
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya dari MCA, Datuk Lee Hwa Beng menyatakan Tuhan memerintahkan orang-orang Kristian supaya menentang negara Islam (lihat Malaysia Today hari ini "MCA man says God commands Christians to fight Islamic state"). Saya tak kisah. Itu kepercayaannya.
Kalau Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) itu kata begitu, saya pula nak kata Allah s.w.t. memerintahkan kami orang-orang Islam melaksanakan hukum-hukum Islam. Perkara itu wajib bagi kami. Oleh kerana hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan di dalam vacuum dan memerlukan time and space, ia memerlukan wilayah. Suka hatilah nak namakan wilayah yang mesra Islam dan hukum-hukumnya itu sebagai apa pun - nak kata negara Islam ka, apa ka, ikut suka hampalah.
Datuk, you have your own kind of God's command, we have ours too.
Tetapi, yang menariknya ialah apabila beliau mengeluarkan kenyataan itu kerana kepentingan politik partinya serta abang besarnya, Umno, hendak mendapatkan kembali undi orang-orang Cina.
"Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya bimbang kepada negara teokrasi Islam lebih dari yang lain. Kenapa DAP membantu PAS mencapainya?" kata beliau.
Seronok kita tengok apabila parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) berebut-rebut menggunakan sentimen agama untuk menakut-nakutkan pengundi. Bila pengundi Cina takut kepada DAP dengan menjadikan PAS sebagai hantu, MCA untung. Bila pengundi Melayu takut kepada PAS dengan menjadikan DAP sebagai hantu, Umno untung.
Game yang mereka main sangat mudah dan direct serta tidak berbelit-belit tipu helahnya. Yang hebatnya, ramai yang berebut-rebut pula mempercayainya.
Saya tidak fikir DAP menghadapi masalah. Umno boleh buat apa saja. Ia tidak terjejas. Parti itu bukan nak sangat undi orang-orang Melayu. Pengkalan kuasanya di kawasan-kawasan pengundi Cina. MCA boleh histeria sampai mati. Tak jadi kudis kepada DAP. Pengundi Cina begitu ramai yang membenci Umno dan pak yet-pak yetnya di dalam BN. Di kawasan-kawasan majoriti Cina, MCA dan Gerakan berkemungkinan besar tidak akan menang. DAP mungkin akan menyapu bersih kawasan-kawasan itu.
Saya kasihan kepada PAS. Pengundi Melayu kebanyakannya percaya kepada propaganda pengkhianat-pengkhianat Melayu dan Islam yang memimpin Umno di pelbagai peringkat. Propaganda pemimpin-pemimpin Umno itu masuk ke dalam telinga orang-orang Melayu bagaikan sabda suci.
Adakah nak marah kepada Umno? Nak marah buat apa? Depa cerdik untuk mempertahankan kesedapan mereka kini merembat harta negara. Depa pandai gunakan sentimen Melayu. PAS pula teraba-raba dan terkial-kial. Saya tak nak la kata PAS tak cerdik.
Yang penting, bagaimana senario selepas pilihan raya umum akan datang? Dengan api perkauman Melayu yang dimainkan oleh Umno, saya menjangkakan calon-calon Melayu yang sebahagian besarnya dari PAS akan tewas kepada calon-calon MCA, MIC dan Gerakan di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang disedekahkan oleh Umno kepada parti-parti itu. Dengan "jihad" orang-orang Umno membakar sentimen Melayu dan menjadikan DAP sebagai hantu, ramai calon-calon MCA, MIC dan Gerakan akan menang di kawasan-kawasan majoriti Melayu mengalahkan "boneka" DAP termasuk dari PAS.
Selepas pilihan raya umum nanti, kita akan melihat ramai pemimpin negara dari BN seperti Lee Hwa Beng yang bercakap tentang "God's command". Terima kasih Umno. Terima kasih Perkasa.
