Sedap!! Klik gambar di atas!

PR dah sedia hadapi pilihan raya umum?

Berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13" melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.

Ramai yang tak terkejut. Dan selepas ini, saya rasa ramai juga yang tak terkejut jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan beberapa projek gila seperti Warisan Merdeka yang saya rasa akan jadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia - sama seperti kerajaan menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kesekian kalinya sebelum ini.

Selepas itu, dalam gendang pilihan raya mereka, pak yet-pak yet Najib dan Umno akan menyalak sampai terkeluar anak rengkung dan mendakwa "inilah kerajaan yang pro-rakyat".

Bila Umno dan Barisan Nasional (BN) menang lagi pilihan raya dan terus memerintah, GST pun akan dihempuk atas kepala kita, subsidi akan direntap dengan lebih bengis, harga barang akan mengamuk sakan, tugu-tugu rasuah mencanak-canak naik untuk dijadikan pusat-pusat penternakan jin dan tambahlah sendiri apa lagi agenda mereka untuk menyembelih rakyat.

Memang, dalam menghadapi pilihan raya, saya tidak nampak walau satu parti pun yang tidak berpenyakit dalam negara ini. Semua parti ada penyakit masing-masing. Tetapi, saya yakin rakyat yang waras dan berakal tidak akan pilih parti yang sah-sah tidak boleh diubati lagi, iaitu Umno dan BN.

Masalahnya, saya melihat apa yang orang dakwa pernah berlaku di Terengganu dulu sedang berulang semula kini kepada hampir semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara. Di Terengganu, orang mendakwa kemenangan 1999 menyebabkan orang-orang PAS kelihatan begitu asyik maksyuk dan tak habis-habis menikmati bulan madu hinggalah ke tahun 2004. Akhirnya, bila penyakit gila Pak Lah melanda rakyat Malaysia, PAS dihambat dari kekuasaan oleh undi rakyat Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Memang boleh menjerit-jerit fasal pengundi hantu dan apa saja yang mahu dijeritkan. Yang tak boleh diubah lagi ialah hakikat bahawa PAS kalah di Terengganu dan sesetengah pihak mendakwa perkara itu berlaku kerana orang-orang PAS Terengganu ber"honey moon" tak habis-habis sampai 2004. Tak perlu diceritakan tentang dakwaan imej "gong" para pemimpin PAS di Terengganu. Tidak semestinya dakwaan-dakwaan itu benar, tetapi ia tetap berlegar-legar hingga kini dan kenyataan yang ada di hadapan kita ialah PAS kalah di Terengganu.

Ambil satu contoh sikap honey moon tak habis orang-orang PR kini - kesemua parti kecuali DAP tidak memperlihatkan kesungguhan mendaftarkan pengundi-pengundi baru (dalam PAS, saya dengar hanya satu negeri yang bersungguh-sungguh buat kerja tu). Umno dok pulun sakan.

Selain itu, ketika Umno berjaya memperdayakan orang-orang Melayu dengan perkauman sempit Melayu, sehingga kini kita tak dengar PR tampil dengan battle cry yang memikat imaginasi rakyat (capture the rakyat's imagination). Bila ada battle cry, ia bukan sahaja boleh membangkitkan rakyat malah boleh membentuk pemikiran mereka. Lihat saja kesan yang dibawa oleh tema Muktamar PAS 1984 "Menggempur Pemikiran 'Asabiyyah". Sampai ke hari ini tetap terasa kesannya.

Dalam menghadapi pilihan raya, kalau pun hendak dianggap ada slogan PAS yang paling memikat ialah apa yang kita lihat dan gunakan dalam tahun 1999 - "Dulu Umno sekarang PAS". Itu pun bukan strategis PAS yang reka. Hamdan Syarikat An-Nahli yang reka slogan itu untuk sticker yang dikeluarkannya. Lepas itu, bukan sahaja peniaga-peniaga lain tiru slogan itu, pemimpin PAS pun tiru dan boleh diangap jadi battle cry.

