Sedap!! Klik gambar di atas!

Singapura terlepas di bawah kerajaan PAS?

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengajak orang lain mendengar pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pandangan beliau "lebih relevan kepada kita kerana Perdana Menteri adalah orang nombor satu di negara ini" (lihat Malaysian Insider semalam "Soi Lek: Pemimpin Umno tak pernah kata Melayu lebih superior"). Lebih kurang dia nak kata, jangan dengar pandangan orang lain termasuk pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apatah lagi pandangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Persoalannya, nak dengar pandangan Perdana Menteri lagu mana kalau orang-orang Umno sendiri menghentam dan mengecam pandangan Perdana Menteri? Nak dengar pandangan Perdana Menteri lagu mana kalau orang-orang Umno ternyata lebih suka mendengar pandangan Ibrahim yang lebih sedap di telinga mereka? Jerit pekik Ibrahim adalah muzik di telinga orang-orang Umno.

Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, apa jua slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir menjadi bahan ratib para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) serta pak yet-pak yet mereka. Hari ini, berapa cangok sangat orang Umno yang tergamak mentrompetkan apa jua yang cuba dibising-bisingkan oleh Najib?

Apco Worldwide milik Yahudi Zionis tentu telah mencurahkan sebanyak mungkin hasil mengelamun mereka ke telinga dan jiwa Najib. Mereka mungkin telah berusaha keras untuk membuang imej bodoh yang ada pada Najib. Makumlah, pakar komunikasi dan public relation katakan. Masalahnya, kalau orang-orang Umno sendiri menjauhkan diri dari semua itu seperti menjauhkan diri dari api neraka, macam mana nak harapkan orang lain tergamak mendekatinya?

Najib tak ubah macam ceremonial king di dalam Umno - raja tanpa kuasa.

Kadang-kadang, kesian juga tengok Perdana Menteri Umno BN tu. Dah la dia naik ke kerusi Perdana Menteri dengan baggage yang berlambak-lambak, Altantuya Shaariibuu la, Scorpene la, Sukhoi la dan lebih dari semua itu Datin Seri Rosmah Mansor sendiri - la ni, walaupun macam orang nak terberak dia dok bajet dirinya macam bagus sangat, makin masyhur dan popular imej bodoh yang ada pada dirinya. Orang melihat Najib tidaklah lebih baik dari Datuk Ahmad Maslan. Orang melihat beliau semakin teruk menghidap sindrom Ahmad Maslan.

Dr Chua juga mendakwa, beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior daripada bangsa lain. Yang pertama, kalau dia tak pernah dengar, tak semestinya orang tak pernah sebut.

Kedua, projek perkauman Umno selepas pilihan raya umum 2008 ialah membangkit-bangkitkan tentang kuasa Melayu yang kata mereka sedang terancam. Kononnya kalau tak bersatu di bawah Umno, Malaysia akan jadi seperti Palestin.

Macamlah orang tak tau, di Palestin dulu, cengkaman Yahudi Zionis bermula dengan penggadaian tanah kepada mereka. Di Malaysia sendiri, bila tanah rizab Melayu tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja pada 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar waktu negara menyambut kemerdekaan dulu (susut hingga hampir separuh dan pada 2010 ini mungkin banyak lagi), di bawah kerajaan mana perkara itu berlaku? Bawah kerajaan DAP ka? Takkan bawah kerajaan Umno pulak, kan?

Itu satu. Kedua, sejarah membuktikan di mana-mana pun, apabila negara diancam pihak lain, rakyatlah yang bermandi darah. Kelas penguasa dan pemerintah rata-rata cabut lari dengan harta benda yang mereka sapu dan rompak ketika mereka berkuasa.

Kita pun reti membaca juga. Kita baca dan kita nampak Singapura bertukar menjadi mini Israel selepas Malaysia melepaskan kedaulatannya ke atas pulau itu. Di bawah kerajaan mana perkara itu berlaku? Di bawah kerajaan PAS? (Memanglah, orang Melayu Singapura ramai yang kita dengar depa kata depa selesa dan lebih senang lenang dari Melayu Malaysia. Cuba kalau tak jadi pak yet PAP, selesa?)

Gelilah Umno ni! Kokok berderai-derai, ekor berlumuran taik.

Bacaan menarik:
Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib, sokong Perkasa (Malaysian Insider 15/9/10)
Nazri asks if Utusan wants Dr M to replace Najib (Malaysian Insider 15/9/10)
Malaysia according to LKY (Tun Dr Mahathir Mohamad 14/9/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. jangan cakap singapura, satu malaysia pun boleh terlepas jika pas yang memerintah.apa sangatlah kebolehan pas untuk memerintah negara.kalau tak kerana kekuatan negeri negeri seperti johor,selangor dan perak dah lama dah kelantan di bawah jajahan negeri siam. alhamdulilah ini tak berlaku.terima kasih.

  2. Singapura telepas d bwh umno - itu knyataan. 'satu malaysia pun boleh terlepas jika pas yang memerintah' - itu andaian. kalau kelantan telepas kat siam, zaman tu pas perintah ke? nampak sngt umno ni menang kerana kudakan polis, sprm, kehakiman, spr dll. kalau nak harap otak, mcm akal bodoh komen no 1 di atas ler...

  3. hahaha baru komen dah kena sebiji, tu la otak letak kat kepala lutut ada ke patut cakap kelantan kena perintah dek siam, negeri yang awak puji tu berapa kerat sangat la tinggalnya spesis melayu, rezab melayu dah kena jual dek umno pun tak tau, maklum la benda tu dok kat kepala lutut ... anon 1 hahahaha.

  4. Tidakah kamu sedar bahawa UMNO/BN sekarang ini sudah jatuh Bengrap.kata orang putih The worse thing that can happen to human beeing was'Bankrup Of Idea".Saudara pembaca blog penarik Beca Semua.kalau seseorang itu jatuh bangrup dari segi harta benda atau kewangan kerana gagal membayar hutang bank dan seumpamanya ianya hanya di istihar Muflis dan saki baki harta milik muflis boleh di rampas pihak bank.Namun demikian si Muflis masih lagi ada akal dan mencari Idea untuk bangkit semula dan masih berpeluang untuk memperbaiki keadaan sebab masih ada Idea dari akal yang waras.Pokoknya sekarang ini pemimpin UMNO/BN dah 'Bankrup of Idea"dah tak ber akal lagi.Saya tidak tahu sama ada TV3 juga turut memainkan peranan dalam mendedahkan perkara ini.UMNO/BN sudah "Bankrup of Idea"Sebab tu isu isu sperti orang bukan Islam masuk masjid,Issu pengunaan perkataan allah dan banyak lagi yang di isukan amat memalukan.Semua isu bekenaan merugikan Mereka merugikan Ugama merugikan Bangsa itu sendiri juga merugikan Negara.hampir seluruh dunia telah menolak fahaman Kebangsaan sempit sebab pemimpin mereka tahu bahawasanya bangsa dan kebangsaan tak akan bawa negara itu kearah kemajuan dalam apa saja aspek kehidupan khususnya Rohani dan Jasmani.Perjuangan kebangsaan akan berakhir dengan sekelumpuk kaum yang kaya raya di sulami dengan amalan rasuh dan gila kuasa malah tidak akan sekali kali membawa apa apa peningkatan pada Ugama khususnya Islam.Pemimpin UMNO/BN tahu perkara ini.Apakah UMNO/BN ini sudah 'Bankrup of Idea"

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008