Sedap!! Klik gambar di atas!

Berilah saya peluang, ya Allah!

Allah s.w.t. Maha Menyaksikan, saya redha. Tak mungkin saya yang bergantung habis-habisan kepada Allah sanggup membantah taqdir-Nya Yang Maha Penyayang. Tetapi, tak dapat nak saya nafikan betapa hancur luluhnya hati saya bila anak saya yang amat saya perlukan, yang amat saya kasihi, Muhammad Sadiq bin abu bakar (2/1/1994 - 4/12/2010), akhirnya kembali ke pengakuan Allah yang amat dia perlukan, yang amat dia harapkan keampunan-Nya.

saya sayang sangat anak saya, dan saya merayu dan mengemis kepada-Mu ya Allah, ya Ghafur, ya Rahim, tolonglah ya Allah, tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Saya tahu, tak mungkin saya dapat menandingi kasih sayang Allah kepada anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Tetapi, izinkan saya terus mengemis kepada-Mu ya Ghafur, ya Rahim agar tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, Muhammad Sadiq.

Ketika Muhammad Sadiq dimasukkan ke dalam wad ICU, HKL 12/11/10 lalu, saya tahu harapan saya terlalu tipis. Doktor memberitahu saya, "he will eventually die". Tetapi hati saya terus berdegil dan yakin Allah akan mengurniakan miracle dan Muhammad Sadiq akan kembali pulih. Sepanjang waktu itu, Allah jua Yang Maha Menyaksikan, hampir setiap ketika saya merayu dan mengemis kepada Allah.

"Saya bukan lagi merayu ya Allah, tetapi dengan memohon ampun kepada-Mu ya Allah, saya menyembah-nyembah Dikau, ya Allah, agar tolonglah sembuhkan segera sakit dan penyakit anak saya, Muhammad Sadiq. Kerana banyak berdosa, saya mengaku saya takut mati, ya Allah. Tetapi saya lebih takut lagi anak saya mati. Berilah saya peluang, ya Allah. Saya ingin menghantar Muhammad Sadiq belajar tahfiz, ya Allah".

Sehari sebelum Muhammad Sadiq pergi ke pangkuan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, saya merayu kepada-Nya agar tolonglah jangan menguji saya dengan ujian yang langsung tak mampu saya tanggungi - kehilangan anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq.

Pada hari Muhammad Sadiq menghembus nafasnya yang terakhir, saya sehingga ke peringkat bersedia nyawa saya dikorbankan asalkan Muhammad Sadiq dapat terus hidup dan belajar menghafaz al-Quran. Bukan saya tidak takut menghadapi hukuman Allah Yang Maha Adil kepada saya yang jahat ini, saya takut sangat-sangat. Takut teramat takut. Tetapi demi kerana Muhammad Sadiq yang amat saya perlukan, saya bersedia nyawa saya menjadi tukar gantinya.

Saya redha Allah Yang Maha Mengetahui tidak mengabulkan rayuan saya agar diberi peluang serta dikurniakan miracle dan Muhammad Sadiq terus hidup. Tetapi lihatlah saya yang bukan lagi setakat merayu dan mengemis, tetapi menyembah-nyembah kepada-Mu ya Allah, berilah saya peluang lagi, ya Allah: Tolonglah sangat-sangat, ya Allah. Tolonglah ampuni anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq. Tolonglah sangat-sangat, ya Allah!

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'afihi, wa'fu'anhu!

Kepada semua yang membantu menyempurnakan jenazah Muhammad Sadiq, menghulurkan ihsan dan simpati, saya berharap sangat agar Allah mengurniakan kebaikan yang melimpah-limpah kepada anda semua. JazakumuLlahu khairan kathira.

Muhamad Sadiq, walaupun hati abah amat hancur dan luluh, tetapi abah redha dengan taqdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Muhammad Sadiq kekasih hati abah, maafkanlah abah!

(Jika anda rasa mual membaca rintihan saya, tolonglah maafkan saya)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. takziah pakcik bakaq.semoga allah merahmati sadiq.

  2. Takziah,

    Saya pun ada anak dan saya fahami perasaan Pak Bakaq. Semoga Allah mencucri rahmat ke atas rohnya.