Kalau Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) itu kata begitu, saya pula nak kata Allah s.w.t. memerintahkan kami orang-orang Islam melaksanakan hukum-hukum Islam. Perkara itu wajib bagi kami. Oleh kerana hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan di dalam vacuum dan memerlukan time and space, ia memerlukan wilayah. Suka hatilah nak namakan wilayah yang mesra Islam dan hukum-hukumnya itu sebagai apa pun - nak kata negara Islam ka, apa ka, ikut suka hampalah.
Datuk, you have your own kind of God's command, we have ours too.
Tetapi, yang menariknya ialah apabila beliau mengeluarkan kenyataan itu kerana kepentingan politik partinya serta abang besarnya, Umno, hendak mendapatkan kembali undi orang-orang Cina.
"Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya bimbang kepada negara teokrasi Islam lebih dari yang lain. Kenapa DAP membantu PAS mencapainya?" kata beliau.
Seronok kita tengok apabila parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) berebut-rebut menggunakan sentimen agama untuk menakut-nakutkan pengundi. Bila pengundi Cina takut kepada DAP dengan menjadikan PAS sebagai hantu, MCA untung. Bila pengundi Melayu takut kepada PAS dengan menjadikan DAP sebagai hantu, Umno untung.
Game yang mereka main sangat mudah dan direct serta tidak berbelit-belit tipu helahnya. Yang hebatnya, ramai yang berebut-rebut pula mempercayainya.
Saya tidak fikir DAP menghadapi masalah. Umno boleh buat apa saja. Ia tidak terjejas. Parti itu bukan nak sangat undi orang-orang Melayu. Pengkalan kuasanya di kawasan-kawasan pengundi Cina. MCA boleh histeria sampai mati. Tak jadi kudis kepada DAP. Pengundi Cina begitu ramai yang membenci Umno dan pak yet-pak yetnya di dalam BN. Di kawasan-kawasan majoriti Cina, MCA dan Gerakan berkemungkinan besar tidak akan menang. DAP mungkin akan menyapu bersih kawasan-kawasan itu.
Saya kasihan kepada PAS. Pengundi Melayu kebanyakannya percaya kepada propaganda pengkhianat-pengkhianat Melayu dan Islam yang memimpin Umno di pelbagai peringkat. Propaganda pemimpin-pemimpin Umno itu masuk ke dalam telinga orang-orang Melayu bagaikan sabda suci.
Adakah nak marah kepada Umno? Nak marah buat apa? Depa cerdik untuk mempertahankan kesedapan mereka kini merembat harta negara. Depa pandai gunakan sentimen Melayu. PAS pula teraba-raba dan terkial-kial. Saya tak nak la kata PAS tak cerdik.
Yang penting, bagaimana senario selepas pilihan raya umum akan datang? Dengan api perkauman Melayu yang dimainkan oleh Umno, saya menjangkakan calon-calon Melayu yang sebahagian besarnya dari PAS akan tewas kepada calon-calon MCA, MIC dan Gerakan di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang disedekahkan oleh Umno kepada parti-parti itu. Dengan "jihad" orang-orang Umno membakar sentimen Melayu dan menjadikan DAP sebagai hantu, ramai calon-calon MCA, MIC dan Gerakan akan menang di kawasan-kawasan majoriti Melayu mengalahkan "boneka" DAP termasuk dari PAS.
Selepas pilihan raya umum nanti, kita akan melihat ramai pemimpin negara dari BN seperti Lee Hwa Beng yang bercakap tentang "God's command". Terima kasih Umno. Terima kasih Perkasa.










Cantik? Klik 






Harus diberi perhatian isu ini tuan2..
