
Jaga-jaga! Jangan dok buat tak tentu hala! Umno tengah dok rasa dia kuat sangat ni. Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pun dok rasa ucapan penggulungan proksi Datin Seri Rosmah Mansor selaku presiden parti membangkitkan semangat Umno. Wow!
Jangan cari fasal, orang-orang Umno yang baru balik dari perhimpunan agung mereka tu macam-macam budak-budak belasan tahun yang baru keluar panggung wayang selepas tengok cerita Bruce Lee. Dek kerana menonton cerita Bruce Lee dengan penuh perasaan, budak-budak tu keluar panggung wayang dengan membajet diri mereka penuh macho, penuh gagah sebab depa dok perasan depa pun kuat macam Bruce Lee jugak. Tu dia!
Begitulah juga orang-orang Umno yang baru keluar dari dewan perhimpunan depa tu.
Yang nak tergelaknya ialah apabila proksi Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak repair balik ucapan dia semasa menyampaikan ucapan dasar dalam ucapan penggulungannya tadi. Kenyataan beliau dalam ucapan dasar itu dengan sendirinya membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk menghambat Umno dari terus merembat harta negara untuk kepentingan sendiri dengan menyalahgunakan kuasa yang kian menyebabkan ia mabuk dan gila.
Kerana terlajak cakap, proksi Rosmah mungkin kena hentam di belakang tabir oleh-orang Umno bila dia kata hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan. Dalam ucapan penggulungannya tadi, proksi Rosmah jadi histeria dalam usahanya nak repair kenyataannya dalam ucapan dasarnya Khamis lalu.
Malangnya, walaupun jenuh memutarkan lidahnya, usaha proksi Rosmah nak repair ucapannya sebelum itu langsung tidak meyakinkan. Dia tak boleh buat apa-apa lagi dah. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa Umno tidak relevan malah tidak diperlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu.
Apa perlunya Umno jika hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan? Tak perlu, tak perlu, tak perlu! Sudahlah, tak perlu lagi Umno menjadi timbunan sampah yang menghalang usaha memerdekakan orang-orang Melayu dari cengkaman para pemimpin parti perasuah itu.
Umno mesti dihambat oleh rakyat dari tampuk kuasa kerana parti itu sudah ke peringkat beyond repair. Hakikat bahawa parti perasuah itu tak boleh diperbaiki lagi awal-awal telah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam berita bertajuk "Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", Malaysian Insider 12/10/10 melaporkan:
Orang-orang Melayu makin hari makin ramai yang meluat sangat dah melihat proksi Rosmah di tampuk kuasa. Masa depan orang-orang Melayu bukan di tangan Najib dan Umno yang nampak sangat menjadi proksi Rosmah terutama dalam Belanjawan 2011 yang dibentang baru-baru ini. Dengan memanfaatkan apa yang dah terkunci kemas dalam perlembagaan, masa depan orang-orang Melayu di tangan Allah s.w.t.
Bukan Umno, sama sekali bukan, tetapi keimanan yang tinggi kepada Allah dan tahap keilmuan serta kemahiran yang tinggi yang boleh meneguhkan langkah orang-orang Melayu di masa hadapan sekaligus mengangkat harkat dan martabat mereka.
Memang, hilang sokongan Melayu yang diperbodohkan, hilanglah Umno! Hancur Umno!
Berkaitan:
Penindasan terhadap orang-orang Melayu di PWTC (Aduka Taruna 24/10/10)
Amanat Presiden 2010- whats new pussycat, whoa, whoa, whoa (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 23/10/10)
Adakah CIA dan AS juga akan pertahan Putrajaya untuk Umno-BN? (Misai Merah 23/10/10)
Only Umno can protect Malay rights, says Najib (Malaysian Insider 23/10/10)
Ringkasnya, tutup cerita Perlembagaan, UMNO pertahan kuasa (Merdeka Review 23/10/10)
Umno has failed the poor Malays (Malaysiakini 24/10/10)
An inconvenient truth: Meritocracy scares the poor (Malaysiakini 24/10/10)
Umno assembly sticks to Malay agenda over 1 Malaysia (Malaysian Insider 24/10/10)
2011 sama penting buat Najib, antara PRU-13 dan pemilihan Umno (Malaysian Insider 24/10/10)
Jangan cari fasal, orang-orang Umno yang baru balik dari perhimpunan agung mereka tu macam-macam budak-budak belasan tahun yang baru keluar panggung wayang selepas tengok cerita Bruce Lee. Dek kerana menonton cerita Bruce Lee dengan penuh perasaan, budak-budak tu keluar panggung wayang dengan membajet diri mereka penuh macho, penuh gagah sebab depa dok perasan depa pun kuat macam Bruce Lee jugak. Tu dia!