  3. انّا للہ و انّا الیہی رجیعون

    الفاتحة

  4. Wak nak ucapkan takziah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.Muhammad Sadiq..
    Sabar pak bakaq..

  5. salam,

    takziah sekali lagi. harap dapat bersabar dengan ujian yang berat ini.

    www.duniacacamarba.blogspot.com

  6. Sebagai seorangf ibu dan hamba Allah yang amat kerdil, hati saya sangat tersentuh membaca catatan ini. InsyaAllah, Muhammad Sadiq sedang berada bersama bidadari2 syurga.

  7. Kesedihan anda kerana kehilangan anak yang dikasihi adalh sesuatu yang dilalui oleh setiap ibu bapa yang pernah mengalami situasi berkenaan. Hanya kepad Allah tempat mengadu agar DIA melimpahi rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua. Bersedihlah kalau itu dapat membantu anda untuk teruskan hidup.

  8. Al-Fatihah Pak Bakaq. Semoga Arwah akan terus bersama membantu perjuangan Pak Bakaq.

    Amin Iskandar

  9. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'afihi, wa'fu'anhu

    Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Muhammad Sadiq ditempat yang terbaik, dikasihi dan disayangi-Nya, Amin.

    Takziah Sheikh Bakaq.

  10. sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Kita hanya berusaha, yang menentukan segalanya adalah Allah. Takziah untuk saudara sekeluarga.... dari Mohd.

  11. Salam takziah saya ucapkan kepada Pak Bakar. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas anak tuan. Kesedihan dan rasa hiba Pak Bakar tiada dapat dinilai dan dirasai oleh kami orang luar tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengasihani. Allah tidak akan menurunkan kedukaan dan musibah keatas seseorang melebihi kemampuan seseorang itu menanggungnya. Insyaallah Muhammad Sadiq akan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin. Al-Fatihah

  12. insha allah...anak pejuang islam.....dan masih suci bersih...kanak2...pasti ke syurga...ya ali madad...Adrik ala hazal mayyit....

  13. ya allah, dengarkan rintihan sahabatku.. rahmatilah roh anakandanya.. ampunilah dosa-dosa mereka..

  14. salam pak bakaq.

    saya juga seorang bapa. saya faham bagaimana perasaan pak bakaq di situasi sebegini. bersabarlah,.. insyaAllah, pertolongan allah kepada orang yang sabar.

    aukauk88.

  15. al-Fatihah: Semoga Allah mengampuni dan Mencucuri RahmatNya..Amin ya rabb,,,,,,

  16. berat ujian dari Allah semuga tabah

  17. Salam Maal Hijrah 1432, moga dirahmati :)

  18. Salam bakaq,

    Betapa sedih saya membaca luahan hati seorang abah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Allah Maha Mengetahui, dia uji kita dengan pelbagai ujian. Orang yang berjaya adalah orang dapat melepasi ujian dengan redho. Semoga Muhammad Sadiq sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, dia akan ke syurga jannatul firdaus. Amin ya Rabb.

  19. salam takziah.
    semoga pak bakaq insaf dgn dugaan Allah tersebut.
    kadang2 kita tak sedar dosa fitnah yg kita buat/tulis dibalas Allah dgn kifaratNya.
    semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita juga.

  20. Salam Pak Bakaq,

    sebagai seorang ayah yang dikelilingi seramai 7 orang anak tercinta kurniaan Allah SWT, saya juga dapat merasa keluluhan hati Pak Bakaq. Arwah anak Pak Bakaq seusia dengan anak kedua saya.

    Semoga Arwah Muhammad Sadiq ditempatkan bersama para solehin dan semoga Pak Bakaq sekeluarga tabah dalam menempuh dugaan dan ujian Allah SWT ini serta hari2 mendatang. (saya pun hanya boleh tulis shj sebegini sedangkan saya sendiri belum tentu dapat tabah jika diuji Allah dengan ujian serupa)

  21. Assalamualaikum! Semoga Allah memberi kekuatan kepada sdr untuk menghadapi ujian yang amat berat ini. Yakinilah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Mengetahui atas segala hal. Sesuai dengan taraf kita sebagai hambaNya, redhailah dengan sepenuh hati segala apa yang ditakdirkan kepada kita kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan untuk kita. Anggaplah segala yang dianugerahiNya kepada kita, termasuk yang kadang-kadang berlawanan dengan kehendak kita, sebagai pemberian yang mengandungi rahmat yang tidak terhingga nilainya kepada kita. Sesungguhnya, daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah tempat kita semua kembali. Cuma ada yang dulu dan ada yang kemudian. Semoga Allah menempatkan arwah anak sdr bersama golongan Muttaqin, Aamiiin!. Segala kebaikan yang diterimanya di sisi Allah sudah pasti melebihi apa yang termampu kita berikan, walau sehebat mana sekalipun sayang kita kepada anak-anak kita. Bersabarlah sdr kerana apabila Allah sayangkan hambanya, maka dia akan duji dengan pelbagai dugaan. Semoga sdr termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah

    --- BALANGLAMA

  22. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'afihi, wa'fu'anhu!...

    semoga keredhaan dan meredhai dari ahlul bait mengangkatnya disisi NYA amin...

  23. Inna lillah hi wa inna ilai hi rrajiun semoga sahabatku bersabar dengan ujian dari Allah.

  24. Salam,

    Innalillah wa innalillahhi raji'un...

    Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat pengampunan dari Allah SWT..InsyaAllah..

  25. Bersabar atas dugaaan dan ujian Allah membuktikan kita redha atas ketentuan Ilahi dan Allah juga redha di atas qada dan qadar yang Dia telah tentukan.Semoga roh Sadiq di tempatkan di kalangan para syuhada yang berjuang di jalan Allah..amin yaa raab bul a'lamin.

  26. Allahuakhbar ....

  27. ameenn.... semoga rohnya tenang disisi-NYA..

  28. كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ . Takziah kepada saudara Penarik Beca. InnaliLLAHi wa inna ilaihi rojiun. Semoga tuan bersabar di atas dugaan Allah yang amat besar ini. Adalah amat sedih jika ayah yang terpaksa mengkuburkan anak walhal kalau mengikut fitrah biasa sepatutnya anak yang menkuburkan bapa. Namun ketetapan Allah tiada siapa yang tahu. Setiap sesuatu yang Allah tentukan kepada makhluknya mesti ada hikmahnya. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan mendapat syafaat dari Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Wassalam.

  29. Pak Bakar,

    Harap dapat bersabar dengan ujian berat dari Allah ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    Moga Muhammad Sadiq ditempatkan di kalangan anak-anak yang soleh.

    Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita akan dikembalikan.

    -Malaymind-

  30. Takziah..

  31. takziah. insya-Allah muhamad sadiq ditempatkan di tempat orang yang baik2. amin.

  32. Salam Pak Bakaq,
    Allah sayangkan dia lebih dari sayang Pak Bakaq kepadanya. Allah memberi yang teramat baik untuknya.

    Abdul Wahab Arbain

  33. takziah..........

  34. Takziah.





    Ramlee.

  35. Takziah. Ada hikmah besar disebalik pemergiannya. renunglah..

  36. Anak jatuh katil lagi kan ambo risau, inikan pula ujian seperti ini. Hanya jiwa yang kental & redha saja yang mampu terus menerima hakikat setiap yang hidup melata pasti akan kembali kepada Pencipta nya.. Ya.. Allah Yang Maha Besar.. Maha Mengasihani..

  37. So sorry to hear. Condolences to you, your family and friends. The physical body is temporary but the soul lives on.

  38. Takziah...

  39. Alfatihah

  40. salam takziah Pak Bakar...
    semoga rohnya dicucuri rahmat..
    Amin...

  41. salam pak bakaq
    Innalillahi wa innalillaihi raji'un...
    ujian sebesar itu memerlukan banyak bersabar.semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh sadiq.

  42. salam

    takziah. semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberi segala ketabahan kepada tuan sekeluarga.... amin

  43. Salam Pak Bakar....semua kita akan merasa saat paling getir itu..cuma masa yang tak pasti..memang orang lain tak rasa apa yang kita rasa..orang lain hanya menumpang rasa..tetapi jika anda selami apa itu perjuagan sebuah kehidupan..pasti anda tahu..Hari ini berjuang..tak pasti esok kita masih di sini lagi..kerna aku pernah rasa itu satu kehilangan..

    p/s :teruskan perjuanganmu...jangan mudah mengalah...ramai yang memberi sokongan padamu Pak !!!!

  44. terus yakin dgn Allah , di hari akhirat , kita semua akn berjumpa dgn harapan
    kita semua masuk syurga , semoga Allah terus beri pak bakaq kekuatan ...

