Sedap!! Klik gambar di atas!

Hooray! Rosmah tetap de facto PM selepas pilihan raya ke-13

Semalam, dalam artikel bertajuk "Play the game according to the ‘rules’ or else quit the game," Raja Petra Kamarudin tulis:
Zaid has to be consistent. If he wants to be seen as a man of principles, and if he claims that the party election is fraudulent, then there are no two ways about it. Zaid must walk the talk or else be known as a man who pulls his principles out of his pocket only when it works against him but will leave his principles hidden in his pocket when he can profit from it.
Hari ini, selepas mengumumkan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata:
"I don’t think anyone wants me now ... I will stay on (as a PKR member). But that is all I can do for now" (lihat "Zaid: I don’t think anyone wants me now")
Dari awal lagi, dengan usaha habis-habisan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR dan segala amalan yang nampak tidak adil dan tidak bersih kian menjadi-jadi dalam pemilihan PKR terutama pemilihan jawatan nombor duanya, ramai yang yakin Azmin pasti akan menjadi Timbalan Presiden. Saya dah lama yakin 100 peratus.

Saya tidak suka Azmin. Tetapi kalau demokrasi memilih Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, saya tak boleh buat apa-apa sambil menyimpan rasa tak suka.

Ia sama seperti saya tak suka Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ketika mereka memegang jawatan itu dahulu (zaman Tun Hussein Onn atau dua Perdana Menterui sebelumnya naik, saya tak berapa ketahuan lagi bab-bab politik ni). Ia sama seperti saya tak suka Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Ia juga sama seperti saya tak suka Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kini atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya benar-benar tak suka. Tetapi oleh kerana demokrasi telah memilih mereka, saya terpaksa merelakan status quo walaupun rasa tak suka bengis membara.

Sambil itu, saya tetap mempersoalkan proses demokrasi yang mengangkat mereka. Saya tetap tidak yakin proses demokrasi negara ini berjalan adil dan bersih. Tak yakin langsung.

Begitu juga, saya tetap tidak yakin proses pemilihan di dalam PKR berjalan adil dan bersih. Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square.

Ketika demokrasi berdarah dan bernanah di dalam PKR dan PAS pula sedang basah berpeluh bermain kejar-kejar dengan undi Melayu, saya tertarik dengan komen di bawah tulisan Zaid bertajuk "Withdrawal from Deputy President contest" di dalam Malaysia Today hari ini:
BN and especially Najib/Rosmah are laughing their way to PUTRA JAYA again come next GE.
Memang benar, jika orang-orang Umno tidak jatuhkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor akan tetap menjadi Perdana Menteri de facto selepas pilihan raya umum akan datang.

Menghadapi keadaan itu, ramai kawan yang marah kat saya apabila saya kata kita undi calon yang tak karut-marut sahaja. Yang karut-marut tak payah pergi mengundilah dan kalau mereka bertanding di tempat kita, kita pergi tempat lain untuk membantu calon-calon yang tak karut marut. Namun mengundi mereka apa lagi calon Barisan Nasional (BN), na'zubiLahi min zalik.

Saya bernasib baik kerana tidak mengundi di Gombak, Gombak Setia atau Sala umpamanya (sekadar menyebut beberapa contoh dan dengan mengambilkira jika wakil Pakatan Rakyat yang menawarkan diri kelak masih lagi orang yang sama seperti pilihan raya 2008 lalu). Saya harap Nurul Izzah Anwar yang saya dan isteri saya undi di Lembah Pantai tidak berubah menjadi buruk kelaku.

Baca ini:
Zaid’s political secretary Rashid Azad Khan said the polls should be called off in view of allegations of irregularities and claims of phantom voters.

“For example, our polling agent reported that the voter turnout in Kubang Pasu was only 84.

“But the initial vote tally showed that Azmin clinched 80 votes while Zaid garnered 76 votes.

“Where did the additional 72 votes come from? Could they be phantom voters?’’ he asked.

Rashid also said the agents had reported that there was a 30-minute blackout immediately after balloting ended at 4pm Friday.

“Candidates’ agents were not allowed in, and the ballot boxes were not sealed at the time,’’ he claimed, adding one of the election officer was caught on camera wearing Azmin’s campaign badge raising questions over their impartiality.

