Salah satu perkara yang menyeronokkan saya apabila tiba pilihan raya ialah apabila persoalan hudud dibangkitkan. Ia dengan sendirinya bermakna undang-undang Allah s.w.t. tetap menjadi tajuk yang diperkatakan. Walaupun sistem dan undang-undang Allah bukan setakat hudud sahaja, sekurang-kurangnya orang tak lupa dan tidak buat-buat lupa tentang undang-undang Allah bila mereka terjerit-jerit fasal hudud.
Lantak pi lah apa pun niat depa, undang-undang Allah sekurang-kurangnya diperkatakan dalam perebutan kuasa. Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan hudud untuk menekan DAP. Umno bersyarah tentang sikap DAP menolak hudud untuk menimbulkan kebencian orang-orang Melayu terhadap parti itu. MCA pula menyalak dengan dakwaan bahawa DAP menyokong hudud untuk menjauhkan orang-orang Cina dari parti itu.
Mereka terus mempopularkan undang-undang Allah walaupun undang-undang untuk untuk kesejahteraan manusia dijadikan bahan untuk menakut-nakutkan pengundi oleh Umno dan BN. Sama ada Allah suka atau tidak apa yang mereka lakukan itu, itu bukan perkara yang saya hendak tulis. Biarlah Allah sendiri yang memberitahu perkara itu kepada Umno dan BN di Hari Perhitungan nanti.
Yang saya nak tulis ialah mengenai sikap orang-orang Islam sendiri tentang hudud.
Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Wanita Umno dares DAP to support hudud". Kepada saya, jika DAP, MCA, Gerakan, MIC, Apco Worldwide atau Yahudi Zionis tak sokong hudud, itu bukan berita. Apa nak terkejut terbeliak sangat kalau orang-orang bukan Islam tak sokong hudud?
Yang lebih mustahak untuk diketahui ialah sikap Umno sendiri terhadap hudud. Sebelum pilihan raya 2008, tidaklah hairan sangat kalau para pemimpin Umno berebut-rebut memberikan pandangan yang negatif terhadap undang-undang Islam. Tidaklah menghairankan kalau Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sikap menghina dan menentang undang-undang Islam dan begitu lancang mulutnya berkata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Maklumlah, pada masa itu, terutama dalam pilihan raya umum 1999, para pemimpin Umno dan BN terus hidup mewah merembat harta negara dan menjadi fat cat dengan undi orang-orang bukan Islam. Kesedapan terlampau Umno BN dengan sokongan pengundi-pengundi Cina dan India sudah sampai ke peringkat lupa daratan. Malah, kerana terlalu gian kepada undi orang-orang Cina dan India, tanpa segan silu Umno mengkhianati orang-orang Melayu Islam dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003. Sampai begitu sekali jahatnya Umno.
Tetapi sejak selepas pilihan raya umum 2008, senario politik sudah berubah. Umno kini sudah tidak memerlukan undi orang-orang Cina dan India. Oleh kerana Umno tidak perlukan lagi undi orang-orang Cina dan India, saya yakin sudah sampai masanya Najib sebagai Presiden Umno menyatakan pendirian partinya menyokong hudud. Besarlah harapan saya agar Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Datuk Hamidah Osman menggesa Najib dan Umno supaya menyokong hudud.
Kalau Umno tak setuju dengan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad sebut sebagai hudud PAS, buatlah hudud Umno. Asalkan berteraskan al-Quran dan Sunnah, saya yakin orang-orang PAS tidak ada halangan untuk menyokong hudud Umno.
Kepada Hamidah, kerja baik tak elok bertangguh. Menyokong hukum Allah adalah kerja baik yang dilakukan orang baik-baik. Saya yakin beliau jenis yang suka berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Tunggulah, sehari dua ini kita akan mendengar beliau menggesa Najib dan Umno menyokong hudud. Insya Allah.
Hamidah tentu tak suka kalau orang kata, "kena tunggu babi boleh terbang dulu sebelum kita dengar Hamidah menggesa Najib dan Umno menyokong hudud".

Cantik? Klik 

Usahlah mencetus isu semata2 untuk kepentingan POLITIK peribadi dan POPULARITI PARTI,,,,Banyak TUNTUTAN ISLAM yg BOLIH dilaksakan dgn MUDAH dan TAK PERLU MENYALAHKAN ORANG LAIN PATUT DILAKSANAKAN,,,,,,,"MENGAPA POLIMIK HUDUD MASIH DIMAINKAN",,,,,,,"TOLONG CARI PENYELESAIAN SOAL SAMPAH dan KEBERSIHAN DIMAJLIS TEMPATAN DIKEDAH DAN KELANTAN".....soal mudah dan MERUPAKAN TUNTUTAN ISLAM IAITU "KEBERSIHAN" masih lagi tak "terurus",,,,,,,,,,,"Rakyat akan tertarik sekiranya PEMIMPIN ITU BIJAK MENGURUS dan berkeupayaan memimpin dgn ciri2 asas kehidupan ISLAM YG SEDERHANA DAN HARMONI dan TINDAK MWENGAMBIL JALAN MUDAH BERTEMPIK SANA SINI ,,"AKULAH PEMIMPIN ISLAM" sedangkan kuasa yg ada ditangan "Tidak dapat menguruskan umat islam dengan Baik" dan asyik menyalahkan orang lain "yg dia sendiri TAK BERBUAT APA2",,,,,,
Suruh si najib dan bini dia belajo semula islam dan hayati betul2 dlm benak hati barulah boleh gesa dua ekor tu sokong hudud, kalau tak sia2 mcm ajo burung kakak tua bercakap!
