Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita, rakyat, memang sengaja dikorbankan

Perkataan collateral damage adalah ungkapan lunak yang khabarnya mula disebut ketika Perang Vietnam. Lebih kurang maknanya ialah korban atau kemusnahan yang tak disengajakan dalam peperangan.

Lebih kurang lagu ni contohnya; katakanlah ada seorang yang kita bubuh la nama dia Muhyiddin. Muhyiddin ni nak bom seterunya yang kita bubuh la nama dia Najib (sekadar contoh sahaja, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun mati).

Nak jadikan cerita, Najib duduk tak duduk mai minum teh tarik kat Restoran Thaqwa tempat saya selalu dok minum. Masa dia mai minum tu, saya dan beberapa orang lain pun memang dok tengah minum di situ. Oleh kerana Muhyiddin memang nak bom Najib, dia tak ada pilihan melainkan kena lempar bom kat Restoran Thaqwa tu, sebab Najib dok ada di situ. Bila bom meletup, saya dan orang lain yang tak berdosa yang ada di situ kira korban yang tak disengajakan la, kira collateral damage la tu (nau'zubiLlah berlaku macam tu).

Semalam, Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Najib: I was collateral damage in '99 GE" (komen-komen di sini). Lebih kurang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa dia jadi korban tak disengajakan dalam pilihan raya 1999 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad saling beramuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masa tu dia menang dengan majoriti yang sangat ciput, 241 undi ja. Ada orang tuduh, itu pun nasib baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tolong. Itu orang tuduh. Saya tak tau benar atau tidak. Kena tanya bekas Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Hari ini, muncul pula komen yang mengatakan rakyatlah yang menjadi korban tak disengajakan di bawah pemerintahan Najib (lihat "'Rakyat collateral damage of Najib's premiership'"). Saya tak setuju sama sekali pandangan itu. Saya bangkang habis-habisan pandangan itu.

Yang sebenarnya, rakyat memang menjadi korban yang disengajakan demi membolehkan Najib menjadi Perdana Menteri dan terus menjadi Perdana Menteri. Orang-orang Umno sendiri memperihalkan betapa tidak cerdiknya Najib (kalau kita kata bangang nanti orang marah, jadi kita pun gunakan perkataan lunak atau euphemism jugak). Kalau anda baca pelbagai ulasan orang-orang Umno mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP), anda boleh nampak apa yang saya kata. Tinggal lagi depa tak gamak nak tibai Najib cukup-cukup. Yang jadi mangsa ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. Macam la Idris boleh buat apa dia suka tanpa dibentangkan kepada Najib terlebih dahulu, tanpa dipersetujui oleh Najib terlebih dahulu.

Orang Putih kata, "it is too high a price for a leader to make mistake". Itu kalau buat salah atau silap. Kalau memang bangang lagu mana? Siapa lagi yang jadi korban yang disengajakan kalau bukan kita, rakyat?

Berkaitan:
Pacat-pacat Putrid Jaya (Putrid Jaya 1/10/10)
Desmond has a barrow in the market place (Malaysia Today 1/10/10)
Desmond and Cindy: new crony kings? (Malaysia Today 1/10/10)
Desmond Lim - the new Chinaman kingpin of Putrajaya (Malaysia Today 1/10/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau memang bangang lagu mana?
    Siapa lagi yang jadi korban yang disengajakan kalau bukan kita, rakyat?

    ha ha ha

    kita tunggu apa komen abu ariff dan alkahfi
    penyokong tegar bn/umno.

    ...mat melake....

  2. Bab korbankan Rakyat kerja Ahli Politik yang Korrup tak kira dari mana parti sekali pun.Tapi yang telah terbukti melalui catitan sejarah tak lain tak bukan hingga budak sekolah pun tahu ia itu UMNO/BN.Ini fakta semuanya pecah rekok dari Rasuah,kronism ,nepotism segala mak nenekk ada.Seolah olah jadi satu fenomina akhir Zaman.Tapi yang peliknya parti yang dok sebut tarbiah tarbiah ,Usrah,Tamrin,jihad baca ayat itu dan ini ,nasihat orang ramai mengenai Pembalasan syurga dan Neraka tiba tiba tiba bila dapat jawatan dapat kuasa dapat habuan maka tradisi mengorbankan Rakyat di amalkan.MB Kedah nak naikan tarif air pulak!!!!.Ni lah hasil tarbiah pimpinan ulamak.Kalau rakyat bagi balik KEDAH kat UMNO/BN lagi terok macam pangil perompak untuk terus merompak.Ada sesuatu yang tak kena dengan Manusia akhir zaman ni.Pak Bakaq bila baca Kesah SIAPA AZIZAN terkejut berok aku.Senerio yang sedang belaku di Kedah.AJK Letak Jawatan beramai ramai .Kedah dok macam tu juga.Umpama Rumah yang usang cuma di tukar pemiliknya saja selepas PRU 12.Pemilik yang baru (PAS)hanya membaiki bocor bumbung sikit sana sini.Tapi tiang seri yang dah reput tak mahu tukar.MB nya sibok kaut habuan.Pimpina PAS pusat buat dek aje...munkin terlebih tarbiah kot!!!

