Bila Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kata hanya tiga daripada 10 ahli Umno akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum ke-13, saya tidak percaya. Ibrahim tidak mengemukakan sebarang kajian atau statistik untuk menyokong dakwaannya.
Tetapi, apabila Ibrahim kata MCA kini menguasai Umno, itu saya percaya (lihat Malaysian Insider semalam "Isu Perkasa: Ibrahim kecewa parti kaum Cina kuasai Umno"). Apa yang berlaku akhir-akhir ini, terutama sejak beberapa hari lepas, menyokong dakwaan Mamat itu. Di ruang-ruang siber ini, kita dapat lihat sendiri orang-orang Umno menjeritkan kekecewaan mereka terhadap Presiden mereka yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka merungut, Najib terlalu banyak mengecewakan orang-orang Melayu sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Banyak tindakan Najib yang mengecewakan mereka termasuk liberalisasi ekonomi, Ekuinas (ada orang kata Ekuini atau ekuiti bini), Model Ekonomi Baru (MEB) malah 1Malaysia sendiri.
Malah bagi saya, tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini adalah hadiah Najib kepada Ibrahim (lihat berita "Najib tentang keras pelampau").
Alahai. Orang kata, Najib sebenarnya hendak menjadi semua benda kepada semua orang (trying to be everything for everyone). Malang sungguh, akhirnya kelaku tak tentu hala Najib itu dilihat seperti berikut:
Imej bodoh Najib mungkin semakin terkenal dan disepakati. Tetapi jangan lupa, dia Perdana Menteri. Hari-hari dia dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor masuk TV dan pelbagai medium komunikasi, tak kiralah walaupun kita dah nak termuntah tengok (takbir Raya dalam TV3 baru-baru ini pun dia dan juak-juaknya jugak). Najib ada access untuk menyebarluaskan keinginannya untuk menjadi "sepuluh kepala dan wajah".
Najib ada access, ada kemudahan, ada jentera kerajaan, ada macam-macam yang tak ada pada orang lain. Dia boleh buat apa yang dia nak. Yang orang tertanya-tanya ialah sejauh manakah kebolehan para pemimpin PAS untuk menerangkan kepada orang-orang Melayu bandar, separa bandar, kampung dan Felda bahawa MCAlah yang berkuasa ke atas Umno kini seperti yang Ibrahim kata.
Adakah PAS seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)? Tun Dr Mahathir Mohamad pernah cerita, TUDM ada pesawat, tetapi "source code" tak ada. Hanya boleh buat pameran sahaja (lihat posting beliau "MiG-29").
Selamat Hari Malaysia, di mana jua anda berada!

Sehingga kini sikap presiden Umno sangat ambiguos dan ambivalent. Sikap Presiden Umno seperti Tuhan Hindu yang berwajah banyak. Ravana dalam epik Hindu digambarkan mempunyai 10 kepala dan wajah, setiap satu melambangkan tahap kesedaran yang tinggi. Umno? Tidak ada kesedaran.Baguslah kalau Najib mahu menjadi semua benda kepada semua orang. Mungkin dalam usahanya untuk menjadi semua benda kepada semua orang itu, beliau perlu mengheret Umno menjadi parti yang dikuasai MCA, seperti yang Ibrahim kata. Mungkin itu strategi Najib setelah banyak berguru dengan Yahudi-Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide. Mungkin itu strategi komunikasi Najib untuk menampilkan "sepuluh kepala dan wajah", seperti yang diceritakan oleh Ariff. Maklumlah, Umno perlu mendapat undi dari semua bangsa tak kira sama ada Ibrahim, Taek Jho Low atau Datuk K Patmanaban.
Dr Mahathir pernah menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai Tuhan Hindu ini - yakni di depan suatu kumpulan dia bercakap A, tapi di hadapan kumpulan lain, dia bercakap B. Ertinya, untuk setiap situasi yang berbeza, dia akan guna wajah dan kepala yang berbeza.
Jadi di hadapan Kongres Ekonomi Perkasa, Najib akan lebih Melayu dari Melayunya Ibrahim Ali. Dia tidak akan mebelakangkan elemen DEB. Dia anak Tun Razak. Dia anak bapak bukan anak omak. Di dalam Kongress Cina, Najib berkata NEM atau Model Ekonomi Barulah dasar ekonomi nya. Dalam mesyuarat MKT dia mengarahkan pimpinan Umno memerangi Perkasa dan menjauhi Perkasa. Tapi dalam temu ramah CNBC, kita tidak memusuhi Perkasa. Yang mana satu? (baca selanjutnya dalam posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz "Umno lwn Perkasa")
Imej bodoh Najib mungkin semakin terkenal dan disepakati. Tetapi jangan lupa, dia Perdana Menteri. Hari-hari dia dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor masuk TV dan pelbagai medium komunikasi, tak kiralah walaupun kita dah nak termuntah tengok (takbir Raya dalam TV3 baru-baru ini pun dia dan juak-juaknya jugak). Najib ada access untuk menyebarluaskan keinginannya untuk menjadi "sepuluh kepala dan wajah".
Najib ada access, ada kemudahan, ada jentera kerajaan, ada macam-macam yang tak ada pada orang lain. Dia boleh buat apa yang dia nak. Yang orang tertanya-tanya ialah sejauh manakah kebolehan para pemimpin PAS untuk menerangkan kepada orang-orang Melayu bandar, separa bandar, kampung dan Felda bahawa MCAlah yang berkuasa ke atas Umno kini seperti yang Ibrahim kata.
Adakah PAS seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)? Tun Dr Mahathir Mohamad pernah cerita, TUDM ada pesawat, tetapi "source code" tak ada. Hanya boleh buat pameran sahaja (lihat posting beliau "MiG-29").
Selamat Hari Malaysia, di mana jua anda berada!

