Sedap!! Klik gambar di atas!

Siapa bersetia kepada Perkasa?

Sebagai ahli politik yang sedang mencarta jalan politiknya mendekati semula Umno dengan cara yang nampaknya dia mahu kelihatan bergaya, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali melakukan kesilapan yang amat besar apabila dia berkata, "Bila kita minta sokongan Umno?" (lihat Malaysiakini hari ini "Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'").

Ahli politik memang selalu melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan Ibrahim itu, bak kata Mat Salon, "is too high a price". Tidak diketahui adakah Mamat Pasir Mas tu tidak ingat atau sengaja tak nak ambil peduli kata-kata mentor agungnya Tun Dr Mahathir Mohamad, "Perkasa members are Umno supporters".

Saya sentiasa merasakan, selain Umno, semua orang termasuk orang-orang Melayu membenci atau sekurang-kurangnya tidak sukakan Perkasa. Melainkan kepada orang-orang Umno, Ibrahim dan Perkasa bukanlah currency atau mata wang politik yang laku di sisi mereka. Boleh jadi Ibrahim dan orang-orang Perkasa tidak bersetuju. Itu hak mereka.

Barangkali juga Ibrahim tidak mahu membayangkan keadaan di mana kalau disuruh memilih antara kesetiaan kepada Umno atau Perkasa, sudah tentulah orang-orang Perkasa yang sekaligus orang-orang Umno itu akan memilih kesetiaan kepada Umno.

Boleh jadi saya salah. Tetapi rasanya Ketua Wira Perkasa sendiri lebih setia kepada Umno berbanding Ibrahim. Selain menjadi Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Hanifah juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara (lihat di sini). Boleh jadi saya salah, tetapi jangankan Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau Khairy Jamaluddin menjadi Presiden Umno sekalipun kesetiaan Arman dan orang-orang Perkasa tetap tidak berbelah bagi kepada Umno.

Bak kata orang, darah mereka cap keris. Beyond repair.

Walaupun Najib telahpun sekali lagi mengesahkan status kembar Siam antara Umno dan Perkasa apabila beliau beliau kata "They (Dr Mahathir dan Perkasa) are not against us" (lihat Malaysiakini hari ini "Dr M, Perkasa not against us: PM"), tetapi adalah tidak bijak jika Ibrahim sengaja tak mahu bertanya kepada dirinya sendiri soalan yang penting teramat penting.

Memang, jika dipisahkan dari Umno yang kini masih berkuasa dan menjadi lombong politik untuk mengenyangkan perut dan nafsu, siapa mahu bersetia kepada Perkasa?


Berkaitan:
Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13 (Malaysian Insider 11/9/10)
Perkasa tells Umno to mind its vote base (Malaysian Insider 11/9/10)
Jauhi Perkasa, selamatkah Umno? (Mingguan Malaysia 12/9/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya percaya lepas ni media perdana pm akan kurangkan sebarang kenyataan berunsur 'hasutan melayu' oleh Ibrahim Ali. Jangan terkejut kalau Ibrahim Ali disumbat ke ISA seperti yang telah lama aku cadangkan sedikit masa dulu. Manusia yang gila meroyan dan kacang lupakan kulit ini lebih nyayuk dari tok gurunya Tun M. Perjuangkan hak orang melayu konon! Selama dia berada dalam UMNO (dulu) di Kelantan apa dia buat? Sebenarnya Ibrahim perjuangkan temoloknya dan ahli ahlinya. Berselindung disebalik NGO dan Tun M. Raja katak tetap akan berkokok walau pun hujan tak turun selagi mahagurunya masih hidup! Dia akan berhenti setelah kerongkongnya terkena tonsil.

  2. Zaman untuk bermain dengan kebangsaan sempit telah berlalu..munkin UMNO dah sedar tapi munkin juga baru bagun dari mimpi.hampir semua negara yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa telah menolak perjuangan bangsa atau nasionalis sempit.negara ARAB yang dulunya kuat dengan Islam telah menjadi lemah hingga boleh di cucuk hidong oleh Yahudi dan Nasrani apa bila mereka kembali ke zaman kegelapan apa bila mengamalkan kembali semagat kebangsaan Arab selepas kejatuhan Kerajaan Islam othmanniayah.Kini Umat Arab mula belajar dari kesilapan mereka dan mula kembali pada Islam.Yang peliknya Umat Arab walaupun bangsa yang pertama menganut Islam tidak pernah mengelar diri mereka seperti Orang Melayu itu'Arab itu Islam dan ISLAM itu Arabtetapi di Malaysia masih kedengaran "Melayu Itu Islam Dan Islam Itu Melayu.Di malaysia ini fahaman serta fikrah untuk mengelirukan Orang melayu dengan Ugama cuba di tanam semua oleh Pertubuhan yang Tertentu. Istilah Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu semata mata untuk tujuan Politik pihak yang tertentu.Namun Allah akan mengagalkannya.Islam adalah Ugama bangsa adalah bangsa.Bangsa menganuti ugama dan ugama tidak pernah menganuti bangsa.

  3. Pada mulanya Umno cuba bergantung harap kepada Perkasa untuk meraih sebanyak mungkin sokongan orang-orang melayu samada dari umno atau pembangkang, tetapi oleh kerana beberapa tindakan sumbang Pak Berahim yang terlalu sangat hendak membodek pemimpin Umno agar dapat diterima kembali ke dalam parti itu telah menjadi penyebab kehilangan sokongan bukan melayu terutama orang-orang cina yang selalu cerdik berpolitik sejak sekian lama, maka Umno mulalah mencari jalan untuk melepaskan diri dari masalahnya yang tersilap menjerumuskan diri ke dalam lembah Perkasa bermula dengan menghalaunya sebagai anjing kurap seperti kata Pak Bakar tuanpunya blog ini ... mungkin juga Allah membayar cash kepada Pak Berahim kerana mengkhianati kawan (sebelum itu lawan yang selalu dihina oleh Pak Berahim) yang telah menyelamatkannya beberapa tahun dahulu setelah dihalau oleh Umno ... wallahua'lam.

  4. hahaha...

  5. bersyukur la aper yang kita ada hari ni.
    bukan senang nak nikmati seperti kita dapat hari ini...
    melayu sekarang boleh hidup sebab ada lagi politik...
    ekonomi dah tiada..
    aku bebas,kamu bebas,,kita semua bebas..
    ucaplah syukur kepada NYA.

  6. Bagus le lu mlayu sama mlayu gaduh... Wa manyak suka...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008