Sedap!! Klik gambar di atas!

Apa salahnya diburu? Saya seperti binatang

Hampir 10 hari saya tak update blog ini. Tak ada posting baru. Bukan apa, saya kepenatan. Terpaksa saya akui, pemergian anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq (2/1/1994 - 4/12/2010) ke pangkuan Allah s.w.t. yang sangat dia harapkan keampunan, belas kasihan dan kasih sayang-Nya, amat memenatkan saya. Penat kerana amat menderita. Terasa sungguh hati saya amat merana.

اللهم صل على محمد وآل محمد


Ya Allah
tiada bandingannya
betapa amat lemah dan amat tidak berdayanya
anak saya Muhammad Sadiq
berhadapan dengan ke'adilan-Mu
tolonglah, ya Allah, ya Ghafur, ya Rahim, ya 'Afuwwun-Karim
tolonglah ampuni anak saya
tolonglah kasihani kekasih hati saya, Muhammad Sadiq

Wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
tolonglah maqbulkan doa yang setiap hari saya ratapkan
tolonglah, ya Allah
tolonglah ampuni anak saya
tolonglah kasihani kekasih hati saya, Muhammad Sadiq

SubahanaKa ya Allah
Ta'alaiTa ya Rahman
Ajirna minan-nar, ya Mujir!!

Tak cukup dengan kepenatan kerana amat merananya saya setelah perginya Muhammad Sadiq, penat pula berlari dan memanjat-manjat. Saya gemuk. Umur pula melebihi separuh abad. Bila terpaksa berlari ketakutan dan terpaksa memanjat-manjat pula dalam keadaan takut, terasa sungguh penatnya.

Anda mungkin membaca laporan Berita Harian 17/12/10 di bawah tajuk "Pukul badan guna rantai sucikan dosa" (lihat salinannya di bawah) tentang berpuluh Syi'ah 'Ali yang "melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)".

Tak habis lagi sampai saat ini kepenatan "melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat". Sadaqa Berita Harian! Betapa benarnya Berita Harian!

Bukan senang menjadi orang yang disesatkan dan dikafirkan oleh begitu ramai orang dari dahulu, kini dan di masa akan datang. Saya tahu saya disesatkan dan dikafirkan. Antara lain, saya baca edisi Bahasa Melayu buku Ihsan Ilahi Zahir dan saya baca edisi Bahasa Melayu (kulit kuning) buku tulisan tokoh Ikhwan Muslimnin, Sa'id Hawwa yang bertajuk "al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-‘Aqaid wa syuzuz fi al-Mawaqif" (Khomeinism: Pelik Dalam Akidah dan Pendirian). Banyak lagi buku lain seperti itu yang saya baca. Buku-buku itu diedarkan percuma.

Bukan senang juga menjadi orang dari puak yang disebut oleh Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi yang "jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara".

Khusrin juga menyatakan orang seperti saya menyifatkan "darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh."

Anda boleh dengar sendiri kenyataan Khusrin yang dirakam oleh Harian Metro di sini termasuk kenyataan bahawa orang seperti saya mengajak orang lain menjadi Syi'ah 'Ali dengan mengumpan kahwin mut'ah, tidak mewajibkan haji, menjama'kan solat Subh, mendewa-dewakan Imam 'Ali 'a.s. dan ikut suka dialah kerana dia Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Sadaqa Khusrin. Dia adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Tentu dia 'alim. Takkan pula si jahil murakkab dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Saya ulangi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Saya pula si jahil yang sedar bahawa saya jahil. Lebih dari itu, jutaan orang dari dulu sampai sekarang dan akan datang menyesat dan mengkafirkan saya. Takkan orang seperti saya yang disesat dan dikafirkan boleh menjawab Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor!

Apa saya nak jawab. Kedudukan saya lebih rendah dari kafir Kitabi. Lelaki Islam boleh mengahwini perempuan-perempuan Yahudi dan Kristian. Sah nikah mereka. Tetapi menurut Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, "perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf".

Apa yang mampu saya lakukan hanyalah memohon kepada Allah agar saya dibawa bersemuka dengan Khusrin, Dr Hassan, Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Ihsan Ilahi, Sa'id Hawwa dan sesiapa sahaja yang mengkafirkan dan menyesatkan saya di hadapan-Nya di Hari Perhitungan nanti. Biarlah Allah yang membuat keputusan di antara kami. Setakat itu sahaja kemampuan saya.

Mereka 'alim. Tentu mereka berani bertanggungjawab dengan dakwaan mereka. Malah kerana 'alimnya mereka, tentulah mereka yakin apa yang mereka nyatakan itu adalah jihad yang besar. Saya pula jahat dan jahil. Allah Maha Mengetahui betapa takutnya saya kepada-Nya. Tetapi, apa daya saya dan apa lagi pilihan saya selain memohon seperti yang saya pohonkan itu.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ (Al-A'raaf : 89)

Selepas di buru penguatkuasa Jais pada malam itu, sukar ditolak kemungkinan saya dan orang-orang seperti saya akan diburu lagi seperti binatang. Meskipun demikian, saya tidak sedikit pun merasa sedih.

Apa nak sedihnya? Apa salahnya saya diburu? Saya Syi'ah. Saya seperti binatang.