Cantik? Klik 

apasal si pondan tu pegang bendera mca pulak?
Ta betoi,betoi kata Pak Baqak UMNO maseh di gajikan ole Monopoly Perniagaan British dan Cina kroni British.!!!
Melayu maseh di jajah oleh "perniagaan British dan Cina kongsi gelap opium/dadah".!!!
Ayoh Melayu.!!! Buka mata cepat dan Revolusi.!!!
Mari kita gulingkan pejajahan "talibarut British(UMNO) dan "Cina Opium/Kongsi Gelap" yang telah di hukum pengkhianat oleh Mao Tse Tung dan rakyat negara Cina.!!!
Ayoh.!!! Sahut saranan nabi Muhammad "belajarlah hingga ka negeri Cina".!!!
Kita belajar dari Cina Mao Tze Tung pejuang ke Merdekaan rakyat yang teragong di zaman 20th century.!!!
Tun Abdul Razak dengan buku hijau dan buku merah nya pun belajar dari Mao Tze Tung.!!!
Ada yang berkata British bunoh Tun Abdul Razak, kerana takut Melaysia menjadi negara berekonomi Socialis / Komunis.!!!
Sila baca rencana2 Revolusi Hijau dan Islam di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
.
Saya telah menkaji setiap kata kata PEKASAM dan Juga Respon respon dari pemimpim UMNO dalam mempolitikan Issu isu semasa yang sengaja di bangkitkan demi mencari seikit keuntungan atau Political Milelage.Siapa mengunakan siapa untuk mencapai cita cita politik pihak mana merupakan satu pesepsi positif yang harus kita nilai.Dan pihak mana yang akan meraih keuntungan dalam permainan politik kebangsaan yang tidak berkesudahan.Cuma yang pelik nya masih ada dalam PR yang respon pada isu isu ini.Saya rasa amat membuang masa.Permainan yang tiada membawa apa perubahaan dari berbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.Harga barang tetap naik bill,Tol tak pernah turun serta cukai tetap naik manakala pendapatan rakyat semakin menyusut berbanding kos sara hidup meningkat.Apa yang rakyat mahu hanyalah mencari keselesaan hidup yang bebas dari tekanan dari segi meterial dan mental.Macam permainan bola sepak.UMNO sepak bola pada PEKASAM ..kemudian di hantar pada NGO lain sampai ke pintu GOL Najib akan score gol nya.Rakyak akan jadi penonton atau pengadil dengan harapan Melayu akan beroleh semagat untuk undi UMNO/BN dalam PRU 13.Matlamatnya cuma satu pemimpin UMNO/BN mahu mengekalkan status Koa nya mana kala rakyat terus menjadi hamba abdi pada pemerentah sekarang ini.Ini semua Pemainan Politik murahan yang sangat jijik.Pelik betul pemimpin Melayu ni bangsa lain dah maju tanpa sedikit pun meletakan bangsa sebagai matlamat hidup mereka.