Anda penyokong Pakatan Rakyat (PR)? Anda down hari ini? Anda nak rasa seronok seperti lembu di sebelah tu? Anda nak melompat-lompat kegembiraan? Baca posting terbaru Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Melayu pun boleh bersetuju untuk tidak bersetuju". Anda boleh bergembira sakan sampai berguling-guling depan anak bini apabila dia kata:
Saya tak nak. Saya masih nak menghentam dan membedal para pemimpin PAS supaya bersungguh-sungguh meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa dengan menukar kerajaan. Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan Haji Mohammad Nizar Jamaludin ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dahulu.
Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa akhlaq Islam mereka bukan setakat pakai kopiah putih, menutup aurat, tak main judi, tak berzina, tak minum arak, tak menganga depan konsert Adam Lambert (depan konsert Mawi pun tak manis tok lebai menganga), tak hisap rokok dan jenis-jenis yang lagu tu. Tetapi, akhlaq Islam mereka juga memberi keutamaan tertinggi kepada tidak sesah rasuah, tidak melantak balak, tidak menjadi kuli kroni, tidak berlagak bagak, tidak menyebat harta rakyat terbanyak untuk kepentingan parti (kononnya parti pun orang ramai juga), tak buat claim palsu dan lain-lain buruk kelaku - ringkasnya sentiasa berusaha untuk menjauhkan diri dari sebarang kemungkaran politik dan ekonomi serta berpegang kepada pendirian bahawa itulah tuntutan utama akhlaq Islam.
Saya juga ingin berusaha setakat termampu supaya orang-orang Melayu sentiasa bersedia menukar-nukar kerajaan. Saya tidak suruh depa jadi pak yet PAS, PKR atau DAP. Yang saya maksudkan ialah tukar-tukar kerajaan seperti yang dibuat oleh orang-orang Amerika atau England dan rakyat negara-negara lain yang terbukti lebih berakal mahal.
Saya ingin berusaha meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa. Saya bukan Allah s.w.t. yang boleh menjamin. Tetapi insya Allah, Melayu tak akan rugi apa-apa. Insya Allah tahqiqan (confirm) bukan insya Allah ta'liqan (tak confirm). Ada yang boleh ditulis untuk tatapan umum. Ada yang terpaksa cakap mulut ja. Tetapi yang pasti, orang-orang Melayu tidak akan rugi apa-apa jika Umno Barisan Nasional (BN) dihambat dari tampuk kekuasaan.
Saya nak lihat berlakunya apa yang saya tak yakin akan dibuat atau mahu dibuat oleh Umno. Pagi tadi, bila membaca tulisan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar bertajuk "Adversarial system: Blessing or blight?" (The Star hari ini), saya tertarik dengan frasa-frasa berikut:
Langkah pertama dalam kristalisasi amalan demokrasi orang-orang Melayu ialah menghambat Umno dulu. Bila Umno sudah tiada di puncak kuasa, orang-orang Melayu mestilah dipujuk supaya tidak menjadi pak yet kepada mana-mana parti, tidak kira parti pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalaulah, dengan izin dan pertolongan Allah, Umno sudah tiada di puncak kuasa, kerja saya tetap tidak berubah, iaitu menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana parti yang mengambil alih kuasa. Saya memohon sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar saya tidak menyelanak-menyelanak seperti anjing lapar jika kawan-kawan saya di dalam PR ditaqdirkan Allah mengambil alih tampuk kuasa. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar saya tak menyetan di sekeliling mereka yang berkuasa untuk menagih kesenangan dan kekayaan. Saya tak boleh cakap besar. Tetapi, saya merayu sungguh-sungguh kepada satu-satunya pergantungan harapan saya, Allah yang kita kasihi.
Saya merayu sungguh-sungguh agar Allah tetapkan pendirian saya yang hanya berminat nak jadi blogger yang menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk PAS. Peduli apa kalau saya dikafir dan diyahudikan oleh puak-puak 'asabiyyah yang hakikatnya adalah penagih-penagih candu masyarakat bernama thiqah dan wala'.
Saya dah pun jenuh dikafir dan diyahudikan oleh mereka.
