Sedap!! Klik gambar di atas!

PKR dikepalai "Khir Toyo"? Na'uzubiLlah!

Orang tanya saya, bagaimana sikap saya terhadap pemilihan Timbalan Presiden PKR? Saya jawab, sama macam pilihan raya la. "Lagu mana tu?"

Saya jawab, dalam pilihan raya, keinginan utama saya ialah melihat Umno Barisan Nasional (BN) kalah. Takat tu saja. Kalau saya undi calon parti lain pun, ia tidak bemakna saya ada "rasa positif yang tak ketahuan" terhadap parti yang saya undi calonnya itu. Saya guna perkataan "rasa positif yang tak ketahuan". Memang. Langsung tidak ada perasaan itu. Tidak ada sama sekali.

Tetapi saya taklah berbohong kepada Mamat itu dan saya beritahu jugak kat dia bahawa ketika saya dan isteri saya mengundi Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai dalam pilihan raya 2008 lalu, kami memang mempunyai perasaan yang sayu terhadap beliau. Saya tak tahu apa perasaan isteri saya, tetapi saya sendiri lebih bersimpati kepada anak isterinya berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sejak beliau menghadapi pelbagai tuduhan dan pendakwaan 1998 lalu.

Saya tak nak poyo-poyo untuk mengambil hati sesiapa pun. Ketika beliau menghadapi pelbagai masalah, saya tidaklah bersimpati kepada Anwar kecuali ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum beliau didakwa dan ketika beliau dibelasah di dalam tahanan. Saya beritahu kawan-kawan yang mula nak menyindir saya ketika itu: "Kalau babi kena ISA pun, aku tak setuju".

Jauh dah terlajak tu. Berbalik kepada pemilihan Timbalan Presiden PKR. Saya sebut dah bahawa sikap saya sama seperti ketika menghadapi pilihan raya. Dalam pilihan raya, yang penting bagi saya Umno BN kalah walaupun saya tidaklah memandang parti lain dengan pandangan yang positif. Begitu juga dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR. Yang penting bagi saya, asal bukan Azmin Ali.

Bukan kerana saya menyokong calon lain, tetapi kerana saya tak nak Azmin. Itu sahaja sebabnya. Saya tak naklah menyentuh sikap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah. Mat Saman Kati kata, Dr Wan Azizah mempunyai sikap "asal bukan Azmin" menjadi Timbalan Presiden PKR. Saya juga mendengar beberapa wartawan memberitahu saya bahawa Nurul Izzah menegaskan dengan terus terang kepada mereka dalam pertemuan di bangunan Parlimen (kebetulan sekarang Dewan Rakyat bersidang) bahawa beliau tidak suka Azmin. "I dont like Azmin," beberapa wartawan memetik Nurul Izzah sebagai berkata.

Awal pagi tadi, saya diberitahu dalam pertemuan di Petaling Jaya bahawa "yang makan hati sekarang (dengan kemenangan Azmin yang hampir pasti) ialah Wan Azizah dan Nurul Izzah". Yang beritahu saya bukan Mamat tepi jalan, tetapi salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum itu mengadakan pertemuan dengan beberapa aktivis PKR termasuk salah seorang pemimpin tertingginya.

Saya tak nak ulas sikap mereka kerana saya dan beberapa kawan yang sering minum bersama di Seri Gombak ketika Reformasi membara hujung 90an dulu sudah awal-awal lagi tidak percayakan Azmin dan Ezam Mohd Nor. Banyak peristiwa selepas itu yang menguatkan rasa tidak percaya kami. Sebab itulah, saya tak nak cakap dari sudut pandang Dr Wan LinkAzizah atau Nurul Izzah.

Saya nak cakap sebagai rakyat. Gini, sebagai parti politik, PKR menawarkan dirinya kepada rakyat. Dengan meletakkan beliau sebagai Timbalan Presiden parti itu hari ini, satu hari nanti Azmin mungkin akan mengepalai PKR. Masya Allah! PKR under the leadership of Azmin is the last thing i will ever imagine! Most dreaded!

Takat tu ja la yang saya nak tulis. Lebih-lebih pun buat apa. Tinggal lagi nak tanya, saya seorangkah yang berperasaan sedemikian?

