Sedap!! Klik gambar di atas!

Menteri rasuah cerminan masyarakat kita, kita yang pilih

Bagai biasa, setiap petang Sabtu TV3 menayangkan filem Hindi. Saya dah tak berapa minat. Lantaran itu, saya terus dengan kerja saya.

Entah berapa lama selepas filem itu ditayangkan, tiba-tiba anak saya memanggil, "abah, best ni, abah. Lawan rasuah ni!"

Pun saya tak peduli. Biasalah cerita Hindi menayangkan kisah lawan polis, lawan menteri. Di India, negara itu mengamalkan demokrasi. Mereka boleh buat filem-filem macam tu. Di Malaysia ni, jangan harap la penerbit filem boleh buat filem macam tu. Di Malaysia, demokrasi kudung.

"abah, ni dia orang nak buat macam Bhagat Singh ni, abah. Best ni, abah!"

Saya lalu tertarik nak tengok. Dah dekat nak habis. Kecuali Amir Khan, saya tak tahu nama pembawa watak-watak utama filem itu.

Ceritanya ialah sekumpulan pelajar universiti yang mendapat inspirasi dari perjuangan Bhagat Singh. Nak jadi cerita, rakan baik mereka terbunuh dalam kemalangan udara. Bagai biasa, kerajaan dan menteri berkaitan menuduh rakan mereka yang memandu pesawat berkenaan yang menyebabkan kemalangan itu. Padahal, pesawat itu hakikatnya adalah keranda terbang akibat rasuah si menteri pertahanan.

Pelajar-pelajar universiti tersebut lalu mengambil tindalan berani membunuh menteri rasuah itu. Bukan itu sahaja, mereka kemudiannya menawan stesen radio untuk mengumumkan tindakan mereka membunuh menteri itu. Saksikan bahagian-bahagian akhirnya di bahagian 17, bahagian 18 dan bahagian 19. Inspirational!

Sambil itu, jangan lupa negara kita berada pada kedudukan terburuk Indeks Prestasi Rasuah (CPI) sejak 2001. 4.4 mata adalah yang terburuk bagi Malaysia dalam CPI.

Oleh kerana filem itu adalah mengenai rasuah menteri pertahanan, jangan lupa juga pelbagai tuduhan rasuah dalam pelbagai urusniaga Kementerian Pertahanan negara ini, sebahagian besarnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Walaupun tidak mudah untuk dibuktikan, tidak mudah juga bagi Najib dan macai-macainya hendak menafikannya tanpa sebarang keraguan lagi.

Jangan lupa juga bahawa Umno disebut sudah menjadi parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak kata parti lain bagus sangat. Semuanya bukan sahaja berpenyakit malah sedang menternak penyakit. Tetapi, Umnolah yang paling buruk hingga Dr Mahathir sendiri mengakui Umno sudah busuk hingga ke usus atau rotten to the core (image courtesy of The Bollywood Fan).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Perginya DR Mahathir dari Kabinet setelah memerentah selama 20 tahun meninggalkan najis bertan tan banyaknya untuk Si Pak Lah membersihkannya.Rakyat menyanka tertegaknya khalifah Pak Lah dengan pemerentahan Islam Hadari akan membersihkan najis di tinggalkan Tun Mahathir yang membusuk di setiap penjuru tanah air.Rupa rupanya Si Pak Lah yang di katakan bersih membawa bersamanya perompak paling rakus dalam tamadun Malaysia.Perompak disiang hari(Day light robbery) bukan nak bersih najis yang semakin berulat tetapi sebaliknya di tambahnya lagi najis ber grad tinggi belori lori banyak nya yang di bawa menantunya.Hingga dalam persidangan Pemilihan UMNO yang lepas lalu menjerit jerit perwakilan UMNO mengumpat pada menantunya sebab tak tahan busuk dalam dewan tersebut.Rioh rendah hingga terpaksa pihak polis mententeramkannya.Kini Pak lah sudah pun pergi di tinggalkan menantunya terus membusuk dan berulat baunya hingga ke benua Amerika.Datang Pula si Najib kononnya penyelamat UMAH Melayu nak bersihkan segala najis Pak Lah dan Che Det .Ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari.Si Anak Pak Razak empuya gerangan lagi high tech punya najis bau busuknyanya naik hingga ke langit melebihi 100 tingkat sebab tukang meneran najis senentiasa di sisinya.Kesimpulannya najis tinggalan Che Det+Tinggalan Pak Lah + Pak Jib sudah mengunung bukan lagi sekadar tan atau lori atau naik ke lagit tetapi telah menengelamkan rakyat jelata dalam Najis rasuah paling busuk dalam abad ini.Rakyat kelemasan mangsa kezaliman najis rasuah menagong derita menghidu najis yang tidak terhingga busuknya hasil yang di tinggalkan Pemimpin MELAYU yang bekiblatkan UMNO/BN.