Tanpa kerlipan mata pun, sabahat saya menyatakan Umno akan kalah. Umno akan hanya dapat Perlis, Johor, Melaka dan Pahang. Umno dan BN akan hilang banyak kerusi parlimen.Siapa sahabat Ariff itu? Ni dia:
Dia mempunyai banyak cerita dan maklumat yang menarik. Banyak pula telahan politiknya yang tepat. Tahun 2008, dia telah memberitahu Daim Zainudin bahawa BN akan kalah teruk dalam 4 buah negeri. Telahan itu jadi betul.Wow! Bukan calang-calang orang sahabat Ariff tu. Tu dia! Anda boleh bergencok ronggeng penuh gumbira.
Saya tak nak. Saya masih nak menghentam dan membedal para pemimpin PAS supaya bersungguh-sungguh meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa dengan menukar kerajaan. Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan Haji Mohammad Nizar Jamaludin ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dahulu.
Saya mahu para pemimpin PAS meyakinkan orang-orang Melayu bahawa akhlaq Islam mereka bukan setakat pakai kopiah putih, menutup aurat, tak main judi, tak berzina, tak minum arak, tak menganga depan konsert Adam Lambert (depan konsert Mawi pun tak manis tok lebai menganga), tak hisap rokok dan jenis-jenis yang lagu tu. Tetapi, akhlaq Islam mereka juga memberi keutamaan tertinggi kepada tidak sesah rasuah, tidak melantak balak, tidak menjadi kuli kroni, tidak berlagak bagak, tidak menyebat harta rakyat terbanyak untuk kepentingan parti (kononnya parti pun orang ramai juga), tak buat claim palsu dan lain-lain buruk kelaku - ringkasnya sentiasa berusaha untuk menjauhkan diri dari sebarang kemungkaran politik dan ekonomi serta berpegang kepada pendirian bahawa itulah tuntutan utama akhlaq Islam.
Saya juga ingin berusaha setakat termampu supaya orang-orang Melayu sentiasa bersedia menukar-nukar kerajaan. Saya tidak suruh depa jadi pak yet PAS, PKR atau DAP. Yang saya maksudkan ialah tukar-tukar kerajaan seperti yang dibuat oleh orang-orang Amerika atau England dan rakyat negara-negara lain yang terbukti lebih berakal mahal.
Saya ingin berusaha meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa. Saya bukan Allah s.w.t. yang boleh menjamin. Tetapi insya Allah, Melayu tak akan rugi apa-apa. Insya Allah tahqiqan (confirm) bukan insya Allah ta'liqan (tak confirm). Ada yang boleh ditulis untuk tatapan umum. Ada yang terpaksa cakap mulut ja. Tetapi yang pasti, orang-orang Melayu tidak akan rugi apa-apa jika Umno Barisan Nasional (BN) dihambat dari tampuk kekuasaan.
Saya nak lihat berlakunya apa yang saya tak yakin akan dibuat atau mahu dibuat oleh Umno. Pagi tadi, bila membaca tulisan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar bertajuk "Adversarial system: Blessing or blight?" (The Star hari ini), saya tertarik dengan frasa-frasa berikut:
"I admire the British aristocracy because it provides a focus for social stability. I admire its system of diplomacy because it has refined the art of persuasion to near perfection. And I admire the British system of justice because the independence and incorruptibility of its judges is the surest guarantee of true democracy".Saya yakin teramat yakin, apa yang terkandung dalam frasa-frasa di atas tidak diminati, tidak dikehendaki malah ditentang oleh para pemimpin Umno dulu, kini dan cukuplah setakat ini!
Langkah pertama dalam kristalisasi amalan demokrasi orang-orang Melayu ialah menghambat Umno dulu. Bila Umno sudah tiada di puncak kuasa, orang-orang Melayu mestilah dipujuk supaya tidak menjadi pak yet kepada mana-mana parti, tidak kira parti pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalaulah, dengan izin dan pertolongan Allah, Umno sudah tiada di puncak kuasa, kerja saya tetap tidak berubah, iaitu menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana parti yang mengambil alih kuasa. Saya memohon sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar saya tidak menyelanak-menyelanak seperti anjing lapar jika kawan-kawan saya di dalam PR ditaqdirkan Allah mengambil alih tampuk kuasa. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar saya tak menyetan di sekeliling mereka yang berkuasa untuk menagih kesenangan dan kekayaan. Saya tak boleh cakap besar. Tetapi, saya merayu sungguh-sungguh kepada satu-satunya pergantungan harapan saya, Allah yang kita kasihi.
