Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?

Kain rentang kata, "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Kain rentang juga menyiarkan keratan laporan akhbar tentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Amat menarik apabila kain rentang itu bercakap dengan bahasa yang sama yang dicakapkan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan pilihan raya umum 2008 hakikatnya adalah hasil pengkhianatan Umno ke atas orang-orang Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

"Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Fine.

Saya juga ingin bertanya, kenapa berkawan dan sokong MCA yang membantah hukum hudud? MCA tidak harbi?

Lebih dari itu, kenapa junjung dan ampu sakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin? Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Najib kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"?

Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 Najib juga kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu"?

Kenapa sokong Umno sedangkan Perdana Menteri dari Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"? Amaran itu masih belum ditarik balik oleh kerajaan Umno hingga sekarang.

Saya tak marah MCA membantah hudud. Mereka bukan orang Islam. Tetapi, mengapa yang mengaku Islam menolak hudud? Kalau tak nak hudud PAS, mana hudud Umno?

PAS cakap saja nak buat hudud, tapi tak buat pun? Kurang-kurang pun PAS tak hina hukum Islam seperti Najib, si Presiden Umno yang menghina undang-undang Islam.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. macam lah ko tu islam sangat.urang len x islam,geng ko yg pas jer islam yg len sumer msuk neraka,,,belum tahu lagi woi,pengikut tok wolly.belum tahu. hanya Allah jer yng maha mengetahui kesudahan makhluk. :)

  2. babi mmg perangai mcm tu. betul salah blakang kira.

  3. Umco sokong Mca sebab presidennya Soi Lek seorang yg warak.

  4. salam,

    Ada 20 perkara yang boleh membatalkan syahadah diantaranya ;

    6. Menjalankan Hukum lain drp Hukum Allah swt

    Menjalankan lain drp hukum Allah,ataupun tidak merujuk kepada hukumNya,termasuk membatalkan syahadah.

    Firman Allah swt maksudnya;
    Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturun Allah maka mereka itu orang kafir.

    Al-Maidah 44.

  5. salam pak bakaq ,

    mana abuarrif dan alkahfi ,,,,sila komen ...

    anom 1

    masuk syurga atau neraka tuu itu kerja ALLAH ...Kerja kita sebagai manusia dan sebagai khalifah dan Hamba kepada ALLAH adalah ikut perintah NYA takyah nak kita persoalkan kenapa itu kenapa ini ....Dah ALLAh kata hukum HUDUD tuu wajib di jalankan ..IKUT JER ...takyah nak berdolak -dalik ...

  6. hukum hudud haramkan rasuah....UBN suburkan rasuah
    hukum hudud haramkan judi......UBN halalkan judi
    hukum hudud haramkan penipuan..UBN halalkan penipuan
    hukum hudud haramkan pembaziran...UBN halalkan pembaziran
    hukum hudud haramkan perzinaan....UBN halalkan pemimpin berzina dan difilemkan.

    hukum hudud wajibkan amanah....UBN halalkan songlap wang rakyat.
    hukum hudud wajibkan keadilan..UBN halalkan kezaliman dan penindasan

    tak larat dah aku nak senaraikan kat sini, dah lebih 50 tahun UBN menipu,berbohong,
    songlap,songlup,tibai, dll..................

  7. Benar sekali...tidak menjalankan hukum Islam itu hukumnya kafir! bukan haji hadi dari PAS yg kata tapi Al Quran yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad! Siapakah yang kafir itu? menurut ulamak, mereka yang bukan sahaja tidak mahu menjalankan hukum Allah tetapi lebih dari itu, menghinanya. nauzubillah!

    Marilah kita sama-sama meenyertai jemaah yang bercita-cita hendak menegakkan hukum allah. Marilah kita memartabatkan kembali allah sebagai Al hakkam kerana kalau kita menyertai parti UMNO/BN kita turut sama mendapat saham dek kerana menyokong penentang nombor wahid pemerintahan Islam di malaysia.

  8. soi lek ada jual ubat tahan lama...

  9. anon 1 kat atas tu baru keluar hutan ke? takde sesaper disini mengatakan dia lebih islam drp yg lain, cuma tuan tanah bertanya balik tentang kain rentang suku sakat anda di galas, itu aja. lain kali komen iku persoalan ler, jangan jadi rusa masuk kampung, terpinga-pinga ...

  10. Kenapa ko sokong Nik ajis yg selalu keluar fatwa yg mengelirukan umat islam?
    Kenapa ko sokong Nik ajis yg menghalalkan yg haram kalau berpihak kepada PAS?
    Dalam hukum hudud apa hukuman yg sepatutnya dikenankan kpd ko kerana selalu fitnah Najib?
    Sebenarnya PAS 2 X 5 dengan UMNO tapi yg bezanya ahli PAS masyuk syurga.. keh keh keh

  11. saya terkilan ada peminpin umno yang kata 'hanya undang-undang engris yang sesuai dimalaysia ini' adakah kata2 macam tidak membawa kepada murtad terbatal syahadah...harap peminpin ini segera betaubat supaya tak senasib dengan abulahab...
    dan penyokong dia tidak termasuk penyokong firaun...

