
Dalam postingnya bertajuk "Setelah Galas, jangan malas," Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan:
Sambil menghormati dan mengakui kejayaan strategi Ku Li itu, saya bimbang selepas ini pakar-pakar strategi yang tidak strategik serta pakar-pakar taktik yang tidak taktikal di dalam PAS akan menjadi ghairah terlampau untuk mempamerkan kehebatan taktik dan strategi mereka lalu mencadangkan supaya parti itu meniru secara bongok apa yang dilakukan oleh Ku Li.
"Ana nampak tak kena dah cara kita sekarang. Ceramah-ceramah ni tak ada kesan. Betul dia orang kata, bising tengah-tengah malam, jalan sesak... Ana nampak apa yang Ku Li buat di Galas lebih berkesan".
Adoi la! Bimbang sungguh aku kalau ada Mamat tongong yang cakap macam tu dan ketongongan itu pula dianggukkan dengan penuh bangang oleh kawan-kawannya.
Assalamu'alaikum ya akhi mukhtaram! Umno dan Barisan Nasional (BN) memang tak payah buat ceramah sebab depa hari-hari ceramah dalam rumah hampir semua pengundi. TV hari-hari ceramah (kesian orang yang bayar kat Awani untuk dipropaganda dan dibiulkan supaya menyokong BN), radio hari-hari ceramah, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa menatang surat khabar harian pun hari-hari berkempen untuk BN.
Jangankan semua itu. Dalam blog cikai aku ni pun puak-puak Umno dok berkempen sakan dalam ruangan komen. Dulu aku pernah tekan reject sebab aku fikir hampa dah ada segala macam media dah, takkan dalam blog cikai ni pun hampa nak menyalak jugak. Tapi fikir-fikir, lantak pi lah. Yang saya click spam la ni hanyalah komen-komen yang membusukkan nama Islam yang ditulis oleh orang Islam sendiri.
Yang saya nak habaqnya, Umno BN terlalu mewah dengan pelbagai media. Buat ceramah pun buat rugi bateri ja, orang bukan datang sangat pun. Bila ceramah Umno orang tak ramai, puak-puak pembangkang pun mengejek-ejek. Tengok-tengok bila keluar keputusan, BN menang. Ambik habuan!
Ketika ceramah tetap menjadi medium pembangkang untuk membina mood rakyat, ketika pembangkang tidak mewah dengan pelbagai media, bayangkan jika tiba-tiba pakar strategi PAS mahu menjadi kucing peniru kepada apa yang dilakukan oleh Ku Li itu. Saya teringat ayat yang ditulis oleh A Voice - Dumb PAS are just tagging along idiotically (lihat di sini).
Saya dah tak larat nak tengok para pemimpin PAS tak serik-serik menjadi tukang mengekor. Di Kuala Lumpur, Presiden PAS dan beberapa tukang kipasnya mengekori ajaran sesat bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar. Khabarnya sampai sekarang (itu fitnah ~penarik beca!) Di Ipoh dahulu, Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tak puas-puas menjadi pak yet Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sehingga memaksa saya menulis apa yang saya tulis sebagai "Perjanjian Pangkor II".
Sudah-sudahlah menjadi pak yet orang! Sudah sampai masanya para pemimpin PAS memikirkan apakah X Factor yang boleh membina mood dan sentimen umum untuk menolak Umno BN. X Factor yang baru amat diperlukan. Mengulang-ulang X Factor yang lama seperti percubaan untuk mewujudkan Bersih II tidak akan menarik perhatian rakyat.