(Saya tak tulis sebelum ini, sebab saya takut mak saya yang sangat uzur akan merasa amat malu kerana menantunya seperti binatang, disesatkan dan dikafirkan. Saya juga takut kakak-kakak saya, kesemua adik-adik saya di kedua-dua belah pihak serta keluarga mereka merasa amat malu kerana saya seperti binatang, disesatkan dan dikafirkan. Tetapi oleh kerana muka saya sudah tersebar dalam YouTube, tiada lagi pilihan saya. Saya mohon maaf kepada mereka.)

Berita-berita berkaitan:
Pukul badan guna rantai sucikan dosa

(Berita Harian 17/12/10) GOMBAK: Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

Penyelewengan lain dilakukan kumpulan ajaran sesat itu ialah menziarahi kubur Saidina Husain sebagai ganjaran ke syurga, menghina isteri-isteri Nabi SAW serta mengharuskan sembahyang jamak pada bila-bila masa.

Petang semalam, lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini, bagi perintah jaminan sementara pendakwa syarie menyiapkan kertas siasatan.

Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan mereka dijamin RM2,000 seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan lelaki Iran menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta tidak dibenarkan ke luar negeri sehingga tarikh sebutan akan datang.

Saiful kemudian menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, mempertikaikan arahan pihak berkuasa agama yang dinyatakan dan diberikan melalui fatwa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, berkata ciri-ciri kesalahan kumpulan itu termasuk Imam adalah maksum, kemunculan Imam Mahadi bersama orang mati untuk memberi keadilan, menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan dengan menambah dalam Syahadah serta menghalalkan dan mengamalkan nikah mutaah (perkahwinan kontrak).

Katanya, kumpulan itu dikenal pasti dua tahun lalu dan dikategorikan sebagai serius kerana mereka menyebarkan fahaman Syiah secara sembunyi dan menggunakan pelajar Malaysia yang belajar di republik itu dengan menawarkan biasiswa serta memberi hadiah berupa buku.

“Malah, apabila ada pembesar Iran melawat negara ini, mereka mengadakan kempen dan penerangan berhubung fahaman itu sebelum membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi tempatan untuk menyebarkan fahaman mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau menyifatkan tangkapan kelmarin adalah yang terbesar dalam sejarah JAIS dan tidak menolak kemungkinan orang ramai berminat menyertai ajaran itu kerana membenarkan perkahwinan mutaah yang menjurus kepada perkhidmatan seks.

Muhammad Khusrin berkata, daripada 200 yang ditahan, 128 masih berada dalam tahanan, manakala selebihnya kanak-kanak dan remaja dibebaskan.

200 pengikut Syiah ditahan

(Utusan Malaysia 17/12/10) KUALA LUMPUR 16 Dis: Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.

"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.

Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.

"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.

"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.

Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.

Ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia

(Berita Harian 18/12/10) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan.

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.

"Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.

"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW.

JAIS pantau dua lagi kumpulan Syiah

(Utusan Malaysia 18/12/10) KUALA LUMPUR 17 Dis. - Selepas menyerbu kegiatan satu ajaran sesat Syiah tegar di Batu Caves kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau dua lagi kumpulan ajaran berkenaan di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

"Kita percaya ada lagi kumpulan ajaran sesat itu khususnya di Selangor. JAIS juga menyiasat di negeri-negeri lain seperti Kedah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kumpulan ajaran sesat Syiah yang ditumpaskan itu, menurutnya, JAIS sedang mengesan pengikutnya di negeri-negeri lain.

"Situasi itu amat membimbangkan kita memandangkan kegiatan ajaran sesat tersebut turut berlaku di beberapa negeri lain.

"Pelbagai tindakan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan ajaran sesat tersebut daripada terus berkembang," katanya.

Katanya, kumpulan yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu merupakan kumpulan pertama ditahan oleh JAIS.

"Bagaimanapun dikhuatiri masih ramai lagi pengikutnya bergiat aktif menyebarkan ajaran itu. Ada juga daripada mereka merupakan warga asing iaitu Myanmar dan Indonesia.

"Mereka pada mulanya terdiri daripada jumlah pengikut yang kecil dan berkembang sehingga membentuk pelbagai kumpulan dari pelbagai negeri," ujarnya lagi.

Muhammed Khusrin memberitahu, kumpulan itu juga mempunyai kaitan dengan ajaran sesat dari luar negara.

"Ini berdasarkan penahanan seorang lelaki warga Iran yang menyampaikan khutbah kepada kumpulan tersebut," katanya lagi.

Mengulas perkembangan siasatan kes itu, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik premis yang dijadikan lokasi bagi kegiatan kumpulan tersebut.

"Semakan akan dibuat di pejabat tanah dan Majlis Perbandaran Selayang bagi menyiasat status tanah dan bangunan tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan polis sekiranya terdapat kes jenayah yang membabitkan kumpulan tersebut.

Kelmarin, kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara ditumpaskan berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu, dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kerajaan pantau ajaran Syiah

(Utusan Malaysia 18/12/10) KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.

Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.

"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.

"Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu markas ajaran Syiah tegar yang dikesan bergerak aktif dalam negara sejak akhir-akhir ini.

Dalam serbuan itu, JAIS telah menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran Syiah itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor semalam.

Tambah Jamil Khir, buat masa ini kerajaan masih belum dapat memastikan betapa seriusnya penyebaran ajaran Syiah di negara ini tetapi satu langkah pemantauan telah diambil untuk memastikan ajaran itu tidak terus disebarkan.