Rashid claimed that following complaints, the election monitor decided that the Kubang Pasu result should be a tie of 81-81.

“I am appalled. How can the results simply be amended?’’ he asked (baca selanutnya dalam The Star 30/10/10 "PKR polls: Zaid leading amidst allegations of phantom voters, irregularities")
Berkaitan:
Undi telefon. Politik baru dalam PKR (Mat Saman Kati 18/11/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Elok sangat Bakaq jadi pembangkang untuk selama2nya...! Memang berbakat sebagai tokoh bangkang yang mudah nampak kejelekan manusia. Kerja mencari keburukan bukannya susah sangat..., apalagi kalau dok sebelah pembangkang.

  2. semua tak suka
    habih tu sapa nak jadi PM

  3. Democracy mati jika politik wang di amalkan.!!!

    Bila SPR boleh menipu undi kerana di beli oleh politik wang dari BN ataupun PR,masa sudah tiba untk Revolusi.!!!

    Bila pekerja baik macam P Ramlee boleh di "bunoh" oleh kaum Kapitalis, masanya sudah tiba untok revolusi.!!!

    Sila baca rencana "Monopoli pt5 P Ramlee di bunoh kaum Kapitalis" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  4. pi berak la pak bakaq oii

    semua orang tak kena kat hang.haji hadi hang kutuk,nasharuddin hang kutuk,saifuddin nasution,azmin ali hang kutuk..mahathir,najib,rosmah semua hang kondem

    ingat la pak bakaq oiii.hang tu dah tua.dah nak mampoih pon.hang larat ka nak pi mintak ampun kat semua orang yang hang dok kutuk tu?

    bawak2 bertobat la pak bakaq sebelum malaikat maut cabut nyawa hang tu

  5. Salam semua.. Orang yang sentiasa bermuhasabah diri, mencermin diri dan menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari adalah sebaik2 manusia. Ya.. itulah jua yang disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat mukminin & mukminat.. Sidi Ali r.a pernah berkata kesulitan pemerintahan dizamannya adalah kerana nilai kualiti pendokong/penyokong dizamannya tidak sama dengan penyokong/pendokong Rasulullah SAW..

    Kita terlalu jauh dengan Rasulullah SAW, tapi kita masih mampu beriman kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan kitabnya.. Namun masih terlalu banyak kerja dakwah yang perlu dikerjakan untuk memecahkan belenggu PENJAJAH yang memisahkan Islam dengan cara hidup.. Islam itu cara hidup ( Deen ).

    Pokoknya, kita seharusnya belajar mengenal.. kaca & permata.

    Kepada pemimpin2, selalu2lah bermuhasabah diri. Jangan fikir anda sudah yang terbaik. Carilah ilham untuk memajukan iman, ekonomi dan persekitaran manusia yang dipimpin oleh anda. Gunakan segala hujjah & ruang yang ada untuk rakyat.. Jika anda sudah merasakan anda sudah melakukan segalanya.. aku fikir sudah tiba masanya anda mengundur diri memcari diri/ menginsafi dan kembali berjuang utk rakyat. Jika itu pon korang tak bleh buat.. berundurlah..

  6. Sehari dua ni, aku memang tak semangat langsung nak layan blog-blog bertemakan politik ni.. kecuali blog pak bakaq je. bukan apa semakin dibaca blog-blog ni semakin rendah keyakinan aku bahawa PR akan ke PUTRAJAYA.. bila keyakinan rendah... hati pun susah sebab kalu boleh aku nak hari ni, detik ni juga ekonomi dan sosial kat malaysia ni berubah. tu belum cerita bab akhlak generasi muda.

    Tapi jika belum apa-apa PKR dah kelam kabut.. nampak gaya sampai kucing tumbuh tanduk le rakyat malaysia ditekan dan ditindas oleh BN Yang gila kuasa. pening-pening... PKR berterabur sebab rebut jawatan.. PAS pulak tumpul dengan strategi dan taktik. Harap-harap lah pemimpin PAS dan PKR sedar betapa besarnya pengharapan rakyat untuk dibela nasib mereka.

