Sedap!! Klik gambar di atas!

Pusat penternakan jin dalam Belanjawan 2011

"Najib ni dah gila aku rasa".

Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.

Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.

"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.

Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".

Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!

Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...

Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.

Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia.

Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu.


Berkaitan:
PM's residence gets RM65 mil facelift (Malaysiakini 15/10/10)
Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat (Malaysiakini 15/10/10)
Budget 2011: Spend baby spend! (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 15/10/10)
Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat? (Reme Ahmad 15/10/10)
Burgeoning budget, mega-projects not a panacea (Malaysiakini 15/10/10)
Najib's Budget fails to impress entrepreneur (Malaysiakini 16/10/10)
And the verdict is… (Malaysian Insider 16/10/10)
Mega tower: It's Mahathirism all over again (Malaysiakini 16/10/10)
When Things Go Bang! (Hawkeye 16/10/10)
Kita jangan jadi 'Melayu Seluar Dalam' (Misai Merah 16/10/10)
Budget 2011: Operating Expenditure Explodes Again (Tony Pua 17/10/10)
A budget for big boys and civil servants (FMT 17/10/10)
'100-floors of wasted money' (FMT 17/10/10)
Excuse me, I have $$$ vertigo! (Masterwordsmith 17/10/10)
2011 budget fails to prop up NEM, ETP (Malaysiakini 18/10/10)
MIER disappointed by aspects of Budget 2011 (Malaysiakini 19/10/10)
In Budget, questions over reform commitment (Malaysian Insider 19/10/10)
The 2011 Budget (Syed Akbar Ali 19/10/10)
Najib and his Budget (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 19/10/10)
Mega-tower plan faces online backlash (FMT 19/10/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Manusia berlumba2 membuat bangunan tinggi pada akhir zaman-hadis Nabi

  2. LU BANYAK CAKAPLAH...LIHAT SELANGOR ADA BAGUI...MANA JANJI MANEFESTO....LU APA SEKOLAH....NAJIB LEBIH BIJAK DARI HANG...BILA HARGA SELUAR DALAM DAH TURN HANG BELILAH BANYAK2 NOOOHHH....

  3. Bajet yang baru dibentangkan dalam dewan rakyat tempohari adalah bajet menghabiskan stok kewangan negara... kemenangan dalam pilihanraya ke 13 masih samar lagi, sama ada boleh berkuasa lagi atau jadi pelarian masih belum dapat dipastikan lagi. Oleh kerana itu pulun dulu sebelum terlepas.

    Apa perlunya PERMATA yang diberi peruntukan sehingga RM111 juta untuk program yang dinaungi oleh Rosmah, tidakkah peruntukan ini mencurigakan...? Ada orang meramalkan bahawa sebahagian duit peruntukan untuk PERMATA itu akan diagihkan kepada UMNO Baru bagi melaksanakan kerja-kerja pilihanraya....? Perjalanan projek PERMATA ini perlu disiasat.

    Projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara juga mencurigakan. Apa perlunya Malaysia dengan bangunan tinggi seperti itu sedangkan masaalah rakyat masih banyak yang belum selesai..?. Memang ini kerja orang gila !

    Apa pula kebaikan duti import seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian,kelambu dimansuhkan...? Kenapa tak dimansuhkan duti import kereta agar proton boleh bersaing dengan kereta luar negara...? Orang yang mencipta bajet ini memang lucah !

  4. patutlah dividen ASB semakin menurun.... rupanya nak buat bangunan 100 tingkat..

  5. Salam PB,

    Kata ada problem bagi sewa, apa kata kalau bangunan 100 tingkat tu kita buat perniagaan sarang burung walid. Bolehlah export ke luar negara?

  6. Belanjawan 2011,opp gila dan berangan2,biarkan matjenin bergantung di menara 100 tingkat tu,yg buat budjet tu ahli supreme porno,YB2 baik buka kelab porno tukar minat selain main golf buang masa berpanas tak sedar zohor/asar,ahli baru dpt 3in1,Warisan Merdeka 100(WM100)UMNO tak sedar lagi bahawa sokongan rakyat terhadap mereka tinggal sekangkang kera,dpt kah tidak majoriti 2/3 jgn mimpi cerita mcm dulu,lepas pru13 kerajaan memerintah nanti PR sila bongkar seluruh harta benda dr duit rakyat supaya di tarik balik dari pencacai2 rakus,yg kenyang buatkan mereka lapar balik,ada yg dah hancur dlm kubur pun arah keturunan bagi balik hak rakyat,jgn buka mata dah senang hidup tengok duit,buat mcm marcos dan suharto.....

  7. Kebinasaan demi kebinasaan dilakukan...bajet seperti inikah yang kamu suka? Kalau dok sokong BN taktau la nak kata apa lagi..melainkan mereka tu pun sama2 membuat kebinasaan demi kebinasaan.

