Pagi ni, masa hantaq anak, singgah sat ambik surat habaq free, The Sun. Bukan pasai aku pandai sangat baca Orang Putih. Tapi dah free, ambik la. Macam jugak ambik Malay Mail petang-petang.
Banyak-banyak yang paling menarik perhatian saya ialah liputan bertajuk "KLIFD wins confidence for Malaysia". Bukan apa, saya teringat Wall Street Selayang atau satu kawasan dekat Pasar Borong Selayang di mana bank-bank pakat-pakat buat cawangan di kawasan itu. Punya la banyak bank di lorong itu, termasuk cawangan-cawangan syarikat telekomunikasi, sampai orang panggil tempat tu Wall Street.
Walaupun Wall Street Selayang menyediakan pelbagai pilihan kemudahan perbankan, saya rasa rata-rata yang menggunakannya ialah puak-puak yang berurusan di Pasar Borong Selayang. Saya yang duduk di Gombak ni pun hampir tak pernah pi situ. Di Gombak ni pun berlambak bank.
Oi bakaq! Hang jangan nak sama KLIFD tu dengan Wall Street Selayang. KLIFD tu International Financial District.
Betui. Tapi kalau aku yang dok di Gombak ni pun tak rajin pi Wall Street Selayang, apa jaminan international players dalam bidang kewangan nak raikan sangat KLIFD? Singapura yang tidaklah beribu batu jauhnya lebih canggih, lebih established dan lebih banyak varieties perkhidmatannya. Tuduh pi la aku tak patriotik. Tapi apa cerdiknya berlawan dengan orang yang dah laju berlari kalau kita baru nak mengesot?
Nak tunggu berapa ekor kucing bertanduk baru kita boleh nak at par dengan depa?
KLIFD ni juga menyebabkan saya tertanya-tanya kenapa pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional tak perhebatkan apa yang jadi hasil utama negara. Umpamanya (ni contoh ja ni), dari pengeksport bahan mentah seperti koko, Malaysia majukan perindustrian bahan makanan. Kalau tak berani berlawan sendiri-sendiri, melabur la dalam Nestle umpamanya. Kalau pandai pujuk dan sediakan pelbagai kelebihan dan kemudahan, mana tau kot-kot gergasi pengeluar makanan tu setuju.
Tu kalau tak berani nak bersaing sendiri macam India buat Kandos umpamanya.
Laporan bulan Ogos dulu kata 40.2 peratus eksport Malaysia adalah hasil dari bidang elektrikal dan elektronik. Ada Mamat korporat cerita kat saya, bila diberitahu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi masa dia jadi Perdana Menteri dulu bahawa produk elektrikal dan elektronik membentuk lebih 40 peratus eksport Malaysia, dia bagi reaksi terperanjat. "Tu!" dia kata. Saya tak fikir Datuk Seri Najib Tun Razak pun sama juga dengan Pak Lah. bakaq pun tau, mustahil dia tak tau.
Saya ambil diri saya sendiri sebagai kayu ukur sebab saya ni kutu. Kalau saya yang kutu ni pun tau dua tiga ayat hal ekonomi kerana sejak akhir 90an dulu selalu kena buat dan terjemah berita-berita ekonomi, memang hamlau sungguh la kalau yang tahap pemimpin negara tak tau.
Kalau pemimpin negara tau Malaysia cari makan sebahagian besarnya dengan hasil bidang elektrikal dan elektronik, pernah dak depa tanya mengapa Malaysia masih lagi di tahap pengguna (user of technologies) dan bukan pengeksport? Kilang-kilang elektrikal dan elektronik kat Malaysia ni pun sebahagian besar pelabur asing punya. Kalau depa jumpak greener pastures, selamat tinggal Romeo!
Sampai bila nak berlagak macam Romeo? Bajet macam bagus sangat ala-ala Leonardo DiCaprio, duit dalam poket ada cukup-cukup tambang RapidKL ja.
Lepas tu, ada muka pulak nak heboh konon-kononnya "The Mudabala group's participation in the Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) has boosted the country's economy with the strong vote of confidence it has given to Malaysia. Its commitment to Malaysia could be a prelude for more investments from other international investors to flow into the country..."
Jebon mana yang tak nak melabur kalau bagi kat dia RM3.5 bilion? Apa masalah sangat dia nak melabur balik RM1.5 bilion kepada kompeni Mamat Malaysia yang pandai cakap Arab buat kira bicara dengan depa melalui kebolehannya sondol-menyondol dengan selebriti? (lihat Syed Akbar Ali "Peculiar Friends Of 1Malaysia Development Bhd")
Apa nak heran Mubadala membedal projek di KLIFD kalau guaranteed buyers or tenants memang sah-sah dah ada (Putrajaya yang beribu-ribu ekar pun orang tempatan boleh buat, tiba-tiba nak buat KLIFD kena panggil "mu bedal la!") Apa nak heran "mu bedal la!" berani buat KLIFD kalaupun dia tak disumbat RM5 bilion seperti yang disumbat kepada Petro Saudi - buat bangunan dah tentu ada orang nak beli atau sewa.
Orang kata Bank Negara boleh flex muscle dan paksa bank-bank yang ada di Malaysia ni pakat-pakat meriahkan KLIFD. Orang kata la. Mana aku tau. Yang saya tau, bank-bank kalau nak lantik pegawai atasan mereka macam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) umpamanya, kena dapat persetujuan Bank Negara dulu. "Bank Negara macam tuhan kepada bank-bank di Malaysia," kata seorang Mamat korporat.
Pengabisan cerita, hari-hari ada berita tipu! Hari-hari rakyat kena tipu, Melayu kena tipu! Kembang kempis la hidung Melayu kerana Sungai Besi akan hebat sakan jadi daerah kewangan antarabangsa walaupun walaupun usahawan dilatih Mara dah diciput-ciputkan kepada 6,000 orang saja pada tahun 2010 berbanding 10,100 pada tahun 2009 dan 26,947 pada 2008 manakala pelajar MRSM diciput-ciputkan kepada 9,579 orang saja pada tahun 2010 berbanding 14,611 pada tahun 2009 dan 27,562 pada 2008. Tak payah cakap la IKM/KKTM atau Giat Mara - nanti orang kata tak masuk stesen pulak.
Kerajaan buat stadium hebat-hebat. Ahli sukan tidak dilatih. Yang untung awal-awal ialah puak-puak "mu bedal la!" Melayu takat merasa makan nasi mandy kambin sekali-sekala.. (Macam yang dalam gambar ihsan Mama Ju di atas nu)
Berkaitan:
Around our country this past week-1 (Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz 12/10/10)
Wang masuk, wang masuk…mashuuk (Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz 11/10/10)
‘Pondan’ undeserve the helm of nation leadership (A Voice 11/10/10)
Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

