Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan buka pintu fitnah dalam tempoh berkempen

Dalam pilihan raya, masa sentiasa tidak cukup. Sedikit masa yang ada sepatutnya digunakan untuk menghimpit lawan ke tepi. Masa tidak sepatutnya dibazirkan untuk mempertahan atau menjelaskan kesilapan atau kesalahan sendiri. Oleh itu, jangan buat silap, jangan buat salah.

Saya boleh menerima penjelasan bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada Orang Asli yang diIslamkannya. Saya rasa penjelasan itu tak bohong kerana pemberian zakat itu diberi secara terbuka, tidak sorok-sorok dan wang juga diberi tanpa dibungkus atau dimasukkan dalam envelope.

Melainkan orang bodoh, tidak ada siapa pun akan menumbuk rusuk secara terbuka seperti itu. Biasanya, kalau nak tumbuk rusuk, orang akan beri secara sembunyi seperti yang diceritakan dalam liputan Merdeka Review 2/11/10 "Perarakan Satu Malaysia: Satu orang, satu ratus ringgit". Bagi zakat tak perlu sembunyi-sembunyi.

Bagi zakat memang bagus dan ia tidak kira masa. Tetapi saya rasa ada satu lagi ajaran Islam yang lain iaitu mengelakkan fitnah. Seikhlas mana pun niat dalam hati dan sesuci mana pun pemberian zakat itu, tetapi jika dihulurkan ketika kempen pilihan raya, ia pasti menimbulkan fitnah. Janganlah mengundang bala walaupun nak cari pahala.

Kebaikannya hanyalah apabila kita diperi hiburan percuma apabila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Perkasa buat laporan polis terhadap Nik Aziz".

Sejak malam tadi lagi apabila beberapa blog Umno membantai atau mempersendakan perkara tersebut (sila lihat di sini, di sini dan di sini), saya menjangkakan Utusan Malaysia pasti membantai perkara itu. Bagai di duga, tersiarlah berita bertajuk "SPR teliti tindakan Nik Abdul Aziz beri wang kepada Orang Asli" dalam Utusan hari ini.Link
Tidak fasal-fasal terpaksa dijelaskan dalam berita Harakahdaily hari ini "Orang Asal diberi wang zakat selepas masuk Islam", "Takkan beri zakat rasuah" dan "‘Sogokan’ jadi isu hari akhir kempen". Persoalannya, berapa orang baca penjelasan dalam Harakahdaily itu? Dan, berapa ratus ribu orang pula yang membaca berita Utusan itu, tidak kira sama ada edisi bercetak atau edisi onlinenya?

Adakah PAS mempunyai cukup masa untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada mereka yang dihidangkan dengan cerita "rasuah PAS" di Galas? Pilihan raya pun macam urusniaga jugak - time is of the essence. Tu belum lagi cerita tentang perangai bodoh tak bertempat dan gatal mulut sangat nak berlagak fasal duit tambang RM250 atau memungkiri janji tak nak hentam Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau tak reti tunai janji, jangan berjanji.

Sebelum ahli dan penyokong PAS nak marah sangat dan, bagai biasa, bersedap-sedap memfasiqkan aku dengan memperalatkan ayat 6 Surah al-Hujurat (aku pun tak larang hampa nak fasiqkan aku), cuba tanya dengan ikhlas kepada diri sendiri - macam mana kalau Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghulurkan duit yang bertelanjang tak bertutup itu kepada Orang Asli?

Tolonglah! Masa dalam kempen pilihan raya amat singkat. Janganlah buat perkara yang mendatangkan fitnah yang akhirnya akan mencukai masa yang ada untuk menyerang lawan.
Gambar ihsan Minaq Jinggo

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam saudara,

    Maaf keluar tajuk.

    saya sebagai orang yg bukan menghabiskan seharian membaca pasal pergolakan politik di malaysia. Ingin saya minta penjelasan dan pandangan saudara2 tentang link dibawah.

    http://www.iosphere.net/~dixonr/officers.html

    Dimana secara terang terang di senaraikan nama anwar sebagai ahli pertubuhan freemason ni.