Sambil mengakui kehebatan jentera amat diperlukan (saya difahamkan jentera pilihan raya PAS yang paling strategik dan efficient selepas pilihan raya umum 2008 ialah jentera dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu - ia patut diulangi), pembinaan mood dan sentimen rakyat amat penting. Tanpa mood dan sentimen yang digelombangkan seperti tahun 1990, 1999 dan 2008, PAS akan tertungging hangit seperti kecundangnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Cik Gu Mohd Zain Abdullah di Bachok pada pilihan raya umum 1986 (Imej di atas ihsan Malaysiakini)
Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas? Apakah cara kempennya? Cara yang lebih subdued dan muted.Bernama pula melaporkan, strategi kempen oleh Tengku Razaleigh berjaya mengelak bandar Gua Musang dilanda kesesakan lalu lintas atau "jerit pekik" penceramah pada waktu malam (lihat mStar 29/10/11 "Penduduk suka kempen bersemuka di Galas").
Sambil menghormati dan mengakui kejayaan strategi Ku Li itu, saya bimbang selepas ini pakar-pakar strategi yang tidak strategik serta pakar-pakar taktik yang tidak taktikal di dalam PAS akan menjadi ghairah terlampau untuk mempamerkan kehebatan taktik dan strategi mereka lalu mencadangkan supaya parti itu meniru secara bongok apa yang dilakukan oleh Ku Li.
"Ana nampak tak kena dah cara kita sekarang. Ceramah-ceramah ni tak ada kesan. Betul dia orang kata, bising tengah-tengah malam, jalan sesak... Ana nampak apa yang Ku Li buat di Galas lebih berkesan".
Adoi la! Bimbang sungguh aku kalau ada Mamat tongong yang cakap macam tu dan ketongongan itu pula dianggukkan dengan penuh bangang oleh kawan-kawannya.
Assalamu'alaikum ya akhi mukhtaram! Umno dan Barisan Nasional (BN) memang tak payah buat ceramah sebab depa hari-hari ceramah dalam rumah hampir semua pengundi. TV hari-hari ceramah (kesian orang yang bayar kat Awani untuk dipropaganda dan dibiulkan supaya menyokong BN), radio hari-hari ceramah, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa menatang surat khabar harian pun hari-hari berkempen untuk BN.
Jangankan semua itu. Dalam blog cikai aku ni pun puak-puak Umno dok berkempen sakan dalam ruangan komen. Dulu aku pernah tekan reject sebab aku fikir hampa dah ada segala macam media dah, takkan dalam blog cikai ni pun hampa nak menyalak jugak. Tapi fikir-fikir, lantak pi lah. Yang saya click spam la ni hanyalah komen-komen yang membusukkan nama Islam yang ditulis oleh orang Islam sendiri.
Yang saya nak habaqnya, Umno BN terlalu mewah dengan pelbagai media. Buat ceramah pun buat rugi bateri ja, orang bukan datang sangat pun. Bila ceramah Umno orang tak ramai, puak-puak pembangkang pun mengejek-ejek. Tengok-tengok bila keluar keputusan, BN menang. Ambik habuan!
Ketika ceramah tetap menjadi medium pembangkang untuk membina mood rakyat, ketika pembangkang tidak mewah dengan pelbagai media, bayangkan jika tiba-tiba pakar strategi PAS mahu menjadi kucing peniru kepada apa yang dilakukan oleh Ku Li itu. Saya teringat ayat yang ditulis oleh A Voice - Dumb PAS are just tagging along idiotically (lihat di sini).
Saya dah tak larat nak tengok para pemimpin PAS tak serik-serik menjadi tukang mengekor. Di Kuala Lumpur, Presiden PAS dan beberapa tukang kipasnya mengekori ajaran sesat bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar. Khabarnya sampai sekarang (itu fitnah ~penarik beca!) Di Ipoh dahulu, Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tak puas-puas menjadi pak yet Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sehingga memaksa saya menulis apa yang saya tulis sebagai "Perjanjian Pangkor II".
Sudah-sudahlah menjadi pak yet orang! Sudah sampai masanya para pemimpin PAS memikirkan apakah X Factor yang boleh membina mood dan sentimen umum untuk menolak Umno BN. X Factor yang baru amat diperlukan. Mengulang-ulang X Factor yang lama seperti percubaan untuk mewujudkan Bersih II tidak akan menarik perhatian rakyat.