  45. duka nestapa di bulan muharam..harap pak bakaq tabah sokmo!

  46. takziah buat Pak Baqaq dan Kak Salwah sekeluarga,
    Don't despare and never loose hope, coz Allah is always by your side

  47. Salam Pak Bakaq,

    Takziah daripada saya buat Pak Bakaq dan keluarga. Rintihan Pak Bakaq membuat hati kecil saya hiba. Pengorbanan besar ayah terhadap anak yang tercinta.

  48. Allah Taala tidak akan menguji hamba-hamba-Nya dengan ujian yang tidak selayaknya... maka Pak Bakaq adalah 'insan-insan terpilih' yang diberikan ujian yang sangat berat ini...

    orang boleh bercakap dan melafazkan REDHA dengan ketentuan Allah Taala, tetapi fi'linya redha, ramai yang gagal dan sangkut.

    Semoga Pak Bakaq sentiasa dalam lingkungan rahmat dan perhatian Allah Taala. Dan semoga rohnya Muhammad Sadiq akan ditempatkan di kalangan roh-roh yang dirahmati...

    Salam takziah buat Pak Bakaq.

  49. takziah kepada pak bakar haq dan keluarga.. saya dpt berita pada waktu tu saya berada dimelaka.. harap pak bakar dan keluarga bersabar dan redha dgn ketentuan Illahi.. moga2 muhammd sadiq akan memimpin pak bakar dan keluarga ke pintu syurga nnti.. insyaAllah.. - jali.. su persada.

  50. salam,
    itu adalah peringatan Allah pada kita semua..diambil ketika masa muda agar tidak dicemari akidah dikemudian hari..sama2 lah kita bermuhasabah diri..betulkah perjuangan kita selama ini..
    Al-Fatihah...

    TQ

  51. takziah pak bakaq

    Razif

  52. Salam Pak Bakaq. Al-fatihah. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan bersama-sama orang-orang yang bertakwa yang terdahulu pergi meninggalkan kita. Amin.

  53. salam pak bakaq,

    Takziah diucapkan,semoga tuan bersabar menghadapi ujianNya.Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang2 yang dirahmati Allah.Amin.

  54. Assalamu alaikum!

    Salam Takziah ikhlas dari saya sekeluarga kepada Pak Bakaq. Semoga sabar menghadapi dugaan dan ujian allah terhadap hambanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tersentuh hati membaca luahan hati bapa pada anak yg dikasihi.
    Al fatihah, semoga allah mencucuri dan memberkati rahmatnya.
    Banyakkan Sabar dan teruskan perjuangan.
    Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wakfuanhu!

  55. Salam Takziah Pak Bakaq..

    Ternyata Allah Yang Maha Agong lebih mengasihani anakmu.
    Redha allah senantiasa menandingi redha sesiapa pun jua.

    Terimalah ketentuan allah dengan hati yang tabah dan tawaddu'.
    Semoga kita semua senantiasa dilimpahi rahmat Allah.

  56. Takziah Pak Bakaq... harap bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah. Allah maha Pengasih lagi maha Mengetahui.
    Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wakfuanhu!

  57. Takziah Pak Bakaq.

    Bihaqqi Muhammad wa Ali Muhammad, Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'afihi, wa'fu'anhu.

    Allahumma ameen.

  58. takziah

    bersabarlah dengan ujian Allah ini
    dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...

  59. salamun alaik...pak bakaq...
    setiap yang hidup akan merasai mati...

    saya bersama pak bakaq..merasai apa yang pak bakaq rasai...
    dalam hidup saya...sudah 4 orang meninggalkan saya...mereka kembali kepada ilahi...dalam saat saya memerlukan mereka....
    bersabarlah dengan ketentuan Allah...

    pesanan dan petua dari saya...
    ambil pakaian arwah sadiq,sama ada kain atau bajunya atau apa saja pakaiannya...bawa ketika tidur...jadikan selimut..kalau perlu dicium kain itu pun boleh...
    amalkan berterusan...moga allah beri ketenangan dan kelapangan...

  60. salam takziah pak bakaq,

    yang hidup pasti mati, kita yang tinggal dialam maya ini tak tahu bila. semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.

  61. Salam Takziah dan Alfatihah. Bersabar dalam menghadapi dugaan yang perit ini.
    Semoga Allah Taala akan memberi ganti yang lebih baik InsyaAllah.

