Sedap!! Klik gambar di atas!

Umno-PAS: Divided we stand, united we fall

Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita bertajuk "Khairy: Tak mungkin, lupakan saja perpaduan Melayu Umno-PAS". Sebagai rakyat yang benci kepada usaha perpaduan yang objektif perdananya hanyalah untuk memastikan Umno terus melekat di tampuk kuasa, kata-kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) itu tidaklah menghantar kelegaan ke dalam hati saya.

Semua orang tahu KJ adalah sasaran kebencian sebahagian besar ahli dan penyokong Umno. Rasanya, tidaklah melampau kalau saya katakan KJ lebih mereka benci dari Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook.

KJ dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dituduh sebagai pemusnah Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa sahaja bala bencana yang terhempas ke atas kepala batu Umno, hanya Abdullah dan KJ sahaja yang salah. Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri tak salah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak salah, semua tak salah. Hanya Abdullah dan KJ sahaja yang salah, mungkin kerana semua anggota kabinet di zaman Abdullah hanya menjadi patung berhala sahaja untuk disembah oleh sentimen 'asabiyyah (menarik untuk dibaca posting Aspan Alias 19/10/10 "Siapa PM sebelum Pak Lah?")

Sebab itu, anggap sajalah kata-kata KJ hakikatnya adalah cakap-cakap tak laku.

Kepada saya, orang-orang Melayu tidaklah berpecah dalam semua perkara. Kecuali mereka yang tak waras dan tak rasional, Melayu yang tak nak Umno macam saya masih boleh minum sama-sama di restoran Mamak dengan Melayu Umno pekat yang darahnya cap keris (yang benci sangat kat saya dan tak nak minum dengan saya ialah segelintir Melayu PAS kerana saya selalu mengkritik pemimpin-pemimpin parti itu. Takkan nak minum dengan blogger celaka, fasiq, kafir dan Yahudi).

Sekadar menyebut beberapa perkara, Melayu masih boleh berkenduri-kendara bersama-sama, solat berjemaah bersama-sama, meraikan hari raya bersama-sama, menunaikan fardhu kifayah mengkebumikan jenazah bersama-sama, menziarahi yang sakit tak kira parti apa pun (walaupun saya tak ziarah, saya hantar SMS kepada Datuk Ibrahim Ali mendoakan beliau sihat), hentam Amerika Syarikat, sokong rakyat Palestin yang dijajah Zionis - Melayu masih bersama dan berpadu dalam banyak perkara.

Tetapi, dalam soal nak bersatu supaya Umno terus melekat di puncak kuasa - yang tu pi mampoih la! Kita berpisah habis-habisan dalam bab tu. Bab tu, saya lebih selesa berpegang kepada kata-kata Presiden Amerika yang ketiga, Thomas Jefferson dalam soal kebebasan beragama, "divided we stand, united we fall" (lihat suratnya di atas dan klik untuk besarkan).

Walau bagaimanapun, saya yakin jeritan-jeritan fasal perpaduan Melayu akan tetap terlolong-lolong dan melengking bagai anjing selagi masih wujud Melayu tak nak Umno - tak kiralah sama ada mereka Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP atau Melayu macam saya yang benci sangat kepada sikap 'asabiyyah orang-orang Melayu kepada pemimpin mereka tak kira parti apa pun (dalam PAS versi 'asabiyyah sebahagian ahli dan penyokongnya dihiaskan dengan istilah thiqah dan wala').

Jerit-pekik perpaduan Melayu yang matlamatnya untuk memastikan Umno memerintah sampai kiamat hanya akan berhenti apabila:

1. Majoriti besar orang Cina dan sebahagian orang India kembali menyokong Umno dan BN, contohnya seperti yang mereka lakukan dalam pilihan raya umum 1999 di mana mereka berjasa amat besar menyelamatkan kekuasaan Umno dan BN. Bila Cina dan India dah pakat-pakat sokong Umno dan BN, pada masa itu nilai PAS jauh lebih rendah dari nilai anjing kepala buruk di sisi Umno. Mungkin juga orang-orang PAS akan dibunuh lagi seperti yang berlaku di Memali dan Lubok Merbau, di mana mereka mereka dibunuh walaupun pada masa itu PAS tidak pun berkerjasama dengan DAP.