  12. auwww auwww auwww auwww

  13. Kalau hukum hudud dilaksanakan bukan org islam negara ni yg huru hara, tapi pengikut ajaran sesat BN/umeno yg lari tak cukup tanah. Semua kena korek sampai ke lubang jubur, harta kena rampas,tangan kena potong,kena sebat dan rejam sampai mampus,penyudah jadi papa kedana mintak sedekah tepi longkang. Inilah mimpi ngeri yg selalu berserabut kat otak pengikut ajaran sesat BN/umeno.

  14. datuk hishammuddin kata hukum hudud tak boleh dibuat di malaysia kerana kalau dilaksanakan hishammuddin dah tak boleh cekik beer lagi.

  15. pulak....tak kata pulak org PAS lebeh islam dari org UMNO tapi kenapa UMNO tentang hukum hudud dan senada la pulak ngan karpal singh dan MCA?. Itu je. Nak melenting pasal apa?. Lain kali, kalau bodoh jgn tunjuk kat org lain, ko simpan je utk di warisi anak cucu ko nnt. Dah jadi tanggungjawab setiap umat islam utk ingat mengingati, tegur menegur, tapi kalau tegur pun tak boleh mcm ko ni, tak tau nak cakap apa la. Cuma nak bagi tau, hukum hudud bukan hukum PAS tapi hukum Allah. So please, jgn pertikaikan hukum Allah, kalau tidak sama je la ko dgn MCA dan Karpal Singh...ye la, yg mencuri je potong tangan, tak mencuri atau tak buat salah watpe nak takut plak kan. Ha ha ha...takdela plak kena potong 18.

  16. Kutuk DAP bermana kutuk Islam, begitulah hebatnya DAP sekarang dihati PAS sekarang, bukan macam dulu Amanat Pak Lebai sesama agama.

  17. ALJUBURI
    Hukum hudud??? Itu hanya retorik PAS jerk, mana ada PAS nk jln kan hukum hudud, kena sergah ngn Karpal tertanggal serban Nik Ajis, PAS , UMNO, PKR , sama jerk semua parti politik, semua nk berkuasa, semua kata mereka jer yang betol, tapi yang paling teruk PAS sebab gunakan @ bertopengkan agama untuk meraih undi, atau pon menjual agama untuk mendapat peti undi, takde nya juak2 PAS ni nak memartabatkan agama atau berjuang untuk agama , pengikut2 PAS mungkin la ada yg benar2 berniat demikian, tapi kat hati sanubari pembesar2 PAS...ahakksss..anak tekak dgn tembolok mereka gak yang mereka pentingkan..

  18. Nasib orang Asli Islam di Galas Kelantan sama sahaja dengan rakyat Palestin yang memperjuangkan tanah, yang sememangnya hak mutlak mereka. Tanah mereka telah dirampas dan dijual/sewa kepada Cina Temasek untuk dimajukan dengan tanaman sayur. Tujuannya adalah untuk pemimpin Pas Kelantan hidup mewah.

  19. Zaman yg deras dengan TEKNOLOGI TERKINI DAN TERMAJU kita orang MELAYU dan ISLAM masih berpolimik mcm ini "APA KESUDAHAN NANTI",,,,kaum lain akan guna ruang sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan segala nikmat kekayaan negara ini,,,,"POLIMIK INI SUDAH BERPULOH TAHUN" TAK ADA KESUDAHAN!!!!!1 HASILNYA mASYARAKAT MELAYU ISLAM MAKIN LEMAH DI NEGARA SENDIRI,,,,,,,,JIKA PAS NAK MENJALANKAN HUKUM ISLAM "BUAT AJE" ALLAH TELAH MENGUJI PAS DGN MEMBERI KUASA MEMERINTAH KELANTAN DAN KEDAH",,,,,BUAT SAJA ,,,LAKSANAKAN HUKUM ISLAM,,,,,USAH MENYALAHKAN ORANG LAIN,,,,,PEMIMPIN YG HEBAT ,,PARTI YG KUAT,,,,TETAP MENJALAKAN AGENDA PERJUANGAN DLM APA KEADAAN SEKALIPON,,dan TIDAK SESEKALI MENYALAHKAN ORANG LAIN JIKA GAGAL MELAKSANAKANYA,,,,,,,,,,SALAM

  20. Janganlah terlampau taksub sesama manusia. jangan sangka tiket syurga boleh diperolehi dengan hanya mencium tangan orang tua yang mengaku fulamak. Dia sendiri pun tak tahu lagi untung nasibnya diSana.