"Kita masih tidak dapat pastikan tahap seriusnya ajaran itu tetapi kita akan menghentikan secepat mungkin sebelum ia menjadi semakin menular di kalangan umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, orang ramai perlu mengelakkan diri daripada mengikuti ajaran Syiah kerana ia bertentangan dengan ajaran mazhab yang dipegang oleh majoriti umat Islam di Malaysia.

"Dari dahulu negara kita berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah dan sesetengah ajaran yang diamalkan oleh pengikut Syiah sangat bertentangan dengan kita.

"Contohnya setiap 10 Muharam pengikut Syiah akan meraikannya dengan mencederakan diri sendiri sampai ada yang mati semata-mata untuk mendapat mati syahid dan jelas ini bertentangan dengan syariat Islam," jelasnya.

Syiah tidak ancam negara

(Utusan Malaysia 20/12/10) KUALA LUMPUR 19 Dis: Kewujudan ajaran Syiah tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara memandangkan tiada kegiatan militan dilakukan oleh kumpulan yang mengamalnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan yang dilakukan pasukan keselamatan mendapati fahaman Syiah yang dibawa tidak mempunyai unsur keganasan.

Berikutan itu, kata beliau tidak timbul isu ajaran Syiah akan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Bagi kegiatan ajaran Syiah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melakukan pemantauan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya akan pantau jika wujud kegiatan militan.

"Bukan sahaja Syiah tetapi kita turut memantau kumpulan-kumpulan daripada agama lain jika terlibat dengan aktiviti militan atau keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ulang tahun kawasan selamat di daerah Ampang Jaya serta merasmikan Program Cegah Jenayah Bersama Menteri Dalam Negeri di Taman Perindustrian Hata di Ampang di sini hari ini.

Hishammuddin memberitahu, walaupun tiada unsur militan dibawa ajaran Syiah namun pihaknya akan tetap melakukan pemantauan supaya kumpulan yang mengamalkannya tidak menjadi ekstremis.

Beliau menambah, selain itu KDN juga akan meneruskan kerjasama dengan Iran, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura untuk bertukar maklumat mengenai aktiviti militan yang dilakukan oleh kumpulan ajaran Syiah.

Sementara itu, pada majlis tersebut Hishammuddin turut mengumumkan indeks jenayah jalanan bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang menurun sebanyak 39.69 peratus.

Selain itu menurutnya, indeks jenayah jalan bagi Balai Polis Ampang yang merupakan lokasi panas turut menurun sebanyak 47 peratus.

Beliau berkata, penurunan kadar indeks jenayah itu adalah kesan daripada kerjasama yang wujud anta polis dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan pangkat.

"Ini menunjukkan gagasan 1 Malaysia yang diilham Perdana Menteri telah berkesan sehingga ia dapat menurunkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana yang harmoni di sekitar Ampang.

"Kerjasama seperti ini boleh dijadikan contoh untuk dibawa ke 49 kawasan panas lain di seluruh negara," katanya yang menerima sorakan gemuruh daripada penduduk ketika mengumumkan penurunan indeks jenayah itu.

Isu Syiah: Semua bebas anuti apa jua fahaman, kata Suhakam

(Malaysian Insider 21/12/10) KUALA LUMPUR: Suhakam mengesahkan empat individu yang mengadakan pertemuan semalam adalah antara 200 pengikut Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu dengan menegaskan, semua orang sama ada rakyat tempatan ataupun asing mempunyai hak untuk menganuti apa jua fahaman.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah berkata pertemuan itu adalah untuk mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung penahanan mereka.

Beliau juga berkata, satu memorandum akan dihantar oleh empat individu itu kepada Suhakam dalam tempoh terdekat.

“Saya telah dimaklumkan mengenai pertemuan mereka dengan pegawai kami. Pertemuan itu bagi mendapatkan nasihat berkaitan penangkapan oleh Jais. Datang tanya jika ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh pihak Suhakam dan dapatkan nasihat.

“Mereka akan ada tindakan susulan dengan menghantar memorandum kepada kami, namun itu masih belum pasti,” kata Muhammad Sha’ani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Muhammad Sha’ani, pihaknya akan menjalankan siasatan dan kajian berhubung perkara itu sebelum membuat keputusan.

Beliau juga menjelaskan prinsip hak asasi manusia setiap individu bebas dan mempunyai hak untuk menganuti apa sahaja fahaman.

“Kami masih membuat kajian. Tetapi prinsip hak asasi manusia semua ada hak untuk anuti apa jua fahaman. Amalan itu juga sah di beberapa negara, maka perkara itu perlu diambil kira.

“Tidak mudah untuk membuat sebarang keputusan mahupun tindakan. Ini kerana tindakan itu hanya tertakluk kepada warganegara bukan kepada warga asing.

“Jadi bagi kami buat siasatan dan kajian dulu sebelum apa-apa keputusan dibuat dalam perkara ini,” katanya.

Pertemuan yang diadakan sekitar 2 petang dan berlarutan kira-kira satu setengah jam semalam diketuai Mohd Haidar Mohd Hashim, namun enggan memberikan sebarang komen berhubung pertemuan itu.

Jais menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada Khamis lepas.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, kesemua pengikut sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.

Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.Kumpulan yang ditahan itu menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh. Dua ketua kumpulan itu telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan dibebaskan dengan ikat jamin. Manakala pengikut lain pula turut dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

JAIS cadang wujudkan pusat tahanan ajaran sesat

(Malaysiakini 23/12/10): Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencadangkan supaya pusat tahanan ajaran sesat diwujudkan di negara ini.

