
Walaupun tak rapat dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, tetapi saya kenal dia dan dia kenal saya. Saya sebenarnya pernah buat dajai kepada Saifuddin. Satu hari, selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno bersama-sama Datuk Nakhaie Ahmad penghujung lapan puluhan dulu, Saifuddin tiba-tiba naik atas pejabat Harakah untuk bersembang dengan Redhuan Daniel Onn (juga menyertai Datuk Zahid Hamidi dan menampilkan muka mesra Barisan Nasional menjelang pilihan raya 1995 kalau tak silap).
Bila tengok Saifuddin yang baru masuk Umno tiba-tiba tercokol dalam pejabat Harakah, saya naik angin dan halau dia. Saya pantang sangat orang yang cakap Islam masuk Umno. Meluat kat PAS tak pa, saya pun meluat dengan banyak pihak di dalam PAS. Tapi jangan masuk atau sokong Umno.
Sebab itulah saya tak pernah tegur orang-orang Abim yang mengekori Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Umno. Terngiang-ngiang kata-kata orang kampung saya, Dr Mohd Noor Manuty kat saya di Restoran Mummy Seri Gombak kira-kira 10 tahun dulu, "hang dulu bukan nak tegoq saya". Saya jawab balik, "Ya la. Dulu Ustaz Umno". Saya beritau dia, siang malam saya berkawan dengan orang Umno. Tetapi orang gerakan Islam masuk Umno, saya benci!
Selepas peristiwa saya menghalau Saifuddin dari pejabat Harakah itu, saya tak pernah jumpa lagi Mamat tu hinggalah dia keluar Umno.
Memanglah, kali pertama saya berjumpa semula dengan Saifuddin apabila dia dah keluar Umno, perasaan segan menyelubungi jiwa. Dengan malu-malu saya kata, "Aku mintak maaf la apa aku buat kat hang dulu". Saya tak ingat apa jawapan Saifuddin. Tapi saya sangka sorang-sorang bahawa beliau telah pun memaafkan saya.
Bila dia dah jadi orang PKR, saya beberapa kali berurusan dengan Saifuddin pada pilihan raya 2004. Dia bertanding di DUN Kubang Rotan masa tu. Kubang Rotan dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Pada masa itu saya membantu Haji Mohamad Sabu yang mempertahankan kerusi Kuala Kedah yang dimenanginya dalam pilihan raya 1999. Mat kalah sampai sampai 10,000 undi lebih (aku tergelak sakan tengok result tu, maklumlah persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang bunuh begitu banyak kawasan majoriti Melayu). Din dah tentu la kalah. Lawan Menteri Besar Kedah pada masa itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain (setahu saya Syed Razak tak la jakun sangat dapat jadi Menteri Besar macam...)
Saya cerita pengalaman kontot saya berurusan dengan Saifuddin untuk menyatakan Saifuddin yang saya tahu adalah seorang ahli politik yang rajin kerja dan kerjanya juga agak sistematik. Dia agak teliti. Dia ada sifat-sifat tu walaupun tak la hebat sangat (saya hanya cerita sisi positifnya sahaja sebab kalau nak cerita buruk orang sampai pagi esok pun tak habis).
Tetapi, apabila baca terjemahan Mat Saman Kati "Kak Wan…aku nak buat apa dengan kertas undi ini?" dan laporan Malaysian Insider hari ini "Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR", saya tertanya-tanya adakah Saifuddin sudah dimamah usia dan semakin hilang ketelitian dan sentuhan-sentuhan kerja bersistemnya?
Atau, adakah Saifuddin secara sukarela bertindak dengan cara yang menyebabkan beliau dilihat memberi kelebihan kepada Azmin Ali (harap baca "Pemilihan PKR: "Khir Toyo" mendahului")? Kalau tak sukarela, adakah dia terpaksa? Saya tak tuduh dia memberi kelebihan kepada Azmin. Tetapi sah-sah Saifuddin dilihat memberikan kelebihan kepada Azmin. Mengapa beliau dilihat begitu?
Saifuddin mungkin bersih, jujur dan tidak terlibat dalam apa-apa pakatan jahat. Masalahnya, walaupun beliau mungkin bersih, Saifuddin tidak dilihat bersih dalam mengendalikan pemilihan PKR.
Kalau dia bertindak secara sukarela, saya harap satu hari saya dapat bertanya Saifuddin kenapa dia rasa Azmin baik sangat ketika ramai sungguh rakyat termasuk saya yang tidak mahukannya? Kalau dia terpaksa, siapa yang paksa? Azmin? Atau Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Tidak mungkin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang paksa. Mat Saman Kati melaporkan, Kak Wan bersikap "asal bukan Azmin" menjadi timbalannya.
