Sedap!! Klik gambar di atas!

PKR dan politik cap ayam (2)

Bagai dijangka, Azmin Ali pun menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari segi demokrasi, Azmin mempunyai hak yang tak boleh dipertikaikan untuk menawarkan dirinya. Dan, saya juga mempunyai hak dari segi demokrasi untuk merasa bimbang dan kecewa.

Memang, saya bukan ahli PKR. Orang boleh kata, saya sepatutnya tidak masuk campur urusan rumah tangga parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Kalau menggunakan cara berhujah seperti itu, orang juga boleh kata saya tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga PAS, Umno, DAP, mana-mana parti sekalipun. Memang, selalu saya ditempelak secara bergurau oleh orang-orang PAS termasuk beberapa pemimpinnya, "hang tok sah dok cakap banyaklah, bakaq. Hang tu bukannya ahli PAS pun".

Dari satu satu segi, memang betul saya tak patut masuk campur urusan rumah tangga mana-mana parti pun sebab saya tak jadi ahli mana-mana parti pun.

Tetapi, semua parti politik menawarkan diri untuk menjadi pemerintah negara ini, sama ada di dalam satu barisan atau di dalam satu pakatan. Bila depa jadi pemerintah, apa jua yang berlaku dalam parti-parti itu akhirnya akan terkena kepala kami, rakyat. Selain itu, mereka juga mencorakkan iklim politik negara ini. Apa jua iklim yang mereka corakkan, kesannya bukan takat kena kat depa ja. Kami, rakyat, pun akan kena juga.

Sebab itulah, sebagai rakyat, saya tulis tentang buruk kelaku semua parti. Bukan setakat saya dan keluarga saya kini, keturunan saya pun akan tinggal di negara ini. Takkan nak buat perangai lembu kenyang, buat tak tau ja bila ahli politik buat kelaku. Sedangkan buruk kelaku depa akan memberi kesan langsung kepada negara ini. Ah, lembu kenyang pun mengibas-ngibaskan ekornya menghalau lalat dan langau.

Dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Khalid, Nurul pull out of PKR's No 2 race", Azmin dipetik berkata:
I will work with honour and responsibility to until we reach Putrajaya.
Masya Allah! Bagi saya, reaching Putrajaya with Azmin is definitely the rakyat's nightmare.

Saya masih berkongsi pandangan dengan seorang aktivis Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan "Baik orang PKR pakar-pakat bagi jawatan tu kat (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo ja!" daripada memilih Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR.

Awat hang tak suka sangat Azmin tu, bakaq? Tak perlulah saya jadi histeria bantai Azmin. Cukuplah saya kata bahawa antara yang saya tidak puas hati ialah kelakunya yang berlagak bagak macam depalah bos besar sehingga melemparkan perkataan "jangan kurang ajar" kepada beberapa pemimpin PAS. Ketika beberapa pemimpin PAS berbeza pendirian dan menyatakan pandangan dan pendirian berbeza mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka disergah dengan kata-kata "jangan kurang ajar". Untuk mengetahui latar belakangnya, sila baca surat saya kepada Malaysiakini (18/7/06) "Apa hak Anwar marah pemimpin PAS?"

Kalau kawan-kawan yang boleh kita kata dalam satu rank pun (walaupun berlainan parti) dia boleh berlagak bagak lagu tu, apa jaminan dia boleh menyantuni kutu-kutu cikai macam aku ni?! Nanti sat, aku bukan suruh orang hormat kutu macam aku ni. Aku pun tak gila nak suruh orang buat lagu tu. But, please dont tell me to absorb such a pompous display of character.

Habis, hang sokong sapa, bakaq? Sambil tidak melupakan bahawa saya bukan ahli PKR dan tak boleh mengundi pun, demi mencari yang boleh diharapkan sikit untuk kepentingan anak cucu saya dan generasi akan datang negara ini, saya dah nyatakan siapa saya sokong dalam posting bertajuk "PKR dan politik cap ayam". Malangnya, intense horse-trading sudahpun berlaku.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kadang kala aku serba salah juga Mr Bakaq.Kalau PR tak pukul habis dalam PRU 12 ni BN teru menang maka kezaliman akan di teruskan rakyat akan jadi mangsa penindasan akan lebih terok lagi dalam semua hal.Tapi kalau PR ambik alih takut yang naik tu samseng samseng.Kalau dia samseng kat UMNO tak apalah tapi dengan kawan pun samseng apa cerita.Akhir sekali rakyat akan merana juga.Tu lah kalau Ikut syle Iran lagi baguh Patuh pada Iman saja.Tak gaduh nak bekelahi kata Imam muktamad.Aku rasa yang layak jadi Iman buat masa ni Nik Aziz saja kat Malaysia dan semua kaum suka kat dia.Macammana kalau kita lantik dia jadi PM Timbalan PM Lim Guan Eng.Not bad juga Lim guan Eng ni kalau dia masuk Islam fuhh lagi bagus.sekarang ni pun Lim guan Eng lebih baik dari Azizan.Pemimpin PAS pun satu asik bercangah pendapat saja rakyat jadi keliru silap hari bulan jadi sasau dengan politik Malaysiani.Umpama sebuah bangunan dah nak runtuh tapi yang tukang peruntuh tu dok tunggu dan begaduh nak angkut segala macam khazanah dari runtuhan tu...

  2. Azmin Ali, ya robbi orang paling benci kat pas dari dalam umno dulu sampai la ni, tak percaya tanya SAifuddin NAsution, BADWI PAS

  3. Ha ha ha.Ainon-ainon semua ..

    Untuk Azmin ke Putrajaya .. dia kena tunggang PAS dan DAP???? Yang gangster cuma banyak dalam PKR..jadi masih ada PAS dan DAP sebagai agen Penimbal..dan perlu diingat ..kalau PR dapat menawan Putrajaya..BN masih ujud sebagai pembangkang..jadi tak payahler kita takut...cuma ..MEMANG PKR ITU PARTI CAP AYAM..ha ha ha..tapi Sardin Cap Ayam kira sedap gak ..ha ha ha.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008