  21. Kami ahli UMNO tidak sedikit merasa asing dan jahil daripada agama, dengan tunjuk ajar dan berkat guru kami HJ. ABDULLAH AS-SAMPAH dari genting tumpat Kelantan.
    Kami ahli UMNO percaya bahawa beliau seorang yang terlajak alim dan bertaraf MAHA GURU, setiap hari beliau pikul kitab, antara kitab yang dibaca beliau kitab ZUL-PAPA, kitab ini biasanya dibaca dikedai-kedai kopi dan dikasino genting highland. Kitab ini ada empat bab, 2 hitam 2 merah,(al-spek, al-kelawar, ad-diman, al-lekak).
    Namun yang paling menyedihkan kenapa maha guru kami tiada kelihatan bayang-bayangannya diGalas, Gua Musang.

  22. Nasiblah aku ni bukan Melayu walaupun beragama Islam...kesihan tengok Melayu, hari-hari dok kutuk saudara sendiri. Kudoakan moga ALLAH memberikah hidayahNya agar lebih banyak bukan Melayu menganut Islam untuk membimbing umat Melayu ke jalan yang betul. AMIN.....

  23. Pak AbuArif..

    Pernah dengar tak ugutan dari PM ke 5 supaya PAS tidak jalankan hukum Hudud..agak-agak Pak Abu tu jenis Melayu Mudah Lupa..ha ha ha.

    Selain itu, pihak POLIS (ketika itu) mengatakan mereka tidak akan terlibat dalam perlaksanaan hukum hudud..so cama nak jalankan kalau agensi kerjaan tidak mahu terlibat..so undang-undang tersebut telah lulus tetapi tidak dapat di jalankan kerana melangar Perlembagaan Persekutuan..

    Pun Begitu PakAbu, walaupun BN telah menang di Terengganu, mereka tidak berani untuk menarik balik Undang-undang Hudud Terengganu yang di bawa oleh PAS ketika memerintah Terengganu..

    So..PakAbu, apa kata PRU-13, PakAbu kasi chance PR memerintah dan minta PAS ubah Perlembagaan Persekutuan tentang hal Hukum Hudud..lepas tu kita lihat adakah PAS benar-benar ikhlas atau tidak dalam isu Hukum Hudud...TETAPI KENA KASI PR memerintah dulu..sanggupkah PAKABUARIFF?????

  24. Serban bukan syarat utama menjadi Islam. Jubah labuh pula bukan ciri-ciri menunjukkan keimanan. Masuk parti yang ada tertera nama Isle bukannya syarat untuk tak dibakar di hari pengadilan. Tambah-tambah lagi jika parti yang ada cop bulan.

  25. abuarif,
    kamu ni seorang yg tak mahu mengkaji...adakah kamu cube selidik dulu bhw kerajaan negeri boleh merombak atau melaksanakan sesuatu hukum tanpa keizinan kerajaan pusat?
    do your research n homework.Tula org kita tak nak belajar tapi mahu mengajar..

  26. kau orang berhujah dgn abuarif ni buang masa aja...hujah dia terlalu banyak ketinggalan..dan kadang kala dia tak tahu apa yang di hujah...bila tak boleh hujah dia maki .

  27. Pada pendapat saya, untuk melaksanakan hukum hudud bukan sesuatu yang senang seperti yang war-warkan oleh sesetengah pihak. Zaman sekarang pemerintahnya bukannya nabi Muhammad s.a.w seorang negarawan yang mempunyai kekuatan dan karisma yang teramat istimewa. Tidak ada pemimpin yang mempunyai kekuatan dan kerisma seperti junjungan kita tersebut.Hanya junjugan kita tersebut sahaja yang dapat mengawal setiap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bukan Islam.Sudah bersiapkah orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk menegakkan hukum hudud ini? Sudah bersiapkah orang-orang melayu yang beragama Islam untuk mati untuk menegakkan hukum ini? Benarkah orang-orang Melayu yang beragama Islam rela meninggalkan kaum keluarga dan yang tersayang untuk menegakkan hukum ini? Jangan kita berfikir bahawa mati syahid adalah sesuatu yang pasti dalam zaman ini. Manusia zaman ini amat jauh berbeza dengan manusia zaman nabi Muhammad s.a.w yang lalu. Kita penuhi pemikiran kita dengan pemikiran idealistik tanpa memikirkan bahawa tombolok kita perlu diisi untuk menegakkan hukum tersebut.Kebergantungan umat Islam kepada pihak yang bukan Islam tidak dapat dinafikan.Saya bukannya anti hukum Hudud tetapi selagi umat Islam didalam dunia ini tidak bersatu amat sukar untuk menegakan hukum tersebut.Wassalam..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008