Bercakap fasal Kak Wan, adakah beliau kini makan hati dengan pelbagai perkara buruk dalam pemilihan PKR? Adakah Nurul Izzah juga makan hati? Saya dan isteri saya bukan sahaja pengundi Nurul di Lembah Pantai (malas nak ubah nama saya di Lembah Pantai yang berdaftar di situ sejak hujung lapan puluhan), malah saya juga sokong Nurul sebagai pemimpin masa hadapan sambil berharap agar kelaku dia kekal elok dan diperelokkan. Jangan berlagak diva.
Kalau sungguh begitu, tak pa, Kak Wan. Kami, rakyat yang tak suka Umno, bukan takat lawan parti itu sahaja. Kami juga berlawan dengan klon-klon Umno di dalam Pakatan Rakyat (PR). Kami rakyat, kami tak ada kepentingan nak berebut kuasa. Kami buat apa yang kami dapat buat untuk memastikan anak cucu kami tidak terus dicengkam oleh kerajaan yang terlampau kurang ajaq sangat macam Umno walaupun kerajaan lain pun tidaklah bersih dari perangai kurang ajaq.
Bila tengok Saifuddin yang baru masuk Umno tiba-tiba tercokol dalam pejabat Harakah, saya naik angin dan halau dia. Saya pantang sangat orang yang cakap Islam masuk Umno. Meluat kat PAS tak pa, saya pun meluat dengan banyak pihak di dalam PAS. Tapi jangan masuk atau sokong Umno.
Sebab itulah saya tak pernah tegur orang-orang Abim yang mengekori Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Umno. Terngiang-ngiang kata-kata orang kampung saya, Dr Mohd Noor Manuty kat saya di Restoran Mummy Seri Gombak kira-kira 10 tahun dulu, "hang dulu bukan nak tegoq saya". Saya jawab balik, "Ya la. Dulu Ustaz Umno". Saya beritau dia, siang malam saya berkawan dengan orang Umno. Tetapi orang gerakan Islam masuk Umno, saya benci!
Selepas peristiwa saya menghalau Saifuddin dari pejabat Harakah itu, saya tak pernah jumpa lagi Mamat tu hinggalah dia keluar Umno.
Memanglah, kali pertama saya berjumpa semula dengan Saifuddin apabila dia dah keluar Umno, perasaan segan menyelubungi jiwa. Dengan malu-malu saya kata, "Aku mintak maaf la apa aku buat kat hang dulu". Saya tak ingat apa jawapan Saifuddin. Tapi saya sangka sorang-sorang bahawa beliau telah pun memaafkan saya.
Bila dia dah jadi orang PKR, saya beberapa kali berurusan dengan Saifuddin pada pilihan raya 2004. Dia bertanding di DUN Kubang Rotan masa tu. Kubang Rotan dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Pada masa itu saya membantu Haji Mohamad Sabu yang mempertahankan kerusi Kuala Kedah yang dimenanginya dalam pilihan raya 1999. Mat kalah sampai sampai 10,000 undi lebih (aku tergelak sakan tengok result tu, maklumlah persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang bunuh begitu banyak kawasan majoriti Melayu). Din dah tentu la kalah. Lawan Menteri Besar Kedah pada masa itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain (setahu saya Syed Razak tak la jakun sangat dapat jadi Menteri Besar macam...)
Saya cerita pengalaman kontot saya berurusan dengan Saifuddin untuk menyatakan Saifuddin yang saya tahu adalah seorang ahli politik yang rajin kerja dan kerjanya juga agak sistematik. Dia agak teliti. Dia ada sifat-sifat tu walaupun tak la hebat sangat (saya hanya cerita sisi positifnya sahaja sebab kalau nak cerita buruk orang sampai pagi esok pun tak habis).
Tetapi, apabila baca terjemahan Mat Saman Kati "Kak Wan…aku nak buat apa dengan kertas undi ini?" dan laporan Malaysian Insider hari ini "Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR", saya tertanya-tanya adakah Saifuddin sudah dimamah usia dan semakin hilang ketelitian dan sentuhan-sentuhan kerja bersistemnya?
Atau, adakah Saifuddin secara sukarela bertindak dengan cara yang menyebabkan beliau dilihat memberi kelebihan kepada Azmin Ali (harap baca "Pemilihan PKR: "Khir Toyo" mendahului")? Kalau tak sukarela, adakah dia terpaksa? Saya tak tuduh dia memberi kelebihan kepada Azmin. Tetapi sah-sah Saifuddin dilihat memberikan kelebihan kepada Azmin. Mengapa beliau dilihat begitu?
Saifuddin mungkin bersih, jujur dan tidak terlibat dalam apa-apa pakatan jahat. Masalahnya, walaupun beliau mungkin bersih, Saifuddin tidak dilihat bersih dalam mengendalikan pemilihan PKR.