  2. hari ini harakahdaily sekadar menepis tohmahan isu balak. nafi, politik nafi macam yang selalu anwar buat. justifikasi fakta dan numbering untuk menguatkan hujah ..tiada ilek pocik.penafian mereka memualkan dan takde substance. teragak-agak macam zizah kena disoal mengejut dalam sidang media, mana anwar ?


    ada cerita panas akan kami dedahkan sikit masa lagi..bak kata parpukari, kunyit pas makin hangit !

    aku cabar pas kelantan keluarkan kertas putih dokumentasi lengkap balak kelantan selama 20 tahun nik ajis jadi MB ? buktikan kamu telus !
    Posted by GAP KEMBALI at 11:00 AM 1 comments

  3. aku sokong 100% pantun dua kerat ciptaan pakmat sasterawan kg. kubangtaik,

    UMNO itu TAIK
    TAIK itu UMNO

    terimakasih, terimakasih, terimakasih pakmat.

  4. WAH Hebatnya anon1,,Sedarkah apa yg kau Tulis tu,,Pakai kepala hotak ke kepala LUTUT,,,,,"Kalau pemimpin kita seburuk itu ,,maka orang "melayu tak akan sampai ke tahap ini"..Menuduh orang Rasuah sangat senang,,,,DALAM PERJUANGAN POLITIK MELAYU,,,,,"TOLONG KAJI SIAPAKAH YG SENTIASA BERMAIN ISU RASUAH SEMASA TUN MAHATHIR MEMERINTAH,,,,,,Bukan MELAYU dan ANTI ISLAM,,,,Kerena mereka sedar TUN MAHATHIR telah MENGGERAKAN PEMIKIRAN ISLAM YG PRAKMATIK BERASASKAN KEMAJUAN PEMIKIRAN DALAM SAIN DAN TEKNOLOGI UNTUK MEMAJUKAN UMAT ISLAM",,,,,Kita bolih bersaing dgn kaum2 lain dan bangsa2 lain di seluroh dunia,,,maka kita telah mengankat "MARTABAT ISLAM",,,seperti sekarang ini,,,,,,,,,,,,,,,Mengapa zaman PAKLAH yg begitu lemah dan Penuh dgn salah LAKU,,musoh2 MELAYU dan ISLAM mengatakan "PAKLAH SANGAT BAGUS,,,,Termasuk DAP dan PAS sendiri seterusnya NGO2 yg ANTI MELAYU dan ISLAM,,,,,,,,,,Mengapa ANUAR ALJUBURI sangat SELESA dgn PAKLAH dan KJ Menantunya begitu rapat sekali ,,,,,,"PERNAHKAH ANUAR MENGATAKAN PAKLAH RASUAH,,,,,,,"AKHIRNYA ORANG UMNO YG BENAR2 BERJUANG utk MELAYU dan ISLAM SINGKIR PAKLAH,,,,,,,,"bukan PAS atau PKR",,,,,,,,,,,,KITA SEMUA MENENTANG RASUAH,,,,"PEMIMPIN YG RASUAH PATUT dan MESTI DIHUKUM",,,,,DAPATKAN DETAIL DAN BUKTI YG KUKOH KITA SAMA2 MENENTANGNYA,,,,,,,,JGN HENTAM KEROMO ianya tidak kemana"