  3. Rakyat memang sengaja di korbankan???? dah lawan habis-habisan dalam PRU12 dulu,,bukan menyerah diri,,mengapa pula "sengaja"di korbankan,,,,,,,,Rakyat di KORBANKAN OLIH PEMIMPIN2 YG GILA KUASA dan HIPOKRIT iaitu ANUAR IBRAHIM dan NIK AZIZ,,,,,,,,,DUA EKOR PEMIMPIN INI YG MENJADI "RAKYAT SENGAJA DIKORBANKAN" ATAS NAMA "KEADILAN" dan "ISLAM",,,,Akhirnya MENGHASILKAN "KELEMAHAN BANGSA MELAYU dan ISLAM",,,kerana "PEPECAHAN MELAYU",,,,,,,,BERTAMBAH TERUK LAGI,,,,,"UMNO" mempunyai PEMIMPIN2 YG dah LAPOK dan BERKARAT,,,yg MASIH DISIMPAN OLIH "NAJIB",,,,

  4. pak bakaq.. rupanya ramai ahli sufi umno kat penang.. siap pulang balik duit seratus... duit pencen tak mau pulang ka kat kerajaan...

  5. Hang silap Abuarip..Anuar belum dapat kuasa Pusat hang tak boileh tuduh.TGNA tak pernah korbankan Rakyat sebab tu rakyat suka boliau pegang kuasa lebih 20 tahun.Yang hang doik kait dengan pejuangan bangsa pasai apa.Hang tak reti Melayu kah tak sekolah kah.Hanya islam saja yang boleh satukan semua bangsa bukan UMNO/BN.Hang yang sekok ni awat bangang sangat.Tak reti reti antara perjuangan ugama dan perjuangan bangsa.Sokong UMNO bawa pepecahan.Sebab UMNO sendiri berpecah sejak dari Zaman Tun lagi.Tak pernah bersatu.Kalau hang mahu bersatu suruh semua ahli UNO masuk PAS lah sebab pas dasar dan matlamat dia dalam pelembagaannya Islam.Umno asobiah bukan Parti Islam.Sokong atau bersatu bawah UMNO haram sebab akan jadi haramjadah .Buktinya UMNO pelingkop bangsa itu haram jadah namanya.Ini fakta sejarah yang terbukti.

  6. cerita pulang duit seratus kat penang tu memang lawak betul..... kalau dah benggap tak leh buat apa apa lagi dah. ini se-umpama buang tahi cicak putih, yang hitam tu direbus buat lauk pauk harian. bukan senang nak jadi golongan benggap ni.

    macam2 perangai orang tua zaman sekarang ni yea.

  7. Pak Abuarif..

    Anwar dan Nik Aziz tak pernah tarik Subsidi, gajikan APCO, Jual Tanah KTM, Bagi Telaga Minyak, nak buat GST,naikan harga Minyak, rugikan SIME DARBY, sekat wang royalty minyak, Dasar DEB tak mencapai target, harga Kereta mahal, Rumah tak mampu milik,Sisten Kehakiman dan Polis hilang Intergriti..dan bermacam-macam lagi??????

    Siapa yang buat semua itu????..50 tahun mereka buat, 50 tahun Rakyat di korbankan untuk siapa?? Untuk Anwar dan Nik Aziz???? Perlukan kita bagi pengorbanan kita kepada mereka...

    Pada saya,biar mati dimulut Harimau dari mati Lemas Di Mulut Buaya...ha ha ha.

  8. Dah tak ada modai UMNOI ni.Orang tua di perbodohkan.Dunia akan ketawa tegok tingkah laku politik orang Melayu camni.UMNO memalukan bangsa sendiri gunakan orang tua untuk dapatkan political Miledge sedangkan mereka tau berapa banyak dah duit Genting Highland lombong Judi yang telah mereka kaut melalui cukai ada yang terus masuk dalam perut mereka jadi darah dagin hingga ke anak cucu.Melayu oh Melayu senang sangat di perbodoh oleh UMNO.

  9. salam teman2 ...

    Jgn layan abuarif tuu ..dia tuu penulis upahan umno !! dia dilahirkan untuk jadi bodoh dan bangang !!! kalau dia cerdik dia tak kata mcm tuu .kalau dia sekolah tinggi perangai dia tak seburuk ituu !!

    Pakat 2 doa serupa ALLAH memberikan Hidayah untuk dia ,supaya berubah dan kembali ke pangkal jalan yg benar..kalau degil dan tak nak dengar kata jugak maka berdoalah supaya dia cepat mati ,hidup pun menyusahkan orang !!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008