Tahun 2008, PR menang di banyak tempat bukan kerana depa bagus sangat atau kerana rakyat suka sangat kat depa. Depa menang kerana kami, rakyat, benci sangat-sangat kat Umno dan BN. Masalahnya, sampai bila PR nak bergantung nasib kepada kebencian kami terhadap Umno dan BN semata-mata?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Hanya satu saja Pintu keluar UNTUK Rakyat selamat kan Diri ia itu Pintu Kecemasan.Pintu cecemasan itu hanyalah terus membenci UMNO/BN.Dan yang cipta pintu kecemasan itu pun UMNO/BN yang buat juga .Budjet baru ni betul betul pintu kecemasan untuk Rakyak meyelamatkan diri dari terus di zalimi UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.Macam Bas dah terbabas dalam gaung..Penumpang tak cedera tapi tangki minyak Bas dah bocor nak meletup.maka penumpang kena selamatkan diri nampaknya sama ada suka atau tidak.Bila dah selamatkan nanti dapat lah naik bas baru..kita fikir kemudianlah..sebab kita kena tegok pulak driber bas baru tu sama ada pandai memandu ketidak .Kalau driver nya masih lesen P boleh kita sabar lagi.Tapi kalau Drivernya mabok kita kena naik kereta api lah.Selamat sikit kot.Pokoknya Rakyat terselamat dari Bala UMNO/BN.

  2. Ini lah nasib yang timpa pada Rakyat jelata.Entah lah sama ada disebabkan kita semakin jauh dengan Islam atau kita dan ahli politik yang sedia ada telah mengikut cara syatan.Ramai ahli Politik terlalu bermain politik antara mereka sehingga lupa tanggong jawap mereka pada rakyat.Ahli politik patut sedar tugas mereka adalah mencari jalan terbaik bagi membina satu masyarakat yang adil dan sejahtera.Tugas wakil Rakyat bawa masalah Rakyat ke parlimen atau ADUn untuk selesaikan .Tapi sejauh mana perkara ini diberi perhatian yang serious oleh ahli politik dalam melaksanakan tanggong jawap tersebut..Bukannya memeningkan lagi kepala rakyat akibat percaturan politik dalam parti atau antara parti.Ini lah akibat demokrasi yang di wajibkan oleh penjajah sebelum di beri kemerdekaan kepada Malaysia.Nama saja merdeka tapi minda seolah olah tak merdeka.Rakyat di beban dengan Piliharaya dari masa kesemasa.PRU 4-5 tahun sekali mankala PRK kerap juga disana sini akibat kematian,letak jawatan Belanjanya bukan sikit yang di keluarkan dari kocek rakyat.Habis saja PRU datang pula Pemilihan parti dalam parti politik.Maka berpolitik lagi lah rakyat ahli politik dan rakyat.Kalau sebuah negara asik dok berpolitik tak sudah sudah sampai kiamat pun tak selesai macam ni.Rakyat sekian hari semakin susah nak cari sesuap nasi pun semakin hari semakin perit.Hidup rakyat semakin hari semakin tertekan.Masalah sosial,jenayah ,rasuah dan berbagai bagai lagi penyakit masyarakat semakin bertambah.Nampaknya lain yang rakyat harapkan dari ahli Politik lainpula yang rakyat dapat.Harta rakyat semakin megecut perompak politik semakin bertambah.Pemimpin yang berkuasa semakin menzalimi rakyat...apa nak jadi dengan Malaysia.

  3. betoi.. kami undi bukan kerana kami suka sangat kat PR tapi meluat sunggoh kat umno.. harap harap kalau PR menang jangan dok tiru perangai umno melantak hasil negara sorang sorang... tak kira PAS ,PKR atau DAP..

  4. nampak gayanya PR tak akan menang PRU 13..seburuk mana pun BN dah jadi nampak depa jauh lebih baik dari PR..celaru sana sini dan nampak gila kuasa dan sibuk mentekedarah kroni pun banyak juga..certa buruk PR dah jadi lebih dari cerita buruk BN..ntah la den pun tak tahu..

  5. memang politician PR mangkuk dan lembab , senang je nak kalahkan BN dan UMNogok ni
    tapi pimpinan PR lowclass lembab dan mangkuk , ada ckit je baguih dari Umgok
    dan aku dan engkau pun mangkuk lembab gak pak bakaq
    hari hari bincang personal politician baik PR azmin ka pak yet tu ni ka
    atau personal politician umgok mamat yang kununnya ada penumbuk nak bagi ...
    letih , mual ... blabla ... selamat mengjahanam semua ...............

  6. Ha ha ha..

    Ainon 21:00am..aku tak ampak bagusnya BN ni...yang aku nampak PKR aje yang dok bercelaru..tetapi kalau BN..dari Gerakan, MIC, MCA dan UMNO semuanya bercelaru..budget mereka budget haru biru...Kenapa hang masihkata BN jauh lagi baik dari PR...hang orang AMENO KOT ..ha ha ha.