PRU 13 semakin hampir
hang dah tertinggal beca agaknya pak bakaq. Nizar put dah konfirm tak ada dalam perlembagaan PAS nak tubohkan negara Islam di Malaysia. Nik Aziz pun dah banyak "sedekahkan" Islam kepada DAP dan PKR semata2 nak dapatkan undi bukan Islam demi kuasa. Asalkan berkuasa PAS apa peduli dengan hudud ke negara Islam ke. Nak harapkan DAP atau PKR sokong PAS untuk Islamkan negara ini? Hang amat di buai mimpi. Nak salahkan UMNO, dah hang kata UMNO jahat, tak payah lah letakkan tanggungjawab kat UMNO lagi.
Pas memperjuangkan negara Islam? Islamkan dulu Karpal Singh, Guan Eng, Lim Kit Siang barukah kita cerita tentang Si Luncai hipokrit dengan labu-labunya. Biarkan..biarkan
Pas sudah tidak boleh diharapkan untuk menegakkan negara Islam. Demi kuasa sanggup menolak perpaduan dengan UMNO. Sebusuk2 UMNO di kaca mata politik PAS, mereka masih Melayu Islam berbanding DAP.
dan terimakasih PAS yang telah memporakperandakan orang melayu dengan hukum hukum sonsang mereka
Perkasa dan pemuda umno tak dak teloq....depa bagi anjing buat main guli....hahahaha
Yang kononnya Pas ada teloq, tapi teloq PAS kena genggam oleh DAP. Perkasa/UMNO tak dak teloq, sebab tu tak ada sapa pun boleh genggam teloq depa.
Ni yang orang dok kata;- dok mengata kat orang terkena batang teloq sendiri!!!!
aku dah kata, Pas dah hampas macam teloq busuk
Zaid Ibrahim yang dibersihkan dosa oleh Pas pun dah kutuk habis parti sendiri PKR sebagai hipokrit dan penipu. Ini pun Pas masih nak sokong PKR. Parti macam PKR ni boleh ke membantu Pas menegakkan negara Islam. Bermimpi agaknya Nik Aziz ni.
semalam kepala pening fikirkan senario politik ni.. hari ni jadi sakit kepala semuanya gara-gara UMNO yang gila kuasa dan pengundi melayu yang ramai tak cerdik. dah le parlimen yang confirm PAS menang mencecah 50-60 ribu pengundi. kat situ dah rugi 2 wakil PAS. Dibuatnya pula kawasan majoriti melayu, MCA yang menang!!!!. adui makin berdenyut kepala. Tak pelah lepas ni aku nak isi borang kerja kat Brunei... at least kat sana ARAK diharamkan tak seperti kat malaysia ni... budak sekolah pun boleh beli.
hahaha, ramainya pecacai parti pekembar (sekembar dgn bodoh) kat sini...
Pas tak berminat pon nak tubuhkan negara Islam,hudud semua tu.depa cuma jadikan modal politik untuk tarik sokongan orang Islam yang malas guna otak macam pak bakaq
Pas cuma bertanding lebih kurang 65-67 kerusi saja setiap kali PRU sejak dulu
nak tubukan kerajaan persekutuan kena menang 112 kerusi (simple majority)
lagu mana Pas nak tubuhkan kerajaan dengan simple majority bila Pas cuma bertanding cuma 65-67 kerusi di seluruh malaysia?
Pas nak tubuhkan kerajaan secara bersendirian pon tak mampu sebab betanding tak cukup kerusi parlimen.
ini belom cerita menang ka kalah lagi...baru cerita pasai letak calon saja
bila nak wujudkan negara Islam dan undang2 syariah memerlukan majoriti 2/3 untuk pinda perlembagaan persekutuan yang dok ada la neh
2/3 daripada 222 kerusi parlimen = 148 kerusi
ingat kapiaq2 dalam DAP,MCA,GERAKAN,MIC,PBS,SAPP tu nak sokong penubuhan negara Islam dan undang2 syariah ka?
toksah dok salahkan PERKASA ka..UMNO ka..lee hwa beng ka...kalo Pas sendiri bertanding pon tak cukop calon untuk bertanding simple majority untuk bentuk kerajaan persekutuan
guna la akai Allah bagi tu pak bakaq oii.kalo dak apa bezanya hang dengan lembu dan keldai?
