Sedap!! Klik gambar di atas!

Modal lapuk Tok Guru Nik Abdul Aziz

Saya pernah mempertikaikan kata-kata "nak bubar PAS kalau Umno jadikan Islam sebagai dasar". Saya sentiasa berpendapat kata-kata seperti itu karut. Katakan Umno ubah dasarnya kepada dasar Islam dan pada masa yang sama ia masih berulat dengan sifat yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu parti perasuah yang busuk hingga ke usus, adakah saya nak masuk Umno dan jadi tukang kerja untuk parti yang tak habis-habis mengkhianati Melayu dan Islam itu?

Barang dijauhkan Allah!

Adakah saya nak tukang kerja kepada parti Umno yang kononnya bertukar dasar kepada dasar Islam sedangkan pada masa yang sama ia masih dipimpin oleh jenis-jenis pemimpin seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Ibrahim Ali.

Na'uzubiLlahi min zalik!

Saya pernah mempertikaikan perkara itu di hadapan Haji Husam Musa ketika kebetulan saya menempek kat meja dia makan. Husam lalu mengingatkan saya tentang seni berpolitik. Oleh kerana saya dah terasa dia tak berapa nak senang bila saya mempertikaikan kata-kata mentornya, Tok Guru Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat, tak jadilah saya nak kata itu politik lapuk.

Tetapi memang, politik lapuk tu. Sudah-sudahlah modal politik lapuk tu, Tok Guru! Carilah modal lain pulak untuk berceramah. Modal lapuk tu dah sampai ke peringkat jauh lebih rendah nilainya dari kupang tembaga (syiling satu sen).

Dalam berita Harakah Daily bertajuk "Nik Aziz says ready to join Umno if...", Tok Guru juga dipetik sebagai berkata:
The day Umno does that, I will dissolve PAS on the same day and fight for Islam together with Umno.
"I will dissolve PAS"?

PAS tu organisasi ka, milik peribadi ka? Kalau organisasi, macam mana boleh kata "I will dissolve PAS"?

Walaupun saya hanya menyokong keinginan PAS untuk memperjuangkan Islam seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3, 4 dan 5 perlembagaannya, tetapi saya tidak ingin melihat orang-orang PAS menjadi kuli pecacai parti Umno yang kononnya menjadikan Islam sebagai dasarnya.

Musang walaupun berbulu ayam, ia tetap musang.

Saya juga tidak ingin melihat apa yang berlaku di Kedah sekarang (lihat Kedah Lanie "Hampir separuh daripada kepimpinan PAS kawasan Pendang meletak jawatan..!!", "Mereka yang meletak jawatan beramai-ramai adalah pengkhianat perjuangan" dan "Taulan sah terima surat letak jawatan").

Saya teringat kata-kata seorang tokoh PAS: "Tu la habuan bila dah tak lawan Umno, konon PAS dengan Umno abang adik. Bila dah tak lawan Umno, last-last lawan sama sendiri la".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PB

    Apa yang hang dok merepet siang hari ni. Hancur lah melayu ada orang macam hang.

  2. Betul tuh Pak Bakaq, ambo sokong kenyataan nih

  3. pd

    ayat mcm dapat upah ja, bak la syer sikit

  4. Teman pun sokong pandangan Pak Bakaq pasal idea mengarut TGNA tu. Budaya politik lama@ lapuk begitu tinggal@letak tepi la. Zaman la rakyat nak keperluan & kehendak (aspirasi) depa dipenuhi.

  5. hang berani cakap dalam blog je.. depan2 hang kecut... mana telor hang??

  6. Pak Bakaq,

    Sepatutnya TGNA kata," Bubarkan UMNO,mari semua masuk PAS,sama-sama kita perjuangkan Islam dan Melayu".Agaknya seruan macam ni baru betul.Apa macam Pak Bakaq?