2. Seperti yang sebelum ini dilakukan oleh PBS (yang dimaki hamun dan diberitakan setiap hari sebagai pendakyah Kristian ketika ia menentang BN), DAP yang kini mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Cina duduk tak duduk menyertai BN kononnya "demi kepentingan pengundi-pengundi berbangsa Cina". Bila DAP menyertai BN, Umno yang kini menjadi pak yet atau boneka kerajaan PAP Singapura (apa yang boleh diserah kepada kerajaan PAP itu semuanya Umno nak serah) berpusing lebih dari 360 darjah dan terus memartabatkan DAP sebagai angel - walaupun kini ia dijadikan hantu yang mengancam Melayu. Bila DAP menyertai BN membawa majoriti orang-orang Cina yang menyokongnya dan menjadi pelacur Umno bersama-sama MCA dan Gerakan serta MIC yang menjadi pengemis Umno, tidak ada lagilah ulama PAS yang berkata "saya akan panggil Majlis Syura" untuk membincangkan "aspek yang amat merunsingkan saya dan orang-orang yang berfikir macam saya berfikir, iaitu, senario politik di tanah air sekarang ini, atau lebih senang, senario politik selepas pilihanraya 2008."

Maklumlah, DAP tidak lagi bahaya!

Berkaitan:
Kepentingan Melayu mana yang dijaga? (Dr Jeyakumar Devaraj 20/10/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bila DAP masuk BN, ia dibawah gengaman UMNO .Kalau DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS dibawah ketiak DAP seprti di Selangor,Perak dan Pulau PInang.

  2. kesian kat hang ni bro... lagi banyak benda nagetif kita ingat lagi itu benda nagetif yang datang. Sama juga lagi banyak kebaikan kita buat lagi banyak le kebaikan yang datang... tak gitu bro... politik macam tu la bro kat mana dunia ni pun gitu... kita boleh bersabar bila susah tapi hilang pertimbangan bila dah berkuasa...

  3. Anon 1

    Umno pula bawah tapak kaki oportunis dan tauke Cina macam Thaek Jho Low...

  4. Pak Bakaq,... angel... bukan angle...
    apa pun, saya rasa "insan yg masih berkehendak dgn umno" masih terkesan dgn syarahan2nya semasa menjadi orang no 2 BTN dulu..susah nak kikih bila dah melekat, macam kalau kita terduduk atas chewing gum.. pulak tu lama baru sedaq.. bila nak buang, kesan dia masih ada sikit2..

  5. Pak Bakaq,... angel... bukan angle...

    Terima kasih atas pembetulan, bos!

  6. Hehehehehe.........senang cerita begini le...sesapa yg penakut dan pengecut dgn cerita2 yg di dakwa "bakal" berlaku dgn dalil "kalau" itu "kalau" ini.........

    .............Baik jaga diri sendiri dan keluarga sendiri je.......atau pun pee le duduk bawah ketiak umngok apco zionis tu......

    Tok sah le menyibuk nak itu dan ini kpd mereka yg telah menetapkan pendirian utk menguburkan umno zionis tu......

    Sapa2 yg nak sokong umngok apco ..............silakan

    Sesapa yg nak buat perubahan..........di alu2kan

    Sesapa yg takut sgt2 dgn "kalau" itu dan ini.........dok kat rumah diam2..

  7. Nampaknya Rata rata kita pergi seolah olah Rakyat telah buat keputusan siapa mereka nak UNDI bila belaku PRU 13 ni.Lepas budjet saja lagi ramai yang dah buat penderian.Mood Rakyat sekarang seolah olah angin perubahan sedang bertiup semakin kencang nak jatuhkan UMNO/BN.Rakyat sudah sedar segala isu Perkauman dan Ugama yang di mainkan semata mata untuk UMNO/BN nak kekal bekuasa Rakyat keseluruhan akan terus susah dan menderita sebab hasil kekayaan negara di belanjakan dengan cara yang tidak sepatutnya.Terima kasih ke pada Najib yang bentangkan belajawan demikian.Ada pihak yang mengatakan inilah Budjet yang akan membuat UMNO/BN total lost.Penamat bagi pemerentahan UMNO/BN.Pelik sungguh Rakyat Melaysia ni tiba tiba saja dah pandai komen pasal budjet walau orang kampong sekali pun yang dulunya dok kata duit kami tak pernah hilang sikit pun walau apa jenis budjet yang di bentangkan oleh UMNO/BN.Orang kambong dah sedar dulu nak beli Ikan kembong baru Rm4-5 ringgit Sekilo sekarang dah RM10/=Bila dengar bangunan 100 tingkat dan Bonus tak sebanyak mana maka UNMO kat kampong pun dah mula rasa tak yakin pada BN lagi.Ada yang dah maki hamun PM.Oleh itu elok lah PR focuskan cadangan pada Rakyat bagaimanakah bentuk tawaran Dasar Ekonomi yang lebih adil dan menyeluruh pada Rakyat sekiranaya di beri kuasa oleh rakyat.Mudah mudahan ini satu pengharapan baru pada Rakyat yang terlalu dahagakan perubahan di peringkat PUSAT.

