
Mula-mula dalam artikel bertajuk "Jangan bahas isu sensitif" Utusan Malaysia 5/10/10 menyiarkan ucapan sultan Johor seperti berikut:
Hindraf patut faham, raja-raja pun orang jugak. Depa bukan plastik. Sebagai orang, tentu depa ada perasaan. Memang, raja-raja dikehendaki tidak memihak dari segi politik. Tetapi, perasaan sebagai orang Melayu dan politik sebenarnya dipisahkan oleh garis yang sangat halus (thin line). Raja mungkin bercakap sebagai orang Melayu. Tetapi, oleh kerana garis pemisah antara kedua-dua perkara yang disebutkan itu boleh dianggap ada serupa tiada, ia akhirnya mengakibatkan raja dituduh berpolitik.
Bila raja dianggap bersepak terajang dalam padang politik, akhirnya mereka juga menjadi sasaran sepak terajang politik.
Memburukkan lagi keadaan, bercakap tentang hak Melayu selepas pilihan raya 2008 amat sinonim dengan Umno dan adik kandungnya, Perkasa. Umno dan Perkasa tak ubah seperti Orang Putih kata - different sides of the same coin. Barangkali sebab itulah, apabila mana-mana raja bercakap mengenai senjata utama Umno iaitu apa yang didakwa-dakwa sebagai hak-hak orang-orang Melayu, mereka lantas dianggap menjadi alat perkakas Umno dan Perkasa. Mereka dianggap berpolitik.
Histeria dan tantrum Umno serta Perkasa untuk menjerit-jeritkan isu Melayu juga menyebabkan parti pembangkang Melayu menjadi tidak cerdik dan enggan bercakap mengenai kepentingan orang-orang Melayu. Seolah-olah bercakap mengenai kepentingan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang ditaqdirkan menjadi Melayu adalah satu dosa dan kesalahan.
Sepatutnya semua orang Melayu mesti berkeriau mempertahankan kepentingan mereka. Saya yakin ia tidak berdosa. Batasnya hanya satu, jangan menyokong kezaliman semata-mata kerana ia dilakukan oleh bangsa kita. Itu 'asabiyyah dan Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak mengaku umatnya.
Pada masa yang sama, bukan suatu dosa juga kalau kita tak mahu berkeriau mengenai kepentingan Melayu di bawah panji-panji Umno atau adik kandungnya, Perkasa. Dan, saya yakin sangat-sangat saya juga tidak berdosa di sisi Allah kalau saya tak mahu sultan Johor atau sultan Selangor misalnya menjadi jurucakap saya.
Saya yakin, tidak mahu dalam perkara sedemikian tidak menjadi satu kesalahan. Bukannya tak nak sembahyang misalnya. Yang tu memang berdosa.
Di sisi undang-undang juga saya yakin saya tak bersalah. Tak nak bukannya bermakna mencabar. Saya bukannya buat apa yang Waytha Moorthy dilaporkan buat - dituduh mempertikai peringatan sultan Johor.
Saya tak cukup keberanian untuk mempertikan ucapan beliau yang mengingatkan supaya "kes-kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati. Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan atau ditolak kes-kes yang sensitif terutamanya yang melibatkan kuasa raja-raja".
Saya tak akan pertikaikan ucapan yang saya petik dalam perenggan di atas. Bukan kerana saya tak sakit hati, tak benci, tak meluat atau yakin tidak bertentangan dengan Islam di mana kita melihat khalifah-khalifah dibicarakan. Saya tak akan pertikaikan kerana saya tak larat dah masuk lokap (Gambar sultan Johor berucap di majlis perasmian Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri Johor di Persada, Johor Bahru di atas adalah ihsan Utusan Malaysia).
Di sini juga, suka saya ingatkan kepada semua pelaksana dan pengamal undang-undang supaya mengambil tindakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Pihak mahkamah atau badan kehakiman juga perlu lebih berhati-hati apabila menerima sesuatu kes untuk diadili.Selepas itu, dalam berita bertajuk "Hindraf to Sultan: Don’t speak for Perkasa", Free Malaysia Today menyiarkan luahan berikut:
Kes-kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati. Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan atau ditolak kes-kes yang sensitif terutamanya yang melibatkan kuasa raja-raja.
