
Saya tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Saya tak berani nak kempen untuk dia. Namun, yang saya tertarik ialah apabila beliau menekankan:
Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.
Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Kemana hilangnya “Generasi Reformasi?” (Mat Saman Kati 18/10/10)
Sam diarah oleh Azmin untuk menentang kebangkitan Chegu Bard (Edyes 18/10/10)
Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak (lihat FMT 15/10/10 "Saya calon bebas dari tajaan sesiapa – Chegu Bard").Saya juga membaca laporan beberapa media yang menggambarkan bahawa Chegu Bard bukanlah pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim, jauh lagi menjadi pak yet Azmin Ali. Mendengar pelbagai cerita tentang stail kepimpinan Anwar sejak saya menjadi ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi, saya yakin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sepatutnya dipimpin oleh orang yang tidak menjadi pak yet Anwar, jauh lagi menjadi pak yet Azmin atau tak henti-henti menerima wang belanja dari Azmin.
Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.
Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
...walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.Tetapi, saya berharap Chegu Bard akan membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki perkara itu.
Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.
"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun".
Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Memang demokrasi, boleh menyatakan sokongan dan boleh berarak tetapi semua itu menunjukkan bahawa sungguhpun mendapat pencalonan tinggi, Azmin tidak akan membiarkan seinci ruangan untuk pencabarnya terus mencabarnya. Terus Azmin Ali melobi untuk jawatan. Sekarang dikatakan Shamsul Iskandar adalah wakil dia dalam pemuda. Mesej yang nampak ialah Badrul Hisham sepatutnya dikalahkan.Berkaitan:
Ditanya lagi kepada salah seorang penyokong reformasi, ada satu jawapan yang paling nampak menarik. Katanya, biarkan PKR rasa apa yang mereka kutuk dulu, tidak lama lagi akan ada diktator, sama seperti tuduhan mereka terhadap Tun Mahahtir tapi nanti kita ada Azmin Ali.
Sempat juga saya berjumpa salah seorang penyokong Badrul Hisham Shahrin. Saya bertanya, CheguBard kan boleh buat “banner” dan ada ramai penyokong untuk berarak menunjukkan kekuatan kepada Azmin Ali, kenapa tidak buat? Jawapan yang diberi adalah seperti berikut, Bard kata ini adalah pencalonan dalam parti, tak perlu tunjuk force, kalau berjuang menentang Umno dan BN barulah kita all out. Chegu Bard, menurutnya lagi tidak mahu terpengaruh dengan cara politiking dalam PKR yang ada. Itu cara Umno.
Melihat senario ini saya amat percaya, percaturan Azmin Ali adalah untuk menolak Badrul Hisham yang tidak sehaluan dengan cara politik Azmin Ali. Azmin dikatakan mencaturkan kekalahan mereka yang tidak menyokong beliau tetapi arus menolak Azmin Ali semakin tinggi. Namun kekuatan asas termasuk kewangan dan kedudukan Azmin nampaknya akan menjadikan dirinya peneraju PKR dan seperti kata seorang pejuang reformasi – akan lahir satu lagi Dr Mahathir dalam PKR – Azmin Ali.
Kemana hilangnya “Generasi Reformasi?” (Mat Saman Kati 18/10/10)
Sam diarah oleh Azmin untuk menentang kebangkitan Chegu Bard (Edyes 18/10/10)










Cantik? Klik 






Kuah akhirnya akan tumpah ke nasi. Azmin ali ni bukan ke anak angkat tun siti hasmah? Jadi, dia akan terikut2 cara diktator mahathir. Harapkan anwar, brp lama lagi di boleh berpolitik? Anwar dah makin senja. Lebih2 lagi bnyk sgt kes yg mengelilingi beliau sama dgn najib. Cuma bezanya, najib dok dlm umno yg dah ada platform walaupun dah makin kurang stabil. Itu pun bnyk tentangan dr dlm.
Tegok gambar cikgu bard kena gari teringat Mat Sabu Ajk Pas Pusat yang semakin terpinggir dalam Pas.Asyik naik turun mahkamah tak habis-habis daripada Januari sampaila hujung tahun penuh diari dengan kes mahkamah.Pejuang tak guna duit boleh menangka zaman sekarang?
Pak bakaq,
mane azmin dapat dana? die ade syarikat ke? @ tkey mane yang payung die?
