Ketika demonstrasi-demonstrasi Reformasi membara hujung 90an dahulu, saya tak menyertainya. Pertama kerana saya tidak suka Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dia menyertai Umno pada hujung Mac 1982. Kedua, kerana saya takut tak dapat pahala.
Beberapa tahun selepas itu, saya berjumpa dengan ramai kawan yang menghangatkan demonstrasi-demonstrasi itu, bukan sahaja dari kalangan mereka yang terpesona dengan sosialisme malah dari kumpulan mereka yang disebut sebagai "Daim boys". Daim tu Tun Daim Zainuddin la.
Untuk maklumat, sebelum Anwar diusir dari Umno, selalu berlaku perebutan dan pertentangan antara "Daim boys" dan orang-orang Anwar, terutama dalam merebut habuan ekonomi. "Daim boys" biasanya menjadi pemenang kerana menurut mereka "Anwar boys are stupid".
Berbalik kepada demonstrasi tersebut, orang-orang yang tidak menyokong Anwar berhujah bahawa mereka menyertai demonstrasi-demonstrasi itu bukan kerana mereka menyokong Anwar. Tetapi, kerana "itulah peluang terbaik untuk menjatuhkan Umno".
"Kami duduk dalam tu. Kami kerja dengan mereka. Kami tau la Umno ni jahat sangat-sangat," kata salah seorang "Daim boys" yang saya temui.
Belajar dari pengalaman mereka, saya la ni sentiasa berusaha melakukan apa yang termampu untuk memastikan pembangkang menewaskan Umno. Bukan kerana saya suka pembangkang, tetapi kerana saya benci sangat kat Umno. Dan, saya juga selalu memberitahu kawan-kawan bahawa kalau Umno kalah sekalipun, kerja kita tak habis. "Kita kena berlawan dengan puak yang menang tu pulak".
Hari ini, bila membaca berita bertajuk "Kesilapan data: Azmin pula mendahului", saya teringat kata-kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat. Bila saya tanya bagaimana kalau Azmin Ali yang menjadi Timbalan Presiden PKR, terkejut saya bila dia jawab, "Baik orang PKR pakar-pakat bagi jawatan tu kat (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo ja!"
Saya juga semakin yakin bahawa "kerja kita tak habis. Kita kena berlawan dengan puak yang menang tu pulak".
Lagu-lagu mana pun, kita kena patah-patahkan kekuatan dan kalahkan mudharat yang lebih besar dan lebih bahaya dulu - iaitu Umno. Itu kerja utama kita.
Berkaitan:
Battle for PKR No 2 post takes another twist (FMT 1/11/10)

Cantik? Klik 

bila pas di balacikan oleh pkr dan pas... pas buat bodo je.. musuh sebenar adalah dalam pakatan dapig n pkrNGOK itu sendiri untuk menjadikan pas parti kambing hitam... bangkitlah perjuangan sebenar islam yang pas perjuangkan bukan hanya nak menuding jari umno umno umno... itu je kerojenyer... dah basi...
Syabas Pak Bakaq, Saya ingatkan saya sorang saja yang bermentaliti sebegitu, rupanya ada jugak kawan... hehehe..
Hapuskan mudharat yang lebih besar terlebuh dahulu, selainnya kita cerita kemudian.
AKU RASA LA ADA BENDA TAK BETUL DALAM PEMILIHAN PKR. TAK BERAPA LOGIK ADA KESILAPAN DATA. AGAK MERAGUKAN. NAK BAGI TAK RAGU HQ PKR KENA PUBLISH SATU2 UNDI TIAP2 CABANG SUPAYA CABANG2 TU SENDIRI DAPAT MENGESAHKAN KEMBALI. KALAU BETUL ADA KESILAPAN DATA PADA BENDA BESAR BEGINI YANG SILAP BUAT KESILAPAN DATA ITU PERLU DIKENA TINDAKAN. JEJAS IMEJ PKR.
kerja Pak Bakaq tak ubah seperti kerja-kerja menjatuhkan Suharto, lepas iti Gus Dur dan seterusnya siapa lagi di Indonesia. Serupalah seperti di Thailand, sentiasa tukar kerajaan. Lama-lama habis semua pemimpin Melayu tinggal orang-orang kampung Pak Bakaq di Bukit Gantang jadi Jemaah Kabinet. Harga durian terus melambung tinggi.
dr asri kata anwar bersaralah , ini time aku pulak ... lagu mana tu ?
Saya yang sedang menjawat jawatan timbalan ketua cabang keadilan di sebuah negeri pun setuju dengan Pak Bakar.
Saya masuk Keadilan setelah Pas di negeri saya pun macam Pas Terengganu. Jadi pilih wadah Keadilan untuk lawan umno perompak harta rakyat. Tapi sampai sekarang saya sedikit pun tak wala' kepada Anwar atau Pak Yet2 dia.
Saya hanya wala' pada menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran.
Solawat.