    Sekian terima kasih.

  2. Ustaz Halim tak sesuai jadi Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, dia kalau bercakap sangat careless, konon nak tunjuk keterbukaan tetapi akhirnya sering menimbulkan masalah kepada parti. Tok Guru Nik Aziz pula sekali lagi gagal dilindungi, dikawali dan diguide dengan betul oleh penasihat politiknya maka penasihat politiknya perlu mengambil tanggungjawab dan diarah meletak jawatan for this blunder. Common sense mendictatekan bahawa apa juga pemberian kepada pengundi musim kempen pilihan raya adalah tidak wajar, siapa yang tukang hulur duit memang bodoh, dan lagi bodoh adalah setiausaha politik Tok Guru Nik Aziz yang patut ada di sisi.

  3. Ha Bakaq!! Apa lagi!! Anon 1 dok tanya tu...

    Tu la aku dah habaq awai-awai...PAS la ni bangang sebangangnya..Tak rheti cari kawan.. Bila org tegoq hangpa duk suka berkawan dgn puak Daje.., hangpa kata fitnah..

    Bendera plak terang-terang Mata Satu.., tu pun tak paham paham lagi.. Badidol!! Ass-hole!!!

  4. betui laa saya sokong entri ni.. pas dan barisan PR ni pun kadang-kadang ada satu perangai jugak.. tak pernah belajaq dari kesilapan.. tak pernah matang.

  5. DUIT ZAKAT PILIHAN RAYA...KEH KEH KEH..AMBIK TETAP AMBIK..UNDI IKUT SUKA.

  6. Penarik beca,

    Apabila PAS mengeluarkan duit zakat dikhalayak ramai khusus disedekahkan kepada orang asli yang memelok islam tapi dimata Suruhanjaya Pilihanraya kononnya wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

    Tanpa berselindung SPR memutarbelitkan fakta agar orang ramai keliru kononnya parti PAS melakukan perbuatan rasuah. Mengapa mereka mengeluarkan kenyataan begitu kepada parti PAS saja tetapi tidak kepada parti Barisan Nasional yang melakukan perbuatan serupa memberi duit kepada orang ramai...?

    Perlukah pemimpin PAS melayan kenyataan dari SPR itu sehingga segala-gala aktiviti yang dirancang jadi tergendala atau pemimpin PAS menyanggah semula kenyataan itu dengan memulangkan paku buah keras BN sebagai tanda mereka tidak tunduk pada tekanan tersebut...?

    Rakyat Malaysia sudah lali dengan isu rasuah yang diamalkan oleh pemimpin Barisan Nasional dan juga kakitangan kerajaan. Isu yang ditimbulkan oleh PERKASA dengan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin sebagai kumpulan melayu bacul.

    Mengapa PERKASA hanya nampak parti PAS melakukan perbuatan memberi duit sebagai rasuah sedangkan pekerja BN juga melakukan pekara yang sama tidak dilaporkan kepada polis...? Itu menunjukkan PERKASA adalah kuda tunggangan UMNO Baru kononnya memperjuangkan bangsa melayu tetapi mereka sebenarnya kumpulan melayu celaka yang mesti dihalau jika terserempak dengan mereka.

    Bila pengundi telah membuat keputusan muktamad, biarpun dalam masa kritikal ada pihak membuat berbagai fitnah mereka tidak akan mengubah pendirian.

    Jika mereka sokong PAS maka dalam kertas undi itu akan dipangkah logo PAS.

  7. Bujurkah sambatan urang! urang PAS pintar babanar badusta? tambahan lagi bakawanan dengan Syaitan kaya Datuk Nik Aziz?
    Urang Banjar kada kaito!

  8. kepada bangang yang bertanya tentang anwar adalah ahli freemason sila rujuk link ini

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24660

    kah3....kalau bodoh jangan beritau kat pembaca...kah3

  9. sebab setiausaha politik nik aziz banyak bercakap dan tulisan pelbagai dalam akhbar tetapi gagal buat kerja.