hangpa ni semua 'naive' la, sebab 'Kuasa' ja PAS dok jadi lagu ni, boleh sokmo.... boleh fatwa ubah2, sebab tu ribut kat melaka dulu dikatakan 'bala tuhan' sebab bukak sekolah remaja mengandung, tapi banjir kat kedah cakap 'ujian tuhan', nampak x lidah berbelit PAS ni?
xpa, sebab xank UMNO berkuasa, deal ngan DAP dan {KR, xpa, tuhan bagi, semata2 nak jatuhkan kerajaan 'zalim' UMNO/BN, mesti tuhan berkat dan rahmat punya...apa2 pun putrajaya dulu, implementration kemudain...
cit, poorah la hangpa semua termasuk la penulis blog ni...
SALAM
SURAT TERBUKA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
TAK SALAH BAGI KOMEN,PENDAPAT,IDEA TAPI JANGAN MAIN HENTAK KROMO,IKUT PERASAAN.NANTI DAH JATUH FITNAH BAIK GENG UMNO KA,PAS KA,PKR KA,PEKASA KA.PASTU YG BACA PULAK BUKAN 2/3 ORANG...BERIBU RIBU MALAM BOLEH SAMPAI JUTA-JUTA.INILAH DIKATAKAN DOSA KERING..1 FITNAH 1 DOSA KALAU 1 JUTA ORANG BACA DAH SEJUTA DOSA KERING PASTU DISAMPAIKAN PULAK KEPADA ORANG LAIN KATAKANLAH SEJUTA JUGA DAH 2 JUTA..TU BARU SATU ARTIKEL KALAU 10 ARTIKEL....LU PIKIRLA SENDIRI.
SO NAK HEMTAM BIAR BETUL FAKTA DAN YAKIN SUMBERNYER...SELAMAT MAJU JAYA.
BRO duluPAS.. u bawak isu lawak la bro. Tak ke pelik ngan UMNO, dulu TDM jgk yang halang buat hudud, seterusnya pemimpin bawah ketiak terus kate itu ini, makan sup tangan laa.. tak cukup batu nak buat jalan laa.. MOGA2 U & SEGENAP PEMIMPIN & PENYOKONG UMNO MENYEDARI KEDUDUKAN MEREKA YANG GENTING.. RAKIB & ATIQ SERTA MALAIKIL MAUT MENGGELENG2 KEPALA MELIHAT TELATAH ANDA SEMUA
BRO ANON 8nov 2pm.. tok sah la cakap pasal Islam tak Islam.. u ni umoq beraper? Rukun Islam numbo walid adalah MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH.. u tau tak yang Rasulullah bertungkus lumus di Makkatul Mukarramah selama 13 thn mengisi dada2 muslimin & muslimat, mukminin & mukminat tentang penghayatan 2 KALIMAH SYAHADAH??
Tok sah nak banding kata diri kita ni Islam tak Islam kalo secara tak sedar diri kita lebih Inggeris dari Org Inggeris.. ingat tak dulu ada slogan ZERO PEMBANGKANG.. mana boleh ZERO PEMBANGKANG bro.. dalam demokrasi tetap akan ada proposition & opposition..
bro ANON 9NOV 12am.. u tak payah pi jauh la bro.. selidiki Sirah Rasulullah SAW sudah cukup. Rasulullah SAW tak pernah mengkhianati PIAGAM MADINAH walaupun time tu Kabilah2 Yahudi & pemimpin2 asal madinah yang buat khianat, sehinggalah kemuncaknya pada perang khandak.. Ala bro, Suraqah yang nak bunuh Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah pon Rasulullah SAW bleh tolong.. emm susah la bro kalo u tak nak faham.. buat letih jer aku tulis.. tapi harap2 yang membaca faham & cuba2 lah mencari/membongkar rahsia kitab suci.. - katanya PAK LAH.