  5. Sokong Anon 2.59am,

    Pemimpin-pemimpin kerdil UMNO dikampong-kampong tak faham dan tak mau ambil tau,apa yang disebutkan Anon 2.59am.Kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian,yang datang dari gulungan bawahan dan pertengahan,kurang ilmu,kurang pendidikan dan malas pulak membaca.Yang dibaca dan dikendong sabahan hari ialah Utusan Meloya dan Berita Heiran - macam mana nak tau apa bapak-bapak besar UMNO diPutrajaya dan Kuala Lumpur buat.Gulungan ini begitu jumud hingga tak nampak yang mana kaca dan yang mana intan.Orang cakap pun tak mau dengar dan ada yang menyumbat telinga.Atas sokongan dan kerja kuat gulungan inilah UMNO terus berkuasa dan terus menternak mereka.Gulungan ini bukan dapat apa-apa,sekadar sehelai kain batik,sebungkus gula dan sekampit beras,tiap-tiap 5 tahun bila menjelang pilihanraya.Dibandar-bandar pula gulungan ini terdiri dari pemandu teksi,buka warung kopi,pemandu bas sekolah,budak pejabat,kerani dan penjual-penjual dipasar malam dan pasar tani.Depa ni tak nampak dan tak tau betapa mewahnya dan betapa kaya-rayanya menteri-menteri,ketua-ketua menteri dan perdana menteri termasuk ahli keluarga mereka.Inilah senario politik UMNO yang "akan mempetahankan kuasa,hingga titisan darah yang akhir."(Kalaulah mereka tak lari keluar negara,bila kalah kelak.)

  6. Perginya anwar ke luar negara membawa saiful kemana mana meninggalkan azizah dan anak anak jua. Rakyat menyangkakan pelaburan masuk bertan tan sehingga Malaysia akan lebih aman maju melimpah ruah kekayaannya. Rupa rupanya bukan seperti yang disangka, panas hujan pula. Perompak ini merompak teruna seorang rakyat marhean yang tiada kuasa. KY JELLY diberikannya. Hidangan Karipap sebelum merompaknya. Aduh..Akal dan Nyawa meronta ronta. Luar Tabiie kesukaannya ? Hingga semasa persidangan perwakilan partinya, ramai tiada. Rioh rendah peguamnya. Rioh Rendah pengawalnya. Apakan daya. La Ni PERBICARAAN TERTUTUP PINTAnya. Ces buang masa saja. Rakyat lemas menghidu bau GAY lepas berasrama. Hasilnya lahirlah penipu luarbiasa nak memerintah negara. Ahhh! Biarkan saja. Jauh mana boleh pergi nya. Perdana Menteri 16september pun diciptanya. Kasihan Sambutan Nasional 16 Sept Negara, terpalit air mani sutradara Anwar Ibrahim Al Juburinya. Sekian.

  7. Your comment will be visible after approval.

    kah kah kah penarik beca kah kah
    kah kah nampak bagus orang blog nya kah kah
    kah kah berani didalam kah kah kah
    kah kah kah penakut diluar kah kah
    kah kah makan karipap kah kah
    kah kah kah inti di dalam kah kah
    kah kah kulit diluar kah kah kah
    kah kah kah dibuang merata kah kah kah

    sekian.

  8. ARIA@liur najiss busuk:anon6,buruk sangka jdi mengilalah dia seperti berok yg dah merasa pahitnya belacan,cabaran hanya membuang masa disaat genting memfitnah sebangsa,tak tahu diri berpuaka,membawa mampan segenap jiwa dan tertawa2 disudut sana rupanya gila 1000 bahasa.

    Lantang suara nak tunjuk durhaka,kepada pembangkang sekarang dah popular,nasibmu hanya mengejar cerita,dapat setender lajakkan suara kepada kawan nak sama popular,bodoh,bodoh,bodoh,dah mereka kata kaya mencium lutut setahun sahaja,akhirnya dihempit sengsara,meraong lagilah jawabnya,pada umnok najis busuk dicari semula.....