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid berkata, pihaknya bimbang ajaran sesat akan disebarkan golongan ini sekiranya ditempatkan bersama banduan yang lain.

"Mereka (pengikut ajaran sesat) sepatutnya diasingkan dan tidak berkongsi sel dengan banduan yang lain kerana kita bimbang golongan ini akan mempengaruhi akidah mereka (banduan) kelak.

"Biarlah mereka ditempatkan bersama-sama dengan mereka (pengikut) sahaja," katanya kepada Malaysiakini di ibu pejabatnya, petang tadi.

Menurut Mohamad Rais, antara kumpulan yang didapati sesat setakat ini adalah penganut Syiah.

Mengulas lanjut, Rais berkata, dengan adanya pusat tahanan ini akan menjadi pusat pemulihan bagi mereka dan tidak payah JAIS hendak menghantar mereka ke penjara.

Kelam kabut

“Kalau tidak ada pusat pemulihan ini, kita (JAIS) menghadapi situasi dalam dilema, kalau nak ikut ada seorang pemimpin ajaran sesat pernah dibawa ke pusat tahanan jel, kita jadi kelam kabut.

“Kita bimbang beliau akan menyebarkan ajaran sesat kepada banduan lain dan sehingga kini kita tidak tahu di mana beliau berada,” katanya merujuk kepada pemimpin ajaran sesat Kahar.

Bagaimanapun, tambahnya, butiran lanjut berhubung cadangan itu belum dapat dimaklumkan kerana ia masih di peringkat awal.

Sementara itu, mengulas perkembangan ajaran sesat di negeri itu, Penolong pengarah Perancangan dan Strategik JAIS Nasrul Hadi Rohani pula berkata kebanyakan pengikut ajaran sesat di negara ini hanya meniru dan ikut–ikutan sahaja.

Menurutnya, kebiasaannya sesetengah mereka mempunyai minat untuk mendalami ilmu agama secara mendalam dan mengkaji bersendirian.

“Tetapi akhirnya mereka berjumpa dengan silap tenaga pengajar (sesat) saluran yang salah, oleh itu kita galakkan mereka supaya belajar agama di surau dan masjid kerana tenaga pengajar diberikan tauliah oleh JAIS.

“Itu sepatutnya yang mereka cari, ini tidak mereka rasa kurang bertanya kawan dan kemudiannya kawan bertanyakan kepada kawan yang lain, itu yang jadi sesat kerana tidak merujuk kepada sumber yang betul,” katanya.

Menurutnya, cara selamat untuk masyarakat di luar sana mengatasi ajaran sesat dan terpesongnya akidah adalah kembali ke surau dan masjid.

“Kalau dahulunya trend pembelajaran di surau dan masjid hanyalah fardu ain tetapi kini lebih meluas sampai kepada siasahnya.



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bersalawat kepada Rasulullah(saw) dan Ahlul-Baitnya(sa) memiliki banyak keutamaan bagi kita di dunia dan akhirat.

    Rasulullah(saw) bersabda: “Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mi’raj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril(as), ‘Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya?’ Jibril(as) menjawab, ‘Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap tetesan hujan, ia menghapal setiap tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi.’ Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu: ‘Apakah kamu mengetahui berapa tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia?’ Ia menjawab: ‘Ya Rasulullah(saw), demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap tetesan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah tetesan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan.’
    Kemudian Rasulullah(saw) bersabda, ‘Aku kagum terhadap kemampuan hapalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Ya Rasulullah(saw), ada yang tak sanggup aku menghapal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.’ Rasulullah(saw) bertanya, ‘Perhitungan apakah itu?’ Ia menjawab, ‘Ketika suatu kaum dari umatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bersalawat kepadamu. Pahala salawat mereka itulah yang tak sanggup aku menghitungnya.” (Al-Mustadrak Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72). SALAWAT !
    Allahumma soli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

  2. orang minyak turkmenistan said...

    Allahumma soli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

  3. Salam,
    Bawalah bersabar Penarik Beca. Pertama2 takziah daripada saya. Kedua-dua, tahniah ke atas saya kerana difitnah seperti ini hebatnya. Pahala2 ulama tu moga dan mohon berpindah kepada Sadiq (jika mereka ada pahala). Saya menitis air mata membaca tulisan ini. Saudara Penarik Beca dan kawan-kawannya mesti diberi keadilan dan hak-hak mereka.
    Kafir pun ada hak di bumi Malaysia. Insya-Allah kalau 200 orang ini 'tidak melepaskan' sama sekali manusia-manusia 'alim' ini dalam doa mereka, tak lepas mereka dunia akhirat.Mengkafirkan orang Islam lain bukan calang-calang dosa.

  4. Assalamualaikum wr kepada semua petugas JAIS.
    Tolong ikuti Kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abd hadi Awang dengan pergi ke alamat berikut : http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18. (Bila sudah pergi ke alamat tersebut. Sila klik di bawah tajuk untuk dengar kuliah dan pergi ke bawah sekali untuk download).

    Ringkasan Kuliah adalah seperti di bawah:-

    Sejarah Syiah Imamiyyah

    "Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.

    Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia."

    "Fahaman mereka tidak menyebabkan mereka menjadi kufur, kerana ia hanyalah dalam masalah cabang."