Sambil mengakui kehebatan jentera amat diperlukan (saya difahamkan jentera pilihan raya PAS yang paling strategik dan efficient selepas pilihan raya umum 2008 ialah jentera dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu - ia patut diulangi), pembinaan mood dan sentimen rakyat amat penting. Tanpa mood dan sentimen yang digelombangkan seperti tahun 1990, 1999 dan 2008, PAS akan tertungging hangit seperti kecundangnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Cik Gu Mohd Zain Abdullah di Bachok pada pilihan raya umum 1986 (Imej di atas ihsan Malaysiakini)










Cantik? Klik 






betoi, betoi,
aku cadangkan pak bakaq dan taskforce kedai mamak taqwa bentangkan satu rangka kerja
yang komprehensif untuk dibincangkan dalam majlis tertinggi Pakatan Rakyat.
kalau setakat melalak depan roti canai dan teatarik kedai mamak taqwa; mamak jual carpet dan pakmat kubangtaik pun boleh!!! apa macam penarikbeca? gua cabar lu.
Janggan reject pulak komen dan cabaran ni.
Aiiik!pakmat kubangtaik pun ada???ingat bung nuar kubangtaik jer yg ada????????
x factor adalah tok wolly selipar le.tampal gambar dia sedang khusyuk berdoa menadah tangan sambil menangis....gerenti pas boleh menang punya;;;;
anon 1,
siapa pak bakaq yang hang suruh bentangkan satu rangka kerja yang komprehensif dalam majlis tertinggi pr? bukankah pr sudah ada pakar2nya, ketua2nya? mereka inilah yang sepatutnya memikirkan itu semua kerana mereka telah diberi amanah oleh ahli masing2. jawatan mahu, kerja liat. kepercayaan ahli dipersia2kan. sebagai contoh, lain yang diputuskan oleh muktamar, lain pula yang diigaui pemimpin. cakap bergegar2 nak ke putrajaya, tapi tabur paku sana sini.
"Di Kuala Lumpur, Presiden PAS dan beberapa tukang kipasnya mengekori ajaran sesat bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar. Khabarnya sampai sekarang (itu fitnah ~penarik beca!)". jika tidak benar, kenapa mereka2 yang terlibat berdiam diri? kalau benar, apa ia jatuh ke dalam kategori 'fitnah yang benar'? sebab ia 'fitnah' maka ia menjadi satu kesalahan untuk memperkatakannya. justeru tidak perlu dilayan? mudah.
HUHU....whateva!!but...i sokong pak bakaq....
standard mentality org 1mesia. bila dah kalah, semua org salah. apa pun, approach ku li ni sama dgn approach ameno kedah masa pru11. aku tanya kawan org ameno apa pasal tak buat ceramah. dia kata buang masa, baik masuk terus ke rumah pengundi sambil bawak duit. pru12 sbb tak dapat duit tu yg lingkup
Salam Bakaq,
Entri-Menggalas kebijaksanaan kontot strategis PAS
Komen no.9 MAMAT dan no.30 anon adalah X Factor.
Bakaq ulang/tambah lagi,
...Presiden PAS dan beberapa tukang kipasnya mengekori ajaran sesat bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.
Nak kata PAS harus terima hakikat payah kot...
Mereka di baris hadapan...langgar ?
PAS akan menuju kehancuran bila kelak mereka di calunkan semula dalam PRU mendatang..
Maknanya,walaupun UG samar,ataupun buka,tutup,buka,tutup....strategi UMNO(B)/BN(Penasihat APCO)seakan mengena.
PAS khianat....apa sahaja berkemungkinan berlaku.
Apa matlamat ? Bukankah ABU(Asal Bukan Umno/Bn/Apco)
Secara peribadi....bezakah ?
DAP = MCA
Akan ditangkap di bawah Akta Hasutankah,ISA,OSA,Akta polis sek. 27 ?