bro ANON 9 NOV 8.23am.. analisis2 anda itu turut dibentangkan oleh Kerajaan ROM & PARSI.. tapi akhir nya dengan Kuasa Allah SWT.. Kerajaan Islam telah terus berkembang.. Mungkin kemenangan parti yang benar2 memperjuangkan Islam belum sampai. Dan aku percaya lambat lagi kerana belum ada generasi pemimpin yang benar2 menuju kearah Lillahitaala.. Sooo... UMNO & BN tok sah risau sangat.. PAS takan berjaya memerintah negara ini..
bro YAT.. come on bro.. dalam politik itu lah dia, kat org kita ceceh.. kat kita, kita kata baik2.. same gak ngan keputusan PRK GALAS.. aku sedih sebab semua org kata PAS dah lemah.. LEMAH PE KEBENDE KALO UNDI YG DIORANG DAPAT HANYA BERKURANG 200LEBIH JER DARI UNDI PRU12.. LEMAH KER TU??? ADUHAI...
cina realistik dan progressive
di galas depa pukul pas yang tidak buat benda sepatutnya
tapi melayu dari dulu sampai kiamat bengap
dan pas dan pkr tak pernah cerdik-cerdik macamana nak pulihkan melayu . . .
Bukannya Melayu PAS saja yang terima hujah UMNO sebagai sabda suci. Melayu PKR pun sama. Melayu PKR pun dah mula goyah. Depa benci Azmin dan Anwar. Takut anak cucu yang terima akibatnya nanti. Macam pak bakaqlah! Alhamdulillah! Sudah tentu ni ada juga sumbangan pak bakaq kerana rajin bantai Azmin dan Anwar dengan hujah dan bukti sahih! Teruskan usaha pak bakaq! Mudah-mudahan dapat banyak pahala pak bakaq!
Apalah haram jadah punya bekas adun mca iaitu Lee Hwa Beng...ckp macam anak haram,,yang bodoh dengan keadaan semasa di malaysia..pemimpin melayu ketika ini memerintah negara tanah tumpah darah nenek moyang kita tidak harus mengdiamkan diri dan jangan terlalu berlembut dengan golongan yang dikhabarkan dalam buku sejarah negara sebgai pendatang..yg diambil bekerja di lombong lombong oleh british..setiap pekara ada had nya..apa yg berlaku sekarang bolehlah diibaratkan telah melampau batas...
pak bakaq hang ni aku tgk ada bagus jgk la
Sokong 100% Anon 4.29pm.
Yang kata kaum Cina bukan pendatang hanya Najib.Najib kata begitu ikut buku sejarah UMNO sebab dia hendakkan sokongan MCA dan Gerakan.Lee Hwa Beng sudah melanggar Perlembagaan Malaysia yang tercatat Islam adalah agama resmi negara.Kita tak boleh tolak dan pinda fakta-fakta sejarah,yang benar tetap benar walau pun pahit.Benar pihak Inggeris yang membawa kaum Cina keTanah Melayu untuk melombong bijih.British membawa kaum India Selatan keTanah Melayu melalui Kanggani System untuk bekerja diladang-ladang getah.Lepas Perang Dunia keII,tahun 1948 Inggeris mendesak UMNO menerima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu(PTM) masamana orang Cina dan India secara otomatis menjadi rakyat Malaya.British berbuat begitu atas dua sebab.(1) Untuk memecahkan monopoly Melayu terhadap Tanah Melayu.Dasar pecah-pecah perintah British.(2) Bila kaum Cina dan India sudah jadi rakyat Malaya,mereka sudah hilang hak untuk menjadi rakyat British.Dengan itu tidak boleh diterima untuk menetap diEngland.