Saya merayu sungguh-sungguh agar Allah tetapkan pendirian saya yang hanya berminat nak jadi blogger yang menentang apa yang saja yang tidak betul yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk PAS. Peduli apa kalau saya dikafir dan diyahudikan oleh puak-puak 'asabiyyah yang hakikatnya adalah penagih-penagih candu masyarakat bernama thiqah dan wala'.
Saya dah pun jenuh dikafir dan diyahudikan oleh mereka.










Cantik? Klik 






Pak Bakaq.... jangan mimpi disiang hari! dengan pemimpin PAS.sapa peduli dengan itu pak bakaq, biar lah dia menyalak bukit,dia bukan boleh bagi 1 undi pun kepada pemimpin PAS,apalagi PAS kelantan....apalagi Tok Guru. Sambil itu pemimpin PAS ni akan kaut apasaja yg boleh dapat,lepas ni tak jadi apa pun, dah kaya! Pak Bakaq? biar lah dia hanyut dalam dunia cybernya..... itulah kata 'pemimpin PAS'yg seperti Pak Bakaq katakan dalam posting kali ini... kesian kat hang Pak Bakaq no.....
Doa untuk keluarga tak de ke bang.
Hang ni semua benda hang baca, aku ingat boleh kalah orang ada PhD sekalipun. Inilah orang kata intelektual sebenar. Apa kata kalau hang panjangkan sikit tulisan2 hang kemudian himpun dan jadikan satu buku yang koheren, aku gerenti meletup dan banyak manfaat kepada umum. Cuma satu je Bakaq, buat buku ni tak leh buat duit, heh heh.
am with u all along then.
Aku pun sama pak bakaq aku harap sangat sangat lah PAS gantikan PJ Kedah tu dengan orang lain.Rupa rupanya Azizan ni dia pun tahu Orang Pas ni keluar mengundi kerana Akidah...sebab telah di tanam sekian lama oleh Ulamak Pas.Tambah lagi Ahli pAS kena bersangka Baik,Walak dan Tiqah .Jadi MB kedah ni yakin habis PAS akan Menang walau pun dia penaik apa pun atau tak laksana apa satu Menifesto pilihanraya yang lepas PAS tetap akan menang dan Dia tetap jadi MB selagi dia dok bernafas.Kesempatan nilah yang dia ambil tak kisah lagi aklak dia macam mana malah tak sembahyang pun Ahli PAS tak kisah maki Ahli jerekah ahli,Hina Ulamak,pun Ahli Pas kedah tak Kesah Kelab Veteran pun dia kata Budak Nakal.Dia dah tak sedak diri yang dok usong dia dulu untuk ceramah kesana sini tulah puak puak Veteran.Yang bawak bini dia pi Kelinik untuk berubat kecerderaan setelah di pukul dan terajang oleh lelaki yang bernama Azizan Razak dan sekarang MB itu lah puak VVeteran .Puak yang halang bini dia dari membuat keyataan akbar untuk mendedahkan perihal Azizan waktu musim pilihanraya dua penggal yang lepas tu lah puak Veteran.Ni lah hasil bersangaka baik dan Walak pada PAS hingga yang bersangka baik akan terus walak pada beliau bukan lagi pada PAS...Pasai PAS pusat yang lantik dia.Hang tegok lah lepas ni yang akan dicantas ADUN yang tak meyebelahi dia atau yang tahu kesah hidup dia atau yang tahu kelemahan dia dia akan cantas.Begitu juga ADUN yang sedia ada punya la takut waktu DEMO baru ni sebab nanti kalau sokong puak veteran yang mempersolakan pentabiran AZIZAN akan tidak tersenarai sebagai calon.Sebelum ni kot belakang depa dok kata macam macam bila kita suruh besemuka dengan Azizan depa takut kena jerkah dan kena cantas jawatan.Maka bangkit lah puak Veteran.Ni lah masalahnya.Aku suka PAS menang lagi di KEDAH tapi aku