  62. Salam takziah Pak Bakaq,
    Hiba sungguh perasaan saya membaca rintihan dan harapan seorang ayah kepada Allah untuk anak kesayangannya yang pergi tak kembali lagi. Dapat saya bayangkan dan gambarkan (kalau diri sayalah yang mengalami keadaan sebegini) - terketar-ketar jari-jemari... dada berombak menahan sebak... air mata bergenang, berjatuhan, dan berlinangan hanya untuk mencari kekuatan, mengetik keyboard demi meluahkan perasaan untuk sang anak kekasih hati. Ah, memang pilu dan sayu!
    Maha getir ujian Allah untuk Pak Bakaq yang istimewa di sisi-Nya, kerana bukan calang-calang hamba yang diuji-Nya sedemikian rupa. Bersabarlah Pak Bakaq. Moga-moga roh allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
    Hj. Suhaimi Hj. Khalid

  63. TAKZIAH SAYA UCAPKAN.

  64. takziah pak bakaq..
    dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..
    saya doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..

  65. Al-fatihah.

    Smoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga..
    bersabarlah...

  66. jadikan pengajaran, jangan dok tulis hal-hal buruk sgt kat org

  67. Saya doakan Pak Bakaq sekeluarga tabah mengahadapi dugaan Ilahi. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Saya doakan arwah mendapat penuh keberkatan Allah Ta'ala.
    Marilah kita semua kembali kepada fitrah manusia sebenarnya, mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala. Marilah kita semua bersatu hati untuk Allah Ta'ala, tak kira PAS,UMNO atau PKR. Sampai masa kita semua pun kena tinggalkan dunia ini, kembali kepada Allah.

  68. Takziah utk Utk Hang bakaq and Keluarga,

    Lambat kerana pg ni baru buka blog hang selepas pulang ke KL

  69. Al Faatehah . Sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah swt jua buat tuan dan keluarga. Semoga Tuan terus tabah mendepani ujian ini. Sejuta hikmah pasti sahaja mengiringi ketentuan Allah swt buat hambaNya.

    Semoga Allayarham Muhammad Sadiq ditempatkan oleh Allah swt di sisi hamba-hambaNya yang soleh di Jannatul Firdaus.

  70. Salam takziah pak bakaq, semoga rohnya dicucuri rahmat! al fatihah

    awang kenit

  71. ASSALAMUALAIKUM PAK BAKAK

    SALAM TAKZIAH DARI SAYA SEKELUARGA

    AL-FATIHAH, AMIN ! AMIN ! AMIN !

  72. TAKZIAH Alfatihah dan juga ingat lah KIFARAH ALLAH kepada semua yg menerima musibah!

  73. Al Fatihah
    My condolences to you and your family, Pak Bakaq
    May Allah shower your son's soul with rahmat in the afterlife
    Amin!

  74. Pak Bakaq,

    Saya turut sedih atas ujian berat yang menimpa Pak Bakaq, semoga roh nya dirahmati Allah. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Pak Bakaq sekeluarga.

    Salam Takziah.

  75. Takziah Pak Bakaq.. Saya tumpang bersedih atas dugaan yang dialami Pak Bakaq.. Semoga roh arwah dirahmati Allah SWT.. Amin.

  76. takziah tuan........bersabarlah

    tok pengulu

  77. Innalillah wa innalillahhi raji'un...

    Kesedihan anda, kesedihan saya juga kerana saya juga mempunyai anak lelaki yg sebaya yg amat saya kasihi... Saya menangis dan faham keadaan anda.

  78. TAKZIAH & Al Faatihah - ALlahu maghfirLahu warhamhu.

    Walau pun saya hanya mengenali tuan lewat tulisan blog - namun kesedihan/keberatan hati tuan saya kongsi sama. Ujian dari ALlah SWT kepada tuan, tentunya tersirat HIKMAH yang agung untuk tuan pada waktu yang mendatang.

    Hidup-juang mesti diteruskan. Teruskan catatan tuan di laman maya ini. Komen saya selama ini biasanya kontras dengan persepsi tuan. Pendapat kita selalu berbeda. Tapi percayalah, bibir mata saya tergenang air mata & hati saya menggumpal bila dengar kabar tragis yang ditempuhi oleh keluarga tuan. Bersabar, cekal, reda semoga tuan diangkat darjat di sisi tuhan. Amiin.