    "Saya diberitahu oleh Ulamak dari Iran dalam muzakarah saya, mereka tidak menggalakkan nikah Mut;ah, Dalam Ahli Sunnah pun ada persoalan, seperti nikah Misyiar dalam sunni yang di bolehkan tidak di galakkan dan juga Nikah Cina Buta yang di halalkan oleh mahhab Ahli Sunnah dan setengahnya mengharamkan....."

    "Kadang-kadang kita kata, kita Ahli Sunnah, tetapi sebenar Ahli Punah. Kerana kita berkawan dengan Amerika, mereka menentang Israel dan Amerika di Lubnan."

    Ahhhh denglarlah sendiri... jangan mudah-mudah nak hukum orang sesat.

  5. ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD WA ALA ALIHI MUHAMMAD !

  6. Pak Bakaq dari jalur-lebar Syiah ???
    Uikss... terkejut benar aku..!!!
    Astagfirullah... 71x

  7. Kita akui tak semua fahaman Syiah sesat... TAPI Perlukah ada fahaman Syiah di Malaysia? Terutama di kalangan orang Melayu... Tidak cukup jelas dan tersuluh lagi kah Fahaman Ahli Sunnah Wa al Jamaah...??

  8. Salam pak bakaq, sungguh berat dugaan Allah kepada pak bakaq, semoga terus bersabar n berjuang ke arah kebenaran. Insyaallah diberkati Allah

  9. mudahan2 Allah menjaga Pak Bakaq sekeluarga

  10. Syiah Islamailiah Agha Khan atai Syiah Ja'fariyah atau pun nak kahwin Mut'ah.

  11. Takziah atas pemergian anak tuan. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya

  12. Tahniah JAIS teruskan usaha kalian....Ya Allah lindungilah kami dari mereka....amin

  13. Innalillah..

    Takziah dari hamba. Allah mencucuri rahmat pada yang mendahului kita.

    Takut pada Allah lebih mulia dari takut pada manusia.

    Teruskan perjuangan kerana Allah dengan niat tidak takut dan tidak gentar, Allah ada bersama.

    Don't be sad...

  14. AKU SOKONG SAIDINA HASSAN DAN SAIDINA HUSSIN UMPAMA NYAWA AKU KERANA MEREKA ADALAH BAKA KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW.SALAHKAH? DARIPADA AKU MENYOKONG FAHAMAN AGAMA UMNO YANG TERANG-TERANG SESAT LAGI MENYESATKAN.AKU DENGAN INI AKU MENGISYTIHARKAN AGAMA UMNO DAN PENGIKUT PARTI JAIS ADALAH GOLONGAN MUNAFIK DAN KAFIR HARBI.PEGI MAMPUS DENGAN KORANG SEMUA.

  15. Salam Pak Bakaq dan agak terlambat mengucapkan "Takziah" diatas pemergian anak kesayangan Pak Bakaq. Tindakan JAIS dan sesiapa yang seumpamanya adalah tindakan diluar batas keagamaan, walau agama apa sekali pun. Mengapa Shiah sahaja yang dipantau secara tuntas. Kata mereka (JAIS/Khusrin dan ulamak2 seumpama nya) Shiah ini melanggar aqidah tidak spt Mazhab Sunnah Wal Jamaah. Soalan saya "Aqidah" itu apa? Bukan kah aqidah itu "pencerakinan proses2 untuk mentauhidkan Allah melalui keyakinan dan penerimaan Muhammad sebagai Rasul dan PesuruhNya?". Apakah pengikut Shiah telah melanggari ketauhidan Allah dan Memperlekehkan Muhammad? Soalnya mengapa ulamak2 Sunnah suka membuat FITNAH mengatakan bahawa Shiah menghalalkan darah Ahli Sunnah dibunuh? Yang saya pernah tau bahaw ada ulamak2 Mekah dan Saudia Arabia menghalalkan darah Shiah dibunuh apabila Shiah Lebanon dapat mengalahkan Israil dibumi Lebano beberapa tahun yang lalu. Ya Allah... aku tidak tempat lagi untuk mengadu hanya kepada MU Ya Allah...Kau laqnatkan mereka2 yang berniat jahat kepada hamba Mu yang mahu mentauhidkan Mu sepertimana yang diajarkan oleh RasulMu Muhammad dan AhlulBaitnya. Semoga mereka akan dapat iktibar dan berlaku adil kemudiannya. Salam hrmat dari saya Pak Bakaq.. DON 4672.

  16. Allahumma soli 'ala Muhammad wa ali Muhammad

  17. Salam Penarik Beca, Baru juppe rumah, lama dah dok carinya. Orang-orang terdahulu lebih teruk, ada yang dikerat lidahnya, disiksa bermacam-macam, dikurung di dalam rumah tanpa pakaian, dihambat ke mana-mana tanpa arah tuju, malah ada yang berkata anjing lebih aman daripada kami..... bersabarlah , bersabarlah, bersabarlah teruskan berdoa dan berdoa. Bukankah telah ada pesanan sekiranya kamu mencintai Kami ahl al-bayt bersedialah untuk menghadapi kesulitan dan kepayahan. Semasa sulit barulah kita mengetahui siapa sahabat... Wassalam.