Berkaitan:
Antara ketirisan dan salahlaku dalam proses pemilihan PKR (9/11/10)
Borang Cuti (Mat Saman Kati 10/11/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya pun begitu... he..he...

    Tapi tak la macam Pak Bakar kesian kat Nurul Izzah tu.. lain macam saja kesian ni..kah..kah..kah..

  2. You'll never walk alone

  3. Bukan hang sorang je la, bakaq. Ramai pimpinan tinggi PAS Pusat pun turut mempunyai pandangan yang sama, cuma mereka segan nak menyuarakan secara terbuka je.

  4. Time anuwar kena arsenik sampai nak mati ada simpati dak? La ni macamana? setelah dia pulih? memang salah Dr. Asri kata dia tak kuat. Bukan calang-calang orang boleh survive dengan arsenik...

  5. Saya pun samadgn pak bakaq. Masa anwar kena arsenik tu yg paling simpati ialah zul nordin. Hari2 ikir pasal arsenik.

  6. nurul sengaja cakap yang dia terasa kehilangan zaid sbb zaid tu ketua dia, tak kan nurul ckp dia lega zaid dah berambus, lepas ni ada harapan nurul jadi ketua pkr WP

  7. Azmin mungkin boleh menjadi perunding yang lebih baik berbanding Zaid.Kalau berjaya ke Putrajaya,jadi PM mesti bijak dan licik untuk berunding dengan pihak luar.Takat lurus bendul, jadi le macam najid: digulai hidup oleh Singapore.

  8. aku setuju. aku pun tak suka Azmin. Tak tau kenapa. Kat Anwar pun aku rasa dia dah hilang kredibilti dia. Kalau di pihak pimpinan tertinggi ada 'ABA', kat temerloh ni kami ada projek 'ABAN'(Asal Bukan Ahmad Nizam) the worst ketua cabang Keadilan pernah Temerloh ada.....hampas haprak ada hati nak bertanding MPT?. Dulu di lantik exco pemuda keadilan(masa tu) cek rekod dia, berapa kali dia hadir meeting kat pusat?. skang nak tanding MPT?. piraaaahhh..buat keje malas kemudian tuduh org lain tak buat keje....ha ha ha...bole cek kat org temerloh, tanya org PAS tanya org PKR, berapa byk program dia buat, tak yah tanya puluh-puluh cukup sekadar tanya 5 program dia buat semenjak jadi ketua cabang.....mau terkentut nak jawab.

  9. nurul plak jadi ketua pkr WP , hahaha yela
    mcm dr asri kata berambus kau anwar ini time aku plak
    orang muda lani lagi tak sabar nak perambat org tua
    mcm anak-anak yg kadang mcm suka mak bapak yang kaya mati cepat

  10. ala...boring la kau ni...kalau stakat ckp asal bkn azmin tp xbg sbb kenapa,baek xpyhlaa...sama la ngan matsaman kati tu,sapot zaid gila2,padahal zaid pun sama je aku tgk...
    poyoooo la kau ni

  11. asal bukan Azmin.....the last man standing from UMNO hahahahhhahhha..........

  12. tapi apa pun mgkin bagus ka tak bagus ka palat ka anwar
    dengan pengorbanan atau apa ka perjuangan dia yang yelah
    yang kita pun tak mampu maka mungkin kita reserve skit kut
    tapi kritik kena kritik
    azmin kan anak angkat mahathir ....
    masalahnya anwar tak tau la kenapa azmin juga yang dilebihkannya
    susah juga kalau kita ni ada bakat best sangat
    atau kita ditakdirkan jadi mcm best sangat
    lebih baik serba sederhana mcm yang kita ada ni

  13. Bakaq.., hang aku tabik pasai anti parti taik sampai kesudah.. Tapi heran pulak aku tengok hang tak kisah plak berjinak-jinak dgn parti terowong taik.. Aii...tak kan hang dah tukar ahlul-jub plaaakk...

  14. aku pun sama. complete tarik handbrake. biarlah penyokong "khir toyo" yang buat kerja cabang.

  15. hah.!! korang percaya mamat tu kena arsenik? hahahah.. taksub peringkat parah dah nih..

  16. tajuk sepatutnya PAS dikepalai Lim Kit Siang? nauzubillah....

  17. u r rite again! Count me in, Pak Bakaq!