Begitulah juga orang-orang Umno yang baru keluar dari dewan perhimpunan depa tu.
Yang nak tergelaknya ialah apabila proksi Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak repair balik ucapan dia semasa menyampaikan ucapan dasar dalam ucapan penggulungannya tadi. Kenyataan beliau dalam ucapan dasar itu dengan sendirinya membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk menghambat Umno dari terus merembat harta negara untuk kepentingan sendiri dengan menyalahgunakan kuasa yang kian menyebabkan ia mabuk dan gila.
Kerana terlajak cakap, proksi Rosmah mungkin kena hentam di belakang tabir oleh-orang Umno bila dia kata hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan. Dalam ucapan penggulungannya tadi, proksi Rosmah jadi histeria dalam usahanya nak repair kenyataannya dalam ucapan dasarnya Khamis lalu.
Malangnya, walaupun jenuh memutarkan lidahnya, usaha proksi Rosmah nak repair ucapannya sebelum itu langsung tidak meyakinkan. Dia tak boleh buat apa-apa lagi dah. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa Umno tidak relevan malah tidak diperlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu.
Apa perlunya Umno jika hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan? Tak perlu, tak perlu, tak perlu! Sudahlah, tak perlu lagi Umno menjadi timbunan sampah yang menghalang usaha memerdekakan orang-orang Melayu dari cengkaman para pemimpin parti perasuah itu.
Umno mesti dihambat oleh rakyat dari tampuk kuasa kerana parti itu sudah ke peringkat beyond repair. Hakikat bahawa parti perasuah itu tak boleh diperbaiki lagi awal-awal telah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam berita bertajuk "Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", Malaysian Insider 12/10/10 melaporkan:
Tengku Razaleigh Hamzah yesterday shot down any chances of Umno reforming itself during its upcoming annual general assembly, amid his sudden popularity within the party recently.Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan apa-apa perubahan besar pada perhimpunan agung Umno kali ini, Razaleigh dengan jelas memberikan undi tak percayanya apabila berkata:
"Ia akan sama sahaja. Akan ada perbahasan dan disusuli dengan gelak ketawa. Saya tidak melihat akan ada apa-apa kelainan".Kalau Umno pun tak boleh direformasi atau dilakukan perbaikan oleh Najib, tidak ada jaminan langsung proksi Rosmah itu boleh mentransformasikan negara ini.
Orang-orang Melayu makin hari makin ramai yang meluat sangat dah melihat proksi Rosmah di tampuk kuasa. Masa depan orang-orang Melayu bukan di tangan Najib dan Umno yang nampak sangat menjadi proksi Rosmah terutama dalam Belanjawan 2011 yang dibentang baru-baru ini. Dengan memanfaatkan apa yang dah terkunci kemas dalam perlembagaan, masa depan orang-orang Melayu di tangan Allah s.w.t.Bukan Umno, sama sekali bukan, tetapi keimanan yang tinggi kepada Allah dan tahap keilmuan serta kemahiran yang tinggi yang boleh meneguhkan langkah orang-orang Melayu di masa hadapan sekaligus mengangkat harkat dan martabat mereka.
Memang, hilang sokongan Melayu yang diperbodohkan, hilanglah Umno! Hancur Umno!
Berkaitan:
Penindasan terhadap orang-orang Melayu di PWTC (Aduka Taruna 24/10/10)
Amanat Presiden 2010- whats new pussycat, whoa, whoa, whoa (Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz 23/10/10)
Adakah CIA dan AS juga akan pertahan Putrajaya untuk Umno-BN? (Misai Merah 23/10/10)
Only Umno can protect Malay rights, says Najib (Malaysian Insider 23/10/10)
Ringkasnya, tutup cerita Perlembagaan, UMNO pertahan kuasa (Merdeka Review 23/10/10)
Umno has failed the poor Malays (Malaysiakini 24/10/10)
An inconvenient truth: Meritocracy scares the poor (Malaysiakini 24/10/10)
Umno assembly sticks to Malay agenda over 1 Malaysia (Malaysian Insider 24/10/10)
2011 sama penting buat Najib, antara PRU-13 dan pemilihan Umno (Malaysian Insider 24/10/10)











Cantik? Klik 






Kah! kah! kah! pendekar kampung pinang sebatang. Perhimpunan Umno hanya penuh dengan pantun sana pantun sini...gelaaaaak...pas tu pakat sedeyy kata hak Melayu hilang kalau Umno tak ada...bagi tau kat perwakian Umno takat belajaq silat tapak 4 dalam perhimpunan Umno balik kampung masing-masing cabut pokok temucut pun tak putus.
