Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila Muhyiddin menjerkah Najib

Berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Adnan: Utusan has to toe the party line" memetik Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata:
We have spoken to them. We are unhappy with certain things that they wrote. We told them, "please write responsibly and write the truth".
Dalam berita bertajuk "Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab" portal berita itu pula, Adnan dipetik berkata:
Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu... Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain.
Saya harap Malaysiakini tersalah petik. Jika tidak, kata-kata di atas bagaikan memberitahu kita bahawa:
1. Utusan Malaysia tidak menulis perkara yang benar - maknanya akhbar itu berbohong.
2. Utusan juga tidak menulis secara tidak bertanggungjawab - tak bertanggungjawablah maknanya.
3. Utusan tidak menulis menggunakan fikiran - orang Utara seperti saya kata "tak pakai akai". Tidak guna fikiran kalau tempat saya disebut "tak dak akai".
Fuh! Berat tu! Adakah Utusan kerjanya berbohong, tidak bertanggungjawab dan tak pakai otak?

Saya masih menanti penjelasan lanjut dari Adnan, Malaysiakini dan Utusan. Jika tidak ada, saya akan menerima bulat-bulat apa yang saya fahami dari kenyataan Adnan, yakni Utusan bohong, tidak bertanggungjawab dan tidak pakai otak.

Adakah anda rasa Utusan akan berubah dengan kenyataan-kenyataan seperti itu?

Cuba anda bayangkan jika Adnan, Datuk Seri Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mencadangkan supaya Utusan diberi kata dua di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. Jika perkara itu berlaku, sudah tentulah akan bingkas duta dan proksi Pribumi Perkasa Negara di dalam MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang cadangan itu.

Sudah tentulah pak yet Datuk Ibrahim Ali itu akan bangkit bagaikan Wira Perkasa dan meneruskan perjuangan Perkasa (ada orang kata Perkosa) di dalam mesyuarat MT. Walaupun tanpa songkok tinggi, Muhyiddin pasti akan berdemonstrasi di dalam mesyuarat MT untuk mempertahankan agenda ala-Perkasa Utusan. Walaupun perkataan muhyiddin bermakna 'penghidup ad-Din (Islam)", tetapi Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri negara ini sesungguhnya adalah penghidup Perkasa dan segala agendanya termasuk di dalam Utusan.

Bila Muhyiddin menjerkah Najib, dengan statistik kekuatannya di dalam MT yang khabarnya hebat tak terlawan, pastilah Najib dan satu dua kerat ahli MT yang menyokongnya akan terkulat-kulat. Kalau tak terkucil dalam seluar pun dah kira nasib baik dah. Selepas itu, akan kita lihat lagi Adnan, Nazri dan lain-lain penyokong Najib terjerit-jerit dalam portal-portal berita seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Tidak ada tempat untuk suara hati mereka di dalam Utusan. Bukan sahaja Utusan, khabarnya di dalam Malay Mail pun tak ada. Alahai!

(Seseorang meminta saya mewar-warkan blog Muktamar PAS 2011)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Apa agaknya bilamana Najib gagah bertergak dalam hal penempatan orangnya dalam Petronas, semua lain senyap? Atau Najib boleh berbuat demikian kerana penaungnya bersetuju juga? Atau Petronas adalah wilayah "khusus" bagi Najib manakala Utusan wilayah puak lain?

  2. NKRA la apa lagi..R sipuaka N tak kan nak diam ja kot..

  3. hina sangatkah utusan?apakah klu menyuarakan suara hati urang melayu itu rasis?adakah nk mmpertahankan hak bangsa itu hina,rasis?

    hebat sangatkah pas????

    akhir kalam,tak kira ngko pas ker umno ker kaki juboh ker ulormark ker klu ko kojol tanah juga masuk....

    jngn suka hinakan urng lain,manalah tau urang lain tu lebih mulia dari kita....

    jgn ingat sebab parti kite isle hebat kita x kena soal kubur

    jgn ingat kita ulormarkk kta mksum

  4. Asal melayu kat mana pun begaduh.Semuanya pasai habuan nak jaga kroni,nak jaga pengaruh,nak jaga jawatan bukan nak jaga Rakyat.Sejak zaman hang tuah lagi Melayu sama Melayu dok gadoh..Sebab Al kuran depa letak tepi.Nama saja Islam dan dalam Islam ada peyelesaiannya kenapa tak rujuk saja dalam Al Kuran apa yang betul dan apa yang salah.UMNO oh UMNO!!! melayu Oh Melayu otak kat Kepala Lutut

  5. Ainon 4:00 pm..

    Ha ha ha..hang ni pandai baca ka tak???

    Hang faham tak apa Pak Bakaq tulih..Pak bakaq tak tulis pasal PAS..tapi Pak Bakaq tulih pasal Adnan kata Utusan Bohong kat Malaysiakini..tu aja...

    Utusan nak meroyan pasal Nasib Orang Melayu biaq pi laaa..pasai itu Kebebasan Akhbar, Kebebasan Bersuara, baru nampak Hidung Buaya AMENO selama ini menindas orang Melayu ha ha ha..tu yang Adnan takut sangat..tu yang Najib takut sangat..aku suka kalau Perkasa kata tentang Ketuanan Melayu sebab yang melinkupkan Melayu ialah Orang AMENO..bukan PAS, KeAdilan atau pun DAP..Full Stop.