    Yay! Hail Pak Bakaq Long live Pak Bakaq ... hehe

  18. khir toyo memang tak guna, jawa tak guna, penipu,pembelit semua label ada pada dia....noh omar pun dah tak nak dia, menyusahkan je,

  19. hohoho...aku pun pelik nape pak bakaq menci ngan azmin ni... pembaca nak tau jugak....
    kami golongan marhaen ni nak jelas jugak..


    Dato' Najib Buta Sejarah

  20. bila pak bakaq open comment tanpa ditapis, baru la nampak yang ghupenye, banyak betui sebenornye komen yang pak bakaq terima bagi setiap post. ha2...

    tapi elok le juga ak ditapis, satu, jadi tambah kerja nak menapih banyak2, kedua, nampak le jenih pemikiran oghang kat sini. yang komen tak ikut topik pun banyak.

    tapi, yang saya pasti, pak bakaq oghang lama, mesti die simpan banyak citer kisah azmin. yang awok teringat, kes die panggei pastu marah pemimpin pas waktu kes anwar dulu. mungkin tu salah satu yang pak bakaq angin kot. ha2...

  21. senang cerita , ni semua spesis serpihan umno juga, sama ada diterajang keluar atau menerajangkan diri keluar ikut kepala B.A.B.I. poooooraaaahhhh , luar dalam porak peranda , nak memimpin negara??? poooorahhhhh.... jenis depan belakang taruk , poooorahhhhhhhh ,, nak mengurus parti pun tak reti, ini nak mengurus negara !!! pooooooraaaaahhhhh !!! kalau takat nak huru hara, nak sapu sana sini, nak demo sana sini, nak putar sana sini, nak temberang sana sini ,,, pooooooraaaahhhhh !!!! kesimpulannya ni semua jenis spesis SAKIT TENAT .......... if u think u r right, we the majority are better thinker ... poooooraaaahhhhhhhhhh!!!!!!!

    Latif Loya

  22. Pak Bakaq...Liverpol..liverpol...yeah..

    Bila hang nak cerita pasai Geng Nuar Vs. Geng Daim ..ha ha ha

  23. Betui ka hangpa ada pendirian? Hangpa dok kritik orang tu teruk. Orang ni salah. Dia tak betui. Orang tu silap. Azmin tak betui. Najib salah. Anwar haprak. Habis anak beranak belah ni tak betul. Belah sana pun sama. Kit Siang tak guna. Semua orang lain tak betui. Kerajaan tak betui. Pembangkang tak betui. Kritik punya kritik, kutuk punya kutuk. Cerca punya cerca. Mengumpat punya mengumpat. Hasut punya hasut. Keji punya keji. Hina punya menghina. Dah macam tak dak orang yang boleh harap di Malaysia ini. Dah macam tak dak gherja lain...Hangpa dah jadi keluru. Orang semua jadi kusut kepala. Dok dalam jamban...berak. Bau la taik sendiri. Busuk ka dak? Baru kot hangpa pikiag...hangpa pun sama. Tak dak sumbangan apa-apa.

  24. Tak sampai 10000 ahli PKR keluar mengundi bagi pemilihan Partai Keadilan Nasional Berhad. Itulah keyataan bagi sesebuah parti anak-beranak Anwar Ibrahim serta isteri-isteri. Jangankan ke Putra Jaya ke Pudu Raya pun belum tentu.

  25. Saya berpendapat bahawa PKR perlu undi semula.

    Sila baca "The UMNO in Anwar is coming out di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  26. Penarik beca,

    Bila anda menyebut seperti "Yang penting bagi saya, asal bukan Azmin Ali, Bukan kerana saya menyokong calon lain, tetapi kerana saya tak nak Azmin".

    Kenapa anda berkata begitu..... "Dengan meletakkan beliau sebagai Timbalan Presiden parti itu hari ini, satu hari nanti Azmin mungkin akan mengepalai PKR. Masya Allah! PKR under the leadership of Azmin is the last thing i will ever imagine! Most dreaded! Itu sahaja sebabnya.... "

    Boleh percaya ke cakap penarik beca ni.... ?