The Hindu Rights Action Force (Hindraf) has bemoaned the Sultan of Johor’s recent call for caution in the handling of sensitive court cases, describing it as “direct royal interference” in judicial work.Hari ini, dalam berita Utusan Malaysia bertajuk "Hindraf biadab: KDN menghadap Sultan Ibrahim Selasa", dilaporkan bahawa:
“He has tainted the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy,” said London-based Hindraf leader P Waythamoorthy in a statement posted today on his organisation’s website.
Waythamoorthy was responding to a Bernama report on Monday that quoted Sultan Ibrahim of Johor as saying, “"It is best not to entertain sensitive cases, especially those involving the powers of rulers."
He alleged that the Sultan sounded like a spokesman for ultra Malay organisation Perkasa and was making “veiled threats to minorities against questioning Malay rights”.
Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Selasa ini sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap Pengerusi Hindaf, P. Waytha Moorthy.Kepada saya, Hindraf tidak patut mempersoalkan hak demokratik sultan Johor untuk menyokong atau menjadi juru cakap sesiapa pun. Takkan dia langsung tak ada hak demokratik untuk menyokong atau bercakap bagi pihak sesiapa pun.
Sambil menyifatkan kebiadapan Waytha Moorthy itu sebagai sesuatu yang serius dan terlalu berat, menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segala bentuk tindakan yang bakal diambil nanti banyak berkisar kepada Sultan Ibrahim sendiri.
"Kami akan menghadap Sultan Johor yang kebetulan mempunyai program di Bukit Aman Selasa ini bagi membincangkan tindakan ke atas Waytha Moorthy dan saya telah mengarahkan polis supaya mengkaji dengan teliti apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Bagi orang Johor, perkara yang menyentuh raja kita (Sultan Johor) adalah sesuatu yang cukup sensitif dan hari ini saya dimaklumkan berlaku beberapa siri demonstrasi bagi mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kuang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Waytha Moorthy dalam portal Free Malaysia Today yang mempertikai peringatan Sultan Ibrahim supaya semua pihak di negara ini jangan sesekali mempersoal kuasa raja dan mempertikai hak serta keistimewaan orang Melayu.
Hindraf patut faham, raja-raja pun orang jugak. Depa bukan plastik. Sebagai orang, tentu depa ada perasaan. Memang, raja-raja dikehendaki tidak memihak dari segi politik. Tetapi, perasaan sebagai orang Melayu dan politik sebenarnya dipisahkan oleh garis yang sangat halus (thin line). Raja mungkin bercakap sebagai orang Melayu. Tetapi, oleh kerana garis pemisah antara kedua-dua perkara yang disebutkan itu boleh dianggap ada serupa tiada, ia akhirnya mengakibatkan raja dituduh berpolitik.
Bila raja dianggap bersepak terajang dalam padang politik, akhirnya mereka juga menjadi sasaran sepak terajang politik.
Memburukkan lagi keadaan, bercakap tentang hak Melayu selepas pilihan raya 2008 amat sinonim dengan Umno dan adik kandungnya, Perkasa. Umno dan Perkasa tak ubah seperti Orang Putih kata - different sides of the same coin. Barangkali sebab itulah, apabila mana-mana raja bercakap mengenai senjata utama Umno iaitu apa yang didakwa-dakwa sebagai hak-hak orang-orang Melayu, mereka lantas dianggap menjadi alat perkakas Umno dan Perkasa. Mereka dianggap berpolitik.
Histeria dan tantrum Umno serta Perkasa untuk menjerit-jeritkan isu Melayu juga menyebabkan parti pembangkang Melayu menjadi tidak cerdik dan enggan bercakap mengenai kepentingan orang-orang Melayu. Seolah-olah bercakap mengenai kepentingan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang ditaqdirkan menjadi Melayu adalah satu dosa dan kesalahan.
Sepatutnya semua orang Melayu mesti berkeriau mempertahankan kepentingan mereka. Saya yakin ia tidak berdosa. Batasnya hanya satu, jangan menyokong kezaliman semata-mata kerana ia dilakukan oleh bangsa kita. Itu 'asabiyyah dan Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak mengaku umatnya.
Pada masa yang sama, bukan suatu dosa juga kalau kita tak mahu berkeriau mengenai kepentingan Melayu di bawah panji-panji Umno atau adik kandungnya, Perkasa. Dan, saya yakin sangat-sangat saya juga tidak berdosa di sisi Allah kalau saya tak mahu sultan Johor atau sultan Selangor misalnya menjadi jurucakap saya.
