Sedap!! Klik gambar di atas!

Tiadalah saya berani seperti Dr Mahathir, Nurul Izzah

Sebagai tukang tulis dalam blog ini, saya dengan ini berikrar tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang turut saya undi dalam pilihan raya lalu. Nurul Izzah berani, saya penakut.

Tiadalah juga saya mahu melancang mulut seperti Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Tiadalah saya mahu mengakibatkan Perkasa (sesetengah orang panggil Perkosa) menggelejat dan melaporkan akan diri saya ini kepada polis.

Tiadalah saya mahu menyatakan bukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memuliakan Melayu tetapi Islamlah yang memuliakan Melayu di sisi Allah s.w.t. Tiadalah mahu saya menyatakan saya tidak bangga sedikitpun dengan Perkara 153 itu walaupun saya bersyukur dan berbangga dengan taqdir dan ketetapan Allah yang menjadikan saya sebagai Melayu. Tiadalah saya mahu menyatakan bukan Perkara 153 yang mengangkat martabat dan kemajuan Melayu tetapi hanya keimanan yang tulus dan teguh kepada Allah serta ilmu pengetahuanlah yang mengangkat martabat dan kemajuan Melayu.

Tiadalah saya mahu menyatakan itu semua. Takut!

Lebih dari itu semua, tiadalah saya mahu menulis seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:
Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang Red Indian yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah (lihat Utusan Malaysia 16/6/02 "Saya kecewa dengan Melayu").
Auww! Beraninya Dr Mahathir. Saya penakut dan tiadalah saya berani menyatakan itu semua di dalam blog ini.

Akhirnya, izinkanlah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah yang amat dikasihi kerana saya tak mencari makan di Utusan Malaysia.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq

    Anda cemerlang kerana anda tidak berani...

  2. salam ziarah...

    Auww! Beraninya Dr Mahathir.... ayat ni buat gua tersenyum...

  3. Hak yang diberi dalam 153 memang tidak memuliahkan. Semua orang tahu. Kalau kamu Melayupun tapi masih miskin, tidak memuliahkan kamu di sisi masyarakt dunia tapi mungkin disisi Allah sekiranya kamu bertagwa dan beramal kejalan yang diredhaNYA.
    Tapi mulia seseorang itu apabila dia memperjuangkan hak2nya, termasuk yang telah dijanji dan dipersetujui dalam perlembagaan. Sekiranya, orang itu takut memperjuangkan haknya dan saudaranya, maka dia itu adalah rendah martabatnya disisi ALLAH.

  4. Salam Pak Bakaq. Mahathir berani cakap pasal Melayu sebab dia bukan Melayu, dia mamak lu. Tapi siapa yang bangga dengan Melayu? Ibrahim Katak Ali saja dan penjuih-penjuih dia aje yang bangga Melayu.

    Saya sendiri tak suka dikata Melayu sebab saya Islam. Melayu boleh belah lah. Kita Islam lah. Kalau jabatan Pendaftaran nak padamkan bangsa saya sebagai Melayu pun tak apa, saya tak rugi tapi kena ganti di bawah bangsa tu, bubbuh Islam. Jika depa padam agama saya, itu saya melenting.Tapi puak-puak Umno tak apa kot. Mereka lebih penting Melayu daripada Islam.

  5. kau ni sikit2 madey,sikit2 madey...
    dhla tu,dulu kata xnk sebut gelaran duniawi kat blog ni....tp xpenah pulak aku tgk kau miss utk letak TUN dr madey!!!

    penolakbeca

  6. ayoooo mmg jelas la atok mahathir kita tuh dah nyanyuk!!!

    semua dia dah lupa apa yg dicakapkan dulu2

    teringat pada arwah atok aku yg semakin lupa sebelum dipanggil menghadap Nya...

    sama2 kita mengambil pengajaran...

  7. hang memang penakut pun! Tak bley jd pengikut ahlul baiksss!

  8. Mahathir cakap 153 tu tak akan kekal lama, pahamkan betoi2
    1. krn generasi baru akan mempertikai
    2. Melayu (sememangnya Islam) yg baru akan berdikari dan tak lagi bergantung kpd
    perlembagaan istimewa.

    Mungkin Hang dah kaya rayua..maju mcm Mamak/Cina/Arab Muslim, spt yg dimaksudkan Mamak Mahathir tak perlu lagi 153..

    Tapi mampukah Melayu lain cukup profesional ada engineer @ doktor @ penoreh getah yg mampu buat bisnes (rezeki) yg berdikari..bilion2 mcm IDa di kelantan..

    .Nawaitu mamak mahathir tu nak bagi Melayu jadi tokeh..tapi semua tak jadi lagi..semua pakat bungkus syarikat..

    Walau aku benci Mamak.. elok juga Sepang Anak mahadir sapu..ada jugala peluang kerja..Mcm member aku keje maidin..Nak harap Mahfoz/Koholal lagi baik keje ngan Cina..

  9. You ini lebeh berani dari TDM. Anak beliau tidak bertanding Jawatan Timbalan Presiden Party bila bapak menjawat President. Tetapi you ini berani sangat. Berani bertanding Jawatan Tmbalan Presiden masa emak dan bapak jadi Presiden parti. Dengan ini sudalah politic engkau.Dalam Tamil indisebut sebagai 'Berani Drum Stick"

  10. Hang duk auww!! auww!! pulak Bakaq..

    Raya kali tu makan karipap daging banyak sangat kut????

  11. anon 4 dimana ya negeri bangsa islam? bangsa arab di negeri arab, bangsa bangla di negeri bangla,bangsa turki di negeri turki.jadi dimana ya negeri bangsa islam?????aha aku tahu, dari negeri bangsa bangsat. ya tepat sekal.kau memang keturanan bangsa bangsat.

  12. Lebih dari itu semua, tiadalah saya mahu menulis seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:

    Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang Red Indian yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah (lihat Utusan Malaysia 16/6/02 "Saya kecewa dengan Melayu").

    Auww! Beraninya Dr Mahathir. Saya penakut dan tiadalah saya berani menyatakan itu semua di dalam blog ini.

    Auww Adoi.!!! Cilaka punya Mamak Kutty. Pengkhianat Melayu rupanya.
    Tanpa Article 153 Melayu akan menjadi macam Red Indian America dan Aborigine Australia.
    Kerana Melayu masa itu cuma punyai 7% daripada economik pie of Tanah melayu.

    Sila baca "Even Allah will favor Article 153 favouring the poor Malays and poor non Malays.
    di;;;
    http://warongpakyeh.blogspot.com

  13. anon 4.....masih tidur lagi ker di bawah tempurung kaca tu...???

    mana bukti melayu tu semesti nye islam.....???

    berapa banyak melayu yg kristian dan hinu.......berapa banyak yg murtad.......???

    kesian puak2 penganut agama melayu ni.....jahil sejahil nye...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008