Semua khayalan macam filem P. Ramlee naik tikar terbang..zam-zam al lakazam..
Majlis Zikir Melayu Melayu Melayu baru saja Selesai.Tak tahulah berapa ribu kali Perkataan MELAYU di sebut dalam perhimpunan Agong tu.Sekali sekali dengar lah perkataan Islam.Lepas majlis wirid UMNO MElayu maka balik lah pemimpin UMNO dan penyokong mereka beramai ramai untuk menferait harta rakyat.Skim Tanam Semula telah di istihar oleh Tim.Peresiden Umno...anak Pak yasin.Mata Pelajaran Sejarah akan di wajibkan pada Persekolahan tahun 2013.Macam nak umum peneroka Tanam Semula Kelapa sawit.Sistem pelajaran yang sedia ada tak cukup subur untuk membuahkan pejuang Melayu di masa depan.Oleh itu anak bangsa yang akan datang wajib lah hafal sejarah melayu ..kalau mata pelajaran sejarah gagal tak dapat sijil sebab ianya akan di jadikan mata pelajaran Wajib....Anak pak bakaq kalau ambil SPM tahun 2013 kena banyak membaca bab sejarah kalau tidak nanti tak dapat sijil tak boleh masuk Universiti.kita kena ajak bab sejarah ni pada anak kita .Sejarah tanah air ku yang akan di muatkan dengan fakta sejarah bagi kesedaran agar Melayu kenai sejarah.Bau lain macam aje!!!Harap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran sejarah tu pun di pinda kena banyakan sejarah perjuangan UMNO dan Bangsa Melayu.Bila anak dah besar boleh wirid sampai ke langit..UMNO kalah Melayu hilang kuasa !UMNO hilang kuasa Melayu binasa...sedap tak wirid cam Tu pak baqak.Rasa rasa tahun 2013 Orang Melayu dok buat Talkim atau kenduri aruah UMNO dah berkubur.Rasa rasa 2013 Zaman Dajal dan sekarang fitnah dajal sedang bermaharaja lela.Aku pun nak Wirid macam UMNO juga...tapi dalam jamban
Perhimpunan umno buat sibuk sanasini muak tv1237, 1hari suntuk boring,tak ada yg proaktif bahkan byk duit rakyat terbang beratus juta hilang,apatak semua free,semuapun aku boleh panggil asal ggah nampak dimata najis,melayu sekarang kata takdak umno,kata nak memperjuang hak org melayu,kalau org melayu dikelangan ahli umno saja tu buat buta mata melayu,yg mereka nak juang tu melayu mamak,negro,bugis itu melayu umno,KATAKAN TAK NAK UMNO membela melayu...kami dah muak pembohongan demi pembohongan umno presiden bertukar ganti mcm tu juga.....
AGM UMNO penuh dengan ucapan sindiran kepada PR. Tak dak suatu idea pun dengan jelas membahas bab-bab roh keagamaan dan keimanan selain dari cerita pasai wang dan harta orang melayu. Bagi aku yang bodo undang-undang ni, kalau hak orang melayu dah terkunci kemas, apa masalahnya orang lain perintah termasuk cina hindu. Itulah kalau dah banyak sangat makan duit-duit haram rasuah otak para pemimpinnya dah tak keruan.
Sudahlah kalau manusia, manusia juga. Orang melayu macam kau orang, memang suka mengumpat dan mengeji. Tengok muka kat cermin cakap aku siapa. Kalau setakat hidup dapat duit dgn mengumpat dan mengeji tak payah, buang masa. Dia orang cakap macam tu sebab dia orang ada kuasa rakyat, ada duit, ada karisma, ada penyokong dan ada segala-galanya sebelum mati. kau orang hanya buang masa. lu fikirlah sendiri. yang penting syurga dunia dapat, syurga akhirat kau belum tentu, itu allah punya kuasa. bukan lebai macam kau orang semua zahir sahaja itu pun tak betul belum batin , itu pun kau sendiri pun tak tahu.