  7. Hang memang class Bakaq.. Aku doakan moga hang sentiasa dirahmati Allah.

    Salah satu akibat 'Bila semua dah jadi adik-beradik' , baca jangan tak baca...

    http://helangkedah.blogspot.com/

  8. Pak Bakaq Baru sedaq TGNA bagi idea "MENGARUT",,,,Sebenarnya dia dah sampai TAHAP "MERAPU",,,,,,,Semua kenytaan yg di keluarkan sebelum ini,,satu pun TAK MEMBERI IMPAK KEPADA MELAYU dan ISLAM,,,,,,malahan semuanya menjadi ,,makin keliru,,,,"apa yg berlaku di kedah iaitu di PENDANG,,,ahli2 PAS keluar parti bagi satu petanda yg "KELAKU" orang politik itu sama saja,,,,,,,,,KUASA PAS DI KEDAH,,,tidak ada satu IMPAK pun yg KEHADIRAN PAS,,,,,,mana LAUNGAN ISLAMNYA,,,,,,,TARIFF AIR DINAIKAN,,,,,,,INILAH KEBAJIKAN PAS,,,,SAMPAH MASIH TAk TERURUS SAMPAI HARI INI,,,,,,PI TANYA ORANG KEDAH,,,,,,,,"KATA DULANG PAKU SERPIH,,,,,,,,,"

  9. itu tok guru kias..paham sndr la,smp kiamat pun belom tentu umno ikhlas pejuang Islam.
    ttp blkg tok guru!

  10. itu bukan lapuk tapi namanya RETRO bung...mcm pesen gak, kdg2 pesen 70'an, 80'an keluar balik

  11. Tukar tu bermaksud umno kembali kepada Islam sebenar. Bukannya Islam kulit.

  12. Tok guru berani cakap cam tu sebab dia tau mustahil UMNO akan terima Islam atau pinda pelembagaan Parti untuk jadikan UMNO tu Parti Islam.Abu Jahal sampai kesudah tak masuk Islam mana munkin UMNO nak berubah terima perjuangan Islam.Umpama pohon kelapa kalau bubuh baja durian mana munkin pokok kelapa itu boleh buahkan Durian D24.Atau Kereta proton saga engin Megma kalau tukar engin mecedes maka kereta itu akan jadi Kereta Mecedes.Lebih kurang cam tu lah.Hang tak faham kah politik orang lama Ilmu mantik tinggi.

  13. tak mungkin sesiapa pun yg jd pencacai..bila islam tertegak dgn haq...!!betul la kata tok guru tu!!

  14. kafir kalau nak masuk islam kita kena sokong... biarlah penjenayah pun.. klu umno nak tukar dasar islam kita sokong... pemimpin bertukar ganti ... dasar tu yg penting...

  15. Kalau setakat dasar je yang nak dibanggakan apa yang ada...PaS endiri dah kata hudud tak boleh dilaksana.Nak Islamic state anwar dan kit siang dah kata depan lubang hidung tok nik" there is no islamic state discuss in Pakatan Rakyat" disambut lagi dengan kenyataan zaid Ibrahim dan nik najmi pasal hukum hudud....ini semua fakta semua statement ni pun Tok Nik langsung tak jawab....isu murtad ada pas nak ambil tahu..PAS tiada hala tuju lagi...musuh kamu adalah puak erdogan dalam PAS kepada PAS selamat tinggal cukup2 lah menipu dengan serban,jangut dan kopiah tak kemana pun.....

  16. Itu kenyataan sindiran.. dari TGNA Takan Umno yang ada sekarang bole terima.
    Kalau dengan cara SEMUA orang PAS masuk Umno sebelum persidangan Umno untuk memilih Presiden, maka ahli Umno dari Pas dapat meletakan calon dari Pas untuk jawatan presiden, naib presiden dan semua jawatan-jawatan penting dalam Umno, ada kemungkinan juga pemimpin Umno yang ada sekarang dapat disingkirkan. Itu strategi...untuk mengelakkan perpecahan dikalangan Melayu.
    Cuba bayangkan kalau pemimpin macam Nizar, Khalid Samad mengepalai Umno dan TGNA sebagai Menteri Kewangan, Insyallah RASUAH SIFAR mungkin dapat direalisasikan.
    Itu hanya pandangan sahaja..