Ini hakikat sejarah,orang Cina dan India wajar terima.Fakta sejarah ni tidak ada kena-mengena dengan keadaan sosial masa ini,iaitu tahun 2010.Itu kisah lampau dan silam.Orang Australia pun terima hakikatnya dato nenek mereka dulu adalah banduan yang dibuang dari England.Australia adalah salah satu "Panel Island" bagi British.Begitu jugak General Custer pernah dilanyak oleh Chief Sitting Bull,Ketua kaum Red Indian - sejarah Amerika Syarikat tidak memadamkan faktor ini kerana ini semua fakta-fakta sejarah.
Cuma sejarah membuat kita berfikir siapa kita,dari mana kita datang,asal-usul kita dan ddengan itu kita akan lebih berhati-hati untuk membuat kata-kata celupar.
Woi komen2 yang langsung x berilmu dan pendek akal yang makan upah Umno-Bn macam nak trmuntah baca langsung tak ada class. Korang buat la blog sndiri puji Umno sampai tua. Cina MCA kata apa pun tentang Islam telor korang kecut macam curut penakut nak tegur. Nama saja Melayu-Islam tapi hampeh. Kalu karpal singh tolak negara Islam korang bising tapi bila Cina MCA yang bela pemimpin Umno hina Islam korang diam! apa jnis Melayu tak taw la..
sekarang ni saya cuma mampu berdoa: semoga Allah cerdikkan umat islam msia pilih pemimpin dan semoga Allah jatuhkan pemimpin yg mengkhianati kita. ada tak lagi doa yg baik2?
semua salah umno sebenarnya. tapi depa kekal berkuasa. bkn senang nak ubah org melayu yg fikiran mereka telah diatur umno. kata kuncinya : DIATUR. org melayu x maju sbb fikiran mereka telah diatur umno. jadi golongan yg anti umno kena lah bijak. kata kuncinya: BIJAK. sekian.
Pak Bakaq dan rakan2 MELAYU dan ISLAM sekelian?...PERMASAALAHAN HARI INI bukan soal CINA KAFIR dan GOLONGAN ANTI ISLAm,,,,Persoalanya "KITA",,,,,"MASIH LAGI BERTELAGAH SESAMA SENDIRI dan KESEMPATAN INILAH MENYEBABKAN CINA MCA INI BERANI KATA BEGITU",,,,,,Semuanya terletak di TANGAN KITA ORANG MELAYU,,,,,,,,,SAMPAI BILA!!!!!!!!!!!BEGINI!!!!!!!"BERSIHKAN HATI,,LAPANGKAN DADA<<GUNAKAN AKAL dan NIAT KERANA ALLAH DEMI UNTUK KEKUATAN MELAYU DAN ISLAM,,,MARILAH KITA SAMA2 MENCARI TITIK TEMU ",,,,,,,,Hanya Dengan PERPADUAN YG KUAT SESAMA MELAYU akan MENUTOP MULUT DAN KEEGOAN KAUM2 LAIN,,,,,,,,salam,,,
alahai pak bakaq, kalau mca jadi hantu umno, dap jadi sedara pas yg utgnya mca dan dap jugak, melayu dan islam terus layu ja,mca merepek lagu tu hang hingaq satu m'sia, dap merepek lagu tu hang kata mereka tak berapa paham tang islam senang cita biak pi la depa nak cakap apapun. kan baguih kalau mca merepek pas terkam, dap merepek umno terkam jadi kita tak la rugi sangat walaupun umno dgn pas ni macam anjing dgn kucing.ini tidak mca merepek pas terkam umno sungguh2, sat lagi dap merepek umno terkam pas sungguh. apa pun aku setuju dgn cikgu sejarah pencen
ini tidak termasuk dlm akta hasutan ker..?
tiada apa2 tindakan diambil?
Salam Pak Bakaq..ini luahan hati seorang petugas Pas prk di dun galas;
Seorang petugas Pas semasa pilihanraya kecil dun Galas berkata Pas yang menuduh Umno menipu dalam pilihanraya kecil dun Galas itu merupakan perkara biasa kerana menipu itu sudah jadi darah daging Umno setiap kali ada pilihanraya.Beliau bertugas di Galas selama dua minggu.