  18. Salam, takziah Pak Bakaq. Doa orang yang difitnah dan diaibkan ...insyallah.. ALLAH SWT akan Makbulkan. SELAWAT

  19. Takziah buat Pak Bakaq dan keluarga

  20. ALLAHHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD..

  21. malaysia ahli sunnah wal jamaah,tak payah ikut quran dan hadith,memang punah ranah.
    najib dgn ahmad dinejad...nampaknya najib masuk syurga,sebab ahli sunnah waljemaah...
    dinejad??? sebab dia syiah..hahhaa'
    umno-ahli sunnah wal jamaah
    pas-ahli ??punah kot
    aku??-sokong DSAI supaya dibicara di mahkamah syariah-hukum qazaf(kerana aku yakin dgn janji Allah(quran dan hadith)

  22. semoga nanti penarik beca, keluarga, sahabat dan pengikut syiah di Malaysia dan di mana-mana, akan aman.

    takziah dari saya atas kematian anak penarik beca. you have my grieve :(

  23. Salaamun alaik ya akhie...
    Tidak ada Yang Lebih Maha Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya melainkan Allah Azza Wajalla...bersangka baik kita kepadaNya kerana Allah itu mengikut sangkaan para hambaNya.....Wahai Allah...Engkaulah Pelindung dan Pembela kami semua sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatuLlah.....

  24. Penarik beca,

    Anda dilihat lebih cenderung kepada agama islam syiah dari islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kedua-dua agama ini menyembah Allah dan mengakui nabi Muhamad pesuruh Allah. Mengapa ada perpecahan. Apa istimewanya syiah dan apa hina nya Ahli Sunnah Wal Jamaah...?

    Anda berfahaman syiah dan saya pula berfahaman dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah... apakah kita boleh duduk dalam satu masyarakat, bersama berbincang tentang peraturan dan undang-undang agama islam, bersembayang bersama dengan satu imam dalam satu masjid dan membina perpaduan antara syiah dengan ahli sunnah wal jamaah...?

    Jika tiada apa-apa permasalahaan wujud maka penganut agama syiah patut dibiar bebas beragama. Tapi kalau syiah memang ada unsur provokasi kepada penganut agama islam yang lain... sendiri mahu ingat.... tiada siapa yang kuat walau pun anda dari UMNO Baru..!

  25. Anon 24

    Terpaksa jawab

    Mak dan pak saya Sunni. Mak dan abah (isteri) saya Sunni. Kakak-kakak dan adik-adik saya dari kedua-dua belah pihak Sunni. Kebanyakan kawan rapat saya Sunni. Di Restoran Taqwa, tempat saya pekena teh tarik, hampir tak ada Syiah.

    Kebanyakan yang menyembahyangkan jenazah anak saya Sunni, termasuk orang-orang Umno antara lain Sheih (http://kickdefella.wordpress.com), Shamsul Yunos (http://marahku.blogspot.com) - di surau Sunni dan kemudian di masjid Sunni.

    Ketua Pemuda PAS dan rakan-rakan lain yang saya kasihi yang menyembahyangkan jenazah anak saya di sisi kuburnya, semuanya Sunni (ya Allah, temanilah anak saya dengan keampunan dan kasih sayang-Mu!)

    Jika saya diwajibkan berpecahbelah dgn mereka dan Sunni itu kafir serta halal darah mereka, adakah anda fikir saya akan izinkan mereka menyembahyangkan jenazah anak saya. Bukan soal main-main, anak saya, kekasih hati saya. Saya ulangi, jenazah anak saya! Anak saya!

  26. Kalau baca berita dunia pada 10 muharram...ada sesiapa yang terbaca puak shiah mengamuk dengan pedangnya atau KERISNYA lalu membelasah puak sunni kerana dendamnya yang tidak berkesudahan ...dendam warisan mengikut istilah Dr. Asri Zainal Abidin? Saya tak tahu dari mana beliau dapat istilah tu...iyelah...dia kat doktor falsafah tinggi ilmunya...tinggi maqamnya sampai tak nampak apa yang berlaku kat dunia hari ini...dahysat tu....'shiah semuanya jahil, tak baca kitab, tak tahu uslub bahasa Arab..kira semua tak tahu le...agaknya syiah arab macam kat arab saudi ke..kar iraq ke pun bengap gak....

  27. Allahumma soli 'ala Muhammad wa ali Muhammad


    salam...

    teruskan perjuangan ....
    "...tanda² kebodohan seseorang itu adalah; berdebat dengan orang yg bukan ahli berfikir."

  28. inna lilLah wa inna ilayhi roji'un...salam takziah yang tak terhingga dari kami diatas kewafatan anak pak bakaq yang dikasihi. Semoga ruhnya ditemani ruh2 suci menuju kesempurnaan dan kesucian abadi yang dijanjikan. Dan semoga pak bakaq dan keluarga diberi ketabahan dan kesabaran yang penuh dalam menghadapi ujian Nya. Kenanglah bagaimana ujian keatas Imam Husayn ketika menghadapi kesyahidan anak2 beliau dihadapan mata beliau yang suci sendiri, nescaya kita akan merasakan ujian keatas kita tidak ada harganya berbanding beliau. Dan yakinlah ( kerna saya pernah diuji dgn org tersayang jgk)pasti nnt kita akan nampak rahmat Allah disebalik ujian ini.
    maaf pak bakaq, saya nak tanya sikit...masa pak bakaq lari panjat bangunan 4 tingkat tu, sambil laung takbir ( dari berita harian )pak bakaq bawak lari rantai2 tu semua ka? sebab yang disita dan dirampas pegawai JAIS malam tu cuma papan tanda premis, kain rentang, video dan gambar2 saja. Takdak pun berita atau gambar rantai yang pak bakaq pakai buat suci dosa. Saya agak sendiri la...kot pak bakaq pakai rantai tu buat meniti kebangunan lain masa panjat bumbung 4 tingkat tu, sebab tu pegawai JAIS tak nampak kot? pak bakaq dan yang lain2 tu pernah kerja kat circus ka?
    Tak taulah pak bakaq..ni bumi sunni ( kata pengarah bhg penyelidikan JAKIM), kita ni tak bole duduk sini. mak bapak, tok, tokwan, adik beradik semua kat sini. kita pun beranak kat sini jugak, tp kita syiah, rakyat 1 Malaysia, tapi kena halau. tak tau kena pi mana...mungkin bole pi bumi kristian atau buddha atau hindu atau yahudi atau zoraster kot. mungkin bumi tu orang syiah bole dok kot...