  10. Inilah sikap hipokrit PAS yang memeritkan. Asyik nampak keaiban orang lain, tetapi tidak pernah mahu mengaku kelemahan maupun kesilapan diri sendiri. Di kampus2 Universiti dan IPTA seluruh pelusuk negara, sikap PKR dan PAS sering dipersendakan oleh pelajar2 yang merupakan golongan muda. Perikatan PAS dengan DAP merupakan kesilapan besar yang akan membawa rebah. Kes sodomi DS Anwar Ibrahim semakin jelas menampakkan kebenarannya walaupun tanpa hukum mahkamah. Saran Dr Asri amat jelas.

  11. Anwar Ibrahim ahli pertubuhan freemason? Pertubuhan yang jelas anti-Islam....tidak mungkin pihak PAS maupun Penarik Beca berani buka mulut mempersoalkan fakta ini.

    Agama diketepikan semata2 kerana matlamat kuasa politik. Tak percaya? Tanyalah Nik Aziz, pasti jawapannya 'saya tidak tahu, tanyalah Anwar sendiri".

  12. Budaya fitnah, angkuh, maki hamun, caci mencaci sudah menjadi budaya penyokong fanatik Pas, gara2 pemimpin2 Pas sendiri....akibat terlalu taksub, hipokrit dan buta sebelah mata. Tiada keraguan lagi PAS akan kecundang teruk pada PRU13 nanti. Kebanyakan pemimpin2 PAS sudah menjadi liabiliti.

    Persekongkolan dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang yang jelas menentang penubuhan negara Islam, dan masalah peribadi Anwar Ibrahim, telah menyebabkan bangsa Melayu kembali kepada UMNO. Pas kini terkapai2 akibat tersalah kapal.

  13. Pemilihan PKR sudah semakin kecoh. Ada pemimpin2 parti sudah mengugut hendak keluar parti jika pemilihan diteruskan secara tidak telus. Asyik menyalahkan SPR, rumah sendiri tak terurus.

  14. PKR semakin karam. Pemimpin sedang bergasak sesama sendiri dan tikam-menikam. Apa nak jadi! lebih baik sokong calon bebas.

  15. Saya sokong bebas!

  16. Apa nak buat... inilah sebenarnya terjadi dalam kepimpinan PAS...Tok Ajis cuma dok sebagai MB untuk mengayakan diri, bini, anak, menantu dan kroninya sahaja sampaikan nak menunaikakan haji pun tunggu sedekah daripada syarikat yang mau projek.

  17. saya percaya org x kesah pun pasal nik aziz bagi zakat ni. pas kalah bkn sbb isu ni.

  18. Dua - dua calon orang Islam .Pilih sajalah betul kedua-dua! Tapi di Batu Sapi apahal pengundi pilih non muslim?( Bagi pengundi muslim)

  19. aman & demo,
    tak kisahla kalau that Anwar is not the Al-Jub one.., but still..his connection is still there.. PAS berkurun duk kutip derma tapi tak kaya-kaya pun..but PKR...so musykil where the funds keep comin from...

    try the same link..and pulun skit search for the answer..

    http://www.anwaraidc.com/2010/05/anwar-ibrahim-ahli-freemason-di-malaysia.html

    also..
    http://www.cuttingedge.org/news/n1020.html

  20. Selain dari 3 orang Pengarah Pilihan Raya PAS yang perlu letak jawatan, Orang kanan yang di sayang Tok Guru iaitu Dato' Husam Musa bukan saja di gugurkan jawatan, tetapi perlu di buang dari PAS, kerana nya PAS tidak melawan Ku Li di Galas, Gua Musang ., Lihat kenyataan bodoh oleh mereka -mereka yang di lantik sebagai jeneral perang, boleh lagi semasa gendang perang di palu, masih kong kalkong dengan Ku Li, lihatlah kenyataan akhbar dalam Sinar Harian misalnya.

    Kerana mahukan Ku Li lah, maka PAS tidak melawan BN semasa di Galas, sehinggakan PAS tidak menghantar seorang petugas di Peti Undi, Orang Asli. Apakah strategi ini amat bijak??

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008