  79. semoga saudara di beri kekuatan..insyaallah.saya berdoa saudara dan anak saudara mendapat rahmat dari Nya.sedih dan pilu bila saya baca rintihan saudara seolah2 saya juga mengalami peristiwa itu dan saya juga takut untuk menghadapi ujian seperti itu tapi sebagai hambaNya kita akan sentiasa di uji.Kesabaran dan kecekalan dan tawakal adalah senjata yg ampuh.semoga Allah memberi semua itu kepada saudara sekeluarga.Ameen

  80. Every one says heaven is a nice place, but no one wants to die. - Bob Dylan?

  81. Inna lillahi wa'innailaihi raajiunn....

  82. tertunggu2 gak posting tbaru...rupanya ada cerita disebaliknya..apa pn..takziah utk pak bakaq sekeluarga.alfatihah.

  83. Salam pak bakaq...
    Takziah sy ucapkan pd pak bakaq sekeluarga....
    semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas arwah anak pak bakaq..

  84. Salam takziah dan alfatihah utk allahyarham.. besarnya dugaan allah utk Pak bakaq, semoga tabah...

    Kita pun akan mati juga, semua orang mati, cuma dicepatkan atau dilambatkan saja. Berdoalah semoga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 beriman. Amin ya rabbi alamin..

  85. Salam Pak Bakar,

    Saya orang UMNO dan selalu tak setuju dengan tulisan tuan.

    Tetapi tidak ada perasaan yang lain selain sedih dan sangat-sangat simpati pada Pak bakar dan isteri serta keluarga.

    tak dapat bayangkan sebagai seorang bapa bagaimana tuan sedang rasa.

    InsyaAllah anak tuan yang masih bersih dan suci lebih bahagia disisiNya. Semoga tuan dapat banyak bersabar.

    Saya doakan roh anak tuan ditempatkan di tempat yang terbaik disediakan Allah untuk hamba-hambaNya, dan semoga kita semua juga begitu nanti.

    Wassalam.

  86. Kami pernah kematian anak ... ustaz kata ini adalah permintaan ibu bapa supaya sianak yg mati itu akan mendoakan ibu bapa nya di akhirat kelak ... tapi hakikatnya kami tidak meminta supaya anak kami pergi dulu ...

    Ya ALLAH ... ampunilah kami kerana kami bukan gulungan seperti kata Ustaz ...
    Ya ALLAH ... adahkah ini balasan kerana dosa-dosa kami ...
    Ya ALLAH ... sesungguhnya kami tidak berdaya atas apa jua hal ... melainkan dgn IZIN MU
    Ya ALLAH ... ampunilah kami.

  87. Penarik beca,

    Datang dari Allah, kembali kepada Allah...
    Kasih dan sayang itulah yang menjadi racun dan penawar kepada kita sebagai hamba Allah dalam memperjuangkan hidup yang tidak tahu ketentuan takdirNya bagaimana ia akan terjadi...

    Semuga yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti...

    Salam takziah...

    Umar.

  88. Takziah buat Pak Bakaq n Fmly,

    Teringat arwah ayah saya semasa kematian abang saya dulu, sukar untuk arwah menerima hakikat itu, katanya biar dia menghadapi kematian org tuanya berbanding dengan kematian anak.

    Setelah mempunyai anak, saya faham benar perasaan Pak Bakaq.
    Hanya waktu yg mampu mengubat kepedihan Pak Bakaq, sehingga itu harap Pak Bakaq banyak bersabar.

  89. Al-Fatihah..doa saya semoga beliau ditempatkan bersama2 dgn org2 yg mendapat keredhaan Allah..AMIN..

  90. Ucapan Takziah pada Pak Bakar & Keluarga, diri saya dapat merasa apa yg sdr. alami sekarang. Saya menangis apabila membaca catitan doa dan harapan Pak Bakar terhadap anak yg sdg sakit ketika itu. Sabarlah Pak Bakar segalanya adalah ketentuan tuhan. Untuk pengetahuan sdr. saya sudah mengalaminya hampir 8 tahun tidak ada raya & tawa riang hanya saya mengharapkan biarlah bulan puasa itu sepanjang tahun bukan hanya sebulan kerana saya dapat membuat amal/ibadat serta berdoa moga moga roh insan yang di sayangi di rahmati allah swt. amin. Wahai sdr. sabarlah yang pasti kita akan bertemu mereka jua di satu hari nanti inshaalah. Wahai Mohd Nazri Pak Ngah tetap merindu sepanjang hanyat hidup Pak Ngah sesunguhnya tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan Pak Ngah hingga kini. inshallah Pak Ngah akan datang jua untuk bertemu dgn kamu saatu ketika nanti. tunggulah sayang............