  29. Assalamualaikum Pak Bakaq
    Takziah atas pemergian Allahyarham Muhd Sadiq. Muhd Sadiq masih muda dan kurang dosanya tak seperti saya yg masih mengharap keredhaan Allah.

    Memang saya akur saya tak mendalami Mazhab Syiah, tetapi apa yg saya tahu 'Syiah Rafidhah (Rawafidhah?)' sangat2 memburokkan ahli2 bait Rasullulah (sebaleknya Nabi menyuruh supaya menghormati & menyayangi ahli2 bait). Syiah ini tidak menerima Al-Quran yg dipandukan Islam tetapi sebaleknya mengatakan Quran yg sebenar tersembunyi dan akan keluar satu hari nanti dari puak mereka. Yg jadi tanda tanya apa pegangan mereka skrang. Banyak pecahan2 Syiah. Perkataan "Syiah' sudah (maaf) - tercemar.

    Dari jawapan Pak Bakaq 25, jelas menunjukkan Tuan dibesarkan dlm didekan Sunnah Wal Jamaah. Untuk menerangkan pemikiran saya yg tak celik ini, harap tuan dapat mengongsi apa pendapat tuan dan kenapa berpindah mazhab? Tidak sempurna ke Nabi Muhammad contoh manusia yg di ikhtiraf Allah? Apakah titik2 perpisahan persoalan2 Tuan tentang pemahaman Sunni? Selalu terlintas dibenak saya, betapa kuatnya ummat Muhammad kalau permaslahan 'Shiah' tidak wujud.

    Tuan anak saya ada yg lebih kurang sebaya dgn Allahyarham (nama pun Muhammad). Siapa lagi yg dapat memberi panduan, ikhtibar dan contoh malainkan saudara2 seIslam sekalian.

    Ibu Asri

    ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALIHI MUHAMMAD.

  30. Salam Pak Bakar,

    Semoga Saudara di berikan ketenangan hati oleh Tuhan yang berkuasa. Dari tulisan saudara dapat di ertikan saudara sangat bersedih. Saudara, cintailah yang bernyawa dengan seadanya. Simpati saya kepada saudara dan keluarga. Jangan sampai saudara jatuh sakit, ada ramai lagi yang perlukan saudara.

    Dan jangan lah ambil pusing sangat dengan saudara kita yang lain fahamannya. Saya tidak pernah ambil peduli dengan mana-mana puak, atau mazhab. Selagi yang disembah itu Allah dan nabi Muhammad itu rasul. Dah cukup.

    Perkara-perkara lain semua adalah aturan ciptaan manusia seperti kita. Akal kurniaan Allah adalah untuk kita guna untuk menilai yang baik dan buruk. Ikutlah akal dah hati budi saudara, selagi ianya tidak menyusahkan orang lain dan saudara sendiri. Itulah Islam yang saya kenali dan saya amalkan.

    Salam,

    M Noor. Bidor, Perak.

  31. salam Pak Bakaq..

    Anda tidaklah bersendirian dalam masalah ini.Kebenaran pasti akan menghapuskan kebathilan.

    JAIS dan sesiapa juga perlu menghormati kebebasan beragama seperti telah termaktub dalam perlembagaan.Hak anda sebagai warga Malaysia terjamin dibawah undang undang.

    Para alim seperti anda maksudkan itu akan juga dihitungkan atas kenyataan mereka dihadapan Qadi Rabbul Jalil kelak.

    Ini adalah satu petanda BN akan tewas lagi dalam PRU kerana perbuatan sama telah juga terjadi sewaktu penangkapan beberapa orang shiah pada tahun 1998 dulu.

    Din

  32. takziah di atas pemergian putera tuan. saya baru saja tahu ttg berita ini setelah baca entri tuan sebentar td. saya turut terharu krn sudah lama tidak melihat arwah. ketika pemergiannya, saya berada di Tanah Suci bersama-sama dgn isteri saya.
    Haji Rashid Ahmad