CIKGU BARD,LU JANGAN MIMPI NAK DAPEK UNDI 20 RIBU LEBIH MCM PRU LOPEH,KAMI AKAN PASTIKAN TERSUNGKUR TERSEMBAM KALI INI,YANG MENGUNDI KAU DULU SEMUO EH DAH NYOSAL .JANGAN JADI JOBO TAK MEMASAL.LU ADA FAHAM.KAMI BONCI OGHANG TAK SALAH KONENENG
TIMBALAN PRESIDEN
1) Mohamed Azmin Ali 2) Mustafa Kamil Ayub 3) Zaid Ibrahim
KETUA AMK
1) Badrul Hisham Shaharin 2) Shamsul Iskandar Mohd Akin
TIMBALAN KETUA AMK
1) Khairul Anuar Ahmad Zainudin 2) Chang Li Kang
Kalau dipandang pada nama calon seperti diatas, ada diantara ahli yang tidak mengenali calon tersebut secara jelas kecuali mendengar cerita mereka dari mulut kemulut saja. Atau lebih kepada pembacaan dalam blog saja. Menjadikan persepsi lebih berpengaruh dari fakta sebenar.
Penyokong Azmin mengkritik Zahid dan Mustafa, penyokong Zahid mengkritik Azmin dan Mustafa dan penyokong Mustafa pula mengkritik Zahid dan Azmin.
Siapa yang lebih baik dalam hal krtitikan ini...? Jawapannya semua calon ada masaalah. Perbezaannya hanyalah pada ilmu dan pengalaman berpolitik.
Begitu juga dengan Badrul Hisham Shaharin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin... Kedua-dua calon ini juga mempunyai pengikut yang mengkritik diantara satu sama lain.
Siapa lebih bagus..?
Kedua-duanya bagus tapi keberanian untuk bertindak atas nama parti adalah perlu ditonjolkan bagi membezakan kewibawaan orang lama dengan orang baru.
Kita jangan leka dengan kemeriahan pemilihan sehingga lupa tujuan pemilihan diadakan. Adalah lebih baik kita sebagai ahli yang layak mengundi fokas kepada kelayakan setiap calon yang bertanding.
Ahli perlu tahu apa sebenarnya tanggongjawab sebagai TIMBALAN PRESIDEN, KETUA AMK dalam parti dan siapa sebenar yang layak menyandangnya.
Siapa yang bertanding tidak penting tapi siapa yang akan menjawat jawatan yang dipertandingkan itu yang lebih penting. Jangan biarkan pekara remeh menjadi penghalang sehingga kita kabur menilai kewibawaan seseorang calon mengakibatkan individu itu tersingkir jadi pemimpin. Mereka ini yang akan mewarnai kegemilangan parti untuk masa akan datang.
Kalau penarik beca kempen untuk chegu Bard... Anuar Ibrahim tidak akan marah.
Buat salah pada Parti tak jadi hal pada Rakyat tapi buat salah pada Rakyat lah yang paling bahaya.Kalau kuat mana Parti sekali pun kalau rakyat tolak tak ada maknanya.Kalau dalam Parti tongin terbalik pun Rakyat apa kesah.Tapi jangan Parti rompak,menipu dan melingkopkan rakyat sesudah dapat kuasa dari rakyat Fikirlah cara barat berpolitik jangan fikir cara Melayu UMNO tu.Hak rakyat jadi hak Parti.Hak Parti hak Parti.Contohnya tak sokong UMNO melayu hancur ini lah fakta yang sedang di selewengkan.Oleh itu PKR ikut suka kau lah nak bertekak ke apa benda ke.Asal kau jangan kacau hak rakyat sudah.Selamat berkecoh PKR jangan sampai mati sudah.nasihat dari tok batin.
Tuan Hj Mat Sabu tentu sudah matang semua hal ini. Ini adalah putaran ganas dalam sistem parti politik berpalimen negara bangsa. Jadi bagi pejuang rakyat yg belum merdeka dan politikus Negara Bangsa Malaya, perjuangan untuk perubahan memelurkan team work yang pintar bistari. Jika tiada team-work lupakanlah untuk melakukan perubahan dalam Negara Bangsa.
cheguvarabard cheguvarabard cheguvarabard cheguvarabad cheguvarabard
Tegok gambar cikgu bard kena gari teringat Mat Sabu Ajk Pas Pusat yang semakin terpinggir dalam Pas. SEBENARNYA TUAN HAJI MAT SABU ADALAH CHE GUEVERA masa ini di Malaysia. Cuma beliau dok dlm sistem parti politik demokrasi. CHE GUEVERA ada pasukan berjuang tapi Tuan Haji Mat Sabu keseorangan dalam parti Pas yg beliau dukungi.