    Ada ahli PKR cakap bahawa Azmin Ali ini adalah orang harapan Anwar Ibrahim. Tanpa Azmin PKR tidak wujud. Tanpa PKR Anwar tidak boleh jadi ketua pembangkang. Tanpa ketua pembangkang parti pembangkang jadi lemah. Bila gabungan parti pembangkang lemah maka UMNO Baru akan perintah Malaysia lagi. Apabila UMNO Baru berkuasa lagi, kes liwat akan diteruskan lagi. Lepas Saiful akan ada lagi mangkok hayun yang tanpil mengaku kena liwat dengan Anwar.

    Oleh kerana itu Azmin amat diperlukan dalam PKR. Tanpa Azmin tiada siapa yang boleh tumbangkan UMNO Baru...? Boleh percaya ke cakap ahli PKR ni...?

  27. Orang bangsa melayu ni lain macam sikit yang tak elok digemari cerita fitnah dan gossip yang paling disukai.Contoh cerita liwat mahathir dan najib para ulama umno dan ahli ugama umno semua suka . Sesat lagi menyesatkan demi dunia mereka turuti si pembohong maka berderetan lah mereka menuju ke neraka.

  28. Pak Bakaq, hang kira aku sekali. Sebabnya dia tu kuat sgt gaya dan cara Umnonya

  29. tobat aku tak mau umno parti tong taik said...

    Anwar berdosa dengan PAS sejak dia masuk umno lagi... katanya nk membasuh tong taik kena masuk dan cuci dari dalam.... akhirnya...?

    masa 1998 dulu patuitnya anwar tak tubuh keadilan, tetapi dia kena tebus dosanya dengan lawan umno dgn platform PAS!!!

    Selagi anwar tak tebus dosa dia dengan PAS, selagi tu la dia akan porak peranda...

  30. very true indeed...it has come to a point to open a third force to replace PKR.....we see Azmin as a PA only, can do underground work, but PM material, a big NO.
    We are not here to fulfill his ego.

    The Voice Out There

  31. dulu pak bakaq kata kalau suratkhabar umno sokong seseorang calon tu maknanya calon tu agen umno...kenapa sekarang dah jadi lain pulak? utusan skang ni asyik keluar kenyataan zaid saja...bukan dia agen umno ka kalau ikut kenyataan pak bakaq dulu?

    jibam

  32. heran aq....
    bkn nk kritik,tp lps dgr kwn2 kate benci azmin,aq pon jd benci,tp aq x tau sbb ah pak bakaq,ble x ko ckp nape???

  33. PETIKAN WAWANCARA EKSKLUSIF DATUK ZAID UNTUK NEW SUNDAY TIMES ESOK (14 NOV)

    Q: How would you describe your relationship with Anwar?
    A: I have never had close relationship with Anwar, not in UMNO, not now. Initially we used to discuss about the direction and decision making in the party but after a while, I begin to see it is difficult to work with him because he changes things. Actually the party itself is Anwar, so if you expect on the party structure then you can’t see that. It is very difficult for someone like him to accept that.

    Q: PR allies have been watching the on-going in PKR, will they court you and get you to be the leader?
    A: I do not desire or have any experience to be leader of PR. I know myself and I am not a leader of any big political party, I’m not even a member of parliament. As I said, I just want to see opposition strong because I believe the government will be more accountable if the opposition is strong. As far as PAS and DAP, they will not be able to progress under PR if Anwar is the leader. Anwar has not done very much in terms of policy. His handling of his own party is stuck and I don’t think he can lead bigger than that but not for me to tell PAS and DAP what to do. They should probably identify someone elese, not me of course. PAS has got many good young leaders, like Dr Dzul, Dr Mujahid, Dr Hatta, Husam, Khalid, leaders who have potential, but they must get out of Anwar’s shadow. The problem is everybody thinks the future of the opposition depends on Anwar. I think the future of the opposition depends on the opposition parties not being afraid to re-organise themselves because that is what they should do.

    Q: So have you decided whether you will stay or quit PKR?
    A: People ask me when I am going to quit but I have small group of supporters all over the place and I have to talk to them. If there are options to leave I will. They might even sack me. In fact I am quite surprised they haven’t. It’s quite strange because you describe me as a Trojan horse then why are you keeping me? That’s very hurting because UMNO haven’t paid me a sen but Anwar will come out with something like that. He’s capable with that sort of things which is ridiculous. The latest was that I conspire with Utusan but why would I? I never said no to the media because I think reporters have a duty to write, so when they want to interview me I said why not? I have never met former Perlis Mufti Dr Asri Zainul Abidin in my life so how can i conspire with him to ask Anwar to step down? This is the sort of politics I opposed to. You spread lies and perpetuate it. That is not responsible politics and you can’t condone that. The point is I hope this political transformation somehow will take place and I’ll do whatever I can do.