  7. Ada satu virus,namanya Virus UMNO.Virus ni dah lama ada,sejak tahun 1946 lagi tapi hingga kehari ini para saintis belum berjaya untuk membunuh virus ni.Pada satu ketika dulu,virus ni menjadi begitu kuat selama 22 tahun sebab mendapat makanan-makanan yang sihat,hingga kehari ini,sukar diperangi.Ramai pemimpin dan ahli Keadilan memang sejak dulu lagi(sebelum tertubuhnya parti itu) sudah dijangkiti virus ini.Walau pun telah menubuhkan parti baru,namun virus ini tetap hidup subur dikalangan mereka.Virus ini jugalah yang telah membunuh parti Semangat 46.Segelintir pemimpin PAS juga telah mula dihingapi virus ini dan sedang "menganai-anaikan" PAS dari dalam.Salah satu sifat virus ni,ia cepat biak dalam suasana gelap.Pemimpin-pemimpin Keadilan dan PAS yang lumrah "bertemu dalam gelap" amat senang dijangkiti virus ini.

  8. Pak bakar dah merapu..jiwa dah kacau..bawa bertenang bakar ...

  9. Kalau yang menguruskan parti pun kaki rasuah apa nak diharap dengan pengawas pemilihan yang akan menjalankan kerja mengikut acuan ketua umum. Tambahan pula semasa mengawas perjalanan pemilihan mereka sedang makan karipan dengan air kopi.

  10. pening, pening, yg sana tak betul, yg belah sini pun tak betul, habis siapa yg layak memimpin selepas ni?

    aku rasa semua rakyat malaysia elok tubuh parti sendiri masing-masing. setiap keluarga ada satu parti sendiri.

    suami jadi ketua umum
    isteri jadi presiden
    anak-anak boleh dilantik sebagai tim presiden, naib presiden, selebihnya ahli majlis
    tertinggi parti.

    lepas tu bersyarah lah puas puas dgn anak bini sendiri.

    puyooo, baru demokratik gila dlm malaysia.

  11. yela pak bakaq,awat tak suka ramai sangat manusia.selain nurul izzah,hang suka siapa?

  12. Pak Bakaq,nak sambung sikit lagi tentang virus UMNO ni.
    Virus ni begitu kuat hingga mampu melawan orang-orang yang handal menagkap dan menghalau jin.Amat pelik kelakuan virus ni,lagi besar serban dan lagi labuh jubah,lagi senang dia melekat.Oleh itu,yang tak pakai serban dan jubah tu,memang jadi mangsa aje.Virus ni hanya berbahaya kepada manusia tetapi tak berbahaya kepada binatang atau unggas terkecuali KATAK.Ini sebab asal-usul virus ni dari jenis katak juga.Sejak tahun 1946 pun sudah ada katak yang melompat dari satu parti kesatu parti yang lain.Bagai mana nak tahu sama ada seseorang tu dah kena virus ni.Senang aje,tandanya mereka pakai songkok tinggi.Yang baru kena tu,lama-lama akan pakai songkok tinggi juga.Waspadalah dengan virus ni kerana ia membiak tidak menggunakan minyak petrol tapi kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

  13. pak bakaq.. jangan lepaih ni hang kata, hang tak suka diri sendiri noo...

  14. anon 4 , nak wat apa nak mintak maaf kat mereka tu ?
    depa tu yang kena mintak maaf kat orang , berlambak dosa deme tu
    kalau orang ramai kat akhirat tu minta tebus dengan pahala yang depa ada
    nampaknya mau tak ada pahala sesen pun kat tangan
    nak masuk syurga lagu mana ? ahli neraka la kot ?
    itula ukurannya oii , takkan blogger cikai mcm pak bakaq
    berdosa bertan2 tak dpt dimaafkan
    mereng ape otak ko

