Ramai yang mungkin terhibur dengan posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Masa depan orang Umno". Tambahan pula bila bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan tu kata, "Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik". Beberapa blogger yang tak suka Umno saya lihat dah macam tergedik-gedik seronok sangat dengan apa yang ditulis oleh Ariff.
Dari satu segi, memang benar. Saya sendiri merasa sangat jijik dengan parti Umno. Tambah-tambah pulak kalau keluar muka macam di sebelah dalam media. Kalau akhbar, saya terus selak halaman lain. Kalau TV, saya tukar channel lain. Bila melihat dia, perasaan saya sama dengan perasaan yang saya alami bila melihat Datin Seri Rosmah Mansor.
Meskipun begitu, sama seperti saya tak terhibur dengan hasil kajian bahawa edaran Utusan Malaysia merosot, saya juga tak terhibur dengan dendangan Ariff itu.
Bagi saya, Ariff tidak mendendangkan apa-apa kepada kita yang tak nak Umno. Apa yang beliau lakukan hakikatnya adalah proses muhasabah untuk menguatkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya tidak yakin Umno kini lemah. Angka tunjuk saya ialah undi orang-orang Melayu yang diperolehi oleh Umno dalam pilihan raya Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.
Memang saya tak mahu sama sekali mempercayakan kepada Umno masa depan anak cucu saya yang saya yakin akan tetap tinggal dalam negara ini. Tetapi, pada masa yang sama, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraih kepercayaan saya sebagai rakyat.
Hari ini, ramai pula yang bercakap tentang third force. Bagi saya, ia tak ubah seperti a far-fetched dream. Kalaupun third force boleh diwujudkan, ia hanya mampu berjalan seperti siput sebelum mampu meyakinkan rakyat dan menggondol kepercayaan mereka - saya sengaja pilih perkataan menggondol, ikut sukalah nak tafsir lagu mana pun.
Bermimpi memang sedap dan lazat. Tetapi, dalam jangka waktu terdekat, saya nampak third force hanya boleh jadi tukang buat bising. Bertanding pilihan raya silap-silap hilang deposit.
Di pihak PAS, tanggungjawab terbesar untuk meyakinkan rakyat saya lihat terletak kepada anak-anak muda dan orang-orang lama parti itu yang dilihat bersih dari pelbagai buruk kelaku seperti gila nak menggatal dengan Umno, melantak balak, makan duit tauke balak dan lain-lain buruk kelaku. Rakyat bukan sahaja nak orang yang bersih dan dilihat bersih, rakyat juga nak orang yang cerdik dan dilihat cerdik.
Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab besar untuk membebaskan diri mereka dari imej bodoh. Mungkin mereka tak bodoh, tetapi imej bodoh itu seolah-olah seperti tak boleh tertanggal lagi dari Pemuda PAS kini. Ia juga dilihat "ada serupa tiada". Nasib baik orang-orang Umno sendiri memusuhi Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika tidak, Pemuda PAS mungkin lebih buruk dari keadaan "ada serupa tiada" yang dialaminya sekarang.

Cantik? Klik 

Dengan kejayaan UMNO Penang memujuk orang-orang tua memulang wang RM50 kepada Guan Eng dan Ketua Pemuda PAS menyanyi sumbang berbanding nada sekarang, apakah celik politik masih rendah di kalangan ahli-ahli parti?
Pak Bakaq... Hang punya expectation terlalu tinggi. Serba tak kena je bunyi nya. Atau pun Pak Bakaq ni seorang perfectionist? Belajar bersabar lah Pak Bakaq.. Kadang2 tu proses memakan masa. Apa parti pun ada set back masing2. Soalnya mengapa highlightkan yang negatif dan kita tak sebut pun yang posifnya. Kerja hang Bakaq salah satunya ialah tolong membuka minda pembaca hang kepada pemikiran yang adil dan hikmah mudah2an mereka dapat membuat satu penilian dan kepputusan yang adil kpd diri mereka dan umat yang lain.