  9. Rasional lah sikit Abu ARIF...Seorang yang memimpin Negara adalah memegang amanah dari Rakyat.Hal peribadi seorang pemimpin yang tidak melibatkan kepentingan rakyat itu rakyat tak kesah...ini lah lumrah dunia.mana mana pemimpin didunia sekali pun.kalau Pemimpin itu minum arak dalam rumah kah,berzina ke itu aklak peribadi langsong tak jejas kepentingan negara atau ekonomi...Yang Rakyat kesah ialah Harta Rakyat di Rompak dengan cara Rasuah!!!!!!!!Saham RM 50 B..siapa yang farait..itu hak rakyat.Salah guna kuasa,penyelewengan harta rakyat untuk memperkayakan pemimpin sejak di zaman Tun M lagi.Pembaziran Wang Rakyat berbillion ini di akui sendiri oleh TUN M...siapa punya angkara.????.Jangan cerita bab majukan Melayu lah.. nak temuntah aku...Pokok nya ...najis terlalu mengunung dah tak boleh simpan lagi nanti bala menimpa seluruh rakyat malaysia dan akibatnya akan di tanggong oleh generasi yang akan datang.Apa gunanya maju sebuah negara yang penuh dengan ahli politik yang korrup,Rasuah menindas rakyat.Firaun pun buat pembanggunan dan majukan kaum dan negaranya malah lebih maju dari tamadun manusia kini firaun juga jadikan Bani israil sebagai hamba abdi.Pembangunan sesuatu bangsa di bina atas kezaliman terhadap seluruh rakyatnya.Baca lah sejarah firaun dengan jelas dan fahamilah dengan adil.Apakah najis yang busuk mahu rakyat katakan wangi..apakah abu arib mahu demikian.Pembangunan yang di buat oleh pemerentah UMNO/BN hanyalah mandat dan amanah yang di berikan oleh rakyat setiap 4-5 tahun segala pembangunan sekian lama di bina atas wang cukai Rakyat..titik peluh rakyat.Tapi apa UMNO/BN hasilkan hingga hari ini ialah Melayu yang hidup di celah celah pembangunan bukan nya hidup di atas pembangunan .Sebab pembangunan baik dari segi rohani dan jasmani yang di bina oleh UMNO/BN adalah melalui Najis najis yang di teran melalui lubang jubur pemimpin UMNO/BN .Manakala Islam hanya sebagai kosmetik justru bangsa melayu sebagai alat seruan bagi mencapai matlamat hawa nafsu pemimpin UMNO/BN.Kita bicara dari sudut dasar bukan dari sudut peribadi pemimpin...abu arif kau ni rasanya masih bawah umur!!!

  10. Ha ha ha..

    PakAbu Marah nampak...PakAbu kena terima hakikat dalam UMNO, Politik Wang adalah perkara biasa. Ainon 5, hang silap..yang bebal bukan ketua cawangan tetapi ahli UMNO, sebab apa aku kata begitu, kerana setiap Ketua Cawangan mendapat "Bantuan Kewangan" melalui Projek-Projek yang disalurkan kepada JKK UMNO. Apabila adanya "Bantuan Kewangan", menyebabkan ramai berebut menjadi Pemimpin. Ini menyebabkan UMNO menjadi berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain. Permainan "Politik Wangnya" untuk mengekalkan kuasa diperingkat cawangan menyebabkan Politik Cantas-mencantas dan Kroni-mengkroni. Akhirnya Golongan ikhlas menjauhkan dari UMNO kerana tidak tahan dengan karenah Pemimpin UMNO yang rosak itu.

    Keadaan ini bukan hanya berlaku di peringkat cawangan tetapi ke Peringkat Bahagian malah di peringkat Tertinggi UMNO. Berlakunya Team A, Team B malah Team C dalam UMNO. Oleh kerana UMNO sebuk mempertahankan jawatan demi "Bantuan Kewangan" yang mudah, menyebabkan mereka lupa tanggungjawab kepada Orang MELAYU. Selain itu mereka mula mengkhianati perjuangan dengan berbaik dengan Kapitalis-kapitalis (tak kira bangsa)yang memancing mereka dengan "BANTUAN KEWANGAN". "BANTUAN KEWANGAN" bukalah bersifat PERCUMA tetapi sama seperti "Kelikir Lembu" dimana tali yang dipasang untuk menarik Pemimpin tersebut. Akhirnya ramai Pemimpin-pemimpin UMNO yang lari dari landasan perjuangan dan mengikut Arahan dari Kapitalis-kapitalis ini. PakAbu, saya tak mahu ulas siapa Kapitalis tersebut kerana PakAbu tentu dah tahu siapa mereka ini..Sebab itulah kita ada Wakil Rakyat dan Kita ada Wakil Towkey..ha ha ha...Bersihkan Wakil Towkey dalam UMNO insyallah UMNO akan pulih Balik...ha ha ha...Wakil PR hang jangan dok seronok aje..sebab bila hang dah jadi Wakil Towkey nanti kita perambat hang pulak..ha ha ha.