  17. awatnya yg hang nak kena masuk ameno kalau pas bubar. hang bukan ahli pas pun. masuk la mana2 parti tak dak org larang.

  18. cakap jer lebih, isi xde

  19. Abu Arif nilah dikatakan MElayu Kedah semagat kemelayuan yang tinggi.Gelojoh tak tentu pasai .MB KEDAH tu dok perentah cara UMNO dan ikut telunjuk UMNO cara Melayu UMNO.Cara dia perentah tak kena Mengena dengan PAS atau Islam.Dia tu UMNO luar dan dalam dan Pemimpin PAS pusat silap lantik dia.Dia lantik diri dia sendiri sebelum Pusat buat keputusan.Peragai dia sebijik UMNO.Untuk pengetahuan Abu Arif PAS belum lagi Perentah KEDAH yang dok perentah KEDAH sekarang AZIZAN caranya yang tersendiri.Nak buat cam mana UMNO kalah cepat sangat masa PRU 12 .Kami orang bawah PAS dok ingat menang sikit saja dalam PRU 12 dan kami pun nak ambil sikit saja kerusi sebab nak jadi pembankang yang baik tapi yang hampa UMNO bagi hampir habis semua pasai apa ???tak sabak sabak kah sementara nak tunggu Zan Sala tu padam maklum lah orang tua kami hormat orang tua kena bagi chan lah kat dia.Minta maaf lah Abu arif banyak banyak pasai tak tunai kehendak rakyat KEDAH.Tapi Aku tetap salahkan UMNO juga sebab cepat sangat bagi kami menang.Sampai tak sempat pakai seluar tiba tiba menang tak sempat kami nak sepak zan sala tu keluak kami pun tau dia ni nak pelingkop PAS macam KJ dalam UMNO lah pelingkkop parti .Lagi pulak Zan Sala tu dia ada body guid.Pak chop hussain panglima memali dia tu tak sabak sabak nak pencen jadi Zan sala bagi kat dia skim pencen sama sama 2x5 .Tapi walau bagaiman pun dalm PRU 13 ni kami nak ambik semua kerusi UMNO tu sebab kali ni AZIZAN dah tak ada ganti yang Pro sikit.Pastikan hang tolong main pangkah bulan lah.Keris dah karat jual besi buruk pun tak laku mankala bulan ada kat situ sampai hari kiamat.Ada Faham ka Abu arif????

  20. Islam agama universal dan PAS bukan Islam .. full stop

  21. Tuhan hanya terima islam bukan pas atau umno atau apa2 parti dan bangsanya... Allah hanya terima ISLAm mau paham tu betul2 jgn dok jading bangang kali ke 99....Hanya ISLAM ingat tu ISLAM di ulangi lagi ISLAM....

  22. Terinagt kisah Khali Al Walid yg telah menyebabkan tentera islam mengalami kekalahan dlm perang Uhud dulu....akhir nye Khalid masuk islam.

    Ikrimah Bin Abu Jahal yg tak perlu di perkenalkan lagi.............akhir nye masuk islam dan gugur shaheed mempertahankan islam.

    Wahsyi yg telah membunuh Saidina hamzah serta membelah dada bapa saudara nabi itu lalu mengeluarkan jantung As Shaheed Saidina hamzah utk di serahkan kpd Hindoon isteri Abu Sufyan........

    Wahsyi juga masuk islam dan berjaya mencapai shaheed dlm satu peperangan ......

    Abu Sufyan dan isterinye Hindoon yg memamah jantung Hamzah juga akhir nye masuk Islam.....

    Hmmmm...........dlm soal ini aku tak berani nak komen lebih2....aku tak tau apa yg telah di takdirkan oleh Allah swt di masa depan.