Salam Ikhlas dari Don 4672
Hai nampak pak bakaq macam TAK YAKIN SAJA,,,,,,,Dah kata PERJUANGAN ISLAM,,,,,Buktikan,,,"KEUPAYAAN PAS" menjadi "LEADER" dan bagi arahan parti2 lain PKR dan DAP??,,Orang MELAYU dok tertunggu tunggu ,,"KEUPAYAAN KEPIMPINAN PAS" menjadi "KETUA" menerajui "PAKATAN",,,,,,Baru bolih cerita 'ALTERNATIF UMNO,,,,,,,,setakat hari ini,,,ternyata meleset,,,,,,,bercakap dan berceramah memang HEBAT,,,,KEUPAYAAN MENGGERAKAN JENTERA PERINTAH DAN MEMBINA KEKUANTAN BANGSA DAN ISLAM,,,,"sangat Lemah",,,,,,,,,,SAYA SETUJU DGN PAK BAKAQ,,,,,MUKA2 yg MENJADI BALACI "PAKLAH DULU" yg GAGAL mempertahankan hak melayu dan islam ,,dan memusnahkan Khazanah Negara "di SINGKIRKAN,,,,,,,RIZAL,NOOR YAAKOB,MAMAK BALING,DET KHALID,,,dan ramai lagi kuncu2,,,,,
Sejak PAS menang sikit di beberapa buah negeri dlm PRU 12 maka dapat lah habuan itu dan ini.Biasalah dalam perjuangan bila berjuang ada yang kalah dan menang.Yang menang dapat habuan yang kalah simpan dendam atok stratiji lain untuk serang balas.Macam perang UHUD lah dapat rampasan perang sebagai ganjaran.Mula mula niat iklas berjuang bila menang dan nampak habuan di depan mata nasihat Nabi pada sahabat supaya jangan turun dari bukit UHUD ada yang tak endah lagi.Munkin dalam hati mereka kalau mereka tak ambil maka orang lain akan ambil siapa lagi nak ambil.Atau itu hak mereka sebab mereka yang berjuang maka tak salah kalau ambil rampasa perang ketika itu demikianlah andaian dan pengajaran dari Peristiwa bukit UHUD...Nampaknya yang tersurat pada hakikat sedang belaku dalam PAS pimpinan Negeri khususnya kEDAH demikian di Pusat depan mata UMNO dah kalah dan sedang lemah mengapa tidak kita bergabung dengan mereka maka habuan lumayan akan di perolehi setidak tidaknya jawatan Tim Perdana Menteri.TGNA peduli apa dia bukan tau politik!!!Maka kekalahan umno merupakan rampasan Perang jadinya.Macam di KEDAH lagi terok di medan perang baru menang separoh jalan habis pakat turun dari bukit Uhud nak cari Habuan termasuk Panglima Perangnya sekali.Ketuanya semakin angkuh kaut rampasan perang sana sini dengan rakusnya.Tak cukup dengan itu pancong tenteranya sendiri sana sini takut mereka tu menghalang cita cita serta ajendanya peribadinya.Nanti kalau ramai sangat yang pandai takut habuan jadi luak .Malah yang Pejuang yang suatu ketika dulu bersamanya mengadaikan jiwa dan raga turut juga di pancung belandaskan berbagai dusta dan fitnah.Kedah aku punya Parti hampa punya!Bila tegur sikit HANG SAPA? Mengaji kat Mana?Demikianlah suara suara yang dengar dari Kepala Perang sedangkan perang masih kecamuk.Pejuang lain terbeliak biji mata manakala pimpinan pusat buat pekak macam tak tahu cerita sebab sedang mimpi habuan yang besar bakal tiba.
undertaker,
hang punya komen memang klasik. masa berkuasa ni la masa nak makan sedap sehingga ke anak cucu. dulu kata kat umno, pas apa kurang? penyakit dunia ni tak kenal siapa, ustaz ke tidak. sampai benci membenci, dendam mendendam. 'pas for all' dah tercecer. cakap hebat, ulama maa. nas sana nas sini. bukan untuk apa, lebih kepada memastikan kedudukan dalam parti. ada kedudukan ada 'royalti', ada harga tawar-menawar. contoh, setiausaha agung, power maa. takkan tak dapat setiausaha parlimen, sekurang2nya. tu yang dok tutup buka tutup buka pintu 'perpaduang'. sahabat2 disekeliling tak kan tak ada apa2 projek? gagal dapat projek, hentam kawan, macam kat selangor. dah tahu umno sudah ditolak, alih2 nak berpadu ngan umno. politik 'skim cepat kaya'!