takut Rakyat terus di tipu AZIZAN RAZAK dan PAS kedah terus pecah . ADUN dan YDP atau AJK kawasan yang lain pun sama sebab dah dapat habuan jawatan itu dan ini dalam kerajaan mereka sedang mimpin dengan habuan.Sebenar nya KEDAH ni dalam tawanan Azizan bukan di kuasai PAS.AZIZAN Rule!!!!!.Ahli bawah tak tahu apa asik walak walak walak dan tuduh yang mana Demo hari tu penderhaka.Mereka yang baru dalam Pas lagi terok asal pAS menang saja itu matlamat mereka perentah macam mana pun depa tak kesah lagi.Nak buat macam mana ni Pak Bakaq.Ramai Ahli Pas terlebih Tarbiah atau tak faham Isi Perjuang Islam yang sebenarnya atau dah kenana penyakit ahli UMNO sokong buta tuli
Untuk pengetahuan semua Puak Veteran yang berdemo hari tu lah yang bertanggong jawap memjemput Azizan kedalam PAS semasa dia jagi pensyarah.Tapi dia tak mahu kerana nati terlepas dari dapat pencen.Tapi selepas pencen pensyarah dan di tawarkan kerus paling selamat dalam Kedah untuk bertanding PRU baru dia sudi.Peragai peribadi dan aklaknya sebelum itu mana lah puak Veteran itu tahu.Maklum lah masa itu masih lagi ada Almarhom Ustaz Fadzil Nor.Veteran PAS ketua kawasan korbankan jawatan mereka meletakjawatan dan beri laluan pada Azizan sebagai YDP.Maka jadi lah ADUN dalam PRU dua penggal turut turut.Bila pRU 12 PAS dapat kuasa Azizan terus istihar dia MB sebelum PUSAT buat keputusan..tapi tak pa lah cuma tak sangka sangka bila jadi MB dia terus dengan peragai demikian tak berubah langsung peragainya.Veteran PAS rasa bersalah dalam hal ini amat memalukan Rakyat..Apa yang di laaungakan selama ini termasuk menjaga kebajikan sekolah ugama langsong tidak di perduli menifesto dah jadi janji palsu. Sebab itu atas dasar perinsip Islam Veteran ambil keputusan untuk buat DEMO .Tegok lah apa dia kata Budak Nakal.Tapi tak apa kita tunggu dan lihat siap yang nakal allah bersama orang yang benar.Terpulang pada PUSAT kalau PAS pusat Degil juga terpaksa lah muktamar yang akan datang kita akan langgar PAS pusat pula dengan memilih pimpinan yang lebih progresif.
yes ... pilihlah pemimpin yang progresif pas
dan mamat pkr janganlah perasan dah jadi tokoh kalau setakat
pandai mengkritik dan melalak
dan taiko dap sampai bila mau tipu orang ....
I'm With You Pak Bakaq..that was the Third Force which RPK write about..ha ha ha..apa yang penting ..amal makruff nahi mungkar..salammmmmm
saya sokong saudara kita nantikan Umnobn terkubur sendiri.
Sokong penuh Anon 2.14am.Nampaknya PAS Pusat ni lembab dan masih punya perangai tunggu,segan dan malu-malu untuk bertindak dan menegur.Bukan kes Azizan Razak sahaja,lihat kes UG,bertimbun-timbun ahli menulis,berblog dan menegur tapi PAS Pusat buat tak indah sahaja.Begitu ramai ahli yang meluahkan perasaan dan fikiran tentang penguasaan Geng Trengganu diIbu Pejabat. Tak ada tindakan dan perubahan,seolah menyalak bukit,bukit tak akan runtuh.
Amat wajar dan perlu diMuktamar yang akan datang,perwakilan membuat perubahan,memilih pemimpin-pemimpin yang lebih cergas,danimik,berilmu dan berani.Ini penting untuk menghadapi PRU ke13.Yang dipilih wajar ikhlas berjuang,istiqomah dengan perjuangan Islam dan tiada punya "rekod" yang tercela.