Saya yakin, tidak mahu dalam perkara sedemikian tidak menjadi satu kesalahan. Bukannya tak nak sembahyang misalnya. Yang tu memang berdosa.
Di sisi undang-undang juga saya yakin saya tak bersalah. Tak nak bukannya bermakna mencabar. Saya bukannya buat apa yang Waytha Moorthy dilaporkan buat - dituduh mempertikai peringatan sultan Johor.
Saya tak cukup keberanian untuk mempertikan ucapan beliau yang mengingatkan supaya "kes-kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati. Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan atau ditolak kes-kes yang sensitif terutamanya yang melibatkan kuasa raja-raja".
Saya tak akan pertikaikan ucapan yang saya petik dalam perenggan di atas. Bukan kerana saya tak sakit hati, tak benci, tak meluat atau yakin tidak bertentangan dengan Islam di mana kita melihat khalifah-khalifah dibicarakan. Saya tak akan pertikaikan kerana saya tak larat dah masuk lokap (Gambar sultan Johor berucap di majlis perasmian Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri Johor di Persada, Johor Bahru di atas adalah ihsan Utusan Malaysia).











Cantik? Klik 






Dalam konteks ini Yong sokong Sultan Johor. Yong geram bila orang Melayu (termasuk Raja Melayu) bercakap pasal hak Melayu, Hindraf yang duduk di UK menjerit2 kata racist. Tapi bila depa cakap macam2 mengata orang Melayu dan Raja2 Melayu takpe pulak. Di UK yang depa suka tu, sampai dunia kiamat depa takkan dapat sekolah rendah Tamil atau bina kuil ikut suka depa. Takkan orang melayu takboleh cakap pasai hak depa di negara depa?
Hindraf minta macam2 dari kerajaan Malaysia. Depa tahu tak kerajaan Malaysia tu Yong tanggung melalui cukai pendapatan Yong yang sedikit tu? Ape salah Yong pada Hindraf sampai Yong perlu korbankan sumbangan cukai pendapatan Yong pada mereka? Sumbangan hasil keringat Yong itu (dan pembayar cukai yang lain) dah masuk ke dalam budget sekolah Tamil, Cina dan Kebangsaan di Malaysia. Kalau nak tuntut apa2pun, tuntutlah daripada BN. MIC duduk sana buat ape?
Yong tak sokong PERKASA. Tapi Yong seru Hindraf jangan lebih sudu dari kuah. Hentikan kenyataan2 yang menyinggung orang Melayu. Ingat! Melayu bukan hanya duduk dalam UMNO!
yong
Saya setuju apa yg yong katakan !!!!Apa komen abu arif dan alkahfi
Hindraf jgn cuba langkah pantang2 org melayu,menderhaka dan buruk padahnya....sokong Yong u beradat...
Teringat satu petikan dari Peter McArthur, "Some people have so much respect for their superiors, they have none left for themselves". Siapa yea yang menukar perlembagaan negara terhadap kuasa immuniti Raja-Raja?...bukankah bekas pemimpin itu kini menjadi penaung PERKASAM..kadangkala pening fikirkan politik orang Melayu ini.Menteri Dalam Negeri ini juga pernah berkata apabila 3 orang peguam kena tahan dalam demonstrasi nyalakan lilin, "there is no one above the law"!. Apa maksud semua ini?..sebagai rakyat kita pening..pening..dan takut, takut, takut.. masuk lokap.Cuma kita ada satu undi..Alhamdullilah syukran.Masa undi nanti pening juga...pasal itu "panadol" paling laku dinegara ini.
Yong ni terlalu kemelayuan sangat. Gang-gang lanun yang yang melantik diri sendiri ni mana ada hati nak membela org haprak macam Yong atau kita semua. Tak ada faedahnya membela atau (membela) mereka yang duduk di atas kayangan ni sedangkan sebelah mata pun org melayu depa tak pandang. Jangan buang masalah Yong....
Tapi kita kena ingat kalau yg diatas dah kena lenyek yg dibawah dah tentu hancur berkecai mereka kerjakan.
jadila seperti rakyat sabah..