  15. Dr Zivago hang bes la..

  16. Jadilah manusia yg bersyukur...negara aman makmur, peluang beribadah n cari rezeki terbuka luas...bkn salah kerajaan klu kita jadi jahil n melarat...salah sendiri. Bkn senang nak tadbir sebuah negara dgn karenah manusia yg tak tau bersyukur, tak tau berterima kasih, tak tau diuntung, tak tahu meghargai jasa org, yg dia tahu menyalahkan org...nak tadbir diri sendir n keluarga pn tak sempurna inikan pula sebuah negara...Mmg kerajaan BN ada kelemahan...tp jasa kerajaan BN sgt besar...buka lah mata hati...Dunia bkn tempat nak cari kesempurnaan...hnya ada yg terbaik dlm kalangan yg tak sempurna...itu la hakikat...berjalan2 lah keluar negara...tgk rakyat negara lain yg melarat, yg nk beribadah pn takut2, Jgn jadi bongkak dgn asyik meyalahkan org lain...berapa byk kita doakan org yg kita tak suka supaya JADI macam kita nak dia jadi...Mgkin ok mgkin tidak , mg lebih teruk klu jadi..(Allah maha mengetahui) ...Tgjwb kita supaya legasi Islam, Iman,hak Melayu utk generasi akan dtg sentiasa terhidang ...Satu soalan...Kita sempurna ke sebagai hamba Allah? Kita sempurna ke sebagai anak? kita sempurna ke sebagai suami @ isteri? , kita sempurna ke sebagai ibu bapa? kita sempurna ke sebagai rakyat? ...Takut nak jwb klu kita ada iman...wallahualam

  17. ainon 16...

    Betuiiiii..jasa BN banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...banyakkan Hutang Negara untuk Kemajuan Negara yang takseberapa..walhal kita lebih banyak sumber dari Singapura kenapa kita makin Mundur macam Kongo..ha ha ha..

    Hang pikirlah sendiri...sebab kita jangan jadi bodoh dengan menyalahkan orang lain tetapi kita sendiri tak buat..Apa yang patut kita buat ..jatuhkan Regim UMNO dan Barisan Nasional supaya Depa ni sedar..there are "disposible"...sama juga dengan Pakatan Rakyat there are also Disposible..

    Untuk sedarkan depa ni ..kena Berkorban macam Pak Bakaq..Pak bakaq..bila hang nak cerita pasal Budak Nuar dan Budak Daim dalam Ameno..ha ha ha

  18. aku sokong UMNO ... aku belakang najib ... aku lebih suka berpaksi UMNO dari parti pembangkang ..semua hampehhhh ... cakap saja pasal nak bela melayu dan bela islam.... cakap saja lebeh ...... tahun depan aku nak pangkah BN plak.. aku dah fikir masak-masak .. PKR/DAP/PAS lu bleh blah pahneh...

  19. salam
    udah le tu pak bako...
    yang komen dalam setiap post engko ni adalah orang yang sama....

  20. saya suka Dr. Mahathir
    saya suka Abdullah Badawi
    saya suka Najib
    saya suka Anwar
    saya suka Azmin
    saya pun suka Pak Bakaq tau..!!! hahaha

  21. dah kalau semua orang kau tak berkenan,siapa kau sokong...LIM KIT SIANG ATAU KARPAL SINGH??

  22. fuyoo...suka nurul izzah je ko?

  23. masa Tun Abdullah mula nak jadi PM.aku tgk dah.dan aku dah agak dah...kekuatan Abdullah takkan lama sebagai PM.sebab aku tengok ramai buaya yang dah himpit dan rasa megah.aku tahu masa tu,aku bekerja sebagai Pengawal Peribadi pada kenalan rapat anak Abdullah.
    Aku tahu di mana rumah menantu dan anak Abdullah(pak lah)..khairy di Pantai Hill Park dan SDR Kamaluddin di jalan Gasing.selalu aku dok pi.pasal bos aku pun dok bodik.Masa tu Patrik Lim dah dok himpit kuat dah.Dan orang ni lah yang sebahagian menyebabkan nama dia busuk dan dia (pak lah) dah termakan benda yang di busukkkan oleh patrik.

    ROSMAH MANSUR.nama yang memang agak takut di kalangan pencari projek kerajaan.Dulu pasal bomoh dan nama dia juga jadi sebutan di kalangan keluarga dan jiran serta sahabat handai di kampong dia negeri sembilan.

    Nama dia busuk dan busuk..
    Najib terkena palitan ROSMAH.Najib kena suruh ROSMAH diam..kalau Najib tahan lama.Rosmah jangan banyak bergerak.Kalau Rosmah agresif.Maka Najib akan cepat terpancut air

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008