    Apa pun aku bersetuju dgn apa yg telah di tunjukkan oleh Rasul saw dgn menerima siapa saja termasuk musuh ketat nye sekira nye mereka memilih utk bertaubat dan masuk islam.

    Sesungguh nye Allah swt Maha Mengetahui dan kita sebagai hamba tiada pilihan melainkan tunduk patuh kpd setiap hukum dan arahan nye.............wallahualam.

  23. wei king, hang kagum sangat ka dgn abu sufian, hindun, khalid and the gang tu..????
    hang tanya kat bakaq tengok kut kut dia boleh jawab...

  24. Aku boleh kasi undi pada PAS kalau PAS lead the Pakatan Rakyat...dalam erti kata mudah Anwar dan LiM Guan Eng mesti dengar kata pemimpin PAS.....itu aje syarat yang orang Melayu nak tahu dan faham....kepada ahli PAS dan pengundi atas pagar adakah kamu setuju dengan aku
    bukanya PAS jadi kuda tunggangan DAP dan PKR....ada setuju....kalau PAS setakat No.3 dalam Pakatan Rakyat...memang hamPAS.....

  25. Kalau hampa pakat pakat bagi PAS menang banyak Kerusi di Parlimen dalam PRU13 nanti sudah tentu PAS yang mengetuai PR.Tak timbul lah siapa dengar cakap siapa.Yang sikit kena ikut yang banyak lah jawap nya.

  26. mungkin depa tak faham apa beza WALAK DAN LAWAK?

  27. Penarik beca,

    Dalam politik ada juga modal lapok...? Memang ada dan memang banyak modal lapok dalam politik digunakan secara berulang-ulang seperti "melayu akan kehilangan kuasa kalau UMNO kalah..."

    Kita semua tahu parti UMNO hanya memperalatkan bangsa melayu demi kelangsungan untuk berkuasa sebagai kerajaan memerintah. Tapi mengapa UMNO begitu biadap terhadap agama islam..?

    Sebenarnya parti PAS telah meletakkan agama islam sebagai teras perjuangan parti, jika UMNO yang memperjuangkan atas nama bangsa melayu turut serta memperjuangkan agama islam maka rakyat Malaysia akan lebih condong kepada PAS. UMNO akan kehilangan sokongan.

    Itu sebabnya pemimpin UMNO yang mengaku orang melayu beragama islam menolak hukum hudud. Ini adalah kelemahan parti UMNO kerana mereka sangka berpolitik atas nama bangsa melayu boleh mengatasi pengaruh agama islam.

    Apabila sentimen bangsa melayu yang telah digunakan sekian lama sebelum ini tidak mampu mempengaruhi agama islam maka mereka telah menghuru-harakan kesucian agama islam seperti kepala babi dalam masjid, penggunaan kalimah Allah, duit ehsan jadi duit judi.....

    Dan PKR pula memperjuangkan kesamarataan kaum menyebabkan ketuanan melayu yang dilaungkan oleh semua pemimpin UMNO ditolak oleh rakyat. Ini menyebabkan UMNO menjadi bertambah takut melihat rakyat bangsa melayu tidak hormat mereka lagi. Sehingga terpaksa menubuhkan persatuan PERKASA bagi menyemarakkan semangat ketuanan bangsa melayu.

    Pada dasarnya kita lihat PERKASA memperjuangkan pekara 153 dalam perlembangan. Nampak macam hebat. Cakap pula macam petir... berdentum-dentum. Tapi bila kita bangkitkan isu yang berkaitan dengan UMNO yang telah banyak mencuri, merompak, menjual, menjahanamkan harta pusaka bangsa melayu.... mereka jadi bisu, buta, pekak dan bangang.

    Oleh kerana itu apabila UMNO dan PERKASA menimbulkan isu perpaduan bangsa melayu UMNO dan PAS, PKR... maka memang elok Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan modal lapoknya bagi mengingatkan bahawa PAS adalah parti yang memperalatkan agama islam demi kepentingan parti.

