Masa sekolah menengah awal tahun tujuh puluhan dulu, saya selalu jugak curi-curi dengar orang tua-tua 'bersidang di Parlimen' - bersembang di kedai kopilah! Antara yang saya tak lupa dari banyak-banyak yang saya dengar tu ialah bila depa kata, "Orang Melayu apa yang ada lagi? Tinggal baju Melayu, Askar Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Utusan Melayu..."
Itu awal tujuh puluhan. Sekarang Keretapi Tanah Melayu pun dah jadi KTMB. Dah terperosok tersorok perkataan Melayu. Utusan Melayu entah jadi apa mana aku tau.
Ketika Melayu semakin tak ada apa lagi dah, hari ini, untuk menutup bangkai kesalahan mereka, para pemimpin Umno dan pak yet-pak yet mereka mengajar orang-orang Melayu jadi paranoid. Kononnya ada orang pertikai hak Melayu.
Kalaupun ada orang yang pertikai hak Melayu seperti yang dijerit-jeritkan oleh pemimpin Umno dan pak yet-pak yet mereka, itu bukan masalah paling besar. Kalau orang-orang Melayu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan ilmu serta kemahiran yang tinggi dan berdaya saing yang dengan sendirinya mengangkat martabat ekonomi serta kekuatan mereka, setakat nak pertikai hak, sikit kita tak heran.
Masalah terbesar dan semakin parah ialah jahat kelaku Umno yang tak puas-puas memperalatkan sentimen Melayu untuk dijadikan tunggangannya. Bagi memuaskan nafsunya yang menghakis serta mengkhianati Melayu dan hak-hak mereka, tunggangan terbaik Umno ialah sentimen Melayu.
Depan orang Umno mendakwa dia berjuang Melayu. Belakang orang-orang senyap-senyap para pemimpin Umno mengkhianati kepentingan Melayu untuk menagih dan melantak rasuah. Kasihan orang-orang bawahan Umno yang diperbodohkan (orang-orang bawahan PAS pula diserang candu masyarakat yang dijenamakan sebagai thiqah dan wala').
Perlembagaan memberikan hak kepada semua rakyat. Tetapi untuk orang-orang Melayu, dilembagakan jaminan tambahan dalam Perkara 153. Bukan senang nak terajang dan buang Perkara 153. Persoalannya, adakah Perkara 153 itu dioptimakan manfaatnya sambil tak kacau hak orang lain? Atau, adakah Perkara 153 itu semata-mata dijadikan alat Umno untuk mengkhianati dan membongokkan lagi orang-orang Melayu?
Kalau Umno serius membantu Melayu, Perkara 153 itu boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan sovereign fund bagi membantu orang-orang Melayu tanpa mengacau hak orang lain. Malangnya, RM50 bilion saham untuk Bumiputera dikendurikan oleh Umno untuk kroni-kroninya (blog ini dah bangkitkan benda itu sejak bulan Ogos 2009). Memang bumiputera rakyat biasa pun dapat saham-saham itu. Tetapi, mereka hanya dapat sisa-sisa sahaja. Yang kenduri sakan saham-saham itu ialah kroni-kroni para pemimpin Umno. Faraid macam harta mak bapa depa.
Perkara 153 bukan sahaja tidak dimanfaatkan dengan optima untuk orang-orang Melayu keseluruhannya, malah hari ini dijadikan alat untuk memparanoidkan Melayu pula. Bukan setakat itu sahaja, timbul pula cakap-cakap bahawa Perkara 153 pun akan terkorban kalau bangsa lain menguasai Parlimen.
Kalau benar bangsa lain akan kuasai Parlimen, siapa yang buat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? DAP? PKR? PAS?
Punya jahatnya Umno terhadap orang-orang Melayu, sampai hari ini pun mereka sengaja menjerit-jerit untuk menjadikan orang Melayu paranoid dan sekaligus mereka cuba kambus dalam-dalam untuk sembunyikan salah satu pengkhianatan terjahat mereka terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu.