yang bercakap ini saja suka2 cakap atau nak menyakitkan hati dan membakar perasaan orang. cukup lah beri pendapat yang boleh membantu, bukan mengeji dan mengumpat. Saya bukanlah pak lebai tapi sangat hairan dengan sikap orang yang suka menindakkan yang benar dan kadang2 terlalu bodoh statement yang di tulis. maaf
UMNO kau baik tidur aje apapun najis kata,rakyat tak dak terima bulat2 hanya melayu rasuah pencacai najis saja beria-ia hak majukan umno,yg bahagian2 umno naik muak pasal najis dah cakap dia dah kunci harta umno utk agihan mereka saja
entah la aku rasa mcm tak wujud langsung perhimpunan umno tu
apa pun bravo najib for yur own made trap untuk umno vanish forever
Ku Li yang lama dalam UMNO pun kata,UMNO tak akan berubah,serupa macam dolu jugak.Bertahun-tahun perhimpunan UMNO ni sama aje,pantun,sorak,tepuk sambil berdiri,kelakar,gelak-ketawa berdekah-dekah dan sebut perkataan "Melayu" seribu kali.Kalau ada sesiapa yang coba nak membangkitkan sesuatu yang betul dan serious,kena boo,sebab perhimpunan ni bukan tempat nak berbahath dan berbincang dengan serious tapi pesta hiburan dan beli-belah.Lepas perhimpunan akan keluar kenyataan,UMNO sudah matang.61 tahun sudah wajar dan sampai masanya parti jenis ini dibuangkan kedalam Sungai Kelang,yang berhampiran dengan PWTC tu.Namun apakan daya,ahli-ahlinya dak kena "ternak".Dewasa gembalanya lebih hebat kerana mengaku First Lady.Hancurlah Melayu !!!
Elok lah UMNO buat Tanam Semula macam pokok sawit.Sebab pokok yang sedia ada tersangatlah berpenyakit serta tak ada apa apa hasil yang memusakan orang melayu.Semakin banyak di bubuh baja semakin berpenyakit jadinya.Berulat,busuk hancing bau pun nak muntah.Apa jenis pokok ni.Tiap tiap tahun di Dewan PWTC UMNO di taruh baja oleh pemimpinnya tapi baja yang di taruh mengandongi tosid pada tanah macam mana pokok tu nak hidup segar bugar dan buah yang enak.Belum taroh baja lagi Najib dah taroh racun (100 tingkat)maka rakyat dah takut nanti makan buah beracun.Elok lah tanam semua UMNO kemudian guna baja organik (Al Kuraan dan Sunnah)
Bila pulak perhimpunan umno dijadikan tempat untuk membuat dasar berkaitan dengan pendidikan. Akibat nak cari nama dalam tempoh singkat tanpa memikirkan intipati sebenar pendidikan sejarah itu sendiri, maka ramai yang beri komen negatif especially dari pihak-pihak akademik terhadap kenyatan Menteri Pendidikan di perhimpunan umno hari tu. Malahan komen yang dibuat oleh pelajar tingkatan 4 dari Penang (baca NST muka 2) lebih bernas dari Menteri dan Timbalan Menteri yang dipertanggungjawabkan ke atas Pendidikan.
puak2 nie x takut dosa fitnah ke? gambaq tu kat monte carlo punya. kat KL punya show tu beradab la skit. bikin malu serban je.
Allah jadikan syurga dan neraka pilih sajalah yang mana satu pak lebai suka.Nampaknya macam suka belakang je. Masayaalah bertaubatlah pak lebai2. Jangan jadi manusia yang terus jadi batang kayu.Kita ini hidup diakhir zaman, yang penting kehidupan kita kena teruskan sebelum arahan tuhan kepada malikat meniup trompetnya.
hairan sungguh...... kita bercakap kepada yang betul. bukan membuat fitnah. Entahlah kadang2 bila baca blog2 ni dibuat saja suka2 atau sakitkan hati orang yang membaca.kalau beri idea yang baik saya sokong, tapi bila di fikirkan ada Syurga dan Neraka patutlah pak lebai berlumba-lumba menanam saham bila mati nanti.Saya meyokong kepada kerajaan yang memerentah yang mendapat mandat dari rakyat. Tak kira siapa yang memerentah. Saya mendapat kehidupan dari suasana sebegini dan dah nak pencen . Allahdulilah apa yang saya nak semua dapat dari gaji yang saya dapat dari perkerjaan saya. Rumah ada, anak ada semua belajar di unversiti, isteri berkerja, pun dah nak pencen/ kereta ada, tanah untuk ladang ada bukan percuma tapi beli dari wang gaji, wang simpanan ada, dah pergi mekah dua tiga kali semua dari gaji yang di simpan.Jadi sEMUA ada. Ini namanya berkat dan ingat ALLAH, bukan macam saudara tak habis2kondem kerajaan. tuan2 tak boleh buat apa. PRU 13 UMNO sapu bersih.