  33. sidang pembaca yg dikasihi, sila buka sayyedomid14 di youtube yg bertajuk: The True Story Behind The Intruding Of JAIS In Hauzah Ar Redza, Gombak 1. ketika pencerobohan jais iaitu Jejak Anak Iblis dan Syaitan ke premis yg dikatakan kubu shiah di gombak, kedengaran hiruk-pikuk hadirin meminta supaya penguatkuasa jais menanggalkan kasut. mengapakah mereka begitu kurang ajar, biadap dan tidak bertamadun sekali kerana tergamak memakai kasut di dlm premis org meskipun tmpt itu tidak diiktiraf oleh mereka sbgai tmpt beribadah? saya mempunyai pengalaman menemani penguatkuasa jais menyerbu ke rumah org india yg bersekedudukan dgn org islam. dgn penuh sopan santun, penguatkuasa2 jais menanggalkan kasut mereka di luar rumah tersebut walaupun rumah itu rumah org bkn islam. andainya penguatkuasa2 jais itu masuk ke dlm rumah berhala cthnya kuil hindu atau buddha, apakah mereka akan tetap memakai kasut ke dlmnya? kalaupun markas org2 shiah itu dianggap mereka setaraf dgn kuil sekalipun, wajarkah org2 shiah dihina sedemikian rupa? sedangkan org2 shiah itu belum lg disabitkan kesalahan di mahkamah. apakah si durjana yg tergamak memakai kasut ke dlm tempat org shiah itu dibwh pengaruh arak? Semoga Allah melaknat org yg zalim.
    -Pembenci Kezaliman-

  34. Ada satu pihak asyik dok melabelkan org lain sesat...
    Satu lagi pihak suka melabelkan org lain kapir....


    kesimpulannya:-
    Dua2 useless...
    Sukakan perpecahan ummah...
    Angkuh dan sombong dan bodoh....
    Rasa diri baguss sgt, sampai nak SESATkan org lain dan KAFIRkan orang lain...
    2x5 jer....

    Renung2kan lah... wallahualam

  35. salam kunjungan & takziah kepada pak Bakaq serta ahli famili...

    saya yakin, tangisan dan ujian dihadapi pak Bakaq adalah bibit-bibit tanda pengorbanan dan setiap korban demi cinta sejati itu akan terpandang di sisi Allah SWT serta para kekasihNYA yang suci lagi disucikan.

    p/s: saya tak banyak ilmu untuk berkongsi dan berhujjah tentang perpecahan atau perpaduan antara syiah-sunni, tapi saya punya hati yang sering saya cuba bersihkan melalui doa & tangisan. insya-Allah, hati saya ini akan sentiasa ada nama pak Bakaq dan kawan-kawan, moga mendapat pembelaan yang haq demi tertegaknya kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAWW dan Ahlul Baitnya yang suci..

  36. salam...

    aku tak pernah join jamaah di hauzah Arreza ni...jadi aku tak tau nak letakan sama ada sesat atau tidak.
    tapi aku biasa bersembahyang di masjid syiah di luar negara ......aku dakap ...aku tak guna tanah karbala ...diorang tak pancung aku pun????

    tapi yg pastinya aku duduk di selangor dibawah PERUNDANGAN JAIS ....ISLAM TIDAK TERLAKSANA DGN SEPATUTNYA...mereka (jais) jelas bertuhankan manusia ...tidak menyatakan sebarang bantahan terhadap pengubahan hukum...ini jelas sesatnya.
    mahkamah syriah di selangor betul ke menjalankan hukum syariah?

    kokulusi yg aku dapat....ORANG YG JELAS SESAT CUBA MEMBETULKAN ORANG YG BELUM TENTU SESAT.

  37. Sapa suroh bermazhab.
    Yang jadikan mazhab adalah ulamak2 Hadis palsu/lahwal hadis...rujukQuran 31:6 "Ada orang guna lahwal hadis/hadis palsu untok sesatkan orang lain dari jalan lurus(Islam),tanpa pengetahuan, dan mentertawakannya(Islam)"

    Padam muka orang kena hukum dengan Jais.!!!
    Islam tidak ada mazhab.!!! Jangan jadi Muslim lembu yang ikut Imam Mazhab dan lahwal hadis mereka.!!! Gerenti masuk neraka punya.!!!

  38. Dari dulu aku dah dok hint2, Pak Bakaq ni pro Syiah. Sampai kiamat pun takkan sebulu dengan semua tindakan dan keputusan PAS.

    Bakaq at-Tehrani, baik hang buat blog puja Syiah dari hang dok mengutuk PAS.

  39. Bukan apa takut bahaya kepada Akidah, hidup Kerohanian, perkembangan nilai-nilai Ahlak Baik, hidup Bermasyarakat serta bahaya terhadap Keselamatan dan Negara.

  40. Syukur atas kematian anakmu sebelum baligh. Jika tidak dia mungkin akan ke neraka syi'ah.

  41. Patutlah tulisan-tulisan tuan macam nak memecah belahkan jemaah je.. Syiah rupanya.. sungguh sedih lagi menyedihkan..

  42. apakah enekmen jais 100% ikut alquran dan hadis, senang2 nak hukum orang shia sbg sesat?

  43. Kepada tuan /puan yang sanggup menulis ayat ini "Syukur atas kematian anakmu sebelum baligh. Jika tidak dia mungkin akan ke neraka syi'ah." berhati-hatilah kerana anda tidak memahami tentang shiah ,jangan mengatakan sesuatu yang anda sendiri tidak pasti. Akibatnya buruk nanti.jangan disebabkan kebencian anda terhadap shiah sampai anda sanggup mengeluarkan kata-kata begini. sungguh orang yang tiada kasih sayang dalam hati adalah orang-orang yang rugi.sungguh anda tidak memiliki akhlak islami

  44. dia tak bersyukur allah bagi nikmat berckp lar tu....sabar je lar aku baca komen dia...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008