Bila kata MCA dah maxuk Islam,MIC dah keluarkan Zakxt dan pi Hajx.
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian menjadi sejarah.
Secara peribadi lagi,tangan mengubah bukanlah kerana bawaan sesiapa.
Tetapi kerana ABU.
Apa tak pernah dengarkah Amerika dengan CIAnya berwajah melayu ?
British pulak berwajah Arab dan mamak.
Tak jauh,Amerika,British,Zionis,Firaun,Haman,Abu Jahal ka dekat dengan kita,iaitu ada dalam perut kita sendiri...hari-hari dok dalam perut sifat tu.
Kekal atau hapuskan X Factor tu terpulanglah.
Kita sama-sama fikirkan.
Percubaan pertama gagal.
Legakah dengan status quo ?
Membawa alasan deklarasi IPOH.
Buka,tutup,buka,tutup,buka,tutup,buka,tutup,
Terima kasih Bakaq.
Ramlee
Pak Bakar, salam.
Apa pun, bila dah menang boleh cakap apa saja dan bila dah kalah boleh beri macam-macam alasan.Sama saja.
Bakaq, bila hang tulih macam ni.., baru la nampak kerandut hang ber batu. Straight to the point. kaedah nak ajaq org zaman ni kena mcm tu.. Orang Pas pun bukannya cerdik kesemua. Duk jadi pak yet tu..telah dah.. Yang penting hang kena cakap..!! cakaaap..!!!! Tidak sampai bila hgpa nak jadi talibarut Anwar & Freemason geng dia...
Hang pun jgn la duk pegang pulak statement tok guru, setan bantu pun hg sanggup terima, syaratnya menang.. Aku buh terhajang kat hang...
Bakaq, aku tengok sekarang perang media alternatif la ni puak UMNO dah lebih canggih dan advance dari kita.Sampaikan dlm blog hang yg hamlau pun nak kacau. Dulu kita buat mcm fitnah dan kerja kotor melalui blog, sekarang depa pulak lebih cekap dari kita. UMNO ni kalau kerja jahat ni memang cepat depa belajak dan lepas tu buat 100kali baguih dari kita. Entahlah, mungkin tuhan nak bagi balasan cash pada kita kerana kerja kerja jahat dan fitnah yg dibuat oleh bloggers PAS dan Pakatan dulu.
dalam blog mahathir mana ada komen hentam dia @ umno @ bn , dah tu komen yg support berjela-jela plak panjangnya ,dan banyaknya sehingga kita tanya balik , yo ko? atau upahan orang yang sama walaupun kita tak nafikan mahathir banyak fan yang suka atau benci maka kerana itu mmg pak bakaq kena reject komen orang yg mewah media tu , bodoh la pak bakaq bg muka lagi , rejectkn je , biar mereka melalak di blog umno je
dan untuk makluman saya tak berapa suka banyak komen-komen kat penarik beca ni kebanyakkan meloyakan , saya hanya suka apa yang pak bakaq tulis je , jadi tak yah ada komen , tak demokratik? peduli apa org cakap , banyak sungguh orang yang baca pak bakaq ni tapi depa tak respon komen , so yg ada di komen tu bukan cerminan kepada pembaca pak bakaq , ya , pak bakaq tau ni , so rejectkn komen-komen yang meloyakan dan tidak memberi apa pekdah ...........
Mat Kola
Kalau komen yg tak datangkan fitnah kpd hang pun tau, tulih lagu mana pun, mesti aku siar. Kalau datangkan fitnah, aku buang.
Penarik beca,
Pertandingan dalam pilihanraya di Gallas sama seperti orang berniaga.... ada kalanya untung selalu ada kalanya terpaksa tanggong rugi.
Bila kalah bertanding maka kita mesti terima kenyataan bahawa kita telah kalah. Bila ada yang menyoal mengapa kalah... jawapannya ialah kerana kita beri mereka kemenangan.