Apa yang ingin diperkatakan beliau ialah "gerak kerja pilihanraya Pas di Galas amat lemah tapi mahukan kemenangan yang berganda. Macam jugak orang yang tidak tunaikan solat tapi mahu masuk syurga , boleh ka lagu tu?" kata beliau. Kerja sikit tapi harapkan kemenangan.
Beliau melahirkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah pemimpin Pas Kelantan semasa di Galas yang sesetengahnya tidak berjiwa rakyat. Tidak ada pemimpin atau Exco yang datang melawat Rumah Pas Selangor untuk bertanya kabar . Bukan minta dihargai atau minta duit tapi sikap sombong jelas kelihatan.
Beliau juga membuat perbandingan seperti berikut, "Saya tengok pemimpin Pas ada yang pakai kasut 'menghelit' (kilat) tapi pemimpin Umno hanya pakai kasut sukan ke sana-sini di Galas."
Isu dalam kempen supaya jangan sebut nama Ku Li juga telah diberitahu kepada petugas -petugas Pas luar Kelantan. Ku Li kata beliau telah berjaya menundukkan Pas di prk Galas hanya semata-mata Ku Li sokong tuntutan royalti minyak untuk negeri Kelantan. Pas melutut kepada Ku Li sehingga nama Ku Li langsung tak boleh disentuh di Galas.
Akhir sekali kata petugas Pas itu, perangai Pas Kelantan dah sama macam Umno.
Ha ha ha..
Yang tak cerdiknya ..orang kita, bangsa Melayu, agama Islam..sebab apa...kerana masih tak pandai menelai atau berpandangan jauh..masih takut kepada Hantu-Hantu..kita lihat bangsa Cina di Malaysia..depa ni tak Wala' dengan Parti Politik..depa bolih sokong MCA dan depa boleh sokong DAP..kenapa..kerana depa memilih yang terbaik buat depa..
Orang Melayu pulak jenis macam Hang Tuah...kalau Sultan Melaka titahkan buat apa pun..walau nyawa hancur dibadan tetap ku turutkan walaupun bercangah dengan Hukum Adat (Adat bertunjangkan Islam)..itu reality Melayu..walaupun tahu Negara Tergadai, Penyamun Tarbus DiPutrajaya..masih gak sokong-puja-puji sampaila Penyamun tu jatuh dengan sendirinya..tak ada usaha untuk menurunknanya kerana apa???? Kerana Orang Melayu berperangai Hang Tuah...
Tapi hang tak ingat janji dalam buku Sejarah Melayu (Sululat-us-Salatin) antara Raja Dengan Rakyat (Siapa tak ingat pi baca Sejarah Melayu bukan Sejarah UMNO)..tu pasal orang melayu tak sedar, pasal lupa asal usul dan malas membaca...ha ha ha..
dh tiba masa seruan Jihad Fisabilillah diseru kepada Umat Islam yg benar2 cintakan Islam..Bangkitla pemimpin Islam..lebih baik Syahid sebagai muslim drpd hidup sebagai munafiq
Pda pendapat saya, setiap umat yang bukan beragama Islam amat takut kepada agama ini.Kenapa ini berlaku? Mungkin kerana sikap umat manusia yang beragama Islam itu sendiri? Cuba sahaja teliti kepada fomen-komen yang diberikan, penggunaan bahasa yang kasar dan provokatif digunakan seperti kita sedut udara untuk hidup.Oleh itu sebelum kita bercakap tentang agama suci ini adalah lebih baik jika kita semua dapat bermuhasabah diri dengan berhijrah kepada penggunaan bahasa yang baik tanpa perlu dipimpin oleh emosi dan sikap provokatif.Pada pendapat saya, perbaiki diri sendiri dahulu sebelum hendak perbaiki negara. Bagaimana kita hendak perbaiki negara jika kita masih kuat kepada sikap yang tidak baik. Mana mungkin sikap tidak baik dapat memimpin kepada kebaikan.Wasallam..