  7. anom 4

    "certa buruk PR dah jadi lebih dari cerita buruk BN..ntah la den pun tak tahu."

    Cuba bagitau kat kami apa cerita buruk tuu !!!! Ada ke orang PR bunuh orang ? Ada ke orang PR roswah ?

  8. kat kawasan aku dah tak de pilihan lagi dah...tong taik UBN dah penuh melimpah limpah atas kepala rakyat jelata.

    UBN mesti kena buang kat lautan hindi atau laut cina selatan.

  9. Ramalan Nujum Pak belalang====

    Ada kemungkinan besar PAS kalah teruk PRU akan datang, kerusi DAP pula meningkat sementara PKR kemungkinan besar kalah semua kerusi. Sebabnya ialah rakyat dah sedar Pakatan Rakyat sebenarnya bukanlah hebat sangat. Kuil kat Shah Alam pun tak boleh selesai, apatah lagi di Pulau Pinang jadi kuda tunggangan DAP . Di Perak, PAS jadi pepatung .Bagaimana orang Melayu nak sokong Pakatan Rakyat?

  10. anon 6:32 ni bangang ke apa... yg UMNO dok perintah selama ini kes kuil kat shah alam tu pun tak leh nak settle...Selama ini Gerakan kat Penang tu ketua menterinya sapa ek....bukan ke cina kalau bodoh jgn la tunjuk kat org lain, simpan je kebodohan kamu itu untuk di warisi anak cucu kamu nnt...itu pun kalau dorang nak...Tak payah la nak negak kat benang basah...kalau PR tak hebat...emmm dlm tak hebat tu la BN hampir tersungkur...kena pulak dpt PM jenis makan malam nasik kangkang bini berlaukkan badak masak kicap....tulur sudah kena ramas....Rosmah ni sape ek.....menteri kementerian mana ek...pegi mampus la UMNO, jgn nak belagak, dah jadi resmi kehidupan, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah..so, jgn takbur. Ni kononnya nak takutkan melayu la ye, DAP akan perintah Malaysia...apa ke bodohnya matematik ko ni...kalau bodoh jgn tunjuk kat org lain, simpan je untuk di warisi oleh anak cucu ko....Org UMNO ni, mmg ketinggalan 20 tahun kebelakang...

  11. ha ha ha..

    aku separuh setuju denga ainon 9...

    Inilah modal UMNO untuk mengalahkan PAS, mula-mula isu Kepala Lembu, Tambah isu duit RM 100 kat Pulau Pinang dan last sekali Tanah bagi kat Sekolah Cina kat Perak..jadi Orang-Orang PAS perlau ada counter strategi untuk overcome this issue...Isu ini guarenti di mainkan diFelda-felda dan kampung-kampung tradisional melayu iaitu Bank Hayat UMNO...ha ha ha..so bersedia untuk mengempur...

  12. Pada pendapat saya, UMNO dan BN akan tetap memerintah negara. Parti politik yang lain tidak mampu untuk memerintah negara kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa sebagai manusia tidak ada sesiapapun yang sempurna dan mempunyai sifat-sifat duniawi.Mereka juga bersifat idealistik. Tetapi UMNO dan BN bersifat realistik. UMNO dan BN tidak menyokong idea kebebasan tanpa batas seperti mana para parti politik yang lain.Pihak yang tidak menyukai UMNO dan BN adalah kerana mereka kecewa kerana mereka tidak mendapat peluang seperti mana pihak-pihak yang mendapat peluang.Ini bukan kesalahan UMNO dan BN tetapi ahli-ahlinya yang mempunyai sifat berkehendakkan kepada duniawi. Sifat ini adalah sifat yang ada pada setiap insan. Ada sesiapa yang hendak rugi? Pemimpin-pemimpin parti politik selain UMNO dan BN yang hendak menjadi pemerintah ini bukankah juga manusia yang mempunyai sifat yang berkehendakkan kepada duniawi. Maka saya nyatakan disini bahawa jangan pula kita yang berdosa dengan menggunakan bahasa kasar dan provokatif hanya kerana kita taksub kepada pemimpin kita. Ingatlah dosa kita tidak akan ditanggung oleh pihak lain.Sebesar zarah kebaikan yang kita buat, pahalanya juga sebesar zarah tersebut dijanjikan.Adalah dinasihatkan agar kita tidak berpandukan emosi yang senang sekali dimanipulasi oleh pihak-pihak lain tetapi berpandukan sejarah, ilmu, fakta dan pemikiran yang tenang. Wasallam..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008