  28. Kalau cara nak halang maksiat yang macam umno lulus kat negeri dia hanya dengan undi pas, maka undi PAS wajib!...macam kalau jika hanya dengan gali perigi baru dapat wuduk, maka gali perigi itu wajib..mai pakat belajar fiqah maih! Kesian pengundi BN, Lim Goh Tong dapat untung judi juta-juta, depa hanya dapat bawak dosa berkapal-kapal ke Padang Mahshar kerana bagi lesen judi....mai tobat maih!

  29. Besut, 4 Okt: PAS kawasan Besut memberi tempoh 24 jam kepada UMNO bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru 'gilo' (gila). Dalam PAS macam-macam 'Gilo' ada. Gilo tino, gilo seks, gilo talak, gilo duit tapi satu gila yang belum ada lagi, iaitu 'Gilo jantan'.

  30. Orang pas memang ada yang teruk, tapi mereka tak lulus/sokong maksiat di DUN atau Parlimen. Undi kita akan dikait dengan apa yang wakil kita sokong di DUN/Parlimen bukan? InsyaAllah mereka yang undi PAS sudah terlepas kerana yang terbaik yang ada sekarang adalah PAS.Insaflah pengundi BN! Berapalah banyak pahala kamu, untuk ditimbang dengan dosa yang BN buat yang kamu turut sama tanggung sepenuhnya. Apakah yang lebih malang dari muflis di Akhirat..na'uu zubillah.

  31. Kita bersykur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam - TGNA.

  32. kami orang muda sudah nampak sekarang parti mana yang dapat membela ugama dan bangsa.TUNGGU PR13.

  33. Woi Baqaq hang kalu bodoh tu jangan lah hasut orang jadi bodoh macam hang... mentang2 kenal ramai pimpinan PAS hang eksyen nak sokong ka tak nak sokong..bila masa yang hang rasa hang dah ada buat kerja bantu parti Islam.. pada aku kerja merosakkan parti islam ada le..kalau hang sokong pun bukannya ikhlas pun..betul... baca blog hang ni standardnya rendah sangat... kadang2 selit bahasa mat salleh konon2 hang ni intelektual..kah2... Yang aku heran stakat ni hang saja yang terasa bila Tok Guru kata macam tu wal hal orang lain semuanya memahami maksud Tok Guru.. ingatkan tinggi dah ilmu Bakaq yang tak pernah HAQ ni..Tok guru sebut tu pasal wartawan sentiasa tanya soalan provokatif yang sama.. dan jawapan tersebut adalah Check Mate pada soalan tentang perpaduan kerana sampai sekarang UMNO tak dapat jawab.Aku ore Klate sangat faham mantiq Tok Guru.. kerana Tok Guru dah Kata( dlm kuliah beliau sebelum ni) kalau UMNO tukar dasar Islam yang layak pimpin UMNO adalah pimpinan PAS kerana mereka lebih berilmu dari pimpinan UMNO sekarang..Jadi kalu nak komen tu pikiaaaq dulu jangan jadi blogger bodoh yg perasan hebat tapi tadak ilmu dan mengulas macam spesis yang ada kat UTUSAN,TV3 dsb.. Kalau nak kata aku taksub TGNA pun takpa daripada Taksub Bakaq yang tak pernah menyatakan HAQ..

  34. sapa ckap PAS nak buat negara Islam?.....tanya la Nizar. Betulka UMNO tu tolak islam.... bukti mana? Fitnah dunia saja

  35. bakaq...hang xpyah la dok ckp pasal negara islam..hang perbetul diri hang dlu..hang ingt geng2 PKR(DAP) stuju ka lau nk buat ngara islam..mampuih la hang..aku pelik la..dlu pnah nik aziz kta sapa sokong UMNO dia kafir..pandai2 mak dia je..dia tuhan ka?..hang tgk la ngeri PAS perintah,,apa yg ada..byk maksiat cma x di canang je dlm brita..nma je negeri serambi mekah..tp masya Allah.. btul x aku kata ni...cuba pikiq tgk..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008