    PakAbu juga tahu bilanya ia berlaku dalam UMNO, ia tidak berlaku dimasa UMNO Lama, tetapi banyak berlaku pada masa UMNO Baru, dan dalam UMNO Baru siapa pemimpin tersebut??? Aku percaya, kadang-kadang mereka ni buat silap bukan kerana mereka nak buat tetapi dapat info yang salah dari PENaSihat-penasiHat mereka ni..tu yang aku dok sedih pasal PEnaSihat Pak Lah Menantu Dia, Penasihat Najib Bini Dia dan APCO..ha ha ha.

    Pasal Anwar tu mampus pi la..kalau dia Gay pun aku peduli apa..kecuali kalau dia betul memperjuangkan Librisasi KeHakiman (Yang Mahadir Rampas dulu) dan Kebebasan SPRM dan SPR dari kuasa Kerajaan. Negara tak dapat Rahmat? Banyak lagi Negara orang Kapir dapat Rahmat. dan Aku tetap aku, Pak Bakaq tetap cam tu juga, PakAbu macam tu juga (Kecuali ler kalau PakAbu ni Kontrekter klass F) ha ha ha..

  11. Kalau Pak syeh baleh pungkok Pak Abu sampai jadi anak pun saya peduli apa itu antara Pak abu dengan Pak syeh.Pi report kemuadian bicara kat makamah ..kalau boleh buktikan liwat belaku suka suka suka lantak pi lah kedua duanya akan masuk neraka harta rakyat sikit pun tak hilang.Kehidupan rakyat sikit pun tak jejas tapi kalau.Tapi kalu Pak Abu pungkok menanah bukan pasai lewat tapi sebab ambil harta rakyat melalui Rasuah dan Kroni itu rakyat akan marah.Ada faham politik kah Pak abu???sangup kah lubang jubok saiful menentukan halatuju politik Negara...malu lah sikit Pak Abu.Bill Clinton president Amerika sebelum Bush pun ada skandal Sex secara peribadi dengan setiusaha peribadinya di white house rioh satu dunia menghenai kes ini tapi di Amerika rakyat tak suruh dia letak jawatan pun,Sampai sekarang pun Rakyat Amerika masih beri kepercayaan pada dia sebab dia salah seorang pemimpin Amerika yang Bersih dari rasuah.Inilah diukatakan lumrah dunia.Antara hak rakyat dan hak peribadi jauh antara langit dan bumi.Kalau Anuar masuk penjara pun bila dia keluar nanti Rakyat akan tetap sokong dia sebagai pemimpin yang bersih dari segi Rasuah tapi kalau najib masuk penjara sebab rasuah bila keluar penjara adakah Rakyat akan sanjong dia???(saya kata Kalau)

  12. Anon 11,
    Kau pun balas pungkok kah?

  13. Kenapa tanya macam tu wahai al kahfi ? kita mahu anda faham antara hak peribadi dengan hak rakyat.Soalan emosi nak jadikan isu peribadi sebagai hujah !!! apa untungnya pada Negara dan Rakyat dan Metaliti beginilah yang buat UMNO tak baliaq politik hingga orang melayu semakin pupus harta asik kena tipu dengan pemimpin UMNO.Ahli UMNO pula di jadikan hamba dan alat untuk dapat sokongan.Sejak perginya Zaman Tun Husain..Pemimpin UMNO asik berak berak berak dan beri Najis pada Rakyat.Belajawan baru ni dah cukup bukti najis semakin membesar hasil berakan 100 tingakat dah cukup bagi rakyat untuk menilai betapa besarnya najis yang diberakkan .Dalam FB pun dah lebih 200k rakyat yang tunjuk protest.Ini Fakta yang Pak Abu dan Pak kahfi kena terima hakikat.Dua manusia kalau melakukan liwat sesama mereka berdua bau gay ke bau tahi ke langsong tak jejas masa depan negara itu pun kalau benar perkara itu belaku.Tapi najis Rasuah,rompak harta rakyat satu negara akan hidu bau busuk termasuk Pak Abu dan Pak kahfi.Apakah insan yang bernama Pak Abu dan Pak Kahfi seorang yang cacat dah tak boleh bau najis yang mengunung di hadapan mata.Sebenarnya Rakyat semakin takut dan hidup tertekan hutang negara ratusan billon,kos kehidupan semakin mendesak peminpin UMNO/BN sibok nak buat projek mewah yang merugikan rakyat.KLCC pun dah cukup membazir hanya menguntungkan puak kapitalis atasan saja.Rakyat Melayu dapat apa? jadi Pak Guide jaga bangunan banyak lah.Tak malukah pada bangsa asing Malaysia di perentah oleh satu puak dari kaum Melayu species UMNO kononya berjuang untuk nasib bangsa tapi di pekan besar seluruh negara hampir semua bangunan siapa punya? Kalau ada dua tiga kerat sudah semistinya pemimpin UMNO yang punya.Ini menunjukan kegagalan UMNO/BN mengurus negara sejak 25 tahun.Pembangunan di ujudkan untuk belanjakan wang rakyat disamping itu memberak najis sana sini serta menambahkannya dari masa kesemasa. Ini lah kesah lubang jubur berakan najis Pemnimpin UMNO memerentah sejak 50 tahun.Yang menagong beban bau busuk adalah Rakyat jelata melalui cukai .Rakyat mahu Tukar kerajaan nak beri peluang satu penggal peringkat pusat pada PR.Ttu hak Rakyat hormatilah kehendak rakyat usahlah buat perbagai andaian nagatif terhadap DAP semata mata nak kekalkan kuasa UMNO/BN.Mana mana negara di dunia maju andaian nagatif terhadap parti yang belum beroleh kuasa adalah mendedahkan kebodohan yang sangat nyata,seperti NGO melayu sedang lakukan adalah satu kerja yang amat jijik malah lebih busuk dari najis rasuah yang sedang dan telah diterankan oleh pemimpin UMNO selama ini.