  91. Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada saudara dan keluarga di atas kehilangan seorang insan yang sangat disayangi kita tetapi sayangnya padanya di mata ALLAH adalah lebih jauh lebih besar dari segala-galanya. Tabahkan hati dan doakan arwah sentiasa dilindungi olehNya. Salam dari kami di KL-Today.com

  92. Takziah daripada saya. Saya dapat faham perasaan Pak Bakaq kerana saya sendiri kehilangan anak tercinta yang berumur 23 tahun dua tahun yang lalu. Moga mereka akan diampuni Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin. Ameen.

    Harap Pak Bakaq sekeluarga banyak bersabar.

    Anak Bapa

  93. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ

  94. MRSM Kalae Chepo 66/73

    Quote: So, perhaps lesson learn: what you have been writing and insinuation is an indication too of how wrong can you be.

    i am too stupid to understand what you are trying to say.

    Am i insinuating Allah? - if that is what you are trying to convey..

  95. MRSM Kalae Chepo 66/73

    Since yo have insinuated my late son with your cruel words, it gives me no other choice but to delete your comment after publishing it. It is totally unbearable to my family.

    You were writing about insinuation, but at the same time, it seems that you were more than happy to insinuate my late son.

    You can insinuate me, but please dont insinuate my son - and please dont tell me you did it in good faith.

    Wish you have better children who are fit enough to fight the Zionist in their strong and fit bodies.

  96. al fatihahh...

  97. Salam En Bakar,

    Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk ucapkan takziah kepada tuan sekeluarga. Semoga terus diberikan kekuatan dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

    Jamal
    Taman Permata.

  98. salam
    takziah pak bakaq

  99. tahziah pk. bakar...semoga roh arwah dicucuri rahmat di sana...

  100. salam pak bakaq, saya hiba sangat baca keluhan hati ni. Saya ada 5 anak yang jumpa saya hanya beberapa minggu dalam setahun. atas harapan ikhlas LillahiTa'ala nak jadi pakar bedah jantung kanak-kanak di hospital kerajaan, nak tolong sapa2 setakat yang mampu.moga roh anak dalam peliharaan Allah, dan tolong doa agar hajat saya nak tolong orang lain tetap kekal dan berjaya.-abu-melbourne

  101. walaupun saya bukan peminat kamu tapi dalam hal ini air mata saya menitis, simpati dan simpati keatas kamu

    assarawaki

  102. takziah pak bakaq

  103. Al-Fatihah...Moga2 rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah SWT....Takziah pada Pak Bakaq, Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian...Hadapilah ujian ini dengan penuh kesabaran. InsyaAllah....Pasti ada rahmatNya.

  104. inna lillahi wa inna ilaihi ro'jiun

    salam dari ALLAH SWT
    salam hak ALLAH SWT
    salam dikembalikan kepada-NYA

    allahumma shalli ala Muhammad wa aali Muhammad

  105. Salam Pak Bakaq,

    [Al-Fatihah]

    Semoga arwah dilimpahi kebaikan di akhirat dan juga semoga kedua orang tua nya dilimpahi kebaikan di dunia dan akhirat.

    Balasan untuk setiap pahala, terlalu besar untuk dunia ini tampung, Hanya di akhirat kita perolehinya. Sesungguh nya kematian itu indah dan syahid itu nikmat.

    Teruskan berjuang. Patah sayap, terbang jua..

    -- Azri

  106. Salam takziah, akhi Penarik Beca
    Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
    Semoga arwah ditemani oleh para kekasih Allah SWT.
    Berat mata kami yang membaca, berat lagi bahu antum memikulnya.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
    Wassalam.

  107. Salam Takziah... Semoga rohnya
    ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

    Dari Pihak Blogger
    MiLo SuaM

  108. Salam, Al-Fatihah...Takziah buat Tuan dan keluarga...semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan memberi kesabaran pd Tuan dan keluarga...Amiin.

  109. Takziah Pak Bakaq atas kembalinya anak tuan ke rahmatullah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008