  6. Nak bawa paling perbincangan pasal hudud yang pak bakaq mengarut cerita pasal puasa tu.
    Nak tanya Pak Bakaq la.. kalau puasa dan sembahyang kita tinggal kena hudud ke? :) Itu hubungan kita dengan Allah. Kalau kita mencuri itu melibatkan hubungan kita dengan manusia... ada bezanya. Kalau yang curi tu orang bukan Islam dan yang kena curi tu orang Islam... itu melibatkan hubungan manusia dengan manusia. Sebenarnya Sisters In Islam pun dah bangkitkan isu ni dalam kes rogol dan sebagainya.
    Orang bukan Islam macam Karpal Singh tau mana boleh apply undang-undang jenayah berbeza-beza sebab tu dia menentang. Sama la juga dengan mat salleh. Penyelesaiannya kembali macam cara Nabi. Berdakwah bagi Islamkan semua dulu.

    Ini dari blog ustaz Pas sendiri:
    http://g-82.blogspot.com/2010/09/hudud-islamic-human-right-komen.html

    Jika diandaikan tertubuh sebuah negara Islam, undang-undang islam [hudud, qisas dan ta’zir] yang digezet, tidak sekadar terlaksana kepada orang islam sahaja, malahan terlaksana juga terhadap orang bukan islam. Adapun dalam perkara yang melibatkan kepada keagamaan mereka, seperti nikah kahwin, cerai talaq dan sebagainya, sama sekali kerajaan islam tidak boleh masuk campur dalam hal itu.

    ...
    Hadis ini membuktikan bahawa, sekiranya non Muslim mempunyai undang-undang mereka tersendiri, sama ada dalam perkara bunuh, zina, dan sebagainya, maka mereka dibenarkan menggunakan undang-undang yang wujud dalam agama mereka, ataupun mereka juga diberi peluang untuk menggunakan undang-undang islam.

    Adapun jika tidak terdapat dalam agama mereka terhadap sesuatu undang-undang kesalahan jenayah, maka hendaklah mereka kembali kepada mahkamah utama kerajaan islam, iaitu kembali kepada undang-undang islam. Itupun, selama tidak menyentuh iktiqad, dan kebebasan beragama mereka. [Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah fi Al-Mujtama’ Al-Islami : 418]

  7. Kulaan rs orang cerdik. Dia kata:

    Nak bawa paling perbincangan pasal hudud yang pak bakaq mengarut cerita pasal puasa tu. Nak tanya Pak Bakaq la.. kalau puasa dan sembahyang kita tinggal kena hudud ke? :)

    Yg saya maksudkan bila wajib buat, kita kena buat. Tak kiralah kewajipan apa pun. Puasa wajib, hudud pun wajib. Bila wajib, kita buat - tak kira sama ada orang Islam kena buat atau tidak.

    Saya jawab berdasarkan pandangan yang mempersoalkan apa adilnya org Islam saja yang kena sedangkan org bukan Islam tak kena.

    Mengenai orang bukan Islam, kulaan rs sendiri dah petik:

    Hadis ini membuktikan bahawa, sekiranya non Muslim mempunyai undang-undang mereka tersendiri, sama ada dalam perkara bunuh, zina, dan sebagainya, maka mereka dibenarkan menggunakan undang-undang yang wujud dalam agama mereka, ataupun mereka juga diberi peluang untuk menggunakan undang-undang islam.

    Adapun jika tidak terdapat dalam agama mereka terhadap sesuatu undang-undang kesalahan jenayah, maka hendaklah mereka kembali kepada mahkamah utama kerajaan islam, iaitu kembali kepada undang-undang islam. Itupun, selama tidak menyentuh iktiqad, dan kebebasan beragama mereka. [Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah fi Al-Mujtama’ Al-Islami : 418]


    Untuk makluman, bab hudud ni, saya sendiri dah bertanya kepada beberapa ustaz termasuk Ustaz Wan Ji, kenapa bila bercakap fasal negara yang berteraskan ajaran dan sistem Islam, yg lebih ditekankan ialah do's and dont's? Mengapa tidak ditekankan maqasid atau tujuan-tujuan yang dikehendaki?

    Saya juga selalu bertanya, oleh kerana persoalan hudud banyak sangat pembencinya termasuk dari kalangan orang Islam sendiri, mengapa tak buat semacam 'moratorium' dulu penekanan2 mengenai isu itu. Hampir semua umat Islam Malaysia orang Sunni. Saya tanya, kalau Khalifah Umar boleh buat semacam 'moratorium' perlaksanaan hukum kerat tangan ke atas pencuri kerana masalah ekonomi kata dia, adakah tak boleh buat semacam 'moratorium' penekanan2 isu hudud.

    Saya juga dah sebut dlm posting RPK is not right too (2) tu, kalau org tak terima undang2 Islam (bukan hudud ja undang2 Islam), saya tak peduli. Itu biasa.

    Yg saya geram ialah kata2 penghinaan. Yg saya sakit hati ialah buruk kelaku yang melampau sangat sehingga tak boleh langsung org nak sebut sikit pun fasal undang2 Islam, terus melenting macam histeria.

    Kalau mereka demokratik sangat dan menekankan hak mereka untuk menolak hudud, mengapa nafikan hak org yg mahukan hudud utk bercakap mengenainya? Yg tu la bone of contention saya.

  8. Apa yang aku nampak iklim politik sekarang ni ialah.Ahli Pas mengejar Syariat mankala pemimpin Pas mengejar Habuan.Umno lagi terok Ahli UMNO mengejar Melayu Pemimpin UMNO mengejar penyamun sebab nak jadi perompak.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008