Itu baru persempadanan semula kawasan pilihan raya. Belum lagi kita cakap tentang tanah rizab Melayu, penipuan dan penindasan mengalahkan hamba abdi terhadap orang-orang Melayu di tanah-tanah rancangan termasuk Felda, membiarkan orang-orang melayu Pulau Pinang dibuli dan dipinggirkan oleh Gerakan (dan oleh Umno sendiri sebenarnya) serta pelbagai pengkhianatan lain terhadap orang-orang Melayu malah terhadap agama Islam sekalipun.
Masalahnya, orang-orang Melayu sendiri tidak mahu memilih menjadi Melayu yang menentang kejahatan dan pengkhianatan Umno. Mereka fikir, kalau nak lawan Umno terpaksa jadi pak yet PAS, PKR lebih-lebih lagi DAP. Kerana Umno berjaya menjadikan DAP hantu yang ditakuti, orang-orang Melayu lebih lazat menjadi Melayu yang diidam-idamkan oleh kepentingan para pemimpin Umno untuk terus merembat harta negara ini dan mengkhianati mereka.
Mereka sedap sangat menjadi Melayu paranoid. La haula wa la quwwata illa biLlah!

Cantik? Klik 

Setuju.
UMNO menanam benih yg begitu mendalam tentang 'ketakutan' Melayu yang entah apa yg ditakuti pun kita tidak tahu. Saya sehingga hari ini terus memikir, 'siapa yang mempertikaikan hak Melayu'. Mereka (UMNO dan Perkasa) menjerit-jerit dalam media massa kononya hak Melayu dan Perkara 153 dipertikaikan, dicabar dan cuba dibahas. Tetapi oleh siapa?
Perlu untuk kita terus menulis dan menyampaikan segala pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu diseluruh pelusuk negara. Sasaran kita semua adalah penduduk kampung dan pendalaman yang terus menerus ditipu UMNO dan JKKK!
UMNO sebenarnya petualang bangsa. Malangnya, UMNO sentiasa dilihat berjasa terutama warga emas dan Melayu haprak yang sama-sama membolot kekayaan dalam negara.
Mereka perasuah dan perompak tetapi menjerit seperti wira bangsa.
Bukankan Presiden Perkasa juga mempunyai saham dalam MARA sebanyak RM25 juta?. Sebab itulah dia tidak mahu hak Melayu dipertikaikan. Kerana beliau begitu gusar juga tentang haknya yang juga turut dipertikaikan, "Bagaimana Breheng boleh dapat RM25 juta saham?"!. Itu yang ditakuti sgt. Bukan hak Melayu pun!
Bila bercakap mengenai ekonomi Melayu ia adalah berkisar kepada Ekonomi Patrotisma atau nasionalisma.Dasar ekonomi kerajaan hegemoni politik UMNO selepas Merdeka dipengaruhi oleh tiupan semangat nasionalisma dari negara jiran, terutamanya dari saudara Assat atau pun digelar Datuk Mudo seorang Nasionalis Indonesia. Ucapan termasyor beliau, "Kita jangan hanya Merdeka politik tetapi hendaknya Merdeka Ekonomi pula. Jangan dibiarkan ekonomi dimonopoli oleh golongan lain".Dasar Ekonomi Indonesia pada masa itu telah terpengaruh dengan pemikiran Assat dan menyebabkan kerajaan dibawah Presiden Suharto telah melaksanakan banyak rang undang-undang sekatan terhadap hegemoni ekonomi oleh kaum minoriti Tiong Hua di negara jiran tersebut. Pengaruh pemikiran ini juga telah meresap kepada Nasionalis Melayu UMNO di sini sehingga kini. Kalau kita sebut Datuk Ibrahiem adalah pengikut setia dasar Assat sehingga kini tidak boleh sangkal. Datuk Ibrahiem juga seperti Allahyarham Saudara Assat kerana tidak punyai sebarang Parti Politik (ahli bebas) sehingga akhir hayat.