    Q: What have you got against Azmin?
    A: Nothing, but I just don’t think he can be a leader of the pact because he is loyal to Anwar. To have someone as a leader, you must be prepared to see things differently.

    Q: How do you see the direction of the party if Anwar and Azmin stay on?
    A: I don’t think the party will be very strong. In fact it has declined since 2008, that is why I offered myself to do something. If you look at PKR membership, they claimed to have 400,000 members but people who turned out to vote were very small, probably only 9,000 people up to now. Things like the structure of the party and strength of membership, jentera (machinery) is my interest, I’d like to see that rather than issues that we have. Anwar is preoccupied with his own case, it is a distraction I suppose.

  34. RAMAI KAWAN KAWAN ATAS PAGAR YG DULU UNDI PAKATAN RAKYAT DAH CONFIRMKAN PADA SAYA KALAU AZMIN MENANG, PRU 13 MEREKA TAK AKAN UNDI PAKATAN RAKYAT LAGI. TERUK JUGA YA, AZMIN DI MATA RAKYAT. TAK TAHU APA NAK JADI DGN KITA NI.. SEMAKIN HARI SEMAKIN MEROSOT SOKONGAN TAK MCM DULU

  35. sama la kita. saya pun harap PKR boleh faham la..

  36. Kah..kah3 . .. nak tergelak tengok Zaid kluar PKR .. sepatutnya dia ajak sekali MSK yg mati matian kempen kutuk Azmin yang menajdi rujukan muktabar Bakaq... tapi semenjak Zaid tak keruan.. Bakaq macam dah brenti menulis... dan MSK dah ambik cuti...keh..keh..Mu bleh blah la Bakaq... aku rasa mu kena join Zaid dengan parti barunya.. sebab kat situ mu boleh kritik semua orang kecuali Zaid.....ha..ha...

  37. tak perlu....kau nyatakan pada ku
    luahan hatimu ituuu
    segala nya telah berakhirrr
    tak mungkin ku menerimamuuuu.....

    umno gadai bangsa....
    PAS JUAI AGAMA...

  38. putus angin aq nk tgk,,lg kn zaid 'pejuang demokrasi' tuh...
    mane x nye die kuar parti..kalu dah 'anak buah' dilambung-lambung,,
    hai baqaq...
    x jd gak kite nk gi putra lps 13 nieh...

  39. Nak wat camner, memang org doh suka kat jeming, undorler, tp ingat jeming ning sema taw, taw bak tokeh dier...

  40. Sepatutnya DSAI harus membiarkan pengundian dijalankan dengan adil sebab pengharapan rakyat untuk menghambat BN dari PUTRAJAYA adalah amat besar. Tidak adil untuk DSAI memihak kepada Azmin Ali sebab untuk PKR menjadi parti yang kuat memerlukan sokongan ahli. senang cerita, biarkan ahli-ahli memilih siapakah yang mereka fikirkan layak.

    Azmin Ali harus dibiarkan naik dengan kredibilitinya sendiri tanpa pengaruh dan bayang-bayang DSAI. Pemimpin tanpa kredibiliti tidak mempunyai masa untuk memikirkan kepentingan rakyat kecuali hari-hari duk berfikir nak kekalkan kuasa... last sekali jadilah macam UMNO... kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat jelata.

  41. betul tu apa sebab Pak bakar tak suka Azmin..Pada kami ni dia dah lama ngan Penasihat PKR nii...

  42. Ada sebab ka tak suka Azmin?

  43. Aku nak cerita lain sikit....pada zul kulim tu. komen kat blog dia tak pernah siar so aku komen kat sini la.... Tulis kat blog dia buat korban kat taman jati kulim...pirahhh taik lembu pun aku tak nampak ni dok cerita merata dia korban sekor lembu kat situ...awat la hang suka pemohong sangat...pada-pada la nak pemohong pun...ni bab korban pun nak pemohong

  44. http://h4u0.xtreemhost.com/
    kalau tak boleh
    http://www.mediafire.com/?hqvxp96qkxc6qiq
    tolong hebohkan cerita ni.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008