  8. Aku teringat aruah pak aku yang meninggal dunia 12 tahun dulu. Dia setakat kopral polis cabuk saja. Mengaji setakat darjah enam. Aku pernah bertengkar dengannya pasal projek mega. Dia kata, pasal apa kerajaan tak giatkan perusahaan pertanian. Tanah Malaysian berlonggok-longgok lagi. Kalau negara berperang (dia teringat zaman Jepun) atau ekonomi merudum, hampa pi mengkedarah bangunan tinggi tu. Nampak gaya dah nak jadi sungguh!

  9. bajet ini banyak kumudahan diberikan kepada rakyat kata pemimpin.ini sebenarnya gula-gula akibat kekuatan yang ada pada pembangkang. dulu jeritlah sekuat hati mampos tak layan.sekarang baru nak tunjuk bibir merah......

  10. aku tak kisah budjet apa yg kau bagi najiss,asalkan kau tak susahkan kami rakyat,nak buat saman sanasini/interest sanasini, kau arah sibacul pencacai dlm jabatan2 kau jgn siksa rakyat demi nak bayar hutang negara,kalau kau perah juga rakyat akan perah undi pru13 ke pembangkang,senang itu saja kalau nak panjang kuasa bawalah sehingga kedalam kubur pun rakyat tak kisahpun...

  11. PAS ni orang buat apa pun tak betul...cabuk punya orang..kopi hangat roti kapai..nyok tinggi tak sampai..nyok rendah makan tupai..susah otak beku macam hang pa

  12. Al-kahfi...

    Lama tak nampak..merajuk dengan pak bakaq ke...ha ha ha..

    Tapi aku setuju bebenor dengan Pak Bakaq pasai Menara 100 tingkat tu...kenapa nak buat menara tingi-tingi..belanja 5 Bilion. Apa kata Najib bagi 1 bilion setahun selama 5 tahun kat MARA untuk bagi pendidikan kepada anak Pribumi kan baguih..tak pun tambah tabung

    Lagi satu Al-kah-kah-kah-fi...hang tak tenggok ka berapa banyak bangunan kosong tak di sewa..ini Najib, sah takdak buat Homework ..lepas tu seronok nak buat bangunan 100 tingkat..kalau nak suruh pelancong datang ..KLCC kan ada..Menara KL pun ada..yang Bangunan Warisan Merdeka buat apa..tu Bangunan Sultan Abdul Samad kan ada..tu dia bangunan Warisan Merdeka..ha ha ha

  13. Rimas2 pak bakaq,aku nak tukaq si najip ni jadi tuwkeq teloq ni a sesuai bik p sekoh2 WM100 tngke tu,gelojoh baik bagi bonos kaktangan biao buat belanja dlm nogeri kite ekonome cergas cerah aku tunpanq sekaki raih untung jual teloq,Kak RM belanje beli seluar dalem trojen rambut pesu p jeget2...

  14. alkahfi,,mana abuarif aah

  15. Bagi Mara 10 billion pun tahap pencapaian tak memberangsankan langsung, tengok MRSM yang dapat 9A1 pun tak sampai 1%, Aked MARA bagi peniaga pun tak boleh berniaga sewa tak boleh nak bayar akhirnya jadi gajah putih. Yang lain-lain itu abuk pun taada, patut dikurangkan lagi peruntukan. Pi mai pi mai tang tu duit depa sapu.

  16. Menara Warisan adalah projek pelaburan oleh PNB bagi meningkatkan pulangan kepada pelaburan oleh para pemegang unit-unit amanahnya. Tak pakai duit kerajaan satu sen pun. Jangan jadi saudagar mimpi yang memperdagangkan dongeng dimana wang disimpan didalam selimut.

  17. Dari segi kesihatan, hubungan seks melalui anus ini memang berisiko tinggi untuk menyebarkan penyakit seperti AIDS, Siflis dan lainnya kerana anus mempunyai kadar cecair yang tinggi. Oleh kerana seluar dan baju dalam telah diberikan pelapasan cukai, KONDOM patut juga diberikan perlepasan cukai.

  18. kita akan lihat melayu muslim (tak blh sebut melayu jer,nnt ada yg tdk bangga jd melayu) akan merana di bumi sendiri akibat dari keghairahan politikus-politikus yg nak jaga periuk nasi masing2, tak kira la UMNO,PAS@PKR yg ada org melayu muslim....kita tunggu dan lihat serta rasa keperitannya nnti....

  19. Biarkanlah dia nak buat. Anda kena tau, setiap firaun ada piramidnya untuk anak cucu tengok. Nanti anak cucu tau juga jenis apa pemimpin yang buat tugu tu. Anak cucu selalu ingat tapi ingatan yang disertakan doa laknat macam terkena kepada firaun sampai hari kiamat. Nanti di mahsyar, depa duduk sama-sama saf firaun. Maka masuklah depa ke neraka bersama-sama pengikutnya.Oleh itu, di dunia lagi jangan ambil mudah dalam soal menyokong pemimpin. Tengok dulu jenis apa pemimpin tu kerana Allah SWT beri kita akal.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008