  14. Andaian nagatif terhadap kaum lain disuntik dengan semagat perkauman yang sempit boleh mejurus kepada kepada pergaduhan kaum.Boleh kah sesebuah negara itu dibina diatas dasar pertelingkan kaum akibat dari andaian nagatif antara satu sama lain. semata mata rakyat mahu menukar status kuo mahu parti lain mengambil kuasa.Apa yang hendak di bimbangkan Melayu tetap berkuasa pelembagaan dah jamin.Melayu singapura lebih mewah dari Melayu Melaysia hak mereka terpelihara.Silap nya Tunku pemimpin UMNO yang bagi kat Cina jangan salah bangsa cina kat Malaysia orang bagi kita ambil.Baca lah sejarah kenapa tunku kena merdekkan Singapura..buka buku keputusan pilihanraya .Masa tu Tunku ikut pelembagaan mana yang bolehkan Sigapura di serahkan pada Lee Kuan Yu.Cuma pelembagaan tak jamin dan tak berkunci rapat mengatakan UMNO/BN terus memerentah itu lah yang buat pemimpin UMNO takut tidor tak lena makan tak lalu.kalau UMNO kalah dalam PRU 13 sudah semistinya PAS menang.Kalau PAS perentah pun darah melayu tetap mengalir dalam tubuh pemimpin PAS yang lebihnya darah islam pun ikut sama..Kalau pas dapat lebih kerusi dari UMNO kan lebih mudah MP UMNO masuk PAS maka Melayu juga yang Perentah.Munkin ketika itu Pak Abu dah jadi pemimpin PAS@Melayu.Sekurang kurannya Pemimpin UMNO/BN berhenti berak najis najis besar sebab dah hilang jawatan dan kuasa.Buat lah apa saja andaian buruk terhadap parti politik dalam PR khususnya DAP dan bangsa lain kononnya nak ambil kuasa dari orang melayu atau mempergunakan PAS.Bodoh sangat lah orang melayu dalam PAS ni.Rakyat bijak memikirnya dan bukan mudah di perbodohkan oleh pencacai upahan UMNO seperti PAK ABU@alkahfi.

  15. Kalau Umno bagi atau ambil duit itu dinamakan rasuah. Kalau PAS bagi atau makan duit itu dinamakan Amal Jariah/Sedekah/Sumbangan/Rezeki.

  16. Mualaf yang baru masuk islam merupakan salah satu asnaf yang boleh terima zakat..ini hukum syarak.Nak sindir biar lah kena tempat.

  17. Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur terbakar hari ini. Satu lagi peluang untuk tubuhkan " tabung serambi terbakar " dan peluang kerjaya sebagai pengankut tabung.

  18. Kalau nak bagi zakat ka, sedekah ka buatlah selepas atau sebelum pilihanraya. Jangan duit yang hang huloq masa pilihanraya hang jaja satu kampung.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008