pemuda? anak ketam mana boleh berjalan betul walaupun bapanya mahu dia berbuat demikian. depa dalam satu alam. persekitaran di mana anak itu dibesarkan akan mempengaruhi pertumbuhan anak ketam. persekitaran pas dipengaruhi ulama yang tidak boleh ditegur atau dikritik. apa yang ulama kata semuanya betul, tidak ada yang tidak betul, kecuali betul belaka! sehingga ulama pilih nak bersekelambu dengan umno pun betul. kalau dikhabarkan dengan fakta benar, dikata pula 'fitnah yang benar'. diterima sepenuhnya lantaran wala' yang ditaja ulama.
komen ini pasti akan mendapat kutukan. itu sudah dijangka kerana persekitaran tadi, kerana wala' telah membenarkan fakta yang benar adalah juga "fitnah'! pas tidak boleh ditegur atau dikritik, kerana sebarang teguran atau kritikan adalah fitnah walaupun teguran dan kritkan itu berdasarkan fakta!
wallahu'alam.
undertaker,
dalam meperjuangkan keadilan islam, pas memilih untuk bersekelambu dengan umno yang dunia kenal benar dengan keadilannya. untuk bersekelambu dengan umno bermakna bersetuju dengan keadilannya. bersetuju bererti bersubahat dengan segala keburukannya yang penuh dengan keadilan yang diperjuangkan pas.
ia tidak berbeza dengan kalangan yang mempertahankan tindakan pas untuk bersekelambu dengan umno. kerana pas ikhlas. di atas keikhlasan itulah kepimpinan yang mahu bersekelambu dengan umno dilihat tiada cacat cela. jika bersekelambu dengan umno itu sama dengan bersubahat dengan keadilan umno yang jauh berbeza dengan keadilan islam yang diperjuangkan pas, apa pula sokongan yang diberikan kepada pihak yang mahu bersekelambu dengan umno? kegigihan mereka mempertahankan pihak yang mahu bersekelambu dengan umno mendedahkan kerelaan mereka memilih untuk bersubahat dengan pihak tersebut. dalam kepala mereka melayu umno itu lebih tinggi dan afdhal dari islam pas.
wallahu'alam.
Ha ha ha..
Pak AbuArif..semua nama yang dok sebut tu semua bukan melayu ..ha ha ha..Melayu Celop..ha ha ha...
Semua geng raja Mendalir dan Si Kitol..patut ler UMNO mampus bertunjangkan geng-geng Kittol ..ha ha ha..
BuAriff..bila hang nak bersihkan UMNO dari geng Kitol..ha ha ha..tetapi Geng Kittol banyag Uwang..boleh beli Undi Dalam UMNO..KJ pun itam gak tapi bukan geng Kittol ..ha ha ha.
Parti 3rd Force tu Mimpi RPK, tetapi yang sebenarnya 3rd Force tu Orang yang atas Pagar yang tak berparti, tiada kenkangan Ideologi, rabel, dan Tak suka berpolitik. Idola mereka merentasi parti. Mereka tidak mahu dipimpin dan tidak 100% wala dengan pemimpin. Kalau ada yang mahu memimpin 3rd Force tentu mereka itu setaraf dengan Ibrahim ALi ..ha ha ha. Golongan ini kebanyakkanya boleh berfikir dan pada masa ini sanggat benci dengan Najib dan Rosmah Regime..ha ha ha.
SIAPA YG MEMBINA IMEJ BODOH NIN BAKAQ? MAHFUZ? SALAHUDDIN? NASARUDDIN?
Elok juga kalau Abu arif tubuhkan 3rd Force dalam Umno tapi biar lah matlamatnya hingga menukar perlembagaan UMNO pada ISlam yang sebenar macam PAS.Cantas semua puak yang menolak Islam .Manakala 3rd Force dalam PAS kita berjuang matlamatnya kita pancong puak oportunis dalam PAS yang gagal melaksanakan cita cita Islam serta mencemarkan aklak Islam.PAS benar dari segi Dasar dan Matlamat tapi silap dari segi pelaksanan.Matlamat kita hanya satu bersatu di bawah panji islam tanpa mengira kaum dan bangsa dan di pimpin oleh pimpinan yang paling bersih bebas dari sifat yang di cela.Sekurang kuragnya Abu arif boleh dapat pahala dari dok buat kenyataan dan tuduhan yang liar.UNITED MUSLIM UNITE PARTI.Allahhuakbar !!!!!!
aku tengah pening ni bace cerite kau org yg tak kerja ni... hwa hwa