Harakah Daily (16/6/10): Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.
"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh (Hanruh).
"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.
"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.
Mahfuz juga mempersoalkan apakah jaminan kerajaan tentang jurang masa pemindahan (transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi untuk proofing dan commissioning.
"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) memandangkan fasiliti tersebut amat sensitif dan kritikal sehingga terpaksa membuka kasut untuk masuk ke dalamnya.
"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masakini.
"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," Mahfuz mempersoalkan.
Beliau juga yakin, oleh kerana pengkalan tersebut merupakan pusat operasi tentera udara (POTU), akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.
Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat ke mana pemindahan akan dibuat dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengumumkan pangkalan tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti dan beliau akan umumkan apabila tiba masanya kelak.
"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan pampasan?" soal beliau.
Mahfuz juga mempersoalkan, adakah kerajaan akan mengulangi kesalahan yang dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar seperti menjual Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.
"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters flat tanpa halaman?
"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan lain-lain," Mahfuz mempersoalkan lagi.
Penggadaian pangkalan TUDM di Sungai Besi yang begitu established memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini, kata beliau.

Cantik? Klik 

pak bakaq
dah ber-tuhankan dunia, semua boleh jadi... "mu bedal la" kalau dibubuh daging khinzir pun di ingat lauk kambing yea. ekkk, nak buat apa turun KLIA kalau Changi lagi dekat dengan Business Centres (yang nearly Zero kulop-tion nya!), betul tak?
dunia dunia....
Kalau rakyat Malaysia naik turun di airport Changi, jangan salahkan depa. Kerajaan Najib sendiri yang nak majukan Changi at the expense of KLIA dengan menghidupkan balik projek keretapi laju (lihat The Star 22/9/10, "KL-S'pore high-speed rail link project may come back").
Lepas ni, bila kita jumpa Najib, marilah kita kata "Majulah Singapura" kuat2 kat dia.
Pak Bakaq, mai la pekena Nasi Mendy di kedai saya di Anjung Niaga Masjid At-Taqwa Tmn Tun Dr Ismail KL...
Agaknya Pak Bakaq kurang faham apa yang dinamakan projek gergaji 2 mata UMNO/BN.Kaedahnya begini.Pertama: Berikan kepada kroni-kroni tanah-tanah yang dikira "prime land" dengan harga murah,kemudian kroni-kroni akan jual semula kepada pemaju dengan harga yang berlipat ganda,ikut nilai pasaran.Untung bagi dua.Kalau kroni tu tak jual tanah tu,dia/mereka boleh dapat untung berlipat ganda jika buat projek sendiri.Yang beri tanah juga akan ada saham.Kedua: Pemindahan kem tentra ni akan dibuat oleh kroni-kroni - beli tanah,bina infrastruktur,tempat kediaman dan serba-serbi,dengan harga yang dinaikan.Kroni-kroni akan kaya raya dan UMNO juga akan turut terima saham kerana meluluskan tender.Jadi dengan kaedah ini,UMNO akan dapat 2 kali untung - untung jual tanah dan untung projek baru.Kaedah inilah yang telah digunakan sejak zaman Mahathir Kutty dan diteruskn dizaman Pak Lah dan kemudian disambung oleh Najib.Semua ini dilakukan atas nama "pembangunan".
dah lama dah.....
satu lagi Tong Taik UBN in the making!!!