Ekonomi Nasionalisma atau pun Ekonomi Patrotisma ada kelebihan dan ada kekurangan. Kelebihan adalah memberi peluang kepada rakyat pribumi/Melayu untuk menguasai ekonomi dengan menggunakan kuasa politik. Kelemahan ialah, ekonomi seperti ini tidak berupaya
berdaya saing dan sukar untuk mengalihkan graviti pusat dari pasaran domestik kepada pasaran antarabangsa. Bila Negara kini menjadi "Nation State" dan globalisasi tiori ekonomi modern berubah dari "commission" kepada "omission". Perebutan pasaran domestik akan menyebabkan konflik dalam penyatuan orang Melayu kerana kuasa politik akan bebas menentukan siapa yang mendapat habuan ekonomi. Maka timbulah kronisma dan nepotisma dan juga rasuah yang tidak dapat kawal. Konflik ekonomi akan bertukar kepada konflik dalaman bangsa Melayu. Penyatuan Melayu sukar dibentuk seperti zaman menuntut kemerdekaan dari penjajah dulu.Kerana pada masa itu "common enemy" atau musuh nyata adalah penjajah British maka keakraban yang telah wujud tak semestinya kekal selepas kebebasan politik (merdeka) telah berjaya diperolihi. Cara UMNO ingin menyatukan Melayu kembali dengan cara mencipta kaum minoriti "common enemy" itu tidak akan berjaya.Ekonomi orang Melayu perlu melangkau dari ideologi Nasionalisma untuk generasi akan datang.Ramai di antara orang Melayu marah apabila kita kata, "Rasullulah s.aw.tidak suka kepada Nasionalisma atau berpuak (assobiyah). Apakah kita masih tak mahu mengakui kebesaran seorang nabi Allah dan Rasullulah s.a.w sebagai negarawan dan ahli politik yang maksum yang ulung atau masih harapkan Tun Dr. Mahathir akan membantu orang Melayu?.
PAK BAKAQ,,,DILEMA YG disebut itu MEMANG WUJUD DALAm SEMUA PEMIKIRAN MELAYU YG SAYANGKAN BANGSA DAN AGAMA,,,,,,"MELAYU HARI INI SEDANG TERCARI2 PEMIMPIN YG BENAR2 MEMBERI HARAPAN MASA DEPAN BANGSA DAN AGAMA",,,,,,KORAP,RASUAH,PENYELEWENGAN dan SALAH GUNAKUASA PEMIMPIN2 YG ADA "MENYEBABKAN MELAYU HANCUR",,,,,,,'UMNO" nak terus hidup,,Buatlah " "PEMBERSIHAN HABISAN2",,,,"SINGKIRKAN SEMUA PENYAMUN DAN PENYANGAK",,,,,,,,"SEPATUTNYA PAS ,,FOKOS dan MAIN PERANAN YG JELAS dalam MENENTANG PERLAKSANAAN YG MENYELEWENG dan MERUGI BANGSA dan ISLAM",,,,PERANAN PEMBANGKANG SEBENAR TAK TERJADI,,,,,,JIKA PAS TAHU dan FAHAM apa YG TERJADI,,,"SEKURANG2NYA IANYA MENJADI "KEKANGAN" dan "BENTENG" yg dapat menahan "KEROSAKAN" yg akan berlaku maka RAKYAT dan ORANG "MELAYU" dapat MENILAI dan "MENYUSUN SEMULA" struktur politik "MELAYU" yg bersih dan KUAT,,,,,,,,,,,MASAALAH HARI INI PEMBANGKANG YG ADA "MENYALAK TAK TENTU HALA dan DIA SENDIRI TAK TAHU APA YG DI SALAKAN",,MALAHAN MAKIN MERAPU DGn DENDANGAN dan nyanyian yg dah berpuloh tahun,,,masih lagi MELAYU TAK YAKIN,,,,,,,,,
Kasihan orang Melayu, terutama di kampung2 dan warga emas..
Sebahagian, sering bodoh dan dibodohkan. Entah la sampai bila ?!
Berubahlah...
'Menjana Perubahan Negara Berkebajikan'
Yang Kaya Bertambah Kaya,
Yang Papa Bertambah Kedana,
Yang Bodoh Dibodohkan Lagi,
Yang Bangang Diperbangangkan Lagi,
Mai nak habaq mai..Ini kisah satu cerita..
Canang semangat keMELAYUan merata rata..Cina, India, Kadazan, MELAYU dalam satu iklan konon konon 1 MALAYSIA..