Pilihanraya di Gallas dan Batu Sapi adalah dua kawasan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Tetapi dalam mencari populariti dan pengaruh maka parti yang dipertanggongjawabkan perlu meletakkan calon mereka bagi memenuhi syarat.
Kerajaan Negeri Kelantan masih mengharapkan royalti minyak dari kerajaan pusat dan orang yang mampu memberi tekanan kepada kerajaan pusat adalah Ku Li dari UMNO Baru. Pertembungan diantara PAS dan BN dibawah naungan Ku Li ibarat telan mati mak diluahkan mati bapak.
Oleh kerana itu Kerajaan Negeri perlu mengalah dan korbankan satu kawasan dalam jajahannya demi menaikkan semula imej Ku Li yang membawa maksud orang ini masih kuat dan berpengaruh lagi dalam dunia politik tanahair. But don't forget...."I help U, U help not me but Us"
Jikalau mungkir janji.... orang itu akan jadi sampah hanyut....!
Nak suruh Pak Bakaq tulis kertas kerja strategi dan bentang diperingkat tertinggi PR,memang tak kena.Inilah masaalah orang Melayu kita,siapa yang banyak cakap dan cuba nak tunjuk pandai,dia kena buat kerja tu.Pak Bakaq cuma buat teguran yang membina dan tak semestinya dia pulak yang nak buat kerja tu.Dalam PAS contohnya,sudah ada pakar-pakar strategi Perang dan Gerak Saraf.Khabarnya,terdapat beberapa orang PHD jadi ahli kumpulan ni.Kumpulan inilah yang wajar buat kerja ni,bukan Pak Bakaq.AJK PAS Pusat pulak bukan senang nak yakinkan kumpulan ni sebab Presiden,S/U Agong dan Pengarah Pilihanraya,terdiri dari politikus zaman 60an.Dalam PAS dan jugak dalam AJK PAS Pusat bukan tak ada pemimpin-pemimpin muda(taklah muda sangat,yang muda kalau tak boleh pakai buat apa)yang berkelayakan,berpengalaman dan juga berilmu,untuk melakukan kerja ini dan membuat perubahan,tapi mereka tak diberi peluang dan kepercayaan oleh Presiden.Apa sebabnya? kena tanya Presiden.Kalau kita teliti senario ni,dalam konteks yang dibincangkan,jelas tanggung-jawab ini jatuh kebahu Presiden.Terpulang kepada dia,sama ada mau melihat pembaharuan dengan menggantikan yang lama dengan yang baru,yang lebih dinamis dan berkemampuan atau terus buat deeek dan mengekalkan status quo kerana masih punya kepercayaan kepada yang ada.
SEnang saja Tahun depan kita siap kan senarai kita sendiri siapa yanglayak pimpin PAS dari peringkat Kawasan hingga ke Pusat kita open dialog dengan semua pihak dan kita nilai sendiri semua pimpinan yang mana bau UG kita kena cantas yang mana yang tak perform macam MB Kedah tu terpaksa kita cantas.Asik melenting ,emosi dan tuding jari buat malu Parti saja.Biar ahli yang menilai secara forum.Dalam AJK PAS pusat kita kena ambil balik dua tiga orang puak Veteran yang telah lama berkithmat dengan PAS contoh Hj najib Fahmi yang buat Demo kat Kedah Tu dia kita kena lantik pi AJK pusat.Dua orang anak Pak Ali tu kita kena bagi depa rehat sat sebab telalu pandai sampai jadi bodoh.Kita mau orang yang telah lama berkorban dgn PAS di naikan semula dalam Pusat,Puak puak muda yang baru sangat patut beri laluan pada yang lama supaya kita kembali pada prinsip asal.Pokoknya kita kena buat suatu perubahan besar dalam pemilihan Parti tahun depan.mana mana puak oportunis dalam parti harus di rehatkan sementara termasuk budak kecik tu (Tim.Presiden.)