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato itu, itu dia punya fasal.

Saya sejak beberapa bulan lalu berkempen supaya kita berfikir sebagai rakyat. Berfikir untuk anak cucu kita yang akan tinggal dalam negara ini. Mana lagi depa nak pi. Kalau kaya pun, belum tentu depa nak migrate.

Saya berkempen supaya kita berfikir sebagai rakyat. Bukan sebagai penyokong mana-mana parti. Amat merbahaya kalau berfikir sebagai penyokong mana-mana parti. Takut nanti kalau orang parti lain buat, kita bantai. Kalau parti yang kita sokong buat, kita pi jadi lawyer tak berbayar untuk parti yang kita sokong. Membela perbuatan yang tidak betul. Membantu gang kita melakukan kezaliman. Itu 'asabiyyah namanya - membantu saudaramu atas kezaliman.

Amalan yang tidak betul boleh berlaku. Kita tak patut berdiam diri jika rakyat yang menjadi mangsa. Saya bagi contoh. Katakanlah di sebuah negeri antah-berantah. Negeri malang itu pula dipaksa menanggung biawak hidup, iaitu syarikat pembekal air yang tak puas-puas menjadi lintah darat dan mencekik darah rakyat dengan mengenakan bayaran yang tinggi untuk perkhidmatannya.

Tiba-tiba, lintah darat itu dilaporkan telah menghulurkan berjuta ringgit kepada ahli politik tertentu untuk menerbitkan akhbar yang diambilalih oleh puak ahli politik itu. Persoalannya adakah lintah darat itu baik sangat dan duduk tak duduk nak bersedekah kepada ahli politik itu menerbitkan akhbar yang diambilalih juak-juaknya? Adakah sumbangan itu bukan rasuah?

Syarikat pembekal air itu cekik darah rakyat dengan penuh nafsu dan penuh kejam dan ia pula tak disenangi oleh rakyat dan kerajaan negeri antah-berantah itu. Mengapa ia sanggup jolok ahli politik tersebut yang berada dalam kerajaan negeri antah-berantah itu dengan duit begitu banyak?

Ah, ahli politik duit berterabur. Rakyat menggelupur!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Nampak gayanya takdak peluang laa kontraktor melayu kelas F nak cari makan sama. Pasainya dengar cerita IJM dapat kontrak "total sub".

    Cenangau

  2. ramai lebai malang pru 13 nanti

  3. mana boleh komen..Kedah negeri dibawah Ulama. Semua dia buat adalah maksum. tak salah lah. Ulama OsTaz Azizan ulama yg mulia. Nak komen kena komen baik-baik saja. Mahfuz tak berani nak menentang Ostaz Azizan sbb tu dia letak jawatan, lari dan bertempiaran kerana kegarangan panglima azizan...umpama pejuang yg lari dr medan peperangan. perang belum bermula, baru kedengaran azizan berdengus, sudah cabut lari. Hanya jadi hero waktu demo shj. Gah di arena pentas ceramah road show, lembik di medan peperangan...sememangnya lelaki dayus. PAS pusat sepatutnya melantik org yg berakhlak tinggi untuk memerintah KEdah, bukan seorang egois dan yg mengamalkan nepotism dan tidak menerima teguran dari peringkat bawah. Mungkinkah PAS kedah akan berkubur di PRU 13? Kita saksikan shj thn depan ye

    Anti Lebai Loqlaq

  4. Salam dan selamat malam Pak Bakaq..

    Dari episod suka dah beralih pada episod duka nampaknya pada kepimpinan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Azizan Razak.

  5. Anti Lebai Loqlaq

    Letak jawatan juga satu penentangan. Lebih berani dan tidak dayus dari yang semata-mata setakat menghantar komen dengan nama samaran...

  6. Alangkah malangnya Pas Kedah. Berjuang dari tahun 51. Bila menang dlm tahun 2008, Umno yg jadi MB dan perintah...

  7. Setuju dengan pendapat di atas, kita menyokong kepada perkara yang baik untuk rakyat, untuk kita semua, untuk anak cucu kita, bukan menyekong untuk kepentingan calon. Jika calon tak betul, meranalah anak cucu kita

  8. Salam pak bakaq,
    "Syarikat pembekal air cekik darah rakyat sanggup menjolok ahli politik dalam kerajaan negeri antah-berantah"

    Pak bakaq ini sudah serious pak bakaq ,,? sebahagian ahli politik atau seluuruuuh nya !!