Sapa yang takut sebenaq nya..sapa yang buat org MELAYU berpecah..Bila dah dapat madu sepah dibuang..Bila dah kaut semua taik nak sebaq kat org..Menate betul puak puak Yahudi APCO ni..tan sri, datuk sri, datuk dan bermacam macam lagi yang takut sebenaqnya..tak puas puas lagi ka dengan harta kekayaan tu..dah terancam org lain pun kena ikut sama ka..sapa yang buat taik?..dulu masa buat x nak beringat..bukan semua MELAYU haprak macam hampa..
Kat Malaysia ni macam mana banyak sangat pendatang..berapa banyak dapat satu kepala..si NEGRO, BANGLA, VIETNAM, NEPAL and INDON ni apa cerita..
Mereka ni bersepah sepah dah ni..Dah sarat dah ni..Sapa yang lepas ni..Tak kan tutup mata ja kot..Depa ni dah nak dok kat sini..Tak mau balik..Apa tindakan pihak berkuasa..Ada buat pemantauan keluar masuk ka..YANG MASUK TAPI TAK DAK REKOD PON ADA..Apa Crita Apa Kes!!!..Mcm mana EMPAYAR MELAKA boleh kalah..Pi la belajaq sejarah balik..Jangan nanti sampai MALAYSIA jadi lagu tu semua yang ada "TAHTA, HARTA, WANITA" x dak dlm MALAYSIA ni..Alih alih yang papa kedana ni la yang tinggai..
Wahai bangsa MELAYU bukak mata tengok sekeliling anda..Wahai pencacai pencacai Yahudi APCO..Hari ni dapat duit..Dapat Kuasa..Seronok Gila..INGAT..Tanah dah x banyak dah ni..Tanah kat Malaysia dah jadi tanah pendatang dah ni..Kena share ngan pendatang dah ni..Lama lama PATI (Pendatan asing Tanpa Izin) pastu jadi penduduk tetap (PADI a.k.a Pendatang Asing Dengan Izin)..Yang penting hampa (PADI) bayaq ja duit boleh dok lama sikit..NO MONEY NO TALK..Masa tu ORANG MELAYU JATI jgn dok kalut macam nak kelaut..
Negara org MELAYU dah tergadai ditangan puak puak Yahudi APCO ni..MELAYU skrg kena bersaing ni nak duduk kat atas tanah air sendiri..Lama lama kita pulak jadi pendatang a.k.a pengemis kat tanah sendiri..Esok esok yang kaya kaya x dak kat Malaysia kita nilah yang merasa saki baki taik yang ditinggalkan puak-puak Yahudi APCO ni..
Sekarang ni bukak TV konfirm dapat dosa..artis yang dipuja puja..pakaian sendat, kentat,melekat..tak pakai tudung..dedah sana sini..ada ka PAK MENTERI PAK MENTERI ni nak tegur..mmm haram bejadahlah..bini sendiri pun pun pakai tudung tersembul keluar buat buat buta ja..buta mata pun ya buta hati pun ya jugak..ni la akibat bertuhan kan harta..remaja skrg dah berani melanggar pritah Allah..dah brani berzina..dah berani minum arak..ni ka yg dikatakan negara ISLAM..ya kot ISLAM HADHARI la katakan..amalkan ISLAM ada HADnya dan ada HARInya..tak pa kita tunggu sama sama bala dari Allah..Janji Allah pasti akan ditepati..Baik Jahat pukul sama rata..
Tolonglah bangsa Melayu..Bangun lah atas dasar agama Islam bukan bangun kerana UMNO..Banyak sangat dah kerosakan kat Malaysia ni..Nak tunggu bala besar dari Allah sampai baru nak berubah ka..
Kesian sungguh org org kampung..depa ni la senang senang kena tipu bila sebut ja bangsa MELAYU diancam..depa ni la senang senang diperkudakan..
Teringat pulak lagu Anak Kecil Bermain Api Tu..
Rupa rupa nya Lagu Dicipta untuk Pencipta..
Renung-renung kanlah Wahai Bangsa Ku..
"Tanah di pijak milik orang" angkara siapa..
SELAMAT BERAMAL, ANDA BUAT ANDA DAPAT...