ANON 5, TERIMA KASIH LAH PASAI BARU SEDAR kepincanagn pas kedah, aku seronok tengok Azizan pebodo puak pas kedah yang memang bodo dari dulu lagi,azizan pun tahu kata yusoff usin,hasan razak,sobri awang,kasim mina dan dia perkuda puak bodo ni untuk memperkukuhkan diri dia, rata2 pengikut thiqah dan walak memang bodo,dan aku nak tanya dalam pas kedah sapa yang lebih cerdik nak manage parti dan kerajaan selain azizan? semua bodo belaka la oii ano5 , hang pun baru cerdik dua tiga ari ni ja BADWI PAS
KAlau PAS rasa dia nak jadi signifikan dalam era politik selepas umno tumbang, pas kena tukar semua regim jawatan kuasa agong sekarang kepada mereka yang lebih berkebolehan termasuK presiden sekali,KEJAYAAN HANYA BAGI ORANG YANG BERANI BADWI PAS
Lagi satu cerita menarik baru belaku semalam PKR cabang Selayang.Yang lawan untuk jawatan Tim Ketua cabang Dua orang Asri dan Sabri (hard core PKR).Keputusaanya Sabri i kalah dan Asri orang baru dalam parti Menang.Ketua cabang yang menang yB william.Dia menang pun patut sebab dia masih clean politician dan Kerja kuat untuk Parti.Tak ada sikap perkauman memang layak lah jadi Ketua.Kemudian dia lantik lah si Sabri yang kalah ni masuk jadi Bendahari Cabang atas dasar menyatu padukan Parti.Yang pelik nya si Asri yang menang Tim.Ketua ni pulak tak setuju dan buat bantahan cukup aggresif hingga buat mensyurat sulit untuk protest pada Ketua nya YB Willian dan persoal kenapa lantik orang kalah dalam AJK Cabang..Perjuangan grass rot adalah untuk menaikan orang yang kuat bekerja dalam parti untuk jadi pemimpin seperti Sabri nasib nya kurang baik. Sabri ni kalah.Isunya di sini nampak sangat Tim.Ketua yang Menang nak mola cantas pesaing politiknya.Apa punya peragai huduh orang bekas UMNO khususnya si Asri ni.Belum lagi laksanakan tugas sebagai bendahari dah mola pertikaikan kerjanaya padahal si sabri dah dua penggal jadi Ahli Majlis...Asal melayu main politik misti ada dendam dan kianat sebijik macam UMNO punya peragai malu kat bangsa Asing.
betul Pak Bakaq. Jadi 3rd force. Itu lebeh baik dari dok dlm parti. Parti mana memerintah buat perangai taraf setan kita bantai. Dok dlm parti kang banyak pulak disiplin kena ikut, walaq la apa la, aku dulu makan garam la, bla bla bla....UMNO aku dah reject lama dah belum zaman reformasi lagi walau pun ayah aku org UMNO. Kat tempat aku ni, Temerloh Pahang, majoriti ngundi atas dasar peribadi calon yg bertanding. Molek perangai, buat kerja, selalu turun padang jengok org kampun insyallah menang la dia. Dan dlm kes ini, Dato Saifuddin Abdullah. Mmg majoriti kagum dengan dia sbb dia selalu blk kawasan jengok pengundi. Tapi adun Semantan dari PAS pulak, entah apa ke dia buat pun tak tau. Yg pengundi dok hangin satu badan, lepas 2 minggu menang PRU12, dia dok sibuk test drive Honda CRV baru. Apa punya mangkuk la. Aku rasa elok Dato Wahab kembali jadi calon PAS untuk kerusi parlimen lawan Dato Saifuddin Abdullah. PKR boleh tutup 'kedai' kat Temerloh, hampeh punya ketua cabang. Belajar tinggi tapi otak simpan kat dlm laci. Apa program pun takde, asyik tumpang program PAS, AMK. Buat kerja malas, jumpa pengundi pun tak nak sbb takut kena belanja minum. Kedekut hangit!. Apa... ingat org bangsat sgt ke nak duit dia. Pirahhhh!. Tapi aku masih berharap, PR menang PRU13 ni. Kat Pahang PR kalah takpe janji Putrajaya PR pegang. Buat perangai setan, kita tendang kuar!. peace