UMNO KUAT
UMNO SIHAT
UMNO HEBAT
UMNO KERAS
UMNO KAYA
UMNO SELALU D TOLONG ALLAH, AMIN
kenapa tulisan saya tak di publiskan. baru kita lihat lu siapa. House PK tak kira lu sokong ke tak dia tetap paparkan.
siapa yg bodoh meluangkan harta diri,bermakna katak betul org tua ni dah nak pencen pun tak reti2 kuasa umno,yg kau hidup senang dan susah semua dari Allah kita tak kata dari iblis umno,zaman sekarang apa yg kau ada semua org ada,kau beruntung dpt rumah,kereta naik Hj,kami tak tanya semua ini,kalau tak faham rahsia politik baik kau tersungkor tunggu pencen je,sedarlah dari sekarang melayu mcm kau hanya tahu untung je,sehingga pencen berkerja pun tak tahu sesah senang sahabat2 melayu sendiri,kejam mcm org umno....renung2 dan pandang2 belakang rumah tu apa anak bangsa kita sudah makan kah belum..kita sedap2 makan dlm rumah,aircon lagitu,sedangkan banyak lagi bangsa kita merempat diluar sana berhempas pulas cari makan,untung saudara senang lenang tanpa menyedari hakikat sebenarnya,mcm org umno lah ni semua sapu hak rakyat,yg penting senang lenang,biar bangsa ku merempat dibumi sendiri..langsuttt betul org ni.....
suruh si rosmah mansor tu melingkup lagi bagus.
Tuan2 lebai kenapa mesti bercakap macam org. tak tahu hukum. saya bercerita bukan kerana nak bangga diri.Tapi itulah yang saya dapat. saya menyokong kepada ketua iaitu mereka yang memerentah. Mereka yang menang pilihan raya walau 1 undi tuan2 lebai mesti ingat tuan2 boleh ubah senario ini dengan menyokong dan pastikan parti tuan lebai menang. saya pun akan ikut ketua yang baru. itu cara saya. Tuhan telah berfirman, yang baik akan mendapat pahalanya.Tuan2 lebai yang marah sangat dgn UMNO kenapa. Mereka dah menang biarlah mereka perintah dan kalau awak menang awak pun sama macam mereka. Lihatlah negeri2 yang d perintah pebangkang hancur. lihat lah PKR. Tak kan lah apa yang d buat oleh pemimpin tuan lebai yang bersenkokol tu betul malulah nak cakap. macam itu pun tuan2 lebai suka masyaalah bertaubatlah sebelum terlambat. kerana nampaknya macam dah nak kiamat. Malu saya melihat dan membaca org melayu yang masih lagi duduk d atas pokok. Sekarang dah moden tak kan nak naik unta lagi kot. Jangan sia2kan syurga duniayang tuhan bagi ni lebai Oooii.Hidup nak dosa dan pahala. Saya cakap ni sebab kita taak tahu kita buat dosa, macam pak lebai. tapi berubaah lah melayu,melayu,melayu. jagan ikut sangat perasaan hasat dengi, tamakdan haloba. akhirnya nanti kita rugi.
Masyaalah. anak2 tak makan bukan salah kerajaan pak lebai. Salah mak bapak, main sedap2 taklah kerajaan nak bagi makan. kerjalah. bukan isteri berkerja pak lebai dari pagi minum kopi buang masa. anak kat rumah kebulur cerita caci kerajaan je. apa punya manusia ni. Anak itu amanah tuhan . jangan nak sedap aje. pelik bin ajaib. Kita bawa masuk org luar berkerja. pak lebai goyang kaki hentam kerajaan. lepas tu cakap kerajaan tak jaga anak apa punya melayu kau ini.Mahathir cakap melayu mudah lupa. Pak lebai tak baca. jadi itu pasal marah kerajaan tak tentu pasal. Saya bukan tak tahu berpolitik. saya belajar tinggi, dan merupakan ketua kantor pak. kalau pekerja saya macam lebai ni dah lama saya pencenkan. Orang berfikir macam mana nak maju. kau semua pikir macam mana nak bagi makan anak sendiri, punya lah sengal pak lebai2 ni. maaf agak kasar tapi sedarlah wahai melayu yang tak ada wawasan bbagi genarasi akan datang. jangan ada manusia seperti pak lebai ini. Wasallam.