Asalamualaikum..Lu Pikiaq La Sendiri Yeop..
org melayu blh maju termasuklah pak bakaq. masalahnya byk org melayu asyik bercakap aja baik yg dlm umno, pas atau pkr. syukurlah perempuan2 melayu byk cover kelemahan lelaki2 melayu. mereka meramaikan instititusi pengajian tinggi ngra ini. isteri2 byk yg bantu suami2. byk isteri yg gaji lbh tinggi drp suami. sbb suami kata cukuplah apa yg ada. tp bila isteri pakai keta besar dia yg plg suka. pd pendapat sy, lelaki melayu perlukan anjakan paradigma.
Pak Bakaq,
Hang cakap pasal tahun 70han,ana nak buka sejarah ringkas tahun 1948 supaya orang macam Brahim Katak dan ahli-ahli Pekosa yang pakai songkok tinggi tahu dan faham dimana silapnya.
Apabila UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar terima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu dengan sendirinya KERAKYATAN Tanah Melayu sudah diagih-agihkan oleh British kepada bukan-Melayu.Seorang penulis sejarah dalam bukunya "Dialog Sejarah" yang diawal tahun 60an digunakan sebagai buku teks sejarah disekolah menengah,menulis "Buat pertama kali dalam sejarah tanah air,Kerakyatan sudah bukan lagi milik mutlak orang Melayu".Penerimaan Gagasan PTM oleh UMNO juga telah menjadikan Perjuangan Menentang Malayan Union sudah tidak bermakna lagi.Perlembagaan Reid dalam menyusun Perlembagaan yang ada sekarang,memperkokohkan isu kerakyatan ini sehingga beberapa tokoh dalam MKT UMNO membantah.Malangnya Tengku Abdul Rahman berkeras meneruskan dan menerima perlembagaan tersebut.Disinilah kesilapanya,kerosakannya dan nasi sudah jadi bubur.
Cendikiawan muda dalam UMNO dan ahli-ahli PERKOSA yang bersongkok tinggi pergilah kePerpustakaan Negara.Disana banyak bahan sejarah "betul" dan "tulin" yang masih belum dimusnahkan.Baru kamu tau siapa punya angkara semua ini.
Melayu sejak dulu kini dan selama nye tetap layu..........sebab itu yg penting dan terlebih penting ialah ISLAM dan IMAN......
Hanye dgn islam dan iman yg mantap shj yg mampu menempoh apa shj cubaan dan halangan...............pergi mamposss dgn melayu.
Baru-baru ini keluar mel dimajukan mengenai Sultan Kelantan, dalam keadaan tak berdaya kerana uzur, dan pembantu, pegawai diserbu oleh pihak UTK yang hanya bertugas dengan perintah Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.
Ini sangat menyedihkan dan kerja binatang yang tak berintelek dan buas mengurus masaalah. Yang sedih lagi ianya dibuat dan dilakukan oleh orang-orang Melayu konon. Mel ini dikelilingkan oleh bukan saja orang Melayu tetapi yang bukan sebangsa juga. Tindakan ini bukan saja kejutan kepada mereka bahkan telah menimbul kemarahan atas kelakuan ini dalam suasana dan peradaban yang mereka kenali sebagai nilai yang disanjungi orang Melayu.
Orang Melayu perlu bangkit dari tidur dan bertahan atas apa yang mereka hargai sebagai nadi budaya mereka yang jelas telah dianiayai dengan kekejaman dan penderhakaan. Tidak hairanlah kalau telah nyata kekejaman saperti ini berlaku ke atas rakyat jelata Melayu dan lain-lain, hak asasi dan ekonomi kita diperhinakan dengan perbuatan yang rakus dan ganas.
Dah tiba masanya kita bertindak dengan kaedah yang berbudaya, tamaddun dan kemuliaan dengan menunjuk kuasa yang ada secara undi dalam pilihanraya.
Sudah lalu masanya untuk kita bertindak dengan peti undi.
Perlu diperjelaskan yang perbuatan dan tergak kerabat di Raja dalam perintah-perintah dan amaran lain tidak boleh dipersamakan dengan peristiwa khusus ini.
minta printkan dan edarkan pada khatib2 seluruh negeri selangor untuk bacaan khutbah jumaat esok............aku setuju bait-bait ayat dlm teks tu.........menyentuh kalbu
tokpengulu