Jangan nak menipu lah... Baru kene jerkah dengan DAP dah terketar-ketar HUDUD ke mana apa kemana...
Salam Bakaq,
"kena tunggu babi boleh terbang dulu sebelum kita dengar Hamidah menggesa Najib dan Umno menyokong hudud".
Orang tua-tua kat kampung ramai yang sihat.
Alih-alih ramai yang kena darah tinggi,langsung yang mati pun ada.
Cerita bermula 2004,
Dah pesan kat orang tua-tua kampung, bxxina jaxxxg ni ada agenda tersembunyi,pakatan bersama ketua kampung mata satu...dah mampus dah pun.
Orang tua tanya, kampung kita ni dengar kata kena cukai pintu,betoi ka ?
Dia jawab dak aih.!
Pesan lagi kat orang tua-tua,jangan percaya cakap bxxina jaxxxg ni...!
Kita kena ubah,jangan undi/pangkah bxxina jaxxxg ni...!
Orang tua-tua tak percaya pesan kita.
Alasan orang tua-tua ni depa kata..... "Dia jawab dak aih.!"
2004....menang besar,hasil persempadanan Gopeng/Batu Gajah.
Dan tahun yang sama DUN lulus(bawah tajul rosli/pakatan ADUN dan ketua kampung seluruh Perak)kampung-kampung dikenakan cukai pintu.
Kena dah..!
Padan muka hampa!
Orang melayu kampung pengotor,basuh bexxk pun tak tahu,sampah tak tahu nak kutip,berselerak, tu pasai majlis daerah Batu Gajah masuk dan hampa kena bayar cukai basuh pungkxk.
Orang tua-tua tak kata apa....diam,dalam diam-diam ada yang kena darah tinggi,masuk hospital lalu mati....
Mati depa membawa alasan bxxina jaxxxg ni..."Dia jawab dak aih.!"
2008....hampir tewas,
menang kerana tutup lampu dewan...dah pesan pada orang PAS(zainol...kalau tak salah)
2010...Dr.Hatta sendiri menyaksikan aksi bxxina jaxxxg ni di Batu Gajah.
Pasai hudud ka,DAP ka...maklum.
Ni...dosa kat orang tua-tua kampung dalam menipu ni nak buat macam mana ?
Orang tua-tua ramai yang dah mati.
Nak minta ampun dan maaf lagu mana ?
Nak percaya dan harap bxxina jaxxxg ni ?
Penasihat depa zionis.....nak buat lagu mana ?
Lagi haru....parlimen Gopeng,DUN Sg.Rapat.
Jarak kampung ni kalau nak pi pejabat DAP(FOONG-Parlimen Batu Gajah)tak sampai 5 minit.
Lagu tu kerja jahat SPR !
Awat tak DBI saja masuk ke kampung-kampung kutip cukai basuh pungkxk ni,sedangkan DUN Sg.Rapat ni kat Ipoh.
Cukai tanah pulak dikutip PTG Batu Gajah.
Haru.....!
Sekelumit cerita haru.....
Ramlee.
Ha ha ha..
PakAbu faham tak cerita PakBakaq tu??? Lagi satu Pak Bakaq ni Ahli PAS yang wala' ha ha ha..jadi dia cerita apa yang dia fikir Benar...
Hang dok syok baca cerita Galas tu pasal sebok cerita Sampah dan Kotoq..
Aku bagi tau hang, Kenapa hang sebuk kata Kat Kedah dan Kelantan aje Kotoq pasai depa PAS..bukan kat Penang dan Selangor..tak pun hang cerita kat Johor ka?, Pahang ka? Perak ka? Bab kotoq ni kat Tandas Awam kat KL pun Kotoq..Ameno Islam gak memerintah..abis Ameno tak Islam???
Pak abu,
Kalau cite bab sampah sedara tak bole nak elak dr soalkan siapa yang buang sampah merata-rata tu. Org Pas je ke yg buang sampah atau semua org terlibat. Pak Abu tak pernah buang sampah merata? Tolong la bukak sikit kepala tu.
cakap pasal hudud ni dah lama dah..tapi sampai hari ni tak ada apa apa..kuasa dah dapat dah apa lagi...jangan banyak alasan.Banyak temberang lah pas ni!