Salam. Pakat-pakat la muhasabah diri. Parti Politik orang Islam (UMNO/PAS/PKR) pasti ada buat salah/silap, banyak atau sikit. Carilah titik persamaan atas dasar ukhuwah Islamiah. Bermuzakarahlah moga dapat natijah yang baik untuk umat Islam dan juga bukan di Malaysia.
balik2 UMNO yg salah...
Merapi meletup pun salah UMNO...
mcmmana la org nak suka....
Semenjak layak mengundi dari awal '80an bermula di-Selangor dan '90an di Perak hingga kini.
Undi sentiasa condong ke PAS. Tetapi memangkah Dacing bila tiada Bulan berlangit Hijau. Kerana dari dulu hingga kini Roket-DAP teramat mencurigai dan kesangsian nya tidak membenarkan saya mengantung harapan akan hala tujuan destinasi Roket itu.
Bila PAS-PKR-DAP bergabung...ia menjadi delima kerana benak-sanubari ini terlalu sangsi akan satu titik itu(DAP)....walau pun ingin sekali melihat langit Biru bertukar Hijau.
Tapi Bulan yang sedang mengambang di langit Hijau di cemari oleh langit keMerahan walaupun cuba di imbanggi oleh Biru muda berbulan sabit dua, nun jauh di ufuk kaki langit.
Masih mengharap semoga moga nya Bulan yang mengambang Penuh dapat berlangitkan Hijau sepenuh-penuhnya.
Biar kan langit-langit keMerahan..dan Bulan sabit dua berlangit Biru muda meniti di kaki langit sebagai tanda sokong keUntuhan redupan syahdu lelangit Hijau.
Langit-langit Biru Tua...biarkan saja ia menyinseng lalu. Tapi harus di ingat apabila sudah lengkap putaran nya....fajar yang bakal menjelma belum ketentuan lagi..!
Mungkin esok hari berJerebu kut..!!
...melalut dari Bkt.Maxwell ke Kuala Sepetang.
ah sudah.. pusing kiri kanan, paling belakang depan... tut... nama umno & pemimpin umno jugak yg jadi kambing hitamnya.
jgn jadik macam sorang pemimpin Pas kelantan tu, bila anak sedara hisap ganja kemudian merompak keluarga dia, terus disalahkan media massa sebagai punca anak sedara dia jadi jahat lagu tu.
Ainon 4..
Kerja kita ialah menolak yang Mungkar dan menyokong yang Hak. Macam kat Thailand dan Indonesia tu pasai apa masih lagi berlaku??? Kerana mereka tak jumpa Pemerintah yang Menyokong yang Hak dan Menolak yang Mungkar..Selagi tu lah bergolak..
Jadi, kerja kita selesai bila Pemimpin yang dilantik adil, bijaksana dan amanah..kalau tak ada yang ini janganlah kita berputus asa memperjuangkannya.
Pak Bakaq bukak cerita Anwar Boys dan Daim Boys ni ada apa-apa ke...hang kongsi ler dengan kami semua..ha ha ha..
umno mmg mangkok , nak pertahan apa lagi ...
yang mengikut feel umno akn jadi mangkok gak ...
pak bakar another kickthefella
ALJUBURI
Kalo nak tau aritu mak sedara belah pak penakan jiran belah kanan umah Bakaq demam semput , tu salah UMNO gak tu..tak sediakan klinik 1 M'sia dekat ngn umah Bakaq.
OSEN,Batu babi
kerja umnok kini dan selamanya selagi memerintah negara selagi tu melayu dikpg desa dlm hutan makan ubi,hanya 5thn sahaja makan enak mkn sapi/kambing/ayam hanya seminggu aje,pastu perut yg nak mula buncit kempeng kembali,itulah umnok buat baik sebangsa hanya raih undi,cerita itu masih diguna bertahun2,2010 rakyat kpg dah mulai sedar umnok bagi makan,dia makan umnok bagi duit dia ambil,tapi........dia undi pas/pkr/dap kerana mereka inginkan perubahan serta kerajaan adil,mereka anggap umnok bau busuk 1malaysia kerja mereka buat rasuah cekek duit rakyat
Penulisan yang paling bodoh dan hipokrit. Masalah penipuan dalam rumah PKR tapi masih nak kenakan UMNO. Nampak sangat kelemahan diri tak akui, asyik2 pihak lain yang buruk.
Macam mana golongan muda nak mendekati PKR baikpun PAS kalau pemikiran terlalu cetek dan sangsi begini.
musnahkan umno bangsat...pengamal fahaman assabiyah!
Melayu sama Melayu bergasak.... Cina dari dulu dan sekarang dan masa depan terus menguasai harta tanah.... sekarang kedai-kedai cina rela ambil budak sabah, mynmar, indon (kristian) bekerja dengan mereka..
Tengoklah kat SUnway city...
Melayu diperbodoh eama endiri lebih kpd hasad dengki ... syok sendiri... low IQ
Fikirkan
Malaysian Politic Sucks!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!