    Pendek kata Kalau dah sayang ke umno masuuk jer lah dalam parti tuu tak payah nak berselindung dgn PAS !!! Nanti ada satu menteri yg akan letak jawatan kerana masalah kesihatan !! masuk lah cepat !!!

  9. jhon labu hang BANGGANG...

    KALAU NAK KOMEN BACA SAMPAI HABIS ...BIAR FAHAM.
    TAK LAH KOMEN SAMPAH MCM NI.

  10. pak bakaq, bila org sebut negeri antah-berantah, maksudnya negeri sembilan, tapi cara cerita ni macam sgor. yang mana yng pak bakaq maksudkan? atau memang contoh yang tak ujud?

  11. X CNFORM PUN LGI MAKLUMAT NI, DAH DOK PAKAT2 MELATAH MCM BABI KEPANASAN...APA KESSS...

  12. hari Ahad, 27/12/10 atau 26/12/10..?

  13. Salam Pak Bakaq,

    Mahfuz dah tunjukan protes dengan meletak jawatan Pengerusi Kedah Sato.

    Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan Azizan dan Amirudin.

    Projek KUIN itu telah diberikan pada IJN walaupun IJN tidak masuk tender dan IJN tak beli pun borang tender tersebut.

    6 company yang beli borang tender untuk KUIN telah ditipu hidup hidup,1 borang $2,000.00 ringgit Malaysia.Masa depa habis mengisi borang dan membuat estimate lebih kurang 3 minggu untuk projek bernilai 45 juta.

    Perkara ini lambat laun akan disiasat oleh SPRM.Kita tunggu dan lihat kata orang puteh wait and see.

  14. Apa lah bacul punya pemimpin. Kalau dah dalam anak syarikat sendiri pun tak mampu berjuang nak tegakkan yang hak, macammana la hangpa nak printah negara. Sama sendiri pun tak mampu nak berjemaah, bila mai tang bab duit, terus jadi bangsat.
    Bangsa jenis tak mengaji, orang lantik jadi pemimpin, jadi macam ni la. Senang saja kena kelentong dengan Amirudin dan geng mamak Jahubar Sathik. Orang Pas memang bacul.

  15. Mereka ini kejo hamsen, patut bagi-bagi lah jangan makan sorang. Kan dah menjadi amalan orang Isle di Malaysia ni, dia pandai bahagian ini je, nak buat sendiri tak reti. Semua nak untung atas angin je kebas duit rakyat lepas itu bertopengkan Isle. Masuk neraka jahanam semuanya.

  16. pak bakaq ni anak dah mati pun, tak insaf-insaf juga

  17. Bukan cerita baru ...dah lama dah..sila rujuk...http://www.helangkedah.blogspot.com

  18. KEPADA:
    Anonymous said...
    Thursday, December 30, 2010 3:26:00 PM GMT+08:00

    TUHAN KAU PASTI BUKAN ALLAH....

  19. Hang bakaq dulu dok fitnah arifahmi rasuah dan TGNA skrg diorang tak bersalah tak nak minta ampun ke...kalau nak mintak maaf tu kena la buat terang2 dalam blog.. bukan senyap2 sebab hang dah finahkan diaorang dalam blog hang jugak.. aku harap komen ni ko LULUSKAN JGN JADI BACULL..

  20. Tulisan2 mengenai Ariffahmi di sini (sila klik link); kalau2 ada saya kata dia rasuah.

  21. aku tetap suka pas walau ada kkekurangan @ kelemahan daripada umno di kedah tu , tapi kalau dah rupe ni perangai yg tak berbeza dgn umno juge , apa nak dikate ? last2 bila dah fedup - mampuih pi kat hampa lah ... , harap generasi baru untuk lawan semula ..., generasi sekarang yang hampeh ni biar dia jawab dengan Allah nanti ...

  22. apa dah jadi....klau kat negeri lain akan hebohlah kat ceramah ceramah pakatan....dah kene batang hidung baru tahu...jangan slah orang lain nampak..salah kita lagi teruk(kopiah putih).

  23. Siapa tak kenal. orangnya otak kosong, memang pun macam Mr Bean. Kalau dok jual ubat tepi jalan dekat pekan Aloq Staq bolehlah laku banyak.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008