  8. Ha ha ha..Lari Tajuk Sikit Pak Bakaq

    PM badut kata bangunan 100 tingkat tak guna wang Kera-jaan..kalau tak guna wang kerajaan kenapa sebut dalam Budget...Lepas tu PNB pula kata tak guna wang tabung Amanah Saham..abuh tu guna wang siapa??? Mudah'bala..ha ha ha..Woiii TUAN PENASIHAT, apa yang hang dah buat...ha ha ha.

    I'm 100% agreed with Pak Bakaq. DIVIDED WE STAND, UNITE WE FALL..LONG LIVE PAKATAN RAKYAT..

  9. anon 7,

    perkara2 macam ini tak pernah terlintas/difikirkan oleh "yang amat runsing dan orang2 yang berfikir macam saya berfikir" kerana mereka segar bugar dengan agenda sendiri. yang lain semuanya kelam, kelabu asap, tak nampak, gelap gelita. ditutup oleh yang dok ada dalam dan bagaimana nak menjayakannya, hatta ayat2 Allah dijadikan sandaran "Allah akan membantu kamu, jika kamu menolong agama Allah" (lebih kurang gitulah mafhumnya). apa yang dikemukakan dalam usrah 810 oleh harun din tidak ada sebab Allah nak tolong. hadirin lulusan timur tengah tentu lebih faham. jangan biarkan kalian diperkuda sebagaimana 'ulama muda' diperkudakan oleh umno! (yang heboh dan terkedepan komen pasal 'ulama muda' diperkuda umno adalah pas! cermin2 diri laa

    wallahu'alam

  10. Sokong sangat Anon 7,
    Bukan sahaja Melayu UMNO kad kampong dah mula merungut,orang biasa terutama peniaga-peniaga kecil dan sederhana,dah lama merasakan peritnya ekonomi negara akibat kenaikan minyak dan barang-barang keperluan hari-hari.Kesengsaraan dan penderitaan rakyat inilah sewajarnya dibela oleh Pakatan Rakyat untuk memenangi hati dan minda pengundi.Dengan pengumuman Belanjawan Bangunan 100 tingkat tu,dengan tidak adanya bonus bagi kaki tangan awam dan dengan borosnya Rosmah berbelanja - semua ini boleh dijadikan bahan untuk membuka mata dan hati pengundi.
    Malangnya bahan-bahan bernilai ini tidak dimanafaatkan oleh Pakatan Rakyat sebaliknya buat kerja-kerja yang tak berfaedah - Pemimpin PKR sibuk berperang untuk jawatan tinggi,Geng UG dalam PAS masih nak tidur sebantal dengan UMNO,Karpal dalam DAP tak sudah-sudah dengan Anti-Islamnya walau pun pemimpin-pemimpin muda DAP lebih liberal dan tenang - semua kerja-kerja penghalang ni,menjadikan Pakatan Rakyat hilang focus dan tumpuan untuk kePutrajaya.Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat:Rasa dan dengarlah denyutan nadi dan hati rakyat,selalulah turun padang,pengundi tu adalah pelanggan hampa,mereka raja.Jika hampa masih tak faham ni,jangan mimpilah nak kePutrajaya.

  11. lately , barangkali ini tulisan pak bakaq paling best ........
    yang berlegar dalam otak kebanyakan melayu walau masih ada yang bengap ...

  12. Saya minta sugguh-sungguh pimpinan tertinggi PAS ambil tindakan tatatertib ke atas Dr. Hasan Ali dan Dr. Haron Din kerana melanggar ketetapan muktamar dan berterusan bertindak atas perkara yang boleh merosakkan parti. Usrah 810 jelas membuktikan mereka tidak juga akur kepada sebarang keputusan jamaah. Kedudukan mereka sebagai PJ Selangor dan Timbalan Mursyidul Am menambahkan lagi bahaya ke atas jamaah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008