Kalau dia bertindak secara sukarela, saya harap satu hari saya dapat bertanya Saifuddin kenapa dia rasa Azmin baik sangat ketika ramai sungguh rakyat termasuk saya yang tidak mahukannya? Kalau dia terpaksa, siapa yang paksa? Azmin? Atau Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Tidak mungkin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang paksa. Mat Saman Kati melaporkan, Kak Wan bersikap "asal bukan Azmin" menjadi timbalannya.Bercakap fasal Kak Wan, adakah beliau kini makan hati dengan pelbagai perkara buruk dalam pemilihan PKR? Adakah Nurul Izzah juga makan hati? Saya dan isteri saya bukan sahaja pengundi Nurul di Lembah Pantai (malas nak ubah nama saya di Lembah Pantai yang berdaftar di situ sejak hujung lapan puluhan), malah saya juga sokong Nurul sebagai pemimpin masa hadapan sambil berharap agar kelaku dia kekal elok dan diperelokkan. Jangan berlagak diva.
Kalau sungguh begitu, tak pa, Kak Wan. Kami, rakyat yang tak suka Umno, bukan takat lawan parti itu sahaja. Kami juga berlawan dengan klon-klon Umno di dalam Pakatan Rakyat (PR). Kami rakyat, kami tak ada kepentingan nak berebut kuasa. Kami buat apa yang kami dapat buat untuk memastikan anak cucu kami tidak terus dicengkam oleh kerajaan yang terlampau kurang ajaq sangat macam Umno walaupun kerajaan lain pun tidaklah bersih dari perangai kurang ajaq.










Cantik? Klik 






pi berak la pak bakaq oiii
nik aziz sendiri pon rasuah orang asli
bagi zakat? hehehe sejak bila orang tua tu jadi amil zakat
sudah2 la taksub tu pak bakaq oii.hang tu dah tua dah...dah nak mampoih pon
pada hang sebok nak kutuk saifuddin nasution tu baik hang pi nasihat nik aziz tu jangan jadi perasuah
Anony 1, Aku sumpah kau jadi cicak.
Pak Bakaq,
Anon 1 ni berbincang tak ikut tajuk.Kalau dia masuk pertandingan bahath,sudah tentu pengerusi halau dia keluar sebab tak reti nak berbahath.Bak kata pepatah Melayu,orang panjat tiang,dia panjat bendul.Inilah masaalahnya menggunakan jari dan mulut tapi tak gunakan otak.
Cr Hj Tambrin,
meluat betui cakap hang ni di mana2 blog pasti kau komen yg toloqqq punya jalanan betui Anon1
anoni 1, kalau nak provoke pun jangan jadi manusia bodoh, aku tak nak jawab apa yang engkau ejek tu, tak guna jawab sebab ejekan tu ejekan bodoh ...
He he he Anon 1. Buat lawak pun agak agak la.
Pak Bakaq,
" ... rakyat yang tak suka Umno, bukan takat lawan parti itu sahaja. Kami juga berlawan dengan klon-klon Umno di dalam Pakatan Rakyat (PR)."
Saya suka kata2 ni. Ini yang saya rasa juga.
Kalau Allah izinkan PR menang nanti, sudah tentu "si dia" tu akan jadi orang dalam kerajaan PR. Ini yang tak larat ini kalau "si dia" menang.
Ingat semua: "ASAL JANGAN AZMIN". Juga aku dah tak percaya Anwar dah.
Hang buat dajai kat Saifuddin pun buat apa Bakaq oi..Dia tu lagi Dajjal Besaq..Bendera pun dah mata satu..dia nak heran apa.. Apa la hang ni..Link kat blog hang sikit punya kemaih.. ahlul-bait la..Hang dgn Mat Sabu pun dah jadi sama tongok dah..Mau kata Guan Eng nak jadi Umaq Abd Aziz..,hangpa dua dah jadi cayiaq menerhoi dah..kagum..aparaa... Genetik Melayu mudah tertipu sentiasa duk ada..
Hang buat malu ahlul-bait la Bakaq..sat hang cerdik..lama hang tongok..
for sure hang classified komen aku pitnah no...
pak bakaq org batu kurau ke? mana tau kita adik bradik
PAK BAKAQ AKU RASA HANG NIE , MEMPUNYAI SIFAT SYOK SENDIRI YANG TINGGI, HANG RASA HANG JE YANG BETUL ORG LAIN TAK BETUI, LEPAS TU AYT HANG BANYAK COVER2 DGN SIFAT RENDAH DIRI DAN BERJIWA RAKYAT. ORG MCM HANG NI MEMANG BANYAK KAT MALAYSIA NI, HANG NIE BOLEH JADI KETUA KAMPUNG JE LEVEL HANG (SORRY KALAU TERSINGGUNG). HANG RASA HANG BIJAK TAPI AKU RASA KALAU COMPARE KEBIJAKSANAAN HANG DGN PEMIMPIN2 NEGARA (NEGARAWAN) CTH TUN DR.MAHATHIR, IQ HANG CUMA 30% JE DARI DIA, HANG NI LEVEL PANDAI SIKIT JE, NAK KATA BIJAK PUN TAK APATAH LAGI BIJAKSANA. MAAF YE,YANG AKU SUKAKAT HANG NI, AKU TAU HANG MEMANG OPEN MINDED
DSAI hilang kredibiliti...Tahun depan Pemilihan PKR WAJIB pertandingkan jawatan KETUA UMUM.
kepada buatbuatbodoh,
hang tak payah buat2 bodo pun,hang memang bodo piang
aku komen hat mula2 tu kat pak bakaq.sapa suruh hang tergedik2 macam beruk kena kutu dok dok respon?
Aku pun dah susah nak percaya kat Anwar dan Azmin dah semenjak dua menjak ni. Aku makin confused dengan watak Anwar sejak makin ramai mamat jambu muncul dalam hidup Anwar ni lepas satu satu. Anwar sepatut tidak beri peluang fitnah muncul. Bila benda-benda begini berlaku maka dialah yang perlu dipersalah bila keraguan timbul. PAS perlu segera persiap diri untuk jadi anchor Pakatan. Masalahnya PAS sebagai organisasi memang sesuai jadi anchor Pakatan cuma Presiden PAS itu pula tak menampakkan dia layak dan berwibawa untuk lead Presiden atau Setiausaha Agung parti-parti lain.
Woi Mamat, hang memang mamat blurr la..confused memanjang.. Hang dah jumpa fakta, tapi hang duk confuse macam tu la jugak. Fakta dah nampak, tapi duk kata timbul fitnah pulak..Bengong betui orang Pas ni..
Pas nak jadi anchor pakatan??? Anchor kepala hangguk hang..Pas ni kalau nak elok.., kena duk sorang-sorang..Bila dah nak berpakat, kaki kerusi dah jadi orang lain punya..Dah tu berpakat dgn setan pulak..mana mau...Bodo...
ALJUBURI
Korang manatau, AZMIN..lo orang nak ketepikan??? Giler ke apa???
Anwar kalo wat hal ngn Azmin, mampuih la semua hal dlm seluar keluar, itu pasala Anwar macamner pon akan backup AZMIN...pekara mudah camni pon xleh agak ke..
Kalo da share ..eeh...takbek..ngata orang...sendiri mau ingat la..
Aku pun confuse gak tgk saifuddin ni
Kene ingat, hang tu duk kat kelantan..
WAHAI PAK BAKAQ , MCM LU CAKAP
KAMI HANYA RAKYAT
LU PLAK HANYA BLOGGER
SAIFUDDIN TU POLITICIAN
OII BUKAN SENANG NAK MENCELAH MENYEMPRAT DAPATKAN TEMPAT
ALIH-ALIH NAK PI SOKONG ZAID (BACUL? & MERENG ?)TU KA ?
BAIK SAJA MEMBONTOT PUTRAJAYA DREAMERS
IMEJ TAK BERSIH ?
TU BOLEH EJAS NANTI
BETAPA BANYAK SETAN KAT MSIA
UBAH IMEJ PAKAI SERBAN JUBAH TERUS NAMPAK MCM MALAIKAT
KAHKAHKAH MALAYSIA KU
POLITICIAN POLITICIAN
TAPI PAK BAKAQ PASAI DR MANUTY
DIA TU MMG KADANG2 SOMBONG SKIT LAGAKNYA
ORANGNYA MEMANG INTELEKTUAL BAIK JUGA TAPI KEREK SKIT HEH HEH
TERUSKAN MENGHENTAM , KATOK KUAT-KUAT KAPLA POLITICIAN KITA ...
saifuddin ..ahli parlimen machang... xde apa kemajuan pun mamat neh buat kat parlimen machang... nak tunjuk muka sekali sekala pun harammmm.... nak turun padang risik masalah rakyat..jauh panggang dari api.... saifudin neh kena klu dikiaskan "anak di umah mati kelaparan, anak kera disusukan" memang tepat buat diri beliau... satu sen tarak nilai ... ps : rakyat machang perlukan ko la baha..lul pudin
Munkin saipudin ada ajenda nak jahanam kan terus PKR' Sebab tu dia bantu Azmin.Kalau kuasa dapat kat Azmin ramai lagi orang-orang kuat dia akan cantas....